Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lockdown Moment

Rate this book
Semesta memberi isyarat setiap orang yang kita temui dalam hidup, pasti hadir membawa perasaan atau pergi menyerah dek kenyataan.

Seakan-akan segala kebetulan yang terjadi bagaikan mimpi. Siapa sangka, pertemuan seorang jururawat bernama Haira Sofia bersama seorang kapten tentera bernama Luth Asyraf membuka satu riwayat baharu dalam hidupnya.

Namun, disebabkan kisah silam Luth Asyraf, Haira Sofia juga turut menjadi sasaran kepada pihak yang ingin membalas dendam.

“Cantik perempuan tu. Sama macam dulu. Bukan dia dah mati ke, hurm?” - HAIDER

Menerima ketentuan, tidak mudah bagi Haira Sofia. Siapa sahaja yang sanggup menelan hakikat yang perit itu? Mengapa dia juga turut terpalit dengan misteri hidup lelaki bernama Luth Asyraf?

“Tell me, kenapa mereka kenal saya? Juga kata saya dah lama mati.” – HAIRA SOFIA

“Aku. Tak. Nak. Kau. Tahu.” – LUTH ASYRAF

Bibit rindu mula berputik menyatukan dua insan yang berbeza latar belakang. Tetapi, disebabkan tugas dan amanah, mereka terpisah. Memenuhi tanggungjawab kepada tanah air. Menjadi petugas barisan hadapan untuk menyelamatkan nyawa.

Sebegitu mahalkah harga kebahagian perlu dibayar sehingga perlu mengorbankan jiwa dan raga?

Luth Asyraf… Haira Sofia, mereka insan terpilih yang dipaksa masuk ke dalam permainan jiwa yang bermandi luka. Ada lara yang merusuh, ada darah yang menjadi saksi pertaruhan.

Sanggupkah Haira Sofia bangkit setelah ditikam dengan sandiwara dan mengejar kembali nadi cintanya?

Persoalannya, kepada siapa kemenangan itu berpihak? Kepada pihak seteru atau mereka berdua?

Jika momen terkunci itu mengajar 1001 erti kehidupan, izinkan secebis bahagia terselit bersama untuk melenyapkan air mata yang jatuh tanpa bicara.

544 pages, Paperback

First published September 1, 2021

32 people are currently reading
334 people want to read

About the author

Ayeshah Amani

13 books28 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
124 (40%)
4 stars
77 (25%)
3 stars
61 (20%)
2 stars
32 (10%)
1 star
9 (2%)
Displaying 1 - 30 of 47 reviews
168 reviews2 followers
July 28, 2022
Okay, lemme be honest. I have mixed feelings with this book. Baca bab-bab awal dh rasa dejavu drama DOTS, novel Dr. Alpha Male & Salju Kyoto. And I was expecting bnyk babak PKP & babak frontliners tapi dh setengah buku baru mula PKP. Babak tugas nurse is good, but not the soldier part. Tgh2 buku bnyk babak romance & (soft) spicy. While the use of Malay is totally good & I love it, the use of English is kinda meh? Turn off bila hero cakap English tapi dh mcm Maryam je. Just use Malay, we’ll surely love it more. Both the author & the editors should really pay extra attention to the grammar & spelling. Typo ‘kebahagian’ pun berulang2. I kinda like the plot twists tho. And fgs what is this?

Pg314 - ‘okey, aku tahu mesti pembaca hendak membaling wajahku dengan tepung dan telur yang ada dalam dapur ni sekarang juga kan sebab memuji diri sendiri? Silalah kalau boleh masuk dalam cerita ni. Werk!’

Overall, good idea but weak execution, yet I believe the author can do better after this.
Profile Image for atep.
11 reviews
March 18, 2022
lockdown moment
first thing first , novel ni oke
.
.
tapi tak macam what i expected sbb ramai dekat tiktok kata best . novel ni nak kata sedih tak la sangat . sedih just sbb ingatkan luth mati je tapi tiba ii sembuh plak . hero never die hshs . but yg sakit hatinya bila tahu siapa yg sorok luth tu sbb tak expect . tapi , alasan yg antagonis sampai boleh sorok luth tu agak goyah yee macam takde point lah sampai nak sorok ii apa semua . and lagi satu , ingatkan luth and haira kawen just sbb nak protect aje but alaa dah kawen terus sweet ii . novel ni byk about romance lagi kut . dia tak byk pasal pkp , covid . just nak cakap jln cerita awal ii macam best sbb misteri gitu tapi bila dah bab ii belakang dah dapat tahu apa yg nak jadi so agak meh laaa . ending dia macam terlalu WHY ??? NONSENSE . like kalut ii aje nak buat ending . but oke aje 🐰👍
Profile Image for noveeechim.
37 reviews1 follower
July 31, 2022
hmm, cerita ni sebenarnya unik. idea bagus. aku suka ideanya. tentang pkp which means isu sekrang. bagaimana penat lelah frontliners tu jaga keselematan rakyat dikala pandemik mcm ni. ini la sebab aku tertarik nak baca. tambh lgi review aku baca kat ig, semakin menarik aku nak baca. tapi maaf utk semua yg menyukainya dan penulis. saya bukan kecam eh tapi semoga terima dengan hati yang terbuka T_T. saya doakan penulis sentiasa maju dalam berkarya dan terus semangat!!!

