Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kapal Terakhir #3

Kapal Terakhir Di Dunia: Episod III

Rate this book
“Kosongkan minda... Buang semua andaian kau selama ini tentang Aras Atas. Perkara yang bakal kau lihat, tidak pernah kau lihat sebelum ini. Perkara yang kau faham, tidak seperti yang kau anggap…”

Setelah melalui pelbagai keperitan di Aras Lantai, Aria dinaikkan ke Aras Atas dan diiktiraf sebagai Manusia Suci - suatu anugerah bagi yang menyumbang bakti demi Bokor. Layanan yang diterima cukup istimewa, tetapi Aria merasakan segala-galanya serba tidak kena.

Satu per satu persoalan timbul di benaknya, sehinggalah Aria ditunjukkan kebenaran melebihi apa yang dia pernah bayangkan. Semua kesenangan yang dinikmati Manusia Suci selama ini adalah hasil penderitaan orang-orang sepertinya!

Adakah kesetiaan Aria kepada Bokor akan terus memalingkannya daripada kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh?

320 pages, Paperback

First published July 1, 2021

26 people are currently reading
553 people want to read

About the author

Teme Abdullah

15 books3,304 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
444 (45%)
4 stars
310 (31%)
3 stars
175 (18%)
2 stars
37 (3%)
1 star
5 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 185 reviews
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
August 28, 2021
Saya dah review secara detail dalam video ni. Ada 2 part:-
Part 1: Apa Yang Best? | REVIEW: Kapal Terakhir Di Dunia 3 by Teme Abdullah [Part 1]

Part 2: Ye Ke Open Ending? Hmm... | REVIEW: Kapal Terakhir Di Dunia 3 [Part 2]

Saya banyak membandingkan point Teme dalam blog dengan hujah saya.

- THE POSITIVES -

1) Kalau korang mencari jawapan kepada persoalan dalam Buku 1 dan 2, apa yang terjadi kepada Vuk, apa yang berlaku di sebalik tabir.

2) Kekuatan premis KTDD adalah pada pembinaan Bokor. Saya faham pembinaan Bokor ni ada simbolik dia, pembahagian society, level kelas status sosial, dan sebagainya.

3) Teme ada menceritakan di blog, bahawa watak utama dalam buku ni adalah mesej. Jadi saya melihat, buku ini lebih sesuai ditulis sebagai karya simbolik, bukan seperti novel fiksyen.

4) Kritikan sosial pun ada dalam buku ni.

5) Watak Vuk ditulis dengan baik dalam KTDD 3. Saya pelik kenapa penulis lungguk pembinaan watak di hujung cerita. Teme memang ada cerita di blog, dia menukar POV yang berbeza dan bersebab. Saya ada cerita pendapat saya dalam video di atas.
- Bagi saya, kalau nak letak perubahan POV, perlu mula dari awal cerita. Bukannya pilih-pilih bahagian buku. Nampak tak kena di situ.


- THE NOT SO POSITIVES -

1. Disebabkan penulis mengambil pendekatan tukar POV, banyak sangat perkara dalam buku ini diceritakan berulang-ulang. Multiple POVs ni sebenarnya tricky sikit nak tulis. Kalau salah cara jadi beginilah.

2. Prinsip Aria sedari kecil terlalu cepat berubah sehingga menjadi tidak realistik bagi saya. Saya faham, hujah orang lain berkenaan trauma yang dihadapi tapi ini melibatkan belief system yang agak kuat. Tuan Yang Mulia itu diagungkan seperti dewa sedari kecil.

3. Inconsistency dalam pembinaan watak. Suara Koba, Koh lain sangat. Seolah-olah watak yang baru. Suara beberapa watak sampingan pun blend bersama.

4. Adakah buku ni open ending seperti yang dikatakan? Maaf, saya kurang setuju. Ini pendapat saya.

image: Kenapa saya rasa ia bukan open ending

Saya ada beri beberapa contoh cerita yang memang open ending dalam video di atas.
--------------
- CADANGAN

1. Kalau diperhatikan, Teme banyak mengulang template watak seperti dalam buku beliau yang sebelumnya.
Mungkin boleh cuba baca buku penulisan tentang pembinaan watak. Variasikan watak yang dibina.
Saya harap saya dah tak jumpa watak 'naif' lagi.

2. Saya rasa buku Teme ni seperti buku yang mencuba untuk menjadi novel fiksyen.
Kalau Teme betul-betul mahu meneroka elemen mesej, mungkin beliau boleh hasilkan karya symbolic text. Bukan novel. Kalau symbolic text seperti buku The Alchemist, Animal Farm, 1984. Penulisannya lain daripada novel biasa. Cuma kalau nak ambil direction ini, mesejnya tidaklah boleh disampaikan berulang-ulang juga dan terlalu direct.
------

KESELURUHAN

Saya rasa buku KTDD 3 ni okey sahaja. Cuma peminat fiksyen yang dah biasa baca banyak buku di mana penyampaiannya lebih cantik, itu yang rasa terkilan sedikit. Peminat Teme dan baru nak baca novel mesti suka!

Thank you so much, Teme sudi hidangkan kami kisah ini.
Saya percaya kalau Teme nak, dia boleh buat lebih baik lagi.
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
August 2, 2021
Hi Teme saya tktahu awak akan baca ke tak review ni tapi harapnya baca lah ya.

Saya sejujurnya minat dari keluar pelukis jalanan lagi jadi memang follow non-fic ke fic semua yang awak tulis.
Saya jugak antara orang yang berebut beli buku awak kat pesta buku keluar fresh dari kotak tunggu stock sampai pukul 3PM sebab habis, tak ingat buku mana tapi yang pasti nya Siri Jalanan. Planner awak pun saya beli sebab saya tahu Planner ni special and memang saya suka. Terima kasih Teme untuk segala product yang awak keluarkan, rasa macam satu kepuasan untuk saya beli, miliki, guna, baca dan berimaginasi.

Berkenaan KTDD, saya sangat suka cerita and storyline kalini sebab saya dapat tengok POV ramai orang and plot twists nya bertubi tubi. Cuma nak komen ni dah series ke-3 ending macam ni yang tergantung and saya rasa sangat teruk as pembaca. Rasa macam kena scam untuk kali ke-3. Sejujurnya ending yang paling memuaskan cuma STP sahaja untuk saya. Saya mula tawar hati sebab memang buku Teme semuanya saya beli on time pukul 9AM dia release, 8:55AM saya dah tunggu depan laptop tapi tiap kali itu lah ending dia sebegitu tergantung sinar harapan yang takpasti ada sambungan lagi.

