Ini cerita Yah dan Lid, yang menurut sejarah sudah berkawan sejak daripada bayi.
Di mana ada Lid, di situ pasti ada Yah.
Yah kata, dia penat mahu melayan Lid Si Raja Drama.
Lid pula kata, dia tak larat nak dengar cerita Yah Si Ratu Masalah.
Orang kata, perempuan dengan lelaki tak boleh jadi kawan baik, mesti salah seorang akan tersuka. Orang kata... tapi betul ke? Atau itu cuma mitos purba kala?
Haih, Akyelrahim. You talented author, you. Makan apa sampai pandai menulis macam ni? Ke sebab kuat berangan :p
Akyelrahim always writes the best characters, with the most natural dialogues, complete with setting dan plot yang sangat menyenangkan hati. Level sweet yang cukup rasa, tak payah melebih pun dah buat hati berbunga. Lately, I suka baca cerita yang setting dia kat kampung. I read somewhere that akyel wrote this with her own kampung as the setting, so penulisan dalam ni jadi sangat realistik. Scene kampung yang best, scenes dengan orang-orang kampung pun best. Bayangkan, baca pasal orang kampung merewang untuk kenduri pun suka je baca.
Oh, dan dalam ni ada Umar, Uthman dan Ali, si kembar nakal tiga ketul anak Fitri dengan Amal tu. Umur dah 16/17? So maksudnya timeline Yah dengan Lid dalam Aku Kan Ada ni is years after Love, Yours la ye? Rugi la takde cameo Fitri dengan Amal sekali dalam ni. Ada kembar dengan Mak Lang Da je.
Amyway, perangai Lid reminds me of Tashfeen dalam Adnil Zaff's Mr. Kampung Boy
BESTNYAAA SAMPAI HILANG SEGALA PERKATAAN NAK CAKAP TAK SIA2 TUNGGU LAMA BUKU NI REPRINT hshshs nanti saya review betul2 balik😔🤞🏻 APAPON THIS IS THE BEST FROM AKYELRAHIM🫶🏻 LID AND YAH MY BABIESSS
Dalam banyak-banyak novel Akyelrahim yang saya pernah baca, saya rasa novel AKU KAN ADA nilah yang paling saya suka. 🥹
Khalid Al Walid—atau lebih mesra dengan nama Lid, you are THE MAN, bro! Masih ada dan sentiasa ada untuk seorang Siti Sabariah—Yah.
Suka dengan karakter Lid yang macam lawak-lawak sengal. Tapi bila dia jadi serius dengan perasaan dia, Yah pun boleh kaku lalu terkelu.
Ah! Pendek kata saya suka sangat cerita ni! Berbaloilah lama tunggu novel ni untuk kembali di pasaran. Dahlah comeback dengan cover baru yang jaaaauh lebih cantik dan mengancam! Silalah beli dan menelaah kisah kehidupan Yah & Lid ni. Dijamin korang takkan rasa bosan. 😙🫶🏼
Jujurly masa baca AKA ni memang takde letak apa apa expectations sebab ada baca dua karya penulis tapi tak kena ‘tekak’ saya tapi bila baca AKA ni baru berapa muka surat dah rasa eh bestlah buku ni. Banter antara lid & yah tu kelako 🤣
Ceritanya mengisahkan Lid & Yah yg telah berkawan sejak kecil lagi mungkin dari perut mak masing masing lagi kut sebab mak diorang dua ni pun bff. Rasanya dari tadika pun diorang tadika yg sama sampailah ke universiti eh silap sampai ke alam pekerjaan masih bersama yek. Betapa kuatnya jodoh dua orang ni. Senang cerita di mana ada yah di situ mesti ada lid. Dan setiap kali yah susah, lid jugak yg akan hadir utk memberi pertolongan. Tak pernahlah lid ni berkira dgn yah. Demi yah semua dia sanggup. Agak agak sebab apa yek?
