Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pascasejarah

Rate this book
Pascasejarah ialah fiksyen distopia dan pascaapokalips yang terbit daripada babak-babak sejarah. Mereka bangsa homocivilis yang membina istana peradaban di atas puing-puing silam. Lalu bangsa itu jugalah yang meruntuhkannya kembali menjadi debu sejarah. Pertelingkahan, keangkuhan, dan ketamakan ialah sebahagian daripada racun yang terus mengisi kota-kota kemanusiaan.

Dua belas cereka di dalamnya disusun mengikut kronologi masa menjadi
seminovel yang merumuskan sebuah zaman: Pascasejarah.

Benarlah. Sejarah ialah bayangan masa depan yang boleh diramalkan.

“Tak perlu seorang lagi Nostradamus, kita telah pun tahu. Ia hanya rumus yang berulang.”

213 pages, Paperback

First published April 1, 2015

9 people are currently reading
84 people want to read

About the author

Fahd Razy

58 books120 followers
Mantan Minggu Penulis Remaja 2000 dan Pengasas/Ketua Penasihat Grup Karyawan Luar Negara. Pernah menulis dan mengarahkan teater 'Mencari Jalan Pulang' di Dublin pada tahun 2005.

Menulis dalam genre puisi, cerpen, dan artikel yang tersiar dalam pelbagai media cetak dalam dan luar negara serta termuat dalam lebih 30 antologi bersama.

Puisinya 'Al Andalus Menangis' terpilih salah satu teks sastera elektif SPM 2010. Memenangi beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Siswa, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
43 (46%)
4 stars
37 (40%)
3 stars
9 (9%)
2 stars
2 (2%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 29 of 29 reviews
Profile Image for ~:The N:~.
852 reviews55 followers
August 23, 2021
Aku tak bolehlah nak ulas buku ni panjang-panjang. Cukup sekadar guna 'blanket review':

🌟🌟🌟🌟🌟 - MY GOD THIS WAS AWESOME! Amazing! Wonderful! Supercalifragilisticexpialidocious!
Go buy, or borrow, or steal this book, like, RIGHT NOW!

description

⭐⭐⭐⭐¾ - kurang ¼ kerana kesalahan ejaan dan kekhilafan tatabahasa tapi dibundarkan menjadi 🌟🌟🌟🌟🌟. Yeay!
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews56 followers
May 9, 2015
Buku yang wajar jadi pemenang pertama. Cerita tentang manusia di zaman mana pun rumusnya tetap sama. Hanya watak yang berbeza.
Profile Image for Qifuat.
4 reviews
May 22, 2015
Sejujurnya, buku ini layak untuk mendapat 5 bintang. Namun, disebabkan atas beberapa faktor, satu bintang digugurkan dari penilaian.

1) Terlalu banyak istilah jargon yang digunakan. Saya suka, namun menjadi satu beban apabila perlu mencari makna istilah tersebut dalam internet atau kamus. Ya, perkara ini mungkin agak remeh, namun bagi saya agak penting kerana apabila terdapat sesuatu yang kita tidak pasti apa maknanya, semestinya akan membantut pembacaan kita. Jadi, boleh lah di masa hadapan, sediakan kosa kata dibelakang (atau di depan, jika mengikut cara Fixi), atau setidaknya, letakkan nota kaki untuk penerangan ringkas tentang makna istilah tersebut.

2) Penggunaan kata ganti diri yang kedua yang diutamakan oleh penulis merupakan satu teknik yang agak mencabar bagi saya. Hal ini demikian kerana, ia boleh mengelirukan pembaca. Dan itulah apa yang terjadi pada saya kadang kala ketika membaca. Saya keliru, siapa yang mahu dirujuk dalam 'kau' itu? Jadi, saya perlu imbas semula apa yang telah dihadami dan cuba mencari kaitan dan insan yang dirujuk.

Walau bagaimanapun, sangat-sangat-sangat tidak boleh dinafikan bahawa buku ini sangat menarik minat saya. Sehingga sampai satu tahap, saya tak puas ianya berakhir! Patut dipanjangkan lagi dan dicampurkan lagi dengan pelbagai isu seperti agama, cinta, ekonomi, Tuhan, dan banyak lagi. Ah! Saya sukakannya.

