13 Mei 1969 akan kekal diingati sebagai peristiwa bersejarah negara. Pada hari tersebut, perpaduan yang menjadi batu asas negara ini diganggu-gugat oleh gejolak perkauman yang menyaksikan keganasan berlaku hampir di mana-mana. Dengan tindakan tegas dan segera oleh kerajaan, serta sokongan setia angkata tentera bersenjata dan polis, situasi pada hari tersebut dapat dikawal. Jika bukan kerana tindakan dan pencegahan segera, sudah tentu situasi berdarah ini akan jauh lebih parah.
Bagi sebahagian daripada kita, tragedi ini mempunyai makna yang peribadi buat diri. Namun kita tidak boleh benarkan peristiwa tersebut membuatkan kita terus hanyut. Pada hari tersebut, kita tersentak lalu tersedar bahawa permasalahan kaum di negara kita amat serius, dan langkah yang telah diambil pada masa lalu belum cukup memadai.
"Pengajaran daripada tragedi ini amat jelas. Negara ini tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk mengadu domba dan menghasut masyarakat yang akan menyebabkan permusuhan sesama mereka. Untuk memastikan tragedi ini tidak akan berulang pada masa hadapan, kita perlu memastikan isu yang akan mengeruhkan perhubungan antara kaum tidak akan dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab" - Tun Abdul Razak bin Hussein, pengerusi MAGERAN.
Menghabiskan buku ini di suatu tempat yang ‘rare’ di musim yang tidak keruan ini.
Membaca buku ini kerana ingin mendapatkan gambaran sebenar tentang peristiwa yang ramai tidak mahu ingat ini melalui sumber primer, laporan MAGERAN sendiri.
Bercampur-campur perasaan membacanya.
Moga tidak berulang untuk selamanya peristiwa begini di negara ini.
13 Mei 1969 adalah tarikh berdarah dalam lipatan sejarah Malaysia. Pergaduhan antara kaum telah menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaan, meruntuhkan institusi sosial di Malaysia, menghilangkan kepercayaan sesama kaum, merosakkan harta benda. Namun, 53 tahun selepas peristiwa hitam tersebut, masih lagi ada yang bebal yang cuba mengapi-apikan dan memainkan sentimen perkauman.
Mengikut buku ni, beberapa pihak telah menjadi duri dalam daging tercetusnya pergaduhan tersebut. Antaranya, ejen-ejen pro-Mao, Parti Komunis Malaya (PKM), ahli kongsi gelap, pelampau kaum dan ahli politik. Ya benar, ahli politik adalah salah satu duri dalam daging. Selepas lebih 50 tahun, situasi serupa berulang kembali. Terdapat segelintir ahli politik dan pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memainkan sentimen perkauman. Jika perkara ini tidak dibendung, penjilat/pencacai politik yang bebal lagikan baghal, akan termakan hasutan tersebut. Implikasi atas perbuatan tersebut akan merosakkan keharmonian di negara kita ini. Tidak mustahil jika peristiwa 13 Mei berlaku lagi, kesannya akan menjadi sangat dahsyat.
Adakah anda suka hidup dalam negara yang tidak aman? Adakah anda ingin melihat generasi akan datang hidup dalam kesusahan? Adakah anda ingin kehilangan keluarga dan sahabat?
Kita semua tahu bahawa 13 Mei ini merupakan tarikh berdarah yang akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia. Sejarah yang menggugat keamanan, perpaduan dan ketatasusilaan di Malaysia.
13 Mei 1969 telah berlakunya pergeseran di antara Melayu dan Cina di Malaysia. Pergeseran yang pada mulanya berpunca dek ketidakpuasan hati. Lalu, bercambah kepada persengkataan dalam dunia politik sekaligus menghancurkan kemakmuran perpaduan di Malaysia pada ketika itu.
Membaca laporan yang ditulis oleh Laporan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) membangkitkan satu perasaan gusar mengenai semangat perpaduan di Malaysia. Dilampirkan bersama beberapa wawancara bersama anggota keselamatan terutamanya daripada PDRM mengenai situasi dan gambaran suasana ketika itu.
Malah, laporan ini tidak semena-mena membangkitkan satu kegusaran mengenai halatuju perpaduan di negara berbilang kaum pasca pergeseran 13 Mei.
Garis masa yang dibuat bersama-sama data serta statistik angka kematian akibat konflik yang berlaku ini begitu menakutkan. Andaikata berlakunya tragedi seperti ini berlaku lagi, data dan statistik ini merupakan penanda aras mengenai harga yang perlu dibayar jika berlaku pengulangan tragedi seperti ini.
Boleh dirumuskan mengenai punca berlakunya akibat daripada permainan sentimen perkauman dan cakap-cakap yang mempersoalkan hak orang melayu terutamanya dalam Perlembagaan Malaysia melalui Perkara 152 dan Perkara 153 yang dikatakan menjadi titik bermulanya persengkataan perpaduan.
Namun, bagi aku buku ini merupakan permulaan yang baik untuk kita memulakan pembacaan mengenai tragedi berdarah ini. Tetapi, seharusnya hasil laporan ini diimbangi dengan bacaan-bacaan lain yang sesuai untuk dibuat pertimbangan yang adil mengenai 13 Mei 1969. Hal ini kerana, ia terkait dengan 2 pihak. Maka, seharusnya kita membuat dan menganalisis sumber kedua-dua belah pihak bagi membuat asas pertimbangan yang adil.