Siti Sabariah atau yah atau yayah seorang gadis yg kehidupannya yg banyak ujian dan antara ujiannya ialah bapaknya sendiri. Kalau orang lain cinta pertama tu ayah sendiri tapi bukan utk yah. Kadang yah ni sendiri rasa dia tak nak pun ada ayah macam ayah dia tu. Ada ayah tapi tak pernah berguna pun sepanjang 24 tahun yah ni hidup. Jadi bila kewujudan ayah tak guna ni, semuanya yah usahakan sendiri. Apa yg dia nak dia gunakan kudrat sendiri. Tapi walaupun yah ni susah, dia tak suka meminta, mengadu apatah lagi. Dia harung jelah semuanya sendiri dgn adiknya cah. Nasib baik ada bff annoying dia tu si lid 🤣
Khalid Al Walid atau lid atau alid si budak yg terpaling kuat perasan, dah lah kuat perasan kuat drama pulak tu 😭😭 terbawa bawa sangat kut drama p ramlee dalam hidup si lid ni. Tahap annoying si lid ni memang yah jelah boleh tahan. Orang lain tak boleh kut sebab lid yg macam tu pun pernah bercinta walaupun sekejap sangat 🤣 lid ni senang kata cukup sempurna, kalau ada kekurangan pun tang mulut kuat bebel, kuat berdrama dan suka puji diri sendiri. Tapi yg lain semua dia cukup pakej sebagai seorang lelaki & suami. Lid tak pandai nak bagi ayat ayat cinta tapi lid tunjukkan dgn tindakan dia. Dia tahu yah tu malu tapi dia nak jugak bagi keperluan yah, dia goreng lah guna nama mak dia lah abah dia lah, asalkan dia dapat tengok hidup yah lebih teratur/ lebih senang. Tapi tulah tak sangka sampai ke kawin mulut dia ni takde filter jugak kan, nasib baik kawin dgn bff sendiri dari lahir. Takdelah si yah tu nak terasa. Dan sebelum terlupa lid ni kaya jugak sebenarnya cuma tak tunjuk je. Dia lebih suka merendah diri. Betapa bagusnya didikan mak abah lid ni. Lid ni boleh kata macam trend viral dkt tiktok sekarang yg tetiba keluar “tak nak lelaki aesthetic tapi reti buat semua benda serba serbi sempurna” macam gitulah perumpamaan untuk lid yg semua benda dia boleh buat. Kalau orang nak cakap sebab dia duduk kampung saya tak setuju sbb orang kalau dah malas pun duduk mana pun tetap pemalas tapi tu bukan lid lah 🥹
Rate tu pun 4.8 sebab ni lah si lid ni tak romantik langsung dgn bini 😔 tapi faham jugak sebab kawin dgn bff sendiri kut, mmg terbawa bawa lah perangai dari zaman kanak kanak ribena yg suka membahan yah. Macam mana gayalah kalau si lid ni jadi bapak ye. Agaknya dgn anak anak sekali dia membahan 😔. Satu lagi sebab ingatkan lepas kahwin hidup bahagia macam dalam fairytale rupanya satu persatu masalah mula muncul tapi nasib baik lah yah dah ada lid. Takdelah yah merana seorang diri sebab dia dah ada bahu utk bersandar. Buku ni jangan sangkakan romcom dari awal hingga ke hujung tapi terselit jugak sol, melodrama, pain sikitlah. Angst tu jelah takde, yang lain semua ada.
Kadang rasa tak puas hati jugak dgn si murad bapak yah tu sebab bapak dia ni mmg paling tak guna lah dalam buku ni. Dah lah tak mampu tapi sibuklah kahwin lain. Dahtu makin ramai lah yg merana sebab si murad tak guna ni. Hujung tu suka sangat tgk cara lid pujuk yah. Lid faham apa yg yah rasa tapi lid sedarkan yah dengan cara yg bagi saya tetap lembut. Dan yah sendiri turunkan ego dia sbb cara lid tu tak memaksa tapi lid buat pun sebab dia tahu tanggungjawab dia sebagai seorang suami dan menantu.
Mak Lah & Haji Hasan pun dua watak yg agaknya semua orang lah nak ditolong oleh dua insan yg sangat sangat baik ni. Manalah tak menurun sikap baik dua orang ni dkt anak. Anak pun mengikut sebijik perangai mak ayah sendiri. Tapi tetaplah kita tak boleh judge, macam mana mak ayah macam tu anak sebab yah tu baik je walaupun dapat bapak tak guna macam tu. Papepun semoga saya dapat jugaklah mertua sayangkan menantu lebih dari anak sendiri 😆
Penulisan penulis macam biasa cantik, kira sedaplah dibaca dan kali ni plot penulisannya memang betul tersusun cantik. Pandai penulis mengolah cerita dan menyusun plot. Memang susah lah nak cari silap penulis sebab semuanya okay dan semua emosi main peranan bila baca AKA ni, sedih, gembira, ketawa, geram, marah haa semuanya cukup. Ikutkan saya yg rasa tak cukup nak baca kisah bahagia yah & lid sebab yg baca je tahu macam mana perasaannya tapi nasib baik ada ebook special chapter AKA. Mungkin lid & yah lebih manis di situ? 😍
Kali ni semua orang kena baca buku akyelrahim sebab kali ni saya approved 🫵🏻
Personal Rating : Solid 5 ⭐️ Alert: Yapping panjang macam biasa 😝
Guysss!!! Saya dah habis baca novel ni!!!
Ya Allahhhh!!! Totally worth every penny I spent on this book! Walaupun mata saya bengkak lepas habis baca novel ni 😭 Memang jenis novel yang buat kita senyum, gelak, marah dan nangis sekali jalan.
Dulu pernah nampak orang review Aku Kan Ada ni dan siap tanya mana nak beli. Rupanya buku lama. Bila Akyel buat versi revamp, tanpa fikir panjang saya terus beli — siap jadi 500 yang pertama. Hehehe memang tak menyesal langsung!
Aku Kan Ada mengisahkan tentang Lid dan Yah yang berkawan baik sejak dari dalam perut ibu. Haha. Sebab mak-mak dan atok mereka pun kawan rapat dari dulu. Lid si Raja Drama, Yah pula si Ratu Masalah. Tapi satu benda yang tak pernah berubah dan setiap kali Yah ada masalah, Lid sentiasa ada.
