Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lastik Kayu

Rate this book
Kedegilan seorang Syakila menjadi kerunsingan si ibu. Kecenderungan bermain permainan yang lasak dan kasar menenggelamkan identiti gadisnya.

Malah, dia sendiri sukar didekati oleh rakan sebaya perempuan kerana selalu berbeza pandangan. Hijab pandangnya yang dibuka Tuhan membuatkan ibu dan bapanya sukar melepaskan dia kecuali berteman.

Dia hanya berkawan dengan dua abang kembarnya, Syamil dan Syahir. Perpindahan mereka ke kampung, membuka ruang kebebasan. Dengan bertemankan anak tok ketua, dia bebas meneroka. Syakila dan Azril, ibarat kembar sebagaimana Syamil dan Syahir. Mereka berkawan, juga ber'bongokkan'. Dua tidak cukup membentuk lastik kayu. Muncul seorang lagi. Alif Farhan sebagai pemegang yang menyokong dua cabang.

"Hidup umpama lastik kayu, Sya. Ada sasaran. Ada matlamat. Tarik kuat itu usaha. Bertahan. Dan, lepaskan serangan." - Azril.

"...kau akan terlibat dengan sains forensik?" - Alif Farhan.

'Itu bukan abang-abang, Sya. Itu syaitan dalam sarung manusia. Jangan, Sya.' - Maryam.

687 pages, Paperback

First published July 28, 2021

22 people want to read

About the author

Norsamila Samsudin

9 books51 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (28%)
4 stars
13 (61%)
3 stars
2 (9%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
April 20, 2022
novel ini, punya banyak bahagian sebenarnya. akak tak mahu sebut tentang gaya penceritaan, olahan, bahasa... sebabnya secara keseluruhan semua aspek penulisan itu mampu mendirikan sebuah kisah yang terlalu banyak input, yang sarat dengan pengajaran ini, menjadi sebuah novel yang sangat sedap untuk dibaca, dihayati, dihadam... malah terasa seolah-olah berada di antara watak-watak dan jalan cerita. tak ke itu petanda novel ini sebuah naskhah yang hebat?

permulaan kisah bilamana hassan berhasrat mahu membawa keluarganya berpindah dari hiruk pikuk kota ke sebuah kawasan yang sangat damai. alam semulajadinya yang masih hidup. tapi sebenar ada satu lagi tujuan hassan. anak bongsu mereka, syakila, punya hijab yang tersingkap. itu antara faktor utama.

bab-bab awal ini, sangat menggamit minda kanak-kanak. yang mana hidup di alam kanak-kanak ini sangat indah. boleh buat apa saja, termasuk 'lupa' pada kehendak dan arahan ibu ayah. tiada gajet, tiada kehidupan moden. semua rentetan permainan bersama alam keliling, itu yang indah. bersahabat sewaktu kanak-kanak juga sangat sukar diungkap dengan kata-kata.

tambah bila syakila dan azril. bonding antara mereka bukan sekadar sahabat, tapi punya satu jalinan yang sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. bak kata azril, dia seorang kanak-kanak yang punya perasaan ingin tahu dan banyak meneroka buat dia cepat bosan bersahabat dengan kanak-kanak biasa yang lebih suka bermain tiada tujuan. cuma tidak dengan sya. dengan sya, dia bebas. bebas meneroka, bebas berbicara dan bebas bersahabat tanpa ada rasa jurang perbezaan.

perasaan itu terus melekat sehingga mereka remaja. tak senang nak jumpa sabahat sebegini, kan? walaupun kadang bahasa sya, kasar, tapi itu semua atas kejujuran dan keikhlasan persahabatan mereka. cuma, jangan amalkan tau! banyak lagi pilihan bahasa lain selain bongok atau bangang. haha!!

muncul watak alif farhan. watak ini similar dengan azril. cuma beza, dia lebih senang mendengar dan beri pendapat. azril lebih suka berbahas dan mengeluarkan idea bersama sya. hebatkan gandingan tiga sahabat ini?

