Jump to ratings and reviews
Rate this book

Maddoc

Rate this book
Apabila delegasi saintis yang baru pulang dari Wuhan, China di serang, Alpha Team diarahkan untuk memberi kawalan keselamatan kepada Dr. Hailey, satu-satunya saksi di dalam kejadian tersebut dan orang terpenting di negara pada waktu kini. Dr. Hailey merupakan seorang saintis muda yang berbakat yang diberi tanggungjawab untuk mencipta vaksin Covid-19 untuk Malaysia.

Di Safe House, Dr Hailey tidak menyangka bahawa dia akan bertembung kembali dengan bekas kekasih tidak jadinya. Masalahnya sekarang, Dr. Haidar sudah bergelar MadDoc. Scalpel sudah bertukar dengan pistol. Jubah doktor berganti pakaian taktikal.

Apa yang telah berlaku sepanjang tempoh mereka berpisah? ~ Dr. Hailey.
Dari bahasa tubuhnya sahaja dia dapat meneka bahawa wanita itu masih menyimpan dendam. Dr. Hailey, senantiasa di hati. Namun, dia ada satu masalah. Nak buat misi kamikaze atau nak kekal cool? Safe House menemukan mereka semula, namun…

“Masih adakah peluang untuknya? ~ MadDoc.

Cinta tak semestinya bersatu; bersatu tak bermakna cinta.

Safe House mengungkap segala-galanya…

440 pages, ebook

First published August 1, 2021

3 people are currently reading
33 people want to read

About the author

Zura Rahman

16 books44 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (30%)
4 stars
17 (51%)
3 stars
6 (18%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
September 4, 2021
3.75 bintang

Fast-paced. Boleh habiskan in one or two sitting(s) jer sebenarnya. Kisah MadDoc, salah seorang ahli Alpha Team. Spin-off from #Ghost series.

Saya ingatkan MadDoc ni agak berusia, sementelah dipanggil Abang Long dalam Team Alpha. Mungkin dalam 40an. Lagipun dia digambarkan agak misterius dan mempunyai kisah silam yang agak tragis.

Turned out his name was Haidar. I was like, terus hilang imej berusia tu haha.Ahli-ahli Alpha ni were recruited from young age agaknya ya.

Kali ni Alpha Team ditugaskan untuk mengawasi Dr Hailey and her team yang telah berjaya menghasilkan vaksin Covid 19. Terdapat serangan dari pihak tertentu yg mahukan formula tu untuk tujuan tersendiri.

Since Dr Hailey was someone from MadDoc’s past, so there was a bit of conflict between those two. And also someone else who was also connected to MadDoc.

Tugasan MadDoc agak ‘panas’ kali ni. Dapat jadi ala James Bond demi untuk memerangkap pihak lawan.

Saya tak pasti, page kat pdf dgn page dalam buku sama ke? Sebab 440 pages of this ebook just fly through just like that. Kalau ikutkan agak tebal juga tu. But still, I think kisah ni masih ada loose ends here and there. Masih banyak scene yang dapat dikembangkan untuk menjadikan cerita ni lebih solid.

But one thing for sure. Alpha Team masih menghiburkan. Maybe penulis akan buat cerita untuk setiap orang? Please do ya 😬😬
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
December 27, 2024
3.8🌟

Fast paced.

Mengisahkan tentang Dr Hailey yang dijaga oleh team Alpha sebab ada sekumpulan musuh ni nak dapatkan sesuatu yang berharga daripada Dr Hailey. She’s a scientist yang tengah dalam proses membuat vaksin untuk covid.

Buku ni menarik untuk dibaca sebab banyak info dan aku suka friendship/brotherhood team alpha. Mengingatkan kepada geng komando dalam novel Dhiya Zafira.

Buku ni sangat fast paced. Takde sikit pun scene yang buat aku rasa bosan atau pun lelah ketika membaca. Ada plot twist jugak ye dalam ni.

Overall it was an enjoyable read dan aku sangat recommend this book.

Watak ghost menarik 🤭 aku rasa nak masukkan novel Ghost dalam to buy list aku 🤔
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
March 30, 2022
3/2022
Ghost Series memang tak boleh dilepaskan.. sebenarnya baru sempat beli kat Zura Rahman semalam 23/2/2022. Ebook cepat je dapat.. dah dapat terus layan baca.. 2 jam dah selamat habis baca.
Dalam Alpha Team rasanya Dr Haidar aka MadDoc paling berusia dan pangkat Abang2 pada geng2 Alpha yg lain. Cerita ni wujud sesuai dgn waktu dunia sedang mengharungi Covid 19. Pandai betul Zura Rahman pilih watak MadDoc utk diketengahkan.