Untuk Yah, semua Lid sanggup buat. Tolong bina kabinet untuk simpan makanan supaya ayah Yah yang tak guna tu tak boleh mencuri. Diam-diam hulurkan bantuan dekat Yah dengan Cah lepas kematian ibu mereka, siap guna nama mak dan abah dia sendiri lagi. Siapa je tak melting baca part-part macam ni? 😂
Dan ayat keramat Lid yang buat saya 🥰 berkali-kali:
“Aku kan ada.” – Lid
Dalam diam sebenarnya saya dah boleh agak yang Lid memang suka Yah. Cara dia ambil berat tu bukan biasa-biasa. Tapi bagi Yah pula…
“Sebab kawan. Sebab kau kawan aku dan kita dah berkawan lama. Sebab tu kau tak boleh suka aku.” – Yah
Part ni memang buat hati saya pedih sikit. Bukan sebab Yah kejam, tapi sebab saya faham kenapa dia takut. Yah cuma ada Cah, mak dan abah Lid selepas kematian ibunya. Ayah kandung dia? Memang tak berguna satu sen pun. Menghabiskan beras, berjudi, siap ada bini baru lagi. Memang naik darah baca bahagian tu 😤
Saya suka bagaimana Akyel leraikan setiap persoalan yang timbul sepanjang pembacaan. Kenapa Yah takut nak terima Lid, kenapa dia selalu tolak perasaan sendiri dan semuanya ada sebab yang kuat. Trauma kehilangan tu ditulis dengan sangat real sampai saya sendiri dapat rasa sekali beban yang dia tanggung.
Saya juga suka scene yang Yah terima phone baru daripada Lid. Auchh!! Walaupun macam tu je but so sweet and arghhh. Hahhaha.
“Cakap apa Cik Berry?” - Lid “Sayang… Alid!” - Yah
Lepas tu part yang paling buat saya terdiam lama…
Scene di mana Yah tanya mak dia, kalau sedih mak dia cerita dekat siapa. Dan jawapan mak dia…
“Cerita kepada Allah.” – Hayati “Kenapa? Tak boleh ke cerita dekat orang kalau kita sedih?” – Yah
Personally, scene ni hit me so hard. Rasa macam kena tepat dekat hati. Dan lagi satu part yang buat saya tak boleh control air mata…
“Boleh tak… Yah nak peluk abah?” – Yah 😭
Ya Allah, part hujung-hujung tu memang buat dada rasa sesak. Emosi yang Akyel build up dari awal cerita, perlahan-lahan dan bila sampai klimaks, terus meleleh air mata saya. Saya baca sambil lap air mata tak berhenti.
Ending novel ni digarap dengan sangat kemas dan matang. Tak rasa tergantung, tak rasa terburu-buru. Semuanya cukup. Cukup untuk buat kita puas, tapi dalam masa sama berat nak lepaskan cerita ni.
Sejujurnya, ini bukan sekadar cerita cinta. Ini cerita tentang setia. Tentang kehilangan. Tentang keluarga. Tentang seseorang yang sentiasa ada walaupun kita sendiri terlalu takut untuk menerima dia.
Satu kerugian besar kalau korang tak baca novel ni.
Sekarang ke tepi semuaaa, saya nak pergi tengok cermin sebab mata bengkak ni tak surut lagi 😌🤧
Hands down antara novel terbaik Kirah pernah baca, bukan setakat untuk tahun ni. Bukan juga termasuk senarai novel terbaik dari tahun lepas. Tapi so far, buku ni dah masuk carta buku terbaik Kirah pernah baca setakat umur ** tahun ni!
Wow, Kak Akyelrahim. Wowww. Magis apa yang akak letak dalam naskhah kali ni? Akak tahu tak, Kirah dah murung banyak hari sebab layan drama Turki yang buat kepala migrain bila sampai pagi, akak dengan mudah-mudah aje buat Kirah ketawa mengekek-ngekek dengan karya kali ni?
Kirah is speechless. Weh, serius tak tipu. Cerita ni bukan berada dalam level biasa-biasa. Sesaat kau gelak mengekek sampai bergegar bahu, dah masuk separuh nak ke akhir, tup-tup ada cecair yang jatuh. Bukan dari satu sumber. Tapi dua. Fikir-fikirkan puncanya.
Cerita kali ni berlatarkan suasana kampung yang aman, sunyi, tenang. Tapi keheningan tu tak bertahan lama bila bertukar gamat dengan gaduh-gaduh manja Lid dan Yah. Perang mulut mereka takkan pernah habis.
Lid yang suka cari pasal. Yah yang malas nak melayan. Kalau dua-dua bergabung, bergegarlah kandang kambing.
Tapi orang dulu-dulu kata, kalau bergaduh sangat ni kang berakhir ke jinjang pelamin.
Sungguh?
Orang zaman sekarang pula cakap, lelaki dengan perempuan tak boleh berkawan baik. Nanti salah seorangnya ditimpa perasaan aneh.
Sungguh?
Bila semua benda dalam dunia ni membuatkan tangis Yah yang hatinya sekental daging yang belum empuk, mula pecah berderai ... Lid yang nakal dan kuat mengusik bertukar serius.
"Aku kan ada." Katanya.
Tapi, kalau mereka lebih daripada sekadar kawan ... Macam mana kalau semua yang Yah takuti akhirnya direnggut pergi? Dia tak mahu itu terjadi.
Sudahnya, Lid dan Yah ... Jadi atau pergi?