Saya harap Teme boleh clearkan keadaan and bagitahu ada sambungan untuk Empayar dan KTDD. Tak adil untuk saya (ni saya rasa personally) as pembaca ternanti nanti tertunggu tunggu 5-6 tahun untuk habiskan series yang tktahu ada ending ke tak dan saya juga tahu maybe saya takde hak untuk push penulis untuk buat cerita macam yang saya nak sebab ini semua hak penulis. Cuma tu lah, kecewa sikit.

Terima kasih baca sampai sini.

—————————
Edit: 2 August, saya dah baca update Teme di https://www.temeabdullah.com/2021/08/...

Terima kasih bagitahu ini memang ending nya. Saya faham Teme memang suka buat pembaca terfikir fikir and sangat metaphoric. Percaya lah saya faham semua yang Teme cuba sampaikan dalam novel mahupun artikel tersebut.

Tapi, seperti yang saya cakap saya still dengan pendirian dan review saya, ini fiksyen and saya baca untuk lari dari realiti ketika pandemik so taksalah untuk saya baca dan mengharapkan definite ending “where the good guy wins”. Tapi still, saya juga hormat hak Teme untuk keluarkan buku gaya Teme dengan open ending. Terima kasih Teme untuk penjelasan tersebut and teruskan berkarya ya ☺️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
August 2, 2021
Cerita dimulakan dengan pengenalan kepada satu gerakan bawah tanah yang besar dan sulit yang dianggotai manusia dari pelbagai sektor diberi nama Pakatan Matahari. Plot cerita diulang daripada episod lepas cuma diceritakan dengan lebih terperinci daripada sudut pandang watak-watak lain seperti Vuk dan Manusia Suci.

Agak kecewa kerana pengulangan cerita ini berlaku sehingga ke pertengahan novel. Namun begitu, masih ada elemen surprise diselitkan yang memberikan sedikit rasa teruja. Selepas itu, kisah Aria kembali disambung daripada episod II. Masih penuh penerangan dan info baru mengenai Aras Atas dan Bokor.

Aku masih suka pada watak Vuk dan Niha. Sebak hati membaca isi hati Vuk. Betapa besarnya kasih sayang dan sifat tanggungjawab seorang ayah. Bersikap dingin di luar tapi banyak perkara bermain di fikiran. Kisah menyayat hati Niha sungguh memilukan. Bertambah emosi marah pada Manusia Suci.

Pengakhiran cerita masih menimbulkan banyak tanda tanya. Masih tidak ada pengakhiran. Manusia Suci masih kekal di atas dan tidak tergugat. Ana masih bencikan Aria. Aria dan Vanessa masih tidak diketahui keberadaannya. Akhir cerita, dimunculkan kembali watak Koba yang menjadi ketua Pakatan Matahari dan Chif Kuning yang mula mahu berhubungan dengan pakatan itu.

Buku ini boleh pergi jauh sebenarnya. Jika semua persoalan di atas terjawab, sungguh aku akan berpuas hati dengan buku ini. Sayangnya, itu tidak berlaku. Aku tidak berapa gemar episod I dan II dan aku sangat mengharapkan episod III dan terakhir ini boleh menghilangkan rasa itu. Tetapi, sayang, itu juga tidak berlaku. Malah, emosi aku terganggu apabila pengakhirannya tamat begitu saja.

Aku tidak menafikan mesej tersirat dan pengajaran yang mahu disampaikan oleh penulis dalam siri ini. Malah, aku sangat memahami perkara tersebut. Cuma, buku ini adalah buku fiksyen. Maka, penceritaan perlu dihabiskan dengan sempurna. Ini bukan open ending dah, memang tiada ending. Tak percaya aku ada tulisan TAMAT pada buku ini 😫 Akhir episod III bagaikan back to square one. Sungguh, sis kecewa 😔

Note: Penulis ada menerangkan kenapa ending dibuatnya begitu. Maaf. Saya masih tidak boleh menerimanya. Saya membaca buku fiksyen kerana mahu membaca imaginasi penulis. Saya mahukan penamat yang jitu. Bukan imaginasi saya. Tidak boleh disamakan dengan hidangan di depan mata ye 🤷‍♀️

instagram.com/siriusiqa
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews85 followers
August 13, 2021
(33/2021)

Buku: Kapal Terakhir Di Dunia Episod 3
Penulis: Teme Abdullah

Hmmm... Memasuki naskhah terakhir bagi trilogi KTDD ini, tetap saya rasakan sentuhan Teme masih tidak hampir dengan jiwa. Kisah kali ini saya kira seperti tidak ada fokus yang diletakkan. Ceritanya juga agak kabur. Sampai ke pengakhiran, tetap juga ada rasa tidak puas hati dengan penamat kisah ini.

Walau bagaimanapun, usaha penulis untuk memberi kesedaran tentang apa yang berlaku pada kehidupan kita hari ini sedikit sebanyak berjaya memberi pengajaran kepada kita. Tahniah buat Teme Abdullah. Jangan berhenti untuk terus menghasilkan karya penuh berilmiah.

"Kita semua kambing." - Aria
Profile Image for Uglyducklingjr.
6 reviews
August 4, 2021
[FANTHEORY]
what if actually bokor ada banyak? And one of people in bokor dorang decide nak keluar explore dunia.. so yang explorer dunia tu telah ciptakan dunia empayar??

OR
Andai kata pakatan matahari tu berjaya, manusia dah keluar dari bokor, and one scene vanessa kata bokor dekat khatulistiwa, (manatahu pusing² dkt 6 tahun dorang stop dekat same spot)
and what if dorang mendarat dekat malaysia singapura? Timeline dia bersambung dengan empayar..


If teme tengok review ni satu soalan empayar ada sambungan tak? Ke sama macam ni? Sebab kalau tiada, i want to have some peace in my mind. And write my own fan theory.
.
.
[REVIEW------ MIGHT CONTAIN SPOILER YANG TAK SPOIL]


Persoalan KTDD 1&2 terjawab dalam buku ini. Dan teme ceritakan dari POV side karakter, bukan dr aria. Bacaan yang dari POV karakter lain for me simbolik kepada "rambut sama hitam, hati lain" , "there are two side on one coin"..

Ending open book, not my forte'. But i get it, teme nak kita more into messages in the book..

Messages from the book i get:
- every action we/they did, there always an explanation to it.
- tanpa ilmu, kita hanyalah golongan yang sedia nak jadi hamba
- walaupun berilmu, tapi sekiranya hanya dipandang dari satu perspektif kita tetap tuli.
- perbuatan tak menghalalkan cara. (YES I'M TALKING TO YOU VANESSA)
- YOU.CANNOT.FORCE.SOMEONE.TO.LOVE.YOU.NOT.ALL.PEOPLE.CAN.BE.BOUGHT.WITH. WEALTHNESS.ESPECIALLY.WHEN.YOU.MAKE.HIS.DAD.AS.A.DISPLAY

- the more you think and read, the more you realize the world only full of glasses that disguise as diamonds
- people suffer everywhere not because they want to, they had to.
- greed and ignorance can feed you temporary happiness

My feeling reading this book can be describe
Do i like it? Not much.
Do i hate it? Still can be tolerate.
Will i recommend it to other?