Moga abang Fahd teruskan lagi menulis sebegini (atau mungkin lebih menarik lagi) di masa hadapan.
Profile Image for Haizir Othman.
Author 5 books14 followers
April 29, 2015
Fahd Razy barangkali lebih dikenali sebagai penyair. Namun, kelahiran Pascasejarah yang berhasil memenangi tempat pertama Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH ini meletakkan dirinya sebagai cerpenis berwibawa dan perlu diperhatikan. Kumpulan Cerpen ini disusun dalam satu kesatuan dari cerita pertama hingga cerita kedua belas, mempunyai kronologinya sendiri; langsung menimbulkan pertanyaan mengapa ia tidak dipanggil novel, seperti yang diniatkan oleh pengarangnya sendiri? SN Dr. Anwar Ridhwan telah merintis idea “cerita dalam cerita” lewat Naratif Ogonshoto di mana ia boleh sahaja dibaca sebagai sebuah novel atau himpunan cerita-cerita pendek yang mampu berdiri sendiri. Idea ini kemudiannya ditiru oleh Dr. Irwan Abu Bakar dalam novel Cinta Berbalas di Meja 17 yang merupakan sebuah kumpulan cerpen pada asalnya tetapi dijenamakan sebagai sebuah “novel antiplot”.

Apa pun bentuk dan konsep buku tersebut, Pascasejarah tetap sebuah karya yang menarik dibaca. Seperti kata Roslan Jomel, naratifnya tangkas. Idea kehidupan masyarakat pascasejarah yang apocalyptic, yang diangkat penulis enak dibaca. Ceritanya dijalin dengan bahasa yang lancar dan sering mempunyai rima di hujung ayat. Tidak diketahui sama ada ia disengajakan atau pengaruh dari lenggok bahasa puisi yang begitu kuat dalam diri Fahd sebagai penyair. (Namun, kadangkala persamaan rima juga agak mengganggu kerana ia sering mengingatkan Fahd sebagai seorang penyair walhal yang mahu dibaca sekarang ialah cerpen Fahd, tapi itu mungkin hanya masalah saya seorang).

Pascasejarah adalah batu tanda dalam perjalanan seni Fahd Razy selepas mengesahkan statusnya sebagai penyair. Selepas Pascasejarah dan kumpulan-kumpulan cerpen Fahd seterusnya, saya harap novel beliau akan muncul selepas itu. Tidak perlu tergesa-gesa, Fahd!

Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books185 followers
March 8, 2016
Genius! Buku ini genius! Fahd juga genius!

Aku suka laras bahasa fahd yang punya lenggok indah bagikan puisi. Dan ada juga beberapa perenggan yang berima. Tapi rimanya tak menjengkelkan.

Oh, dan buku ini genius.

Aku suka beberapa referens kepada kisah sejarah silam yang pernah berlaku di dalam buku ini, eg buku dibuang ke dalam sungai hingga hitam airnya, kapal yang dibawa daki bukit dll.

Dan aku juga suka cara cerpen-cerpen ini berkaitan antara satu sama lain. Dari bermulanya tamadun hinggalah terkubur.

Aku harap fahd lebih banyak tulis novel atau cerpen lagi selepas ini.

Aku dah cakap ke buku ini genius?
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
November 1, 2022
Saranan penulis kepada pembaca bahawa buku ini perlu dibaca sebagai novel, bukan cerpen adalah amat tepat sekali. Walaupun dijenamakan sebagai cerpen, namun kesinambungan plot pada cerpen ini membawa kepada sebuah cerita yang panjang.

Atas sebab manusia berkelahi, peperangan, serangan senjata kimia, maka lahirlah dunia baru yang turut melahirkan spesis yang baru. Namun sejarah tetap sama, sesebuah kekuasaan yang asalnya tiada apa-apa menjadi gemilang yang akhirnya digantikan dengan kekuasaan yang lain. Roda tetap begitu, putarannya tetaplah sama.