Overall, kakak! Bestnya novel kali ni. Ya Allah, Kirah tak pernah seumur hidup ni baca cerita yang boleh buat Kirah ketawa melekek-lekek, bukan dekat satu tempat tapi banyak kali! Akak tahu tak, bila penulis boleh buat pembaca ketawa secara spontan dan lepas ... Itu tandanya akak ni naturally gifted? Tak semua orang boleh tulis lawak bersahaja dalam karya tapi akak dengan semudah kentut buat banter Lid dan Yah sampai pembaca tak kering gusi bila membaca?
Akak tolonglah buat cerita macam ni lagi, saya merayu. Kita tak boleh hilangkan atau cut stok cerita yang ada kombinasi ketawa dalam tangisan macam cerita ni. We need both to survive!!
Perlu ke bagi rating? Tak perlu! Kau rembat je buku ni, pergi check out pastu ketawa sorang-sorang dalam bilik. Confirm tak toleh kiri kanan. Kirah habis baca dalam one sitting saja. Punyalah gila penangan kali ni 😂 Saya tak pernah baca buku sampai habis dalam one sitting tau, kak.
Besttt gilaaaa arghhh saya perlukan lebih banyak cerita bertemakan kampung, kambing, paya, tembikai, pokok-pokok buah dan kerbau!
Ini adalah satu trope kegemaran Kirah dari dulu. Dan Kak Akyel dengan slay, berlenggang kangkung dan bertopi jerami, masuk ke dalam carta fav Kirah dan lepaskan Lid dan Yah bagi kita santap.
RATING: $-+2(3!&+#?1)4- (Tahap best dia macam rating ni, best sampai tahap gila. Aku tak main-main ni)
Cerita tentang Yah dan Lid yang mengusik hati. Memang betullah dari dalam perut lagi dah bestfriend! Membesar sama-sama. Belajar pun sekali. Perangai pun masuk air. Sesuai budak berdua ni. Tapi ting tong lagi si Lid. Ada je akal nak buat Yah menyampah. Tapi comel! Dalam diam dia banyak tolong Yah. Cuma selalu letak nama Mak Lah yang suruh itu ini. Pandai ye.
Lid ni memang another green man. Mulut nakal tapi hati baik. Sangat budiman. Kuat mengusik pun ye. Sampai Mak Lah pun kadang mengalah dengan anak sendiri. Yang paling manis bila Lid selalu ada untuk Yah. Gaduh-gaduh pun cari juga. Dia tahu Yah bukan jenis suka bercerita bila ada masalah tapi dia sentiasa tahu. Sikap ambil berat dia tu memang sentiasa win!
Yah dah lalui banyak benda dalam hidup dia. Kematian mak tersayang. Adik yang istimewa dan ayah yang tak guna. Berdepan dengan Murad memang menguji kesabaran. Kita yang baca ni pun naik darah. Anak-anak diabaikan lepas tu sesenang tu je dia rembat barang dapur budak-budak ni. Imaj si anak tiri Murad pun sampai terpaksa jadi pembuli semata nak makan untuk hidup. Kesian sebenarnya.
Dalam kemanisan ada pahitnya. Pahit bila Yah tanggung sorang-sorang keadaan hidup dia. Dengan keluarga Lid sajalah tempat menumpang kasih. Walau Yah ni bukan jenis meminta minta tapi untung ada Mak Lah dengan Haji Hasan yang sayang dan jaga dia dengan Cah. Sedikit sebanyak memang menyentuh hati. Meleleh juga airmata saya dengan nasib Yah dan Cah.
Cerita ini terlalu sempurna untuk saya. Kebaikan yang digunakan untuk tolong orang lain tu memang contoh terbaik. Kasih sayang Mak Lah dan Haji Hasan buat saya terkesan. Emosi turun naik bila baca. Rasa kisah ni macam betul betul wujud. Yang penting ilustrasi sentiasa cantik! Memang tak pernah mengecewakan karya dari penulis manis kita ni!
My first book by Akyelrahim. And it’s only February, awal sangat ke kalau nak cakap ni book of the year saya? 🤣🤣
Maybe i finally get the hype about the author 🥹 Selama ni selalu nampak pasal akyelrahim, tengok live beliau, orang cakap pasal karya beliau tapi tak terbaca pun bukunya. Sampailah nampak video pasal this revamp and rasa macam it’s the right time. And memang pun!! Right book, right time 💙
What a beautiful writing! buku ni perfect sangat for me 😭😭 bahasanya indah dibaca, plot tak rasa laju, tak rasa slow. semua characters main peranan sendiri. And i really have to say yang the author knows her characters well! 💙 rasa hidup sangat watak diaorang!!
Ah, Lid is everything to me 🥹🥹 jujur cakap, mungkin character buku paling green flag saya pernah baca. walaupun dengan omelan tak berhenti, tapi acts of service dengan words of affirmation dia on 🔝 Baca cara Lid (dan keluarga) sentiasa ada untuk Yah, kita yang nangis sekali.
Terima kasih bawa saya ke dunia Siti Sabariah dan Khalid Al-Walid 💙 Semoga terus bahagiaaaaaa
OMG Terbaik karya Akyelrahim, berbaloi tunggu novel ni di revamp ML & FL sehijau hijau daun Vibe Kampungnya mengimbau masa lalu kita budak-budak kampung.. YESSSS..Aku Kan Ada - Sentiasa Ada
alaaa suka la character lid dengan yah. Comel giler kisah diorang ni. Dialog diorang pun kelakar je semua..
