Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cahaya di Langit Gaelic

Rate this book
Di manakah hati mampu berpaut bila dahannya tiada.

Di manakah tangan mampu memaut bila talinya terputus tidak bersambung.

Di manakah jiwa mahu pulang jika tidak pernah mengenali Tuhan yang menciptanya.

Di bawah hamparan langit Gaelic, Nuraiman Amni berusaha untuk memahami simbiosis yang berlaku dalam hidupnya menerusi titik-titik pertemuan yang telah Tuhan rencanakan.

249 pages, Paperback

First published July 7, 2021

1 person is currently reading
34 people want to read

About the author

Syiffa Rosman

3 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (29%)
4 stars
23 (42%)
3 stars
10 (18%)
2 stars
3 (5%)
1 star
2 (3%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for N.F. Afrina.
Author 3 books857 followers
December 12, 2021
I am bumping up the rating for this book to 5 stars for personal reasons. More specifically; because I met my own Mikel. And he doesn't have Goodreads.... I think.

"God, love is ironic.

It racks and it cures."


This review will be written in a mix of Malay and English because forgive me, I could not contain my excitement when I have a lot to say.

This book was poetic. Semakin lama aku fikir, semakan banyak perasan subtle things here and there. Contoh macam tajuk buku ni kan: Cahaya di Langit Gaelic. Mungkin ramai akan lebih fokus kepada Langit Gaelic tapi aku lebih berminat dengan perkataan Cahaya. Buku ini terasa seperti cahaya, atau lebih deep kalau dalam English light juga membawa maksud ringan. The parallels between love that racks and cures in the book makes everything feels light in the end.

Sebab bukan ke 2+ (-1)=1. True love + tribulations = still love.

description

Hebat kan? I love books that feel like an equation. Not sure if this makes sense but let's carry on.

Buku ini sebenarnya berkisah tentang kehidupan Aiman, seorang pelajar muslimah yang mendapat peluang menyambung pelajaran di Ireland. Ibu bapa Aiman selalu berselisih faham sejak kebelakangan ini, membuatkan Aiman rasa terkilan. Di Dublin, Aiman diuji dengan kehadiran seorang lelaki bernama Mikel. Adakah cinta akan rack or cure this time? Ha gitu.

As someone who studies in Dublin, this book feels like a time capsule. I should make one of these. Pengalaman Aiman diasak dengan Islamophobes, menjelaskan kepada kawan-kawan kenapa tak boleh salam atau peluk berlwanan jantina... semua tu sangat relatable.

description

Aku ni dahlah susah nak root for love in books. Skeptic gitu. But Mikel was so genuine and real. The writer did not push him as someone everyone would like. He was just.. Mikel. And it's not about Mikel. It's about Aiman.

description

Saya ada terbaca review yang kata buku ni perlu ditambah rencah atau saspens. Bagi saya, tak perlu. Tak semua buku perlu ikut perjalanan plot yang sama. Ada buku yang boleh senyap-senyap merangkak dalam hati dan tinggal situ. Ada buku yang cantiknya pada kehalusan cara pengajaran diberi, tak memaksa dengan plot twist dan gimik, malah meminta izin. Bosan lah kan kalau semua buku sama.

Quotes yang menyentuh hati:

"Kita fikir kita akan lebih menyayangi jika kita sudah memiliki tanpa kita sedar yang boleh jadi cinta akan mati setelah kita memiliki."

"Lepastu, tak akan lah bila kau hijrah jadi lebih baik kena lupakan fitrah manusia itu sendiri yang dijadikan untuk berkasih sayang?"
Profile Image for AzeeraY.
31 reviews5 followers
July 25, 2021
Bukan novel cerita cinta yang cliche ✨
Hablum Minallah dan Hablum Minannas - balance!

Walaupun novel tak tebal, namun tetap memberi kesan pada saya - entah. tak retilah nak hurai panjang tapi rasa dekat dengan diri.

terutamanya kat coretan fasal letting go, moving on & accepting the present tu. Selitan nasihat dalam cerita pun menyentuh hati saya, bukan takat Mikel je terinspirasi! As reminder jugak, sebab adamasa memang teralpa dalam bersosial. Terima kasih Syiffa.

