Jump to ratings and reviews
Rate this book

Saat Kau Kembali

Rate this book
Mereka pernah berkawan rapat. Di mana ada Elin, di situ ada ada Kish. Ke mana Kish pergi, ke situ juga Elin tuju. Sehingga Kish tahu erti jatuh cinta dan Elin tak mampu menipu hati. Lantas, Elin berbuat sesuatu yang meragut kepercayaan Kish.

Tiga tahun mereka melarikan diri.

Sehingga rumah agam atuk menemukan Kish dan Elin semula. Tiga tahun, waktu yang cukup untuk merubah Elin tetapi tidak mampu membuat Kish lupa bahawa kepercayaannya dikhianati.

"Mulai sekarang, kita hanya dua orang yang berkongsi tanah di atas dunia yang sama." -Kish

Kish cuba menjadi matang. Biarkan Elin menetap di rumah atuknya. Cuba tidak mempedulikan gadis itu. Namun, Elin yang jauh berubah, sangat menyesakkan dadanya. Bukan hanya dia tetapi semua orang di rumah merasakan mereka kehilangan Elin yang lalu.

"Kamu menyesal jatuh cinta pada Kish?" - Atuk

"Jatuh hati pada Kish satu mimpi buruk bagi saya."- Elin

Kish tahu kedatangan Elin disebabkan sesuatu. Sesuatu yang gadis itu diamkan sejak melangkah ke rumah ini.

"Jujur dengan aku, Elin. Beritahu aku… Kau takut, kan?"

Elin senyum, diam dan terus senyap.

"Hidup awak lebih penting daripada saya, Kish." - Elin

449 pages, ebook

Published January 1, 2021

1 person is currently reading
29 people want to read

About the author

Ieya Sya

33 books74 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (59%)
4 stars
9 (33%)
3 stars
2 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for matchastroberi.
179 reviews29 followers
December 16, 2025
trope(s) — friends to hatred to lover, she fell first but he fell harder, found family, miscommunication, second chance, angst and betrayal

cerita ni sedikit penat sebab melayan ego Kish🤣 bermula dengan Elin yang dikejar stalker and hilang kerja, dia terpaksa lari ke Kedah semula berjumpa dengan mak saudaranya, Mak Cik Aidah yang juga bekerja dekat rumah family Kish Nazran, bekas kawan baiknya dulu. Family Kish sangat menyambut kedatangan Elin tapi tidak bagi Kish. Dia benci sangat dengan Elin berpunca dari kes tiga tahun lepas yang dia rasa Elin kianati persahabatan mereka dengan menghasut Miya untuk tinggalkan Kish. Yang peliknya, Kish sangat mudah maafkan Miya tapi dengan Elin, susah sangat dia nak maafkan sedangkan kesalahan Elin tu tak la besar mana. Tak besar bagi kita, tak bererti kecil bagi orang lain. Pemikiran manusia ni kita tak boleh nak kawal.

Bermulalah semula kisah mereka, Elin yang merayu kemaafan dan Kish yang kalau boleh dia tak nak Elin muncul depan dia. Tapi satu keluarga dia dekat situ suka Elin so takkan la dia nak buat perangai budak2 halau Elin. Dalam tak suka, Kish sangat ambik berat pasal Elin. Tak suka Kish ni sikit sebab sesuka hati pegang and peluk Elin hshshs. Tapi act of service dia memang >>>> Cerita ni boleh cepat habis kalau Kish ni faham dengan perasaan sendiri. but man chose jalan complicated HAHAHA sebaik plan kahwin dia tu logical nak dapatkan Elin adeh Kish. plus yang lerve mestilah vibe Atuk Kish and family Kish semua yang green!

