Jump to ratings and reviews
Rate this book

Misteri Al-Masih Ad-Dajjal : Pembawa Fitnah & Kesesatan Menghuru-Harakan Dunia

Rate this book
Dunia sekarang ini sedang bergolak dengan pelbagai kemelut. Penyakit sosial, perpecahan dalam masyarakat, pertumpahan darah melibatkan negara Islam dan negara terkenal, peperangan, kerosakan di bidang fikiran, fahaman serta ideologi, pemujaan sihir dan lain-lain lagi telah menyebabkan dunia menjadi huru-hara. Krisis bidang ekonomi, kejatuhan nilai wang, kenaikan harga barang dan sistem perbankan riba telah menindas umat manusia yang hidup di zaman ini sehingga menyebabkan manusia diserang pelbagai penyakit kerana pening dan stress.

Di sebalik semua gejala yang terjadi, kita lupa, alpa dan terlepas pandang. Apakah itu? Atau apakah 'Dia'?

Semua kemelut yang terjadi sekarang ini telah pun diisyaratkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bimbang kalau-kalau umatnya terpengaruh dengan fitnah yang dibawa 'Dia'. Ramai dikalangan umat Islam sendiri tidak tahu dan sedar siapakah 'Dia', tokoh yang merbahaya.

'Dia' ialah DAJJAL. DAJJAL yang bakal muncul di penguhujung umur dunia untuk menghuru-harakan dunia ini.

Buku ini mendedahkan bukti-bukti kewujudan Dajjal yang disebut oleh Allah dan Rasulullah SAW; diisyarat dalam Al-Quran secara simbolik dan diperjelaskan bukti kewujudan Dajjal dalam hadis sifat-sifatnya secara terperinci termasuk fitnah dan pembohongan yang dibawa dalam pelbagai bidang kehidupan. Ramai di kalangan manusia, termasuk orang Islam terperangkap dan terikut-ikut dengan Dajjal serta mudah terkena sihir Dajjal. Di penghujung buku ini dikongsikan tips dan panduan cara mana untuk selamat daripada fitnah dan Dajjal serta menangkis "Sihir Dajjal".

230 pages, Paperback

Published January 1, 2021

1 person is currently reading
1 person want to read

About the author

Abu Muhammad Arafah Adha

8 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
No one has reviewed this book yet.

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.