Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kunang Pesisir Morten

Rate this book
Sebuah novel yang sangat dekat di hati.

Tentang kehidupan seorang budak perempuan berumur sembilan tahun bersama kawan baiknya dalam perjalanan kehidupan yang tanpa disedari menaut jurang tebing antara dua bangsa.

"Aku masih ingat lagi bagaimana Lim memandang Dhiya dengan kasih sayang seorang sahabat. Dan aku menyedari dengan hiba, setelah bertahun-tahun mengenal Dhiya, bukan aku yang mencungkil bakat gila perempuan itu. Tetapi Lim, teman yang baru sehari dia ketemu. Dhiya memandang Lim lama sebelum meneruskan langkah. Kami menaiki jambatan tinggi itu. Seperti kami jangka, kami kemudian mendengar suara jeritan;

"Detektif Morten! Kau jangan lupakan aku!"

Kami senyum tanpa menoleh. Sudah pasti."

Kampung Morten, 1984, dan sungai yang menjadi garis pemisah ghaib perseteruan dengan Kampung Hokkein.

Adi, si penjual kuih cilik ditakdirkan bersahabat dengan Dhiya, seorang pemikir visual genius. Kehidupan mereka disulami dengan permainan layang-layang, pertaruhan gila laga ketam dan mengagumi keindahan senibina Villa Sentosa. Namun, penemuan mayat budak Cina di tebing sungai perkampungan Hokkein secara ajaibnya menyatukan kedua-dua sahabat ini menjadi trio dengan kehadiran Lim.

Mereka bersama-sana mengembara ke segenap ceruk kota Melaka, menjadi usahawan kecil, menerokai indahnya dunia lukisan Monet dan menjejak pencuri berkaki ghaib. Tanpa mereka sedari, sedikit demi sedikit perkara-perkara kecil yang mereka lakukan telah menaut jurang tebing antara dua bangsa.

220 pages, Paperback

First published April 24, 2015

27 people are currently reading
250 people want to read

About the author

Raiha Bahaudin

11 books98 followers
Raiha Bahaudin, lahir pada 16 April 1977, penulis yang berasal dari Melaka. Masa kecilnya penuh dengan petualangan dan memoir tak terlupakan.

Dikenali sebagai penulis yang mampu menggambarkan kehidupan dengan naratif unik dan dialog minimal —seperti menulis surat cinta kepada masa lalu.​

Mempunyai pelbagai kehidupan. Selain menulis, Raiha juga aktif sebagai pereka, editor, produser, dan pengarah dokumentari.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
303 (68%)
4 stars
105 (23%)
3 stars
31 (6%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
4 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 165 reviews
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
January 7, 2016
Bahasanya sangat puitis. Terkejut aku baca.

Digarap dengan kemas dari awal hingga akhir. Pada mulanya aku agak skeptik dengan lenggok yang sangat menarik. Kerana; penulis menggunakan ayat-ayat dan bahasa yang tinggi bagi 'aku' yang berumur 9 tahun. Mana ada budak 9 tahun bercakap sedemikian. Aku pun belek-belek balik buku ni rupa-rupanya 'aku' ini ditulis balik oleh seorang Adi yang berumur (mengikut perkiraan aku) 35 tahun. Jadi tak hairan dapat menulis/bercerita sebegitu.

Plotnya menarik. Susunan yang kemas membuatkan pembaca tidak lost semasa membaca. Setiap bab ada debaran. Aku rasa kalau aku jumpa Dhiya ni, aku nak picit-picit je, sebab comel sangat.

Lepas ni kalau Raiha Bahaudin ada tulis buku lagi, CONFIRM aku beli!
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books111 followers
July 7, 2018
KUNANG PESISIR MORTEN
Tulisan: Raiha Bahaudin terbitan Nubook 2015

Sekitar tahun 2016 apabila menghadiri majlis bual bicara penulisan, ramai teman teman menyebut tentang buku ini. (termasuk teman teman bukan Melayu). Terbaca pula reviu Naim Al Kelantani mengatakan buku Asmar Shah terbitan 2016: Sekolah Kehidupan mirip dengan jalan cerita Kunang Pesisir Morten. Rasa ghairah hanya tuntas pada 6hb Julai 2018.

Kalau sudah pernah berdiri di hadapan rumah Melayu di jambatan sungai Melaka dan mendongak melihat laluan monorel, bacaan tentang kawasan tersebut di tahun 80an tentulah jadi bertambah teruja. Setiap helaian dibaca cermat. Raiha punya stail tersendiri melakarkan kisah coming of age dengan baik sekali. POV yang dipilih agak pelik, aku yang mewakili pencerita tidak menjadi watak utama, ianya diserahkan pada Dhiya yang dinamakan sempena nama aktress Indo 70an Widyawati. Sudah tentu ianya mengingatkan pembaca pada Eisah dari buku Asmar secara tidak langsung. Saya puji penulisan yang berbentuk begini, tidak penting diri. No self glorifying!
Saya gembira Raiha memilih menjadi dungu kanak kanak bila menulis memoir ini. (frasa frasa bijak Raiha serta merta mengingatkan kamu bahawa POV sudah dewasa sewaktu bercerita).
Nyatanya pengkisahan Raiha mencakupi banyak ruang budaya, sosial, agama dan kemanusiaan dari mata pandang anak anak berusia 9 tahun. Butiran lokasi dijelaskan dengan cermat sekali, sehingga pembaca mampu membayangkan (kalau tidak pernah kenal Melaka sekalipun). Babak babak cemas yang dua tiga di dalamnya sangat menarik. Elemen suspen dari dua tiga orang diletakkan dengan bersahaja namun penting. Tam, Ayah Dhiya, Kak Ani bermulut becok, Nyonya pembeli antik, Keluarga Baba dan Hokkien serta penghias cerita Sherina. Begitu juga lakaran peta lama Melaka di tahun 80an. Syabas!