Misi dalam cerita ni ialah Alpha Team ditugaskan menjaga keselamatan Dr Hailey. Dr Hailey seorang yang mencipta formula vaksin covid 19. Siapa sangka dalam masa bertugas MadDoc bertemu kekasih lama. Agak lucu juga bila sesi menyulam hati MadDoc dan Dr Hailey di Safe House. Bertambah geli hati bila sakat menyakat antara Alpha Team dgn MadDoc.. kesian MadDoc kena bahan. Dalam masa MadDoc nak buka buku baru dgn Dr Hailey ...datang pula Si Anastacia isteri Maddoc yg 4 tahun berpisah.Ya, memang kelakar juga lah bila misi "James Bond " MadDoc semasa kat hotel tu. Nakal sungguh geng2 Alpha Team. Tapi yang penting misi berjaya utk menumpaskan Black Rose dan konco2nya. Dr Haidar dan Dr Hailey bersatu semula. Yeahhh happy ending.
Dalam kisah ini juga terungkai bagaimana dapatnya call sign MadDoc. Memang sesuai lah dgn gelaran dia MadDoc.. Doctor Gila sungguh. He .he .he.. Terhibur betul baca kisah MadDoc ni..
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
July 6, 2024
Rate: 3.5⭐️

Buku ni tak berapa tebal so aku baca like 2-3 jam camtu boleh habis 🙊 Lagi satu biasanya aku akan baca buku Kak Zura non-stop mungkin sbb penulisan author ni mmg kena dengan jiwa. 😌

Buku ni bagi aku tidaklah begitu focus pada romance tapi lebih kepada kehidupan Maddoc dan juga relationship between members of Alpha Team 🫶🏻 Dalam banyak2 cerita yg aku baca from Kak Zura, this is the only ML for me yg sedikit lain karakternya, maksud aku, dia tak ‘perfect’, so karakternya buat aku rasa lebih dkt. He’s so human. Gitu laa hahahah. Tak tau nak explain. 😂

Cuma relationship between ML dan FL tu mcm kurg sampai untuk aku. Sebab aku takleh terima hahahah. This is definitely my preferences aje and because of the romantic ideals that i have in my mind. Menunjukkan aku masih belum cukup matang nak menerima relationship yg ada dlm cerita ni dengan mudah. Hahaha. Again tak tau nak explain macam mana. 🤧

Kalau backstory ML dan FL lebih panjang, and also more on the backstory of Anastacia mungkin buku ni akan jadi lebih menarik lagi. Dan lagi satu, ada beberapa scene dan dialog yg aku rasa kurg bersesuaian for minor. 😅 Oklah tu aje…dan yang terakhir sekali, again saya ulang dlm review buku yg ini pulak, saya nak story Hoot dan Mike 😌 #emptycanvashida
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
October 13, 2024
Maddoc aka Haidar merupakan seorang doktor tentera dan abang long dalam Alpha yang sentiasa menjaga kebajikan rakan-rakannya. Code name Maddoc merujuk kepada Mad Doctor atau doktor gila kerana reputasinya yang berani melakukan pembedahan dalam keadaan serba kekurangan di medan perang. Atas sebab-sebab tertentu, Tuan Zain telah mengrekrutnya ke dalam team Alpha walaupun dia tiada latar belakang tentera atau polis.

Kisah Maddoc ni merupakan sebuah kisah cinta dan peluang kedua. Kekasih tak jadinya di zaman universiti telah menjadi seorang individu yang perlu dilindungi. Dr Hailey merupakan salah seorang saintis yang telah berjaya mencipta vaksin untuk wabak COVID-19. Kepulangannya di Malaysia telah disambut dengan insiden serangan oleh pihak yang ingin merampas formula vaksin itu. Oleh itu, team Alpha telah diarahkan untuk melindungi Dr. Hailey.

Aku baca buku ni dengan expectation buku ni akan fokus kepada hubungan Maddoc dan Dr. Hailey, macam mana dia tackle balik Dr. Hailey sebagaimana Viper. Rupanya, kisah Maddoc dan Dr. Hailey ni tak semudah yang disangka. I did not see it coming. Plot twist tentang Maddoc yang membuatkan aku termenung seketika. And another plot twist yang mengubah perjalanan cerita membuatkan aku susah nak tulis review, takut terspoil cerita.