"yah,Kau banyak duit ke?” Yah kerutkan kening. Apa hal pula tiba-tiba tanya “Kenapa? Nak pinjam? Tak ada, aku ada tiga puluh ringgit je ni nak isi minyak.” “Tak ada, kan… kalau tak ada, pakailah tali pinggang tu. Ingatkan kaya tadi nak bayar saman,” Lid selamba perli Yah setepek depan muka. ........... “YAH, Yah. Tengok tu.” Yah buat bodoh sahaja dekat Lid. “Yah, tengoklah kawan kau. Bukan selalu jumpa.” Lid masih tak berputus asa mahu Yah lihat apa yang dia lihat. “Apa?” Mahu tak mahu je Yah angkat muka. Yah tengok sekilas. Sebaik dia nampak, muka dia berubah toya. Ada seekor beruk sedang duduk dekat atas tandan kelapa yang berada dalam troli motor macam Yah tengah buat sekarang ni. “Elok lagi si Awang tu kawan aku, kawan kau yang tu.” Yah tunjuk dekat sebuah bengkel tepi jalan milik Aleng, yang berbangsa cina. Di depan kedainya ada seekor anjing putih besar sedang tidur.
aku kan ada; kisahnya tentang yah dan lid, kawan baik sejak kecik, membesar sekali dalam kampung yang sama, tempat belajar yang sama—senang cerita diorang ni memang ke mana sama sama la dari kecik sampai ke besor ha
⭐️ what i like about this book:
1. berlatar belakangkan kampung!! automatik rindu kampung ya bila baca AKA 🥲
2. konfliknya taklah begitu berat—50/50 gituuu
3. gaya bahasa kak akyel. santai and mudah hadam!
4. watak yah—yah is a strong woman ya kawan kawan :(( apa yang dia hadap sepanjang hidup dia sangat sakit ya. kalau boleh selam masuk dalam buku ni memang nak selam lepastu peluk yah ketat ketat bagi dia head pat every time dia berjaya tempuh ujian hidup dia. nasib baik ada lid dengan mak abahnya yang selalu ada dengan yah, selalu bantu yah dengan cah :)
⭐️ what i dislike about this book: murad. dah. tu je. titik 😁☝🏻
ada beberapa scene yang buatkan air mataku menitik, ada jugak yang buat ketawa mengekek. memang cukup rasa ya buku ni!! so please siapa siapa yang ada buku ni dekat rak tapi belum baca baik pick up sekarang 🫵🏻🫵🏻
"Yah, lepas ni jangan simpan sorang-sorang tau, aku kan ada." . "Lid, terima kasih. Sebab selalu ada." .
Ada orang cakap, buku ni ialah a comfort book. Betullah kot. Sebabnya, dari awal buku, sampai ke hujung, bukan mata je yang berair, tapi hati pun kebasahan. .
Ni cerita tentang Khalid Al Walid dan Siti Sabariah. .
Mereka berdua ni kawan sejak lahir. Bak kata mereka, BFF sejak 3 keturunan, dari zaman tok nenek, mak dorang dan mereka berdua. .
Tabahnya seorang Yah bila ayahnya sendiri tidak pedulikan dia dan adiknya, Cah sejak ayahnya kahwin lain. Cah, budak sekolah menengah, budak lembam, dihalau keluar dari rumah ayahnya, tinggal seorang diri di rumah pusaka sebab Yah di universiti, kerja petik cili waktu hujung minggu, dapatlah RM10 untuk beli telur dan beras. Dan ayah tu jugak la yang selalu curi stok makanan dalam rumah mereka untuk dibawa pulang ke rumah isterinya. Dan Yah jugalah yang pulang ke rumah untuk melihat adiknya terlantar sakit, dan maknya yang sudah sejuk kebiruan, meninggal dunia. .
Lid, seorang anak muda yang nakal, tapi rajin berusaha. Waktu kecil, selalu duk gaduh dengan Yah sebab dia dengki apabila mak abahnya selalu kasi baju, mainannya kepada Yah. Ye la, anak tunggal, mana biasa berkongsi. Bila dah besar, dia la yang selalu ada dengan Yah. Dan Lid ni selalu mengusik Yah. Memang rasa nak lempang je bila dia duk puji diri sendiri handsome dan budiman. Bila Yah tak setuju, mulalah dia cakap yang, Yah bukan jauhari. Sebab tu, tak kenal manikam. hahaha .
Sehinggalah satu hari, Lid confess yang dia suka Yah. Tapi Yah tak setuju dengan alasan Lid tak faham dia. Tapi bak kata Lid, dia takkan berundur. .
"Sorry, sebab aku langsung tak alert dengan apa yang kau rasa". "Sorry, sebab tak tahu kau pun reti sakit. Aku ingat kau okay, sebab kau tak pernah tunjuk kau penat." "Sorry, sebab langsung tak pernah terfikir kau cuma ada mak abah aku ganti arwah mak kau." "Sorry, sebab selalu selfish." .