Sesekali pembaca akan bertemu dengan kosa kata Indonesia di dalamnya. Musim monsoon kebanyakannya menjadi pilihan penulis sebagai latar kisah. Tanda aras kematangan Raiha adalah apabila dia berkisah tentang kegagalan memuat popiah basah, tempat kedua pertandingan melukis, signal Lim pada makanan halal atau tidak. Bukan itu sahaja penulis banyak menyelitkan hal hal rungutannya sebagai warga Kampung Morten, sekaligus pada pemerintahan negeri Melaka. Banyak rungutan yang masuk akal di situ. Orang Melaka akan lebih tahu bila membaca frasa “Melaka bagaikan bermekap tebal dengan taman temanya yang menenggelamkan sejarah Melaka sendiri”.
Buku ini sebaiknya diterjemahkan ke Bahasa Inggeris agar keindahannya dapat dinikmati orang ramai.
Saya ingin menganggap bahawa penulisan ini sangat cermat, matang, menarik dan penuh isi perasaan.
Memang sekali imbas Sekolah Kehidupan dan Kunang Pesisiri Morten adalah mirip, namun kisah kanak kanak tentulah ianya akan hampir sama. Lapisan yang lebih kompleks kehidupan ada dalam tulisan Raiha apabila dia berkisah tenang lokasi setinggan tidak teratur, lawan ketam, sifat Dhiya, sifat orang kampung serta jiran mereka.

Tidak ada yang lain, selain dari PUJIAN ikhlas terhadap penulisan ini. Terhibur dan berfikir jadinya apabila dibaca. Tahniah!
A MUST READ.
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
February 3, 2023
Masterpiece...

Sebuah novel bergenre 'slice of life' yg ditulis dgn gaya bahasa yg indah dan disertakan dgn info2 yg begitu detail. Plotnya heartwarming dan ada nilai-nilai nostalgia. Teringat zaman kanak-kanak bila baca novel ni (terutamanya aktiviti di zaman tanpa gajet, siri novel penyiasatan karya Enid Blyton, etc). Cerita ni pula ditutup dgn open ending, dan ada banyak ruang utk sekuel dihasilkan. Harap penulisnya akan sambung ceritanya nanti.

Plot novel diceritakan dari flashback Adi, tentang kisah zaman kanak-kanaknya di Kampung Morten, Melaka pada awal tahun 1980-an. Tentang kisah persahabatannya dgn seorang budak perempuan comot yg genius dan matang bernama Dhiya. Juga tentang kisah dia, Dhiya, dan Lim dalam mengharungi kehidupan seharian sebagai anak orang susah...

* Susah nak cari novel macam ni sebenarnya. Kalau siapa2 tahu novel 'slice of life' lain dgn gaya macam ni, harap boleh recommend sikit. TQ.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
October 20, 2015
Aku jatuh hati dengan buku ni. Serius. Selepas habis membaca naskah ini, aku google siapa penulisnya. Aku cuba intai serba-sedikit berkaitan penulis di dalam muka buku. Aku suka dengan cara penyampaian ceritanya. Santai. Padat. Comel.

4.5* untuk Kunang Pesisir Morten

Buku ini seperti membuka kisah zaman kanak-kanak aku dahulu. Walaupun dilahirkan dizaman 90-an, namun aku sempat merasai zaman kanak-kanak yang masih tidak memegang gadjet dan telefon pintar. Aku pernah tinggal di kawasan setinggan, bermain kejar-kejar di dalam timbunan sampah, berenang di lautan yang dipenuhi dengan sampah dan najis penduduk sekitar (terutama apabila hujan, budak-budak yang berada di kampung setingga itu akan terjun ke dalam laut. Sebabnya apabila hujan, air di dalam laut akan terasa panas.) dan paling penting laga ketam yang ditangkap di celah-celah tiang-tiang rumah setinggan di kawasan Sandakan dulu. Cuma bezanya, aku tidak punyai kisah yang terlalu luar biasa seperti Dhiya dan kawan-kawannya. Dan latar tempat bukan di kawasan sungai tapi sebaliknya di kawasan laut. Di Sabah. Ya, hampir kesemua yang Dhiya buat sewaktu zaman kanak-kanak kecuali bab menyiasat, aku pernah rasai. Seronok bila terkenang kembali.

Cuma aku kurang suka dengan cara dialog dalam naskah ini. Tidak nampak seperti kanak-kanak yang sedang menuturkannya. Syukur dialog hanya sedikit dan penulis lebih memilih untuk bercerita. Seolah-olah itu kisah hidupnya sendiri. Mungkin.

Apa-apa pun, aku berani recommed buku ini kepada pembaca lain. Cubalah. Mungkin kalian akan suka.

Peace!
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books183 followers
May 23, 2016
Ah. Dah lama aku tak baca buku yang banyak bermain dengan perasaan. Ada masa kau senyum, ada masa kau ketawa, ada masa kau hampir menitiskan air mata. Ah, itulah buku yang bagus bagiku. Buku yang penuh dengan emosi. Yang banyak bermain dengan perasaan ini.

Semua orang kena baca buku ini. Wajib!
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
May 3, 2018
Sudah beberapa kali buku ini saya tunda pembacaannya. Dan ternyata penundaan itu tidak saya sesali, kerana saya kembali ke "alam membaca" selepas beberapa peristiwa yang sedikit menyedihkan, juga memenatkan. Buku ini saya selak selepas keadaan sudah tenang.

Berbaloi.

Membaca buku ini, kau perlukan suasana yang dapat mencipta rasa hanyut dan tenang, menelusuri kisah Dhiya, Adi, Lim dan beberapa watak lain. Hebat. Pengembaraan imaginasi yang diselitkan fakta, membuatkan saya "terpaksa" mencari diinternet untuk mengesahkan apa yang dicatat. Mengujakan. Daya imaginasi penulis Raiha Bahaudin ini tidak harus dipandang enteng.

Penulis bernaratif dengan dialog yang minimal, membahasakan dirinya sebagai Adi, walhal saya kira "watak penulis" yang sebenarnya ialah Dhiya. Ini hanya telahan saya berdasarkan pemahaman sendiri.

Unsur-unsur penyiasatan, kesetiaan persahabatan, penyatuan kaum, drama Melayu yang klise (isteri ditinggal suami, hidup kais pagi makan pagi, watak kampung si batu api), fakta sejarah, seni yang dihargai dan pelbagai lagi digarap sangat cantik.

