Jump to ratings and reviews
Rate this book

His Wife

Rate this book
Teaser:

Namun, benarlah bahawa takdir itu
adalah aturan Ilahi yang penuh dengan
hikmah. Penat aku berlari, mengelak
takdir ini namun aku tahu, aku tak punya
kuasa untuk menghalang segala yang telah
Dia tetapkan.

Jika Allah berkata ‘kun faya kun’, maka jadilah ia.

Maka, di sinilah aku
berdiri. Di hadapan si dia yang aku nafikan
kewujudannya dan juga mimpi ngeri yang
tidak pernah aku harapkan untuk terjadi.

464 pages, ebook

Published June 1, 2021

2 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Ai Liliyha

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (17%)
4 stars
9 (31%)
3 stars
15 (51%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Acacia.
8 reviews
Read
August 14, 2021
I decided to give this ebook a try since it's very hyped up among bookstagrammers ♥️

First thing first, I love the idea. I thought it will be cliche, but not really? It's still predictable, but unexpected. Aku tak expect pun yang penulis ni akan come out dengan idea ni, but at the very first chapter, aku dah dapat predict yang hero dan heroin ni dah kahwin.

Like I said, predictable but still unexpected.

Sejujurnya, aku rasa premis dan jalan cerita dia kuat dan boleh go. Love the suspense in here. Dari segi jalan cerita, memang strong. Cuma mungkin dari segi pengolahan kot.

Pertama sekali, aku rasa penulis terlalu banyak tinggalkan ruang kosong dan tanda tanya, tapi tak bagi jawapan... dan aku rasa romantic pace cerita ini agak cepat. Rasa macam sekejap sangat Ari dan Hayd jatuh cinta. Sebab i thought dia kawen sbb musuh Hayd, tapi bila jumpa balik tu, tau tau je Ari macam senang cair dgn Hayd.

Kedua, aku rasa Hayd perlukan lebih banyak personaliti 😅 In this book, I can say Hayd is... hot. Yes, hot, masculine, bossy and intimidating. Tapi, thats it. Aku macam, tak nampak sisi caring or loving Hayd yang buat Ari jatuh cinta. It's like Ari fell in love with him because he is hot, rich, ada six pack, sexy, and reti menggatal (?) not because he's kind/caring or any husband material stuffs.

Ketiga, aku rasa cerita ini terlalu banyak intimate stuffs 😅 (maaf, cik penulis) Rasa macam every chapter ada scene bersemut. Fortunately, the semut tak terlalu extreme sampai nak kata softporn or lucah. It's moderate, but disebabkan terlalu banyak, dia buat aku rasa macam penulis ni tulis cerita ni dengan main purpose untuk tulis these butterflies scene, dan the rest tu hanya sebagai filler buat syarat sahaja untuk digelar 'sebuah cerita' 😅

Overall, it's good. Cuma, aku rasa macam tengah baca sekuel cerita pasangan yang dah happy bahagia sebab isu atau konflik yang ada tu macam sampingan sahaja. Macam lebih nak cerita mesra-mesra suami isteri, sedangkan sepatutnya scene-scene mesra itu yang dijadikan sampingan, bukan plot utama.

Apa pun, tahniah untuk penulis. Dengar cerita, nak dibukukan kisah ini. Mungkin boleh olah sikit bahagian mesra-mesra itu dan kurangkan 😅 Moga dipermudahkan dan moga ada manfaat yang boleh disebarkan. Insha-Allah <3
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
October 27, 2021
[eBOOK 168]

His Wife by Ai.Liliyha.
.

Pertama sekali, terima kasih kepada penulis untuk free ebook ini. Semoga dimurahkan rezeki dan ilham untuk terus menulis.
.

Hayd dan Ari.
.

Permulaan cerita agak menarik bila Ari yang dahulunya periang, berubah menjadi pendiam selepas balik bercuti dari Itali. Rupanya, dia dah berkahwin dengan Hayd dekat sana.
.

Masa di Itali, ada peristiwa yang terjadi. Ada musuh cuba menghapuskan Hayd. Ari pula duduk bersebelahan dengan Hayd dalam flight. So salah faham menyebabkan nyawa Ari turut terancam. So, they decided to get married there.
.

Lepas tu, jumpa semula di Malaysia. Agak awkward sebab both families masih tak tahu. Pada masa yang sama, Hayd cuba memikat Ari.
.

Dan ada banyak la part manis bersemut tu.
.

Aku kurang suka bila Hayd masih beraku kau dengan Ari. Hurm, walaupun sweet, tapi rasa cam kasar.
.

Cerita ni sebenarnya agak predictable. Aku mengharapkan part aksi di Itali tu dikembangkan lagi. Dan nak juga part awal dorang jatuh cinta tu. Sebab rasa cam terlampau cepat dorang ni jatuh cinta gitu.
.