Mengikut kefahaman aku, buku ni asalnya sebuah ebook dan kemudian dibukukan dengan penambahan beberapa babak. Untuk buku Maddoc ni aku habiskan dalam masa 2-3 jam saja sebab tak terlalu tebal. Lagipun, aku memang suka dengan penulisan Kak Zura. However, I have to say, buku ni banyak yang boleh dikembangkan lagi sebab ada beberapa bahagian yang aku rasa lompong. Cerita zaman lampau Haidar dan Hailey pun aku rasa tak berapa kuat sampaikan Hailey marah sangat dengan Haidar. Other than that, sebagaiman buku-buku dalam spin-off Ghost series, Maddoc ni penuh dengan babak aksi yang membuatkan aku tak senang duduk. Dan semestinya babak usik-mengusik antara team Alpha dengan Maddoc. Mike haruslah ambil peluang mengenakan abang long. Tak kering gusi la kalau baca babak mereka. Hoot macam biasa, paling senyap, paling misteri antara mereka.

Apapun, tahniah kak Zura untuk Maddoc ni! Tak sabar nak dapatGhost 3 & 4 yang akan datang pulak.
Profile Image for Siti Kartini.
15 reviews
August 26, 2021
"Welcome to the world of espionage" 😁😁

Ebook MadDoc, is a spin off from GHOST series. MadDoc is sort of the abang long of the Alphas. He is the stable and reliable one. Ada kisah mcm mana dia dpt call sign dia MadDoc. Memang mad punya Doc 🤭

So cerita ini berkisar tentang pandemik dan vaksin Covid19. Bagaimana Dr Hailey & the team telah berjaya mencipta vaksin tersebut dan membawa pulang prototype nya ke Malaysia.

Alpha bertugas melindungi Dr Hailey daripada penjahat yang mahu merampas formula vaksin tersebut. MadDoc dan Dr Hailey rupanya ada sejarah lama bersama menyebabkan Dr Hailey masih berdendam pada MadDoc.

Tanpa disedari rupanya pihak yang mahukan vaksin tersebut begitu dkt dgn MadDoc. Walaupun pada mulanya dia tak percaya dgn hasil intipan Alphas. Nak tau siapa? Kena baca ebook ni. Best! Ada action, ada elemen romantik, ada komedi especially between Alphas 😂😂 Paling kelakar part MadDoc jadi spy, kena berguru dgn Ghost! ❤️❤️

Good job penulis Zura Rahman Novelis despite all the obstacles, you made it! Alhamdulillah.
Profile Image for Mika.
20 reviews
December 29, 2023
Permulaan cerita je dah rasa berdebar debar. Nikan pula untuk bahagian pertengahan dan akhir kan. Sejujurnya buku maddoc ni tidak membosankan. Jalan cerita pun smooth je. Cumanya kepada sesiapa yang fokus kepada romance, buku ni tak sesuai untuk anda. Sebabnya buku ni lebih fokus kepada persahabatan antara team alpha. Tapi walaupun romancenya sikit je, penulis berjaya membawa kita mengenali kisah perit duka antara Maddoc dengan Dr Hailey.

Selain tu, saya nak ucapkan syabas kepada penulis kerana berjaya buat kajian yang mendalam berkaitan vaksin, vaksinasi dan jenis jenis vaksin yang dihasilkan sebelum menghasilkan buku maddoc ni. Terima kasih sekali lagi. Moga kedepannya puan penulis akan konsisten dalam menghasilkan karya karya yang menarik buat para pembaca.
34 reviews
August 26, 2024
3.5 ⭐️
aku rasa among #ghost series ni.. #Ghost je lah yg aku rasa betul2 bagi impact.