Fav quotes;
1. Indeed, life becomes complicated as we grow up and making decisions becomes harder.
2. Young girls should not give up on their dreams easily 🕺🏻



P/s: thanks juga highlight pasal toxic working environment (as senior staff, nak try kikis benda ni kat ofis 💪)

Profile Image for Amelia Zulkifli.
178 reviews5 followers
August 5, 2021
Bacaan santai, sesuai untuk waktu berehat dan relaks. Buku nya nipis, mudah faham, tapi ada sesuatu berbekas di hati. Tentang sejauh mana kita meletak pengharapan pada kasih sayang Allah. Latar tempat nya ada sebahagian di Ipoh iaitu tempat lahir dan membesar saya, jadi amat suka 😊

Ini buku tulisan kawan sekolah saya dan saya amat bangga dengan beliau, bukan mudah nak tulis sebuah buku 😊 you did well, Syiffa 🤍
Profile Image for fifichii.
9 reviews7 followers
March 23, 2024
1 Nothing's-Wrong-But-Nothing's-Right Star

Novel ni seumpama karipap oksigen bagi I, nampak cantik kat luar tapi bila digigit eh rupa-rupanya kosong huhu

Novel ni novel Islamik, pasal budak masuk universiti luar negara. Sedikit pasal keluarga, sedikit pasal persahabatan, sedikit pasal percintaan, sedikit pasal agama.

Masalahnya bukan kat topik, dan bukan kat characters, tapi kat novel itu secara keseluruhannya.

Bak kata salah sorang reviewers yang saya baca, membaca novel ni seumpama membaca travelog, tapi masalahnya, semua pengalaman yang penulis coretkan satu pun tak menarik minat saya. Jalan cerita simple tapi statik tak ke mana-mana, seumpama cerita makan-tidur-makan-tidur je. Watak-watak cerita ni normal, tapi semua flat je, takda personaliti diri, termasuk la watak utama. Konflik dalam novel ni pun sekadar masalah-masalah biasa. Tindakan, fikiran mahupun kemaguan watak-watak dalam novel ni tak dijelaskan. Seumpama sebuah berita, di mana seseorang dilaporkan mati dibunuh tanpa dinyatakan siapa mangsa, sebab kematian, mengapa dibunuh dan siapa membunuh. Bikin kesal aja bak kata orang negara seberang haha

I think, why this novel is a failure for me ialah sebab plotnya yang macam tak wujud je. Apa yang penulis cuba sampaikan tak tercapai dek akal I. Adakah pasal gaya hidup Islam? Benda basic sikit-sikit je dimentionnya. Adakah pasal famili? Again, benda basic je dimentionnya. Adakah pasal student? Again, benda basic jugak dimentionnya. Semua yang basic-basic, yang banyak authors lain dh buat kat luar sana yang a lot better. Some parts terasa sangat similar dengan novel Hlovate (5 Tahun 5 Bulan kot) tapi the difference ialah novel Hlovate wataknya ada characteristic masing-masing, penulisan pun tak mendatar sampai pembaca jadi ngantuk, jalan ceritanya menarik membuatkan pembaca tertanya-tanya. A good novel should be able to evoke feelings tapi novel ni selain feeling mengantuk saya tak tergerak untuk rasa emosi lain, tak kira sedih atau gembira. (Kecuali last page memang sangat-sangat gembira la sebab penderitaan saya sebagai pembaca akhirnya tamat haha)

Ya, tak salah nak tulis pasal daily life. Tapi, biarlah amik part yang menarik, bukan main tangkap muat je. Hebat mana pun content sesuatu novel, kalau boring sampai pembaca taknak baca dah walaupun baru baca sekerat jalan ianya akan jadi useless. Satu kerugian buat author sendiri.

Next, nak mention jugak a few things:

1. Bahasa Inggeris sangatla overused dalam novel ni. Terlampau overused. Hampir tiap page ada penggunaan English, some even berjela-jela. English penulis not bad tapi tetap ada grammar errors here and there gak, which begs the question, kenapa pakai too much English then? As a Malay reader, I was kecewa and as an English reader I was disturbed haha
2. Buku macam edit separuh-separuh je, beberapa typo lepastu English parts kejap kena italic kejap tak sampai kita jadi confuse kejap.
3. Penulis suka betul ulang-ulang dua potong ayat ni, semua tempat dia letak tak kira situasi, sampai muak tengok:


God, love is ironic.
It racks and it cures.


