Jump to ratings and reviews
Rate this book

Daun Paku Ungu: Kembara Marisah

Rate this book
Seorang gadis membawa kisah lahir yang sedih, lalu bergelut dengan zaman dewasanya kerana dia tidak punya sesiapa dan tidak mudah percaya kepada manusia. Ditakdirkan Tuhan baginya untuk bertemu dengan seorang pemuda, dengan cara yang paling tidak dapat diterima akalnya.

Dari situlah bermulanya kisah Marisah yang tidak menyangka sehelai daun paku ungu yang dipetik di Bukit Broga dan dibawanya pulang, bakal mengubah laluan hidupnya.

677 pages, Paperback

Published August 26, 2021

Loading...
Loading...

About the author

Oli Baharom

6 books22 followers


Do you notice that you suffer quite a bit when you read? You live the lives of a thousand souls, breathe through borrowed lungs, dwell in strangers' hearts.

And then the suffering is multifold when you start to write. When you love something so faithfully, you endure the pain and keep the company.


Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (75%)
4 stars
4 (25%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
June 16, 2023
Bila sudah jatuh cinta dengan lenggok bahasa yang digunakan, aku menjadi lebih seronok/senang hati sepanjang menelusuri karya ini.

Aku tidak mahu ulas panjang mengenai jalan cerita serta watak-wataknya kerana pada aku semuanya telah diadun dengan secukup rasa oleh penulis. Cuma di sini aku ingin kongsikan ayat-ayat yang berjaya menarik perhatian aku :-

🪴 Dan siapakah kita hendak menentukan siapa harum dan siapa busuk jika diri sendiri tidak mampu kita wangikan dengan akhlak yang cantik?

🪴 Jiwa yang hidup itu bahagia dan membahagiakan kerana ia sentiasa berani mengingat mati.

Apa yang diambil dan dibawa cuma apa yang bakal berguna di rumah akhirnya nanti.

Dia tidak mengambil lebih, diambil dari tangannya dia tidak sedih.

🪴 Harapan adalah suatu azimat yang dapat mengalih perhatian manusia daripada rasa putus asa yang melumpuhkan anggota sebelum mencuba. Kadangkala, harapan adalah satu-satunya pilihan yang terakhir.

🪴 Betapa setiap kejadian itu ialah keajaiban. Lahir seorang manusia ke dunia itu ajaib.

Bernafas dan berfungsi menerusi rongga-rongga dan sendi-sendi tubuh itu ajaib.

Patah hati namun tumbuh ia kembali bersama harapan yang baharu itu ajaib.

Hancur dek kejahatan dan bangkit semula kerana kebaikan itu ajaib.

Dunia yang tidak kekal ini penciptaannya sempurna. Ia jalan dan jambatan yang cukup kukuh untuk pulang ke Sana; melainkan manusia itu sendiri yang meroboh dan memusnahkannya.
Profile Image for Hamdan.
24 reviews5 followers
May 9, 2026
*PAGE TURNER*

Update ulasan Daun Paku Ungu versi Kun Fayakun, terbitan JIWA 2026.

Ini adalah antara buku terbitan tempatan dalam genre fantasi yang aku kira lain daripada yang lain dan ada ‘X Factor’ dlm keseluruhan pembinaan plotnya. Plot sangat awesome, dan kalau kau baca betul-betul, setiap titik-titik disambungkan dgn baik oleh penulis. Ticks all the boxes for epic fantasy, but at the same time it’s a unique Malay fantasy. Separuh terakhir buku penuh dgn babak yg mengepam adrenalin. Ada juga babak-babak yg menyentuh hati dan membuatkan kau ingat dengan jelas kpd watak-wataknya.

-------------SPOILER ALERT-------------

Bahagian di bawah ni mempunyai spoiler, dan jika kau masih belum baca novel ini, maka tak perlulah baca dulu ulasan ni. Datang lagi lain kali. Pergi!

