Haizaq is most probably one of the coldest characters I've encountered so far. He was very nonchalant, also very unromantic towards his girlfriend, Shana, who is quite the opposite of him. I feel sorry for Shana for the lack of attention that was given to her.
Haizaq's friends are seriously toxic. He should've just ditched them since they kept downgrading his choice. Useless bunch of boys.
boleh tahan kawan-kawan haizaq ya. azmi dengan aidil. kuat menghasut, meracun fikiran haizaq supaya cari yang lebih baik, lebih sepadan. konon sebab shana tu tak padan dengan haizaq yang baik, sopan dan alim. berbeza dengan kawan-kawan shana. marina dan sofi lebih suka ambil pendekatan menasihat dan mengajar walaupun kadang ada juga mengutuk haizaq.
siapa manusia nak tentukan sama ada padan atau tak pasangan dan jodoh ni? sepadan bukan bermakna mampu melengkapi. inilah topik yang penulis cantik Ayumi Syafiqah bawakan.
shana ni bebas, sedikit seksi walaupun bertudung, ramah, melayan saja lelaki yang singgah di insta dia dan macam-macam lagilah.
haizaq pula jenis manusia beku. dia tak romantis macam lelaki lain yang suka melayan cecehan teman wanita, bukan rajin telefon, mesej, jenis tak kisah... tapi dia sebenarnya sangat sayangkan shana.
ain, yang konon alim, ayu, baik, yang punya angkara buat shana merajuk panjang. merajuk hingga minta putus. hasif, datang sewaktu shana sangat terluka atas keputusannya sendiri.
hidup sepatutnya begitulah. menerima baik buruk pasangan. jangan bergantung pada pendapat orang lain yang tak tahu apa yang ada antara diri sendiri dengan pasangan.
cinta pun begitulah. ada pasang surut. selagi setia, selagi ikhlas, selagi jujur, hargailah.
bukan selalu yang buruk itu tak berguna. bukan selalu yang baik itu berharga.
best, light read. tengah musim nak exam ni memang ku cari ebook simple nipis camni utk selit release stress kejap kejap.
haizaq yang beku dan tak romantik, shana yang manja dan agak seksi. geram betul dgn kawan kawan si haizaq ni, kemain sibuk tepi kain haizaq tak padan dengan laki. kawan shana iaitu marina dan sofi walaupun menyampah dengan haizaq yang seringkali abaikan shana takde pulak hasut melebih lebih.
kudos to kakak ayumi for this ebook. keep writing.
Another ebook by Ayumi. Haritu Ayumi kasi free je ebook ni. Cerita ni santai-santai comel je. .
Haizaq dan Shana. Dorang ni couple, walaupun sangatlah berbeza perwatakan. .
Haizaq seorang yang baik, alim, soleh gitu. Sepanjang bercinta, berapa kali je Haizaq ni duk bergayut ngan Shana. Biasanya kejap je, tak melebih melayan zina hati gitu. .
Shana pula, hijabista la kot. Bertudung, tapi trendy dan fashionista gitu. Lepas tu, suka buat live la, sembang-sembang ngan lelaki la. .
So, kawan-kawan dorang ni pelik la macam mana la dorang boleh couple. Macam langit dengan bumi. Kawan Haizaq lagi annoying, tak habis duk hasut Haizaq cari perempuan lain yang lebih solehah gitu. Dasar betul. .
Haizaq dan Shana ni selalu je gaduh manja, bila Haizaq tak reply wasap la, tak call la, call kejap je, nak off dah la, banyak lagi la. Tapi end up, dorang baik semula. .
Hurm, tapi ada je dugaan. Ada perempuan lain sukakan Haizaq. Perempuan bertudung labuh. Haizaq tak melayan pun. Tapi ada je benda nak jadi sehingga Shana mengalah dan tawar hati dah. .
Hurm, maka jenuhlah Haizaq nak memujuk. Selama ni, Shana mudah terpujuk. Sekarang ni, hati dah keras. hahaha .
Haizaq yg cool dan Shana pula terlalu peramah. Sifat mereka yg bertentangan inilah yg sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain.
Nampak je Haizaq tu mcm jenis boyfriend yg tak ambil kisah, tapi sapa yg cakap mcm tu? Ehh dia setia la. Nampak je mcm tu tau. Bila si Shana tu merajuk, Haizaq memujuk pun ala² je. Tapi Shana tetap percayakan Haizaq. Haizaq ada caranya sendiri dlm menangani kemanjaan Shana. Ermm tiba² rasa Haizaq tu sweet pula. 😍
Sebenarnya dlm sesebuah hubungan itu, selain kepercayaan dan kesetiaan, memahami dan saling menerima kekurangan itu penting dlm sesebuah hubungan. Manusia tidak semuanya perfect. Jadi hargailah apa yg tuhan anugerahkan pada kita tanpa perlu membanding²kan di antara org lain. Yang penting, abaikan sahajalah mulut² busuk di sekeliling kita kerana bukan dia yg berada di dlm 'kasut' kita🤔
Cerita yang ringan dan manis yang tak terlebih gula. Haizaq ni gentleman cuma biasalah dalam perhubungan, tetap akan ada ujian. Daripada kawan2 dan orang ketiga yang cuba nak kacau daun. Baik dengan Haizaq atau Shana. Tapi Hasif tak nampak aggressive sangat untuk rebut Shana. Dia faham situasi Shana dan x ambik kesempatan nak rosakkan lagi hubungan Haizaq dan Shana.
Tapi jangan risau citer ni tetap happy ending. I boleh nak nangis plak bila part hujung2 tu. Happy for both of them. Ingatlah, kalau namanya manusia memang tiada yang sempurna. Kekurangan dan kelebihan pasangan tulah yang mewarnai hubungan.
Meraikan kebebasan dah siap menulis dengan baca EBOOK dari Ayumi Syafiqah yang terlalu best ni. Sepanjang baca rasa macam time travel balik ke suatu masa dahulu….. zaman muda mudi berchentaa hahah!
Lila habis baca dalam masa tak sampai satu jam. Dann paling penting Lila puji effort Ayumi dalam menghasilkan ebook ni. Walaupun percuma, tapi dia tak buat ala kadar. Layout tersusun kemas, takde typo… plot lancar.
Bahasa yang sedap dibaca, tak meleret… tapi tak kaku ye! Apa yang nak disampaikan melalui cerita ni, sampai dan sharp. Walaupun cerita pendek… tapi cukup rencah masam manisnya. Simple, sweet and nice.
‘We come to love not by finding a perfect person. But by learning to see an imperfect person perfectly’
Kisah cinta yang unik antara Haizaq dan Shana.. Sweet tapi dengan cara yang lain dari biasa.. Haizaq dan Shana bukanlah pasangan yang sempurna namun mereka slaing melengkapi.. Kisah mereka terganggu akibat rakan dan orang sekeliling namun jodoh mereka kuat..