"Yah, dengar. Aku cakap sekali je, tak ada ulang. Kalau kau takut satu hari nanti aku dah tak sayang kau. Kalau kau takut satu hari nanti kau dah tak boleh tumpang kasih dekat mak abah aku. Kalau satu hari nanti kau takut kita dah tak boleh berkawan macam sekarang. Kalau kau takut satu hari nanti kau hilang satu lagi keluarga. Aku janji Yah, aku janji semua tu takkan terjadi. Aku akan sentiasa ada untuk kau. Mak abah aku akan sentiasa jadi orang tua kau." .
"First love anak perempuan tu, ayah. Aku tahu kau ada fantasi ni. Kalau kau tak pernah rasa macam mana. Aku janji, untuk jadi first love kau, untuk jadi first love anak kita kalau Allah izinkan. Kahwin dengan aku. Biar aku jaga kau." .
Dan akhirnya, mereka kahwin. hahah..nak baca ayat sweet lepas kahwin, memang takde la sebab dua ketul ni jenis sengal. Mula la, Lid duk cakap yang Yah tidur buas, Yah pulak cakap, Lid berdengkur kuat. haha .
Buku ni, sesuai untuk semua golongan sebenarnya. watak utama dalam awal 20-an, selalu usik mengusik dengan lawak bodoh dorang, tapi surprisingly, aku terhibur dan tak rasa cringe. .
Tapi, cerita best sebab dalam bodoh-bodoh aku gelak pun, aku boleh nangis sebab Lid pun nangis mengenang kesusahan Yah. Cerita ni membuka mata aku tentang seorang perempuan perlu memilih suami yang tepat untuk dijadikan ayah kepada anak-anak. Dan ibu bapa yang bagus la, yang mencorak kehidupan anak, sebagus Lid ni. Aku suka Lid yang sentiasa sembunyikan kebaikan dia. Semua benda baik yang dia buat, dia cakap, mak yang suruh, mak yang belikan, semua mak. Sampaikan mak dia terpinga-pinga bila orang asyik duk ucap terima kasih je. .
Watak biadap seperti Murad tu, memang sentiasa wujud. Tapi watak baik, lagi ramai. Oh ya, cerita ni sepenuhnya di kampung. Dorang dating pun, di kawasan paya. haha .
Good job, dear writer! Tahniah untuk buku baru jugak.
ML - Lid @ Khalid Al Walid FL- Yah @ Siti Sabariah
Mereka sudah berjodoh sejak dalam perut ibu, itu hakikat yang pasti walaupun permulaan zaman kecil ada sengketa. Namun kerana didikan Haji Hassan, membentuk Lid yang dewasa.
Frasa "Cinta pertama anak perempuan adalah ayah" tidak sesekali dialami Yah, hingga ke akhirnya dia membawa luka disebabkan sikap Murad.
Latar belakang kampung dengan kerjaya pertanian menjadi teraju jalan cerita. Tetapi kedua ML & FL ini ada ijazah.
Kekuatan plot cerita yang lancar dan karektor watak utama yang tidak menenggelamkan watak penyokong menjadikan karya ini berdiri dengan sendiri.
Pasti ramai pembaca jatuh hati dengan Lid & Yah, kerana mereka kuat dan teguh dengan jati diri tersendiri.
Saya masih ingat lagi waktu tu, saya ambil masa yang agak lama nak move on lepas baca buku Yang Paling Patah. Kemudian, ada kenalan perkenalkan saya dengan penulisan Akyel. Buku pertama beliau yang saya beli adalah Kimia. Sejak daripada itu, saya memang keep on beli karya beliau walaupun jarang buat reviu.
Tapi dipendekkan cerita, these two days mood saya tak berapa baik. So, I picked up this book. Dan ya, saya jumpa semula perasaan bila dapat baca buku yang betul-betul sedap. Rasa macam dipeluk... 🥹
Percayalah, apabila kita baca cerita dengan olahan yang kena dengan jiwa, kita dah tak fikir pasal plot atau whatsoever yang missing. Kita cuma enjoy sampai ke muka surat akhir. And that’s exactly what I felt bila baca cerita ni.
Let's put aside dua watak utama yang memang dah sedia tiptop, saya tahu ramai yang dah reviu pasal mereka.
Kali ni, saya nak puji betapa powerful watak-watak pembantu dalam buku ni. Jujurnya, sepanjang pembacaan, ada fasa yang saya tak berapa 'rasa' sangat world-building kampung tu. Tapi, melalui perwatakan dan dialog, karakter-karakter tambahan inilah yang hidupkan suasana. Kampung tu jadi 'hidup' dengan adanya Cik Lah, Ayah Haji, Wak Alan, Mariam, dan Cah. Kombinasi mereka buatkan persekitaran itu terasa sangat realistik.
Mereka langsung tak rasa macam filler, kewujudan mereka tu betul-betul kuat untuk menyokong keseluruhan penceritaan. Babak pendek Mak Lang bercakap pasal jahit baju nikah pun dah cukup buat saya rasa seolah-olah ada di situ, nampak dia bercakap dengan Yah. Bergenang jugalah air mata...
Satu lagi, babak rewang. Oh, itu keindahan budaya kampung yang dah susah kita nak jumpa sekarang sebab kebanyakan kenduri dah guna katering.
Saya juga nak puji cara Akyel 'menjaga' watak utamanya. Penggunaan kayu panjang tu, smooth betul eh, Lid? Nak pegang terus tak boleh, kan... so that was his own intimate way. Tak klise, tak tangkap leleh, tapi impak dia tetap sampai. And I'm glad it wasn't cheesy. Khalid Al Walid betul-betul hidup selayaknya nama dia.
