Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hilang

Rate this book
Beberapa tahun lalu, tujuh orang kanak-kanak telah hilang entah ke mana. Usaha mencari mereka, menemui kegagalan. Siasatan yang dijalankan pihak polis hanya menemui jalan buntu. Akhirnya ia terkubur begitu sahaja.

Namun, insiden itu berulang kembali apabila beberapa orang kanak-kanak hilang tanpa dapat dikesan lagi. Ternyata rahsia hitam yang menghantui penduduk kawasan perumahan Taman Balqis berulang kembali.

“Benda tu tak mengacau, cuma dia suka tunjukkan diri. Itu hari kena dah si Munirah. Kata Munirah, ada perempuan dalam rumah kami, menangis.”
“Ada lembaga perempuan muncul?”
“Ha’ah!”
“Biasanya permainan sihir tak macam tu. Ni macam ada benda lain ni.”
“Benda lain apa pula, imam?”
“Rumah kau ada hantu tak, Din?”

Munirah, seorang ibu tunggal, bersama anaknya, Hisham, telah diterima bekerja sebagai pembantu rumah oleh Mak Som dan Pak Din. Namun, sejak berpindah ke rumah Mak Som, pelbagai perkara aneh yang dialami mereka.

Seolah-olah kehadiran Munirah dan Hisham telah mencetuskan semula suatu kejahatan yang tersembunyi di Taman Balqis.

254 pages, Paperback

First published January 1, 2020

14 people want to read

About the author

Khairul Nizam Khairani

46 books59 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (26%)
4 stars
17 (65%)
3 stars
2 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
September 15, 2021
terbaik susunan cerita dari tuan penulis Khairul Nizam Anarkis ni. banyak benda yang tak disangka berlaku. dan bila cerita move backwards, fuh! terbongkar semua rahsia walaupun ada yang berpuluh tahun lama tersimpan.

permulaan kisah, munirah dan anaknya hisham yang diajak masuk ke rumah oleh mak som kerana ketika itu mereka menumpang teduh dari terkena hujan. dan mak som tanpa ada curiga seperti suaminya pak din, mengambil munirah bekerja sebagai orang gaji bila munirah memberitahu dia tidak ada hala tuju. suami pun hilang entah ke mana.

muzamil, anak mak som yang terlantar sakit. kerana muzamil lah, mak som mahu munirah bekerja dengan dia agar dia boleh menumpukan perhatian menjaga anaknya yang sakit terlantar. ajaibnya, sejak munirah dan hisham tinggal bersama, muzamil menunjukkan perubahan. dia makin pulih. rupanya, ada sebab dia sakit terlantar.

kawasan tinggal mereka pernah dikejutkan dengan kehilangan kanak-kanak. hisham, dia ni terbuka hijab walaupun tuan penulis tak nyatakan secara spesifik. kalau tidak, masa kan dia boleh nampak makhluk yang berkeliaran waktu budak-budak yang berbasikal bermain di bangunan stesen janakuasa.

makin menarik bila masuk watak azman, pak mail, imam amat, pak darus... tak lupa watak nora, sunarti, hanim. semua ada peranan penting walaupun kecil. buat kisah HILANG ini sangat sedap dibaca dan jelas penyampaiannya. dan rangkuman penghujung buat kisah ini melompat melebihi klimaksnya.

buruk manusia lalu, kalau ada penyesalan dan mahu berubah, akan sentiasa ada lorong baik untuknya.

baik manusia kini, kadang bila terimbas kisah buruk lepas, sesalnya akan jadi tak sudah.

manusia takkan pernah sempurna.

cuma paling penting

jangan sekali HILANG agama dan pegangan dalam dada...
Profile Image for Jejaka Buku.
115 reviews6 followers
July 30, 2024
"Mulut manusia ni kita tak boleh kawal. Tak salah kita berwaspada."

