“Saya tiada pilihan lain. Saya diugut…” – Yusuf Irham.
Dahlia masih percaya bahawa hubungan yang dibina bersama Yusuf masih boleh diselamatkan namun tidak pula bagi Yusuf yang sudah berserah pada takdir.
Tiga tahun Yusuf menyepi. Dahlia menanti. Tatkala hati Dahlia sudah terbuka menerima cinta yang baru, Yusuf pula kembali.
“Kenapa baru sekarang awak nak muncul, Yusuf?!” – Nur Dahlia.
Dahlia yang masih ragu-ragu akhirnya menerima Yusuf dengan rasa cinta yang masih berbaki. Namun, Fitnah pula yang menghujani perkahwinan mereka.
“Kau memang tak nak ambil tahu ke siapa pengirim email tu?"- Umairah.
"Buat masa ni, biarlah aku cuba tenangkan diri dulu…” – Nur Dahlia.
Dahlia mula berubah. Apa sahaja yang Yusuf lakukan nampak salah di matanya. Ujian yang datang dari segenap sisi semakin menekan mereka.
“Maafkan abang jika abang nampak seperti lelaki yang lemah di mata Lia. Maafkan abang kerana menangis di hadapan Lia…”
Yusuf, lelaki yang satu dalam seribu. Mana mungkin Dahlia akan temui lelaki seperti itu walau serata dunia dia melangkah. Namun, dia sudah seperti tak mampu bertahan.
Mampukah mereka mempertahankan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta dan sayang itu?
Atau mungkin benar, cinta itu tidak lagi untuk mereka?
F rasa like I was on a roller coaster of emotions reading this masterpiece. Menyirap dengan sikap abang Dahlia yang jenis membuta tuli serang Yusuf.
Frankly no one, no one boleh jumpa manusia sebaik Yusuf. Even Dahlia yang konon cinta mati itu pun tak berusaha untuk investigate apa yang terjadi pada Yusuf.
Dahlia lebih percaya email dari confront pada Yusuf sendiri. Yusuf dok tanya apalah salahnya.
F sedihlah baca. Sedih giler apa yang Yusuf alami.
F rasa nak cincang² doktor tak guna tu si Syerif dan Umai yang berhati busuk tu.
Only one person yang percaya Yusuf, ayah Dahlia but sayang wataknya meninggal akibat penyakit buah pinggang.
Yusuf yusuf why you so kind to others? Why you love Dahlia so much? Berkali² F nangis bila Yusuf kena hina. F bengang dengan watak Dahlia walaupun dia jadi mangsa bomoh dengan doktor tak guna tu. Isshh geram F
I can beat there's no man like yusuf in real life.He is too kind for his wife,Dahlia.Even Dahlia tu dah bagi sakit hati dia,but he's always with Dahlia,dah kena maki,kena caci kena hina dengan wife sendiri pun he's still with Dahlia no matter what.I can't deny dua dua tersakiti dan saling menyakiti but overall sumpah best it can make you cry like there's no tomorrow.❤️
Alhamdulillah hbs jgk baca novel ni. Eh hello novel ni best sgt sbb buat aku nangis teresak2 😭. Bengkak oi mata. Amaran drpd aku jgn baca novel ni di tempat awam ye. Kat rmh dlm bilik sorg2 takpe. Cuma satu aku tak berapa suka cara yusuf dptkan dahlia. Uish kau yusuf. Tapi bila pikir balik, bila lagi kan nak dptkan dahlia dgn cara mcm tu. Yusuf ni kan aku tak tau la dia ni jenis manusia mcm mana. Sabar betul dia dgn kerenah dahlia. Dtg la banyak mana pun ujian yg menimpa dia tetap dia buat baik dgn org2 yg sakiti dia. Kesian yusuf nasib dia seperti jatuh ditimpa tangga. Lps satu-satu ujian dia. Klu aku jadi dahlia awal2 tu aku dah siasat sape yg nk porak perandakan rmh tangga aku. Satu je perangai dahlia yg aku tak berapa berkenan. Suka sgt percaya org luar/email drpd prrcaya dgn suami sendiri. Abg long dia pun aduhai dua kali lima. Tapi tu lah nasib insaf jgk 😅
Benci dgn Sherif dan Umairah. Dh boleh agak dah sape umairah tu. Jahat gila dua org tu. Dua2 nk balas dendam. Aku suka karya kali ni sbb tak banyak typo dan kesalahan ayat.