Angkat ibu jari untuk penulis. Disarankan buku ini untuk dibaca oleh pembaca lain.
Profile Image for Abrar Shafie.
Author 1 book13 followers
June 13, 2017
Aku mengenali penulis melalui buku-buku santainya tentang pengalaman menjadi doktor. Alangkah sayangnya, kerana beliau seorang penulis yang cukup hebat. Idea dan bahasa yang menarik, cukup untuk membuatkan pembaca terus membaca. Tahniah buat penulis. Ini adalah satu buku yang menarik.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
April 19, 2018
Sebuah cerita masyarakat pasca apokalips. Menurut pengarang, kumpulan cerpen ini pada asalnya ditulis untuk menjadi sebuah novel. Namun, atas kekangan tertentu ia menjadi sebuah kumpulan cerpen. Walabagaimanapun, Pascasejarah tetap mempunyai vibe sebuah novel kerana setiap bab/cerpen dicantum kuat atas sebuah kesatuan tema dan naratif.
Profile Image for Fahd.
Author 58 books120 followers
Read
April 23, 2015
Bukan review, sekadar saranan.
Sekalipun buku ini memenangi kategori Kumpulan Cerpen, saya mencadangkan ia dibaca sebagai sebuah novel (anti-plot) iaitu mengikut kronologi bab/cerpen untuk kepuasan dan pemahaman yang lebih kerana ia asalnya hendak dijadikan novel (tapi tak kesampaian).
Profile Image for Mohammad Zakaria.
Author 3 books13 followers
April 28, 2015
Sudah membaca buku ini. Saya jenis lelaki yang memakai topi, untuk karya ini, jika ditakdirkan saya berjumpa dengan penulis ini suatu masa nanti, saya akan mengangkat topi saya. Sekian.
Profile Image for Faiz • فائز.
369 reviews3 followers
October 10, 2025
Pada helaian-helaian awal, agak sukar untuk saya menangkap naratif penceritaan—hala tujunya ke mana yang penulis ingin bawakan. Bertambah-tambah pula penulis memampatkan segala perkara yang besar (semisal sejarah dan falsafahnya) dalam keterbatasan ruang (sifat cerpen begitulah)... tercungap-cungap saya dibuatnya. Maka, buku ini dibiarkan tidak berusik beberapa bulan lamanya.

Hinggalah kelmarin, buku yang tergeletak dalam tumpukan buku-buku yang lain ini kembali mengundang perhatian saya; memohon dan merayu untuk dikasihi supaya ditamatkan pembacaan.

Sungguh saya tidak menyangka bahawa apabila helaian demi helaian diselak, cerita demi cerita yang seterusnya, semakin jelas akan naratif yang penulis persembahkan. Keadaan ini bertepatan dengan perkataan beliau pada bahagian awal buku, kepingan-kepingan jigsaw sejarah". Semakin banyak kepingan yang tercantum, semakin jelaslah gambaran tersebut.

Benar juga bahawa rumus sejarah, sangatlah mudah iaitu berulang-ulang. Maka, setiap cerpen yang dimuatkan menjunjung falsafah sejarah yang sama. Segala peristiwa seperti peradaban, kuasa, pengkhianatan, ilmu dan keberanian—hanyalah unsur-unsur yang berulang, namun dilakonkan oleh watak yang berbeza. Hampir kesemua cerpen sangat mengasyikkan!

Saya petik satu perenggan yang saya gemar:
"Seperti revolusionis lain, kau juga produk kegagalan empayar. la cerita stereotaip. Anak si miskin yang melihat ibu-bapa diperas orang empayar. Cukai tinggi disantak hingga ke tengkuk. Birokrasi yang melecetkan. Harta dan tanah kebun yang ditolak tarik pemilikannya. Ah, kehidupan daif tambah melarat. la sistem politik-sosial yang lama berkarat dan bernanah dalam masyarakat. Mesin totalitarian yang dikitar semula dari peradaban silam dan diberi label baharu yang eksotik – pascasejarah. (h. 138).