fokus pula pada sya. di sini terserlah kelebihan penulis. penulis yang tidak mewatakkan secara semberono. setiap apa sifat dan sikap yang ada, semuanya bersebab. samalah dengan segala kejadian dalam dunia ni, kan? ada sebab kenapa watak sya ini keras, lasak, kasar. cantik persediaan yang puan penulis sediakan untuk watak ini sambut setiap satu dirinya dalam setiap peralihan usia dan peralihan perjalanan hidupnya.

memang sebak terasa bila emak yang selama ini leterannya menghiasi hari, masakannya menghiasi meja, mimik marahnya menghiasi pandangan mata... semuanya hilang walaupun puan maryam ini ada di depan mata sya. semua terjadi bila hassan, arwah ayah sya terkorban dalam kemalangan.

di sini baru nampak betapa kuatnya sya. betapa dia mahu berbakti pada emak tersayang. betapa dia dahulukan emak dalam hidupnya dan mengenepikan segala kesukaran dan kesulitan yang bakal dia tempuh. di sini juga betapa dia cekal mahu mengubah hidupnya yang selama ini kasar, lepas bebas kepada seorang anak yang sangat bertanggungjawab.

akak tak nak sentuh bab yang orang jahat tu. bab tu memang buat akak sakit jiwa baca. luluh, luruh rasa.

nak kisahkan lagi apa yang ada dalam lastik kayu ni?

watak agak ramai, namun semua seimbang dan punya peranan yang sangat kuat. si kembar syamil dan syahir yang punya identiti yang kontras. tapikan, akak sebenar marah juga pada syamil ni. pada awal sewaktu sya tangguhkan belajar sebab nak jaga emak mereka, punyalah berjanji lepas dia orang habis belajar, nak bagi peluang pada sya pula. tapi tak habis lagi belajar dekat german tu, bila mak dia orang dah sihat sikit, dia bawa khabar yang mahu berkahwin. mana janji dia? banyak jugalah bahagian syamil ni buat rasa terkilan. nasib baik ada syahir yang banyak berkorban sebaik dia habis belajar. namun begitu, jangan main-main dengan syamil kalau melibatkan keluarganya terutama sekali, sya.

lupa pula pada haji hussain dan puan aisyah, ibu bapa pada atikah, adam dan azril. ketua kampung dan jiran pada keluarga maryam dan anak-anak. mereka ini bukan sekadar jiran dan bukan sahabat baik pada syamil, syahir dan sya. mereka ibarat keluarga. rapat. sanggup menghulurkan apa sahaja bantuan yang mereka mampu beri.

arghh... kalau hendak diceritakan, banyak lagi babak hebat yang ada. belum lagi babak mereka sesudah dewasa. babak mereka sudah pandai membina hidup sendiri dan babak yang melibatkan hati dan perasaan. semua ini beradun cantik. serius. ini adalah sebuah naskhah yang rasa nak berlama-lama baca, berlama-lama membiarkan minda membina cerita dan imbasan dalam fikiran, berlama-lama mahu ada bersama watak-watak yang ada.

tapi, semua tetap akan ada pengakhiran, kan? sama juga seperti antara watak penting dalam cerita ini. ada yang jumpa titik noktah di awal, di pertengahan, supaya tahu yang semuanya ada pengakhiran yang sama.

dan

kunci utama cerita ini, tetap pada lastik kayu. lastik yang diperbuat daripada kayu, getah tempat anjal untuk, melastik peluru.

"hidup umpama lastik kayu. ada sasaran, ada matlamat. tarik kuat itu usaha. bertahan. dan lepaskan serangan pada sasaran.'

semacam kasar, tapi... itulah kehidupan.

melastik seolah senang. memegang lastik seolah enteng. tapi punya seribu satu kepakaran dan bermacam jenis kebarangkalian untuk mensasar, untuk melastik, untuk tepat pada sasaran.

itulah.

itulah kehidupan.
Profile Image for SORA.
184 reviews7 followers
January 27, 2023
Cerita yang terlalu sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan. Tentang kekeluargaan, persahabatan, pengorbanan serta kehilangan.

