Jump to ratings and reviews
Rate this book

Untuk Hujan dan Angin Yang Memeluk Tiap Malam Yang Panjang

Rate this book
Untuk Hujan Dan Angin Yang Memeluk Tiap Malam Yang Panjang - merupakan satu lembaran catatan pengembaraan penulis sewaktu berada di luar negara dengan beberapa selitan fasa gelap yang telah penulis lalui dalam hidup.

“Cinta itu melawan, bukannya menyerah.
Dan cinta seharusnya menerbitkan cahaya, bukan kegelapan.”

Naskhah ini membolehkan penulis berbicara dengan jiwa-jiwa yang memerlukan inspirasi dan simbahan rasa spiritual terutamanya yang berkaitan dengan hati dan cinta.

“Kita takkan nampak cahaya jika duduk di dalam kegelapan. Kita takkan percaya ketentuan jika kita tak benar-benar percayakan-Nya.”

95 pages, Paperback

Published January 1, 2021

7 people are currently reading
47 people want to read

About the author

Zul Fikri Zamir

10 books128 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (12%)
4 stars
43 (30%)
3 stars
64 (45%)
2 stars
13 (9%)
1 star
4 (2%)
Displaying 1 - 30 of 38 reviews
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews107 followers
September 2, 2021
Aku baca versi baru yang diterbitkan oleh JIWA. Buku ini lebih kepada catatan dan luahan hati penulis mengenai perkara yang berlaku dalam hidupnya.

Ada catatan yang aku suka dan can relate. Ada juga catatan yang tidak berapa sampai padaku. Boleh diklasifikasikan sebagai bacaan ringan.
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
December 27, 2021
Buku ini dicapai kerana inginkan bacaan yang memberi peluang untuk saya melepas dan merasa. Tertanya ia tidak mengecewakan. Walau seperti tema utama catatan dan puisi berkisar cinta, namun selain cinta antara individu, ada terselit cinta dalam maksud yang lebih besar, sama ada terhadap masyarakat, negara, tujuan yang lebih besar. Cinta di sini bukan hanya merujuk kepada yang indah-indah saja, namun juga emosi yang sebaliknya. Tidak pasti bagaimana penyusunan dilakukan, namun ia seperti ada-ada saja (tidak bermakna ia sesuatu yang tidak baik). Tulisan ini sesuatu yang peribadi, dan ia juga sesuatu yang sudah lepas.
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
September 12, 2021
-Terbitan Jiwa-

Untuk Hujan dan Angin yang Memeluk Tiap Malam yang Panjang.

Sedap tajuknya.
Kata penulis, ia bukan puisi, tapi himpunan catatan dan rakaman jiwa yang dikarang suatu ketika dulu, dalam fasa kedukaan beliau.

Suka dengan catatan penulis yang 'raw' , tercurah keihlasan dalam setiap bait katanya, terasa kepiluan dan kegalauan hati dalam setiap tulisannya. Seperti dibawa bersama, singgah di masa lalu beliau.

Suka juga untuk saya kongsikan kata-kata penulis bahawa tak perlu malu untuk tulis hal remeh-temeh seperti perasaan ini, kerana ia adalah sebahagian pelajaran untuk menjadi penulis yang matang dan bertanggungjawab.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
September 7, 2021
Buku setebal 95 halaman ini tamat saya baca dalam tempoh kurang satu jam.

Bukan kerana nipis semata-mata.

Tapi saya tak begitu faham dengan apa yang mahu disampaikan oleh penulis.

Catatannya puitis (atau ayat yang tak biasa didengar), punya maksud tersirat yang tak mampu saya terjemahkan. Cuma satu yang saya dapat faham, ianya luahan kekecewaan. Marah. Gelap.

Penulis sendiri mengaku di penghujung halaman, dan katanya dia sudah berdamai dengan dirinya yang lalu.

Baguslah kalau begitu.

Cuma jujur ya, saya sukar menangkap. Begitu juga dengan puisi. Kalau berkias-kias dari kepala sampai ke ekor, mudah saja saya menutup buku dan sorokkan di bahagian belakang rak buku.
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
July 12, 2017
Membaca buku ini ibarat melihat sisi lain seorang ZF Zamir. Sejujurnya, ini kali pertama aku menghabiskan bacaan buku daripada beliau. Selama ini, aku cuma membaca tulisan beliau sama ada di Facebook ataupun di website yang beliau sumbangkan artikel. Aku ada buku-buku beliau yang lain tapi haram tak pernah sentuh. Setia mengumpul habuk di almari semuanya.