Hilang, sebuah novel bergenre seriau/seram, mengisahkan kehidupan Munirah bersama anaknya Hisham yang diselamatkan oleh Pak Din dan Mak Som setelah suaminya menghilangkan diri. Sejak Munirah diterima sebagai pembantu rumah mereka, perlahan-lahan misteri keluarga itu serta kehilangan penduduk Taman Balqis mula terbongkar setelah sekian lama tertimbus.

Novel ini bertemakan ketamakan manusia yang memakan diri. Pembaca akan mengikuti sudut pandang Munirah dengan kisahnya mencari rezeki demi kelangsungan keluarga kecilnya. Namun ketika pembaca mula bersimpati dengan deritanya, layanan Munirah terhadap Hisham cukup membuatkan dirinya dibenci pembaca. Tempo penceritaan yang sedia laju ini bertambah menarik apabila plotnya bertukar lebih serius dengan elemen misteri dan angker mula rancak menimbulkan persoalan apabila watak Azman diperkenalkan. Perkaitan antara misteri kehilangan penduduk Taman Balqis serta kemunculan entiti seram yang menganggu penduduk berjaya dirangka dengan baik dan diakhiri dengan pembongkaran yang memicu perasaan bercampur-baur. Kelemahan pada novel ini pada perincian kisah latar dan motif Muzamil yang lemah memandangkan wataknya mempunyai peranan penting pada klimaks lantas sedikit mencacatkan peleraian cerita yang dikira sempurna. Tema lain dalam novel ini ialah kasih sayang sesama manusia dan kesesalan yang menghantui diri.

Novel ini untuk mereka yang ingin menjengah ke dalam sisi gelap manusia yang sukar diramal. Walaupun kekurangan pada novel ini begitu subjektif, karya ini harus dijadikan contoh bagaimana novel bergenre seriau harus ditulis kerana ia berjaya memaut perhatian pembaca dari awal hingga ke akhir muka surat.

4.25🌟/5🌟
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
September 15, 2021
Ceritanya tersusun kemas, satu satu kejadian diterangkan secara rapi kenapa ia terjadi. Best!

Cuma. Muzamil, apa masalah ko sebenarnya eh. Gila!! Anak bapak sama gila!

Haishhhhhh. Neh lagi satu, mudah benar Imam neh buat keputusan. Sakit pulak hati aku. Kot rasa bersalah sekali pun pintu taubat tu kan sentiasa terbuka. Marah aku..

Overall aku suka jalan cerita dia, aku ingat satu je kes dalam cerita neh rupanya ada macam macam kes.

So best! Tak rugi beli.
100 reviews3 followers
Read
May 9, 2023
Notauntukku

Novel tak tebal sangat tapi ceritanya padat n macam2 ada.Bila dah baca taknak berhenti rasa.cuma kesian dengan Hisyam..baru nak merasa ada ayah..harap maknya tak jadi pemarah terus lepas ke anak dia..
This entire review has been hidden because of spoilers.
10 reviews
August 17, 2023
Terbaiklah buku ni. Plot twist yang mengejutkan. Watak yang sebelumnya ingatkan innocent dan ingatkan tak ada kene mengena dengan perkara yang aneh yang telah berlaku muncul menjadi watak yang paling penting dalam buku ini sebagai watak antagonis.
Profile Image for Ubi.
314 reviews
January 30, 2022
Kecewa dengan imam Amat. Sampai hati dia tinggalkan Munirah dengan Hisham lepas berjanji nak berkahwin. Benda dah lepas tak usah dikenang2.
Profile Image for Mohd Ashmunir.
174 reviews3 followers
March 12, 2024
Best… best…best… plot twist dia unexpected sgt… jln cerita yg kemas… plot kemas… watak2 yg x serabut kta nk faham… and overall mmg best..
Profile Image for Nadhiah Aida.
514 reviews27 followers
October 5, 2024
Memang tidak mengecewakan
Sorry tak boleh beritahu
Kena baca baru tahu ..
Dalam persoalan akan ada jawapan
Dalam jawapan terhadap misteri
Ending memang takkan sangka
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.