an okay read for me, tak berapa nak hits yang ni. writing kak ieya seperti biasa tak membosankan. saya suka flashback friendship diorang oh friends to lovers is top tier i wish to see their flashbacks scenes more cuz the angst was angsting! imagine loving your own bestfriend tapi tengok dia dengan perempuan lain💔 yang sorang tu pulak rasa bestfriend takkan hilang so bercinta dgn orang lain sedangkan dia sebenarnya sayang jugak bestfriend sendiri tapi salah faham ingat sayang hanya sebagai kawan, dah hilang baru fius otak bersambung hshshsh. saya suka jugak ada pov Kish akhir tu barulah faham his heart crisis tu lagi.
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
January 7, 2023
Boleh pulak ter menangis malam2 baca kisah ni. Kasihan sungguh pada Elin. Setelah 3 tahun dia kembali ke rumah tu. Rumah keluarga Kish. Elin sebenarnya lari. Dan Elin tak tahu sebenarnya Kish dah kembali.

Marah sangat Kish pada Elin. Saya rasa benda tu biasa je tapi kenapa Kish ni marah sangat2. Sedangkan dengan Miya boleh je dia maafkan. Tapi berbeza dengan Elin. Macam nak 'revenge', tapi tak seiring dengan tingkah lau yang Kish pamerkan. Nampak Kish risau bila Elin macam tak sihat, bertumbuk dengan 'stalker', marah bila Elin bakar gambar lama mereka berdua dan buang hadiah pemberian Elin pada Kish dan akhir sekali paksa Elin ganti Miya di hari pernikahannya. Kejam.

Elin dengan perasaan bersalahnya makin menggunung sebab dia cakap dia tak nak orang lain susah kerana dia. Terutamanya Kish.

Last bab ada POV Kish. So semuanya terjawab. Ada satu rahsia yang Kish tak tahu mengapa Elin bertindak sedemikian. Atuk akan masuk campur bila perlu sahaja. Atuk dah lama tahu. Tapi Kish tu yang lambat nak sedar.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
June 18, 2022
[BOOK 114]

2. Saat Kau Kembali - Ieya Sya.
.

Best! Ieya Sya never failed to impress me.
.

Benci la baca novel IS ni. Kalau tak buat aku beremosi dan nangis, memang tak sah.
.

Elin dan Kish ialah sahabat baik. Sehinggalah satu peristiwa membuatkan Kish hilang percaya pada Elin dan membencinya. Akibatnya, mereka terpisah. Selepas 3 tahun, mereka kembali bertemu di rumah agam atuk. Kish masih membenci sedangkan Elin masih dengan rasa bersalahnya.
.

Tapi sebenarnya kan, obvious sangat kot perasaan Kish ni. hahaha. Bak kata Elin, Kenapa dengan Miya, mudah je Kish memaafkan? Tapi kenapa dengan Elin, Kish sangat keras hati?
.

Dan aku suka part Kish memaksa Elin menggantikan Miya untuk majlis nikah dorang sebab Miya melarikan diri. hahahaha..Bagus punya plan Kish ni. Licik orangnya, tak memasal Elin berendam air mata.
.

p/s: aku sebenarnya menahan hati dan nafsu daripada membaca novel coffee, sara. Sebabnya aku dah tak nak curang dengan TBR aku. Coffee, Sara tu, aku baru je beli. Tolonglah jangan tempting sangat.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
July 24, 2021
apa kesalahan elin yang buat kish marah sangat-sangat? apa yang buat kish pergi bawa diri dari keluarganya selama tiga tahun? ke mana juga hala hidup elin selama tiga tahun?

manusia ni, kalau dia dah marah sangat-sangat ada dua sebab saja. sama ada dia betul-betul marah pada perkara yang salah. atau dia marah pada yang menimbulkan kemarahan. dalam hal ni tak nampak pun kish marahkan kenapa miya tak jadi menerimanya tapi marah kish sebab elin yang konon belot kepadanya.

elin. gadis ini jelas sepi. dari dia kecil. dari dia dibuang oleh emaknya kerana pentingkan diri sendiri daripada anak. bila tinggal dalam keluarga kish yang penuh dengan kasih sayang, dia tak mahu kehilangan. lebih utama bila kish ada miya, dia takut.