Pertama sekali, aku nak mendapatkan perhatian penerbit atau penulis - mungkin terlepas pandang. Aku rasa ada satu ralat atau ambiguiti pada perenggan pertama bab Pemergian Muhaymin, muka surat 41:

“Pada malam Marisah beradu bersama daun paku ungu, di sebuah wilayah asing yang dikenali sebagai Tanah Mawlah yang bersebelahan dengan Kota Dua Marhalah, seorang raja sedang sengsara.”

- Perenggan ini aku kira ialah pengenalan kepada Kota Marwan, kota yang berjiran dengan Kota Dua Marhalah. Jadi ayat di atas agak mengelirukan.

Jadi aku semak dalam novel asal Daun Paku Ungu - Kembara Marisah:
“Pada malam Marisah masuk tidur bersama sehelai daun paku ungu di tangan kanannya, di sebuah wilayah asing yang dikenali sebagai Tanah Mawlah, di sebuah kota yang bersebelahan dengan Kota Dua Marhalah, seorang raja sedang sengsara.”

Versi asal Daun Paku Ungu (2021) aku dah baca dua kali. Kemudian, ada bab-bab tertentu aku ulang baca bila aku tak ada benda lain yg sedap nak dibaca. Aku lihat versi terbaru ini lebih nipis, maka aku fahamlah keperluan penerbit untuk mengurangkan jumlah perkataan untuk sesebuah penerbitan. Tetapi, untuk sebuah novel bergenre epik fantasi yang mempunyai plot yang rumit - kerana bagi aku novel ini plotnya agak rumit - jadi bersama pengurangan isi itu, ada beberapa kesan kepada kualiti penceritaan, termasuk juga beberapa aspek perubahan lain:

1. Antara perkara paling awal aku perasan ialah perubahan subplot berkaitan Ain, kawan Marisah. Ain dalam versi Daun Paku Ungu dibebani masalah penderaan oleh suaminya. Kemudian dalam Kun Fayakun, Ain sebaliknya didera oleh ayahnya. Mula-mula bila aku nampak perkataan ‘ayah’ siap aku highlight lagi sebab aku ingatkan typo, jadi dah sedia dah aku nak komplen kepada penulis dan penerbit. Kemudian, eh, rupa-rupanya subplotnya berubah. Ain didera oleh ayahnya, bukan suaminya. Susah juga aku nak telan. Satu, sebab rasa janggal juga utk subplot seorang wanita dewasa didera oleh ayahnya. Budak-budak didera ayah tu dah biasa, tapi biasanya menjelang dewasa mereka mula dah jumpa jalan keluar. Masih lagi boleh diterima, tetapi lebih janggal berbanding didera suami yg ramai orang boleh relate.

Kedua, sebab subplot tu bagi aku sudah bagus pun. Malah, tiada premis yg lebih baik bagi aku apabila suami mendera dan kemudian kau dapat escape dengan ‘bercerai mati’ dengan cara yg paling di luar kotak, kemudian bukan sahaja suami kau mendapat akibat yg setimpal dengan niatnya, kemudian kau pula dapat menyambung kehidupan baru yang orang tak tahu - memulakan hidup semula bersama seorang suami yg soleh. Tang itu, aku kata, sayangnya... Aku tertanya-tanya juga mengapa penulis/penerbit ambil keputusan utk ubah bahagian tu. Bagi aku, don’t fix what is not broken. Nasib baiklah subplot sahaja dan bukan plot utama.

2. Ketika membaca novel asal, aku rasa kekuatan penulis adalah cara dia bercerita. Dia ada style penulisan yg solid dan ada flow tertentu, jadi bila kau baca tu perasaan tu macam meluncur saja, jadi kau tak rasa panjang novelnya. Tapi setelah berlakunya pemangkasan dan penggubahan, aku rasa ada bahagian-bahagian seperti pembacaan rasa tersekat-sekat sikit dan writing style tak konsisten, walaupun tak begitu ketara. Ada bahagian yang aku rasakan maksudnya tak begitu sampai seperti membaca novel asal. Perasaan pun sama, ada beberapa bahagian yang tak sekuat ketika kau membaca novel asalnya. Aku rasa rata-rata penerbit lebih faham bahawa antara 101 dalam proses penyuntingan ialah memelihara 'suara penulisan' penulis. Kalau kau abaikan, maka hilanglah keunikan rasa ketika membacanya.