Penerangan hal opera Cina itu sangat mengujakan. Seumur hidup saya, hanya melihat sahaja tanpa ada perasaan ingin tahu. Raiha menerangkan, dan dalam "keterpaksaan" saya tetap membacanya. Ah! Buku ini bukan kosong!

Saya juga paling suka bila Raiha menggunakan perkataan "mulut Melaka" dan "perempuan Melaka" untuk menyifatkan kelakuan ibu Adi. Hahaha! Lucu!

Keseluruhannya, buku ini sangat bagus. Kebijaksanaan wujud, tidak hanya bermain perasaan. Dan entah kenapa, saya membayangkan kisah Laskar Pelangi semasa membaca buku ini. Ada baunya, ada rasanya. Mungkin buku-buku Andrea Hirata sudah menjadi candu, saya perlu segera mencari penulis lain untuk dipelbagaikan. Raiha Bahaudin sudah tentu saya masukkan ke dalam senarai!
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
September 17, 2021
Satu perkataan untuk menggambarkan novel ini: heartwarming 🥺

Kampung Morten, 1984. Di sini kita bakal mengikuti kisah Dhiya, kanak-kanak comot, berambut menggerbang, dengan mata bersinar. Dhiya tak seperti kanak-kanak lain, mindanya cukup cerdas, pada usianya 9 tahun dia mampu menyelesaikan kes pembunuhan anak cina di kampung seberang sungai, dia juga mampu menyelesaikan kes kecurian di kampungnya.

Tidak keseorangan, Dhiya ditemani teman sepermainannya Adi dan Lim, bermain bersama, berjualan kuih, menjejaki pencuri, dan meneroka ceruk kota Melaka bersama-sama.

Semangat setia kawan, keberanian dan persaudaraan yang diselitkan dalam novel ini, cukup mengharukan. Elemen sejarah dan sosiobudaya yang dimasukkan cukup menarik disulam bersama adat tradisi kaum melayu, cina hokkien dan baba peranakan.

Kita juga bakal dibawa berjalan-jalan di sekitar negeri Melaka menerusi Jalan Bunga Raya, Madam Kings, Wolferstan Road, Villa Sentosa, Sungai Melaka dan Temple Cheng Hoon.

Momen-momen di pementasan opera Cina, pertandingan laga ketam, kuih popia nyonya, lukisan Monet, jambatan Persiaran Datuk Othman dan banyak lagi, diadun sempurna, membentuk naratif yang hidup lagi indah.

Kanak-kanak dengan bakat dan kepintaran luar biasa itu sekiranya tidak ditemui dan digilap bakatnya akan menjadi sia-sia. Kisah ini membuktikan permata itu boleh saja ditemui di ceruk terpencil seperti Kampung Morten. Hanya saja kita sedar atau tidak, dan mahu membantu mereka berkembang dengan pendidikan dan sokongan sewajarnya.
Profile Image for ainunsailah.
88 reviews15 followers
June 6, 2015
Saya bersyukur. Dalam lambakan buku di gerai Dubook dengan lambakan manusia. Saya memilih buku ini. Walaupun dengan niat cuma untuk mencukupkan 3 buah buku belian kawan. Mungkin kerana teringatkan pujian Mutalib Uthman tentang buku ini dalam Facebook-nya. Karya yang baik. Ya. Saya suka. Patutlah Faisal Tehrani memujinya.

Kisah anak pemikir visual genius yang dilahirkan di ceruk kampung. Kampung Morten. Kalaulah saya ditakdirkan menjadi ibu. Kalaulah. Saya memilih untuk menjadi Ibu Dhiya. Yang membiarkan anaknya meneroka dunia dengan cara-nya sendiri. Tidak merasakan diri sebagai Tuhan untuk menentukan apa seharus-nya anak saya jadi, bagaimana harus dia bersikap, memerap minda dengan ketakutan kita sebagai orang tua. Biarkan dia meneroka dunia dengan cara dia. Biar dia memilih yang dia suka. Biar dia berbuat silap. Dan dia belajar dari kesilapan itu. Biar di berkeinginan dan berusaha sendiri untuk mencapainya. Dan biar dia mahu menjadi sesiapa pun. Biar anak itu belajar untuk lebih kenal dunia.

"Ibu Dhiya jauh lebih bijak daripada yang kami sangka dan dia membiarkan Dhiya begitu kerana dia tahu sifat lurus dan menurut tidak akan menyelamatkan Dhiya daripada arus dunia."

Dhiya ada-lah anak yang terpinggir. Yang tidak dihargai oleh sistem pendidikan negara. Menjadikan mereka seakan anak pelik, pemalas, dan kurang pandai. Entah berapa orang yang seperti Dhiya dan Tam. Bakat dan kemampuan mereka tidak dihargai hanya kerana mereka tidak mampu tunduk kepada sistem yang bermasalah hari ini. Di situ guru, ibu, kawan yang memahami perlu memainkan peranan.

Kerana hanya ada dua watak akhirnya. Sama ada memilih menjadi Tam atau Dhiya. Tapi Tam juga tidak-lah seteruk mana. Dibandingkan dengan kerajaan yang tanpa berbelas kasihan merodok tanah adat tanpa rasa hormat. Ah! Kerajaan juga kelihatannya tidaklah sejahat mana. Apabila katanya niat untuk melindungi sungai dari terus dicemari. Malas memikirkan apa harusnya dibuat kerajaan. Mereka tetap berkuasa. Dan kita tetap menyokong saja. Seakan hidup mati kita mereka lah yang menentukan.


Cerita ini diadun dengan baik. Sedikit sentuhan misteri yang memberi rasa ingin tahu dalam diri pembaca. Penulis membawa pembaca kepada satu babak kepada babak lain dengan baik. Saya tidak pandai mengulas buku. Tapi inilah yang saya rasa. Bacalah sendiri. Senyum.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews320 followers
September 20, 2025
Kunang Pesisir Morten, karya Raiha Bahaudin adalah sebuah naskah yang ditulis dengan bahasa yang sangat indah, berlatar belakangkan Kampung Morten sekitar tahun 1980an, novel ini berjaya menggamit nostalgia aku terhadap zaman kanak - kanak aku, zaman tanpa gadget.