.
.
I end this review with open end.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
467 reviews43 followers
December 24, 2022
Wow plot twist naskah yang ketiga ni lain macam. Otak SH pun dah naik senget baca naskah ni. Asyik tanya kenapalah macam ni. Macam-macam persoalan. Lepas persoalan terlerai keluarlah perkataan ooo macam tu rupanya, oo itu sebenarnya yang jadi dan macam-macam jenis ooo lagi..

Watak Aria yang naif sudah mula pandai berlakon menutup rasa diri. Naif tu masih ada tapi dah semakin matang.

Ada satu persoalan yang selalu pop up kat otak bila baca no 1 dan 2. Kenapalah takde scene lawan mugor tu ek? Kalau ada mesti lagi bestkan lagi intense kan. Tapi bila baca naskah yang ketiga ni baru faham kenapa. Macam ooo no wonder lah takde.

Tapi baca ketiga ni makin tambah rasa sakit hati, sakit jiwa sakit semuanya lah. Kenapalah diorang ni macam tu. Kejam giler.

Betul series KTDD ni memang kurang aksi yang mendebarkan, yang menegangkan urat perut, yang mengecutkan hati. Boleh kata hampir tiada. Nol. Tapi ia digantikan dengan aksi minda. Otak memainkan peranan dalam series ini. Aksinya lebih memusingkan otak, menjerut hati-hati yang penuh dengan kemanusiaan. So, yang takde ciri-ciri kemanusian tu mungkinlah tak terasa dengan aksi permainan minda dalam cerita ini.

Dalam naskah ni Teme sangat pandai memaparkan watak-watak yang sangat manipulatif. Diorang ni sangat pandai memanipulasi manusia guna ketakutan. Serious rasa kalau SH kat tempat tu pun kompom jadi mangsa manipulasi diorang. Rancangan diorang memang tip top.

Tapi sedikit tak puas hati dengan penamat cerita ni? Ke ada sambungan lagi. Sebab macam banyak je lagi cerita rahsia yang belum terurai. Harap2 lah ada sambungannya. Seriously i can't wait. Series ni memang best. Best tahap teruk.
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
March 20, 2022
(BUKU 15 | 2022) 4.3/5 ⭐️
Saya terus review secara keseluruhan dekat sinilah.

Buku 1 - Pengenalan kehidupan di atas kapal bokor
Buku 2 - Pergerakan cerita memang menarik, the ugly truth about Manusia Suci semakin jelas
Buku 3 - Plot twist yang membuatkan kita faham apa yang sebenarnya telah berlaku di buku 1&2.

Ini sekadar ulasan pendek daripada saya tentang siri Kapal Terakhir yang ditulis Teme Abdullah, Melalui pandangan peribadi, saya berpuas hati sebab ia mencapai ekspetasi. Pada awalnya, saya teragak-agak untuk beli, selepas baca review di Goodread. Tapi akhirnya beli juga disebabkan tertarik dengan sinopsis dan dapat merasakan jalan ceritanya unik dan kena dengan citarasa.

Isu yang diketengahkan Teme sangat menarik untuk saya. Saya suka bila cerita ini ada menyentuh hubungan adik-abang, pengorbanan seorang ayah, tentang ketidak adilan, penindasan dan penipuan, perbezaan darjat yang kadang-kadang masih berlaku di era ini tapi kita tak perasan. Sangat menyedihkan dan sangat merobek hati bila cerita ni buatkan saya terkenang dan muhasabah diri sekejap. Bila diteliti betul-betul, saya boleh nampak dan faham apa yang ingin disampaikan secara halus oleh penulis.

Ada part saya menangis, ada part saya rasa menggigil nak marah, ada part saya rasa nak masuk dalam kapal Bukor tu. Saya akui penamat siri ini terasa tidak lengkap, yang menjadikan cerita bagus ini kehilangan beberapa point untuk mencapai 5🌟

Ini novel bersiri Teme pertama yang saya baca dan saya fall in love dengan idea yang dibawa. Saya memang selalu tercari-cari kisah yang bersifat futuristik seperti Hunger Games, Maze Runner, yang menyentuh sesuatu/ideologi yang ‘mungkin tercetus/timbul’ di masa akan datang disebabkan keadaan bumi yang semakin tenat ini.

Jadi secara jujurnya, saya memang suka gilss dengan siri ini. Saya bukan fans Teme ya, baru berjinak nak mencuba hehe. So far so good.
Profile Image for Rainy Rose.
299 reviews32 followers
August 5, 2021
Episod ketiga dan terakhir siri Kapal Terakhir Di Dunia. Sejujurnya, aku agak at loss nak tulis review mengenai buku ketiga ini oleh kerana penamatnya yang agak tergantung bagi aku. Tiba-tiba terjadi lebih banyak persoalan yang bermain di fikiran aku seperti:

1. Dalam masa 6 tahun itu apakah yang telah terjadi kepada Aria dan Vanessa?

2. Siapakah pelopor penggunaan renjatan elektrik bagi memulihkan memori "askar-askar" di Aras Atas? Bagaimanakah tiba-tiba timbulnya idea untuk memulihkan memori mereka dengan cara ini?

Ini hanyalah dua daripada beberapa persoalan yang bermain di fikiran aku. Aku juga terbaca catatan saudara Teme di blog beliau mengenai penamat KTDD ini yang mana pembaca bebas untuk ada versi masing-masing. Okay, maksudnya buku ini lebih kepada open ending lah kan sebab kita semua bebas memikirkan apa yang berlaku seterusnya. Masa ni, aku juga dah ada versi penamat aku sendiri. Aku juga faham apabila Teme memutuskan untuk menamatkan buku ini dengan penamat sebegitu. Cuma daripada sudut pandangan akulah, mungkin boleh dijelaskan lagi beberapa perkara yang tidak diketahui. Atau mungkin aku sendiri yang tak nampak perkara-perkara itu di dalam buku ini, aku tak pasti.

Akhir kata, kudos to Teme for this series. I'm looking forward to more of your adventures in future.
Profile Image for Rara_83.
193 reviews1 follower
January 26, 2023
It feels unfinished..I NEED MY CLOSURE..