mula2 cerita ni okay, tapi masuk depan, tengah gitu, graf aku dah mula turun dah. aku kurang minat ayat yang terlalu panjang utk satu prkara. means that terlalu explain smpai aku rasa mcm bukan bca cerita tapi karangan. aku faham, penulis nak explain nor tambah pengetahuan tpi aku agak rasa ianya seperti berlebihan. jadi aku skip utk part2 yg ada mcm tu T_T. lepas tu, babak konflik kurang jelas and macam tetiba serta kabur.

utk plot twist pun, memang twist hbis tapi kenapa? dan tetiba. memang xda clue langsung utk plot twist sbb tu aku rasa mcm tiba2. hm..

aku rasa penulis boleh baiki lagi cerita ini. aku suka ideanya. mcm aku nyatakan tadi, isu semasa. aku rasa boleh diatur, kasi halus, cantik dan perbaiki mana2 bahagian. tapi takpa, semoga penulis terus menulis dan anggap ini sebagai pembakar semangat utk terus berkarya okay!

chayok penulis!. sorry kalau ada terguris hati... fighting :D
Profile Image for Jalan Indah.
13 reviews1 follower
May 25, 2025
I could not finish this book. So many grammatical errors that traumatized me. Im not sure who hired the editor to proofread the book.

One of the line that traumatized me “ i saw you stole the smell of my body” —- omg.

Sorry author, i bought this due to tiktok viral and i regretted it until now.

1.5/5.
Profile Image for Lady^Reads.
27 reviews4 followers
June 17, 2023
Saya bagi 2 bintang. Satu untuk idea yg ada. Manakala satu lagi utk bagi support supaya penulis boleh menulis karya baru dimasa hadapan dgn bimbingan yg mantap.

Sejujurnya mintak maaf cakap saya rasa letih betul habiskan bacaan. Disebab kan penggunaan bahasa inggeris yg saya rasa sgt kecewa. Benda tu betul2 turn off mood saya.

“You have a smart mouth Haira” ms 281. Apa benda tu?

Editor & proofreader mana?
Naskah ni datang dari rumah penerbitan lama ye, bukan self-pub. Nasihat saya jika kita tak pandai takpe..pilih je tulis dalam full BM sampai ending. Tak mencacatkan pun…nama pun novel BM kan.

Yg kedua naratif yg terlalu panjang. Rasa mcm tengah baca buku teks.
Yg ketiga pulak watak Luth tu. Anda pasti ke ada dptkan nasihat ketenteraan. Masa awal bab ingatkan Luth ni anak Jeneral sebab seorang kapten dlm atm siap memandu Audi. Penulis tahu ke harga kereta tu? Bersesuaian ke dengan gaji seorang Kapten dalam atm? Tu belum lagi babak dia menurunkan helikopter dekat rumah Haira.. tahu ke polisi ketenteraan macam mana?

Okey lah letih pulak nak tulis panjang.
6 reviews6 followers
July 26, 2022
Dah lama dah baca cuma baru nak review.

DNF.
English grammar kena perbaiki lagi.
Saya tak suka sangat gaya penulisan macam ni. Lain orang lain cita rasa kan?
Terlalu overrated di tiktok 😒😑
Lepas dari kejadian ni, aku dah tak nak percaya dah novel yang hype kat tiktok or ig. Rasa tertipu. Menyampah aku!!!
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
October 3, 2021
Tamat pembacaan semalam: 2:48 PM

𝑳𝒐𝒄𝒌𝒅𝒐𝒘𝒏 𝑴𝒐𝒎𝒆𝒏𝒕💕
"𝑫𝒊 𝒔𝒂𝒂𝒕 𝒂𝒌𝒖 𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒂, 𝒕𝒆𝒓𝒌𝒖𝒏𝒄𝒊 𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒌𝒖𝒏𝒄𝒊..."🔒
5🌟

Pergorbanan. Di mana perjuangan demi tanah air tercinta, segalanya ditaburkan. Bukan sahaja nyawa digadaikan malahan cinta yang suci turut dipertaruhkan demi sebuah kebahagiaan. Tatkala pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan menyentak dunia, saat terpisah dua insan dari sempadan Thailand dan Malaysia. Ini kisah mereka.

"𝑱𝒖𝒔𝒕 𝒔𝒕𝒂𝒚,"

Beku dan dingin seraut wajahnya. Iris mata hazelnut brown menjadi tatapan seharian buat bidadarinya. Hatinya rapuh, tidak mahu kehilangan lagi yang disayangi. Takut yang menguasai sehingga lupa bahawa masih ada DIA yang sudi menemani. Gagah yang dipertontonkan tidak bermakna utuh selamanya. Wira negara juga manusia biasa.
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐀𝐬𝐲𝐫𝐚𝐟

"𝑶𝒑𝒆𝒏 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒆𝒚𝒆𝒔, 𝒎𝒚 𝒑𝒓𝒆𝒄𝒊𝒐𝒖𝒔..."

