Seorang gadis berusia 16 tahun, Arayana telah diperangkap dalam aturan perkahwinan dengan abang dua pupunya, iaitu Malek Darren Ng. Ditinggalkan selama 5 tahun tanpa kata putus, Arayana menganggap perkahwinannya telah pun terlerai. Namun kemunculan semula Malek mengundang bencana dalam jiwanya. Malek tanpa belas kasihan memaksa Arayana untuk tinggal bersama dengannya. Bertahankan Ara dalam genggaman si 'Devil' itu? Adakah dia bakal menyerah kalah dan tunduk pada 'Devil' yang dibencinya selama ini?
I WANT MOREEEEE OF MALEK PLEASE. 😩😩😩Kenapa rasa mcm sekejap je aku baca. Heroin’s pov banyak tapi Malek’s tu sikit je. 🤣🤣🤣 Tak puas baca wei. In an hour je aku boleh habiskan.
Buku nipis, sekejap je habis baca. Pace ceritanya laju. Bila baca dan tahu punca mengapa terjadi, wujudlah rasa untuk agree to disagree disitu. Dendam dan kesakitan 5 tahun tu macam senang pulak dilupakan. Terlalu cepat move on maybe
Permulaan cerita dia agak kontroversi sikit. Arayana yang baru berusia 16 tahun ditangkap basah dengan abang dua pupunya, Malek yang berusia 21 tahun. Demi menyelamatkan keadaan, mereka dipaksa berkahwin. Tapi syarat ibu bapa Ara, Malek tidak dibenarkan jumpa Ara sehingga Ara tamat persekolahan @ habis SPM.
Lima tahun kemudian, mereka bertemu kembali di tempat pengajian Ara, UKM. Makanya Malek mengambil peluang itu untuk cuba berbaik dengan Ara dan cuba selamatkan rumah tangga mereka yang sudah lama gantung tak bertali. Ara marah! Ara cuma nak bercerai je dengan Malek. Dia tak nak berbaik dengan Malek. Dia bencikan Malek yang dah rosakkan dia dulu.
Compared to other three BELONGS TO MR series yang kita pernah baca, BTMD ni paling best jalan ceritanya. Trope cerita Grumpy x Sunshine. I can see why ramai lagi mencari dan nak baca BTMD compared to other series book. Menunggu Belongs To Mr Perfect pulak untuk reprint. 😗👉🏼👈🏼
Cerita yg cukup ringkas tetapi terungkai semua segala persoalan di pengakhiran cerita. Bagaimana Malek boleh mengaku yg dia menyentuh Ara. Kenapa Malek tegar utk mengahwini Ara sedangkn Ara baru berusia belasan tahun pada masa tersebut. Sekolah pon tak habis lagi waktu tu.
Tapi setelah 5 tahun, mereka dipertemukan semula. Dan bermulalah episod baru dlm hubungan mereka bila mana Malek mendesak supaya Ara pindah dan tinggal bersama dengannya.
Setelah duduk sebumbung, barulah Ara sedar yg Malek tidaklah seburuk yg disangka. Malek amat melindungi walau kadang kala sifatnya terlebih kasar. Malek bukan hero idaman wanita yg pandai berkata2. Tetapi Malek cuba untuk menjadi yg lebih baik utk isterinya, Ara.
Ebook yg simple jln ceritanya tetapi saya rasa enjoy bila membacanya♥️
Sort of a short story juga. Still tak faham and ngam sgt dgn watak Malek ni. Not sure apa masalahnya yg sebenar. Malek punya personality and life background a bit vague imo, so tak boleh nak masuk sgt dgn Malek ni. Nak kata Malek ni yandere or tsundere tu tak juga. For me, tak nampak sgt lah yg dia syg Ara ni. Especially dr segi percakapan dia.
Ara pula, still not sure mcm mana dia boleh syg Malek? Plan and peluang utk keluar tu dah depan mata. Punya lah benci gila sbb Malek buat mcm tu dekat dia without any plausible reason.
Tak sure juga nak review apa. Maybe sbb tak nampak sgt the relationship development? Or I as a reader yg x boleh terima Malek off the bat lepas tahu reason behind what happened. Sebelumnya, husnudzon maybe somebody else did something and Malek tak nak Ara hurt by hiding the truth. Gitu lah, tapi tu lah.
1. Ok aku mengaku yang aku terhibur baca buku ni. Penulisan penulis santai-santai je dan lawak gils. Cerita pun fast paced. Aku baca sekali hadap je dah habis.
2. Male lead si Malek awal-awal lagi dah red flag. Aduii. Aku mati2 ingat dia ada long long crush dekat Ara sebab tu sanggup buat macam tu. Rupanya dia cuma nak selamatkan diri sendiri je pastu nak tebus kesalahan. Cuma along the way tu terjatuh cinta pulak.
3. Aku agak suka jugak la watak si Malek ni. Sebab dia jenis yang tak reti nak cakap cuma reti tunjuk. Tak reti macam mana nak explain dia just mengiakan saja semua tuduhan si Ara.
4. Last-last bini yang trick suami dia sendiri sebab nak dengar confession. Aku mati-mati ingatkan Ara betul-betul nak blah. I was not expecting that 😂
5. Overall it was an okay read for me. Aku enjoy je baca.
Pepatah Inggeris kata "Don't judge a book by its cover". Malek ni tidaklah jahat seperti yang dicerita dan disangka. Masih ada sisi baik Malek yang tidak diketahui walaupun sikap dan luarannya nampak jahat dan kasar. Aku rasa kurang sesuai tajuk Devil ni nak digambarkan dengan watak Malek.
Lurve dengan jalan cerita. Bagi saya Lari sikiitt je daripada cerita cliché which is fun to read. Penceritaan yang tak heavy dan santai. Just lurve dengan jalan cerita sebab ikut preference saya
Watak Malek tu awal2 tu rasa nak.debik dia. Tapi bila baca betul², semua terjadi sebabkan keadaan dan dia masih lelaki yang bagus sebab tak lupa tanggungjawab dia. Nasib Ara ni okay.
This entire review has been hidden because of spoilers.