Ia mengisahkan Dhiya, seorang budak perempuan comot tapi bijak yang tinggal di Kampung Morten. Kampung ini dipisahkan oleh sungai, di mana satu sisinya didiami orang Melayu dan sisi lain dihuni orang Cina. Kawan baik Dhiya adalah Adi dan Lim, yang kedua - duanya berbangsa Cina.

Suatu hari, Dhiya dan kawan - kawannya menemui sebuah gua tersembunyi semasa dorang menjelajah hutan. Di dalam gua itu dorang jumpa sebuah lukisan kunang - kunang yang seakan-akan hidup. Kunang - kunang itu memberitahu dorang bahawa ia adalah penjaga semangat yang telah melindungi kampung ini selama ratusan tahun lamanya.

Kunang - kunang tu juga memberitahu Dhiya dan kawan - kawannya bahawa kampung dorang dalam bahaya. Sekumpulan pemaju merancang untuk membina pusat peranginan di tanah seberang sungai, dan jika diteruskan, kampung dorang akan musnah.

Dhiya dan kawan - kawannya perlu mencari jalan untuk menghentikan pemaju dan menyelamatkan kampung dorang. Dorang bercadang untuk menggunakan kuasa magis kinang - kunang ajaib untuk menakutkan pemaju tersebut.

Genre novel ini adalah slice of life yang bertemakan friendship dan bagaimana budak - budak ini menghadapi cabaran dalam usaha mereka. Adakah Dhiya, Adi dan Lim berjaya menyelamatkan kampung dorang? Korang bacalah sendiri.

Yang menjadikan novel ini begitu menarik bagi aku adalah mesej alam sekitar dan semangat perpaduan yang cuba digarap dalam novel ini. Aku suka sangat persahabatan antara kanak - kanak Melayu dan Cina walaupun dipisahkan oleh sungai, membawa mesej yang positif tentang kesatuan dan toleransi antara kaum untuk melindungi alam sekitar dan kampung dorang sendiri.

Membaca Kunang Persisir Morten bebetul adalah satu pengalaman yang menyeronokkan, kisah gua misteri, kunang - kunang ajaib, jadi peniaga kecil, merungkai pencuri berkaki ghaib dan usaha menyelamatkan kampung yang penuh dengan unsur imaginatif berjaya menarik minat aku untuk teruskan bacaan.

Don’t judge a book by its title and cover guys. Buku ini bukanlah naskah sastera yang kau pelu ada ilmu kesusasteraan yang tinggi untuk dinikmati, malah ia santai, puitis dan seronok dibaca.

4.6 / 5 stars rating saya. Highly recommended.
Profile Image for Megat Hanis.
16 reviews7 followers
June 11, 2015
Tidak dapat tidak, setakat bulan Jun di tahun ini, ini karya fiksyen terbaik bahasa melayu yg saya pernah baca. Jalan cerita yang menakjubkan, penceritaan yg bersahaja dan perkembangan karakter yg betul2 menyentuh hati. Saya langsung tak sangka betapa padunya mesej cerita ini dengan segala kritikan sosial yg diselitkan dalam pembawakan cerita. Dan buku ini begitu kaya dengan naratif adat dan budaya pelbagai bangsa dengan penggunaan nuansa bahasa yg indah . Inilah bukti sastera yg berkualiti tinggi. Entah kan ianya indie atau tidak, saya tak tahu. Yg pasti jiika begini kualiti penerbitan indie, tabik hormat pada penulis dan penerbit. Raiha Bahaudin, satu nama yg akan saya tunggu karya beliau seterusnya. Menjadi peminat yg setia!
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
June 28, 2021
Sejujurnya saya di antara yang suka menghakimi sesuatu buku tersebut berdasarkan ilustrasi muka hadapan. Bila terlihat muka hadapan buku ini, saya merasakan yang buku ini tidak lebih daripada penceritaan anak-anak kecil semata. Ternyata saya silap. Selepas menghabiskan pembacaan ini, ia lebih daripada itu. Memang patut buku ini termasuk dalam senarai 100 buku yang patut dibaca yang ditulis dalam satu portal web.

Buku ni mengandungi 21 bab (perca) dan 233 muka surat yang diakhirnya punya gambar-gambar latar tempat yang mewarnai cerita ini. Satu pujian yang harus diberi memandangkan saya dapat menggambarkan keadaan latar belakang yang punya hubungan penting dalam penceritaan ini. Tidaklah terlalu tebal, sedang elok dengan jalan penceritaan.

Kunang Pesisir Morten tulisan saudari Raiha Bahaudin, menceritakan tiga anak kecil sebagai teraju utama iaitu Dhiya yang ampun nakal sekali, di samping Adi dan Lim. Kisah bertiga mereka disusun dengan begitu rapi sekali dari satu bab kepada satu bab yang lain. Mereka bertiga merupakan gambaran bagaimana anak-anak kecil yang hidup 'sebetulnya' dalam era waktu tersebut. Serba maklum, hubungan watak dengan latar tempat memainkan peranan penting dalam penceritaan. Di mana sahaja mereka berada, penulis sentiasa menggambarkan latar tempat tersebut secara terperinci yang membuatkan pembaca seperti saya untuk lebih memahami yang tidak punya kesempatan untuk berada dalam ruang waktu dan tempat tersebut.

Dhiya, Adi dan Lim bertindak menjadi penyiasat dalam merungkaikan misteri yang menyelubungi kampung morten sekaligus menjadi penghubung erat kepada watak ketiga-tiga mereka. Antara lain, penulis memasukkan elemen kritik pada sistem pendidikan yang tidak memandang anak-anak seperti Dhiya yang tidak punya kelebihan dalam bidang akademik, tetapi punya minat dan kelebihan yang lain. Penulis juga bijak dalam menggambarkan suasana masyarakat yang punya perasaan skeptikal antara masyarakat Melayu dan Cina Peranakan tetapi berjaya dirobohkan oleh semangat setiakawan Dhiya, Adi dan Lim.