Merawat dan menghulurkan bantuan sebagai frontliner di pusat kesihatan. Kes covid mengancam nyawa para rakyat sekalian. Bakti ditaburkan namun dia sendiri rapuh. Berpisah setahun lamanya bersama si tercinta. Kehilangan yang mengajar erti kehidupan disiplin dalam diri. Sesungguhnya wanita ini terlalu kuat. Untuk seketika, izinkan saya ingin mendakapnya.
𝐇𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐒𝐨𝐟𝐢𝐚

"𝒀𝒆𝒔, 𝑰 𝒂𝒎 𝒉𝒊𝒔 𝒘𝒊𝒇𝒆."

Apabila satu ujian ditimpa pada hambaNya, sedarlah bahawa Allah sangat menyayangi kamu. Mungkin dikau rasa dugaan yang diberi amat berat pada bahu kecilmu, namun sebenarnya terselit cebisan hikmah yang begitu indah. Menyelusuri kisah mereka, benar-benar membuka mata. Bagaimanakah hikayat frontliner yang seringkali dipandang enteng oleh mereka? Hakikatnya, mereka juga sama seperti kita. Mereka juga ingin kehidupan biasa bersama keluarga tercinta.

Sekian, terima kasih atas kisah yang penuh dengan ibrah ini, kak Sha sayangku. Kisah yang menyentuh hati sehingga mengalirkan mutiara jernih ini. Cewahhh, tapi memang meroyan pun anak-anak. Kesian kawan aku yang jadi mangsa.

𝑨𝒌𝒖 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒅𝒊𝒂 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉. ❤️
Profile Image for Miss Anonymous.
12 reviews2 followers
June 20, 2022
3.00⭐

Novel ni tak menepati my first impression, sebab kat tiktok banyak giler orang duk hype pasal novel ni. Bukannya nak condemn penulis, harap penulis boleh improve penulisan yang akan datang. Jangan down orang bagi bad review.

Mula2 nak baca tu, memang expectation tinggi giler kat novel ni sebab ramai yang kata best. Boleh buat air mata meleleh. But, this novel is not enough to make me cry. Tak taulah kan kalau saya ni tak menghayati ke apa. Pendapat masing2.

Agak mengecewakan jugak sebab setahu saya, author ada buat interview dengan orang yang pakar dalam bidang askar ni kan. Maybe author nak tahu pasal organisasi je kut.

For bahasa, memang banyak kena improve. Tak kiralah bm ke bi, semua kena improve. Kadang turn off bila baca, tapi try hard jugak untuk habiskan.

Dia punya plot twist tu, okeyh yang ni saya suka. Hahahahaa tutup buku sekejap, duk memikirkan, betul ke ni?

So, the conclusion is... kalau just nak baca untuk suka2 tu, awak teruskanlah. Tapi kalau untuk orang yang cerewet pasal kualiti pembacaan, sangat tidak direkomenkan. Ada pengajaran, ada kata2 bermanfaat jugak. Okeyhh itu je! Keep it up, author! Don't give up!
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
July 16, 2022
Kerana rasa sebuah tanggungjawab ke atas nyawa seorang wanita, Luth Asyraf mengangkat Haira Sofia sebagai isteri. Haira, kerana berada di tempat dan masa yang salah, dia terjerat sama dalam permainan nyawa antara Luth dan musuhnya, Haider. Yang seorang bekerja sebagai seorang tentera dan seorang lagi sebagai jururawat. Based on tajuk, memang tahulah setting masa adalah masa PKP yang total lockdown tahun 2020 dulu.



Watak Luth Asyraf, cold, emotionless sewajarnya seorang ketua askar. Despite that, dia seorang yang penyayang and quite warm. Especially after dia dengan Haira kahwin, boleh kata dia ni mat sweet jugak la kot. Haira on the other hand, is the perfect match for Luth. She's strong, tak mudah menyerah dan yang penting, dia sumber kekuatan Luth. Tapi, aku sebenarnya tak berapa feel dengan kemesraan dua watak utama ni, taktahula mana silapnya, aku tak rasa mereka serasi sebagai pasangan suami isteri.



Memandangkan ni novel pertama daripada penulis, aku rasa banyak benda yang boleh ditambah baik, terutama bab penggunaan tatabahasa English memang kena banyak improve. Kalau satu dua boleh la aku nak lelap mata je baca, aku pun grammar hancus jugak tapi ni sampai mengganggu fokus untuk aku baca, oh rasanya memang kena check balik la.



Bab pengolahan dialog antara watak, aturan cerita pun boleh diperbaiki lagi. Tapi, aku memang tak jangka plot twist tu. Masa tu memang macam eh? Kau? Ha gitu. Tapi even dengan plot twist tu pun aku still rasa macam eh, ending ceni je? Agak mengecewakan jugakla untuk final confrontation tu, sangat anti-climatic bagi aku given apa yang antagonist buat geram pulak rasa. Dan something yang aku sayang sangat is how penulis tak gambarkan dengan lebih mendalam tentang pengorbanan frontliner masa total lockdown dulu. Serious aku rasa agak kecewa jugakla dekat situ.



