Alin keliru. Dia celaru. Lelaki berbahaya yang cuba menamatkan riwayatnya, kini berubah menjadi ‘her knight in shining armour’. Sukar mahu percaya, tetapi sebaik sahaja haluan mereka bertemu, dunianya berubah sekelip mata.
Haq buntu. Apa yang awalnya menjadi tugas biasa, berubah sehingga di luar kawalan. Mengenali seorang Adlin Suffiya tidak pernah termasuk dalam perancangannya. Tiba-tiba tujuan hidupnya berubah.
“Damn it Alin. I never wanted to end this way. Falling in love with you was never in the plan.”
Alin tekad. Dia tidak akan menerima perkataan ‘TIDAK’. Lebih-lebih lagi bila dia yakin Haq mahu mengatakan ‘YA’. Lalu bagaimana caranya untuk meyakinkan Haq bahawa peluang untuk mereka bahagia masih tetap ada.
~ Never trust everything you see. Even salt look like sugar~
Sedikit kecewa dengan abg Haq. Personaliti abg Haq kurang mengancam. Sekejap nak, sekejap tak nak. Sekejap ok, sekejap tak okay. Alin je tergugat dengan abg Haq. Hahaha. Kief juga di hati 🤪🤭 Sori yer abg Haq.
Dalam banyak-banyak nama karakter Kak Dhiya, yang ini aku paling suka sekali. 🫢 Semua nama karakter ML Kak Dhiya semuanya best2, tp Idzharul Haq hits different gitu 💕💕
Buku ni salah satu buku yang aku baca sangat banyak monolog dalaman, cumanya ni daripada pandangan aku la ya, aku susah sikit masuk dengan cara penceritaan yang begini. Bagi aku ada juga bahagian-bahagian yang agak draggy sedikit. 🤔 Lagi satu masalah aku sendiri la, aku agak susah sikit menerima yang kita boleh fall in love dalam masa yang sangat sekejap, dalam masa seminggu aje 😌 Tp yalah nama pun novel kan, kang jadi tebal sangat pulak 😂 Mungkin bak kata orang putih ‘Tough Times Create Strong and Lasting Bonds’, sebab dua karakter ni lalui sesuatu yang sangatlah bahaya, jadi tak mustahil untuk wujud rasa cinta tu kan 🙂 Setakat ni, relationship yang aku paling suka dalam novel Kak Dhiya, masih lagi daripada novel JKP (Rif dan Afi) 🫶🏻
Dalam novel ni, kadang-kadang buat aku geram dengan watak FL 😂, tapi dalam masa sama kesian. Watak Haq pulak 🤌🏻 Haish, mana la nak jumpa orang mcm ni. 🫠
Overall, still a good read. Now nak sambung TDD, sbb dalam tu ada kisah Haq jugak 🤭 #emptycanvashida
siapa suka action, thriller, romance this one for you😍 for me yes sy suka sangat sebab macam2 feelings ada while baca this novel😮💨nervous and takut jangan cakap memang memanjang ada, BUT sweet Haq hmmm tersengih je tau🤭
also, i love novel yg ada unsur mystery bestt teka teka while baca ni geram tau nak tau ending😍for me best sangat.
Kali ini Haq versi hardcover mmg cukup sempurna. Penceritaan tidak bosan dan bergerak laju tanpa jalan cerita yg meleret. Dan secara jujurnya saya sangat suka dgn versi ini. Cukup rencah. Novel melayu, walau the main dia cite aksi tetapi kisah cinta tetap terselit. Barulah ada feeling2 utk guling2. Kalau tak bosan pulak kan.
Haq mmg jenis yg setia. Walau perkenalan mereka dlm keadaan yg tidak dijangka, namun Haq mampu mengubah tanggapan Alin terhadap dunia. Kerana Haq, Alin tekad utk berubah. Kerana Haq, Alin gigih mencarinya sehingga ke Turki sana walaupun sebelum itu 2 thn Alin tidak pernah keluar rumah apatah lagi utk berbual dgn org sekeliling.