Ya, Kunang Pesisir Morten mengingatkan saya pada Laskar Pelangi, namun Kunang Pesisir Morten punya keistimewaan dan kekuatan tersendiri. Kisah anak-anak kecil yang luar biasa. Buku ini antara buku yang patut anda baca.
Profile Image for Zawani.
82 reviews22 followers
October 18, 2016
Mengagumkan! Suatu penulisan yang menggunakan teknik 'Hero journey' yang jarang didapati dalam penulisan novel berbahasa Melayu, dan penulis berjaya menggunakan teknik ini dengan sangat berkesan.

Lagi mengagumkan bilamana penulis dengan beraninya membawa watak kanak-kanak sebagai watak utama dalam penceritaan sepertimana novel bertaraf antarabangsa Harry Potter umpamanya.

Sungguh dalam mesej yang ingin disampaikan; bahawa watak Dhiya, Adli dan Lim mungkin seperti kanak-kanak biasa yang rutin harian mereka adalah bermain dan belajar akan tetapi seakan-akan sengaja turut juga diselitkan permasalahan kehidupan.

Paling terkesan bagi saya adalah bilamana penulis cuba membawa permasalahan pertembungan moral antara betul dan salah, dengan kemiskinan dan bertarung untuk meneruskan survival hidup. Dan konflik maha-realistik ini semua dipaparkan melalui watak-watak kanak-kanak!

Sungguh, sepertimana novel Harry Potter, Hugo, Alice In Wonderland dan juga Kunang Pesisir Morten, banyak perkara yang kita boleh belajar daripada makhluk yang bernama 'kanak-kanak'.
Profile Image for Khadijah  Adam.
53 reviews4 followers
September 2, 2018
Awalnya aku rasa cerita bergerak perlahan. Yang menjadi daya penarik ialah Dhiya. Aku hanya berasa curious terhadap apa yang luar biasa pada Dhiya. Sehinggalah sampai di bahagian klimaks, memang tak putus baca sampai habis.

Kini aku terasa kesal tak baca buku ini lebih awal.

Terima kasih Dhiya yang membuka mata hati ini.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
January 15, 2023
Membaca semula Kunang Pesisir Morten. Masih indah.

Masih ada kehangatan dari masa lalu.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
November 20, 2023
Terlambat join kelab peminat buku ni. Tapi puas. Ceritanya, penulisannya sungguh menginspirasi. Buku wajib baca, sekali seumur hidup.
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
December 14, 2017
Saya ada harapan tinggi apabila membaca buku ini disebabkan popularitinya. Itu silap saya. Kerana apabila kita terlalu berharap dan meletakkan sesuatu pada tanda aras tertentu, kita akan mudah kecewa apabila ia tidak mencapai tahap yang kita sasarkan. Saya rasa punca utama buku ini tidak memikat hati seperti yang diharapkan ialah kerana saya telah membaca Sekolah Bernama Kehidupan karya Asmar Shah beberapa bulan yang lalu. Pendekatan ringan yang dibawa oleh penulis Asmar Shah lebih dekat di hati berbanding pendekatan menggunakan bahasa Melayu formal yang agak baik tatabahasanya (walaupun ada bercampur aduk dengan perkataan yang diterjemah secara transliterasi sendiri/bahasa Inggeris) namun agak kaku. Ya, ini mengejutkan kerana biasanya saya lebih tertarik untuk membaca bahan bacaan yang menggunakan bahasa Melayu yang bertatabahasa baik. Apa yang saya suka mengenai buku ini ialah ia bercita-cita tinggi, penulis mahu menyelitkan mesej yang baik dalam setiap bab, dan membangkitkan kesedaran tentang sesuatu isu. Tetapi adakalanya cara huraian menjadi tidak sesuai dan kurang kena dengan situasi dan dari kaca mata seorang budak lelaki yang berumur sembilan tahun. Namun begitu, secara keseluruhannya, buku ini sememangnya amat baik untuk dibaca kerana mesejnya! Rating 3.5 daripada saya.
Profile Image for Aziz.
Author 5 books27 followers
January 15, 2016
Apa yang lebih mengujakan oleh anak-anak selain daripada advencer?

Membesar dengan cerita-cerita penyiasatan kanak-kanak Enid Blyton (siri 5 Sekawan dan 7 Penyiasat), saya selalu teruja dengan kepintaran dan keberanian watak anak-anak yang menyelesaikan misteri demi misteri tanpa bantuan orang dewasa (dan ya, saya cemburu mereka ada rumah atas pokok).

Kunang Pesisir Morten bergerak dari arah itu. Dari arah advencer kanak-kanak yang mahu hidup di luar pengaruh orang dewasa. Premisnya mudah, kanak-kanak juga punya keistimewaan, punya keupayaan, punya kebijaksanaan, punya suara hati - Dunia ini bukan semata milik orang dewasa, kanak-kanak punya bahagiannya yang tersendiri. Premis ini adalah premis yang sentiasa berulang dalam mana-mana cerita kanak-kanak (Alice of wonderland, Narnia, Harry Porter etc).

Istimewanya, dalam upaya itu, novel ini memberikan kita sedikit lebih. Ada sisi advencernya melalui watak aku, Dhiya dan Lim. Ada sisi misteri dan penyiasatan. Ada watak-watak pintar dan berani. Tapi ada sisi lain yang membuatkan novel ini istimewa. Sisi yang membaurkan kenangan tentang suatu zaman yang telah jauh berlalu, tentang suatu tempat yang bahkan betapa tidak sempurnapun tetap merupakan kayangan yang tiada galang gantinya. Malah ada sisi yang menekankan idealisme tentang pembinaan sebuah masyarakat harmoni, sebuah masyarakat plural yang menghargai budaya dan cara hidup sesamanya.

Raiha Bahaudin mencantumkan semuanya dalam sebuah cerita yang saya kira sesuai dibaca anak-anak remaja dan orang-orang dewasa. Lebih-lebih lagi dalam zaman ini, zaman ketika setiap perbicaraan tentang agama dan bangsa kerap berpotensi menjadi api yang siap membakar apa-apa sahaja, bahkan kenangan.
Profile Image for Eqah27.
2 reviews
May 1, 2015
Mulanya agak skeptikal nak beli buku ni sebab dah lama tak baca buku fiksyen. Tapi kata penulis ini kisah benar. Jadi, tak sangka yang saya telah habiskan buku ini dengan menangis teresak2. Menangis yg rasanya sampai mencengkam dada dek pengakhiran cerita yang tak disangka. Tak sangka Dhiya terpaksa tinggalkan Adi & Lim ketika mereka masih meraikan kemenangan yang menautkan 2 bangsa yang tinggal di pesisir sungai Melaka.

