Jump to ratings and reviews
Rate this book

Utopia Masyarakat Lambak

Rate this book
HARI INI KITA TERPUKUL OLEH DUA BALA NYATA DAN BAHAYA.

Pertama, wujud dan menyerbarkan jenis pikiran keutopiaan yang angkuh tidak membumi. Kedua berselerakan minda kelambakkan yang menjahanamkan segala kepiawaian dan asas pikiran yang munasabah. Terkadang ia bisa wujud sendiri, tetapi paling terparah bila kedua-duanya bergandingan sama, sehingga bolehlah kita menyebutnya utopia masyarakat lambak, sesuai dengan judul buku ini. Inilah gejala paling mudarat yang sedang kita hadapi. Kedua jenis atau sindrom ini bukanlah perkara baru. Dalam semua peradaban dan masyarakat, akan menemukan dua gejala-bala ini. Apabila kedua-duanya bertapak dan menyelinap di setiap sudut kehidupan kita, ia adalah malapetaka besar.

207 pages, Paperback

First published April 1, 2015

14 people are currently reading
56 people want to read

About the author

Azhar Ibrahim

21 books33 followers
Azhar Ibrahim, PhD. is a visiting fellow at the Department of Malay Studies National University of Singapore (NUS). He obtained his PhD., MA, from the same department in 2002 and 2008 respectively. His dissertation focused on the humanism and intellectualism among Malay literary intelligentsia while his MA thesis dealt with the study of religious orientations as reflected in feudal Malay society and its continuities in the present. He majored both in Malay Studies, and Southeast Asian Studies at undergraduate level. He has been a Lecturer for almost ten years at the National Institute of Education, (NIE) Nanyang Technological University, teaching classical and modern Malay literature, sociology of the Malays, as well as Islamic intellectual traditions and civilization. At NIE he also co-teach multiculturalism and critical pedagogy. His research interest includes sociology of religion, sociology of literature and critical literacy, and the Malay-Indonesia intellectual development. Currently he is pursuing his post-doctoral research at the Faculty of Theology, University of Copenhagen, Denmark for (2009/2010), and later at Temple University, USA (2010/2011) under the NUS Overseas Postdoctoral Fellowship. His postdoctoral research focuses on Social Theology in Muslim Southeast Asia: Trends and Challenges, and the Theology of Dialogue in Malay-Indonesian Societies: Prospects and Impediments. He has co-edited and published widely in Malaysia and Indonesia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (28%)
4 stars
21 (45%)
3 stars
11 (23%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
November 26, 2015
Jika ada list untuk 'buku wajib baca 2015', nescaya buku UTOPIA MASYARAKAT LAMBAK ini akan aku letak dalam list tersebut (berdasarkan 122 buah buku yang aku baca pada tahun ini setakat ini sahaja)

Buku yang covernya tak menarik ini, isinya sangat mantap. Dr. Azhar Ibrahim menulis dengan bagus sekali. Quoted diambil banyak dari Freire, Gramsci, Giroux dan Mannheim. Sebagaimana dikenali dunia, tokoh yang Azhar Ibrahim ini ambil ialah tokoh pedadogi pembebasan yang dikenali oleh dunia.

Walaupun beliau quoted dari dunia luar rumpun kita, tetapi terdapat satu paper yang mana beliau menulis mengenai kepentingan dan keperluan untuk mengambil sumber dari rumpun Melayu kita sendiri. (Sedikit ironi disini; 6 paper – 5 paper bersumber dari dunia lain, hanya satu paper yang menegaskan kepentingan sumber rumpun Melayu)

Dr. Azhar menulis dimulakan dengan kertas kerja yang berkisar mengenai pedadogi pembebasan, keintelektualan, keberdayaan, kekritisan, kebudayaan dan diakhiri oleh keelitisan.

Tulisan yang mantap ini perlu dibaca oleh mahasiswa. Dan para guru. Dan para pelajar. Dan para intelektual. Dr. Azhar menerangkan dengan terperinci dan quote yang menarik untuk memahami masyarakat lambak ini.

Hanya satu masalah buku ini; typo di mana-mana.

Thukul Cetak menerbitkan buku ini. Aku yang minat membaca ini pun mengakui bahawa "siapa nak baca buku ni masalahnya?". Dr. Azhar Ibrahim ini tak popular. Tetapi salah seorang rakanku mengakui bahawa "tulisan Dr. Azhar, sebijik macam Prof. Syed Hussein Alatas".
Profile Image for Megat Hanis.
16 reviews7 followers
May 5, 2015
Kehebatan buku ini terletak pada kritikannya terhadap kebekuan budaya yang disumbatkan oleh faham konservatism, puritan dan kefetishan terhadap wacana formal yang statik, tidak membumi, dan alah kepada kritikan dan perubahan sosial yang memerlukan kita memikir-ulang dan menguji-cabar fahaman kebiasaan yang telah menjadi hegemoni tanpa sedar dalam kehidupan kita. Perkara ini lebih parah lagi apabila penyakit pemikiran lambak ini, yang menimpa golongan elitis mahupun yg tiada selera intelektual dan hanya mengikut trend semasa.