Cumanya, kelemahan terbesar cerpen ini ialah gaya penulisan yang terburu-buru atau lebih tepat digelar sebagai "pemampatan fakta dan cerita" (menggunakan istilah rekaan saya sendiri)—di mana gaya penulisan ini menjadikan individu yang jarang membaca sukar menggarap cerita yang dipersembahkan kerana terlalu "mampat".
Profile Image for Iza B. Aziz.
236 reviews33 followers
February 18, 2026
Semakin baca, semakin tak peduli dengan apa yang berlaku. Konsep cerita yang berulang, ganti Kau kepada watak itu dan watak ini. Plot twist yang berakhir dengan pengkhianatan. Ya, faham jer dengan konsep 'sejarah' atau proses 'sejarah'. Tapi bila dilakonkan dengan gaya penceritaan dan penulisan sebegini rupa. Bagi saya jadi membosankan. Keseluruhannya, ia bukan citarasa saya.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
June 8, 2023
Tak boleh nak ulas panjang-panjang sebab semangat nak habiskan bacaan ni menurun sikit demi sedikit.
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books283 followers
April 16, 2016
Sekiranya melihat sejarah dalam judul kumpulan ini sebagai perjalanan yang linear, ia akan memberikan masalah kerana apa yang berlaku selepas sejarah kemanusiaan - dalam pandangan alam Islam yang memang sangat terkait dengan pengarang ini yang menulis puisi dengan tema kerohanian dan keagamaan - tidak lain adalah hari yang seorang ibu akan meninggalkan bayi yang disusukannya, Yaumud-Din.

Bagaimanapun, mungkin dengan melihat sebagai lawan kepada konsep sejarah dalam pandangan alam Barat khususnya empirisis, iaitu fakta yang ditemui oleh sejarawan dan dihidangkan seperti apa yang ditemui atau dalam bahasa Edward Hallett Carr seperti ikan yang dibeli oleh sejarawan, membawanya pulang untuk memasak dan menghidangkannya dalam kulinari yang mendatar; Pascasejarah adalah yang melampaui fakta atau dengan analogi Carr itu, pengarangnya mengutip potongan-potongan ikan yang ditemuinya untuk dimasak dan dihidangkan dengan cara yang boleh dianggap mirip apa yang dilakukan oleh Victor Frankenstein (hanya saja ini bukan monster).

Barangkali inilah yang apa dilakukan oleh pengarang. Kerana kalau pascasejarah yang dimaksudkan seperti karya dalam genre dystopia, ia sendiri berada dalam lingkungan sejarah. Apatah lagi dengan watak-watak yang ada dalam dunia mitos Yunani dan plot yang sangat bergerak pada landasan kritikan politik moden serta pascamoden, cerpen-cerpen yang ada dalam buku ini meski cuba melompat daripada tembok 'sejarah', ia akan ditarik semula ke dalam sejarah itu sendiri.

Sudah tentu membaca kumpulan ini, dari satu segi memberikan satu bentuk eksperimen daripada pengarangnya seperti yang dirintis oleh pengarang sebelumnya termasuk Anwar Ridhwan dengan Naratif Ogonshoto dan setidak-tidaknya satu kuiz minda untuk memadankan antara perlambangan baik dari mitos Yunani ataupun 'mitos baru' dari dunia masa depan dengan kaedah yang menyerupai gaya masakan realisme magis.

Justeru, kumpulan ini meneruskan sikap kritis dan vokal para pengarang sastera tanah air kepada kekuasaan tetapi dengan menggunakan gaya yang diberikan suntikan eksperimen melalui peminjaman mitos dari dunia luar dengan menghantarkannya ke dunia pascasejarah yang tidak boleh dibaca secara linear, sebaliknya sebagai sesuatu yang melangkaui fakta dan masa.
Profile Image for Munirah Mn.
67 reviews
June 22, 2020
Bab pertama tu macam bad first impression je haha tapi nasib baik paksa diri untuk cuba bab² seterusnya. Sebab setiap bab tu memang best intipati dia.