Saya juga suka bagaimana penulis potretkan bantuan yang Yah terima. Bukannya jenis selambak bagi duit, tapi bantuan dalam bentuk peluang pekerjaan. Bila Lid dan Ayah Haji tawarkan kerja dekat kebun dan kandang kambing, kat situlah nampak mahalnya value penceritaan ni. la beri Yah ruang untuk berdikari dan menjaga maruah diri sebagai anak sulung yang cekal.
Bukan itu saja, nilai murni dalam buku ni disampaikan sangat halus. Contohnya, watak Lid yang suka bersedekah dengan belanja orang makan atau bagi barang, tapi dia guna nama mak dia. Kat situ nampak besarnya nilai bakti seorang anak yang mahu pahala terus mengalir untuk orang tuanya. Penulis berjaya tunjuk konsep memberi yang sangat indah..Lid memberi tanpa membuatkan sesiapa rasa terhutang budi, manakala Yah pula menerima tanpa perlu hilang harga diri.
Saya tak nak ulas panjang pasal plot dan teknikal sebab macam yang saya cakap di awal tadi, sekali saya dah rasa 'dipeluk' oleh naskhah ni, perkara lain saya tak fikir dah
Dear Akyel, Teruskan menulis cerita premis begini. Kerana ada ketikanya, kita tak perlukan cerita yang boombastik & lambakan plot twist untuk buatkan sesebuah naskhah tu melekat dalam kepala. Kadang-kadang, kesederhanaan dalam bercerita itulah yang paling mahal harganya, dan Akyel berjaya buktikan dalam buku ni. Keep it up!
Nak komplen satu je, kenapa Lid pilih bawa motor ada gerobak? Eheee 🤭
buku ni terperam lama. terperam kisah best nih daripada pembacaan akak. sorry lid, yah. akak tak perasan korang dok diam dalam almari buku akak tu.
lid dan yah ni berkawan dah lama. mak mereka pun berkawan baik. atuk mereka pun sama, kawan baik. mana ada lid, situ ada yah. lid selagi boleh akan memang sentiasa ada dengan yah. sampaikan nak pi kerja kat kebun tu pun cari yah.
yah pun sempoi. bukanla tipikal anak dara yang asyik nak melaram. tambah lagi masalah hidup dia, ada ayah yang perangai hauk buatkan dia biasa berdikari. kemudian jaga pula adik dia yang agak lembam. watak ini kuat. tambah pula ada penyokong kuat dari belakang.
hidup memang akan sentiasa ada dugaan. penulis dah susun cantik dugaan yang mendatangi watak-watak ini. mungkin terlalu banyak flashback tapi akak okey aje. olahan dan penyampaian penulis ini memang hidup. sedap baca dari awal sampai habis kisah.
suka dengan dua-dua watak lid dan yah ni. masing-masing sentiasa ada untuk satu sama lain. tapi lebih pada lid lah. dia akan sentiasa ada untuk yah. dia dapat pegang perangai yah. waktu sedih, waktu gembira. waktu sama-sama sengal ubi. watak haji hasan dan mak lah pun terbaik. kasih sayang mereka seluas langit yang bertaburan bintang walaupun terpaksa menghadap perangai murad dan jamilah. tapi tertanya juga apa jadi dengan imah. dan takkan sampai situ saja simpati yah pada jamilah anak-beranak. tapi, tak cacatkan kisah pun. jiwa yah tu jelas murni.
pengajaran dalam kisah ini memang banyak. hidup ni memang tak mudah. tu sebab sentiasa perlu bergantung pada Yang Maha Kuasa. manusia memang takkan ada kemampuan melainkan bergantung harap pada DIA.
Nak mula dari mana ni? Buku ni dah terlalu sedap dibaca. Sampai rasanya dah boleh pergi urut kaki japgi. Tolonglah faham saya buku ni buat tantrum teruk apa ke comel sangat.
Mengisahkan dua Sahabat baik. Khalid & Sabariah. Orang kata,lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik. Yeke? Hehe.
Sabariah atau mesra dipanggil yah, someone yang I would say so strong. Dari kecil,dia dah ditimpa macam-macam ujian. Ibu bapa Khalid saksinya. Sebabtu Mak lah & Ayah Aji sayang sangat dengan Yah dan Cah. Dua beradik yang kehilangan tempat bergantung tu.
Khalid atau mesra dipanggil Alid @ Lid. Macam lelaki lelaki biasa lain. Annoying. Tapi annoying dia, terselit jugaklah green forest guy tu. Mana tidak aku hentak kaki dengan budak bertuah ni
Buku ni? Macam biasa. Kalau dah nama akyelrahim tentunya cukup garam,cukup gula,cukup la segalanya. Tinggal kena kat tekak atau tidak je. Kalau saya, 100% kena!
Bukunya santai. Storyline nya gets heavier from time to time. Tapi balance sebab tak all the way heavy. Ada jugak kelakarnya,ada jugak manisnya.
Overall,saya cinta,sayang,kasih buku ni Dan semestinya,akan merindui Khalid Al Walid & Siti Sabariah ❤️
Pesan saya, untuk mereka yang macam Yah Semoga kalian berjumpa Khalid Al Walid @ Lid versi terbaik kalian .