Jatuh simpati kepada Sya yang banyak kali menghadapi kehilangan tetapi beruntungnya Sya kerana orang-orang di sekelilingnya tidak pernah meninggalkannya dan sentiasa teguh dalam memberi sokongan.

Kagum dengan hubungan watak-watak yang dicipta = berkasih sayang dan sentiasa bersangka baik. Tiada yang toksik.

🎗️ yang terlihat, yang terhijab = dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
June 25, 2022
Seronok baca buku ini, banyak falsafah berkaitan kehidupan, persahabatan, dan macam-macam. Ada banyak ayat-ayat ondah di dalamnya.

Jalan ceritanya lancar dan rasa tidak sabar untuk mengetahui perjalanan cerita seterusnya.

Kisah bermula daripada perkenalan dua keluarga dan kehidupan di kampung yang dihiasi batas-batas bendang, jeram, hutan dan kehijauan kampung; beredar mengikut masa, sehingga keluarga ini membesar, menjadi dewasa dan bersaudara.

Penulis bijak memainkan perasaan pembaca, gembira, tertawa, senyum, sebak, menangis, marah, menyebabkan buku ini tidak membosankan.

Simbolik lastik kayu dengan perjalanan kehidupan, dan persahabatan diketengahkan dalam banyak tempat. Antaranya, "Hidup ini macam kita main kayu lastik juga, Sya. Kena ada sasaran. Waktu kau nak mula memang payah. Itu biasalah. Memang tidak akan ada perkara yang senang sewaktu pertama kali mencuba. Tetapi, bila sudah biasa, sudah lali, bukan satu masalah pun.

Sewaktu kau nak tarik lastik, kau kena tarik kuat, sampai getah lastik itu meregang. Itu namanya usaha."

Ada banyak lagi falsafah lastik kayu dalam buku ini.
Profile Image for Iqbal Rafiuddin.
Author 17 books41 followers
August 23, 2021
LASTIK KAYU DAN FEMINIS. (Mengandungi spoiler)

Sebelum ini saya pernah membaca sebuah karya kontroversi yang dikatakan kuat menyuarakan hal feminis yang bertajuk Kim Ji Young born 1982.

Apabila selesai membaca, saya kurang nampak perihal kontroversinya. Ia hanya menyuarakan hal yang benar yang dialami oleh kaum wanita. Jadi mengapa ada yang sampai sakit hati?

Karya Puan Norsamila Samsudin tidak kurang membawa dan menyentuh kisah gadis, perempuan dan wanita yang boleh direnungkan oleh kita. Mungkin ia sebuah buku feminis tanpa sengaja (atau mungkin sengaja) yang dikarang oleh penulis.

Antara yang menarik, dan boleh menjadi perbincangan feminis :

Di dalam novel ini, watak Syakila yang terlebih 'buas' dituntut untuk bertingkah seperti gadis biasa walaupun nalurinya bersifat pengembara. Berbeza pula Azril yang seorang lelaki tetapi tidak mendapat tentangan.

Syakila yang terpaksa berkorban 'masa hadapan' demi menjaga ibunya yang sakit. Sudahlah menjadi paling bongsu, terpaksa memegang tanggung jawab yang berat, pilihan yang berat. Bahkan risiko yang berat kerana terdedah dengan bahaya seperti perompak masuk rumah.

Manakala kedua abangnya, memiliki pilihan untuk melanjutkan pelajaran sehingga luar negara, jarang sekali pulang menjaga ibu yang sakit. Entah kenapa, seperti tidak ada keadilan disitu. Sedangkan yang paling bijak dalam keluarga adalah Syakila. Hanya kerana dia perempuan, maka dia perlu melebihkan kedua abangnya dulu?

