Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sang Perindu #1

Kasyaf Perindu

Rate this book
Kisah yang mengambil latar lewat tahun 80-an ini membuka ceritera cinta dan pengorbanan antara Putera, pemuda dari alam nyata bersama Ratu Ayu Riwatu, pemerintah agung kerajaan Inderagiri dari alam lain. Alam yang hanya dapat dilihat oleh insan istimewa dan terpilih seperti Putera. Pertemuan mereka yang tidak direncana ini membuatkan Ratu Ayu Riwatu terperangkap dalam rasa cinta yang tidak diduga terhadap Putera yang tinggi pekertinya.

Apabila rasa hatinya ditolak, dia lantas tidak dapat menerima lalu bertindak kejam hingga menerbitkan rasa benci Putera padanya. Rasa benci yang terbina membuatkan Putera meninggalkan Inderagiri dan bertekad tidak mahu mempunyai sebarang pertalian lagi dengan kerajaan gah itu. Ratu Ayu Riwatu yang kecewa dan terluka bertindak memulihkan diri dengan menghilangkan segala ingatannya terhadap Putera agar dia dapat mentadbir kembali kerajaan dengan sempurna.

Namun, takdir menemukan mereka semula apabila Putera kembali ke Inderagiri untuk memenangi hati Ratu agung itu buat kali kedua. Ingatan dan kenangan di antara mereka yang sudah hilang menyebabkan Ratu Ayu Riwatu yang sememangnya angkuh itu menganggap Putera tidak lebih dari seorang manusia yang menceroboh masuk ke Inderagiri lalu Putera dilayan dengan kejam tetapi dalam masa yang sama dia dapat merasakan timbul satu perasaan yang sukar dijelaskan setiap kali dia memandang Putera.

“Bila kamu ada, kita damai. Tenang yang tidak pernah kita rasa selama hayat. Jika kamu derita, dua kali derita kita rasa. Bila kamu tersenyum, dunia kita terasa bahagia. Alam seakan terhenti putarannya bila kamu ada bersama.” – Ratu Ayu Riwatu

“Cinta bukan paksaan dan kita tidak mengubah seseorang yang kita cinta untuk menjadi apa yang kita nak. Perasaan bukan barang yang boleh diubah-ubah. Ini ke cinta yang kau agung-agungkan tu? Ini ke cara untuk kau buktikan cinta? Kalau kau rasa dengan cara ni, aku akan terima kau, kau silap! Ratu Ayu Riwatu mungkin pemerintah agung tetapi sebagai seorang wanita, kau kosong! – Putera

Mayang Sari… menyimpan seribu satu rahsia dan rahsia itu membawanya ke Inderagiri untuk bertemu secara empat mata dengan Putera. Rahsia yang tersimpan kemas hampir puluhan tahun itu membuka cerita sebenar ikatan rasa yang terjalin di antara Putera dan Ratu Ayu Riwatu.

“Bukankah ketenangan itu datangnya bukan dari tempat di mana kita berpijak? Ketenangan itu adalah di mana hati kita berada. Bukan begitu?” – Mayang Sari

Paperback

First published August 1, 2021

2 people are currently reading
29 people want to read

About the author

Farahada

8 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (47%)
4 stars
4 (19%)
3 stars
6 (28%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (4%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
473 reviews43 followers
June 19, 2023
Kisah cinta dua dunia. Antara manusia dan bangsa alam kasap mata. Diawali dengan rasa sangsi pada sang penceroboh namun detak hati mengatakan yang sebaliknya. Kisah cinta yang tidak bersambut hingga amarah diledakkan di tempat yang tidak sepatutnya dan membuatkan penyesalan yang tiada hujungnya. Kisah cinta antara Sang Ratu dan juga manusia yang dipandang enteng oleh mereka di alam sana.

Walaupun ini kisah cinta, namun tiada yang leweh dalam penceritaannya. Namun macam biasalah SH kan. Bahagian cinta cintun tu dibaca sekali lalu. Bukanlah dilangkau langsung cuma sekadar membaca sepintas lalu. Teruk betul alahan pada kisah cinta ye SH oi. Bukanlah tidak menarik cerita cintanya namun cuma bukan selera SH.

Tapi yang SH suka pada cerita ni adalah perincian di dalam naskah ini. Dunia alam sana dan kejadiannya dirincikan dengan sangat teliti. Seolah-olah penulis pernah ke sana atau mungkin juga bangsa sana. Ini adalah yang SH rasakan bila membaca perincian yang ada di dalam naskah ini. SH memang sering mendengar cerita dari orang tentang dunia kasap mata. Jadinya semasa membaca SH boleh mengaitkan dengan apa yang SH selalu dengar. Kaitan dan rinciannya memang kena dengan naskah ini.

Perincian yang kecil dan teliti inilah yang mengikat SH meneruskan pembacaan hingga ke hujungnya. Rasa mengasyikkan mengembara ke dunia sana melalui penulisan penulis. Seolah-olah dibawa mengembara dan menelusuri alam yang tidak pernah SH kenal.