Aku menanti karya EM yg seterusnya 😊 terbitlah lg bawah IKP
Walaupun buku ni, ratingnya bagus di Goodreads, ni antara buku yang aku rasa susah sangat nak habiskan. Tak terkira berapa kali duk bukak tutup buku. .
By the way, buku ni aku baru je beli waktu PBAKL tahun ni. Beli kat shopee. Disebabkan tengah reading slump, sengajalah aku mencapai buku ni sebab nipis. Tapi makin tenggelam ke dasar laut pulak 😅 .
Okay, permulaan cerita, Yusuf ni budak baik dan rajin. Sambil belajar pun, dia masih jual burger sebagai part time. Dan Dahlia pun setia menemaninya, walaupun Dahlia ni tipikal budak kaya. Cumanya Dahlia ada la jugak perangai buruk yang suka memperlekehkan orang tu. .
Mereka bahagia je, sehinggalah Yusuf terpaksa kahwin dengan perempuan lain demi membalas budi. .
Maka, berpisahlah mereka. .
Beberapa tahun berlalu, mereka kembali berjumpa. Pada masa ni, Yusuf dah kurus keding. Dahlia pula dah ada boyfriend, Syerif. .
Tapi, atas sebab tertentu, Yusuf dan Dahlia berkahwin. Mulanya Dahlia dah redha, tapi ada pulak fitnah dan hasutan. .
Tanpa usul periksa, Dahlia membenci Yusuf, sedangkan Yusuf ni baik giler. .
Banyak la up and down dalam buku ni. Ada je dugaan untuk Yusuf ni. Yusuf ni baik, cumanya aku tak suka dengan usaha Yusuf untuk mendapatkan Dahlia. Dahlia don't deserve you, Yusuf. .
Watak Dahlia ni, seriously, aku tak suka. Sumpah annoying. .
Aku rasa dalam buku ni, watak yang baik, semua mati awal. Tinggal yang jahat-jahat annoying je. .
p/s: aku tak pasti buku ni ditulis tahun bila. Tapi aku pernah baca Salahkah Aku Menanti. Dan aku lebih prefer buku SAM la. Aku rasa gaya bahasa, stail penulisan dalam buku ni, agak kurang sikit. Tak tahu la kenapa. Aku tak dapat rasa emosi tu. .
Tapi, kalau korang suka buku yang melodrama gini, boleh la try.
first impression: i thought this is gonna be like that cheesy kind of romance novel BUT IT IS NOT OKAYY. this is my first time buying and reading malay book other that Manes Wordwork and IMAN Publication, so I kinda have low expectations towards this book. ******************************************************************************* Kekasih Bayangan is a book about the challenges that the couple Yusuf and Dahlia gets through in their relationship. first challenge : they have to end their relationship because Yusuf need to be a scapegoat for some girl (iykyk). They ended it nicely thus it left scars on Dahlia's heart. second challenges: they meet again after 3 damn years BUT yusuf is basically like a whole different person. Though they ended up getting married end during their marriage MANY THINGS HAPPENS and they need to end the relationship again. third challenge: actually dahlia is under a spell during her wife era it was by her evil,jelous EX. after their divorce, Dahlia doesnt know that she is pregnant and some incident happens making her and yusuf GET BACK AGAIN but peacefully (she falls in love with Yusuf). But this time another thing happens which is Yusuf turn blind and the rest................. AFTER ALLLLLLLLLLLL THESE CHALLENGES,,, it is a happy ending indeed, with all the plot twists happening (taknak la cerita panjang nanti spoil pulak ekk so yeah)
X ramai lelaki zaman sekarang yang sesabar yusuf. Buku nie lelaki yang tersakiti😭😭😭 Perbuatan Dahlia terhadap yusuf tue sgt lh kejam mula2 rasa x layak utk yusuf tapi kena faham jugak dahlia dh kena manderam dgn Syerif. So for jalan cerita x de mengarut plot twist pon boleh agak dh sebenarnya tapi kesedihan tue memang sampai ke pembaca. Tapi kalo die selit detail time yusuf and dahlia buat rawatan psikatrik confirm memang lagi banjir dan beremosi