Satu kritik tentang peradaban dan umat manusia yang mudah lupa atau terlalu ambil mudah peristiwa sejarah. Manusia sendiri yang membina tamadun itu, merosakkan dan akhirnya memusnahkannya. And it tends to begin with the higher ups. The ones we put our trust to lead. The ones with power. Power corrupts... easily.

Satu lagi perkara yang menarik masa baca buku ni... Aku tak pernah suka pun bila penulis (merujuk secara umum) guna kata ganti nama diri kedua as the voice of narration, sebagai penggerak cerita. Tapi Fahd Razy berjaya tarik minat aku dengan teknik ni. Sebab 'kau' ialah watak yang berbeza dalam satu bab. Jadi bila mula bab baru, kau akan rasa teruja & tertanya-tanya.

Daripada isinya, struktur dan teknik tulisan semuanya unik. Siapa belum cuba wajib cuba. It's refreshing. Tahniahbsaudara Fahd Razy!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nur Fathinah.
130 reviews6 followers
April 26, 2020
Sejarah pasti berulang. Yang berbeza hanyalah watak dan masa.

Fahd Razy memberi nafas baru dalam menceritakan sejarah.

Sudah lama aku tidak merasa nikmat dalam menghayati pembacaan berkisarkan sejarah. Walaupun ada yang mengisahkan tentang mitos Greek, ia cuma perantara untuk menyampaikan mesej yang perlu dibawa pulang.

Sikap penguasa yang tamak haloba, sikap rakyat yang memberontak dan kemunculan sebuah peradaban baru di atas keruntuhan peradaban lain - ia adalah rumus yang berulang.

Antara perkara penting yang aku pelajari, membaca sememangnya terbukti membawa kepada kemajuan. Penasihat kepada Penguasa dipilih atas sebab kebijaksanaan mereka. Hakikatnya, ilmu mereka itu diperoleh dengan membaca.

Buku ini sangat berbaloi untuk dibaca.
Profile Image for Auni Zainal.
Author 5 books114 followers
February 13, 2019
Rating sebenar: 4.8/5
Saya rasa penulis ni genius. Cara penulisan dan gaya bahasa beliau sangat menarik. Saya suka dengan penggunaan meluas perkataan/istilah yang jarang kita dengar atau guna. Dan setiap kali habis baca satu bab, kena tutup buku dan bagi ruang pada minda untuk habiskan sesi mindblown dulu. Saya sepatutnya bagi rating 5 bintang, tapi saya kurangkan 0.2 sebab saya asyik sesak dada bila baca deskripsi perang yang saya kurang gemar sebab hati lembut (mungkin). Apa-apa pun, ya, penulis ni genius dan boleh masuk dalam senarai penulis yang akan saya kumpulkan buku-bukunya.
Profile Image for Masliya.
1 review
Read
May 6, 2015
Pertama kali saya baca buku ini saya percaya penulis mempunyai mesej dan caranya tersendiri untuk menyampaikan cerita beliau. Saya meminati hasil tulisan penulis ini atas kepelbagaian dan puisinya yang menggugah rasa. Anda perlu membaca Pascasejarah dalam konteks politik masa kini. Karya yang penuh dengan nilai satira dan saya setuju sejarah adalah rumus yang berulang-ulang. Tahniah Fahd Radzy atas kemenangan tempat pertama Kategori Cerpen Sayembara ke-2 ITBM-PENA-BERITA HARIAN 2015.
Profile Image for Lipp.
67 reviews
December 13, 2016
Antara buku terbaik yang aku pernah baca. Penuh dengan istilah yang aku sendiri tak tahu dan terpaksa google. Tapi itu tak menjadi masalah.

Antara ayat yang masih aku pegang dan tanam dalam kepala otak adalah "Graviti tidak menjatuhkan peradaban"

Secara jujurnya, pertama kali baca memang agak pening. Tambahan lagi, bila masuk bab penulis membahasakan watak sebagai aku & kau. Kena repeat baru faham.

