Jump to ratings and reviews
Rate this book

Qazrel Edraqi : Perempuan Tak Ku Iktiraf

Rate this book
Sejak kecil Zahlia dan Edraqi hidup di bawah satu bumbung. Menumpang kasih sebagai seorang anak angkat, buat tanggungjawab Zahlia terhadap Edraqi cukup tinggi. Apa saja akan Zahlia korbankan untuk Edraqi. Hinggalah permintaan Puan Haziqah membuatkan kebencian Edraqi pada Zahlia mula bertunas. Kalau bukan disebabkan Puan Haziqah, tak ingin Edraqi menikahi Zahlia.

Aku tak secantik dia. Kerana rupa dia dihina. Hodoh sangat ke parut yang menghiasi wajah dia hinggakan suami sendiri begitu jijik mahu memandang dia?

Kau kena ingat, perempuan. Aku kahwin dengan kau sebab umi. Kalau bukan sebab umi, aku takkan sesekali akad kau jadi isteri aku. Muka berkeladak macam tu, kau rasa kau layak ke jadi isteri aku? - Edraqi

Zahlia telan. Zahlia terima setiap hinaan Edraqi. Kerana Zahlia tahu dia bukan perempuan yang diiktiraf oleh Edraqi sebagai seorang isteri. Tak cukup Edraqi lampiaskan kemarahan melalui caci-maki, batang tubuhnya juga turut menerima hukuman. Malah Edraqi tuntut haknya sebagai suami secara paksa. Hendak melawan, apa sangatlah kudrat yang Zahlia ada?

Andai kata kau mengandungkan anak aku, kau jangan ingat aku dah terima kau sebagai isteri. Kau dan anak tu, sama saja tak layak ada kaitan dengan aku. Bukan senang aku nak terima keturunan aku lahir dari rahim kau. Lagipun aku rasa anak kau nanti mesti hodoh macam kau juga kan? - Edraqi

Allah S.W.T sebaik-baik perancang, Ed. Dia jadikan Lia macam ni bersebab. Kenapa Ed perlu hina aturan DIA? - Zahlia

Sebab aku jijik dengan kau. Aku tak dapat terima hakikat yang aku terpaksa kahwin dengan perempuan hodoh macam kau. Selagi kau masih isteri aku, selagi tu kau perlu tadah telinga dengan setiap maki hamun aku. - Edraqi

Tak pernah kenal erti bahagia sepanjang menikahi Edraqi. Hinggalah suatu insiden yang hampir meragut nyawa Zahlia membongkar satu rahsia. Parut di wajah Zahlia, rupa-rupanya punya kaitan dengan diri Edraqi. Terhenyak jiwa lelaki Edraqi. Edraqi cuba menuntut penjelasan, terlewat saat si isteri sudah mula membawa diri. Surat layang ditinggalkan buat Edraqi dan Zahlia menghilang hampir bertahun-tahun.

Lia redha andai kata Ed ceraikan Lia kali ini. Lia pergi bukan sebab Lia membenci. Lia pergi sebab ini kehendak Ed dari awal lagi. - Zahlia

Edraqi yang meminta perpisahan. Saat Zahlia menapak pergi, kenapa Edraqi perlu merasa kehilangan yang cukup besar? Menanti jawapan yang tak berkesudahan, sehingga Edraqi ditemukan dengan seorang janda anak satu yang cukup rupawan. Memandang si dia, Edraqi seolah-olah sedang melihat diri Zahlia.

“She looks like you. Anak you, wajah dia hampir sama dengan I. Kadang-kadang I dapat rasa yang you ni adalah dia. Tapi waktu dia tinggalkan I, dia tak mengandungkan zuriat I. You’re not her, right? - Edraqi

“Who?” - Arissa

“Zahlia.” - Edraqi

“I’m not. Nama saya, Arissa. Bukan Zahlia. - Arissa

Aneh. Pelik. Yang sebenar, siapa wanita yang menggelarkan dirinya dengan nama Arissa? Kenapa auranya begitu sama dengan seorang Zahlia?

Sesungguhnya jiwa Edraqi begitu mendesak mahu tahu.

323 pages, ebook

Published October 1, 2019

38 people are currently reading
211 people want to read

About the author

Hana Efriena

68 books176 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
23 (46%)
4 stars
14 (28%)
3 stars
10 (20%)
2 stars
1 (2%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
December 29, 2021
Satu kisah yg bagi saya sangat melodrama. Kisah ttg kasih sayang Zahlia terhadap keluarga angkatnya tanpa berbelah bahagi. Baru shj berumur 6 thn, tapi Zahlia cekal utk menyelamatkan adik angkatnya Edraki dari kebakaran. Ekoran dari itu dia mengalami cedera yg teruk di muka dan kelihatan cacat.

Kerana wajahnya yg sedikit hodoh itulah Edraki malu ada kakak angkat seperti Zahlia sehingga Zahlia dicaci hamun. Bkn shj Edraki, malah org sekeliling juga jelek utk melihat wajah Zahlia.