Overall, it was a bit meh for me. Banyak ruang untuk penulis tambah baik berkaitan novel ni. Sebab novel ni sangat hype dekat IG masa mula-mula released dulu so aku ada expectation yang tinggi. Tapi realitinya tak tercapai pun. But the idea is there so maybe next novel will be better than this. Lagipun e-book daripada penulis ni yang aku pernah baca aku rasa her writing is good. So, kita tunggu next novel.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
August 7, 2023
My thoughts?

1. Buku kedua Ayeshah Amani yang aku baca selepas Darkest Moment. Ntah la aku memang biol sikit suka baca terbalik 😂 kalau Darkest Moment tu aku rasa a bit draggy and not to my liking, surprisingly I enjoyed reading this one.

2. Storyline yang menarik. Timeline masa pandemic hence the tajuk "Lockdown Moment". Bila baca rasa macam dejavu bila ingatkan time PKP dulu. Seksa woo. Aku suka perjalanan cerita except beberapa chapter terakhir, sebab rasa macam rushing.Bila tahu the real villain dan dendam dia tu macam mehh sikit.

3. Aku ada baca review kat GR katabuku ni tak cukup aksi, kisah frontliners pun biasa je. Bagi aku pulak aku faham isu sebenar yang penulis nak sampaikan. Dia lebih berkisar kepada ketabahan hati isteri frontliner yang juga seorang frontliner dan cabaran yang dia hadap masa PKP.

Dengan suami takde kat sisi, beranak sorang2, ibu pulak mati kena Covid tak boleh turut kebumikan etc etc. Korang nak aksi lelebih baca la buku action thriller.

4. I love the female lead character. Strong and independent Haira Sofia. Tak lemah dan asyik perlu diselamatkan. In fact, dia pulak pergi selamatkan husband dia at the end 😆

4. Kapten Luth Asyraf. I have love hate relationship with this man 😂 tapi scene2 dia dengan Haira after married tu berjaya buat aku sengih sorang2. Salute pada penulis. Bukan senang nak buat aku sengih, biasa aku rasa macam nak campak je buku sebab cringe 😂

Personal rating:
🌟🌟🌟.9/5

0.1% kurang sebab plot ending dia.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
October 8, 2021
Firstly tahniah sha atas kelahiran LM ni. Bersesuaian kisahnya dengan keadaan semasa kita. Sebuah kisah memaparkan pengorbanan mereka2 yang terlibat sebagai frontliner semasa pandemik covid19 melanda dunia
.

Haira Sofea. Manis dan indah namanya. Namun kehidupannya agak tragis. Dia tidak sempat melihat bapanya ketika dia dilahirkan. Ya Haira seorang anak tentera. Ayahnya meninggal ketika menunaikan tanggungjawabnya pd negara. Haira memilih jururawat sebagai kariernya. Dia ingin berbakti kepada masyarakat
.

Kapten Luth Asyraf. Berperwatakan dingin setelah satu kejadian buruk menimpanya. Seperti Haira, Luth kehilangan ayahnya. Pertemuan tidak diduga dgn Haira mengubah hidup mereka
.

Satu insiden menyebabkan Luth dan Haira menjadi buruan. Hinggakan mereka mengambil keputusan berkahwin demi melindungi sesama mereka
.

Ada sesetengah part yang kurasa masih tidak mantap dan perlu diperbaiki. Perhubungan antara Luth dan Haira jugak agak longgar. Tidak nampak ke'serasian' mereka sebagai watak utama. Perhubungan mereka jugak sepertinya nampak agak tidak matang. Contohnya dari segi dialog mereka. Jika penulis mengubah sedikit dialog mereka menampakkan kematangan watak2 tersebut, rasanya lagi mantap
.

But its oke. Untuk novel pertama, its small matter. Masih boleh diperbaiki. Dan dialog2 english rasanya perlu diperbaiki. Ada ayat tidak betul dan kedengaran agak baku. So sha boleh improve untuk next novel. Silap, boleh belajar. Kekurangan, masih boleh diperbaiki
.

Sekali lagi tahniah sha. Keep it up. Sorry kalau ada kata2 atau teguran drpd review akak mengguris hati. Ini review jujur dari hati🥰
1 review
September 25, 2022
saya baru baca beberapa surat, dah banyak grammar mistakes tapi tak apalah. yang mana salah kita boleh betulkan dan sepatutnya, kena check dulu grammar before published. lagi satu, banyak penggunaan bahasa yang sangat tak sesuai dengan ayat. salah satunya ‘sekonyong-konyong’. maybe penulis nak nampak kelainan tapi tak kena dengan penggunaan ayat.

saya harap, lepas ni awak boleh improve mana yang sepatutnya. lebih baik kita guna bahasa kita saja jika kita tak confident untuk guna bahasa inggeris. sebab jika banyak kesalahan tatabahasa, ayat yang ingat disampaikan jadi tidak menarik dan tidak faham untuk dihadam. jadi kita rasa seronok nak baca, makin menjadi hambar hmm saya minta maaf kerana coretkan review ini sebab saya beli buku ni dan mungkin terlalu expect yang buku ni seronok sebab ada genre DOTS

takpe, saya tetap membeli untuk melihat peningkatan penulis! 😘
Profile Image for Nisya.
83 reviews3 followers
November 11, 2021
Karya yang pada awalnya sukar untuk aku mendapatkan rentak pembacaan yang menarik minat untuk meneruskannya. Mungkin kerana aku tidak pernah membaca karya-karya penulis sebelum ni dan ada errors yang agak mengganggu pembacaan. Namun, lama-kelamaan, jujur aku katakan kisah antara Luth dengan Haira makin menarik minat aku untuk menelusuri kisah cinta antara mereka.

