Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sherlock Holmes (Penerbit-X 2018-2021) #14

Sherlock Holmes: Pembunuhan di Wisteria Lodge, Misteri Kotak Kadbod, Misteri Kumpulan Lingkaran Merah & Kisah Detektif yang Nazak

Rate this book
Pembunuhan di Wisteria Lodge
John Scott Eccles datang ke Baker Street dalam keadaan tidak terurus, marah dan keliru. Belum sempat dia menceritakan masalahnya kepada Holmes dan Dr. Watson, dua pegawai polis muncul di pintu rumah Holmes. Mereka sedang mencari Eccles untuk membantu siasatan serta mahukan keterangan daripadanya. Eccles terkejut kerana dia disyaki membunuh Aloysius Garcia, tuan rumah Wisteria Lodge tempat dia bermalam pada malam itu. Sedangkan, dia datang menemui Sherlock Holmes adalah kerana dia buntu apabila bangun pada pagi itu, seluruh isi rumah Wisteria Lodge telah hilang. Adakah benar John Scott Eccles seorang pembunuh?

Misteri Kotak Kadbod
Cik Susan Cushing menerima bungkusan yang menakutkan yang dipos kepadanya. Bungkusan itu berupa sebuah kotak kadbod yang berisi dua cuping telinga manusia yang diletakkan bersama-sama garam kasar. Inspektor Lestrade mengesyaki ia adalah usikan nakal daripada bekas penuntut Cik Susan yang berdendam dengannya. Bagaimanapun, apabila Sherlock Holmes melihat bungkusan itu, dia serta-merta mengatakan ia adalah bukti satu jenayah serius. Holmes memberitahu Lestrade yang dia akan membantu menyiasat kes itu, bagaimanapun dia tidak mahukan pegawai polis itu memberi kredit kepada namanya kerana baginya kes itu terlalu mudah. Dari mana datangnya dua cuping telinga itu?

Misteri Kumpulan Lingkaran Merah
Puan Warren, seorang tuan punya rumah sewa menghadapi masalah penyewa yang aneh. Penyewanya seorang lelaki muda yang berjambang lebat, dan bahasa Inggerisnya mempunyai loghat yang pelik. Dia hanya kelihatan pada hari pertama dia berada di situ, namun selepas itu tiada sesiapa pun yang berada di rumah itu pernah melihatnya. Dia memesan barang-barang daripada Puan Warren dengan cara yang pelik, iaitu dengan menulisnya menggunakan huruf cetak pada kertas dan meninggalkannya di atas kerusi di luar bilik. Sherlock Holmes yang pada mulanya tidak berminat dengan kes itu lantas menukar fikirannya. Kenapa penyewa itu terlalu berahsia? Adakah dia seorang penjenayah yang dikehendaki atau dia cuba bersembunyi kerana takutkan sesuatu?

Kisah Detektif yang Nazak
Puan Hudson menemui Dr. Watson, menyampaikan berita Sherlock Holmes sedang sakit teruk dan tidak makan serta minum selama tiga hari. Dr. Watson terkejut kerana dia tidak tahu-menahu tentang hal itu. Apabila mengunjungi Holmes, Dr. Watson sekali lagi terkejut kerana dia tidak dibenarkan berada dekat dengan Holmes, dan sahabatnya itu tidak mahu dirawat walaupun keadaannya kelihatan sudah amat teruk. Setelah puas memujuk, akhirnya Holmes bersetuju untuk dirawat oleh seorang individu yang dipilihnya sendiri bernama Culverton Smith. Holmes mengenakan syarat tertentu kepada Dr. Watson dan mula meracau- racau. Adakah Sherlock Holmes sempat dirawat atau sikap egonya akan membawa maut ke atas dirinya sendiri?

168 pages, Paperback

First published August 20, 2021

1 person is currently reading
4 people want to read

About the author

Arthur Conan Doyle

15.8k books24.4k followers
Sir Arthur Ignatius Conan Doyle was a Scottish writer and physician. He created the character Sherlock Holmes in 1887 for A Study in Scarlet, the first of four novels and fifty-six short stories about Holmes and Dr. Watson. The Sherlock Holmes stories are milestones in the field of crime fiction.

Doyle was a prolific writer. In addition to the Holmes stories, his works include fantasy and science fiction stories about Professor Challenger, and humorous stories about the Napoleonic soldier Brigadier Gerard, as well as plays, romances, poetry, non-fiction, and historical novels. One of Doyle's early short stories, "J. Habakuk Jephson's Statement" (1884), helped to popularise the mystery of the brigantine Mary Celeste, found drifting at sea with no crew member aboard.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (25%)
4 stars
7 (58%)
3 stars
2 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Syazwina Johari.
76 reviews10 followers
September 14, 2021
Buku Sherlock Holmes ini menampilkan 4 buah kisah ringkas tapi menarik hati saya sebagai pembaca. Disebabkan buku ini juga saya telah jatuh hati dengan buku genre misteri dan sudah pastinya akan membeli lebih banyak buku Sherlock Holmes pada masa akan datang

Secara ringkas, apa yang saya suka tentang buku ini ialah:

✅ laras bahasa yang mudah untuk difahami
✅ sesuai untuk remaja
✅ bacaan yang sangat sesuai supaya dapat mengelakkan bacaan terbantut (reading slump)
✅ ringan dan tidak berat
✅ muka hadapan buka yang sangat cantik
✅ kesemua ciri diatas tapi pada harga yang sangat murah untuk satu buku

Bagi saya pihak penerbitan telah lakukan tugas yang sangat baik dalam melakukan terjemahan buku ini dan berharap dapat menarik lebih ramai minat remaja ke arah bacaan buku seperti ini yang mampu menguji kecerdasan minda para pembaca.

Akhir kata, cerita kegemaran saya dalam buku ini ialah kisah detektif yang nazak. Sherlock Holmes nazak kerana sakit misteri disyaki kerana sejenis virus dari asia tapi menentang untuk diperiksa mahupun mendapatkan perubatan walau didesak oleh Dr.Watson sedangkan nyawanya dihujung tanduk. Sampai saya sendiri rasa geram pada awalnya, Eh En.Holmes ni memang nak mati sangat ke haha. Jadi kenapa dan mengapa Sherlock Holmes berperangai sedemikian? Memang dia dah tak sanggup teruskan hidup ke? Nak tahu, belilah buku ini. Sangatlah disarankan
Profile Image for Joy-is-joyyyy.
13 reviews
March 3, 2023
Hint: K1 —jiran, K2 —cemburu, K3 —isteri, K4 —alat solek.
.
Macam biasa kisah yang tidak menghampakan dan terjemahan yang sangat mudah difahami. BTW, adakah saya seorang sahaja yang rasa kisah ketiga; misteri kumpulan lingkaran merah tergantung? Kesudahannya dimana Gunerro Lucca? #review36
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.