*Bonus bagi setiap pembelian novel digital Daun Paku Ungu: Kembara Marisah.
-------
Munir sedang begitu menantikan waktu dia sampai ke rumah, saat dalam perjalanan pulang dari tempat kerja; hari itu hari yang melelahkan dan penuh fitnah.
Dia mahukan tilam dan bantal, serta kesunyian daripada hiruk-pikuk manusia.
Namun, takdir punya cara tersendiri dalam menyempurnakan hasrat Munir itu...
Do you notice that you suffer quite a bit when you read? You live the lives of a thousand souls, breathe through borrowed lungs, dwell in strangers' hearts.
And then the suffering is multifold when you start to write. When you love something so faithfully, you endure the pain and keep the company.
Cerita pendek yang menarik untuk dibaca kerana usai membaca kisah Munir ini kepala aku diterjah dengan pelbagai persoalan.
Adakah Munir berhalusinasi dan sedang bergelut dengan kemurungan? Kerana di awal cerita aku disajikan dengan situasi Munir yang sedang menghadapi konflik di tempat kerjanya. Atau adakah kisah makhluk-makhluk misteri itu hanyalah bayangan yang bermain-main di kepalanya sahaja?
Namun jika nyata atau tidak nyata ceritanya, ada mesej tersirat lagi bermakna yang puan penulis berjaya sampaikan kepada pembaca dengan keadaan semasa yang sedang kita hadapi pada masa kini.
This entire review has been hidden because of spoilers.