Sangat banyak pengajaran yang aku dapati dari karya sulung penulis ni yang boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Sekiranya aku bayangkan aku berada pada situasi Haira yang sangat tabah menghadapi pelbagai dugaan terutama selepas perkahwinannya, aku rasa aku tak mampu menghadapinya seperti watak ni. Malah, pengolahan penulis yang menggunakan isu semasa juga sangat bagus iaitu berkenaan Covid-19 dan juga membuatkan kita tahu serba-sedikit berkenaan situasi dan perasaan frontliners yang sangat banyak curahkan jasa mereka untuk wabak yang sedang menular sekarang. Ilmu baru juga aku dapati seperti pengetahuan tentang senjata. Dan, tanpa disangka plot twist di sebalik plot twist tu ye...

Tahniah dan terima kasih penulis atas penghasilan karya ini. semoga terus maju jaya dan dapat menghasilkan karya yang lebih baik dan mempunyai banyak nilai pengajaran lagi untuk kami selaku para pembaca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for laila.
22 reviews
October 1, 2021
LOCKDOWN MOMENT | Ayeshah Amani

4.5/5 🌟

Luth Asyraf. Haira Sofia.

Pertemuan dua jiwa ini langsung tidak dijangka. Kisah cinta mereka penuh dengan rasa. Luth seorang perajurit yang meletakkan nama negara di bahunya. Haira merupakan jururawat yang menggalas nyawa di belakang tubuhnya. Dihadiri badai takdir yang menghentak diri, mereka layak digelar pasangan yang kuat. Sangat… kuat.

“A true soldier fights not because he hates what is in front of him, but because he loves what behind him.”

Mereka… terkunci dan dikunci.

Aku tak mahu fokus pada jalan cerita. Aku mahu fokus pada segala isi yang ditinta. Terbuka luas mata aku tatkala membaca perincian dan ilmu yang dicurahkan oleh penulis ke dalam karya sulungnya ini. Dan yang paling aku ingin ketengahkan adalah… Betapa besar pengorbanan mereka, pekerja barisan hadapan.

Karya yang ini menyedarkan aku tentang betapa tinggi dan mahalnya usaha dan titik peluh mereka. Betapa sayu dan peritnya tangis mereka saat perlu mengutamakan negara dari keluarga.

Segala perincian situasi dan emosi tentang barisan hadapan yang cuba diletakkan, berjaya meresap dan menjentik hati aku. Karya yang ini berjaya membuka mata aku tentang dunia kita tika ini. Tatkala mereka di barisan hadapan berusaha menurunkan segala angka, masyarakat pula sesuka hati memandang enteng tentang segala kawalan yang diarahkan.

Langsung tidak memikirkan tentang perasaan dan penat lelah mereka. Langsung tidak! Bukan semua tetapi ada.

Penulisan yang ini juga menyedarkan aku betapa reda itu perlu. Nafas yang engkau hirup dan hembus sudah ditinta sebaiknya oleh Dia. Sentiasalah meletakkan percaya padaNya dan jiwa kau akan sentiasa kuat kerana dipasakkan dengan percaya yang utuh pada Sang Pencipta. Sentiasa percaya pada Dia untuk kuatkan jiwa.

Untuk Kak Sha @ayeshahamani_ berbanggalah dengan karya yang ini. Bayangkan jika sepuluh tahun akan datang… mungkin virus ini sudah menjadi sesuatu yang tiada apa di dunia ini. Tetapi tatkala karya ini dibaca, segalanya boleh diimbas semula. Karya yang dihasilkan apabila dunia terkunci dan dikunci.

Started : 26/9/2021
Finished : 30/9/2021
17 reviews1 follower
November 13, 2021
maaf cik penulis, it's not meet my expectations, sorry again. Teaser yang di kongsi memang menarik. Isi kandungan kurang menarik. i do expect more or less dengan novel melur jelita The unsung Hero 1 && 2. Memerlukan sedikit pembaikan dalam storyline sikit; bab climax, suspen, mystery kalau boleh selitkan. Cover buku memang cantik.
Profile Image for chelsannereads.
185 reviews4 followers
November 7, 2021
LOCKDOWN MOMENT BY AYESHA AMANI

LUTH ASYRAF - Seorang kapten tentera yang cekap, dingin dan beku. Only tak beku when dia dengan orang yang dia rapat je🌚

HAIRA SOFIA - Seorang kaki tangan di hospital iaitu jururawat yang comel lagi kan cantik. Dia yang cakap ye🗿🌚