Penggunaannya dua ayat tu dalam novel pendek ni ialah dalam SEMBILAN mukasurat tau, m/s: 10, 15, 43, 99, 112, 195, 219, 228, 246. Tapi sampai kesudah saya tak nampak poinnya sebab bunyi macam hebat betul konflik cinta tu padahal masalah keluarga and percintaan sikit je pun.

Kesimpulannya, novel ni is not my cup of tea. The author's writing pun sama. Better luck next time.
Profile Image for Nana Wahid.
61 reviews1 follower
July 6, 2022
Bacaan santai, ringan tapi bermakna. Penuh dengan kata-kata hikmah dari penulis. Tanpa dijangka saya dapat habiskan bacaan dalam masa sehari. Pada pandangan saya sebagai pembaca, terlalu banyak isu yang hendak diketengahkan oleh penulis dan setiap babak yang dibentangkan dan diolah oleh penulis nampak agak rushing. Berkejar-berkejar.

Walaubagaimanapun penceritaan masih enak untuk dibaca, pembukaan cerita dan pengakhiran yang nice serta terbuka. Setiap orang ada masalah dan ujian dalam kehidupan mereka. Kadangkala kita insan yang Allah pilih untuk lihat dan dengar agar dijadikan pelajaran dan pengajaran dalam kehidupan.

“Ambil yang jernih dan buanglah yang keruh”

Nuraiman mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di bumi Ireland dan meninggalkan keluarganya dalam keadaan yang bukan dia kehendaki. Dia juga seorang wanita islam yang berusaha memperbaiki kehidupannya kearah kebaikan. Hidupnya seakan trauma dengan masa lalu tetapi dia berusaha mencari kefahaman tentang apa yang perlu dia rasa dan mahu bila dikaitkan dengan cinta.

Dalam kehidupan, ada ramai orang yang mendoakan kita tanpa kita sedar dan kita tidak tahu antara doa siapa yang Allah makbulkan atas kejayaan dan kebaikan yang kita capai.
Profile Image for Qistina Rahman.
1 review1 follower
July 19, 2021
i’m so happy for mikel❤️ i hope that he will be blessed with endless of blessings and guidance from Allah swt
Profile Image for Nurul Tasneem.
177 reviews7 followers
July 23, 2021
Penulisan yang baik dan saya bertambah suka bilamana ada pengisian agama. Cuma, harap cakna dengan kesalahan ejaan dan penggunaan tanda baca kerana ia boleh mengganggu proses pembacaan.
Profile Image for Nur Fathinah.
130 reviews6 followers
May 21, 2022
Jalan cerita yang simple. Sehari je dah habis baca sambil² pergi beraya.

Mungkin sebab letak expectation sikit dekat buku yang dikatakan digemari ramai ni, jadi kecewa dia pun lebih lagi.

Watak Mikel ni rasa macam cliché sangat. Lelaki luar negara, minat dekat perempuan Melayu, kemudian revert Islam. Entah, I just cannot.

Tapi baguslah penulis selitkan unsur D&T. Mulanya fikir apalah D&T ni. Dakwah dan Tarbiyah rupanya. Siapa yang biasa join usrah, boleh relatelah kot ukhuwah yang ada dalam buku.
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews6 followers
October 19, 2021
Beberapa bab awal terasa seperti cerita ini tiada plot. Ceritanya berjalan secara mendatar dan terasa seperti tiada apa yang terjadi. Konflik yang disajikan tidak cukup kuat untuk menarik minat saya. Tambahan, dari awal hingga ke hujung cerita, saya merasakan watak Nuraiman tetap sama. Bagaikan tiada perubahan. Apapun, tahniah kepada pengarang atas kejayaan mengarang cerita ini.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
August 6, 2021

Selagi belum tempang dalam mencintai, tak ada sebab untuk undur diri.

Secara peribadi, mula-mula aku nampak buku ini, aku sedikit teruja kerana tajuk dan muka hadapannya yang agak sedap untuk dipandang dan aku sedikit yakin ia mampu memberikan pengalaman membaca yang baru untuk aku.