Namun bila sampai di Turki, pelbagai ancaman yg terpaksa Alin hadapi sehingga Haq tekad utk memperisterikan Alin. Dia tak mahu lg kehilangan Alin. Lagi pula, Haq sangat risaukan keselamatan Alin.
Bagi saya, Alin sebenarnya seorang wanita yg sgt beruntung. Walau pernah dicurangi Imran dan ditinggalkan Kasih, tetapi dia masih ada seorang Daniel yg sgt menyanyangi dirinya. Dan Haq pula bukan sahaja mencintai diri Alin, namun sanggup bertaruh nyawa hanya utk memastikan keselamatan Alin terjamin. Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Setelah menderita, Alin ditaburi kebahagiaan dan kesetiaan yg tiada tolok bandingannya.
Thumb up utk Dhiya Zafira. Karya anda tidak pernah mengecewakan kami. Dan of coz saya akan setia menunggu buku seterusnya dari anda! TQ❤️
Sumpah siapa yang ada buku ni pergi baca cepat 😭☝🏻 best namampus tak tipu. Tak menyesal beli ARGHHHHHHH even takde sangat part sweet dia tapi buku ni tetap ada manis diaaaa. Tak reti nak review actually sebab nak meroyan je sebenarnya hikss. Tu je kbye. Sapa yang dah beli tapi tak baca sila laa baca sebab nanti menyesal sebab lambat baca
Walaupun dah baca berulang kali perasan membaca tu sama seperti membaca buat pertama kali. The adrenaline rush you get bila membaca buku ini dengan plot after plot sungguh satisfying.. ❤❤❤❤❤ thank you kepada penulis DZ kerana menghasilkan buku ini..
Sekian lama kuperam novel ni sebab sayang...akhirnya aku kalah jugak dengan aura abg Haq .
Idzharul Haq. Siapa dia sebenarnya? Terlalu misteri .
Alin, hidup dia diselubungi kesedihan setelah kematian anaknya, Kasih di depan matanya sendiri akibat terkena tembakan di bank. Sejak dari itu dia mulai memencilkan diri. Dia mula hidup dalam dunianya sendiri di rumah milik Daniel, abg sepupunya dipersisiran pantai. Dia akan mengalami anxiety sekiranya dia melangkah keluar dr pintu. Jadi disebabkan itu, segala keperluan dia, dia hanya order online ataupun melalui Daniel yg kdg2 datang menziarah .
Hanya disebabkan perasaan ingin tahu, dia melangkah keluar dr rumahnya. Dan disitula titik pertemuan antara Alin dan Haq. Alin pasti dengan keadaan Haq, tentu satu kejadian buruk telah berlaku. Tanpa berfikir panjang, dia memilih untuk membantu Haq .
Semuanya berlaku terlalu pantas. Pelbagai perkara buruk yang berlaku kepada Alin setelah dia menyelamatkan Haq. Setelah semuanya selesai, Haq mengundur diri demi kebaikan Alin. Kerana bagi Haq orang sepertinya, tak layak untuk bahagia .
Namun ianya tidak berakhir disitu. Pabila rahsia siapa Haq terbongkar, Alin mengambil keputusan untuk mencari Haq di Turki. Pertemuan semula antara Haq dan Alin di Turki menyedarkan Haq bahawa dia juga tak boleh hidup tanpa Alin .
Tapi, Haq dan Alin masih diburu di Turki. Kerana si pemburu tidak ingin melihat sinar kebahagian Haq. Hanya seorang, yg menyimpan dendam kerana Haq mengetahui kegiatan buruknya, Kai. Rakan sepasukan Haq sendiri .