Buku ini nipis. Sangat nipis. Dan ia tidak penuh dengan kata-kata. Buku ini memuatkan coretan-coretan ZF Zamir yang entah bila, mendalami jiwa dan perasaan cintanya. Membaca setiap satu ayat-ayat di dalam buku ini, seperti kau sedang berimaginasi meletakkan diri kau di tempat ZF Zamir sendiri. Melihat si dia yang menaiki bas nombor 70 ke Chiswick. Merasa dinginnya salju di persekitaran. Semacam kau melihat sekeliling dengan mata seorang ZF Zamir, begitulah perasaan yang aku alami.

Buku ini aku syorkan untuk semua yang suka pada tulisan ZF Zamir. Itupun, kalau kau hendak melihat sisi jiwang beliaulah.

Kalau kau nak serius-serius, tak perlulah kot. Sebab Untuk Hujan Dan Angin Yang Memeluk Tiap Malam Yang Panjang bukan naskhah yang mengkritik dasar-dasar kerajaan, tetapi ia adalah karya yang menyelami sebuah jiwa dalam diri seorang penulis. Penulis yang bernama ZF Zamir yang kita semua kenali.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
September 25, 2021
Hari ini adalah harijadi adik perempuanku dan hari kematian pak menakanku. Walaupun luahan penulis adalah kisah2 cinta beliau yang tidak tercapai. Boleh dinisbahkan juga kepada hubungan saudara-mara. Banyak yang tak sempat dicapai bila orang itu sudah tiada. Satu penyesalan yang tak akan habis. Berasa aneh ketika menonton Squid Game, kerna tiba2 mendapat notifikasi whatsapp yang menyatakan pakcik ku sudah tiada, disambut dengan bunyi tembakan bertubi-tubi kepada perserta honeycomb yang gagal.

Semoga roh pakcikku dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam syurga insya-Allah.
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
December 31, 2023
Buku yang saya baca merupakan edisi terkini terbitan Penerbit Jiwa namun setelah dicari dalam Goodreads, tiada rekod untuk terbitan ini. Jadi, saya rekodkan saja dalam edisi yang ini sebab muka suratnya sama, saya anggap isinya sama.

Saya mula membaca buku ini lebih awal tetapi teragak-agak untuk merekodkannya dalam edisi ini kerana berhasrat membuat rekod baharu. Akhirnya direkodkan juga di sini, tak sempat membuatkan rekod baharu.

Jika melihat kepada ulasan rakan-rakan pembaca lain, ada yang menilainya rendah kerana tidak dapat memahami hasrat penulis dengan penulisannya ini. Namun bagi saya tulisan-tulisannya ditujukan untuk mereka yang pernah kecewa, patah hati, kehilangan; sama ada kekasih, pasangan, ahli keluarga atau sesiapa yang dicintai; untuk segera sedar bahawa kehidupan perlu diteruskan. Kata anak-anak muda sekarang - 'move on'.

Fikirkan hikmah kepada setiap kejadian, berdamai dengan takdir, kata sesetengah orang. Lantas saya fikir buku ini memenuhi tujuan tersebut walaupun geraknya perlahan, namun dikira sesuai untuk memujuk hati yang sedang lara.
Profile Image for Khairul Muhammad.
Author 15 books68 followers
May 4, 2017
Aku duk baca dua tiga kali. Ya, kau boleh sahaja untuk habiskan awal atau mahu bercanda sendiri dengan memilih untuk duduk di satu sudut dan memegang erat naskhah ini. Ia sebuah penulisan yang buat kau fikir, tentang air mata, tentang lelaki, tentang ego, juga tentang hidup yang entah masih hidup atau tak.

Entah. Aku tak reti nak gambarkan bagaimana. Yang aku tahu, Zamir sentiasa tenang menulis. Dan ketenangan yang dihamburkan di dalam naskhah ini menjadikan dirinya yang lain.

Jika ditanya tentang penulisan beliau, aku akan kata,

"Beliau punya kasta penulisan yang berbeza. Lainnya itu satu macam. Seperti kita mengenalinya, namun tidak."

Lima Bintang, Zamir.