So what happen to manusia2 di Bokor?
What happen to Aria and Vanessa? And I pelik why Vanessa really like Aria? No explicit explanation on why Aria was so special to her..sebaya x plak cuz Niha kt umur vanesa ni early 20s n Aria is 16? Ai is confuse..

I was expecting a closure..like finally manusia bangkit n whatnot..war is happening..like a real fight..but the final series is Tuan Suci showing off his collections..

A bit disappointed cuz book 1 and book 2 is hella good..
Profile Image for Ummu Soghir.
57 reviews8 followers
July 31, 2021
Sejujurnya agak kecewa. Penamat yang tergantung. Semacam tak percaya ada tulisan TAMAT di situ.

Saya rasa penjelasan plot di beberapa tempat sebenarnya tak perlu dan lebih baik digantikan dengan penamat yang lebih adil untuk pembaca.

Bayangkan, ingat ada 2 buku je tapi tiba-tiba ada yang ke-3. Dan lagi, mungkin ada yang ke-4.

Sebagai peminat karya Teme, secara jujurnya saya agak kecewa dengan Teme untuk kali ini. Rasa tawar hati pun ada.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
January 18, 2023
Akhir buku ini jitu dan kemas memberi harapan, namun masih tergantung.... Kerana akhirnya, yang benar pasti berjaya bangkit mengalahkan yang jahat. Persoalannya bila dan bagaimana. Suspense sepanjang suku terakhir buku, overwhelming.
Profile Image for Nur Umairah.
47 reviews
May 18, 2023
Kehidupan sehari-hari ni pun dah stress, bila baca buku ni bertambah stres. Nak episod 4 kalau boleh🥹
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
July 31, 2021
Sejujurnya, ini adalah buku bersiri pertama Teme Abdullah yang saya ada. Sebelum ini saya hanya ada satu buku Teme, berjudul Arkitek Jalanan. Cerita yang lebih kepada kisah benar diri penulis. Selepas itu, saya tidak membeli malah, mengikuti penulisan Teme. Tidak tahu kenapa saya tidak tertarik untuk membaca penulisan Teme walaupun sudah banyak buku yang dikeluarkan. Tetapi, bila Teme meluncurkan Kapal Terakhir di Dunia, hati saya kuat ingin memilikinya. Kerana tajuk! Kita tinggal di akhir zaman. Nyata dengan fitnah dan kebenaran yang mengelirukan. Kita mungkin umat yang menaiki kapal terakhir ini. Tajuk yang Teme pilih kali ini memang mengikat hati, jadi saya bertekad untuk membeli.

***
Setelah membaca ketiga-tiga buku Kapal Terakhir di Dunia, saya mampu mengakui yang saya sukakan cerita ini. Walaupun pada awalnya (ketika membaca KTDD I), saya sukar mengikuti corak penulisan Teme, tetapi kemudian bila sudah masuk yang kedua dan ketiga, saya nampak mengapa corak penulisan sedemikian dipilih oleh Teme Abdullah. Dan, bagaimana ia mengikat pembaca untuk mengikuti malah membincangkan tentangnya.

Teme lebih memfokuskan kepada mesej. Kepada situasi semasa. Jelas, Teme seorang yang melunaskan ketidakpuasannya kepada situasi pemerintahan negara dalam bentuk cerita fiksyen. Jelas, Teme menyuarakan pandangannya terhadap situasi yang menghimpit rakyat melalui garapan plot yang seakan khayalan, tetapi ia satu realiti kehidupan.

Setiap babak di dalam KTDD III punya point. Setiap point itulah terkandung sindiran, ketidakpuasan Teme Abdullah terhadap situasi sekarang.

Di dalam KTDD, Aras Lantai disuruh patuh kepada undang-undang Bokor. Kegagalan kepatuhan, nyawa jadi taruhan. Alasan kepatuhan, ia akan memusnahkan kehidupan Bokor. Dimomokkan bahawa, Bokor sebagai 'penyelamat', 'pelindung', 'pemberi rezeki'. Rakyat perlu bersyukur. Syukur tahap mana? Sampai tidak boleh mempertikai? Sampai tak boleh tahu kehidupan aras lain terutama kehidupan Aras Atas? Alasan - kerana takut sebaran penyakit? Tetapi, tiada rawatan atau sebarang usaha yang terlihat bagi mengatasinya. Dan, kenapa orang Aras Atas boleh melawat Aras Lantai jika takut tersebar kuman? Sama bukan, sama ada kau (Manusia Suci dari Aras Atas) turun atau mereka yang naik? Kalau dikatakan mereka tidak terjejas atau acah ambil risiko dengan turun ke Aras Lantai tanpa pelindung, apa masalahnya kalau orang Aras Lantai naik ke atas dengan pelindung? Nampak jelas akan ada perkara yang hendak diselindung!

Dan, kenapa ... pertanyaan atau ambil tahu itu dilarang? Adakah dengan pertanyaan boleh menyebarkan penyakit? Sebab kau (Manusia Suci Aras Atas) takut pada bayang-bayang sendiri.

Teme mengajak kita untuk berfikir. Pencarian ilmu itu bermula dengan pertanyaan. Itu yang berlaku kepada Nabi Ibrahim yang mendongak ke langit bertanya akan penciptaan.

Membuka akal fikir itu sesuatu yang digalakkan, mengelak diri berterusan jahil. Ya, rakyat Bokor tiada agama. Mereka dibutakan beratus tahun lamanya. Ilmu bukan asas kehidupan rakyat bagi pemerintahan Bokor. Ilmu itu musuh yang akan membawa kepada penentangan. Musuh takut akan ilmu. Ketika kejatuhan Islam pada suatu waktu dahulu, perkara utama yang musuh buat adalah dengan menyorokkan ilmu.

Hasil penulisan cerdik pandai Islam disorokkan. Dikatakan ia telah dibakar. Hakikatnya, semua research Islam digunakan dan ditukar milikan. Dinamakan dengan hak mereka. Inilah juga yang cuba Teme Abdullah bangkitkan.

Ilmu. Jangan jadi 'yes man' tanpa mengkajinya dengan ilmu. Jika buku disorok, akal masih hidup bukan? Mata juga belum buta untuk melihat kepincangan kehidupan. Teme gunakan watak Vuk sebagai watak yang melihat. Yang tertanya mengapa undang-undang Bokor terlalu kejam. Isterinya dibunuh selepas melahirkan. Mengapa banyak sangat halangan? Vuk mencari jawapan.

Begitu juga dengan watak Doha. Dia diperlihatkan dengan kebenaran dan dia takut ia sekadar penampakan palsu. Dia diamkan sehingga bertemu Vuk yang mempunyai kepercayaan yang sama cuma tidak melihat hakikatnya yang matahari itu tidak pernah padam. Ia masih hidup dan bersinar di luar Bokor.