Bagi aku, aura Haq kurang menyerlah berbanding ML sis dhiya yang lain. Maybe aku lagi sukakan abg Sid, abg Kief . Chemistry antara ML dan FL pon agak longgar. Tapi takpe. Jalan ceritanya masih memikat. Cuma aku berharap yg chemistry antara watak tu lebih kuat supaya jalan cerita lagi mantap .
Act, aku tak sabar nak baca novel baru kak dhiya. Tertunggu2. Harapnya aku boleh bertemu sesegera yg mungkin🤭 .
Jalan cerita yang santai menurut saya. Aksi? Ya. Thriller? Ada. Romantis? Hohoho adaaaa tapi tak guna ayat jiwang bunga-bunga. Tapi cukuplah buat kita tersengih senyum sipu malu 🥹✨
Buku ni best! Mudah faham. Tak meleret, itu paling dinanti. Nak kata santai, tak juga sebab ada naik turunnya cerita ni. Wehhh lupa nak cakap, air mata keluar juga wehhh. Kena pula jiwa sensitif macam kita ni, memang berhingus wakkk 😂
Aksi-thriller, bagi aku kurang sikit (ada memang ada), tapi aksi dan thriller dia tak buat dada kita sesak dan otak kita penat macam bila kita baca buku action-thriller yang lain. Jadi kurang penghayatan sikit. Penceritaan bab aksi tu kurang dipelbagaikan. Bukan nak bandingkan, tapi contoh buku dari penulis SA, itu memang kaw kaw dia attack jantung kita. Otak kita penat bayangkan setiap aksi dalam buku tu. Boleh improve lagi, jangan risau, lain kali kalau ada buku baru dari DZ kita memang akan grab.
Cuma aku nak tahu, Kasih ditembak oleh siapa? Kes apa? Pastu bapa Daniel masuk penjara sebab apa? HAHAHAHA. Dia macam hmmm dah habis baca tetiba teringat tanda tanya ni.
Haq is so misterious and secretive. memang x blh agak langsung sape Haq ni. mixed guy malay-english-turkish-arab - handsome kan🙊🙊🙊. he loves Alin so damn much tapi terpaksa ignore his feelings just not to involve Alin into his world. Haq such a protective and loving man. Melting the way he jaga Alin. He was there whenever Alin's in danger. As for Alin, tak blh salahkan dia jadi mcm tu. what happened to her life was tragic. And she too loves and protective againts Haq. Seboleh2nya jaga identiti Haq from police. But the time Haq buat2 tak kenal in Istanbul, alahai kesian Alin. nasib ada Hayat tolong 😜
This book to be placed with my other fav novels. 🤗 p/s I havent read the 3 old version books. this book was chosen instead sbb special edition kan🙊💃. kebetulan on leave so can finish d book within 1 day. the eagerness to finish this book, macam roller coaster.
Ikutkan nak rate 4 je tapi dkt hujung tiber rasa macam eh kena naikkan sikit ni hahahahahaha So personal rating: 4.5/5
Dari awal bab sampai ke penghujung bab rasa berdebar tu tak hilang ya. Rasa takut pun ada gak tapi lagi banyak rasa nak tahu sebab Haq ni terlalu misteri. Tiba tiba muncul berdekatan dengan rumah Alin tiba tiba angkut Alin sekali utk selesaikan misi dia tiba tiba jatuh cinta ehh 🤣 dan tiba tiba jugak Haq hilangkan diri 😔 apa yg jadi dalam buku ni bagi belle realistik je sebab yg baca je tahu hahahahaahahah. Alin yg setelah sekian lama trauma dgn kisah silam dan Haq yg terlalu memikirkan kerja dan misi yg harus diselesaikan tiba tiba mereka terjumpa dalam satu situasi yg mustahil utk jatuh cinta tapi dah takdir kan. Semuanya terjadi secara tiba tiba. Kedua duanya tak dapat melupakan satu sama lain sampai mengganggu emosi dan urusan seharian.