Jadi, sepanjang aku mengikuti kisah Nuraiman ini, apa yang aku boleh kongsikan ialah, aku suka dengan idea atau tema utama yang dibawa oleh penulis sekaligus menjadikannya ia sebuah buku yang mempunyai pengisian yang boleh membuka mata tentang mencari dan memahami makna disebalik apa yang berlaku dalam kehidupan. Kesukaran untuk berhadapan dengan konflik ibu bapa, islamophobia, persekitaran toksik di tempat kerja dan juga struggle untuk dirinya menerima cinta antara konflik yang aku sangat raikan.

Cuma ada beberapa hal yang mengganggu bacaan aku, seperti jalan cerita yang mendatar, sejujurnya aku tak rasa apa yang Aiman lalui, terlalu mendatar dari awal sehingga akhir. Ada beberapa scene yang sepatutnya membuatkan aku rasa kecewa, terkilan, gembira tetapi aku tak dapat rasa.

Pemilihan ayat dialog juga serba tak kena, sehingga aku terpaksa mengulang beberapa kali supaya aku dapat apa yang cuba disampaikan. Ada pun dialog yang buat aku terhibur adalah dialog yang di buat oleh Loqu dan juga kesalahan ejaan yang lebih dari piawaian aku.

Cahaya di Langit Gaelic ini akan menjadi lebih baik persembahannya dan mungkin mendapat tempat di hati aku jika penulis boleh perbaiki dari segi sisipan emosi yang seiring jalan cerita, pemilihan dialog yang sesuai dan juga elakkan dari kesalahan ejaan. Btw, Tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan novel ini. Semoga terus diberikan idea dan dapat menghasilkan karya yang lebih berkualiti pada masa akan datang.

Profile Image for Lia.
45 reviews
October 31, 2022
Saya sedikit keciwa? terhadap buku ni. Once again, i baca sebab ramai orang hype this book. Plus, cover yang cantik dan tajuk yang agak unik, caught my attention.

At first, keliru. Tak, sepanjang pembacaan i keliru dengan apa sebenarnya yang penulis nak sampaikan. I cuba cari tema buku ni tapi sampailah ke muka surat terakhir, i jadi..ehh? Eehh? Nanii? Saya bingung..
Dua hari dah habis baca.

I faham ia adalah perjalanan hidup Aiman yang belajar di luar negara, konflik keluarga, hubungan dengan Mikel, usrahmate and etc. Tapii..tapiii..rasa not enough, i think? Story-pace dia mendatar, takde konflik sangat dan banyak typo. Kadang, kena baca dua tiga kali untuk faham certain ayat atau dialog.

Apa yang buatkan buku ni 'best', mungkin pada quotes dia. To me, cerita dia biasa-biasa saja. We all have our own opinions and thoughts, right? So, ini lah pendapat 20 sen saya terhadap buku ni. Sekian.

Anyway, tahniah pada penulis kerana berjaya terbitkan naskhah ini. Semoga di masa akan datang, dapat menghasilkan karya yang lebih menarik. Teruskan menulis, chaiyok!
1 review
October 25, 2021
Just okay for a casual read. But overall, the story is kinda plateau throughout. Lack of excitement that would grasp my curiousity.

Nonetheless, there are useful lessons written in this book - always put your trust and tawakkul to the creator
Profile Image for aliyah.
71 reviews2 followers
September 11, 2022
personal rating: ★★★★.5

“God, love is ironic.
It racks and it cures.”

this review will be written in a mix of malay and english hehe

firstly, buku ni bukan novel cerita cinta yang cliche and walaupun buku ni tak tebal idk rasa macam ada bagi kesan sikit kat saya. lagi lagi tentang study, love and our faith in Allah. ada pengisian tentang dunia and akhirat. so saya rasa balance! habis je baca buku ni, terus rasa macam ya Allah kenapa aku tak baca buku ni awal awal 😩

buku ini mengisahkan tentang dunia seorang nuraiman yang dapat peluang belajar di ireland. keluarga nuraiman ini boleh dikatakan ada masalah disebabkan perselisihan faham antara ibu dan ayah aiman. so, aiman ni risaulah kan. anak mana je tak risau kalau mak ayah ada masalah kan? masa aiman di bumi ireland, muncullah seorang lelaki sepanyol yang bernama mikel yang boleh dikatakan dihadirkan untuk menguji hati dan hidup seorang aiman ini.