Entah kenapa aku rasa MADDOC ni ditulis dgn kelam kabut sangat.

plot dia mcm x berkesinambungan sgt. jenuh aku nak cantumkan. sebab dia mcm byk skip.

btw still , jalan cerita dia menarik. thats why aku rasa ralat bila aku rasa penulis tulis mcm x serius sangat. jalan cerita tak dikembangkan dgn baik. sayang sekali sebab byk point yg mcm nak sparks tapi mati mcm tu je. tah lah. mungkin cerita ni asalnya dari ebook je kot. aku pun xsure lah. so far, #ghost is the best.
Profile Image for Yan.
119 reviews2 followers
April 4, 2024
Another spin-off from #GHOST series. Kali nie, kita berkenalan pula dengan watak MadDoc dalam Team Alpha…😍

Rating: 🌟🌟🌟🌟

Seorang saintis yang dibawa pulang ke negara Malaysia bersama dengan prototype vaksin CoVid-19, telah diserang oleh sekumpulan penjenayah. Dia diselamatkan oleh Team Alpha. Little did she knew that she would meet someone from her past. Adakah lelaki itu masih lelaki yang sama yang dia kenali dulu? Siapa pula kumpulan penjenayah yang menyerang saintis itu?

ML - Haidar / MadDoc
Dikenali sebagai Abang Long dalam Team Alpha. Call sign MadDoc, singkatan untuk Mad Doctor, kerana ML sememangnya doktor yang berani dan gila. Pernah berkahwin.

“𝒀𝒐𝒖 𝒌𝒏𝒐𝒘 𝒘𝒉𝒂𝒕? 𝑰 𝒄𝒂𝒏 𝒈𝒊𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒂 𝒄𝒉𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒕𝒐 𝒈𝒆𝒕 𝒕𝒐 𝒌𝒏𝒐𝒘 𝒎𝒆 𝒃𝒆𝒕𝒕𝒆𝒓.” 𝑯𝒂𝒊𝒅𝒂𝒓 𝒕𝒐 𝑯𝒂𝒊𝒍𝒆𝒚.

After dah habis scene selamat menyelamat, finally, mereka memberi peluang untuk berkenalan semula…😍💖💛❤️🥰

FL - Hailey
Saintis yang berjaya mencipta vaksin CoVid-19. Belajar satu universiti dengan ML.

ML & FL sebenarnya mempunyai perasaan towards each other sejak zaman universiti lagi. Tapi, masing2 pendam perasaan. Tak diluahkan. And ada perkara yang berlaku antara mereka, yang melukakan hati masing2. So, mereka berdua berpisah dalam keadaan yang masing2 sengsara. Bila bertemu kembali, mulalah nak bergaduh. Sebab ada sengketa yang belum selesai.

Truthfully, masa awal2 pembacaan novel nie, kita agak disconnected. Rasa macam tak boleh nak menghayati babak2 awal dalam novel nie. Tak tahu kenapa, kita rasa penulisan author nie ada sedikit kelainan kalau nak dibandingkan dengan novel2 yang dikeluarkan oleh author nie, sebelum nie. Is it just me? 🤔

Don’t worry, plot cerita masih menarik. Especially apabila isteri ML kembali dalam hidup ML. Memang haru biru lah jawabnya…😅 Masa tue, memang susah dah nak letak buku nie. Nak terus baca sampai habis jer…😍

Scene ala2 James Bond dalam buku nie, for me agak mendebarkan. Sebabnya, selalu scene macam nie watak Ghost yang akan lakukan. Tapi, kali nie, ML sendiri kena jadi watak James Bond…😍

Banyak lagi scenes yang kita suka dalam buku nie. Tapi, paling kita suka semua scenes brotherhood mereka. Suka dengan lawak bodoh Team Alpha nie. Suka dengan sesi pujuk memujuk apabila ML sedang bersedih. Paling suka, scene Viper cuba satukan ML & FL. Dah macam budak2 sekolah dah…🤣

Buku nie tak tebal. Bagi kita, buku nie sebenarnya ada potensi untuk dikembangkan lagi. Watak orang jahat macam tak cukup ‘umph’. Banyak scenes yang bagi kita, boleh dipanjangkan supaya lebih menarik. Even watak ML & FL pun banyak yang boleh diceritakan lagi. Especially scenes kemahiran ML sebagai doktor gila macam agak kurang dalam buku nie. Backstory bagaimana mereka berkenalan, konflik2 sebelum mereka berpisah pun banyak lagi yang boleh diceritakan.

Typo errors agak banyak untuk satu buku yang tak berapa tebal. So, agak sayang kat situ…🥲

Anyway, bagi kita Kimi Rafael > Jed > Haidar > Zaf. Haidar dah potong Zaf yer…🫣

Apa2 pun, since kita sangat suka dengan #GHOST series, kita akan terus follow siri ini rapat2. Hopefully, author akan teruskan untuk habiskan semua cerita watak2 Team Alpha nie…👍🏻
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.