Kerana merasakan hidup Edraki yg kian tersasar, Puan Haziqah nekad utk mengahwinkan Edraki dgn Zahlia. Maka bermulalah episod yg plg duka dlm hidup Zahlia. Bkn shj diherdik, dicaci tapi juga dijadikan bahan utk memuaskan nafsu Edraki.

Kerana malu beristerikan Zahlia, Edraki menceraikan dan menghalau Zahlia. Dan bermulalah episod baru dlm hidup Zahlia bila dia menyelamatkan Datin Sophea. Dan setelah bertemu semula dgn Edraki beberapa tahun kemudian, Zahlia selesa utk memperkenalkan dirinya sbg Arissa.

Tapi kenapa Edraki tidak kenal Zahlia? Apa yg berlaku selama 3 tahun kehilangan Zahlia? Apa yg menyebabkan Edraki berubah? Adakah ada peluang utk mereka utk cipta kebahagiaan sedangkan Edraki sendiri ragu² siapa Arissa?

Cerita ini sebenarnya menarik jika pembaca sukakan cerita yg ada sedikit drama. Rasa²nya cerita sebegini yg pihak TV suka cari utk dijadikan adaptasi. Tapi bagi saya pula, saya lemas dgn watak² yg berlebihan. Cth mcm Edraki. Bila tak suka tu, beria² mencaci. Yg Zahlia pula beria pulak main tarik tali. Tp apapun cerita sebegini yg buat pembaca geram dan emosi nak maki tu akan muncul😅
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
July 15, 2021
tengok cover, tengok tajuk, ingatkan cerita cinta biasa. salah anggap rupanya...

dari kecil, zahlia sangat sayangkan edraqi, adik angkatnya. puan haziqah dan tuan qaled membelanya dan kemudian baru mendapat anak yang bernama qazrel edraqi. tapi, disebabkan satu kecelakaan, tuan qaled meninggal dunia dan zahlia mukanya cacat ketika mahu menyelamatkan edraqi yang terperangkap dalam kebakaran.

makin edraqi membesar, dia malu ada kakak yang cacat mukanya. puan haziqah mahu menceritakan pada edraqi kenapa muka zahlia cacat tapi zahlia tidak membenarkan. dia tak mahu edraqi berasa terhutang budi.

edraqi menganggap dirinya malang sebab bila pulangnya dia setelah habis belajar dan setelah tujuh tahun dia menetap di luar negara, dia dipaksa berkahwin dengan zahlia. dia sangat malu dan berjanji dengan zahlia yang dia akan menyeksa zahlia selumatnya.

aduhai puan penulis cantik Hana Efriena... rasa macam tak sanggup baca penyeksaan yang edraqi lakukan terhadap zahlia. zahlia bertahan sangat-sangat cuma kemuncaknya, setelah teruk dia diseksa mental dan fizikal, dia meminta cerai. dan edraqi sendiri tak tahu kewujudan anak dalam rahim zahlia kerana zahlia berjanji takkan muncul lagi depan edraqi.

tapi, suram rasa hidup edraqi bila zahlia tiada. tambah bila puan haziqah memecah rahsia yang dia pegang sekian lama, makin bersalah rasa yang tumbuh dalam jiwa edraqi. dapatkah dia bersua dengan zahlia semula? nuha... siapa nuha?

sungguh. hidup atas dunia usah sombong. usah suka memandang rendah pada manusia lain. usah menghina. usah bongkak.

bila Allah menurunkan kafarah, mampukah membendung segala rasa bersalah yang ada?

mampukah memikul segala beban perasaan yang ada?
mampukah kembalikan segala yang musnah kepada sediakala?

payah. sangat payah.

hanya kemaafan dan peluang kedua. itupun perlu menanti dengan penuh kesabaran. ada atau tidak,
berdoa dan tunggulah.
Profile Image for Iqa.
144 reviews4 followers
May 12, 2023
Tak sure nak start dari mana… Rasa marah tak habis lagi 😂

Marah dgn Ed sbb terlalu ego and abusive..

Marah dgn Umi sbb terlalu memaksa in every way, clearly Ed tak respect Lia in the beginning. Marriage will not solve anything. Bukan something you use to gamble the outcome.

Marah dgn Lia sbb terlalu baik. I know (2x). Tapi geram teruk sebab always pasrah and redha je.. And tak bagi cerita the truth because she’s such a saint kan?? Ee, geram tu jgn cakapla..

Macam gitu je pula tu Ed dapat Lia balik. Tak melutut merayu pun lagi. Takat berlakon sendu je..

Maybe I pula yang over emo ni.. aduhhh 😅

Conclusion, writing dia daebak la as you can see that I’m still as immersed even after dah habis baca. It’s one of the books yang tinggalkan kesan. Giteewww
1 review
Read
March 11, 2023
Wow
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Rani Es.
1 review
August 11, 2023
best
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
April 19, 2024
x blh baca
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.