bagi saya, watak mikel terasa sangat real and original! takde rasa fake pun. mikel ni takdelah memaksa and push aiman sangat. so, that's good i think. perempuan lain maybe dah cair dah tapi bukan aiman and i aspire to be a girl like her. we are staying halal hahah. the right one akan hadir tepat pada waktunya. Allah knows the best. ohh and i'm happy for mikel too!

walaupun buku ni tak tebal, banyak intipati yang ada dalam ni! contohnya, tentang tadabbur surah al-asr. surah yang ada tiga ayat sahaja dan antara yang pendek dalam Al-quran. tbh, saya jadi excited and nak belajar lebih dalam lagi tentang Al-quran. ya lah, biasanya kita baca ayat-ayat Al-quran dengan maksud je and then repeat lagi. takdelah faham sepenuhnya kan tentang Al-quran.

akhir sekali, buku ini merupakan bacaan yang sangat relax dan simple. bukunya nipis tapi isinya amat berharga! lagi 0.5 kat rating tu takde actually sebab saya nak tengok sejauh mana perkembangan nuraiman and mikel ni. maybe ada next book hehe thank you and tahniah @syiffarosman !! waiting for your next book kalau ada hehe

personally i think this book is so underrated. everyone really need to read this book once in their life!
Profile Image for Hanif. M.
3 reviews
October 19, 2022
Saya "dipertemukan" dengan novel ini dalam kebetulan yang tak disangka-sangka.

Pagi Sabtu di MPH, buku ini menarik perhatian saya kerana tajuknya yang menarik dan reka kulit buku yang jarang sekali dapat dilihat dalam kalangan novel Bahasa Melayu di Malaysia.

Novel ini berkisarkan cabaran anak gadis Melayu Muslim di negara Eropah. Konflik dalaman watak utama, adalah konflik yang saya kira sangat dekat dalam kalangan mereka yang berhijrah di negara yang majoritinya bukan Muslim. Jadi, tahniah kepada penulis kerana berjaya menulis sesuatu yang berpijak di bumi yang nyata dan tidak hanya fokus kepada cerita atau nasihat-nasihat klise untuk sedapkan hati pembaca.

Apabila kita fokuskan tema novel fiksyen dan nilai agama, sukar sekali untuk kita mendapat bahan bacaan yang "less ceramah". Novel ini berjaya menambat hati kerana ceramahnya kurang tetapi ayat-ayatnya menenangkan. Setting novel yang berlatarkan negara Ireland juga sangat unik kerana jarang sekali kita baca tentang negara yang satu ini dalam novel-novel Melayu di Malaysia.

Walaupun begitu, saya kira novel ini boleh diberi peluang untuk improvement dari aspek editorial. Sangat sayang sebuah karya yang saya kira boleh dikembangkan lagi terhenti di sini dan tak dicanang dalam kalangan pembaca Malaysia. Cerita dan inti pati novel ini bagus untuk bacaan santai yang membina dan memberi inspirasi. Mengingatkan saya kepada novel-novel terbitan Jemari Seni. Jika diberi peluang mungkin novel ini boleh berkembang dan hebat pengaruhnya seperti novel-novel Hlovate.

Sebagai seorang guru muda, saya turut cadangkan novel ini kepada pelajar-pelajar saya kerana novel ini menggambarkan kecekalan seorang anak rantau untuk menuntut ilmu, menjaga maruah dan agama. Sesuai dijadikan contoh kepada para pelajar saya.

Saya tamatkan pembacaan saya dalam tempoh dua hari di hujung minggu. Bagi saya novelnya agak "fast-paced" but I have nothing to regret.

Semoga penulis terus sukses berkongsi idea dan cerita!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Syafiqha.
66 reviews2 followers
February 17, 2022
𝓖𝓸𝓭, 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓲𝓼 𝓲𝓻𝓸𝓷𝓲𝓬.
𝓘𝓽 𝓻𝓪𝓬𝓴𝓼 𝓪𝓷𝓭 𝓲𝓽 𝓬𝓾𝓻𝓮𝓼.

