Jump to ratings and reviews
Rate this book

Biar Susah Asal Lillah / Biar Susah Asal Berkah

Rate this book
Sebuah buku yang ditampilkan dengan dua sisi berbeza tetapi bernilai. Sisi utamanya membawa pembaca menyemai ikhlas, Biar Susah Asal Lillah. Manakala sisi keduanya pula adalah bertemakan istiqamah, Biar Susah Asal Berkah.

Keberkatan tidak akan muncul jika tidak disemai dengan ketulusan dan keredhaan dengan semua yang Allah s.w.t. takdirkan buat kita sebagai hamba Allah.

Buku ini adalah versi bahasa Melayu yang diterjemahkan daripada karya terkenal bahasa Indonesia, oleh Ustaz Dwi Suwiknyo.

272 pages, Paperback

First published September 13, 2021

5 people are currently reading
17 people want to read

About the author

Dwi Suwiknyo

23 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (34%)
4 stars
10 (28%)
3 stars
8 (22%)
2 stars
4 (11%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
December 3, 2021
- Buku yang tidak berapa kena dengan jiwa. Banyak isi yang diulang-ulang. Ada sesuatu yang kurang dari buku ni.

- Buku untuk memotivasikan diri tapi diri ini tak berapa nak termotivasi dgn gaya penulisan penulis. Maksud dari buku ni mungkin kurang sampai. Entahlah
Profile Image for Nur Suhada.
6 reviews3 followers
October 15, 2021
Buku dua dalam satu yang sederhana, namun bermakna. Setiap bab ringkas, tapi berbekas.

Biar Susah Asal Berkah, membantu kita untuk istiqamah melakukan yang terbaik dan meraikan setiap keadaan hidup.

Biar Susah Asal Lillah, menitipkan semangat agar kita merasa yakin untuk menempuh setiap kesulitan dan meraikan perasaan yang datang dengan ikhlas.

Kata penulis--
"Fokus dengan kekuatan diri. Bina kekuatan dalaman dengan doa-doa. Andai segala yang kita mahu tidak tercapai, kita masih boleh cermin untuk lihat ke dalam diri. Bahagian mana yang masih belum selesai dengan diriku?"

Selain membantu kita untuk merefleksi diri, kita akan mula memahami, kehidupan adalah untuk melakukan apa sahaja yang terbaik, ikhlas kerana-Nya dan memberi hasil yang positif untuk diri dan orang lain.
Profile Image for Amira.
4 reviews
September 23, 2021
Pada permulaan bab sisi Biar Susah Asal Berkah, Dwi Suwiknyo memulakan penulisan beliau dengan memperingatkan kepada kita tentang makna keyakinan yang sebenar kepada Allāh SWT,

Meski pun sukar keadaan yang kita lalui seakan-akan tiada harapan untuk pulih akan tetapi orang yang yakin sentiasa menguatkan dirinya dengan kata yang sederhana "aku telah menjalankan kewajipanku dengan sebaiknya, maka selebihnya aku berserah kepada-Mu."

Orang yang yakin sentiasa menghadapi dugaan dan ujian dalam hidupnya dengan tenang kerana kebergantungannya kepada Allāh SWT dan percaya akan janji-Nya bagi orang yang bersabar.

Walau sebesar manapun ujian yang dia hadapi, dia sentiasa yakin bahawa pertolongan Allāh akan datang tepat pada waktunya.

.....

Diri kita ini adalah peranan utama dalam kehidupan kita sendiri, sebab itu kita harus memilih untuk menjadi kuat. Bangkit semula selepas jatuh. Jika jiwa kita sudah penat, ambillah ruang waktu seberapa lama yang kita perlu untuk pulihkan jiwa kita semula lalu bangkit menjadi seorang yang lebih baik dan bersemangat untuk teruskan kehidupan.

Jatuh lagi, bangkitlah lagi. Itu lumrah seorang manusia. Ada jatuh bangunnya.

Ketika membaca setiap bab dalam buku ini, kata-kata penulis ini seolah-olah memujuk diri pembaca untuk tetap berjuang dengan sabar walaupun tidak ada teman disisi, untuk tidak banyak mengeluh dan membawa diri kita merenungi bahawa setiap kesusahan yang kita lalui ini ada orang yang hidupnya jauh lebih susah daripada diri kita. Jadi sepatutnya, kita mesti terlebih bersyukur dengan nikmat yang kita ada.

Ketika kita merasai suatu kehilangan, kita belajar apa itu kesedihan dan bagaimana rasanya ketika memiliki. Hakikat pemilikan yang sebenar itu adalah Allāh SWT, kita hanya diberi pinjam oleh Dia. Maka sebenarnya kita tidak benar-benar kehilangan tetapi memulangkan semula kepada pemilik asal yang berhak ke atasnya.

Hidup kita ini tidak hanya untuk diri kita sendiri tetapi untuk memberi manfaat pada orang lain. Walaupun setelah itu tidak diberi penghargaan dan balasan, tetapi jika kita niatkan untuk mendapatkan redha-Nya maka hati kita akan tetap senang dan tenang. Kerana mengharapkan ganjaran pahala hanya daripada-Nya.