3. Hilangnya bab-bab menarik, ditelan atau digabungkan dengan bab-bab yang lain. Ia juga mengganggu sedikit sahaja pembacaan aku, sebab penulis ni ada kecenderungan menyampaikan kisah kadang-kadang mengikut POV tertentu watak-wataknya. Maka bila kau gabungkan bab-bab itu, POV penceritaan bercampur dlm satu bab. Cuma, kredit aku bagi sebab ia masih dipisahkan dengan scene break ***, icon daun tu. Maka dari satu sudut, kau masih lagi melihat babak itu berasingan.

Antara bab favorite aku dlm novel asal ialah bab 'Kecil' – babak anak Rustam, Muhaymin dan beberapa orang ahli Tentera Selatan. Bagi aku, bab itu ada pakej lengkap – ada kelakar, saspen, dan rasa saat ‘triumphant’ yg begitu memuaskan hati aku. Jadi sesekali kalau ada reading slump, aku selak dan baca bab tu sahaja. Tapi dalam buku baru, bab tu cuma diselitkan ke dalam bab lain dan seakan diringkaskan, sedangkan ia adalah antara yang aku kira turning point dlm kisah ini. Di sini aku selitkan juga point bahawa selepas pemangkasan dan gubahan, babak-babak yg kelakar juga kurang. Penerbit-penerbit, tolonglah pelihara keunikan dan writing style penulis2 anda.

4. Ada beberapa bait-bait hikmah atau kata-kata sedap yg aku cari, tapi rasanya sudah tiada. Jadi ketika aku nak share quote drpd buku pun dah tak jumpa, terpaksa rujuk buku asal utk mencari. Quote yg sedap juga adalah antara perkara2 emas dlm sebuah novel yg tak sepatutnya dipangkas.

5. Detail-detail kecil yg punya elemen deskriptif, yg sebenarnya berharga dlm novel fantasi seperti nama-nama makanan. Kalau dlm novel asal ada disebut contohnya ‘pulut ungu bunga telang’ atau ‘ikan gerut tembaga dari Sungai Duha’. Itu juga menaikkan deria imaginasi kau sebagai pembaca. Seperti cerita Harry Potter, kau akan ingat ‘butterbeer’ di Hogsmeade atau ‘chocolate frog’ dalam keretapi ke Hogwarts. Jadi janganlah kau buang detail-detail itu utk pembaca fantasi yg memang punya imaginasi tinggi. Aku rasa elemen tu pun dikurangkan dalam Kun Fayakun yg bagi aku agak mengecewakan, tapi aku kena baca semula utk pastikan betul2.

Dari segi pemurnian tatabahasa dan ejaan, bagi aku sudah tentulah penerbit melakukan tugas yg cemerlang. Begitu juga kualiti cetakan. Versi lama Daun Paku Ungu fontnya kecil sedikit dan merenyahkan proses membaca. Jadi aku suka dgn halaman-halaman dan font yang sedap di mata. Ada juga bahagian-bahagian suntingan yang aku tak nafikan menambah baik penceritaan.

Secara keseluruhan, novel ini baik versi lama atau baru, masih lagi unggul dalam aspek susunan plot dan kisahnya yang menyentuh hati, serta watak-wataknya yang hidup dalam jiwa kau. Versi asal pun sebenarnya bukan lama sangat, 2021. Terbaik setakat ni yang aku telah baca. 5 setengah bintang.
Profile Image for Nisya.
83 reviews3 followers
December 2, 2025
Macam biasa la kan. Mula-mula nampak review buku ni, terus nak dapatkan. Mulalah misi pencarian. Rupa-rupanya ni versi revamp selepas diterbitkan oleh Jemari Seni dulu ye. Tengok versi lama orang markup price. Fuhhh... Kita cuba lagi. Jumpa poster iklan. Walaupun tarikhnya dah lama, kita cuba contact penulis dia. Dapat jugak. hehehe.. Alhamdulilah.

