dah terbaca #rio pulak dulu. patut baca #dhai. tak apalah. cuma kalau tak baca #dhai dulu macam ada sedikit cebisan cerita yang tak ketahuan.
rio. keras sungguh dia terhadap hani. lima tahun dia meninggalkan isterinya itu bersama anak kecil bernama adira. bila hani muncul semula depan mata, dia tetap seolah tak boleh terima langsung. even dengan adira pun sama.
tapi, tak dapat tidak sebenarnya, adira menarik perhatian rio. anak kecil yang bijak itu seolah faham dengan keadaan yang melanda ibu bapanya.
cuma, ada sesuatu yang membelenggu rio. ada sesuatu yang menghalang rio dari terus terima isteri dan anaknya. sesuatu yang jelas sebenarnya sangat mengganggu dirinya, yang terpaksa buat dia menahan hati sekuat-kuatnya.
tolaklah macam mana tapi hani tetap mahukan rio. walau bagaimana kasarnya kata-kata yang mampu menyiat hati, hani tetap berharap.
cuma, kemuncak, harapannya hanya tinggal beku. bila dia perangkap rio dan kemudian dia mengandung, mulalah pergolakan yang lebih hebat. hingga akhirnya... rumah tangga mereka berantakan. mereka terpisah.
walau bagaimana pun keadaan rumah tangga, selagi boleh, bertahan. kadang ada penyelesaian untuk setiap masalah tapi penghalangnya - ego. kan puan penulis cantik Hana Efriena?
mendung akan tetap berarak pergi. hujan tetap akan berhenti. ribut akan tetap reda.
Done reading Hati Tetap Cinta by Hana HE/ Hana Efriena.
Novel ni ialah sekuel kepada Biar Hati Mencintai.
Novel ni memfokuskan tentang Rio Haqil dan Dhaihani dan jugak anak mereka, Adira Hanan.
Rio yang pergi tinggalkan mereka selama 5 tahun. Bila mereka kembali bertemu, Rio masih dengan egonya dan rasa bersalahnya kerana tidak mampu melindungi Hani. Hani yang terus mencuba untuk memenangi hati Rio walaupun terpaksa menggunakan alasan anaknya. Tapi, kalau dah namanya Rio, memang tak kemana lah. Bila Hani dah give up, barulah Rio terhegeh hegeh.
Haihhh... Kerana ego dan degil, mereka bazirkan 10 tahun. 😅
Novel ni okay je baca kalau sukakan cerita yang santai plus emosi sikit gitu. Tapi takdelah sampai basah baju ngan air mata.