Bercampur baur perasaan ketika membaca buku ini.. Terima kasih pada aplikasi cereka kerana memasukkan buku ini sebagai pilihan bacaan.. Semoga kita tidak melalui lagi keadaan ini.. Aamiin..
Beberapa bulan lepas semasa Pilihan Raya Umum ke-15 berlangsung, kita ada dengar pelbagai isu perkauman cuba dibangkitkan pihak tertentu. Ada yang kata peristiwa 13 Mei 1969 bakal berulang. Berlegar macam-macam cerita di media sosial, entah siapa yang pendek akal cuba mengapikan-apikan isu perkauman di Malaysia.
Membaca Laporan Majlis Gerakan Negara ini cukup buat aku seram sejuk, takut. Walaupun peristiwa ini dah pun berlalu lebih 50 tahun yang lepas, jika kehamonian sesama kaum tidak dijaga sebaiknya kemungkinan peristiwa hitam seperti 13 Mei boleh terjadi lagi. Nauzubillahi min zalik.
Aku meluangkan masa kurang 3 jam untuk membaca keseluruhan laporan ini, bahasa yang digunakan sangatlah mudah difahami dan dihayati. Agak lengkap maklumat yang dihidangkan dalam buku ini, antaranya :
1. Sejarah kemasukan orang bukan Melayu ke Malaysia 2. Dasar pecah perintah British yang menyebabkan keharmonian kaum sukar dibina pada awalnya. 3. Insiden-insiden pergaduhan antara kaum yang pernah berlaku sebelum tahun 1969. 4. Rentetan kejadian sebelum dan selepas 13 Mei 1969. 5. Punca tercetusnya perarakan kaum secara besar-besaran. 6. Peranan polis, tentera dalam meredakan dan mengawal pertembungan antara kaum. 7. Fungsi MAGERAN. 8. Statistik angka berkaitan kematian, mangsa cedera, mangsa hilang, senjata digunakan.
Memang banyak input yang boleh kita kutip dari buku Laporan MAGERAN ini. Panjang lagi kalau nak disenaraikan. Aku memang sangat sarankan kalian baca dan ambil iktibar dari sejarah pahit yang dah terjadi ini. Jauhkanlah diri dari ahli politik, pelampau kaum atau sesiapa saja yang cuba menyalakan kembali api perbalahan. Tak berbaloi langsung.
Bacalah buku ini, nescaya kita akan rasa betapa pentingnya keharmonian kaum untuk dijaga. Mahal harganya yang perlu kita bayar jika ia berulang. Bukan sahaja nyawa hilang dan kerosakan berlaku, keamanan dan nikmat hidup yang kita rasa sekarang juga kemungkinan sukar untuk dikecap kembali.
Buku yang sesuai dibaca untuk kita ketahui dan fahami secara ringkas tentang insiden 13 Mei 1969. Secara amnya, insiden 13 Mei ini terjadi sejurus selepas beberapa hari PRU. Ketidakpuasan masyarakat Melayu dan Cina diapi-apikan berlarutan daripada 9 Mei (sebelum PRU) sehingga 13 Mei. Hal ini terjadi akibat daripada sentimen perkauman khusus di antara masyarakat Melayu dan Cina. Penyusunan kronologi mengenai peristiwa ini disusun dengan baik dan mudah untuk difahami. Mungkin buku ini perlu dimiliki setiap satu sekolah agar pelajar-pelajar memahami titik-tolak sejarah kejadian ini sebelum mereka menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat apabila melangkau usia yang dibenarkan untuk mengundi (demi kemaslahatan negara). Akhir kata, jangan cuba-cuba untuk ada keinginan mengulangi sejarah 13 Mei 1969. Brutality that happened on that time killed many innocent soul because of the greed-ness of “upper party” to control the economies and politics. As Fahmi Reza said, we are ‘boss’ and we should voice out our rights as the people of Malaysia.
Untuk permulaan, buku ini boleh dibaca untuk mendapat gambaran secara ringkas apa yang berlaku pada hari tersebut. Data-data yang disertakan boleh menjadi rujukan dan penanda aras bahawasanya, peristiwa ini sangat dasyat dan janganlah berulang lagi. Namun begitu, apa yang terkandung tidak mencukupi untuk memahami secara keseluruhan apa yang terjadi pada ketika itu. Semoga semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa menjaga tanah air demi Malaysia tercinta.
Covers the facts of the events preceding May 13. However at some point, the narration becomes emotional as compared to initially being neutral or as it claims to be.
I definitely understand the significance of Article 153 and the emotions behind it. It feels like I have just scratched the surface.
Rasa macam kembali ke zaman dulu, boleh merasai pergelutan dan pergaduhan yang berlaku sebelum 13 Mei tersebut. Buku ini menceritakan peristiwa 13 Mei secara terperinci, ringkas dan padat!
Semoga peristiwa sebegini tidak berulang dan Malaysia sentiasa dalam keadaan aman.
Tarikh tersebut boleh dikatakan sebagai kemuncak rasa tidak percaya, sangsindan curiga antara kaun yang ada pada waktu itu. Semoga tidak berulang lagi peristiwa dan semoga tidak ada pihak yang cuba menggunakan isu-isu kaum untuk sesuatu kepentingan yang akhirnya merugikan banyak pihak.
Buku ini mengadungi tiga bahagian utama, iaitu Bahagian 1; Latar belakang sejarah. Bahagian 2; Tragedi. Bahagian 3; Tugas-tugas mendatang. Bahagian 2 membincangkan tentang peristiwa-peristiwa yang membawa kepada tercetusnya tragedi 13 Mei. *Akan buat pembacaan sekali lagi