RAMAI TAK TAHU, DENGAN MENULIS SAHAJA BOLEH JANA WANG JUTA-JUTA!
Ya betul, juta-juta. Dalam erti kata lain dengan menggunakan copywritting yang power. Ini rahsia besar bagi seorang usahawan yang berjaya.
Copywritting yang power pula adalah copywritting yang menggunakan teknik dengan betul. Bukan copywritting yang dibuat dengan “membuta tuli” sahaja.
Oleh itu, saya kongsikan teknik-teknik tersebut di dalam buku THE ART OF bCOPYWRITTING ini sebagai panduan kepada semua pemula mahupun yang telah lama berkecimpung di dalam perniagaan masing-masing.
Apa yang menarik mengenai buku ini,
Paparan buku yang berwarna penuh. Disampaikan dalam bahasa yang santai dan mudah. Setiap teknik didatangkan sekali dengan contoh yang boleh dibuat terus! Merangkumi semua teknik yang dapat disesuaikan pada semua jenis perniagaan. Anda hanya perlu baca dan jadikan buku ini sebagai panduan di dalam perniagaan anda.
Saya berjaya baca The Art Of Copywriting by Aqif Azizan in one sitting. Jelas✔️ Mudah✔️ Pesanan ringkas bagi yang ingin membaca buku ini. Sila survey dan beli buku Confession Of The Pricing Man - Hermann Simon. Sebab nanti kamu akan terasa nak beli & baca buku tersebut selepas tamat buku TAOC.
Buku ini sesuai bagi insan yang menjual produk & servis (mungkin?). Ia sedikit sebanyak mengajar cara yang betul untuk mendapatkan pelanggan yang betul pada masa yamg betul. Saya sejujurnya agak tertarik dengan kaedah menjual phone holder yang ditulis oleh penulis.
Apa yang menarik dalam buku ini adalah bagaimana kita hendak meningkatkan keuntungan secara maksima dengan menggunakan kos yang minima.
Penulis menghidangkan 10 framework untuk membantu kita memahami apa yang ingin disampaikan dengan lebih jelas.
Bahagian yang Saya kurang gemar adalah pengulangan ayat yang terlalu kerap digunakan.
Mungkin tak sesuai untuk semua orang buku ni.. saya tak faham kenapa page dia ulang-ulang benda yang dah summary dalam page 1st, then elaborate benda sama dalam next page.. bukan elaborate, dia memang ulang benda sama.
Tapi ada yang puji buku ni bagus, mungkin jika buat praktikal akan dapat manfaat daripada buku ni.,
Buku ni nipis, cuma 120 m/s. Tetapi ilmu dalam buku ni luar biasa. Ini bukan buku teori, sembang kencang. Ini buku praktikal, sembang buat.
Jika baca dan tak buat. Maaf dik, sampai kiamat tak dapat 'results'.
Yang best tentang buku ni, setiap bab diajar secara terus. Tak ada pusing-pusing, kona kiri kanan. Jalan straight aje.
Ada bab copywriting contoh khas yang menjual produk penapis air, ada juga bab copywriting contoh khas untuk dak-dak insurans. Maknanya kalau korang tergolong dalam kelompok ni korang boleh terus 'apply the knowledge'.
Kalau bidang lain kena faham asas dan adjust sedikit.
Satu perkara yang boleh dipelajari selepas membeli buku ini ialah kita perlu lebih berhati-hati ketika hendak membeli buku secara online. Saya beli buku ini dari Shopee. Jika saya berpeluang membelek buku ini terlebih dahulu di kedai buku, sudah tentu saya tidak akan membelinya.
Dunia sekarang ramai yang dah mula buat business sendiri. Paling kurang pun jadi ejen dropship atau affiliate business orang lain. Dah jadi satu keperluan untuk sesiapa pun pandai buat copywriting (penulisan iklan).
Sebelum ni saya pernah baca beberapa jenis buku tentang copywriting di pasaran dalam bahasa Melayu. Jujur kata, setakat ni banyak yang saya jumpa tak menarik perhatian saya.
Lain dengan buku ni, penulis tulis dengan gaya bahasa yang simple, tapi masih kekal dengan bahasa yang baik. Bukan tulis bahasa pasar yang terlalu kucar-kacir sehingga buat pembaca menyampah.
Jap! Buku ni tak sesuai buat kalian yang: • Dah bertahun-tahun dalam industri • Dah pakar tulis apa jua jenis iklan
Siapa patut baca buku ni? • Orang yang betul-betul beginner, tak pernah tulis copywriting produk • Orang yang biasa tulis copywriting, tapi kering idea nak pelbagaikan jenis copywriting
Menarik tentang buku ni, boleh baca habis dalam masa sehari. Breakdown setiap elemen dan fungsi elemen dalam copywriting, mudah nak faham dan senang nak buat terus. Teori dan praktikal selari sebab contoh yang diberi cukup direct.
Skil copywriting masih dikira kerjaya baru, tak banyak rujukan yang gunakan pendekatan format mudah faham dan mudah aplikasi macam ni.
Ada juga kekurangan yang terpaksa saya sebutkan. Contoh copywriting yang ditulis tak boleh digunakan untuk semua jenis marketing. Lebih sesuai untuk marketing produk atau syarikat, bukan untuk semua content media sosial.
Apa pun, saya enjoy baca. Pemilihan warna dan grafik yang cantik berjaya mainkan peranan.
Last but not least, saya recommend kalian baca buku ni sebab buku informatif biasanya susah nak baca, susah nak habiskan. Namun The Art of Copywriting berjaya dipersembahkan dengan ringkas, padat dan cepat.
Oh ya, ini buku panduan. Orang kata, kena baca dan terus buat. Baca satu bab dah boleh terus mula rangka sikit-sikit copywriting sendiri.