Jump to ratings and reviews
Rate this book

Zacky

Rate this book
Zacky. Nama sebenar Zakaria. Kerja despatch aje. Tinggal pun dekat flat yang ada dua bilik.

Tinggal bukan berdua saja dengan emaknya tapi ada kak long, kak ngah dan tiga orang budak. Dua anak kak long. Seorang anak mak usu.

Bila mak mula melamar anak dara orang, Zacky mula panas buntut.

Bila mak dah mula mengugut, Zacky terpaksalah setuju untuk dijodohkan dengan anak mak lang.

Mak kata bagi jadi kali ni. Dia memang betul-betul mahu bermenantukan anak mak lang.

Sudah setuju, mak ajak pi beli tuksedo. Sebabnya pertemuan pertama Zacky dengan si jodoh, diaturkan di Hotel Perwira.

Beli tuksedo dekat Pavillion tapi mak Lang belanja. Bukan setakat tuksedo, rambut sampai ke bulu hidung pun mak suruh trim. Tu belum kisah terima rawatan di spa.

Pelbagai ragam yang berlaku sampaikan ada kalanya Zacky rasakan wanita itu terlalu complicated.

Diam tak diam ego seorang lelaki bernama Zacky mula kelihatan.

Dia ada jodoh pilihan mak. Dia ada jodoh pilihan sendiri.

Mana satu pilihan Zacky?

392 pages, ebook

Published January 1, 2020

Loading...
Loading...

About the author

Miss Cactus

15 books17 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (42%)
4 stars
3 (42%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (14%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
July 28, 2021
nak kata zacky ni anak mak, memanglah dia anak mak. dia memang anak yang baik. hidup sekeliling dengan kak long, kak ngah dan emaknya buat hidup dia sentiasa penuh.

tiba-tiba mak kata nak kahwinkan zacky dengan anak mak lang. yang best, nak pergi kenal-kenal dengan sarimah tu pun full support. dari tuxedo yang harga dekat lapan ribu, pi gunting rambut, spa lagi... belum kasut pun harga dua ribu. fuh! mewah. tapi mak saudara dia tu memang kaya. anak yang nak dikahwinkan dengan zacky pun boleh tahan...

perangai lepas kentut kalau terperanjat ni memang habit zacky yang sedikit buruk. sampaikan lepas nikah pun boleh dia lepas angin sebab terperanjat. bantailah kena gelak. tapi, sarimah penyelamat. kata-kata sarimah buat yang gelakkan zacky terkedu.

part serius. haa... malam perkahwinan sarimah terus terang yang dia bukan dara. dia kena rogol. zacky, hangin. walaupun dia tau bukan salah sarimah tapi dia junjung ego.

puan penulis Miss Cactus, kenapalah zacky ni ego sangat... kesian sarimah. puaslah sarimah ni nak ambil hati zacky, tapi zacky ni terlebih pula pi melayan si aina. haisshhh... sekeh dia boleh tak?

lepas tu kan... lepas tu... diaorang ada perjanjian tau. sebelum sarimah ke perth, mereka akan bercerai. tapi sarimah hilang tiba-tiba. haa... menggagau zacky. dan part paling sadis bila zacky kena langgar lari. dahlah kena langgar, dia diseret jauh... aduhai...

itulah kan... kadang manusia ni suka lihat pada permukaan dan terus melompat pada conclusion. tak nak tengok dasar, tak nak cari jalan penyelesaian. terus terburu buat keputusan.

akak sebenarnya suka dengan suasana harmoni yang puan penulis serapkan dalam kisah ini. mak mentua yang sangat kamceng dengan menantu. dan yang best bila watak lelaki utama ini akui yang hidup tanpa wanita, sunyi. wanita bukanlah complicated tapi lebih kepada hidup yang sangat warna-warni. bukan sekadar satu tona.

apa pun, perempuan sentiasa betul. kan? hehe...
Profile Image for Mslvoe.
2,188 reviews220 followers
April 11, 2022
Kisah santai yang mencuit hati. Watak mak bedah, kak long & kak ngah memang best. Watak abg salleh jugak tak kurang hebatnya, mesti cute² rupa abang salleh kalau sentap 🤭🤣
Profile Image for Eyd1410.
839 reviews22 followers
January 11, 2022
Pada permulaan cerita lagi saya dah dpt rasa something wrong dekat Sherry ni. Mcm tak logik. Dah la berharta, ada kerjaya yg bagus, cantik dan seksi pula tu. Tetiba boleh je dia mahu berkahwin dgn Zackry. Siap make over, spend duit beribu lg utk Zackry sebelum mereka berkahwin.

Dan akhirnyaaaa... Yes!!! Mmg betul seperti yg kusangka. Tapi tapi tapikan kenapa ku rasa mcm nk hantuk je kepala si Zackry tu. Aishh mmg menyumpah habis dgn perangai si Zackry ni. Mula² ya ya je perangai kemain anak yg taat. Tapi bila dah tahu perkara sebenar, mulalah si Zackry buat perangai tak semenggah.

Si Sherry tu punyalah mithali. Manusia mana la ada yg perfect. Lagipun kenapa mahu diungkit kisah silam yg kesalahannya bkn dtg dari diri kita sendiri. Dan penghujungnya padan muka si Zackry tu. Baru tahu siapa Aina, siapa Sherry yg sebenar. Baru tahu nk menggelabah beruk.

Overall, saya suka cerita ni. Walau ada aksi curang tp gaya penceritaan santai. Tidaklah rasa nk memakikan si Zackry tu. Nasib ko baik Zackry sbb penulis elok je tulis cerita kecurangan ko yang ala² tu. Best👍
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
March 22, 2022
Weii…..apehal lawak gilo ni…aq tergelak2 dr awal2 smp la habis… jarang orang nak cerita dr sudut lelaki…serious la…hero ni..biasha2 je…keje dispatch tp dijodohkan dgn doctor belajar overseas engko…

Suka sgt dgn sikat heroin..sbb org educated ni mmg tenang handle masalah… tak meroyan ke ape…

Love the storyy so much…i enjoy it sbb aq dok gelak tak sudah2..cerita santai…suka hubungan hero dgn wanita keliling dia…hehehehe….love teruk…
Displaying 1 - 4 of 4 reviews