itu yang buat dia pergi. setelah tiga tahun, setelah dia tak tahu mahu ke mana bila ada stalker yang menakutkan menghantui dirinya, dia kembali ke rumah itu. kembali yang buat perasaan kish nazran meruap semula. marah, atau... kenapa ya?

cik penulis cantik Ieya Sya memang campur adukkan cerita kish dan elin. tapi itu semua buat pembaca terpaku dan ralit hingga akhir. emosi langsung tak jatuh. itu yang buat kisah ini makin-makin sedap dibaca. karya ini sangat berjiwa. kalau boleh... tak nak berakhir pun. mahu kisah elin dan kish terus-terus ada...

kenapa?

ingat kenapa kish tu marah sangat pada elin? bila elin tak endah tentang kesihatan diri, kenapa kish ambil berat sampai sanggup marah pada elin? bila elin bakar semua kenangan mereka, gambar-gambar mereka berdua, kenapa kish yang rasa jiwanya hangus?

kalau rasa benci boleh saja nak menghindar. tapi kenapa makin kish marah elin, dia rasa dia nak elin ada depan matanya?

satu saja sebabnya.

cinta.

marah kish kerana dia sebenarnya cintakan elin. marah kish, kerana dia tak nak elin pergi sekali lagi.

Don't pretend you're sorry
I know you're not
You know you've got the power
To make me weak inside

And girl, you leave me breathless
But it's okay
'Cause you are my survival
Now hear me say

I can't imagine
Life without your love
And even forever
Don't seem like long enough

Every time I try to rise above
I'm swept away by love
Baby, I can't help it
You keep me drowning in your love

inilah dia, kish dan elin.

cinta adalah kehendak mereka.

takdir yang telah ada tertulis dalam perjalanan kisah hidup mereka.

begitulah manusia. sejauh mana lari, tetap akan jumpa check point yang telah ditetapkan.

jauh pergi

tapi

saat kembali itu akan tetap ada bila sudah itu susunan dari-NYA.

terimalah.
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
March 17, 2022
Aku xtau la sbb aq baca time tghmalam ke tp sis emosi habis wei smp menitik2 air matanya… sedih sebak semua ada la…cerita die tak sedih mana pon tp maybe sbb kene dgn jiwa sis sgt2…aq mmg suka watak2 yg cinta yg memendam rasa ni…

Hero and heroin ni bff but due to 1 incident in past,diorg ambil haluan masing2 but meet again after 3 years due to unexpected reason..heroin dah sedaya upaya nak blah dr kacau hero and family die..sbb die tau..die menumpang je kat situ and die buat salah kat hero die which is bff die…hero tu pny la benci nor kat die smp kata2 die tu aq rase kejam sgt…heroin tu try her best to betulkan kesilapan die…try her best utk avoid dr lalu lalang dpn hero tu tp ade je incident yg diorg terpaksa talk and meet…

Lepas aq tau reason kenapa hero tu nak marah sgt aq dah dpt feeling ko ni sbnrnye suka die kan..tu yg ko nak marah die beriya sgt..org lain tu elok lak ko maafkan… nampak tak emosi aq tu…😜

as usual eiya sya bijak memainkan emosi ku… aq mmg layan habis la dgn cerita ni…love sgt2… i enjoy it so much dah klu smp mnitik2 air mata menghayatinye…sgt recommended korang!!!!!!😘💐🤩😍
Profile Image for Eyd1410.
833 reviews22 followers
August 3, 2021
Sedihnya baca kisah cinta Elin terhadap Kish. Kerana satu kesilapan, Elin jauh membawa diri. Dia bkn shj berasa kesal terhadap Kish dan keluarganya. Namun dia bawa rasa kebencian terhadap dirinya sendiri. Kerana ketakutan dirinya diintip, dia pulang kembali ke rumah itu.

Kepulangan dia disambut gembira oleh seluruh tuan rumah tetapi Kish memandang Elin dgn seribu kebencian. Kerana ingin meraih semula kepercayaan diri Kish terhadapnya, Elin tekad untuk mencantumkan semula kisah cinta Kish dan Miya.