Penyaksian Doha menguatkan teori Vuk dan Pakatan Matahari. Mereka mula merancang satu kebangkitan. Tetapi, dalam bangkit, Teme mengingatkan bahawa perjalanan kebangkitan itu akan jadi sukar bila ada duri dalam daging. Bila ada watak seumpama Kitul di zaman pemerintahan kerajaan Melaka, yang merosakkan rancangan. Dalam berjuang, ada pengkhianatan. Buta bukan hanya kuasa, tapi perhatian dan ketamakan. Dan, biasanya mereka yang mengkhianat ini memang wataknya kurang cerdik.

Malah, babak kebodohan Koh itu Teme gambarkan seperti cerita anjing dengan bayang-bayang. Tamak yang tak boleh dihadam! Ketamakan yang menarik maut. Malah, babak ini mengajar kita bahawa, bersederhanalah dalam percakapan. Cakap berlebihan hanya menjadikan kita terlihat bodoh. Seperti Koh, ia terbunuh!

Teme juga ingin kita melihat dengan mata hati, bukan dengan mata sangsi. Kehidupan 'batu' bukan seperti yang dilihat dengan mata kasar. 'Batu' di lorong dan celahan bangunan inilah penggerak kepada kebangkitan. Reen bukan perempuan murahan yang menawarkan khidmat seks. Ia hanya kaburan pandangan. Dia salah seorang penggerak kebangkitan! Jangan pandang orang sebelah mata atau tidak bermata. Yang nampak hina, senyap tanpa bicara, yang tiada apa itu bisa menggegar dunia dengan pergerakan tak terjangka.

Jika dalam jernih air punya debu, dalam kebangkitan punya pengkhianatan, Teme juga mengingatkan kita satu perkara. Di dalam hitam kopi juga, ada nikmat yang tersendiri. Di dalam kebencian kita pada watak Koba, anak kepada pemimpin Sektor Biru, dia sebenarnya adalah watak legasi penyambung perjuangan Vuk dalam mendedahkan kebenaran. Cuma, pergerakannya dalam diam.

Teme juga mengingatkan kita bahawa cinta boleh membunuh! Kerana cinta, Vanessa binasa. Dia bukan hanya dibutakan mata hatinya bila dia membawa Aria menjadi Manusia Suci, tetapi juga buta mata agaknya bila tidak nampak perubahan sikap Aria setiap kali didedahkan dengan kehidupan Manusia Suci yang mewah tidak terperi. Bodoh apa yang membutakan bila segalanya hendak dikongsi? Tidak sedarkah yang Aria itu sebahagian daripada penderitaan Aras Lantai? Betullah cinta itu mem'bengong'kan.

Di dalam Kapal Terakhir di Dunia Siri-3 ini juga, Teme benar-benar menyisipkan duri dalam pembacaan. Sakit dan pedih di segenap sudut hati. Memilih 'kambing' untuk dilabel kepada manusia yang telah diperbodohkan, membuatkan rasa sakit itu ibarat tertusuk selumbar. Menyusup masuk ke dalam hati, hendak dikeluarkan sukar. Terbiar menjadi nanah dan merasai segenap kepedihan. 'Kambing'? Kejam Teme, kejam! Kurang ajar betul manusia Aras Atas ini. Di'binatang'kannya manusia lain! Teme bijak memasang umpan. Penulisan yang mampu meninggalkan kesan di hati pembaca - sama ada sedih, pedih, marah dan seumpamanya membuktikan yang karya itu berjaya!

Malah, penulisan ini mengundang air mata pada babak seorang anak dibawa melihat pameran tubuh ayahnya yang sudah tidak bernyawa. Yang hancur mukanya, yang dikerat telinga. Dijadikan perhiasan di dalam bilik kaca.

Tahniah buat Teme Abdullah. Walaupun ada yang kata cerita ini tiada sudahnya, tetapi setiap babak itu punya cerita yang boleh membuka akal fikir kita. Persoalan yang selama ini disembunyikan, sudah disingkap di dalam Kapal Terakhir di Dunia Siri ke-3. Yang lain-lain, kita rekalah apa pun kesudahannya. Cerita hidup manusia memang tiada penamat selagi 'kapal' ini belum dihentikan pelayarannya oleh Tuhan. Akan berterusan. Ambil iktibar di dalam perjalanan / pelayaran kehidupan.

Bacalah dengan nama Tuhan yang mengurniakan akal dan panduan. Dalam fiksyen, masih punya sesuatu untuk difikirkan. Mendekatkan pembaca dengan kejadian alam. Wallahualam.

Nantikan ulasan dalam bentuk video di saluran Youtube NORSAMILA SAMSUDIN, bagi Kapal Terakhir di Dunia, Siri ke-3.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
August 8, 2021
Hakikatnya, yang di atas itulah yang berhutang segala-galanya dengan yang bawah. Kesenangan mereka dituai daripada penderitaan golongan di bawah.

Setelah membaca penerangan mengenai 'kenapa ending KTDD macam ni?' di blog Teme, ku lagi mengerti apa yang Teme nak sampaikan. KTDD ni adalah satu metafora yang diselitkan dengan kritikan sosial, ekonomi dan politik. Macam dejavu. Macam real.

Pengajaran yang aku boleh ambil dalam KTDD ni ialah, jangan jangan dan jangan percaya sesuatu perkara tu membabi buta. Patutnya kita kena dengar alasan dua belah pihak dulu sebelum mengadili sesuatu. Aku berterima kasih jugaklah dekat Teme kerana dia tak buatkan aku terlampau suka dengan hero. Sebab ada lagi hero yang sebenarnya hero. Puas hati baca KTDD iii sebab ada persoalan yang aku nak tahu terjawab, fasal Vuk terutamanya dan Niha. Surprise jugak dengan watak Koba dan watak Koh. Tulah, dalam hidup kita ni memang kita tak boleh letak 100% kepercayaan kat orang sbb hati manusia ni bolak-balik.

Cuma satu je, aku kalau boleh nak ending dia tu ada sedikit gambaran tentang Aria, Ana dan Vanessa. Sebab macam stop tergantung begitu je. Tapi sinar harapan tu masih ada untuk kehidupan di Bokor sebab ada generasi pelapis dalam Pakatan Matahari yang sambung berjuang. Teme cakap ending tu biar pembaca yang fikir sendiri. Kita boleh berimaginasi sendiri apa yang berlaku. So, dalam kepala aku cuma ada pengakhiran yang membahagiakan je untuk Bokor.
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
August 8, 2021
Penulis membawakan kisah Kapal Terakhir di Dunia (KTDD) dalam tiga episod, yang sarat dengan falsafah. Membaca ulasan ramai pembaca yang telah selesai membacanya lebih awal membuatkan jiwa resah, apa sebenarnya yang Teme Abdullah cuba bawakan kali ini.