Antara lain isu yang menarik yang turut disentuh penulis adalah mengenai sekiranya penjenayah cuba mencabul maruah mangsa, kemudian dibunuh oleh mangsa untuk tujuan mempertahankan diri. Mangsa berpotensi untuk dijatuhkan hukuman mati. Sekali lagi, isu undang-undang yang mungkin tidak berpihak kepada mangsa yang terutamanya mangsa wanita.

Satu lagi yang mungkin agak sedih adalah bagaimana watak Syakila sentiasa diasak dengan persoalan kahwin. Sehingga hujung cerita persoalan kahwin menjadi isu pertama tanpa penulis memperlihatkan Syakila boleh menjadi seseorang dan sembuh daripada duka tanpa perlu berkahwin sekalipun.

Kahwin awal adalah isu menarik dan sentiasa menjadi perbincangan feminis.

Overall saya berpuas hati dengan garapan penulis dan tulisan yang indah bahasa, banyak kata-kata menarik, perkataan baru yang saya belajar.







This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
August 29, 2021
BUKU Merdeka : Lastik Kayu oleh Norsamila Samsudin. Terbitan Menara Seni. ( Buku Pasca Arsenal dibantai, terperosok dibawah liga.)

Kisah seorang perempuan bernama Syakila yang mempunyai perwatakan lelaki. Suka kepada perkara lasak dan kasar. Dia memiliki sifat degil. Adik beradiknya hanyalah dia seorang perempuan. Tidak memiliki kawan perempuan kerana minatnya yang berbeza.

Syakila dan keluarganya berpindah ke kampung. Di situlah dia bertemu Azril. Seterusnya berkawan baik bersama seorang lelaki lagi iaitu Alif Farhan. Mereka bersahabat baik sedari kecil, remaja sehingga dewasa.

Persahabatan mereka ibarat lastik kayu yang saling menguatkan. Namun, membesarnya mereka menghadapi konflik yang pelbagai antara mereka dan orang sekeliling mereka.

Kisah Persahabatan

Kisah menyelitkan tema persahabatan sejati yang saling memahami. Ada janji yang terpatri antara mereka iaitu tidak dibenarkan melepasi batas sahabat sehingga membawa kepada jatuh hati, cinta remaja. Itu satu pengkhianatan. Namun konflik terjadi, mereka cuba menyelesaikan mengikut kewarasan akal.

Isu kewanitaan

Syakila sangat degil apabila disuruh menjadi perempuan dan ditegah tingkahnya yang menyerupai lelaki. Segala aktiviti lasak yang dilakukan bersama oleh Azril, hanya mendatangkan masalah bagi Syakila, tidak pada Azril.

Syakila yang dilihatkan hatinya yang kental dan degil sedari kecil. Sikap itu menjadi senjata ampuh baginya memempuh ujian yang mendatang bertubi-tubi. Menyedarkannya untuk memperbaiki diri untuk orang yang tersayang.

Wanita tetaplah wanita, walau apa pun peribadi dan personalitinya. Mereka ada kelebihan tersendiri.

Selain itu, menjadi seorang ibu pula punya satu keajaiban yang tak disangka. Satu daya dan naluri yang mampu mencair sesuatu yang keras dan menguatkan sesuatu yang lembut. Keajaiban terhadap ibu itu sendiri dan juga orang lain.

Cinta dan Jodoh

Cinta dan jodoh adalah perkara yang tidak boleh dipaksa terima atau menolak apabila ianya tiba. Seperti Syakila yang cuba berdegil menidakkan perasaannya. Akhirnya akur akan ketentuan jodohnya.