Tahniah Fahd Razy, kipidap !
19 reviews3 followers
January 2, 2023
Review Pascasejarah

Aku mula-mula terserempak dengan buku ini sewaktu berlegar-legar di Pesta Buku Big Bad Wolf (BBW) di MIECC Serdang baru-baru ini (25 Disember 2022). Aku tertarik untuk selak sikit sebab ada tertulis pada cover dia yang buku ini memenangi anugerah ITBM entah apa entah. Kalau ada menang anugerah bererti ada kualiti, aku fikir. Aku tak pernah baca karya penulis bernama Fahd Razy (FR) sebelum ini dan aku tak pernah dengar pun nama dia. Bila aku Google, baru kutahu penulis ini doktor dan keluarkan banyak buku berkaitan kedoktoran di bawah penerbit Kata Pilar. Juga, ada banyak komen positif dari Goodreads. Pulang dari BBW, aku beli e-book je, sebab aku memang jenis tak suka buku fizikal.

Secara peribadi, umumnya, buku ini tidak menghampakan. Bahasa penulis baik. Tak ada berlebihan, penggunaan perkataan cermat dan jimat, ala Faisal Tehrani (FT). Majoriti perkataan Melayu tak ada yang baru sangat (banyak yang aku dah tahu, namun jika kalian baca karya FT, mesti ada perkataan Melayu yang kalian tak pernah jumpa), namun banyak perkataan Inggeris yang di-melayusasi-kan. Jargon? Tak banyak. Perkataan Inggeris yang di-melayusasi-kan itu bukan jargon ya. Lagi satu, banyak perkataan yang penulis coin sendiri, yang homo-homo tu. Empat bintang untuk bahasa.

Selepas merujuk review di Goodreads, aku set-kan mindset aku membaca buku ini sebagai himpunan cerpen. Cerpen-cerpen ini bersangkut-paut melalui watak-wataknya. Ia novel yang pada aku tidaklah teruk, tapi unik. Ia tak fokus pada satu-satu watak. Setiap cerpen bawa watak utama masing-masing. Secara umumnya, jika semua cerpen ini dilihat sebagai sebuah novel, ia multi-generational epic seperti karya John Steinbeck- East of Eden. Tapi disebabkan kurangnya kedalaman cerita (maaf ini yang aku rasa sewaktu membaca novel ini), maka aku drop-kan perkataan epic tu. Plot setiap cerpen menarik dan agak logik (agak logik, kerana ada sedikit yang pada aku kurang logik, baca perenggan berikutnya), tapi pada aku, ia cuma plot telling dengan sedikit sahaja showing (dalam bentuk dialog-dialog). Aku andaikan sekiranya setiap cerpen ini dihuraikan menjadi sebuah novel dengan teknik showing lengkap dengan rinci latar dan perwatakan dan perasaan watak lain, impak kepada pembaca akan lebih mendalam. Mungkin penulis tak ada masa, namun ini cadangan aku. Empat bintang untuk kandungan.

Last sekali, berkenaan logik. Dari cerita bab 2 aku tak faham macam mana manusia-manusia yang terselamat dari kemusnahan itu hidup selama 25 tahun tanpa mengenal api? Bagaimana mereka memasak? Oh, ok mereka mungkin makan mentah buah seperti pisang yang mereka berebut itu. Namun tetap tak logik. Sebab kemusnahan tak akan bawa kita kembali ke zaman batu. Aku pernah baca (tak ingat di mana) bahawa seteruk mana sekalipun kemusnahan yang menimpa umat manusia, kita tak akan kembali ke zaman sebelum kita jumpa api. Sebab katakanlah, andai kemusnahan menimpa dunia dan yang tinggal semua budak kecil, aku jamin budak-budak tu akan mati juga dan tamatlah riwayat umat manusia. Mesti ada orang dewasa yang kena hidup bukan untuk jaga dan pimpin budak-budak itu? Mesti orang dewasa itu ada pengetahuan tentang sejarah dan pencapaian manusia sebelum kemusnahan bukan? Lainlah kalau ingatan dia hilang macam cerita Attack on Titan. Jadi kewujudan manusia dewasa itu (dengan memori masih kejap) pasti akan mengekalkan pengetahuan sebelum kemusnahan betul? Termasuk pengetahuan tentang api, betul?