Profile Image for mira..
182 reviews28 followers
December 21, 2022
Baru baca beberapa helai, terus rasa macam wow! Menarik ye buku ni. Seperti yang dikatakan oleh penulis, ini bukan buku puisi. Ini ibarat buku catatan peribadi beliau yang mana isinya relatable. Tulisannya terkesan di hati.
Profile Image for Mohd Yasim.
7 reviews1 follower
January 7, 2018
I like everything else from him but this book just not for me.
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews68 followers
January 27, 2022
Satu naskhah yang dirasakan cukup personal. Bila baca buku ni, rasa macam sedang berbual dengan kawan, meluahkan rasa. Kecewa, keliru, penat, jatuh.

Baca buku ni buat aku sedar... aku bukan berseorangan.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
160 reviews2 followers
August 6, 2023
Buku kedua yang aku baca dari penulis. Ada beberapa ayat deep yang aku rasa dekat dengan jiwa aku.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
October 25, 2022
🐝Saat memilih untuk beli buku ini, aku cuma fikir ini buku puisi. Kerna tertarik dengan cover dan tajuknya sebegitu. Puitis sekali tajuknya.

🐝Makin aku selak, ternyata rasa sesuatu yang lain. Seakan ini bukanlah makanan puisi seperti selalu aku bacakan. Seolah mencuri baca luahan di balik diari seorang asing. Benar sekali, di akhir-akhir.Penulis akui ini adalah catatan peribadinya. Saat dililit kegelapan. Bagi aku penulis sangat berani terbitkan karya ini.

🐝Aku dapat rasakan aura marah itu menganggunya, perasaan hampa dan sedihnya. Adakala terasa kritikan diberi amat tajam. Mungkin kerna ia catatan dari hati seorang manusia yang sedang lelah. Adakala faham apa di rasa. Adakala ada yang aku buntu. Tapi aku hormatinya, kerna itu catatan peribadinya. Hanya penulis mengerti.

🐝Aku juga pernah lepaskan di mata pena. Aku faham hanya itu mengubatnya waktu itu. Kini, bila sudah bangkit kita lihat balik kata-kata yang kita lepaskan itu. Terasa sakit tapi manis. Titik yang membangkitkan kita.Sepertinya penulis @zfzamir, kini bangkit dengan masa lalunya.

🐝Satu hal aku tertarik, ayatnya.
"aku berpendapat bahawa aku mungkin tak perlu malu untuk menulis hal remeh-temeh seperti perasaan ini"

🐝Benar, kita tak perlu malu. Walau kadang ia bertandang dan soalkan kita. Kenapa aku tulis sedemikian?Tapi itulah tulisan terjujur waktu itu. Kita hanya raikan perasaan kita waktu itu, dan itu bukan satu jenayah.
19 reviews3 followers
July 16, 2022
Buku ini bagai dikatakan penulis, ia bukan buku puisi. Benar hakikatnya kerana setiap penulisan adalah coretan-coretan jiwa penulis saat merasakan sesuatu perasaan, dan setiap satunya tertulis tarikh dan tempat namun ada juga yang tiada. Walau bagaimanapun, ayat-ayat yang dipersembahkan bagi aku berpuitis dan jika menghayatinya saat pembacaan, kebarangkalian tinggi untuk lebih memahami itu pasti wujud.

Apabila sebut mengenai hati, aku terpanggil untuk berkongsi di sini catatan penulis yang bagi aku pernyataan itu sangat tepat mengena maknanya. Ayat-ayat itu - "Tak semua perjalanan yang boleh kita rakam. Ada perjalanan yang perlu kita nikmati saja, dan selebihnya kita simpan. Sebahagian besar biasanya di dalam hati. Kerana hati ialah objek yang boleh dibuang dilambung disepak terajang dihiris ditoreh dan disiat-siat. Tetapi ia kekal hidup".

Pada pengamatan aku, meskipun buku ini boleh dianggap seakan-akan perkongsian sebuah diari, namun ia memberi pengajaran yang membolehkan aku sedar bahawa setiap perasaan yang tersemat di dalam hati sama ada memberi bahagia ataupun membawa derita, masih tetap ia punya hak dan tidak aneh dipertontonkan melalui penulisan sebagai luahan untuk melepaskan.
Profile Image for Hadi Muss.
147 reviews20 followers
August 28, 2021
2.5 bintang.