Ya Allah bestnye buku ni, tahap best dia sampai aku tergelak-gelak baca part lawak bodoh Lid ni, ada je benda nak menyakat si Yah, bestnya kalau ada kawan yang boleh susah senang sama-sama. Saya tak pernah rasa ada kawan macam ni, so teringin juga la nak merasa 🥹
Sabariah ni seorang perempuan yang sangat kuat mentalnya, walaupun ibunya dah meninggal, dia tetap berjuang hidup bersama adiknya yang ada sifat “spesial” aka oku la. Aku sumpah menangis part adik dia kena buli then Yah dapat tau dia marah dekat Cah sebab tak bagitau dia sedangkan mereka ada berdua je sekarang. Bila teringat balik sedih pula😭😭
Aku rasa emosi sangat baca buku ni, konten agak berat untuk aku sebab aku faham perasaan Yah, sangat faham. Hidup dalam family toksik, ada ayah begitu. Tapi ayah dia lagi teruk la dari ayah aku, aku doa semoga ada keadilan untuk anak-anak yang ditindas oleh ayah mereka di dunia ini amin🤲🏻
Aku sangat puas hati baca buku ni, memang plot sangat tersusun, ada kejutan sikit yang tak disangka-sangka haha, aku suka buku ni sampai aku angkut kemana-mana aku pergi🤣 memang comel buku ni tau iee kita geram💕
Tak menyesal saya beri peluang kedua kepada penulisan Akyelrahim. Truly, everyone deserves a second chance.
Saya pernah cuba baca beberapa helaian Kimia tapi tak tahan sebab terlalu cringe. Mungkin saya bukan ‘target audience’. Tapi Aku Kan Ada berjaya buat saya nak baca buku penulis yang lain-lain.
Romcom + Friends to lovers + Slice of life + Family drama + ML fell first and harder = Aku Kan Ada 💯
Chemistry antara Lid dan Yah memang on point sangat. Antara gaduh cari pasal childhood friends dan sweet bercinta, mereka betul-betul ‘marry your best friend’. Novel ni a bit chaotic dengan main-main dan lawak meminta tersasul ‘bang*ng’ tapi part sedih memang meruntun jiwa juga.
Lid green flag, Yah pula peak FL. Watak-watak lain juga lovable. Plotline yang enjoyable dan agak ringan but still meaningful.
Saya baca edisi revamp. Lepas baca novel ni, memang mixed feelings. Terharu, marah, sedih, gembira. Terharu sebab Yah sentiasa dikelilingi insan yang ada untuk dia. Marah kat ayah dia yang tak sebetulnya seorang ayah. Sedih untuk pengakhiran sang ayah. Gembira dengan ending Yah dan Lid.
Cakap pasal Lid dan Yah ni kan. Betul lah, lelaki dan perempuan memang tak boleh jadi bestie. Confirm salah sorang akan catch feelings. Macam tu lah Yah dan Lid. Tak sangka Lid dulu yang fall in love dengan Yah. Kagum dengan seorang Lid, sentiasa alert dengan setiap perlakuan Yah, even the smallest things. Sanggup buatkan almari untuk Yah, sebab taknak ayah dia curi stok makanan Yah dan Cah. Selalu ada di setiap fasa Yah. Taktau la zaman sekarang ni, wujud ke tak orang macam Lid 🥹
4.9 Hehe dapat juga baca buku ni. Cover dahlah comel cerita pun boleh comel. But imhp LY > AKA (just my preference) sebab awal awal tu macam slow sangat, kerja gaduh je dua orang ni. Pastu yang buat saya suka FL dia nampak macam perfect kan, pandai masak, layan orang tua tapi dia kalau dah sakit hati semua dapat penampar tu best. Tipu je ada orang dapat bersabar + terima seadanya. Tipu.
Dan bila Alid cakap "Aku kan ada" dengan Yah tu alahai baru faham tajuk dan Yah, you deserve that love. p/s wajib baca special chapter tau
Bila Lid betul-betul janji dengan Yah dia akan selalu ada, kita dah jatuh suka. Lid ni dia kata dia budiman, baik, ada rupa, memang masuk bakul angkat sendiri laaa. Tapi Yah kata dia suka Lid sebab Lid kaya. 🤣🤣 Suka dengan watak2 Akyelrahim. Dan penggunaan nama character yang pendek2, buatkan saya sebagai pembaca lagi suka.
Dalam banyak-banyak novel Akyelrahim yang saya pernah baca, saya rasa novel AKU KAN ADA nilah yang paling saya suka. 🥹
Khalid Al Walid—atau lebih mesra dengan nama Lid, you are THE MAN, bro! Masih ada dan sentiasa ada untuk seorang Siti Sabariah—Yah.
Suka dengan karakter Lid yang macam lawak-lawak sengal. Tapi bila dia jadi serius dengan perasaan dia, Yah pun boleh kaku lalu terkelu.
Ah! Pendek kata saya suka sangat cerita ni! Berbaloilah lama tunggu novel ni untuk kembali di pasaran. Dahlah comeback dengan cover baru yang jaaaauh lebih cantik dan mengancam! Silalah beli dan menelaah kisah kehidupan Yah & Lid ni. Dijamin korang takkan rasa bosan. 😙🫶🏼