Cerita persahabatan dan adventure mereka bukan calang2. Mereka budak2 genius yang hidup penuh warna warni. Macam kita zaman budak2 dulu. Semangat, moral, angan2 & impian begitu tinggi. Begitu juga daya pemikiran. Jadi sangat mudah untuk kita fahami betapa terujanya kanak2 ini menulusuri jalan2 di Melaka sambil menyelesaikan misteri yang melanda kampung mereka.

Penulis menceritakan tempat latar yang sangat detail walaupun kita tak mampu nak bayangkan keindahannya di dalam Melaka 'moden' yang ada sekarang. Untuk memudahkan bayangan, sila la add fb penulis sbb beliau selalu update gambar2 kampung Morten dan sekitarnya pada tahun 80-an.

Silala baca dan biarkan tulisan buku ini bawa anda terbang ke Melaka sambil mengingatkan awak tentang zaman kanak2 yang penuh suka duka :) bak kata penulis untuk autografnya dalam buku saya; Atiqah, Berjuang! Atas semangat anak2 dalam diri kita!

P/s: Buku ni kalau difilemkan, mesti boleh setanding dengan kehebatan filem Lasykar Pelangi!
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
December 30, 2015
Kunang Pesisir Morten tells the story of Adi a normal average 9-year old boy who's recollecting his memories of his childhood at Kampung Morten and his best friend Dhiya, an extraordinary bright girl. Dhiya does not think or act like any other 9-year old kid and we get to see it from Adi's perspective.

Getting to see it from Adi's point of view instead of Dhiya's thoughts processes makes it more relatable as most of us are Adi, instead of Dhiya. There was a lot of exposition in the beginning which was a little bit hard to get through but as soon as you get to the good stuff, it's harder to put the book down.

Kunang Pesisir Morten is a heartwarming friendship story packed with social commentaries on kehidupan masyarakat kampung, government policies and the racial divide between Malay & Chinese.

It's amazing to note that this book is based on how Kampung Morten was really like in the 1980's and 30 years later, we are still not over our racial differences. This is a good book to teach your kids on prejudice and racial inequality, something both adults and teenagers (as well as children with better than average vocabulary) can read. Dhiya is our very own Malaysian Nancy Drew.

There were quite a number of unforgivable spelling mistakes in the book and I really wished more local publishers would be more aware and careful. However this is truly an underrated book and I believe it will pass the test of time and be evergreen.
Profile Image for Nur Dini.
93 reviews11 followers
November 28, 2022
"Detektif Morten! Kau jangan lupakan aku!"

Kisah persahabatan yang tidak mengambil kira warna kulit dalam Kunang Pesisir Morten saban kali membuat saya tertawa malah sesekali merasa hiba. Bukan sahaja penggunaan bahasanya puitis, bahkan karya oleh Raiha Bahaudin ini juga diterapkan dengan tema kecekalan dalam menempuhi cabaran hidup. Kritikan sosial, terutamanya tentang pendidikan, jurang ekonomi, kemiskinan dan sifat prejudis dalam perkauman diutarakan melalui naratif Dhiya, Lim dan Adi yang merupakan kanak kanak berumur 9 tahun.

"Harapan. Apa lagi yang anak-anak kecil seperti kami ada selain harapan dan mimpi?"

Jalan cerita dalam novel ini berlaku di Kampung Morten, maka para pembaca turut dibawa bersiar-siar di sekitar negeri Melaka melalui Jalan Bunga Raya, Madam Kings, Jalan Wolferstan, Jalan Bendahara, Jonker Street dan Tokong Cheng Hoon yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk melawat Melaka. Saya juga cukup suka dengan kehadiran lapisan komuniti yang berbagai dalam Kunang Pesisir Morten apabila saya diperkenalkan dengan sejarah, adat tradisi dan budaya kaum Melayu, Cina Hokkien dan Baba Peranakan. Seperkara lagi, Kunang Pesisir Morten oleh Rauha Bahaudin sesuai untuk semua peringkat umur; tua atau muda dan wajar dibaca semua.
Profile Image for Hadi Muss.
147 reviews20 followers
September 16, 2021
Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku selepas habis baca buku adalah 'perghh'. Puas hati bila baca buku yang menyelitkan pengalaman yang jelas (dalam kepala aku lah). Kunang Pesisir Morten adalah cerita melalui naratif Adi tentang adventuranya bersama-sama Dhiya, Lim dan di tengah ceritanya Tam hidup di Kampung Morten yang berjiran dengan Kampung Jawa (Tam) dan perkampungan Hokkien (Lim) yang diantara ketiga-tiga kampung ini ada tembok halimunan yang memisahkan penduduknya namun hubungan tiga kanak-kanak ini meruntuhkan jurang perkauman dan membina jambatan yang menghubungkan masyarakat disitu.

Cerita persahabatan, perjuangan keadilan sosial, pendidikan dan sejarah yang makin pudar dibadai zaman yang dikarang kemas menjadikan aku rasa tak nak simpan 50 muka surat akhir untuk dibaca esok walaupun sebenarnya letih seharian di pejabat harini.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
September 29, 2015
Kisah kehidupan anak-anak di Kampung Morten, Melaka. Sungai yang kotor, kehidupan setinggan dan masyarakat yang masih kekal tradisi Melayu, pertembungan budaya antara Peranakan dan Cina asli, pembangunan dan kemiskinan semua bersatu dalam sebuah kampung yang terletak di tengah bandaraya Melaka.
Profile Image for Iza B. Aziz.
222 reviews29 followers
February 1, 2023
Saya kira ia hanya cerita persahabatan tetapi penulis membawa jauh lagi tentang rahsia gelap pemodenan Melaka menggunakan analisis mata budak bernama Adi dan Dhiya. Habis bacaan saya mulai memahami erti baru Melaka.