Idzharul Haq– ml kak dhiya nama memang semua sedap 🥹 tapi antara semua ml Haq paling keras dan bahaya. Sakit gak lah mata nengok apa yg keluar dari mulut Haq ni tapi tulah apa yg dia cakap tu semua sebab terlalu sayangkan Alin 😔. Tapi Haq tetap tak boleh kalahkan SID terpaling on top di hatiku 🥹🫶🏻. Dan antara semua ml penulis, Haq paling beremosi 😭 kalau rasa Alin tu beremosi, Haq pun sama naik 😭 tapi takdelah geram sangat still acceptable
Adlin Suffiya– seorang yg pada awalnya agak lemah dan sangat beremosi, hidup dalam dunianya sendiri setelah satu kejadian menimpa dirinya. Alin tak keluar rumah, hanya terperuk dalam rumah akibat trauma tapi yg anehnya dia boleh percaya dgn Haq orang asing yg dia selamatkan. Dah nampak semua senjata pun dia tetap boleh percaya 😭 Alin ni macam biasalah perempuan normal yg ada angin dia, emosi tak bertempat walaupun Haq pun sama je beremosi gak tapi itulah yg melengkapi satu sama lain 🫶🏻 Alin punya emosi pulak mmg dah boleh expect sbb saya perasan fl penulis semuanya beremosi dan boleh buat darah tinggi yek sebab geram, so bila baca perangai Alin takdelah rasa nak marah sangat sbb yg lagi hangin baca Ari isteri Sid tu 😭 ke sama je ek hahahahahaha
Haq banyak aksi (70%) dan cinta (30%) walaupun peratusan cinta tu sikit tapi kekuatan cinta mereka melebihi segalanya. Masing masing sanggup berkorban utk satu sama lain, masing masing sanggup mati utk memastikan yg tersayang kekal selamat. Cinta mati lah orang kata tapi satu je kisah Megat Daniel memang takde ke ek 😔 teringin nak tahu kisah abang sepupu kesayangan Alin ni 🥹
Tolonglah baca kalau nak tahu apa pekerjaan Haq ni 🤣 act boleh teka tapi tulah dkt hujung baru reveal 😔 so mmg tak pelik kenapa ada banyak watak Sid dalam ni sbb dia org penting jugak. Dapat lah lepas rindu dkt Sid walaupun Sid sangat professional dalam ni tapi tetap terbukti yg dia sangar penyabar orangnya 🥹 lah cerita org lain tapi duk review orang lain 😭
The book that got me into the action-romance-thriller genre for malay novels.
Rating: 🌟🌟🌟🌟.7
Disebabkan satu insiden, seorang wanita mengalami agorafobia. Boleh google untuk tahu lebih lanjut tentang agorafobia nie. And because of that, this woman takut untuk keluar dari rumahnya. Segala keperluan, dia akan beli secara online. Dari semasa ke semasa, her cousin akan datang melawat dia untuk check keadaan dia & cuba memujuk untuk dia keluar dari rumah, live a normal life.