Kisah cinta yang penuh dengan duka dan lara ditempuhi dengan kekuatan yang dipinta oleh Allah untuk mengharungi segala pahit getir yang melanda kehidupan mereka. Jujur aku suka dengan watak Haira Sofia yang sangat kuat. Kalau aku ada ditempat dia. Aku pun tak tahu yang aku akan sekuat dia ataupun tidak. Ya. Begitulah lumrah menjadi isteri seorang tentera. Sering ditinggalkan dalam jangka masa yang lama. That's what you have to pay for your choice. ✨Luth pula, to be honest aku pertama kali baca novel yang berkaitan dengan askar ni dan ini adalah genre fav aku iaitu action. Wuhu... And I really love this man.. Wau! 🥺💋 The kebekuan and kedinginan.. Is really abang askar la.. 😩🤣 I can feel his military soul.. 🌚🤩 Suka sangat dengan protective side Luth.. 🥺 Dia sweet dengan cara dia yang tersendiri.. Dia sweet dengan 'action' not 'sweet talker' 🙈 Aaaaa! And the plot twist... Hmm actually I didn't expect that.. ☺️ Good one Kak Sha huhu... 🥲 So far the story is Great😍 ada kisah yang meruntun jiwa juga..🥲 Sedih juga la.. I cry so hard 😭 semua watak sangat lah memainkan peranan.. I really love semua karakter dalam novel ni.. Terlalu banyak pengajaran dan pengetahuan yang ada di dalam novel ini. Ada juga terselit kisah tentang petugas-petugas barisan hadapan iaitu frontliner kita. Pasal pandemic covid 19 ni semua.. And hal ini juga telah membuka mata aku tentang betapa pentingnya mengikut SOP, kerana kita tidak tahu bagaimana bersusah payahnya para frontliner bekerja keras untuk membendung wabak ini. Bak kata pepatah 'belum baca belum tahu' ecewahh.. Pandai² je buat pepatah sendiri🌚 Akhir kata dari saya.. Sila lah beli novel ini... Best woo tak tipu🥺🙈🤣 last but not least...

NOW WHERE'S MY ABANG PASKAL?!

⭐⭐⭐⭐⭐5/5
12 reviews
December 13, 2021
10/12/2021 - 14/12/2021 00:46, aku hbis baca novel ni. Novel ni byk sgt bab2 agama, byk sgt novel ni ajar aku erti bersyukur, ajar aku supaya sentiasa berserah kepada Allah, bagitahu aku yang Allah akan sentiasa igt kita kalau kita ingat dia. Even dlm buku ni aku rasa ada sedikit kesalahan dari segi tatabahasa dan ejaan, tpi dia tak sikit pon mencacatkan jalan cerita novel ni. Their love story is tragic, nak nangis aje aku dkt part last2 tu. Kalau aku ada dekat tempat Haira tak tau lah aku kuat ke tidak, aku anak bekas tentera udara... k novel ni best, betul best!!!
5 reviews1 follower
December 21, 2021
Time nak beli novel ni tak baca sinopsis or review dari orang pun terus beli sebab nampak menarik sangat. Sumpah tak menyesal beli novel ni 😭 I still can't move on even happy ending 😔 saya menangis sampai selsema teruk. Dari tengah hari sampai ke petang 😭 ni novel paling best yang saya pernah baca. Kata-kata penulis banyak bagi pengajaran dan tak lupa juga abe Luth selalu buat novel ni bersemut 😩 Semoga kak Sha berjaya dunia akhirat dan bersemangat menulis karya seterusnya 🤍 salam sayang dari Mia lah menyempat 🧍🏻‍♀️🤍
Profile Image for Farah Nisa.
112 reviews1 follower
April 21, 2022
Aaaaabeli sebab review tiktok kata best2 semuaanyaaaa cover pon menarik tapi....
Profile Image for K.
4 reviews1 follower
November 10, 2021
Tak sampai sangat jalan cerita… tau² oh ada ops, pastu dtg, pastu hilang balik. Pastu ohhh hidup lg rupanya hero kita ni. Kena heroin dtg sanalah baru dia akan terlepas dari musuh… ooo begini
Profile Image for d.
3 reviews
April 29, 2022
First of all, tahniah kepada penulis atas kelahiran buku fizikal pertama beliau. I'm happy for it. Semoga terus berkarya di masa akan datang.

Mulanya agak eksited masa join pre-order. Cover buku cantik gila. Kak Sha pun baik orangnya. Sentiasa happy, ramah, dan support penulis lain jugak. Dengan peminat karya dia pun baik.

Pengulasan:

Untuk jalan cerita, bagi peminat fully romance macam I, this book is not recommend for you. Jalan cerita LM sebenarnya lebih kepada naratif kata which is agak mengganggu sedikit jalan cerita sehingga keseluruhan cerita jadi agak meleret. There is too much naratif kata yang pada pandangan I ada certain part tak perlu.

Jalan cerita lebih kepada cara Haira survive seorang diri untuk adapt dengan keadaan. Disebabkan Luth hilang jugak, jalan cerita dia agak lari dari perkataan 'romance'. Memang half daripada cerita ni ditumpukan kepada apa yang sedang berlaku sekarang. Penulis cuba tekankan soal hidup dari segi zahir dan batin.

Untuk watak, sesungguhnya watak Luth memang tease. Memang watak lelaki idaman. Cuma bahasa Inggeris yang digunakan agak menjatuhkan aura watak Luth yang agak maskulin dan cold. Ayat yang santai sahaja dan tidak terlalu menaikkan aura Luth.

