Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perjanjian Hudaibiyah

Rate this book
Bertitik tolak daripada mimpi Rasulullah SAW, beliau bersama 1,400 orang Islam Madinah menuju ke Makkah bagi mengerjakan ibadat umrah. Kaum Musyrikin Makkah yang tidak gembira dengan khabar kedatangan rombongan umat Islam dari Madinah, sudah sedia menunggu dengan senjata terhunus. Saidina Uthman bin Affan dihantar bagi berunding, namun tersebar pula berita yang beliau tewas di tangan musuh.

Demi sebuah perdamaian, kedua-dua pihak akhirnya bersetuju mengikat perjanjian yang dilihat memihak kepada Musyrikin Makkah. Namun, hakikatnya ia mengandungi seribu hikmah buat umat Islam.

Perjanjian Hudaibiyah adalah perjanjian sebelas syarat yang sebenarnya membuktikan ketenangan dan kebijaksanaan seorang utusan Allah.

250 pages, Paperback

Published January 1, 2012

6 people want to read

About the author

Abdul Latip Talib

124 books287 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (50%)
4 stars
2 (33%)
3 stars
1 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for robi.
2 reviews
March 14, 2022
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
dapat ilmu tentang sejarah Islam. :)
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.