Ini buku pertama ZF Zamir yang aku baca walaupun beliau seorang yang sudah terkenal dengan menuliss hal perihal pendidikan dan isu seputarnya. Dalam buku kita bersama-sama bakal menyetujui kata-kata penulis yang buku ini bukan buku puisi tetapi sebuah himpunan luahan rasa jiwa (wah, mengena pula sebab saya beli yang terbitan terbaru JIWA- sebuah imprint Jejak Tarbiah terbaru) yang berlatarkan pelbagai lokasi di serata dunia.

Aku mempunyai hormat yang dalam bagi-mereka yang menulis malah berkongsi, terutamanya yang menyusun abjad dan merenda kata supaya menjadi barisan ayat yang menyentuh jiwa. Cumanya bagi buku ni, the feel is not quite there tapi idea sangat bagus.

Sekian.
Profile Image for Inche Mir.
11 reviews4 followers
December 14, 2021
Waktu mula-mula saya membaca buku ini, saya hanya membaca seperti biasa. Tanpa dapat memahami dengan lebih apa yang cuba disampaikan, tidak terkait dengan saya.

Buku ini merupakan coretan kisah duka sang penulis. Kisah sebenar, yang ditulis semasa perasaan duka itu bertandang. Saya hanya membaca tanpa merasai kesedihannya.

Sehinggalah suatu hari, saya pula ditimpa kesedihan yang tak tersangka. Dalam tempoh buku ini belum habis dibaca.

Sejak dari itu, saya meneruskan bacaan dengan hati sedih yang selari dengan apa yang dilalui oleh sang penulis. Tak pasti kenapa, sedih saya dan dia sama.

Mungkin dengan bacaan inilah saya dapat berkongsi kesedihan dan mencari kekuatan semula. Terima kasih sang penulis.

Semoga kuat mengharungi hari-hari duka dan berusaha menghilangkan nya!
Profile Image for itsnvvass.
4 reviews
April 17, 2022
Sebuah buku yang penuh dengan catatan dan luahan hati si penulis ! Dari mula sudah saya suka akan penyampaian beliau kerana ianya mudah untuk difahami dan sampai pada saya sejurus saya membaca. Tuan ! Setiap bait pada luahan yang disampaikan agak sama dengan apa yang saya pernah lalui dan sedang hadapi. Nak ulang balik pembacaan buku ni! Tak puas hati ! Yang paling best bila beliau selitkan beberapa lagu dan lagu terakhir sekali iaitu dari Mafidz merupakan lagu kegemaran saya dan saya faham apa yg disampaikan. Terima kasih utk setiap peringatan dalam buku ini.
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
September 3, 2022
Untuk Hujan Dan Angin Yang Memeluk Tiap Malam Yang Panjang
ZF Zamir

Buku ni adalah bilik gelap penulis. Mungkin ada bahagian yang sukar untuk kita fahami kerana kita tak merasai sendiri kelamnya kegelapan bilik penulis.

Ia adalah luahan hati penulis tentang waktu dan ketika penulis berada dalam kegelapan biliknya.

Ia bukan buku puisi. Ia luahan hati dan perasaan seseorang yang memerlukan kertas dan pena untuk bercerita.

Membacanya, membuat hati kembali bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini.

#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
May 5, 2017
4.5 bintang.

Tak mustahil aku akan baca naskhah ini untuk kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Bukan sebab penulisnya Zul Fikri Zamir (sebenarnya ini buku pertama penulis yang aku baca, hah!), tapi sebab sebahagian catatan ini seolah-olah bercerita tentang diri aku sendiri.

Perasaan gembira, sayu dan rindu bercampur jadi satu.

Aku MUNGKIN akan buat ulasan ringkas berserta gambar tentang naskhah ini di IG aku. Ada benda yang aku nak bercerita di sana.
Profile Image for Farah Nadiah.
47 reviews1 follower
October 19, 2021
Selesai baca versi terbitan Jiwa. Saya suka akan hasil tulisan saudara.

Bagi saya, ada sesetengah perkara bukanlah untuk difahami tapi dirasai dan dinikmati. Tanpa makna dan logik, biarkan ia melalui hidup kita seadanya.

Setiap bait kata saya boleh relate dan sedikit faham akan serba serbi kesengsaraan penulis.

Paling suka kata-kata ini:

"Hati adalah objek yang boleh dilambung, disepak, dibuang terajang, dihiris, ditoreh dan disiat-siat.