Otherwise, it was a fun reading.
Profile Image for Nursally.
22 reviews2 followers
August 16, 2023
3.2/5⭐

Pada awalnya, semua ok. Aku cuba menerima yg penulisan penulis mmg mcm ni. Mungkin penulis nak buat untuk koleksi sendiri sebenarnya. Tapi sebab saya dah beli saya terpaksa review ya. Saya beli ebook btw. Kalau buku saya boleh consider untuk jual. Saya boleh ckp, part romance ok. Kalau nak baca santai" sokay. Mmg recommend untuk tu. Tapi as saya nampak potential cerita ni more to mystery and action, so expectation saya merundum. Saya tak letak expectation yg tinggi ya. Cuma agak kecewa lah bila tak di elaborate dgn baik. Konfliknya pun is poorly executed. Bila dah sampai part klimaks, kalau boleh jgn potong mood readers ya. Patut teruskan aje. Sbb waktu tu, adrenaline tgh naik laju. So bila penulis dah cut part tu and masuk part lain, tak cantiklah mcm tu. One more, pasal parents Arisya. Arisya ni mmg tak nak mintak maaf ke dgn parents dia? Sbb as side dia, dia patut mintak maaf dan mintak penjelasan parents dia jugak. Cuma si Hayd ni. Part dia semua lah betul. Yg salah semua isteri dia. Rasa mcm, eh Hayd ni aku lempang kang!

Saya bagi review ni bukan nak menjatuhkan semangat penulis ya. Tapi saya harap soon, bila penulis nak revamp atau nak buat cerita baru, boleh consider apa yg saya ckp ni. Lagipun, penulisan penulis not bad.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
July 24, 2023
My thoughts?

1. Typical malay romance, yang male leadnya alpha male kahwin dengan female lead lepas tu adegan sweet2 lepas kahwin hampir keseluruhan buku and then konflik sikit2 dua tiga page at the end. That's all.

2. Sesuai untuk bacaan santai yang taknak konflik berat2 nak senyum blushing sorang2. Korang la bukan aku hahaha 😂

3. Aku annoyed dengan Hayd, hampir semua convo nak disebut wife. Ye aku tahu tu isteri kau tak perlu ulang banyak kali 😑

Spice level: 🌶️🌶️
Personal rating: 🌟🌟🌟/5
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
December 31, 2021
E-book yang dah lama aku beli tapi baru ni baca. Yeah. Aku taknak review e-book ni secara serious because lepas buku ni sampai ke tangan(or e-mail 🙄) aku, dan diperam beberapa bulan, cik penulis ada release physical book of this one and rasanya it is updated and ada few added scenes, kalau aku tak salah. So, review ni mungkin tak relevant(?) Kisah Ari dan Hayd. Kepulangan Ari ke Malaysia membawa satu perubahan pada dirinya. Perkahwinannya dengan Hayd di Itali merupakan satu rahsia besar yang mungkin melukakan hati banyak pihak.

Hayd. Kawan baik kepada Irfan, abang Ari. Dalam diam dia menyimpan rasa untuk Ari. Dan kerana Hayd, keselamatan Ari terancam dan penyelesaiannya hanya melalui perkahwinan. Honestly, aku sangat-sangat intrigued dengan ancaman musuh Hayd pada Ari. Pretty suspense tapi rasa macam plot pasal ancaman ni tak berapa kembang. It was pretty much feels like a filler scenes.

Momen Ari-Hayd memang sweet gilaaa. Penatlah nak menahan diri daripada tersengih tak tentu pasal. Hayd memang sweet in his hard way. Menyakat Ari? His favorite things to do. E-book ni pretty much a fun read. Not stressful walaupun ada elemen suspense dekat situ. Kalau you guys nak baca aku rasa beli physical book lagi better kot. Plus, cover physical book tu gojes namateyy.
10 reviews
February 3, 2022
Cerita dia ringan je and best baca waktu santai-santai. ayat pun mudah faham. walaupun Hayd baasakan dia 'aku' dengan Ari, tapi I found it cute. Dahla panggil Ari 'wife' hahahha comelllll tapi for me macam kayangan sangat lah. siapa lah saya yang membacanya untuk mengimpikan seorang prince charming macam tu hahaha jalan cerita tu straight habis ye tak ada draggy scene pun. abang Irfan si Ari tu kuat ye menyakat. hahaha
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
February 24, 2023
Dah lama baca ebook ni.konflik yg mudah diteka.ideanya ok oklah
Profile Image for sofeaa.
10 reviews
May 21, 2022
I LOVE IT ! BUT TAK EXPECT SECOND EPILOGUE MACAM NI I CRIED 😭
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.