Indahnya percaturan masa.
Sebenarnya buku ni dibeli 2 tahun yang lepas dan aku yang 2 tahun yang lepas hanya sekadar membelinya dengan niat untuk mengumpul sahaja dahulu dan bukan membaca. Namun, setelah buku malang ini mengharungi badai debu, dibuli dengan ditimpa oleh rakan buku yang lebih berat dan tebal, juga menjadi saksi sikap kemalasan dan pilih kasihku yang menilai luaran buku berbanding isi dalamnya selama dua semester -- aku akhirnya tergerak untuk membaca naskah IFI yang satu ini.
Sebelumnya, aku sudah mengambil maklum yang ini bukan bergenre horror (bukan masalah besar bagiku). Still, ini adalah salah satu buku yang paling dark aku baca. Secara ringkasnya, buku ini mengulas isu kekeluargaan, kematian, grieving & coping, dan ada sedikit unsur mistik dan murder mystery.
Suka dengan beberapa dinamik watak di dalam buku ni. Ghaffar yang bersungguh dan nekad untuk mencari pembunuh anaknya, hubungan Andika dan Mokhsen, Ziyad sewaktu muda, dan telatah Azlinda. Aku gemar benar dengan watak Hasya dan jalan ceritanya, paling terkesan dan menyentuh bagiku. Cumanya, aku dambakan watak Andika, Mokhsen, Ruhilah, dan Raheem untuk muncul lebih kerap dan mainkan peranan yang sama besar dengan yang lain dalam buku ini, but I respect IFI's decision by going with a different route because it still land for me. Penulisan IFI pula bukan sesuatu yang asing bagiku (sebab ini bukan buku pertama yang aku baca darinya) jadi aku sentiasa suka dengan struktur ayatnya dan caranya mengolah dan menerang sesuatu dengan dramatik, puitis, dan kemas.
Sungguh, aku tidak menyesal membaca buku ini setelah dua tahun memilikinya. Bahkan, aku rasa kalau aku baca buku ini dari awal, aku yang dua tahun muda itu tidak akan menyukai buku ini sama seperti aku menyukainya sekarang. This book feels personal to me. Truly the definition of right book at the right time. Di usia ini, perihal kematian - disulami dengan perkara lain yang tidak enak - memang tidak lepas dari bersipongang dari minda. Mungkin sebab itu aku suka dengan watak Hasya dan kisahnya. Lagi-lagi bila baca babak perbualan Hasya dan Insyirah. Somehow it feels like reassurance but at the same time a slap in the face. Jujur, aku nangis beberapa kali ketika membaca buku ini. Satu tanda yang baik kerana itu buktinya buku ini sudah berjaya meresap di dalam hati.
Aku tak sabar nak baca Tragedi:2!
Dan ingat,
Abah sayang anak-anaknya.