Pack with Islamic content; how Muslim Malaysian students keep their faith while living (studying) in Ireland and facing the reaction of non-muslims about Islam's rules & practice. I respect all Muslim Malaysian students who further their studies overseas🤚

"𝓞𝓻𝓪𝓷𝓰 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓫𝓮𝓻𝓾𝓷𝓽𝓾𝓷𝓰 𝓪𝓭𝓪𝓵𝓪𝓱 𝓶𝓮𝓻𝓮𝓴𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓫𝓮𝓵𝓪𝓳𝓪𝓻 𝓭𝓪𝓻𝓲𝓹𝓪𝓭𝓪 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓪𝓵𝓪𝓶𝓪𝓷 𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓵𝓪𝓲𝓷 𝓭𝓪𝓷 𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓹𝓪𝓽 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓪𝓳𝓪𝓻𝓪𝓷 𝓭𝓪𝓻𝓲𝓹𝓪𝓭𝓪 𝓴𝓮𝓼𝓲𝓵𝓪𝓹𝓪𝓷 𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓵𝓪𝓲𝓷."

I love Loqu and Nuraiman characters! I simp them✊ In fact, all the characters in Cahaya Di Langit Gaelic have been perfectly characterised with their own backstories and difficulties. Even though Nuraiman is the main character here, other characters get along with her. As a reader, we are not only exposed/learn/reflexed to her story and conflicts, but the overall story is also involved with her family matters, classmates, and collegemates.

What I adore about this book is that it highlights family issues, about a lost soul trying to fill the emptiness by finding a God, a little bit of humour and romance, and a touching story for Muslims (awak try berhijrah, istiqamah, dan put Allah first in everything in your life).

"𝓘 𝓹𝓻𝓪𝔂 𝓽𝓱𝓪𝓽 𝔂𝓸𝓾 𝓰𝓮𝓽 𝔀𝓱𝓪𝓽 𝔂𝓸𝓾 𝓯𝓲𝓷𝓭. 𝓖𝓸𝓭 𝓲𝓼 𝓽𝓱𝓮𝓻𝓮. 𝓜𝔂 𝓰𝓸𝓭 𝓲𝓼 𝓐𝓵𝓵𝓪𝓱 𝓢𝓦𝓣..."

Cahaya Di Langit Gaelic has a few typos yet is not disturbing my reading process. I LOVE Syiffa Rosman's style of writing! How she arranges and picks words to build sentences✨ makes it easy to read and, at the same time, menusuk kalbu ye rakan2💘 rasa dekatttt aje dekat hati penceritaan, walaupun I'm not studying overseas.

It is mixed with Bahasa Melayu and English. It's fast-paced but, uoalls- It's worth it! I'm superb satisfied with the ending, yet I'm wishing for moreeeeeeee😆
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
June 13, 2022
𝘎𝘰𝘥, 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘪𝘴 𝘪𝘳𝘰𝘯𝘪𝘤,
𝘐𝘵 𝘳𝘢𝘤𝘬𝘴 𝘢𝘯𝘥 𝘪𝘵 𝘤𝘶𝘳𝘦𝘴.

Mulanya buku ini keterlihatan seolah-olah sebuah novel travelog. Namun, novel ini mengetengahkan elemen-elemen cinta yang disulamkan dengan dakwah dan tarbiyah.

Kisah Nuraiman Amni yang penuh liku-liku dalam menghadapi ranjau perjalanan pelajaran di Ireland sangat menarik. Konflik kekeluargaan, konflik percintaan dan pelbagai konflik yang terkait.

Garapan idea dan tema di dalam novel ini sangat jelas dan menarik. Elemen keindahan Islam turut dibentangkan serta pengamatan penulis akan perbezaan sosiobudaya di antara Ireland dan Malaysia juga ada dibawakan.

Namun, di sebalik garapan idea dan tema yang menarik, terdapat banyak kelompongan di dalam novel ini. Pemilihan bahasa dialog yang agak kurang sesuai. Bahkan, idea dan naratif serta tema yang dibawa oleh penulis seolah-olah tidak dikembangkan.