Walau hati Elin sakit, tetapi utk terus jatuh cinta kepada Kish dia tidak sanggup. Elin tidak sama dgn Elin yg dulu. Byk perubahan dlm diri Elin. Dia cuba utk sedar diri yg dirinya hanya menumpang dan cuba kuat utk menghapuskan kenangan antara dirinya dgn Kish.

Bila tiba hari perkahwinan Kish dan Miya, Miya memutuskan utk tidak meneruskan perkahwinan tersebut. Tetapi kenapa? Paksaan Kish utk Elin menggantikan Miya menjadi pengantinnya disambut dgn kesedihan oleh Elin walau cinta Elin utuh utk Kish. Namun setelah itu Miya dtg mengamuk dan Kish jadi tak tentu arah. Kenapa? Ohh saya rasa anda wajib beli ebook ini.

Bahasa dan plot yg tersusun. Jalan cerita yg menarik dan langsung tak bosan. Highly recommended! Best. Sedih. Geram.
Profile Image for LadyKeira Zachary.
417 reviews16 followers
June 29, 2022
ʙᴏᴏᴋ 26/2022
ʀᴀsᴀ ᴍᴀᴄᴀᴍ ᴛᴀᴋ ᴄᴜᴋᴜᴘ ᴀᴊᴇ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ɴɪ. ᴀᴅᴀ ᴛᴀᴋ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴘᴀsᴀʟ ᴅɪᴏʀᴀɴɢ ʙᴇʀɢᴀᴅᴜʜ ᴛᴜ.

ғᴀʟʟ ɪɴ ʟᴏᴠᴇ ᴡɪᴛʜ ᴋʜᴀʏʟᴀ ᴀɴᴅ ᴛʜᴇ ʀᴇsᴛ ɪs ʜɪsᴛᴏʀʏ. ʜᴇʀ ʙᴏᴏᴋs ɴᴇᴠᴇʀ ғᴀɪʟᴇᴅ ᴍᴇ. ᴋᴇᴇᴘ ᴜᴘ ᴛʜᴇ ɢᴏᴏᴅ ᴡᴏʀᴋ ᴍs. ᴡʀɪᴛᴇʀ.
Profile Image for Elurine.
77 reviews2 followers
April 6, 2025
TW: contain spoilers ‼️
Personal rating: 4.8/5

Genre– melodrama, pain, angst is angsting
Trope– second chance, misscommunication, from friends to enemies to lovers, she fell first but he fell harder and harder

Bila baca ebook kak ieya ni rasa mcm betul ke ek saya baca ebook kak ieya ni sebab dulu rasa mcm lain tapi kali ni susah dah nak lepaskan mata dari berterusan baca sebab best dooh!

Cerita yg bermula dengan Elin yg berkawan baik dgn Kish hadir semula dalam hidup Kish secara tiba tiba. Kish yg bencikan Elin disebabkan hal lama langsung tidak mengalukan kedatangannya malah tega menyakiti hati Elin pada pertemuan pertama mereka. Elin berkali kali mohon kemaafan dari Kish tapi Kish tetap mendera perasaan Elin eleh perasaan sendiri yg tak boleh control, sibuk nak salahkan orang lain Kish ni

Kish ni lebih kurang je mcm ml kak ieya yg lain depan tunjuk benci tapi dalam hati punyalah sayang risau dengan Elin tu. Ikutkan dari awal tu mmg dah boleh teka yg Kish ni dah sukakan Elin tapi itulah Kish ni lebih sanjung ego sanggup buat keputusan bodoh demi nak menyakitkan hati Elin. Kish sangkakan Elin berjaya dia sakiti malah dia yg lebih tersakiti. Letih lah membacanya, Kish ni mmg dah terang terang dia sukakan Elin sebab benci dia tu lain macam betul. Tapi tulah sengaja ambil jalan sukar walaupun end up dia ambik jalan mudah jugak utk dapatkan Elin 😔

Elin ni sama jugak macam fl kak ieya yg lain sedih betul hidupnya, dibuang emak pada mulanya tup tup dibuang kawan baik sendiri. Mula mula tu rasa mcm besar sgt ke salah Elin ni dkt Kish. Lah rupanya kesalahan yg besar tu sbb Kish dah jatuh cinta dgn Elin tapi tak sedar/tak nak mengaku. Kesian betul baca hidup Elin ni, dia rasa takde siapa yg sayang dia. Bila dia dah rasa ada yg sayang dia, rasa tu cuma sementara. Dia kembali menjadi Elin yg menyayat hati.

