“Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” (Hadis riwayat Bukhari)
Didatangi UJIAN berdepan musim pandemik melakarkan 1001 kisah duka. Sebuah musibah yang tak mengecualikan sesiapa pun di atas muka bumi ini. Yang masih struggle, tertekan dan berasakan semuanya sangat membebankan... ketahuilah, anda tak berseorangan. Bangkit dan ubahlah langkah. #MoveOn
Namun jika suasana ini dilihat dari sudut pandang HIKMAH, pasti lebih banyak nilai positif dapat menyuntik semangat diri. Ayuh nyahkan segala prasangka, sentimen buruk dan kekecewaan. #PembakarSemangat
Topik ini mengetengahkan ragam emosi tatkala kita berhadapan dengan PKP, Covid-19 dan hal yang berkait. Mampukah kita kendalikannya? Atau tersasar dengan belaian emosi negatif? Moga dunia kembali indah, insya-Allah~
Sebuah penulisan yang berdasarkan keadaan realiti kehidupan masa sekarang yang terkesan akibat endemic,antara positif dan negatif yang terpaksa kita tempuhi..
Buku ni sangat menarik dan menepati waktu. Ia memberi gambaran kehidupan norma baru yang nak tak nak terpaksa juga semua orang hadap. Bagaimana kehadiran Covid-19 memberi impak yang mendalam dalam kehidupan semua orang. Ia mempunyai layout yang menarik, berwarna dan dihiasi dengan gambar² .
Ada check list dan Q&A untuk kita semak tahap mental kita dari pelbagai sudut, perkembangan dan kejayaan kita ketika menghadapi zaman Covid-19 dan banyak lagi.
Validations bahawa it is ok to be sad , happy, angry and all sorts of emotions are mentioned in this book. But as we all know too much of something is not good. Buku ini mengingatkan kita supaya berpada² pada semua benda.
Terdapat pelbagai points yang penting di dalam buku ini. Dari segi rohani dan spiritual.
Zaman Covid-19 ialah zaman viral. Semua nak diviralkan. Ishk! Kurangkan masa di media sosial.
Buku ini sesuai untuk mereka yang ingin kan jawapan kepada persoalan² seperti :- 1. Adakah perkara yang aku buat ini sesuai pada waktu pandemik? 2. Wajarkah aku keluar dari comfort zone? 3. Boleh ke aku rasa happy bila orang lain dalam kesusahan? 4. Bagaimana untuk perbaiki cara kita menerima norma baru dalam kehidupan seharian supaya ia memberi lebih manafaat dari keburukan? 5. Bagaimana hendak menjana penadapatan?
Buku ini juga memberi kita peringatan betapa pentingnya kita bersyukur dengan apa yang ada dan tidak flex dengan kelebihan yang kita ada.
Dedikasi kepada frontliner juga turut disajikan.
Covid-19 banyak memberi impak negatif dan positif. It is just how we see it.
Jangan terlalu emotional.
Kepentingan kesihatan mental dan fizikal turut diulas dengan panjang lebar tapi senang difahami.
Terdapat banyak quaotations dari individu² yang terkenal dia setiap permulaan bab. Quotations ini sangat berguna dan membantu pembaca untuk memahami apa yang bab tersebut cuba sampaikan. Ada juga bicara wargamaya - Twitter yang relatable dengan topic.
Be kind to each other!
Know what is toxic positivity and how to prevent it.
Bersesuaian tajuk, buku motivasi ni memang cover hampir kesemua dilema dan masalah dihadapi sepanjang lebih setahun rakyat Malaysia mengharungi COVID-19. Buku dibahagikan ke 2 bahagian; 15 topik positif & 15 topik negatif. Seimbang dan padat.
Selain mengandungi Hadis & doa, buku motivasi ni ada juga masukkan survey & pendapat orang awam tentang setiap topik.
Paling suka tajuk #21 SUNYI sebab saya tak rasa sunyi sepanjang PKP. Jadi, topik ni boleh buka mata saya untuk faham situasi berbeza yang dialami orang lain serta punca seseorang boleh rasa sunyi semasa PKP.
Ya Allah. Kena betul dengan timing sekarang. Dalam buku ni, ada sudut positif & negatif. Hampir kesemua points tu relatable. Banyak tips dikongsi dalam menangani emosi, kehidupan harian & hubungan dengan orang sekeliling. Biasalah musim PKP ni memang ramai orang down gila kan?
Part paling saya suka - buku ni pandai "memujuk" & memberi semangat. Penggunaan bahasanya taklah terlalu formal, santai2 saja seolah-olah ada orang berbual dengan kita. Lagi satu, ilustrasi & cover depannya sangat cantik!!