Berbaloi sangat. Walaupun revamp, masih relevan kalau baca sekarang. Penulisan best. Typo pun mungkin ada satu dua yang tak perasan sangat. Alkisahnya dia macam dunia ghaib/bunian. Marisah ni yatim piatu. Hidup dia memang kerja. Keluar pun tak sangat tapi ada kawan baik, Suraya. Sekali tu diorang pergi hiking, Marisah terjumpa sehelai pucuk paku macam tu tapi warna ungu. Pelik kan. Dia bawa balik. Tapi saya tak ingat mana macam mana dia boleh tergerak untuk pegang masa tidur. Tapi daun paku ni, once kita pegang, kita terus lali dan dibuai mimpi. Bila tersedar, sudah di dunia lain tapi dunia ni nyata. Bukan sekadar mimpi khayalan.

Bermulalah kembara seorang Marisah. Sangat mencabar sebab dia perlu melalui hutan tebal. Dan seperti dunia biasa, masyarakatnya ada pelbagai wilayah dan puak. Masa ni berlaku juga pergolakan/perubatan kuasa. Marisah berkenalan dengan Amar yang rupa-rupanya ada kisah tersendiri tentang latar belakangnya. Penulis memang merungkai plot dan persoalan dengan baik. Cuma, waktu peperangan tu je terasa sangat cepat. Macam persedian yang dilakukan dah besar, tapi pengakhiran/penyelesaian pertikaian Burkan dan perang ni, macam terlalu singkat dan pantas.

Ending dia pun for me yang tak terjangka:

1- Keputusan Marisah untuk diri dia

2- Keputusan Marisah untuk salah satu watak dalam cerita ni

Dia macam ada 2 benda yang difokuskan dalam cerita ni.

1- Kembara Marisah ke dunia mimpi

2- Tentang jirannya

Apa-apapun, saya happy dapat berkenalan dan kembara bersama Marisah dalam cerita ni
Profile Image for chaptersofnaz.
8 reviews4 followers
May 8, 2026
Bersendirian. Kata itu sudah sebati dgn Marisah. Hidupnya hanya ditemani dgn kerja dan dia sudah reda jikalau dia berseorangan sehingga ajal datang menjemput. Tetapi aturan hidup berubah apabila dirinya terbaring di atas Padang Takdir dan dipertemukan dgn pemuda bernama Amar. Dalam keadaan cuba mencerna situasi, Marisah dan Amar tiba-tiba diburu oleh sekumpulan manusia yg digelar sebagai Tentera Selatan. Langkah laju berlari walaupun minda masih diawangan. Bermula dari situ, hidup Marisah yg sunyi kini diisi dgn perkara diluar nalar.
-
Permulaan naskhah boleh dikatakan agak lambat utk mengamit pemerhatian saya. Tetapi, tempoh cerita semakin menarik bila Marisah terbangun dari tidur dan dia sudah berada di dunia lain hanya disebabkan oleh sehelai daun paku ungu. Tambah menarik, dirinya tidaklah disambut dgn ketenangan malah anak panah pula menyambut kedatangannya di dunia asing itu.
-
Bermula dari situ jalan cerita semakin laju dan banyak karakter mula membuka dialog. Kisah ini bukan semata menceritakan sisi Marisah sahaja tetapi banyak konflik akan dikembangkan bagaimana Kota Dua Marhalah yg gah menjadi rebutan oleh antagonis yg tidak berhati perut. Lagi menyayat hati apabila kasih sang ayah menjadi permainan murah oleh si gelap hati demi mendapatkan hak yg dari mula tidak layak untuk dia miliki.

Maka peperangan mulai dirancang. Tercetusnya khianat dan terhapuslah kepercayaan.
-
Jatuh suka dgn karakter Marisah ini walaupun dalam keadaan yg tidak punya jawapan. Dia tidak bersikap tergopoh gapah utk memuaskan hati malahan dia sgt menghormati pendirian Amar sebagai penduduk tetap Kota Marhalah. Dalam pengembaraan bersama sudah tentu soal hati mulai terpaut tetapi dunia mereka berbeza mustahil utk bersatu.