Kampung Morten 1984 hanya tinggal bayangan dalam memori Adi. Turut sama ialah Dhiya sahabat sejati Adi yang kekal dalam fizikal kanak-kanak sembilan tahun.

Kebijaksanaan dan keberanian Dhiya sering membawa mereka dalam pergelutan dunia prasangka orang dewasa.
_____________________
Ada beberapa babak penyiasatan buat saya tergamam dengan putaran plot yang tidak disangka. Malah dengan tak malu saya juga bersorak 'Morten! Morten! Morten!' dalam liga perlawanan ketam mereka! 😂

Benar ia sebuah cerita ringan dan ringkas, tapi penulis tak semudah yang kita ingat. Elemen sejarah, seni bina dan sosial menjadi selingan yang mendalam. Pertembungan watak Dhiya dan Tam bagi saya seperti teguran kepada nilai sistem pendidikan.

𝙃𝙖𝙠𝙞𝙠𝙖𝙩𝙣𝙮𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙪𝙥𝙖 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙬𝙖 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙧𝙪𝙥𝙖 𝙛𝙞𝙯𝙞𝙠𝙖𝙡 𝙠𝙖𝙢𝙞, 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙚𝙩𝙖𝙝𝙪𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧𝙪𝙝 𝙢𝙖𝙣𝙞𝙥𝙪𝙡𝙖𝙨𝙞.
_____________________
Lega rasanya bila dapat baca Kunang Pesisir Morten. Bacaan yang bernilai dan meninggalkan banyak kesan. Itu yang sentiasa saya cari...

Tahniah kepada penulis Raiha Bahaudin dan terima kasih! ✨
_____________________
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
June 15, 2022
Aku bahagia setelah habis membaca karya ini walaupun ada beberapa patah perkatan yang seharus di jarakkan tapi tak jarak. Sakit mata tengok. Hahaha.

Kisah bermula dengan Adi dan Dhiya. Mereka berkawan sejak kecil lagi. Indah nya waktu kanak-kanak. Ditakdirkan mereka berkawan dengan Lim yang bukan sebangsa dengan mereka. Ada dua kejadian yang menyebabkan mereka bersahabat baik tanpa perasan perkauman. Oleh sebab itu, mereka menjadi rapat dan mungkin sahabat buat selamanya.

Aku suka gaya penulisan penulis. Indah dan berfakta. Penulis memgambarkan keenakkan makanan asli orang jawa pun aku dah menelan air liur. Maklum lah, setelah dua tahun setengah bekerja di Johor Bahru. Aku memang cuba semuanya makanan orang Jawa ini. Sedapnya.!

Emosi yang ada. Ada bab yang boleh membuatkan aku menangis tapi aku masih tak mengalirkan air mata ya. Aku suka penulis selitkan kisah-kisah sejarah yang bersulamkan cerita di dalam karya.

Fakta mengenali perkauman pun indah dan di tulis secara bersahaja pun senang untuk di hadam. Aku dah jatuh cinta dengan karya ini. Antara yang terbaik yang pernah aku baca tahun ini.

Tolong lah baca. Aku janji kau tak kan menyesal.

Terima kasih buat Raiha Bahaudin.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
January 28, 2019
Saya bukanlah peminat besar buku bergenre fiksyen. Hanya kerana cadangan rakan-rakan pembaca & ulasannya yang positif di goodreads.com, saya cuba juga buku ini.

Dan ternyata, ianya tidak mengecewakan. Di antara buku yang berjaya membuatkan saya tersenyum simpul usai membacanya. Penuh warna-warni disana-sini.

Kisah yang ringkas, namun dengan teknik penceritaan yang menarik. Disulami dengan kisah sejarah asal-usul pelbagai perkampungan, kawasan, dan tempat ikonik di Melaka, serta kemunculan 'hero' negara di penghujung cerita, membuatkan buku ini lebih berisi untuk rakyat Malaysia amnya, dan lebih-lebih lagi buat orang Melaka khususnya. Sambil menikmati kisah pengembaraan tiga sekawan tersebut, dapat juga menambah ilmu berkaitan negeri yang penuh bersejarah ini. Sambil menyelam apa salahnya sambil minum air.

Beberapa isu yang sentiasa segar dan tidak pernah lekang dari persekitaran kita juga ada digunakan dengan bijak oleh penulis di dalam karya beliau ini. Isu kanak-kanak autisme yang sering disalah pandang oleh masyarakat kita, isu nasional seperti isu pencemaran sungai yang kronik, isu berkaitan penempatan setinggan antara yang berjaya penulis olah dengan penuh bergaya. Itu tidak lagi termasuk isu tepu yang tidak pernah habis diperkatakan oleh kita hingga kini, seperti isu perkauman & sikap jelak masyarakat Melayu dalam hidup bermasyarakat.

Antara karya sastera yang boleh saya cadangkan untuk bacaan masyarakat umum Malaysia jika membabitkan penulis generasi baru kita, selain buku dalam lingkungan plot yang serupa, Bintang Al-Nilam Di Langit Mentakab. Percayalah, anda pasti akan terpesona dengan keindahannya.
Profile Image for Farid Akram.
109 reviews17 followers
August 14, 2015
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kak Raiha Bahaudin atas karya ini,ia berjaya menyentuh hati saya.

Ia bukan sekadar perjalanan hidup seorang kanak-kanak yang saya kira diberi hikmah oleh tuhan,bukan juga sekadar persahabatan malah ia lebih jauh dari itu jika diperhalusi dan membacanya dengan baik.

Kritikan sosial disampaikan dengan baik dari permulaan cerita hingga ke akhirnya.Bukan hanya berkisar faham pembangunan,malah ia juga menyentuh tentang sisi budaya dan sejarah yang sering diabaikan oleh masharakat serta sistem pendidikan negara.

Apapun,saya menanti karya terbaru kak Raiha yang akan datang!
Profile Image for Steff.
108 reviews17 followers
August 20, 2017
Probably one of the best books I've read all year.

