Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sesuatu yang Tak Mungkin

Rate this book
BLURB

Kehidupan Dahlia berubah selepas terlibat dalam kemalangan yang telah meragut nyawa seseorang. Bertahun Dahlia menghukum diri sendiri sebelum dia memberi peluang kepada diri sendiri untuk mengecap rasa bahagia.
Namun, kebahagiaan yang dia impikan lenyap sekelip mata sebaik sahaja dia sah bergelar isteri kepada Faleeq.

"Welcome to my hell, Dahlia binti Idrus!"

"Jadi, awak kahwin dengan saya sebab ini? Untuk hukum saya?"

"Ya! Kenapa? Kau ingat aku cintakan kau? Jangan mimpi aku akan jatuh cinta pada pembunuh macam kau."

Pada saat Faleeq berikrar untuk buat hidup Dahlia terseksa, mereka terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan Faleeq terlantar koma selama setahun dan hilang ingatan. Lelaki itu tak ingat apa-apa tentang Dahlia.
Ini merupakan peluang yang baik untuk Dahlia melarikan diri daripada cengkaman Faleeq.

Tapi...

Lelaki itu perlukan dia.

"He's so fragile right now. Mudah sensitif. You kena banyak bersabar dengan dia. You kena sentiasa ada untuk dia. Jangan tinggalkan dia." - Dr Bella

"Awak tak akan tinggalkan saya, kan?" - Faleeq

Dahlia dilanda dilemma. Separuh daripada hatinya meronta ingin lari daripada Faleeq. Separuh lagi tidak sampai hati meninggalkan lelaki itu terkapai-kapai seorang diri.

Apakah yang akan berlaku pada pasangan suami isteri itu? Adakah Dahlia akan kekal di sisi Faleeq? Apa yang akan terjadi selepas lelaki itu ingat semula? Adakah antara mereka sesuatu yang mungkin? Atau pun tidak?

*****

Untuk pembelian, boleh hubungi penulis melalui Instagram @azura_rasiddin. RM20 sahaja.

758 pages, ebook

First published September 1, 2021

2 people are currently reading
26 people want to read

About the author

Azura Rasiddin

12 books96 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
27 (60%)
4 stars
13 (28%)
3 stars
5 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
July 1, 2023
The angst for this one…. Whew 😮‍💨

I cannot imagine how one must have felt to be living in such unbearable guilt for years.

All the FL ever wanted was forgiveness from the ML. She even put her feelings aside because she thought she did not deserve to be loved, after what she had done in the past.

An eye for an eye, a tooth for a tooth — that’s what she believed.

Achieving happiness is definitely not easy for them. But everyone deserves a second chance. And I’m happy they did give themselves an opportunity to be happy.

Aside from the English grammatical errors, I have another issue. Why does the ending seem rushed? How I wish it was written a little longer. But overall, a great read!
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
April 12, 2023
'Saya dan awak adalah sesuatu yang tak mungkin'.

'There's no us. There's always you and her'.

'Macam mana aku nak hukum kau bila aku dah start sayang dan cintakan kau?'

.
.
.
and many moreeeeeeee. I'm sad, my heart hurts so much for both of them. Masing-masing terluka dengan 'kejadian' tersebut. Dahlia yang terlalu mahu menghukum diri sendiri & Faleeq yang penuh dengan dendam tapi bila muncul perasaan kasih terhadap Dahlia terus tersekat antara dua janji.

Walaupun ending 'secoet' macam tu je aku tetap puas hati. I really recommended this if you guys nak baca cerita sedih with 'secoet' happy ending.

p/s - Punyalah best cerita AR kalini sebab walaupun ebook yang sampai 758 pages aku boleh habiskan dalam masa 2 hari. I loved it so much!
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
September 3, 2023
Sedih dengan Dahlia dan Faleeq. Dahlia, bertahun hidup menyalahkan diri sendiri. Dia rasa dia tak layak pun nak hidup bahagia macam orang lain terutama sekali dengan Faleeq. Sayang tu ada tapi perasaan bersalah lebih menguasai. Dia sengaja menyeksa diri sendiri, dia nak Faleeq ingat balik memori ketika di hari perkahwinan tu.

So bila Faleeq dah ingat lain pulak jadinya. Perasaan sayang Faleeq lebih menguasai daripada rasa dendamnya untuk hukum Dahlia. Mereka akhirnya berpisah. Bukan kerana benci tapi kerana sayang.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
787 reviews227 followers
May 2, 2024
Kalau nak compare angst level, Tak Akan Menyatu punya angst lagi power. Yang ni, macam kureng sikit. I rasa dia akan jadi lagi power kalau Faleeq ni marah Dahlia lama lagi. Atau mungkin Faleeq decides to continue with his revenge plan and carries them out for awhile, buat Dahlia terseksa sikit lagi, pastu Faleeq menyesal sendiri sebab tak sanggup buat Dahlia macam tu sebab hati dia dah sayang sangat-sangat. You know what I mean? Mungkin kejam sikit tapi baru hati I puas dengan tahap angst dia tu hahaha
Profile Image for Wan.
18 reviews3 followers
February 28, 2024
Untuk sesiapa yang sukakan kisah pain.Silalah beli ebook ni.Highly recommend for you guys! Best sangat2.Aku habiskan dalam masa sehari je.