Selepas membaca KTDD Episod Kedua, saya suarakan rasa marah, tidak seperti selepas membaca Episod Pertama yang membawakan kisah kehidupan manusia di Aras Lantai yang digambarkan seperti warga tidak bertamadun, tiada pegangan agama, serta berpenyakit kronik; membuatkan saya terasa KTDD kurang menyengat berbanding siri buku Teme yang lain.

Namun KTDD episod dua mula menjentik emosi dan perasaan, dan sudah mula menyerlahkan falsafah dan kritikan di sebalik kehidupan manusia-manusia yang berada dalam KTDD atau Bokor.

Penulis memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beliau bermain dengan watak dan memutar-mutarkan jalan cerita sehingga segala yang dipaparkan di peringkat awal menjadi berubah sepenuhnya.

Watak Aria yang digambarkan sebagai wira, Vuk sebagai insah gagah yang akhirnya mati sebagai pengkhianat, Manusia Suci yang mulia, Niha yang gila dan ramai lagi, mula dipaparkan wajah sebenarnya di Episod Tiga. Wajah Bokor, kehidupan Aras Atas dan keadaan dunia sebenar didedahkan sedikit demi sedikit.

KTDD Episod Tiga dimulakan dengan imbasan kembali kepada kisah-kisah yang berlaku dalam KTDD Satu dan Dua. Lebih 170 muka surat dari 306 muka suratnya berkisah tentang kisah sebenar di sebalik peristiwa yang berlaku dalam Bokor dan ketika 'dokking' di luar Bokor. Dijelaskan siapa Vuk, Reen, Koh, Tuan yang Suci, Waris Pertama dan ramai lagi, serta perancangan mereka.

Seterusnya, penulis membawakan hakikat kehidupan di Aras Atas melalui Maverick, Waris Pertama, Vanessa dan Tuan yang Suci, berkenaan bahan-bahan pameran di Aras Atas, tanggapan kepada mereka yang di Aras Lantai, tugas-tugas 'berat' yang menyibukkan Manusia Suci, serta hakikat kelahiran waris yang ramai oleh Tuan Suci dan banyak lagi pendedahan yang 'menyengat' emosi.

Maka, bertambah-tambah rasa marah, geram dan rasa tidak sabar mahu melihat kesudahannya. Mahu disegerakan hukum karma, yang jahat dibalas jahat, yang baik dibalas selayaknya.

Namun ternyata Teme ialah Teme, sukar ditebak apa yang ada dalam fikirannya, sukar dijejak langkah kakinya. Dia mahu mengajak pembaca berfikir tentang kenyataan hidup yang memang pahit untuk ditelan. Watak-watak dalam Bokor adalah watak kita dan manusia di sekeliling. Yang mana satu watak kita? Tentukanlah sendiri.

Dan akhirnya Teme meletakkan pilihan untuk pengakhiran kisah kehidupan di KTDD ini ditentukan sendiri oleh pembaca, kerana hakikatnya dunia belum berakhir. Kitalah yang bakal mencorakkannya.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
March 23, 2022
Permulaan episod 3 menjawab plothole bagi 2 buku yang terawal. Terhubunglah segala persoalan yang timbul. Kecewa sedikit sebab aku telah letak jangkaan yang tinggi untuk buku terakhir ni. Namun, setelah masuk buku ke-3 pun masih belum selesai plot besarnya. Aku juga mengharapkan sesuatu yang baru untuk buku kali ni, nyatanya hanya repitasi dari buku sebelumnya. Mungkin diulang-ulang untuk memanjangkan cerita.
Profile Image for parain.
28 reviews
August 9, 2023
(re-read this book and I decided to give this book and the whole series ONE STAR)

THAT'S IT ???? LIKE SERIOUSLY THERE IS NO ENDING ??? AND THE OPEN ENDING IS NOT EVEN GOOD.

OMG. Words can't describe how DISAPPOINTING this book is and the rest of the series. I found this series boring from the very first book but I kept reading since I expected Teme magic writing will somehow recover in the end. And, no. Teme magic writing does not work this time. I love all of his other series but this was an utterly disappointment. ( I truly believe people who like this book is either never read a better dystopian books or they are just a fan of Teme who doesn't care the quality of the book he put out and will just keep buying nevertheless out of pure fan behaviour.)

Let's talk about the main character for a moment. He is far by the most bland main character I had ever read. He have no personality to him. He is like a blank slate. I don't know if that was the idea of the character, but if it is, bad move Mr Teme. His dead father (Vuk) has more personality and impact to the readers than he is.

How I wish Mr Teme explore more into the backstory of Vuk and that grandma next door. They were very interesting character. Missed opportunity.

All in all, the general idea of the book was amazing actually. But, the way the author direct the storyline and how he evolves and expand the storyline is why this book is reduced to an utter disappointment.
Profile Image for TSam.
189 reviews13 followers
June 10, 2023
*3.5

Episod 3 merupakan pengakhiran kepada trilogi Kapal Terakhir di Dunia tapi bagiku ianya lebih kepada pengakhiran kisah Aria dan permulaan kisah pemberontakan Pakatan Matahari. Memang open-end teruks, boleh dikatakan pengakirannya dia seolah olah nak 'set up' kepada trilogi baharu. Karna itu juga sy faham mengapa ramai yang tidak begitu suka akan pengakirannya.

Buku ketiga kali ni hampir separuh ceritanya mengimbau kembali plot Episod 1 & 2 tapi melalui perspektif watak2 lain seperti Vuk dan Doha. Babak2 mengimbau kembali peristiwa dalam Episod lepas banyak juga lah menerangkan persoalan yang timbul sebelum ni serta menerangkan juga aspek watak2 ini - mengapa Ana tidak membenci kan Vuk, Vuk punya perangai, serta perangai Doha ketika dokking.

Sy faham mengapa ada yang tidak begitu suka akan imbauan kembali ini sbb ada sesetengah babak bagiku memang tidak perlu pun, malah ada babak yang menunjukkan sesetengah babak dalam Episod sebelum ini 'berkontradik'. Aku juga mempunyai beberapa 'nitpick' tentang plot berkait dengan pelan Pakatan Matahari ketika dokking but overall still enjoyable.

Sy paling suka babak bagaimana kita dapat melihat secara perlahan bagaimana Aria mula memahami sifat jijik sebenar Manusia Suci ni.