Kunang Pesisir Morten sets in Kampung Morten in the year 1984, following the adventures of clever artistic and curious Dhiya, and her best friend, the narrator Adi. Plus, a boy from the next village named Lim.

Despite being told in a formal writing structure, this is an enjoyable book thorough. Exploring through innocent and creative minds of children, Kampung Morten and Kampung Jawa were portrayed with nostalgic and humble elements that becomes the anchor of all that is real and growing.

Highly recommended.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
December 21, 2017
Buku ni akan buatkan kau rasa sedih, gembira, teruja, kagum, pelik, kecewa dan segala macam perasaan yang kau patut rasa. Dan untuk generasi Y seperti aku, buku ni akan buat kau menyesal dan pasrah sebab dilahirkan dalam generasi ni terutama sekali memikirkan segala kebebasan yang watak cerita (Dhiya, Adi, Lim dll) tak akan dapat kau rasa sebab kau hidup dalam susunan batu dan konkrit.
Profile Image for Ahmad.
21 reviews8 followers
July 25, 2015
Tulisan Kak Raiha Bahaudin membuatkan saya melekat dengan buku ini sepanjangan hari raya ketiga, sehinggakan beberapa kali disiku abang kerana tidak betah untuk berenggang dengannya walaupun tika itu sibuk melawat rumah saudara ke sana ke mari. Saya fikir, orang lain melekat dengan telefon pintar mereka, maka biarkan aku melekat dengan buku serba cinta ini.

Mengapa disebutkan cinta?

“Apa di belakang kau tu, Adi?” Lim sudah tidak sabar.
Aku mengeluarkannya. Tabung ayam seramik itu walaupun hodoh amat telah menyimpan keringat lelahku berbulan-bulan. Simpanan upah menolong ibuku menjual kuih seharian. Dhiya dan Lim dalam terkejut melihat dengan menahan nafas terkedu. Tanpa fikir panjang, aku menghempaskan tabung daif ke lantai dan memuntahkan segala siling berkeping-keping termasuk duit kertas merah, hijau dan biru. Bukankah Tuhan itu Maha Penyayang?
Dan aku melihat mata Dhiya bening merembeskan air mata. Dalam esaknya itu Dhiya mengucapkannya dengan lurus dan luhur,
“Aku sayang kau, Adi!”


Kawan, bukankah itu namanya cinta? Kau bersama dengan aku bukan?

Kak Raiha mencoret pesan ringkas tika saya membelikan buku ini, katanya, “Berjuang! Atas semangat anak-anak dalam diri kita.”

Benar, Kak. Amat benar sekali pesan itu. Bukan hanya pada coretan autograf itu sahaja, bahkan sepanjangan buku itu penuh dengan pesan-pesan yang cukup memanusiakan, yang cukup jelira untuk meruntun hati sesiapa yang membacanya.

Inilah antara karya yang tidak perlukan segala bahasa tinggi melangit untuk memberi rasa sedar pada masyarakat. Cukup dengan tersusunnya puitis nuansa yang bersahaja, bersalut daya faham yang tinggi pada segi-segi budaya, adat dan kepercayaan sepanjang penceritaan dengan siratan-siratan mesej yang ampuh, padu dan begitu mampir dengan segenap nilai kemanusiaan.

“Tak boleh Dhiya. Ini duit kau. Untuk beli warna Rowney!”
“Betul. Ni duit aku. Dan aku pilih untuk bagi kau.” Dhiya meletakkan wang itu semula ke tangan Lim.
Dan saranan Dhiya disambut esakan Lim. Hari ini giliran Lim mengucapkannya dengan kasih sayang lurus seorang sahabat;
“Aku sayang kau Dhiya!”


Apa semua ini kawan, kalau bukan namanya cinta?

Membaca buku ini sambil menahan kelopak air mata dari berguguran ternyata sukar. Ngilu. Sesiapa yang pernah melalui zaman keanak-anakan begitu, dengan sekitarnya yang jauh sekali mengenal kemewahan jelata yang genap dengan segala rasa selesa, yang masa kecil mereka berselerak dengan lumpur dan selut, akan merasa cukup dekat dengan Dhiya, Lim dan Adi.

Kakak sulung saya bertanya, buku ini bercerita tentang apa. Saya termangu sebentar, kerana terlalu banyak yang mahu diperkatakan tentangnya. Tapi saya memilih untuk memberitahunya, “Ini kisah tentang kita. Darihal kita dulu dan impian-impian kita dengan kaki membusuk dibaluti selut mengeras berkepingan. Ini kita yang dulunya... masih ingat lagikah?”
Profile Image for Muhammad Suhail.
5 reviews2 followers
August 13, 2016
Saya bukan peminat novel tetapi tertarik membaca karya ini kerana latar lokasinya sangat dekat dengan saya sebagai anak Melaka. Ditambah pula dengan saranan kuat sahabat untuk membacanya.

Pada bab-bab awal, deskripsi lokasi sedikit meleret buat saya yang belum biasa membaca novel. Namun selepas melepasi bab 3, saya terus ralit membaca.

Watak-watak yang dikisahkan bagaikan hidup dalam dunia nyata, seolah-olah penulis menceritakan kisah benarnya sendiri apabila fakta yang digambarkan benar-benar saya tahu wujud dalam sejarah Kampung Morten dan Kampung Jawa.

Sehingga ke bab terakhir, pembaca seperti saya masih bingung sama ada kisah ini benar atau fiksyen. Bagi saya, itu adalah satu kejayaan buat penulis. Membaca karyanya persis menonton filem yang cukup segala elemennya.

Setelah itu, saya sengaja bertanya nenek-nenek saya di Melaka mengenai Villa Sentosa yang terkenal dalam novel ini. Mereka mengiyakan fakta-fakta yang saya tanyakan. Cuma kisah kehilangan barang pusaka itu tidak mereka ketahui. Entah mengapa saya masih berasa seperti benar.

Jika anda bukan peminat novel, bolehlah mulakan membaca karya ini. Anda mungkin akan mula membaca novel selepas ini. Namun, bukanlah novel cinta cintun yang didramakan itu. Novel ini tidak ke arah itu dan tidak juga menyeru ke arah itu.
Displaying 1 - 30 of 165 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.