Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sumayyah: Syahidah Pertama dalam Islam

Rate this book
Hanya kerana dilahirkan sebagai perempuan, Sumayyah dijual oleh ayah sendiri. Pada zaman Arab Jahiliah, kedudukan wanita sangatlah rendah, sehingga anak-anak perempuan yang dilahirkan ditanam hidup-hidup. Betapa mereka malu apabila keturunan yang lahir itu perempuan. Beruntungnya beliau apabila yang membelinya itu seorang hartawan dan pembesar Arab Quraisy yang baik. Beliau dilayan baik walaupun bertaraf seorang hamba.

Beliau melihat sendiri Arab Quraisy yang tersasar jauh dari ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Betapa hinanya hamba sehingga kehidupan mereka hanyalah untuk tuan mereka. Mereka langsung tiada nilai. Malah Kaabah yang diagungkan sebagai rumah Allah SWT, diletakkan pelbagai jenis berhala sebagai Tuhan. Siapakah yang patut disembah?

Kehidupannya akhirnya menemui sinar apabila Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi rasul. Disitulah segala persoalan terjawab. Hanya ada Allah SWT. Tanpa ragu, beliau bersama anak dan suami mengangkat syahadah. Perjuangan beliau mengatasi segalanya. Tanpa perikemanusiaan, keluarganya dihina dan diseksa. Namun, berpaling bukan caranya. Jangan mengaku beriman, sekiranya tidak diuji. Perjuangan mereka dijanjikan syurga. Mereka akhirnya gugur syahid melawan kejahilan Arab Quraisy. Pengorbanan yang tiada galang ganti, tanda ketaatan terhadap Allah SWT.

Sumayyah, satu nama yang terukir mekar abadi menebarkan keharuman di syurga Allah SWT, yang gugur meraih keredaan Ilahi. Beliaulah, syuhada pertama dan permata syurga. Namanya sentiasa tersemat dalam lembaran sejarah Islam.

154 pages, Paperback

Published January 1, 2020

2 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Abdul Latip Talib

124 books287 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (60%)
4 stars
3 (20%)
3 stars
1 (6%)
2 stars
1 (6%)
1 star
1 (6%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Tiya Rashid.
7 reviews
September 15, 2022
Jika ingin mendekati kisah2 sahabat nabi, hasil tulisan pak latip adalah sangat sesuai.

Penulisan yang santai tetapi penuh ilmu.

Tak bosan.

Buku kisah sumayyah ini sangat sedih. Dengan hanya membaca buku boleh buatkan saya menangis.

Saya sangat suka penulisan pak talip.
Profile Image for Zzati Alydrus.
124 reviews
September 16, 2022
Simple storyline, boleh buatkan pembaca dpt gambaran perjalanan keluarga yassir. Tapi untuk saya, storyline lebihkan keluarga Sumayyah jadi sepatutnya tajuk cerita ni bukan Sumayyah, tapi keluarga sumayyah.
Profile Image for Haris Ali.
3 reviews
July 3, 2022
Love the story... Not so much for the writing tho...
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.