Begitu juga seperti Adam, Syahir mahupun Atikah yang tidak mendesak akhirnya mendapat jodoh yang tidak pernah disangka. Membaca kisah mereka ini, terus diri saya terasa panahannya. Hal saya samalah seperti yang dihadapi oleh Syahir dan Adam. Hanya menunggu ianya sampai. Maaf tiba-tiba luah perasaan.🤣

Emosi

Antara unsur penting dalam sesebuah novel. Musibah menjadi faktor emosi yang banyak di dalam kisah ini. Pahit dan manis silir berganti. Suka, duka, tangis, tawa itulah lumrah kehidupan. Langit tidak selalu cerah, malam terkadang tidak berbintang.

Itulah yang menimpa Syakila dia diuji kehilangan orang tersayang. Diuji pendirian dan persahabatan. Diuji daya tahan dan kekuatan.

Isu-isu lain

Terdapat juga persoalan berkaitan perundangan. Undang-undang yang dilihat tidak menyebelahi kemanusiaan dan keadilan. Contohnya Mangsa rogol yang membunuh perogol boleh didakwa membunuh dan dihukum mati.

Sebenarnya orang yang mengetahui undang-undang akan bijak memanipulasi situasi untuk memihak kepadanya. Sama ada di pihak benar atau di pihak bersalah. Siapa yang bijak akan menang. Bukanlah sepenuhnya keadilan. Bahasa mudahnya, orang yang tahu undang-undang lebih berani melanggar undang-undang.

Falsafah Hidup

Ada teguran masyarakat yang suka menabur fitnah tanpa usul periksa. Ada nasihat dan motivasi untuk melayari kehidupan. Seperti nasihat belajar, membangun diri, memberi maaf, tolong menolong, kesabaran, ketabahan dan nilai-nilai yang baik.

Hamba Tuhan

Sebagai seorang hamba pastinya pergantungan hidup sepenuhnya kepada Allah. Kita hanya berusaha dan berharap. Terkadang kita tergoda dengan syaitan dan nafsu amarah, kita terlalai. Itu sifat manusia. Namun tetap perlu kembali kepada tuhan.

Dalam kisah ini setiap watak ditunjukkan ada waktunya terlalai mengingatkan tuhan ketika diuji atau amarah menguasai. Namun, orang sekeliling bertindak memperingatkan untuk kembali reda. Seperti dendam kesumat dan kemaafan Azril serta Adam. Syakila dan anaknya. Dan banyak lagi kisah sebelumnya.

Ibu Bapa

Sebagai ibu bapa pula punya tanggungjawab mendidik anak-anak menjadi insan berguna. Anak-anak adalah amanah yang dipinjamkan. Jangan berputus asa sekiranya anak-anak menjadi seperti yang kita harapkan. Jangan memilih kasih. Teruskan berdoa dan berusaha menyanyangi anak-anak.

Seperti Syakila dan Adam contohnya. Masa remaja mereka tidak seperti yang dingini oleh kedua ibu bapa, namun akhirnya menjadi manusia yang berbakti.

Sebagai pula anak punya tanggungjawab berbakti kepada kedua ibu bapa dan menghargai semasa hayat mereka masih dikandung badan.

Keluarga

Keluarga adalah komuniti yang penting. Sentiasa ada dibelakang kita dalam apa jua keadaan buruk atau baik. Mampu menerima segala kekurangan dan kelebihan kita.

Inilah yang ditunjukkan oleh keluarga Hassan, Keluarga Hj Hussain dan Keluarga Dato' Ammar.

Pengajaran

Hidup ini punya pelbagai rencah untuk dinikmati. Pahit dan manis saling bertukar rasa.

Seperti nasihat penulis, hidup ini ada waktunya kita bisa memilih. Ada ketika kita terpaksa memilih. Kita hanya ada doa, usaha dan tawakal untuk mengdapatkan kehidupan yang lebih baik.

#Merdeka64
#bacalokal2021
#MalaysiaMembaca2021
#PPN1
#COVID19
#StaySafe
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
March 31, 2023
Cerita ni slow-burn, dipacu oleh watak seorang gadis yang kuat pendirian, Syakila daripada kecil sehingga dewasa. Turut diwarnai oleh ahli keluarga Syakila serta watak-watak di sekelilingnya.