Selain itu, banyak typo yang menyebabkan selaku pembaca terpaksa mengulang beberapa kali bagi memahami apa yang ingin disampaikan. Banyak babak yang boleh dikembangkan dengan lebih lagi dan ada babak yang perlu dikurangkan terutamanya apabila terkait dengan babak monolog Nuraiman Amni.

Secara literalnya, idea dan naratif novel ini sangat jelas. Diharapkan penulis dapat mengembangkan lagi naratif dan tema yang sewajarnya bagi memperlihatkan kepada pembaca secara jelas.
Profile Image for Eiyla Ibrahim.
9 reviews4 followers
August 1, 2021
Buku ini membawa saya kembali kepada zaman uni saya diluar negara. Penulis cuba membawa pmbaca pengalaman beliau ketika belajar diluar negara dan ternyata, tiada banyak beza.. Disambut oleh "keliarga baru" dan join usrah.



Secara peribadi, plot buku ini agak mendatar bagi saya yang selalu membaca kisah fiksyen. Pada bahagia suku buku yang pertama, saya masih mencari-cari kemana tema yang penulis mahu bawakan.Masuk kepada separuh bahagian buku, saya sudah jumpa tema yang penulis ingin bawakan iaitu mengenal Tuhan.

Bagi saya, perlu ditambah rencah dan rasa didalam cerita ini dengan konflik dan suspen yang lagi kuat,baru dapat memberi kesan yang mendalam.

Begitu juga dengan kisah Vivian dengan Mikael, jika ditambah dan diaduk lebih lagi, mungkin para pembaca lebih menikmati perjalanan kisah ini.

Bagi saya kisah ini biasa sahaja. Yang membuatkan kisah ini menarik dengan adanya quotes-quotes yang disediakan.


Tambahkan lebih emosi dalam plot dan konflik cerita inshaAllah cerita tidak akan bosan.

Anyhow, good write up!
Profile Image for Nurul Shahzira.
65 reviews
December 30, 2021
Actually its 4.5. Finish this in one sitting dalam bas je

Firstly, cerita ni slow but very relatable on personal level. Felt like im hearing the words that i wanted and should hear.

Secondly, the storyline is fast and have simple plot but they should really improve the synopsis. Part yg cerita kt sinopsis tu disentuh 2 ke 3 kali je rupanya loll i mean they couldve mention a bit pasal this girl sambung study overseas leaving behind her almost breaking family but what will happen n so on so on. Macam tu lah coz i was expecting more or something else from the synopsis but nevertheless i think i got what i needed instead of what i expected. Mesejnya santai dan matang.

Thirdly, i really love the ending :))
Profile Image for bookandkafeen.
20 reviews1 follower
March 2, 2022
Buku ni banyak beri pengajaran.

Betapa pentingnya komunikasi yang bagus. Berterus terang. Meletakkan Allah dahulu dalam segala benda.

Untuk character Puan Hamra' adalah sangat menakjubkan. Seorang yang sangat positif. Meletakkan anak-anaknya dahulu. Adakah itu naluri seorang ibu? Kalau ye, memang elok lah sebab Puan Hamra' adalah seorang wanita yang kuat. Sedaya upaya cuba untuk mempertahankan demi anak-anak.
Profile Image for Kina Badrishah.
13 reviews
March 10, 2023
God, love is ironic.
It racks and it cures.

Jatuh cinta dgn bait-bait indah yang ditulis bersahaja. Gaya penulisan mengimbau zaman baca novel dedulu. Ceritanya simple, straightforward yet banyak benda boleh belajar tentang cinta dan pengharapan. Sayang sekali ceritanya open-ending. Baru nak meneka endingnya cinta bersatu atau tak. Apa pun, mcm dunia nyata lah kan, cerita kita takkan habis ditulis selagi hidup. Thank you for the good book.

Keep on writing 💛
Profile Image for Anis Raihana.
8 reviews22 followers
June 30, 2022
Nice to read,
Not the cliche love story.
Would love to know what’s next for Keluarga Encik Aman, Aiman’s life in Ireland, the continuation of Mikel’s life in searching for the truth in Islam 😊
Congratulations Syiffa!
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.