Dan berkenaan bab yang di mana manusia tak jumpa matahari kerana buta akibat memakan pisang yang sebenarnya beracun. Disebabkan ada seorang sahaja yang tak makan pisang itu, iaitu seorang pengawal penjara, maka dia tidak buta. Namun dia tak tahu bahawa matahari itu sebenarnya wujud. Jadi, apakah empayar tempat dia bekerja itu di bawah tanah? Pada aku tak logik orang tak buta boleh ditipu akan matahari tiada, jika dia hidup di atas tanah.

Itu sahaja. Keseluruhan empat bintang diberikan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Maisarah 莎拉 ساره 사라.
73 reviews
June 28, 2022
Gubahan indah bahasa yang diadun bersama jargon mendominasi sehelai muka. Dari dulu teringin buku macam ni akhirnya jumpa juga. Terima kasih warga Twitter untuk saranan membaca buku ni :')

Segala coretan cerita sarat dengan mesej berkualiti yang membuatkan kita merenung kembali corak manusia bertindak. Terbaik!!
Cuma ada satu bab di tengah, tak ingat yang mana satu, bagi saya kurang memuaskan sebab hanya penuh dengan jargon tanpa makna kata. Ayatnya terlalu datar yang membuatkan penggunaan jargon tu sekadar menunjuk-nunjuk sahaja

Selain tu, saya suka perkaitan antara bab, walaupun hanya sedikit tapi saya suka cerpen yang mengalir macam ni, tidak terlalu deras namun alirannya wujud :)
Profile Image for Helmie Kalimi.
9 reviews
April 18, 2024
tertarik baca buku ni lepas baca epilog dia, tapi ntah la macam susah nak paham, lagi² bila pakai kata ganti diri kedua, pastu ada few fact yang macam x boleh nak relate, lepas tu ada banyak term² yang x familiar.
sorry I'm not able to appreciate his work as much as other readers
55 reviews
May 31, 2020
aku tak tau la buku lain tapi ini pertama kali aku baca buku yg macam ni...aku suka...hahaha
Profile Image for Sen Mariduano.
16 reviews
November 7, 2024
Suka dengan gaya penulisan ringkas tapi sampai..

Koleksi cerpen yang tiba-tiba berkaitan antara satu sama lain.
Profile Image for Rozy Latip.
31 reviews
January 16, 2026
Berjuang itu sendiri adalah manifestasi kebebasan, bahawa kau tidak perlu menjadi diam, tidak menjadi alat, tidak tunggangan dan tidak juga sebagai alas kaki.
Profile Image for Nur Asilah.
94 reviews
June 26, 2016
kadang saya tertanya, ni novel atau cerpen? hehe... sebab setiap bab kisahnya ada titik akhir namun diberi kesinambungan pada bab seterusnya. bagi saya, ia sebuah hasil penulisan yang memberi warna pada pemikiran di samping lonjakan rasa untuk tahu. Pascasejarah bukanlah seperti novel futuristik tetapi sebuah novel yang perlu dilihat perjalanan kehidupan dalam sedar. Futuristik itu, mungkin terlalu jauh untuk dicapai jika adab tidak disusuli.
Profile Image for Jamal Ali.
82 reviews5 followers
January 30, 2020
1. Buku yang paling laju dibaca tahun ini (setakat tarikh ulasan ini ditulis, 30/1/20). Sekali dibaca, tangan tak dapat lepas lama untuk meletakkannya di tepi. Ideanya sangat mengujakan adrenalin.

2. Ulasan seterusnya (kenapa rating buku diberi tiga bintang) akan datang.
Profile Image for Aliff Awan.
Author 6 books19 followers
May 27, 2020
Sedap tulisan dan ideanya. Ia adalah rekaan semula terhadap apa yang dah wujud, disusun jadi cerita berantai. Kejap. Tidaklah sepenuhnya berantai, tapi langgam bahasa yang digunakan dan cara penceritaan buatkan ia seperti berantai.
Displaying 1 - 29 of 29 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.