Satu hari, ada seorang lelaki cedera dan jatuh di perkarangan rumah wanita tersebut. Untuk kali pertama sejak dia mengalami agorafobia, wanita tersebut keluar dari rumah, dan menyelamatkan lelaki tersebut. Sejak itu, kehidupan wanita ini mula berubah. Kucar kacir dengan kehadiran lelaki misteri ini. Bahaya demi bahaya mereka alami bersama. Tapi, dalam dok alami bahaya sesama tue, mereka berdua jatuh cinta. Tapi, boleh ker mereka nie nak hidup bersama? Nak tahu, memang kena baca buku nie…😏
ML - Haq Misteri. Itu jer yang boleh digambarkan tentang ML. Memang tak tahu apa pekerjaan dia pada awalnya. Ramai yang nak bunuh dia. Tapi, jangan main2, bab2 melawan nie, ML kita nie memang hebat. Boleh rasa betapa jantannya ML kita nie. Tapi, bila ML jatuh cinta, keluar habis segala kenakalannya…😍
FL - Alin Degil. That’s all I can say about her. Tapi, kedegilan itulah yang memaksa FL keluar dari rumah. Bila FL nak something, dia pergi dapatkannya. Walaupun dihalang, FL tetap nak juga. Paling kita suka bila part FL decided untuk cari ML. I mean, it’s the first time in her life that she wants something for herself, after the accident. I was like, “YES!!! YOU GO GIRL!! Go and get your man!” 👏🏻👏🏻👏🏻
So, kita boleh nampak, kehadiran ML telah mengubah sedikit demi sedikit kelakuan FL. Dari seorang yang takut untuk keluar dari rumah, terus memberanikan diri untuk keluar mencari & mengejar cinta sejati. Chewaahhh…❤️💖💛
Part mereka berdua berganding bahu untuk menumpaskan musuh ML, fuhhh *chef kiss..😘*
Kalau dalam masakan, orang kata cukup rasa, perencah semua. It’s the same with this book. Cukup semua. Takder yang kurang, takder yang lebih. Teratur, tak dragging mana2 pun. Bila time action, berdebar2 nak tahu apa yang jadi seterusnya. Bila time romance, aduhhh, terus cair dengan kata2 Abang Haq…😍
Disebabkan buku nie, kita jadi terus minat dengan buku2 yang bertemakan aksi romantis. Rasa macam satu adventure. Rasa macam tengok movie. Aksi tembak menembak, kena kidnap, berlawan bagai. Fuhhhh, memang boleh bayangkan, kalau jadi movie, memang best… 🥰 Tapi, as usual, buku2 macam nie, janganlah diadaptasi. Spoil nanti. Apa2 pun, untuk author, good job…👍🏻 Teruskan berkarya author 👍🏻
Amaran, jika anda mempunyai sakit jantung, darah tinggi atau apa apa penyakit yang boleh menyebabkan darah berderau ke kepala atau jantung berdegup kencang, disarankan agar tidak membaca novel ini.
Amaran lagi sekali, panjang nak membebel ni.
Sebenarnya sepanjang Haq ditulis dalam bentuk novelette saya tidak tertarik sebab hero pujaan ; Rif masih memegang takhta teratas dalam hati eceh.
Haq sebenarnya boleh dikatakan mempunyai 'background' yang sama dengan hero penulisan Kak Dhiya - kemampuan untuk 'berlawan' dengan musuh, cold - warm personality, dan sayang hanya pada heroin yang satu. Tapi yang lebihnya Haq ini, dia 'penjahat' yang berbudi.
Alin, watak heroin yang boleh difahami kenapa dia jadi sebegitu. Perit betul watak heroin kalini, saya tumpang bersimpati. Saya suka betul babak perkenalan mereka berdua. Macam surreal tapi begitulah cara mereka kenal. Character development Alin juga sangat mengagumkan makin lama banyak yang buat kita impress dengan dia.
Jalan cerita agak fast pace. Part 1 agak laju dan 'blur' sebab bertubi tubi peristiwa terjadi tanpa penjelasan namun semuanya akan diperjelaskan kemudian. Tapi saya mengharapkan agar 'smooth transition' dilebihkan lagi untuk buku ini Plot twist dekat akhir tu buat saya wowww sangat, tak sangka ya begitu haahah. ( Nak tahu kenalah baca sendiri ehehe)
Overall, buku action-thriller-romance ini best. Berbaloi untuk buat exercise jantung dan check peredaran darah kita normal ke tak. Dan bagi kita natural blusher eh eh eh
This entire review has been hidden because of spoilers.
Title 👉🏼 Haq (complete) by Dhiya Zafira Language 👉🏼 Malay Rating 👉🏼 4⭐
Hi guys. I'm back with another book🤗
Today I want to review with you guys about this book.
Haq is the first book I read from this author. Been published in 2017. So quite long ago about 5 years already.