Ni karya kedua daripada kak AR yang aku baca.So far karya dia tak mengecewakan aku lagi dan aku rasa SYTM ni lagi pain dari TAM.

--------------------------------------------

Awal pembacaan memang tak boleh nak duduk diam dah ye.Banyak sangat persoalan yang bermain dalam minda aku ni.

Disebabkan aku tak baca sinopsis cerita ni dulu so,aku tak tahu pun yang Faleeq kahwin dengan Dahlia ni bersebab.Bila sampai kat part Faleeq bawa Dahlia di lokasi tunang dia meninggal dan jelaskan tujuan dia kahwin dengan Dahlia tu baru aku tahu dan automatik aku terus teringat buku  DBC.ML dia ada tujuan yang sama terhadap FL iaitu nak mulakan misi balas dendam.

Mula-mula tu aku rasa kesian gila dekat Dahlia,dahla dia dah hukum diri sendiri sebabkan rasa bersalah dia dengan Inaz.Lepastu kena hadap hukuman dari Faleeq pulak.Nasib baik Faleeq tak sempat lagi mulakan misi dia tu. 

Tapi bila sampai part Faleeq tinggal kat rumah Dahlia tu aku rasa kesian dekat Faleeq pula.Geram jugak dengan cara Dahlia layan Faleeq masatu.Bila part dia marah Faleeq sebab gunakan laptop dia tu series aku rasa nak maki je sebab buat suami sendiri macamtu.

Kadang aku rasa dahlia ni bodoh jugak ye,kalau aku lah kan kalau suami dah hilang ingatan,aku takkan tolong dia ingat balik pasal kisah silam dia tu apatah lagi benda tu akan menyeksakan kau jugak,tapi Dahlia ni nak jugak Faleeq ingat tujuan utama diorang kahwin..Tapi bila difikirkan balik betul jugak tindakan Dahlia ni kan,sampai bila nak hidup dalam penipuan kan.

Tapi kan kisah hidup diorang ni dua² sedih.Faleeq dah takde mak ayah dan kehilangan adik dia disebabkan kebakaran tu.Dia hanya ada tunang dia aje,mestilah dia sayang macam nyawa sendiri.Kalau aku pun boleh gila bila tunang meninggal sehari sebelum kahwin.Dahlia pula ada keluarga tapi keluarga dia layan dia macam orang asing.Sumpah aku geram dengan ayah dia tu.Pentingkan nama sampai abaikan perasaan anak sendiri..Kuat gila Dahlia ni hadap rasa bersalah tu sorang², nasib baik ada Hayyan dan umi dia tempat untuk meluah.Aku suka dengan persahabatan Dahlia dengan Hayyan.Hayyan betul² seorang sahabat yang baik.

Part ending tu rasa tak puas laaa.Macam rushing sangat..Bagilah banyak sikit momen² happy diorang..Asyik baca momen sedih je lepastu mulalah melalak.Baru je ingat diorang kahwin balik pastu ada anak ke apa ke🤭

Apapun,jalan cerita dan plot memang diolah dengan baik lah.Rasa macam naik roller coaster bila baca kisah diorang ni .Harap akak AR keluarkan lagi cerita pain macam ni.Walaupun menyeksa diri tapi kita suka ahakss.
Profile Image for Eyd1410.
833 reviews22 followers
September 15, 2021
Permulaan datang dgn dendam dan pengakhirannya dibaluti oleh cinta dan sayang. Sangat panjang kisah cinta mereka berdua. Dahlia dan Faleeq. Pertemuan mereka dirancang oleh Faleeq. Perkahwinan juga diatur oleh Faleeq atas dasar dendam namun siapa kita untuk menentang kehendakNya.

Setahun koma, Faleeq sedar dlm keadaan hilang ingatan. Dia berusaha untuk rapat dgn isterinya Dahlia tetapi Dahlia selalu dingin dan menjauhkan diri darinya. Sikap Dahlia terlalu misteri bagi Faleeq. Faleeq selalu tercari² sebab kenapa Dahlia tidak gembira. Dan Dahlia selalu mahu Faleeq ingat semula apa yg berlaku sebelum kemalangan.

Bila kebenaran terbongkar, Faleeq terpaku. Dia tak tahu apa yg perlu dilakukan. Sama ada mahu meneruskan niat di awal perkahwinan mahupun membina memori baru dlm sebuah perkahwinan. Tetapi atas desakan, Faleeq memilih utk melepaskan Dahlia. Namun masih adakah ruang di hati masing² untuk mempertahankan diri masing² atau mencipta bahagia dgn yg lain?