Harus dimengerti lambak dalam pengertian Dr.Azhar Ibrahim bukanlah suatu hierarki sosial, dimana lambak ini sering dikaitkan dengan orang kebanyakan (Layman) akan tetapi sebuah bentuk pemikiran yang kaku, sempit, fasis, formal, chauvinis yang membuat bacaan terhadap masyarakat secara parokial mengikuti ideologi yang dianuti. Tradisi disalahfahami sebagai hanya sebuah transisi khazanah budaya yang lama untuk diteruskan ke zaman ini sedangkan ia tradisi perlu dipilah dan dicerna sehingga masak dengan mengambil kira perubahan dan cabaran zaman yang semakin memerlukan pendapat-pendapat yang baru dan lebih bersesuaian.

Selain menegaskan tugas Guru sebagai intelektual publik, Dr Azhar juga menghabiskan sebahagian usahanya dalam mengajak para pendidik agar faham dan suatu masa nanti berupaya menjalankan pedagogi kritis yang mampu mengupayakan kemampuan setiap pelajar untuk menguji apa-apa sahaja maklumat, fakta, falsafah, sejarah, ideologi dan sebagainya yang dihadapkan kepada mereka dengan berhati-hati. Selain itu ketinggian bahasa pula menurutnya harus dicairkan agar tidak hanya ghairah dengan menjaga "kemurnian" teks, malah pergi lebih jauh lagi dengan mendepani konteks supaya teks dapat kekal relevan dan menjadi sumber emansipasi anak bangsanya.

Buku yang disarankan untuk semua pendidik dan mahasiswa umumnya.
Profile Image for 'Izzat Radzi.
149 reviews65 followers
March 31, 2017
Bagus bacaan ini, cuma kesalahan ejaan (yang dampak) boleh diperbaiki oleh editor dalam edisi akan datang. Juga banyak isi berulang, yang saya kira mungkin disebabkan tajuk dalam buku ini ditulis secara berasingan (bukan ditulis sekaligus).

Untuk wacana lebih baik, Menyanggah Belenggu saya kira lebih matang bicaranya.
Profile Image for Saif Ibn Mohd.
120 reviews1 follower
April 28, 2024
Agak berat perbahasannya ... Tetapi ada perkara yang kita dapat.
Profile Image for Masyhoor Akram.
40 reviews3 followers
September 3, 2018
Pengupasan aspek-aspek sosiologi dan kemanusiaan yang sangat baik. Penambahan pengetahuan yang pasti berlaku seusai membaca buku ini terutamanya keterujaan untuk menggali dengan lebih lanjut akan pelbagai nama "scholars" bersama buku-buku mereka. Apa yang pasti, utopia masyarakat lambak adalah realiti yang pahit tapi benar yang telah, sedang dan akan terus terjadi. Seakan sukar dan tiada jalan penyelesaian supaya masyarakat menjadi "masyarakat quran" atau "society with virtues".

Saya mengambil masa yang agak panjang untuk menghabiskan buku ini memandangkan perenggan demi perenggan ataupun bab demi bab begitu sarat dengan pengetahuan berkaitan bahasa, pendidikan, budaya dan sewaktu dengannya.

Antara buku yang menjadi kegemaran saya dalam kehidupan ini. Berat dan padat serta pastinya membuatkan minda anda bersenam dan terus berfikir.
Profile Image for Azhar Shukri.
46 reviews
January 28, 2023
Baru sempat baca sikit tulisan Dr Azhar yang ini. Boleh dikatakan buku ini mencerakinkan lebih lanjut ideanya tentang pedagogi dalam Utopia Masyarakat Lambak. Harapan besarnya terhadap memberdayakan pemikiran kritikal, transformasi masyarakat dan idealisme pencerahan.

"Sesungguhnya pembebasan jangan disalahertikan sebagai gaya hidup yang bebas, tanpa pertimbangan moral etika."

Dalam paragraf yang lain,

"Apa yang dapat kita kesani ialah pemahaman yang dangkal terhadap makna pembebasan sehingga melepaskan ikatan mereka dari etika moral yang kelak pula merosakkan masyarakat itu."

Karya Dr Azhar Ibrahim ini harus dibaca semula menilai apa yang berlaku dalam masyarakat.
Profile Image for Zainab Abdul Aziz.
96 reviews36 followers
October 11, 2021
Analisa-analisa yang sangat segar dan menarik. Saya suka subtopik yang membincangkan ‎makna budaya dengan lebih mendalam dan fungsi sebenar pendidikan dalam membentuk ‎masyarakat minda literasi kritis berbanding hanya celek literasi. Penulisan lebih berbentuk ‎akademik jadi pembaca perlu lah lebih tahan untuk memahami idea-idea yang diketengahkan ‎namun saya percaya ia penting untuk dibincangkan dalam lapangan akademik. ‎
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.