Sy berharap hanya kisah Aria berakhir di sini - bukan kisah Kapal Terakhir Di Dunia - masih jauh lagi perjalanan cerita ini kalau ikutkan. Harapnya Teme memulakan kisah Ana pula.
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
July 31, 2021
Merasakan pengakhiran cerita ini tergantung. Ada persoalan yang belum terjawab. Apa jadi kepada Bokor? Apa jadi kepada tamadun manusia di dalamnya? Takkan selamanya mereka hidup di dalam Bokor? Bukankah dunia sudah kembali pulih? Kenapa masih nak tinggal dalam Bokor. Hmm. Ntahla. Sebab penulis menyatakan bahawa ini adalah siri terakhir.
Profile Image for Hadi Muss.
147 reviews20 followers
September 15, 2021
Idea yang bagus cuma pengakhiran yang kurang kemas. Barangkali akan ada sambungan lah kot? Apa pun banyak sangat nak terangkan benda-benda remeh sampai meleret cerita.

Keseluruhannya ianya masih sebuah trilogi yang menarik dan baik cumanya barangkali gaya penulisan, 'execution of ideas' yang tak kena dengan selera literari aku. Apa pun good iob teme.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mrtn.
22 reviews3 followers
July 31, 2021
Persoalan yang timbul di Episod 1&2 sudah terungkai semuanya tapi saya masih tidak berpuas hati dengan ending buku ini. Hidup Pakatan Matahari! Lawan tetap lawan! Teme, good job! Storyline best! Ada “hidden message” yang disampaikan & musuh terlindung tu rupanya….
Profile Image for Hidayah.
28 reviews
October 24, 2021
Menjawab banyak persoalan dari buku 1 dan 2.
Teme seperti biasa menulis pengakhiran yang terbuka, bergantung pada minda pembaca. Akan tetapi, lebih baik pengakhiran itu dijelaskan sedikit dan menyenangkan hati pembaca. Banyak persoalan baru muncul di akhir cerita
Profile Image for Sha Mohamed.
2,523 reviews1 follower
January 8, 2023
Sayangnya walaupun buku ini buku terakhir namun penulis tetap meninggalkan persoalan pada pembaca.. Kenalah pembaca sendiri berfikir apa yang akan berlaku seterusnya..
1 review
August 10, 2021
Once i read Ramlee Awang Murshid works, my expectations to any known local writer must be at least on the same level as him.

As a reader, firstly, I love his concept.
Episode 1 and 2 is so promising although slow in story telling. Episode 3- I dislike it so much, it seems too rush and a major cliffhanger. The story highlights on Aria’s character from the beginning tapi watak dia habis begitu sahaja seperti harapanku mencari jejaka idamanku yang telah pupus. Reader reads for the best ending but some of us are left disappointed. It’s not the ending that i was expecting.

However, i do understand if the writer wants it to be realistic- as how it is in the real world. He wants us to think. Kalau dia nak kita fikir based on the details throughout the story then yes. But to think based on the ending? Aint got no time for that. In my humble unimportant opinion, he should’ve write it based on Ana’s perspective.

It’s my first time reading Teme’s fiction and i must say, I’m a tad bit disappointed. Maybe he’s good in writing of advices, but not fiction. I love the story’s concept. His writing, however, is not what i expected as a rising writer. It’s too basic and lack of ‘sastera’. Should’ve write something that would at least make the reader immersed with the story.

There’s always a space for improving- both writing and avoiding cliffhanger. Moga maju jaya! I’ll be looking forward to his next book! (If only he promise a good ending)

P/s: Game Of Thrones pun tak sakit macam ni eh. Beraniiii dia
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
August 23, 2021
Episod kalini lebih terarah kepada persoalan-persoalan yang ditinggalkan di dalam Episod I dan II. Persoalan-persoalan mengenai kematian Vuk, siapa sebenarnya Koh dan lain-lain lagi. Episod ini lebih kepada imbauan semula atau flashback perkara, tragedi dan babak yang terjadi pada Episod I & II.

Kemunculan Pakatan Matahari yang mempunyai pelan strategi bagi melawan Manusia Suci. Bahkan, sejarah kemunculannya turut dibentang secara meluas di dalam episod kali ini.

Cuma, aku kurang gemar dengan perjalanan penceritaan yang kali ini apabila diceritakan dan diwujudkan Pakatan Matahari pada episod akhir. Moleknya, pakatan ini diwujudkan pada episod II.

Apabila diwujudkan pada episod III, jalan penceritaan dan perkembangan cerita mengenai Pakatan Matahari itu lebih kecil. Skop pengembangan cerita lebih terhad.

Keduanya, pengakhiran cerita yang lebih terbuka. Secara jujurnya, aku berasa sedih dan marah apabila jalan penceritaan sepanjang episod I sehingga III ni berakhir seperti ini.

Ini novel bukannya cerpen ( Cerita Pendek ) yang boleh dibuat pengakhiran cerita yang tiada penghujungnya. Diwujudkan babak Chif Kuning, kemudian dihabiskan 2-3 muka surat selepas itu dan dibiarkan bergantung.

Tak dinafikan, yang jalan cerita KTDD ini mudah difahami, dan aku cukup melayani setiap babak kerana ia seakan-akan jalan cerita Animal Farm ( Politik Kandang ) karya Animal Farm yang menyajikan satira politik. Banyak pengajaran yang aku tak nafikan yang wajar pembaca ambil. Cumanya kekesalan kepada jalan cerita ini membuatkan aku berasa campur baur dan kesal mengenai karya ini.
Profile Image for Rayyan Mohd Zain.
138 reviews3 followers
August 3, 2021
Episod 3 KTDD merungkai segala misteri dan persoalan yang berlaku di episod 2. Plotnya sangat menarik dan aku berjaya habis dalam sekali pembacaan. Cuma episod 3 ini seolah2 tergantung juga.. kerana tiada pembelaan untuk penganiayaan yg telah berlaku.

Aku menjangkakan akan ada episod 4. Everyone loves a happy ending. Semoga cerita Bokor ini pun sama. Setiap pihak yang telah menjadi mangsa patut mendapat pengadilan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
July 30, 2021
Kita semua 'kambing'. Teme should end it better. Ini bukan penghujungnya.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
October 25, 2022
☄️Pembukanya menunjukkan sisi Doha dari Sektor Kuning,salah satu wakil semasa Dokking. Yang sempat aku salah sangka dengan sikap Doha.Episod ini tunjukkan aku semua persoalan di buku I&II. Kali ini juga dihidangkan hal terbaru satu 'Pakatan Matahari' golongan pejuang yang percaya Matahari itu wujud dan dunia dah pulih.