Ok mmg kena baca. Tak rugi beli karya Azura kali ini. Best. Jalan cerita yg tidak akan pernah rasa bosan atau hambar. Highly recommended👍

# Tak tahu kenapa, saya sedih dgn nasib keduanya. Masing² terjerat dlm kelukaan. Kesian Faleeq yg berusaha utk bahagia dgn Dahlia. Pelbagai cara dia lakukan utk meraih cinta Dahlia walau permulaannya bkn itu yg sepatutnya. Dahlia juga bernasib malang. Kecewa dgn keluarga dan juga diri sendiri. Terlalu menghukum diri sehingga menafikan haknya utk bahagia. Mungkin ada yg berkata Dahlia ini bodoh kerana sia² shj bersikap begitu. Tp I feel u sis😭
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
October 5, 2021
"Saya dan awak adalah sesuatu yang tak mungkin."

Karya penulis AR ni tak pernah mengecewakan saya. Ada vibes Aurora dalam alur cerita ini. Menangis dan tersenyum bercampur menjadi satu. Dahlia dan Faleeq. Dua hati yang terluka. Cuba untuk hidup bahagia tapi jiwa masih tidak lepas daripada beban duka.

Adakah dengan ungkapan kata maaf mampu menghapuskan segala dendam yang membara? Jujurnya, tak boleh pihak sama ada nak berpihak pada Dahlia atau Faleeq sebab dua-dua watak ni buat aku kesian. Dua-dua watak ni dah cukup terbeban dengan perasaan galau masing-masing. Bila dah sampai ending pun rasa sebak masih menghimpit. Setiap yang berlaku tu pasti dalam pengetahuan Dia. Dan dia yang menentukan segalanya. 😊

5 ⭐ untuk SYTM. (Kalau dalam masa sehari boleh habiskan ebook yang ada 700++ muka surat maknanya best ler bagiku - memang bila baca susah nak stop 😀)
Profile Image for Ju Muharam.
72 reviews1 follower
September 14, 2021
Kun Faya Kun
Kita merancang tetepi Allah yang menentukan dan rancangan Allah terbaik...
Sangat indah jalan cerita ini.. ❤❤❤❤❤ it
Terima kasih pada penulis cerita ini Azura Rasiddin...congrats!
2 reviews
March 13, 2023
Best gile... Recommend sangat... Harap author dpat ciptakan lagi karya yang terbaik macam ni
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
September 4, 2021
Apa yang kita akan rasa, bila kita cuba rancang sesuatu yang tak baik terhadap seseorang sebab kita tak mahu berdamai dengan takdir, tapi sesuatu yang dirancang itu berbalik kepada kita?

Aku pilih untuk membaca Sesuatu Yang Tak Mungkin, sebab aku dah tahu gaya penulisan Azura Rasiddin. Mainan emosi yang dibawa belum pernah gagal membawa aku menghayati setiap cerita yang digarapnya. Tema yang diketengahkan oleh penulis kali ini ialah tentang berdamai dengan takdir dan harga sebuah kemaafan.

Mulakan bab dengan ciptaan konflik merupakan idea yang sangat baik kerana dapat menimbulksn rasa debaran dan ingin tahu dalam diri pembaca. Elemen imbas kembali yang digunakan penulis juga kemas dan mudah untuk pembaca faham apa yang berlaku antara Dahlia dan Faleeq. Aku suka dengan jalan dan perincian ceritanya. Konflik dan emosi yang setara. Setiap patah perkataan membawa emosi yang seiring. Memberi pembaca peluang untuk betul-betul merasai perasaan yang dialami Faleeq & Dahlia

Menjadi Faleeq yang sukar berdamai dengan takdir, buatkan hidupnya dipenuhi dengan kepura-puraan dan kebencian. Merancang sesuatu, tetapi belum sempat melunaskannya, dirinya terpempan dengan takdir yang menimpanya. Dia jadi bertambah kusut. Menjadi Dahlia, kesilapan lampau mengubah kehidupannya. Apa yang dia mahu, cumalah menuntut sebuah kemaafan, bukan untuk orang lain tapi untuk dirinya. Cukup, untuk membebaskan dirinya dari rasa bersalah.

Bila keadaan semasa menekan mereka berdua, aku nampak perkembangan perwatakan Faleeq & Dahlia. Faleeq mahu memulakan semula, berdamai dengan apa adanya. Dahlia, mahu dengan bersyarat. Masatetap menjadi permainan mereka untuk mengubati dua jiwa.

Keseluruhannya, aku rasa suka dan puas bila dapat membaca Sesuatu Yang Tak Mungkin. Kedua, ebook ini dihasilkan dengan baik. Tak lelah nak habiskan, perasaannya tetap macam baca buku fizikal. Highly recommended! Tahniah kepada penulis! Semoga terus menghasilkan karya yang lebih baik.
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
November 11, 2024
wow i can settle the reading in a day! 😎 after a while asyik slow read.

very smooth read and pace. walaupun ada part yg rasanya tk perlu long explanation, a bit dragging and berulang tapi still enjoyable and hook to read.

CUMAAA
tak puas laaa scene happy for them. ishh

as always, MANTAPPP kak zura 👍🏻
Profile Image for Hasmidah.
129 reviews7 followers
October 23, 2021
Wow memang best la. Cerita yang tak meleret, watak sampinganpun tak ramai. Boleh baca straight nonstop. eBook yang sangat berbaloi dibeli.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.