Adiba terseret dan terjebak dalam keretakan, kecamukan, dan dilema keluarga Datuk Ghafur. Dia dimusuhi, dibenci dan dituduh menjadi punca kepada kemelut yang mereka hadapi.
Datuk Ghafur dan Datin Salmah bercerai selepas 42 tahun berumah tangga. Walau masih saling mencintai, mereka tidak mungkin kembali bersama akibat bercerai talak tiga. Adiba dituduh menalangi segalanya.
Khalida sentiasa mendesak dan memaksa suaminya, Azman, supaya menggunakan haknya sebagai anak sulung Datuk Ghafur untuk memastikan harta Datuk Ghafur tidak jatuh ke tangan orang lain. Adiba dianggap ancaman utama.
Azmin menganggap abangnya 'jantan dayus' dan 'takut bini'. Dia merasakan dirinya, sebagai satu-satunya anak lelaki Datuk Ghafur, selain Azman, paling layak mengurus dan mewarisi harta ayahnya. Adiba dianggap penghalang cita-cita.
Zulaikha masih belajar dan belum cukup umur, tetapi paling dipercayai oleh Datuk Ghafur. Adiba dituduh mengambil kesempatan terhadapnya.
Zurina dan Zuriani terlalu menurut kehendak suami yang masing-masing mempunyai perancangan sendiri. Adiba dicurigai.
Adiba terpaksa berhadapan dan menangani segalanya apabila Datuk Ghafur meninggal dunia.