Setuju dengan kebanyakan reviu. Penulisannya baik. Suasana kampung itu jelas. Teliti. Keutuhan hubungan kekeluargaan dan persahabatan juga terasa sangat manis.

Penamatnya tidak seperti yang saya harapkan namun masih sebuah novel yang baik. Berharap novel ini ditemui lebih ramai pembaca.
Profile Image for Farhanah Atiqah.
Author 1 book8 followers
September 3, 2023
Baca novel ni buat saya terfikir akan telenovela dari Mexico. Bezanya, novel ini sarat dengan kisah kekeluargaan, persahabatan dan nilai2 yang dapat dijadikan pengajaran.

Syakila, watak utama novel ini ialah wanita yang tabah.

Dari kecil dia bersahabat baik dengan Azril dan Alif. Kedua-duanya menyukai Sya dan kedua-duanya begitu penting dalam hidup Sya.

Walaupun premis novel ini tidak kompleks, ada banyak bahagian dalam novel ini yang buat saya cemas dan risau, terutama apabila Sya terpaksa berhadapan dengan lelaki sejahat syaitan yang ingin merosakkannya. Nasib baik Sya berjaya memberi pengajaran kepada mereka. Itulah yang kita perlukan dalam watak utama perempuan, yang tidak banyak dilihat dalam novel dan drama. Kita perlu perempuan seperti Sya, bukan Tuan Puteri yang sentiasa perlu diselamatkan.

Biarpun diuji bertubi-tubi dengan kehilangan demi kehilangan, Sya cuba sedaya upaya untuk bangkit hinggalah ada ketikanya Sya rasa tidak lagi larat dengan ujian yang menimpanya. Ibarat sebelah sayapnya telah patah dan dia tidak lagi mampu terbang. Bahagian ini pada saya amat menarik kerana dari awal kita melihat Sya yang kuat, Sya yang sentiasa maju ke hadapan, Sya yang sanggup lakukan apa sahaja demi melindungi orang yang dikasihi.

Di sinilah waktunya kita benar2 melihat betapa sayangnya semua orang kepada Sya dan betapa kuatnya keinginan mereka untuk melindungi Sya daripada fitnah keji sesetengah anggota masyarakat. Ya, ada manusia terencat seperti ini dalam kalangan kita dan mereka perlu diberi pangajaran sebagaimana yang diberikan oleh Syamil, abang Sya.

Di hujung cerita, setelah apa yang dilalui oleh Sya, Alif dan ahli keluarga mereka, saya harap Sya dan mereka semua akan hidup bahagia selama-lamanya, kerana saya tidak mahu menangis lagi. Begitulah kuatnya impak watak2 dalam novel ini kepada saya.
Profile Image for Sizarifalina.
268 reviews
September 30, 2021
👍🏻 : Permulaan cerita yang bagus. Banyak pengajaran dalam setiap bab. Buku ini sesuai untuk remaja dan mereka yang sedang mencari pasangan hidup. Penulis banyak menceritakan pengorbanan seorang wanita kerana sayangkan Ibunya. Islamik. Jaga batas bila berkawan baik dengan seorang lelaki (jirannya)…etc

🤭 : 80% pertama buku ini ok. Tapi bila dah masuk ke 81% Siz tak boleh nak fokus sebab jalan cerita dah meleret. Ending yang cliche dan play safe. 😅

🌟 : 3.5🌟
This entire review has been hidden because of spoilers.
80 reviews1 follower
March 6, 2025
3.3🌟

"Hidup umpama lastik kayu, Sya. Ada sasaran. Ada matlamat. Tarik kuat itu usaha. Bertahan. Dan, lepaskan serangan."