Unsur-unsur mistik dunia Melayu yang dimasukkan di dalam penceritaan sangat menarik untuk dibaca sebagai rencah dalam naskah ini. Banyak sebenarnya unsur mistik yang diselitkan namun kadangkala tidak disedari oleh pembaca. Seolah-olah ia ditujukan untuk orang yang faham dan mendalaminya sahaja.

SH suka dengan cara penulis memaparkan perwatakan baran dalam watak Ratu Ayu dan juga Mayang Sari. Ini sangat terkait dengan unsur mereka sendiri. Seperti yang kita tahu jin diperbuat daripada api. Dan dalam naskah ini memaparkan Negeri Inderagiri adalah sebuah penempatan jin. Dan sebagai pemerintahan kerajaan jin sifat amarah itu sememangnya sinonim dengan mereka.

Semasa kemunculan pertama watak Mayang Sari dalam naskah ini, SH tidak tahu kenapa yang terlintas dalam kepala adalah sosok Nyi Roro Kidul. Mungkin penampilan pertama Mayang Sari adalah sepersalinan hijau dan juga Ratu Lautan. Mungkin hanya sebuah kebetulan tapi itulah yang terlintas di fikiran.

Kisah ketidakpercayaan ayahanda Ratu Ayu tentang cerita bondanya dan dia tentang kebejatan Ankafi boleh kita lihat di dunia sekarang. Kadangkala anak-anak yang teraniaya menjadi semakin terbeban kerana orang terdekat mereka iaitu orang tua mereka tidak mempercayai segala aduan yang dilakukan. Apatah lagi jika si pelaku memakai topeng sebaik-baik manusia. Anak-anak tersebut sebaliknya dituduh cuba membuat fitnah dan menjatuhkan sang pelakunya. Marah betul rasanya SH terhadap ayahanda Ratu Ayu yang percaya secara membabi buta kepada sahabatnya hingga aduan anak dan isteri diabaikan tanpa sebarang siasatan.
Profile Image for Amal Lee.
279 reviews33 followers
May 21, 2023
Imaginasi aku semasa membaca novel ini seolah-olah cerita yang diceritakan diwayangkan dihadapan aku. Penulis pandai mengolah dan menarik pembaca untuk terus membaca dan perasaan ingin tahu yang meluap. Untuk first novel ini lebih kepada genre percintaan dua darjat & dua alam diantara Putera dan Ratu Ayu Riwatu. Dan bagi aku cerita ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian:







p/s - Walaupun buku tebal, langsung aku tak ada rasa bosan or skip bila baca sebab susunan plot yang cantik dan bahasa yang indah terbuai. Aku ada terbaca review katanya ada vibes Sunan tapi bila aku baca langsung tak rasa macam ehh dejavunya. Dan bila aku baca sinopsis untuk buku ke2 Renjana Sang Perindu berdeborr pula nak baca sebab macam something big is coming, tetapi nantilah biarlah aku bahagia sebentar sebelum sambung baca 😃
1 review
August 14, 2021
Penulis membawa satu jalan cerita dan latar yang unik dalam susunan imaginasi yang tinggi. Namun penulisannya tetap mudah difahami dan boleh menarik yang membacanya untuk terus dibuai fantasi cinta dua dunia. Penulis tidak perlu deskripsi yang meleret, tetapi memberi lebih penekanan pada kata-kata yang dilemparkan oleh setiap watak.

Tidak sabar untuk membaca buah tangan yang lain dari penulis ini. Semoga beliau terus berkarya.
5 reviews
August 9, 2021
Dah lama rindu nk baca novel genre sebegini, buku ini adalah seperti membaca visual. Penulis bijak melakar visual melalu mata pena. Penulisan yang lancar, bijak dalam penggunaan bahasa di latar masa yang berbeza.penulis bijak menunjukkan perbezaan karakter di dalam cerita ini. Love it.
Profile Image for Noor Hidayah.
73 reviews6 followers
September 15, 2023
Tragis betui putera dan ratu ayu nak sampai ke bersama.. aku punya suspen, siap baca buku sinopsis buku kedua untuk spoiler dorang bersama ke tak.. Dah abis kasyaf perindu, nak baca renjana sang perindu pulak nebes pulak.. nak bukak pun tak sanggup.. tapi kene baca gok kalau tak aku duk teringat-ingat. by the way, best.. tak rugi baca.
Profile Image for readingismypassion.
54 reviews7 followers
April 15, 2024
Slow building, ceritanya mendatar dan buat I rasa boring sikit time baca. Olahan penulis pun quite baku dan mungkin penulis boleh improve kot cover for all her books sebab for me covernya tak berapa cantik, vibes 90-an dan personally I rasa first impression readers untuk tertarik dekat buku daripada author yg dorang tak pernah baca / kenal adalah cover buku tu sendiri. Hopefully cover buku penulis lepas ni ada improvement.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.