Haira pula jenis perempuan yang kuat. Berani mati. Cuma untuk heroin ni pun agak turn off sikit sebab watak dia kadang-kadang okey kadang-kadang tak. Kadang-kadang kena dengan jiwa, kadang-kadang tak.

Untuk gaya penulisan dan pengolahan ayat, penggunaan bahasanya indah. Sama jugak, disebabkan I lebih suka kepada penulisan yang santai, karya penulis agak tak kena dengan jiwa I. Bahasa yang digunakan terrlalu indah, sesuai untuk pembaca yang suka gaya penulisan macam tu. Untuk suka yang lebih santai, mungkin agak turn off. Meleret. Biasalah, setiap orang lain-lain minatnya kan.

Apa yang I suka, current situation yang penulis tekankan. Memang beri pengajaran supaya masyarakat buka mata betapa bahayanya COVID-19 sekarang. Semua patutnya bekerjasama menghalang penularan, bukannya buat dunia ni macam dah hilang virus berjangkit ni.

Second, penulis banyak tekankan tentang perasaan dan nasihat yang dititipkan secara halus dan penuh lembut. Bila baca certain part, agak terubat hati. Kadang, "Ha betullah apa dia tulis. Eh, haah lah." Ha macam tu. Untuk bahagian ni, memang mendapat tempat di hati.

Bagi I, tak ada masalah pun untuk mencuba. Cuma, bila terhasut dengan media sosial seperti tiktok atau sebagainya, jangan salahkan mereka kerana hype. Setiap orang lain cita rasanya. Macam yang I harapkan ada part sedih sepertimana yang diheboh-hebohkan, part sedih yang mereka katakan tu tak mencapai tahap kesedihan I. Dan itu membuatkan I agak kecewa sikit but still enjoy.

Bagi I, penulis lebih sesuai dengan jalan cerita yang penuh dengan action. Seperti buku baru yang bakal terbit, DM. ( bacaan awal di wattpad ) Bagi I, DM ( versi revamp nycto ) memang mantap dengan penggunaan gaya bahasa seperti itu. Penulis memang berbakat dalam mengolahkan situasi yang penuh dengan aura kegelapan dan aksi. Good job. Can't wait for DM.

Overall, tahniah sekali lagi penulis. Tahniah kerana berjaya terbitkan sebuah masterpiece yang membanggakan diri sendiri. Seorang tak suka, tak bermakna semua tak suka. Masih ramai lagi peminat yang sentiasa menyokong dari belakang.
Profile Image for dura.
38 reviews3 followers
November 1, 2021
Hi, im back again with another review :)
before I teruskan my explanation abt this book, I just want to say that I'm not really good at giving reviews. I only can tell you how I feel throughout reading this book so yeah, hope that I can convince you to read it hehe...

Pertemuan seorang jururawat bernama Haira Sofia dengan Luth Asyraf yang merupakan seorang askar menimbulkan rasa tidak senang di hati masing-masing. Namun pertemuan itu membawa mereka ke satu alam baru iaitu, alam perkahwinan. Bagaimana? Mengapa? segala persoalan akan dijawab dalam buku Lockdown Moment by Ayeshah Amani ini.

heheh pendek naw review 😙

okay now we focus on my opinion...
so lets talk about the hero in this book. Luth Asyraf. Ya Allah, Subhanallah, MasyaAllah (haa kan dah berzikir tu) Luth ni kalau nak cakap bukan husband material, tak taula. Sifat caring dia tu macam dia ni psychic tau, boleh baca fikiran Haira. Haira tak perlu mintak dulu pun, tiba2 je Luth dah sediakan. HUAAAAA nak nangess bila Luth tunjuk red side dia tu. Bukan setakat Haira je yang tercengang tengok betapa hotnya husb dia tu, yang membaca ni pun sekali ternganga HAHAHAH tapi srs, Luth ni memang limited edition extra accident hot and caring dia tu... dah la bertanggungjawab. Bukan pada isteri je, pada keluarga dan juga pada negara. Rasa2la kan, ada tak orang yang mcm Luth ni? deep inside my heart said ada je cuma kita je belum jumpa. Mungkin Allah nak kita juga ubah diri kita jadi lebih baik untuk diberi seseorang yang akan bersama dengan kita nanti. Bak kata Haira, untuk berganding dengan orang yang hebat, kita juga mesti jadi kuat dan sama hebat dengan pasangan kita tu...

okay enough pasal Luth. kalau kita keep on cakap pasal Luth, sampai sudah tak habis..😓

Haira Sofia, dia ni seorang yang memang kuat. I now that ramai wanita di luar sana yang kuat macam Haira ni. Bibirnya tidak henti2 berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa which is another reason why am i amaze with Haira ni. Sentiasa letak harapan dan kebergantungannya hanya kepada Allah. Walaupun Haira ni seorang wanita yang kuat, adakalanya dia rebah namun inilah yang menunjukkan kita seorang manusia. Manusia yang lemah tetapi dikuatkan oleh Allah yang Maha Kuat. Buku ni sememangnya membuka mata para pembaca tentang betapa kerdilnya kita ni. Sesungguhnya kalau kita benar2 mengenal Allah, tidak akan ada sekelumit rasa bangga pun dalam diri kita ni kerana kita sedar, kita cumalah hamba-Nya yang lemah dan tidak ada apa2 pun selain Dirinya. Perangai celoteh Suha, Maryam, Eilman dan lain-lain juga jadi pembangkit semangat Haira dan membuang sedikit rasa segala duka dan kesedihan yang dirasai para pembaca.