So basically Haq is about secret agent, going through 1 mission. While he did the mission, he met with ALIN (FL). Alin is agoraphobia because of certain accident.He tried to save Alin. From there, a lot of things happened. There's a lot of suspense. Lots of actions.
The plot was okay but i think it's dragged a little bit. Maybe too much 'event' happened. Because I thought 'Ohh, it's already at peak of story' but the pages still got a lot🥲 Do you understand what I'm tryna to say? That's that😂
The development of characters are quite nice. But a little bit of stubbornness of ML not to be with FL because of his nature of work always being dangerous. But at the end, finally they are together. (Sigh, finally) Haq's flirting with Alin give me 🤯. While reading this, I almost rolling because of 🦋 (I'm too much isn't 🤣)
Overall, it's good. I like it as this book always made me want to read, read and read because of the unknown. It's like you watch action series in TV AXN. You know what I mean?🙈
Jujurnya, saya fikir, penulis cuma satukan semua cerita Haq dalam satu novel, dan cuma menambahbaik kesinambungan jalan cerita. Rupa-rupanya ....tidak! Ia jadi seolah-olah satu cerita baru yang lebih suspen, yang lebih berat, dan lebih aksi.
Saya lebih suka versi yang ini, kerana lebih banyak logiknya dari versi lama. (Versi lama ada unsur "langau"). Dalam versi ini konfliknya lebih realistik.
Bila baca novel ni, saya boleh terbayang setiap aksi, setiap babak, setiap riak wajah Alin dan Haq. Perasaan tu jadi roller-coaster, sampai satu ketika tu, kena berhenti baca sekejap sebab nak susun rasa. Banyak persoalan dalam versi lama terjawab dalam novel ini, terutama berkenaan dengan kerja Haq. Plot twist pun memang tak terduga, telahan saya (apa jadi selepas tu) tersasar terus masa saya baca babak Haq dan Alin bergaduh besar.
2 broken souls mended when they became one. That's true love.
Aku adalah type yang akan turn off kalau novel tu terlalu banyak monolog daripada dialog tau sampai aku akan skim atau skip. Tapi melalui haq, author ni berjaya ubah habit aku ni. Monolog dia adalah monolog yg tak membosankan tau yg sampai kena cerita detail buatkan reader naik penat baca monolog. Lepastu gaya pembawaan cerita tu pon bagi aku okay! Tak terlalu cepat tak terlalu lambat dan paling penting scene flashback dia disusun dgn sangat teratur so reader takde la confuse or blur! Kuddos to seller 💖 fyi this is my first book from kak dhiya zafira and the first impression went well! Tak sabar nk baca CIA and the geng!
Commando pun bukan. polis pun bukan. jadi sapa Haq ni? Pertemuan pertama kali Haq berdekatan Rumah Alin dengan kesan tembakan buatkan Alin nk tolong walaupun dia ada penyakit Agoraphobia. Tak keluar rumah selama 2 tahun selepas kematian Kasih, Anak Alin. Sedar - sedar jatuh cinta. “mama i’m in love with a criminal” tapi bukan. Haq bukanlah penjenayah. Novel ni balance aksi & cinta. Suka gila. Aksi pun author explain sampai buat kita rasa nk fight sama. Padahal kena jentik pun menangis. Cinta pun bukan yang cringe sangat. Love both of them. Looking foward kak Dhiya punya novel lagi
ni siri terakhir saya baca lps borong novel dhiya zafira bawah poreng kertas, baca ikut turutan ye. oh my haq, perfect karekter, strong and sweet guy. novel ni bagi saya sarat dengan aksi diselitkan dengan sweet butterfly terbang sana sini. dapat bayangkan scence dekat turki. saya suka perjalanan emosi alin yang kehilangan orang tersayang and how she get up and survive. hat off to writers,
My hero no one HAQ..🤩 Berapa kali nak kena ulang baca nih.. Mujur lah hardcover, kalau tak lunyai lah jawabnya🤣🤣 Tak puas baca walau berulang kali.