Tetapi ia akan kekal hidup."
Profile Image for Maisarah 莎拉 ساره 사라.
71 reviews
August 23, 2023
3.6⭐

Helaian awal buat aku rasa nak bagi 5⭐ sbb sangat relatable adunan ayat. Tapi through the reading aku rasa ayat dia dah makin janggal, kurang sedap dan boleh ditambah baik. Tapi bila dah sampai helaian belakang baru ada disclaimer catatan tu tak diubah semenjak dicatat. Cuma dalam masa yg sama rasa menjengkelkan sikit bila penulis sentiasa mention catatan peribadi-malu-berani. Sangat repetitive bagi saya. Tapi yg lain okayyyy :)
Profile Image for Ummu Soghir.
57 reviews8 followers
August 19, 2021
3 - sebab semacam seperti tidak cukup untuk dibaca. Mahu lebih namun tiada.

Saya baca versi baru yang diterbitkan oleh JIWA. Saya sukakan catatan penulis di akhir buku, dan saya setuju dengan kata-kata beliau.

Ini bukan buku puisi, ini mungkin adalah luahan hati sang penulis pada sisi yang berbeza.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
September 10, 2021
Sebuah catatan penulis dalam kelana peribadinya dalam ekspedisi mengenal diri. Catatan yang bersifat peribadi, seolah-olah pembaca sedang membaca diari seorang yang bernama Zul Fikri Zamir.

Sayangnya, ada beberapa makna dan isi dapat diterjemahkan ke dalam hati. Tetapi, ada beberapa seolah-olah itu hanya keterkaitan perasaan penulis sahaja.
19 reviews1 follower
February 11, 2022
AKU BACA BUKU NI EDISI COVER YANG BARU.AGAK SUKAR UNTUK MEMAHAMI HATI PENULIS, ADAKALANYA PENULIS BERBICARA MENGENAI HATI, PEMANDANGAN DAN KEADAAN SEKELILING YANG MEMBALUTI DIRI. SUNGGUHPUN RINGAN , MUDAH DIBACA, NAMUN SUKAR DIFAHAMI..HANYA ORANG "BERJIWA" YANG DAPAT MENELUSURI CATATAN HATI SI PENULIS.
Profile Image for Lily Harina.
2 reviews
May 27, 2022
Bagi 5 bintang kerana menyebabkan saya mengimbau kenangan di negara Napoleon dan Portobello. Saya fikir hanya orang yg melankolik (spt saya lol) saja yg tidak dapat melupakan aura pasar jalanan Portobello. 😂 Semoga dpt melupakan kenangan buruk di pinggir bandar negara itu (walaupun mungkin mustahil kerana buku ini semakin terjual). Semoga dpt melepaskan dan membebaskan dirimu dari memori hitam.
Profile Image for Idris.
1 review3 followers
October 12, 2021
Pada aku, ini adalah sebuah catatan hidup seseorang yang teramat dalam.

Bukan semua orang mampu untuk menulis dan membuat keputusan untuk menerbitkan nukilan sebegini.

Sangat banyak manfaatnya dari buku ini - terutama dari segi perasaan diri sendiri, dalam mengenali, mengakui dan meraikannya.
Profile Image for Luna Liya.
12 reviews2 followers
December 17, 2022
Liya baca buku ni version diterbitkan oleh JIWA. Hanya ambil masa 2 hari untuk habiskan. Penulis pun dah tulis dlm buku "ini bukan buku puisi". Yes, but buku ini ditulis dengan baik, bait-baitnya berisi, and ad certain bahagian yg boleh relate. Love it♥️
Profile Image for Nur Hafizzah.
34 reviews
May 20, 2017
Selepas berlari dari jogja, saya rasa nak cari semua buku zf zamir!
Profile Image for Farhain Ismail.
13 reviews
January 22, 2018
Memetik satu perenggan daripada catatan ZF Zamir, "Orang ingat, mereka boleh miliki cinta. Mereka salah. Cinta bukan untuk dimiliki. Tetapi untuk diperjuangkan."
Profile Image for Bidasari.
305 reviews
September 19, 2021
Bacaan ringan tentang catatan rasa hati, kenangan yang menghantui diri dan proses berdamai dengan diri sendiri yang penulis lalui dalam hidupnya.
Displaying 1 - 30 of 38 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.