sebenarnya kalau boleh banyak lagi nak diluahkan namun hati berkata "sudah, cukuplah...biar pembaca lain merasai pengalaman seperti menaiki roller-coaster ni sendiri" HAHAH memang buku ni emotional but i memang seseorang yg susah nak nangis. susah sangat. so i memang tak nangis while reading this book. hati je yang menanggung perit 😔...

overall i bagi 4.9/5...mana lagi yg 0.1 tu? biarlah itu jadi semangat penulis untuk terus menerus menambah baikkan penulisannya yang sudah sedia indah. 🤍🤍🤍
Profile Image for Arcanes0ul .
36 reviews
November 19, 2021
Nak jual novel ni dengan harga RM 15 exc postage

Condition still like new 10/10
40 reviews3 followers
June 13, 2025
takle rate 0 bintang ke app ni do sumpah tah pape wei ape bende ni sebenarnye. tkde ke org proofread ke ape ke sbb cam terok sgt ni grammar dia ke laut wei bkn laut dekat ii do ni dh ke laut mediterranean ni dhla male lead dia mix wei bknnye melayu pun tapi tk reti ckp english apekah ini pegi tgk oh my english la brader. tpi bende paling aku bengang nye sbb budak ii kat tiktok kate buku ni best la sedih la. excited aku nk bce tau expectation tinggi tau tapi kecewa do. aku rase la yg kate buku ni sedih tu cikgu english kot so dia sedih bace grammar penulis ni hehe

anyways my real rating is 0 bintang
Profile Image for Azwa.
1 review
October 19, 2021
Taknak cakap banyak. Just highly recommended 💯 sbb vibes macam dots. Tapi storyline dia lain lah. 👍🏻
Profile Image for nrnfrdna.
8 reviews1 follower
December 31, 2021
Jalan cerita yang gempak. Watak antagonis tu betul tak sangka. And bila part sweet Haira dengan Luth, Masyaallah meleyot caiyaq! Single terasa. Yang paling ingat bila part Luth masak shirtless. Pakai apron pink saja. And bila part Haira ditinggalkan, maknya pula kena covid. Allah. Sedih. Hati terasa bagai kaca yang pecah. Tambahan lagi, bila dah jumpa Luth and dia positif covid. Masa tu dah basah lengan baju. Kemain nangis")
Tapi memang gempak lah cerita ni! Di asrama, dormmate pun kata best. Semua tercrush dekat Luth.
This entire review has been hidden because of spoilers.
5 reviews1 follower
February 14, 2022
For me this story tak banyak plot twists but untuk akhir beberapa bab seriously for me nice. Tapi untuk yang awalan tu, terlalu biasa-biasa. Apa-apa pun tahniah kepada penulis sebab dah selesai menghabiskan novel ini. Cuma bagi saya penulisan perlu diasah lagi sebab bagi saya ayat dan bahasa yang digunakan biasa-biasa. Tak pastilah mungkin saya yang cerewet tapi novel ni bagi saya tak membuat saya teruja. Tapi kalau memang nak beli untuk baca waktu lapang ok jer, sebab cerita dia tak berat just biasa-biasa sesuai untuk baca bagi menenangkan fikiran. That's all thanks.
2 reviews
January 16, 2022
Lockdown Moment is a great book! Seriously I memang excited bila terjumpa buku ni dekat "hasani". This story is about Luth and his wife Haira, yang accidentally terjumpa dekat gerai keropok Mak Leha. So Luth berjanji nak jaga Haira kerana risaukan keselamatan Haira. And yea plot twist dia memang membuatkan I naik gila because you ingatkan dia tu pastu dia tu end up orang yang disangkakan baik juga yang jahat. Apa yang author cuba sampaikan menang padat. So pergilah baca LM💗 Thumbs Up from me👍🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
2 reviews
February 21, 2024
Idea tu ada, jalan cerita pun menarik tapi a bit turn off lah sebab banyak typo and grammatical error pun banyak. Editor tak buat kerja ke? If I'm not mistaken, author guna first pov kan, so dia macam erm tak perlu ada pun takpe. Saya banyak skip part narration tu sebab satu page only narration yg Haira tu bermonolog(?) Tapi saya enjoy je baca novel ni. Maaflah lambat sgt baca bukunya, tunggu buku ni dah kurang hype baru saya nak baca hehe >< Anyways good job author!
2 reviews
December 24, 2021
I'm just reading for fun soo this review is not so professional from me.. I love it how this story ada kaitkan pasal covid 19 which is benda ni kita boleh relate sangat sangat and I dapat belajar byk benda Yang I taktau dari novel ni it just tht rasa cam ada something yg kurang but idk what is it pape pun I rlly rlly love this
Displaying 1 - 30 of 47 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.