🌟Jika dilihat dari bahagian belakang buku, saya menjangka Lastik Kayu mungkin tentang persahabatan yang ada unsur mistik. Sangkaan saya meleset jauh sekali. Ia bukan sekadar tentang persahabatan, tetapi turut mengetengahkan tentang ikatan kekeluargaan dan percintaan. Unsur mistik hanya sedikit selingan bagi kriteria watak utamanya, Syakila yang boleh melihat makhluk halus. Ia sebenarnya kisah yang agak memukul emosi pembaca. Berkisar tentang kehidupan seorang Syakila yang sedari kecil sehingga dewasa gemar memendam rasa. Juga tak henti dipalu ujian yang bukan biasa-biasa.

🌟Tidak seperti fiil gadis lain, Syakila ini orangnya degil, lasak, kasar dan ditakuti kerana sering 'nampak hantu' ketika awal usia membuatkan dia tidak punya ramai kawan. Selain dua orang abang kembarnya, hanya Azril dan Alif yang mahu menghulur salam pertemanan. Selayang pandang pada Syakila, saya jadi teringat watak Ila dari filem Tentang Bulan. Tapi, tidaklah bermakna Syakila juga mengikut cara berpakaian lawan jantina, di sini saya tabik sikap ibu dan ayah watak-watak dalam cerita ini yang sangat mementingkan pegangan agama. Meskipun rapat, tetap ada batas perlu dijaga. Malah, erti Lastik Kayu itu juga adalah tentang mereka. Pelbagai kenangan dilakar ketika usia muda remaja sehingga sudah menginjak dewasa. Mustahil tidak bermekar bibit cinta yang sudah lama berputik dalam diri dua jejaka buat seorang gadis yang sama. Menjadilah ia salah satu konflik percintaan dalam ceritanya.

🌟Namun, Lastik Kayu bukan hanya tertumpu pada cerita romansanya, tetapi membawa kita merasa ketabahan seorang Syakila apabila dia diuji dengan kehilangan orang tersayang satu demi satu. Musibah yang melanda menyebabkan dia berkorban menangguh pelajaran untuk menjaga ibu tercinta. Babak Syakila menjaga ibunya sememangnya mengundang sebak. Menjaga orang tua itu tidak mudah, perlukan kesabaran yang tinggi. Belum lagi ditambah dengan dugaan ketika dia hampir diragut kehormatan ketika rumahnya dirompak. Mujur dalam hidup Syakila, dia dikelilingi keluarga, jiran dan teman yang sentiasa ada susah dan senang. Cuma agak sayang cita-cita Syakila untuk menjadi pakar balistik terkubur begitu saja selepas berkahwin.

🌟 Walaupun ceritanya agak klise, penyelesaian kes rompakan rumah Syakila yang terlalu mudah dan ada sedikit kejengkelan terhadap sebilangan watak terutama watak-watak utama yang kelihatan suka mendesak, keikhlasan Azril, Syakila dan Alif dalam bersahabat tetap meninggalkan kesan yang istimewa.
Apa yang saya suka, penulis tidak pernah putus memuatkan mesej-mesej yang mendidik seorang manusia memandang hidup melalui dua sisi dalam karyanya. Ceritanya diakui agak panjang ditambah selitan cerita watak sampingan, tapi berhasil menampakkan kita sebuah persahabatan yang penuh kasih sayang dan pentingnya hidup bertalikan pegangan agama yang diredai Tuhan.
Profile Image for Nur Liyana.
10 reviews
October 28, 2022
Cerita ini mengangkat pelbagai isu seperti kasih sayang keluarga, persahabatan, jodoh dan juga terselit isu kesihatan mental yang disulam pada beberapa watak. Saya gemar menyoroti setiap isu bahkan tak bosan melabel input yang penulis selitkan di dalam cerita. Ya, novel Lastik Kayu sangat kaya dengan hujah-hujah tentang pemikiran, juga fasal kepimpinan malah falsafah kehidupan menerusi kebijaksanaan Sya dan Azril tentunya (watak kesayangan saya! Hahahahhh).