Ada pada beberapa bahagian dalam buku ini, penulis meletakkan ruang kosong untuk pembaca isi dan jawab. Walaupun tidak ada yang akan menyemaknya semula, cukuplah untuk pembaca jujur kepada diri sendiri lalu mengambil sedikit masa untuk bermuhasabah diri.

Penulis juga menyentuh perihal diri sebagai seorang ketua keluarga atau boleh juga sebagai seorang anak yang hidupnya bersama keluarga. Ketika mencari rezeki di tempat kerja, dan ketika menghadapi apa jua masalah sekalipun, tidak perlu membawa pulang masalah itu dan cerita kepada ahli keluarga untuk tidak membuatkan ahli keluarga dan orang yang kita sayang risau dan bimbang dengan keadaan kita. Penulis mempunyai suatu perspektif, untuk membuatkan orang yang kita sayang bahagia, cukuplah masalah itu kita hadapi sendiri dan selesaikannya.

Mungkin ia tidak terpakai kepada semua orang dan keadaan. Sebagai seorang pembaca, saya berpandangan bahawa tidak semua masalah harus dipendam sendiri. Sekiranya kita memerlukan bantuan orang-orang disekeliling kita terutama ahli keluarga, berceritalah kepada mereka. Mungkin dengan jalan bercerita itu hati kita akan menjadi lebih tenang. Bukankah hidup berkeluarga adalah untuk saling membantu, memahami dan melengkapi.

Sejujurnya, ketika membaca beberapa bab pada buku ini saya menangis kerana banyak yang saya lalui dalam kehidupan terutama ketika berkaitan dengan alam bekerja disentuh juga oleh penulis. Bahkan semua perjalanan hidup saya seolah-olah ditulis kembali oleh penulis.

Buku Biar Susah Asal Berkah / Biar Susah Asal Lillah adalah peneman bagi sesiapa yang masih berjuang untuk membahagiakan keluarga tercinta dan juga peneman bagi sesiapapun yang pada setiap hari yang dilaluinya sentiasa berharap pertolongan dan keredhaan-Nya.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
December 10, 2024
Buku motivasi islamik ini mengandungi dua buku mini yang dibezakan dengan keterbalikan cover page dan isi kandungan. Dalam buku kecil 'Biar Susah Asal Lillah', ada 44 bab. Dalam buku kecil 'Biar Susah Asal Berkah' pula, ada 62 bab. Bukanlah bab sangat tapi lebih pada huraian, motivasi dan peringatan untuk setiap isu.

Pada pendapat saya, buku ini tidak diciptakan untuk saya. Saya mengalami reading slump kerana berasa ia membosankan. Vibe buku ini seperti buku 'Hiduplah Untuk Hari Ini' oleh Muhammad Al-Ghazali. Buku motivasi dengan bab-bab kecil seperti ini tiada timeline. Otak saya tidak menyukainya kerana terputusnya flow pembacaan dari bab ke bab yang lain. Contohnya, bab A cerita tentang jangan buang masa, bab B cerita tentang jangan dengki. Kedua-dua topik ini tidak berkaitan. Apabila terputusnya flow, saya dah hilang fokus. Objektif buku ini (untuk memberi motivasi) tidak sampai kerana saya sibuk mencari motivasi untuk menghabiskan buku ini. Jadi, otak saya tidak menyukainya dan cuba untuk mengelak untuk baca buku ini selama 2 minggu. Bagi menghormati organ yang kecil tapi berkuasa ini, saya skip pembacaan.

Tentang isi kandungan pula; kebanyakkannya ialah common sense yang kita dah pernah belajar dan tahu dari sumber-sumber berlainan seperti TikTok, IG, Al-Qur'an dan video-video islamik di YouTube. Contohnya:

a) Cemburu? Setiap orang ada rezeki masing-masing. Lihatlah orang yang lebih susah daripada kita.
b) Penat mengejar dunia? Berehatlah. Dunia ini sementara.
c) Kalau tak boleh menyenangkan orang lain, janganlah kita susahkan mereka pula.

Setiap permasalahan sebenarnya boleh diselesaikan dalam 10 ayat sahaja. Tapi huraian dan ayat berbunga-bunga menjadikan ia 2 hingga 3 muka surat.
37 reviews3 followers
September 16, 2025
Reka letak buku ni sangat menarik. Berpusing pusing saya membaca buku ini. hihi.

Saya membaca dan menghabiskan bacaan dalam sela waktu saya menjaga nenek saya. Sangat mendamaikan hati membaca buku ini.
Profile Image for Hidayah Kassim.
4 reviews1 follower
May 27, 2022
This is my second Dwi Suwiknyo's book and memang terasa vibe from previous book tu 👏

For me yang memang suka and dah selalu baca buku self help and motivasi, memang ada few quotes yang kita dah biasa jumpa so thats why laju je slide to next pages

For those yang belum pernah atau baru baca bbrp buku sel help and motivasi, buku ni memang sesuai untuk korang!
Profile Image for Nurul Tasneem.
177 reviews7 followers
October 8, 2021
Almost each chapter was repetitive and discussed on the same thing/topic over and over again ; just in a different way/writing style. Frankly speaking, I gained nothing new from this book. The content was too general. Maybe it's just me huhu.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
July 26, 2022
Buku motivasi dengan dua sisi yang berbeza.. Menarik sebagai bacaan santai.. Ada beberapa ayat yang menusuk..
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.