“Marisah, aku mahu kamu selamat. Aku mahu kamu hidup. Walaupun kita tidak dapat bersama lagi selepas ini” —Amar

“Aku juga peduli tentangmu. Aku mahu kamu hidup. Aku mahu tinggal di kota ini sampai habis perang. Jika kamu mati, maka aku akan menggantikan dirimu untuk berjuang. Bahkan kalau ditakdirkan, aku sanggup mati bersamamu.” —Marisah

Jujur saya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan cara olahan ayat penulis. Tetapi bila sudah dalam landasan yg betul sememangnya buku ini susah untuk diletakkan. Tidaklah terlalu tebal isi karya ini tetapi bijak penulis mampatkan segala konflik lalu diselesaikan sepantas kilat agar tidak ada satu persoalan dibiarkan bergantung tanpa tali.
-
“World Building” sangat berjaya dalam lensa mata saya, seolah-olah saya juga ikut mengembara bersama Marisah ke kota tersebut. “Chemistry” antara mereka usah diperkatakan lagi sememangnya meletuskan perasaan bercampur baur apabila dua insan ini sudah bertentang mata.
-
“Twist” yang diletakkan juga berjaya membuat saya kaku seketika. Barulah saya faham walaupun sedarah tidak semestinya akan berkongsi hati yang sama. Istilah keluarga itu mungkin akan ada menerima dgn tangan terbuka dan mungkin ada pihak yg bertawar hati.

Dan itulah yang Amar terpaksa telan apabila duri yang mencucuk badan adalah dari kalangan keluarga sendiri.
-
Kesimpulannya, jikalau korang sukakan naskhah sentuhan melayu klasik. Saya sangat syorkan utk mencuba naskhah ini dan mengembara bersama Marisah untuk mencari erti kehidupan yang sebenar!

Kun,
Kata Tuhanku
Lalu bertempa dulang nasibmu
Dua dunia bertingkah waktu
Jerih kupikul saratnya rindu
Lantas kukaup butiran debu
Pernah disentuh tapak kakimu

Personal Rating: 4.80/5.00
Profile Image for Jasmin.
5 reviews
April 26, 2026
Suka.
Surprisingly very good for a local Malay fantasy. Suspenseful. Marked for reread. ♥️
Profile Image for akusipeminatbuku.
265 reviews33 followers
March 18, 2022
Novel Daun Paku Ungu - Kembara Marisah merupakan cerita yang pernah terbit sebagai cerpen dalam buku Antologi Cerpen Sains Fiksyen & Fantasi terbitan JS pada tahun 2016.

Aku sangat teruja apabila mengetahui, penulis menghasilkan novel penuh untuk cerpen tersebut. Novel setebal 680 muka surat ini memberikan dinamik tersendiri. Cerita asalnya masih sama, Marisah melalui satu pengalaman menjadi musafir mimpi selepas pulang dari Bukit Broga. Daun paku ungu yang ditemuinya membawa dia menjadi tetamu di Kota Dua Marhalah.

Marisah terjaga dan mendapati dirinya di satu tempat asing. Itulah Padang Takdir yang menjadi tempat kemunculan musafir mimpi. Tanpa dia ketahui, keadaan di sana tidak begitu selamat. Dia terpinga-pinga bila mendengar derapan kaki kuda berlari. Seorang pemuda muncul dan menyelamatkannya daripada menjadi mangsa Tentera Selatan.

Sebuah kisah fantasi, berkisarkan pertemuan dua insan. Amar penduduk Kota Dua Marhalah. Kotanya sedang dalam keadaan tidak aman kerana ancaman Tentera Selatan yang mahu menguasai kota tersebut. Manakala Marisah seorang anak yatim, hidup sendirian. Kedatangannya pada masa yang tidak sesuai menyebabkan dia terpaksa bersembunyi di hutan. Kembara tiga hari Marisah berakhir dengan tragedi bila mereka ditemui musuh. Amar menyuruh Marisah menyelamatkan diri dan ketika itu juga Amar diserang oleh Tentera Selatan.