Namun begitu, saya diserbu rasa 'kosong' dan geram apabila ada saja orang yang Sya sayangi meninggal dunia, dia seakan tidak diberikan kesempatan untuk bersedih. Seakan mahu dipertontonkan kuat sebagaimana sikapnya yang digambarkan lasak dan degil. Malahan keluarganya juga sering mengulangi ayat, "Sya kan seorang yang kuat." Bagi saya abangnya menidakkan hak dia bersedih. Hal yang sama berlaku ketika kehilangan dua lagi orang tersayang. Meskipun sedikit terkilan, saya tetap juga mencintai bagaimana ahli keuarga tetap di sisi menemani malah dia turut disokong keluarga Aisyah. Moral support still there for Syakila. Tiberr English.

Antara yang sangat menghangatkan jiwa pembaca Lastik Kayu seperti saya adalah di mana penulis gambarkan betapa eratnya hubungan dua keluarga ini. Meskipun hanya berjiran, tidak lepas peluang untuk membantu dan ada kala kesusahan. Dua keluarga ini juga benar-benar menghidupkan suasana kampung yang menjadi dambaan jiwa yang hidup di kota. Apa pun, syabas kepada penulis untuk sebuah naskhah penuh suka duka ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Shahidra.
33 reviews4 followers
October 15, 2022
Tema utama adalah persahabatan dan kekeluargaan yang digarap baik dalam novel ini dari awal sehingga akhir.

Menceritakan jatuh bangun kehidupan. Melalui watak-watak dalam novel ini, penulis memandu pembaca bagaimana bangkit setelah jatuh. Banyak falsafah kehidupan berteraskan syariah disampaikan untuk dihayati..namun, tidak terasa seperti membaca sebuah teks ceramah kerana ia disulamkan denga baik dalam penceritaan.

Sebuah karya yang baik..banyak pengajaran dan contoh ikutan yang boleh diambil daripada watak-watak dalam novel ini. Terutamanya watak utama - Syakila, seorang yang berhati cekal, berani, berpendirian, sukakan cabaran dan mencuba belajar sesuatu yang baru. Agak bebas ketika kecil, namun memginjak usia sebagai remaja mula pandai menjaga batas pergaulan dengan lelaki ajnabi dan tidak mudah terjebak dalam cinta sebelum berkahwin. Satu peristiwa telah mengubah dirinya sehingga sanggup berkorban demi keluarga dan sangat menjaga amal ibadatnya.

Jika lelaki yang membaca novel ini, banyak teladan juga boleh diambil daripada watak Syamil dan Syahir si kembar abang kepada Syakila mengenai tanggungjawab terhadap keluarga. Juga Azril dan Alif yang sanggup berkorban demi persahabatan dan kebahagiaan orang yang disayang.

Sungguhpun begitu, kekurangan dan sisi nakal watak-watak dalam novel ini sebagai manusia biasa juga dipaparkan. Justeru, karya ini hidup dan tidaklah kita seperti berada di utopia.
Profile Image for Nur Fariha.
48 reviews3 followers
October 30, 2022
Kisah tentang Syakila, Azril dan Aliff Farhan. Dari mereka kecil sampai dewasa.

For me, Lastik Kayu membawa genre slice of life with a bit of romance. Bagi saya, bahasa dalam buku ni...cantik? Ya, cantik. Perasaan yang nak disampaikan dalam sesuatu scene tu digambarkan dgn cukup jelas. Plot cerita tersusun kemas.

Dalam buku ni, character development Syakila yang paling menyentuh hati. Lagi-lagi part dia jaga mak dia yang 'lumpuh' lepas kematian suami.

Overall, cerita ni best. Cukup lengkap A sampai Z. Ada pasal family, friendship, love, ada part kelakar dan sedih. Tapi, pada saya agak panjang sebab bukan hanya fokus pada syakila, azril dan aliff farhan semata-mata. Cerita watak sampingan pun ada.

It was a good read sebab ada banyak sangat pengajaran. 👍🏼👍🏼👍🏼
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.