☄️Turut dinyatakan cerita pada sudut sisi watak lain fikir mulanya dibiarkan berlalu. Tapi dikembangkan kembali, iaitu sisi kisah Vuk, Koh, Doha& Jaro, Manusia Suci, Ora dan Koba. Separuh buku di ulang balik babaknya untuk tunjukkan ada kisah lain disebaliknya, antara babaknya Dokking dan upacara Kotor Darah. Bagi aku pengulangan ini tak merencatkan pembacaan tapi buat aku lebih faham. Walau terlihat meleret😅Rahsia Bokor diterangkan menyeluruh saat Aria rasmi diiktiraf jadi Manusia Suci.Kenyataan Bokor ada 3 Aras berkecai, gambaran Mugor terbunuh terus di kotak fikiran aku. Rahsia 200 tahun terdedah. Pada kalian mungkinkah Aria bangkit???

☄️Jika tanya pada diri siapa watak aku gemar. Aku suka Vuk dan Ana kerna mereka ada di tahap eksklusif tersendiri yang tak semua orang mampu jadi. Faham mesej disampaikan. Sindiran orang atasan, politik, ekonomi dan sosial yang cetuskan pola fikir kita jadi lebih kompleks soal dunia sekarang. Tanpa pengetahuan kita mudah dibutakan,jika menepis keraguan akal, kita benarkan diri terjerat, tanpa pertanyaan bakal tersesat.Semua itu, akan berakhir bila kita perlu jadi celik dan pemikir seperti Vuk dan Ana. Celik mata dan hati serta tubuh yang bergerak. Ilmu penyuluh kehidupan walau Bokor bergelap, Akal yang 'terpilih' perlu jadi cahayanya.☀️

☄️Walau rasa semua sudut tergantung namun aku puas dengan penamatnya. Kerna adanya HARAPAN.Hidup ini perlu sedikit harapan untuk kita bergerak. Harapan itulah Matahari terawal untuk penduduk Bokor temui Matahari sebenar nanti. Lalu aku mahu sambungkan kata tugas 'jika' untuk penamatnya disambungkan dengan versi sendiri.

P/s : Harap adanya buku kembangkan watak Ana. Tapi semua itu tidak bakal berlaku, aku akur dengan keputusan @temeabdullah

*****
(Tambahan)

Ini pendapat peribadi sendiri.Teringin nak tahu versi pembaca lain pula.Otak aku terseksa jika tak simpul😂 Aku hanya puas sebab masih ada HARAPAN untuk manusia keluar daripada Bokor.Aku hormati ia kekal berakhir, seperti di Blog @temeabdullah sendiri mahukan pembaca berimaginasi sendiri dan jadi pemikir untuk persoalan dunia.

☀️ Jika Aras Atas berjaya ditumbangkan, adakah ia penamat terbaik? Bagi aku tetap bawa kepada kata tugas 'jika' yang bakal ditugaskan pada kita untuk dilengkapkan. Sampai bila², Aras Atas dan Lantai tetap akan ada walau di galaksi mana sekali pun ia berada.Ia bakal berantaian bergerak seperti Tamadun Manusia sejak Nabi Adam lagi.

☀️Aku sambungkan untuk penyedap hati sendiri.KTDD-Empayar-Selamat Tinggal Purnama, ada dalam semesta yang sama!Pemisahnya hanyalah garis masa dan watak² dalam satu² Tamadun itu.

☀️Andaikan hujan tahi bintang di sebut Maverick itu adalah senjata,iaitu bom dalam peperangan besar. Sebelum Abad Empayar wujud. Peperangan itu terlebih dahulu mengurung manusia yang masih ada ke Bokor, menjadi Abad di KTDD. Pakatan Matahari tumbangkan Manusia Suci maka lahirlah 'Abad Empayar' kembali ke neoklasik. Ana mungkin pencetus untuk buat tamadun manusia itu tak percayakan tahyul kerna dia pernah terfikir jika 'Bokor dicipta oleh manusia, tapi siapa ciptakan manusia'. Makanya di Abad Empayar sudah ada nilai Islam. Dan anggap saja Bokor ini satu khazanah hebat yang dilenyapkan orang Romanum(penjajah) seperti mereka manipulasikan sejarah Armada Kapal Melaka. Bila terjadinya perkembangan kemajuan di Siri Empayar terlahirnya 'Abad STP' yang canggih itu. Begitulah andaian seterusnya berantaian hingga bumi ini lenyap.

☀️ Mungkin itu cara aku lengkapkan akhir yang tidak lengkap. Jadi aku sudah senang hati dengan Tamadun manusia di Siri KTDD itu galur warisnya ada di Kesultanan Aradhanapura seterusnya ke Nusaraya(STP) Teori Fantasi sangat!😂
Profile Image for xxx.
58 reviews1 follower
January 5, 2022
5/5 ⭐'s

The world has enough for everyone's needs, but not everyone's greed

Aku akan buat ulasan ini secara umum dan menyeluruh daripada episod 1 hingga 3. KTDD merupakan karya terbaik yang dihasilkan oleh Teme. I said what I said.

Kau bayangkan, setiap satu inci plot yang ada dalam buku ini berkait dengan plot lain. Kau mungkin macam aku yang sudah mengjangka plot utama dalam novel ni tapi akan ada, SENTIASA ada, kejutan demi kejutan dalam KTDD. Plotnya tersusun kemas, penuh dengan unsur yang aku dahagakan seperti saspens, konflik dan emosi. Lengkap ya.

Soal watak, walaupun aku rasa sesetengah watak tu terlampau setia dengan bokor sampai diperbodohkan tapi takpe, aku paham. Dah beratus tahun hidup dengan satu kepercayaan, takkan semudah tu je nak ubah. Tapi sayangnya, tanpa penyaksian, kepercayaan hanyalah ilusi . Aku agak terkilan kerana sesetengah watak yang aku sangkakan boleh membawa perubahan, terkorban. Tapi aku rasa Teme sangat mengangkat konsep pengorbanan dalam novel ni sampai aku rasakan itu merupakan tema utama novel ini. Lihat sahaja muka depan KTDD episod satu, ada yang perlu dikorbankan untuk terus hidup . Dengan ini, kau jangan expect bahawa novel ini penuh dengan pelangi yang dibawahnya terdapat satria yang senang2 akan bawa keamanan. Tidak. Novel ini bersifat realistik. Hence the ending guys. Apabila kebenaran tersingkap, manusia akan bangkit berjuang. Dengan pengorbanan demi pengorbanan yang telah dilakukan oleh penghuni Aras Lantai, mereka bangkit. Cuma kebangkitan itu tidak diceritakan. Open ending.

Kalau Teme nak sambung, aku akan menjadi antara pembeli yang terawal. Kalau tidak, aku masih merasakan bahawa KTDD ialah satu siri yang sempurna. Thanks for this masterpiece.
Displaying 1 - 30 of 185 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.