Keseluruhan jalan cerita agak baik dan berjaya membangkitkan rasa ingin tahu. Mungkin ada sedikit yang agak meleret tetapi aku masih boleh diterima. Ada plot twist yang aku tak jangka. Ada juga sedikit persoalan yang aku tidak temui jawapan melainkan andaian.

Bagi perkembangan jalan cerita, aku boleh katakan penulis berjaya melakukannya. Aku lebih meminati kisah yang terjadi di Kota Dua Marhalah kerana lebih banyak konflik dan dinamik dalam kisah mereka. Kota yang diambang peperangan, musuh dalam selimut, kehilangan Amar, dendam lama Burkan dan pendirian Azizi.

Sebuah lagi novel fantasi bagi peminat genre ini. Tahniah penulis kerana berjaya menghasilkan novel ini. Semoga terus maju dan menghasilkan karya yang lebih baik di masa hadapan.
Profile Image for Beelah.
364 reviews23 followers
September 23, 2025
Ceritanya sangat best tapi....

Premis cerita pada 8 bab terawal agak perlahan, penerangan yang terlalu panjang dan terlalu puitis. Maaflah, saya mudah bosan kalau terlalu puitis. Saya berhenti baca. Bagi laluan untuk bacaan ringan2. Saya ambil masa berbulan-bulan untuk sambung balik bab 9 dan ke atas.

Nasib baik masuk je bab 9, gaya penceritaan sudah berubah, sudah kurang berpuitis, masih ada puitisnya tapi sudah berkurangan. Cerita semakin baik dan menarik untuk setiap langkahan bab. Rasa sayang pulak untuk berhenti baca. Best sangat!

Saya sangat suka dengan pasangan karater utama iaitu Marisah dan Amar. Mereka sangat cute🥰. Sikap dan sifat Amar sangat elok (jejaka idaman saya ni 🤭). Amar, bukanlah seorang pahlawan yang kebal dan ampuh, sebaliknya seorang rakyat biasa yang suka menghulurkan tangan untuk membantu orang dalam kesusahan. Seorang hero bagi keluarganya dan Marisah.

Tahniah dan terima kasih saudari Oli untuk karya fantasi hebat ni.
Profile Image for Ummi Aufa.
1 review
August 29, 2021
Tak berapa rasa nk membaca semenjak dua ni, tapi dah terangkat terus tak letak... memukau... penuh aksi, penuh pengajaran, mcm2 kejutan, bahasa mudah nk faham... lepas ni rasa mcm nak ke bukit broga nak cari daun paku ungu, nak tangkap sorang mcm amar 😁
Syabas penulis...👍
Profile Image for Misskyoto.
3 reviews
Want to Read
January 1, 2025
Ada sesiapa nak jual buku ni ke?
x jumpa dh sekarang.puan penulis,kalo xde print buku,ebook pun cukup.
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
April 15, 2023
Finally, habis jugak baca novel ni. Agak lama tertangguh utk habiskan novel ni sebab mood nak membaca tu tak sampai.
.
Ada ayat2 dalam novel ni yang saya rasa kena dengan diri dengan saya & terasa/teringin nak jadi macam marisah nak berkembara macam tu. Suka dengan gaya penulis untuk tak panjang2kan hubungan antara seorang bos dengan pekerja (marisah); cukup sampai kat situ je. Tapi, sesungguhnya cerita ni hanya fiksyen fantasi semata dan mungkin kalau cerita ni divisualkan ke layar baru senang nak gambarkan dan faham cerita dengan latar tempat yang diberitahu oleh penulis. Pengakhiran cerita ni kadang2 buat saya terfikir , hakikatnya, marisah ni, ada atau 'tiada'?
.
Terima kasih pada penulis sebab sudi beri novel ni pada saya sebab saya bukan sesiapa. Utk elak rasa segan menerima novel ini sahaja, saya beli sekali novel si dia dari boston < saya akan baca.
.
p/s: one of my wishlist - nak pergi bukit broga
Profile Image for Pencinta Aksara.
3 reviews4 followers
September 5, 2021
Hhhhhh....... perasaan....😊😀😮😨😢😘😍....

Plot twistnya... Kejutan demi kejutan yg tersusun cantik
Displaying 1 - 11 of 11 reviews