Kish ni awalnya mmg elok dimaki dan tak boleh nak letak full rating sebab sesuka je yek dia sentuh anak dara orang. Tulah lain kali pertemuan pertama tu terus terang je tentang hati dan perasaan ni sibuk agungkan ego. Nasiblah yek 😇 ikutkan waktu Kish risau sangat dgn Elin hidung berdarah tu mmg nampak sangat dah Kish sayangkan tapi tulah Kish ni gagal terus terang, dia sibuk nak sakitkan hati Elin. Eh jap sebenarnya byk dah yg Kish ni buat sebab dia sayangkan Elin tapi dia gagal utk berterus terang. Yang Elin pulak mestilah nak jaga hati sendiri sbb yg member tu pun sibuk duk cakap benci dengan Elin. Mana berani dah Elin tu nak jatuh cinta malah nak cakap suka pun takut.

Act of service Kish mmg on top tapi mulut dia tu elok salotape je sebab menyakitkan hati. Benda boleh settle cepat jadi lambat sebab mulut laser Kish. Yg scene bakar gambar tu pun 💔 eeeeeeissshhh nampak sangat lah Kish sayangkan Elin tapi sayang ego lebih tinggi kan Kish 😇

Satu je yg paling tak suka dalam ni selain sikap Kish yg terlebih ego tu, emak Elin 😔 awatlah wujud emak macam tu dalam dunia ni. Elin ditinggalkan oleh emaknya bertahun tahun pastu muncul balik paksa kawin dgn orang yg bencikan dia tanda balas jasa mengandungkan dia. My brain is not braining 😃

Watak paling on top mestilah atuk! Atuk ni jiwa muda betul 🤣 boleh dia sibuk nak ambik tahu hal cucu dia adoi kelakarlah HAHAHAAHAHAHAH paling tak menahan tu boleh dia tanya siapa nak bagi cicit dkt dia dulu 😂 penghibur suasana betullah atuk ni. Kalau takde atuk ni mungkin Kish lagi hanyut, sebab nasihat atuklah berubah sikit pendirian Kish tu. Bak kata atuk, Kish lah cucu paling gila. Iyaa memang setuju! Bila baca pov Kish lagilah rasa Kish ni gila, gilakan Elin tapi tak nak mengaku.

Family Kish mmg green flag, supportive & sangat baik. Sayangkan Elin macam anak sendiri. Tolong ubatkan Elin. Di saat Elin rasa tiada siapa dalam hidup dia, keluarga Kish sayang dia macam anak sendiri. Mama Kish sendiri sedih bila Elin kata takde siapa sayang dia 🥹 lurve betul hubungan kekeluargaan macam ni. Sebab ikutkan Elin ni orang luar dalam family Kish tapi semua family sayangkan Elin 🥹🫶🏻

Silalah baca yg mencari second chance trope yg buat kan hati rasa sakit tapi best bila dapat baca kisah yg akhirnya bersama bahagia.
Profile Image for roseattee.
24 reviews1 follower
July 30, 2022
Besttt!!! Recommended!!!

Kish & Elin❤

Suka dengan family Kish. Very supportive & understanding. Such a loving family.
Sedih dengan kisah Elin🥺 Macam mana dia tempuh semua masalah seorang diri...tak ada orang disisi...aishhh 😣 Bila dia luahkan apa yang dia rasa....memang dapat feel tuu...😢

Maybe betul la orang kata, "Jodoh tu akan hadir pada tempat dan masa yang tepat".
Lagipun hati tu Dia yang pegang, benci boleh jadi suka dan sebaliknya😊
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.