Puashati dengan HAQ HARDCOVER ni.. Dari haq yg sebelum² ni. Dari muka surat 1 hingga akhir, cukup untuk satu cerita yg ada aksi, konflik cinta.. Tq sis Dhiya hidang cerita² yg best..
first impression on the book itself mmmg membuatkan aku tertarik utk baca. Awal awal ada reading slump but goshh the storyline is fantastic!, for me the book is very worth the price and buku ni ada dia punya own vibes yang buat org tertarik.Unexpected plot twist for sure. Love it btw!
Aku sanggup mati untuk dia... Dan aku juga sanggup membunuh untuk dia.
Jujurnya, saya tak menjangkakan apa-apa dari buku ni. Sebab tak pernah baca karya penulis sebelum ni. Selepas sebulan mood membaca tak datang langsung, saya randomly pick up a book from my sister's shelf.. and what can i say? Keputusan yang sangat tepat untuk mengambil buku ini, selepas reading slump yang agak lama.
Pada pembacaan saya, novel ini terpecah kepada dua bahagian, di PD, Malaysia dan juga di Turkiye. Pertemuan pertama Haq dan Alin di PD agak unik. Dan saya rasa.. hmm logik? Sebab, walaupun Alin ada fobia, dia tetap panik nak selamatkan Haq yang nyawa-nyawa ikan. Tapi, saya geram kenapalah Alin ni tak beritahu je perkara yang sebenar pada Daniel dan Inspektor Sid, hanya semata nak lindungi Haq... Geram sikit part tu. Tapi kalau takde bahagian tu, takdelah pula kisah-kisah di belakangnya. Kisah di Turkiye, saya mengaharapkan lebih banyak penerangan daripada penulis tentang suasana di sana, penceritaan tentang jalan, bangunan, tradisi, orang-orangnya dan sebagainya. Di Turkiye ni, saya paling suka bahagian mereka dikejar lepas naik belon udara panas. Saya dapat bayangkan macam mana situasinya -cemas, kelam kabut, panik, kagum dengan ketangkasan Haq. Tapi, saya kurang gemar part mereka berkahwin.. hmm, saya rasa so sudden. Tapi it's okay. Tak mengganggu pembacaan keseluruhan pun.
Watak Daniel menang di hati saya, walaupun Abang Haq lebih dangerous dan cold. Sebabnya, Daniel sangat warm dan memahami. Bukan seorang yang suka memaksa dan dia sangat prihatin tentang Alin, which potrayed how a family should be. Protecting each other. hmm.. mungkin penulis boleh buat novel lain untuk Daniel sebagai watak utama? Sebab, dia dah ada dah ciri-ciri hero melayu tu. Ahah!
Dan semestinya, kita semua membenci watak Kai. Dendam dan hasad yang membawa kepada pelbagai masalah. Boleh kot saya katakan, Kai adalah driver kepada kisah ni. Tanpa perangai dia yang entah pape tu, tak dapatlah kita baca kisah Abang Haq. Tapi, pengakhiran untuk kisah Kai, pada saya agak tergesa-gesa.. macam tiba-tiba. Senang sangat. Haa gitu.
Untuk watak-watak tambahan, macam Mikail, Sid, dan Jahn, saya mengaharapkan lebih banyak penglibatan mereka. Dan sedikit kesudahan watak mereka, mungkin. Kisah Imran dan Nabilah pun, tiba-tiba je hilang. Nak tahu juga, apa terjadi dengan hubungan mereka.
Pada saya, penagalaman pertama kali membaca buku penulis sangat favorable lah. Mungkin sebab saya takde expectation, jadi, semuanya jadi sangat wow pada saya. Tak reti nak komen character developement, flow of the plots etc sebab saya bukan mahir nak buat review. Saya sekadar menyatakan pandangan peribadi picisan saya ini, setakat yang mampu. Tahniah, penulis.