Apa yang akan anda lakukan, sekiranya apa yang anda rancang tidak berjalan seperti yang sepatutnya? Seth mahu mewakili Malaysia bagi acara taekwondo ke sukan SEA. Orked mahu menyempurnakan pengajian PhD-nya tanpa masalah. Tapi takdir menidakkan. Seth kemalangan. Orked kemurungan. Apa yang patut mereka lakukan? Putus asa? Bunuh diri? Ya, mereka tahu itu bukan pilihan. Namun tatkala trauma silam dan beban yang digalas serasa tidak tertanggung, manusia kerap kali hanyut… Dalam jerat PTSD & depresi yang meracun waras fikiran, kedua-dua Seth & Orked dipertemukan dalam situasi yang tidak terjangkau akal. Ilusi minda bermain teka-teki-adakah mimpi indah tercipta hanya untuk dimusnahkan oleh realiti?
Okay, aku tak pernah kenal siapa Paksa Tulis ni, ataupun buku Sebenarnya Ilusi ni tentang apa. Tapi aku suka la buat kerja random camni. Entah kenapa, ternampak IG ads ke apa entah nama dia, aku pun baca la ebook ni. hahahah .
Mungkin ni karya pertama penulis, tapi aku suka je. Maybe a bit slow, tapi berjaya juga aku habiskan buku setebal 1000+ pages ni. Bapak gila tebal. .
To be honest, 1/3 buku ni, aku rasa slow sangat. Cerita tentang Orked yang menangguhkan pengajian PHD nya sampaikan dia dibuang kerja sebagai pensyarah dan perlu membayar semula duit yang universiti belanjakan. Gila betul. Memang kesian, sebabnya bukan dia yang minta tangguh, tapi banyak hal yang jadi. Sehinggakan Orked melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk melunaskan semua hutangnya. .
Seth pulak mahu mewakili Malaysia ke Sukan SEA bagi acara taekwondo. Tapi, PTSD nya menghalang. Bila dia dalam situasi yang mencemaskan, ramai orang, Deting akan muncul dan Seth akan pengsan. .
Seth dan Orked pernah bertemu. Namun, pertemuan mereka tidak berakhir dengan baik. Bila diari Orked tercicir, Seth ambil dan baca. Sejak itu, Seth mulai mengenal diri Orked yang tabah. .
Dan takdir menemukan mereka di alam ilusi. Mereka berkawan rapat dan bahagia. Banyak perubahan hidup Orked, hasil campur tangan Seth. .
Namun, malangnya, bila Seth tetiba menghilang, kehidupan Orked makin teruk. Dia makin depression sehingga di diagnosed sebagai psychotic depression sebabnya Orked selalu bercakap tentang Seth, sedangkan Seth tidak wujud. .
Apakah kesudahan kisah Orked dan Seth? .
Bagi aku, cerita ni membawa mesej yang berat. PTSD, depression. Tapi penulis berjaya sampaikan dengan baik. .
By the way, kenapalah pendek sangat ending bahagia Seth dan Orked tu?
oh ya, aku suka part bila Orked cakap, dugaan hidup ni, tanda Allah sayang, dan Dia cuma nak bergurau je dengan kita. Sama macam Orked yang selalu sepahkan bilik adik dia yang sangat pembersih orangnya dan suka jirus air atas katil adiknya yang pemalas bangun tidur. Bukannya Orked tak sayang, sebab sayanglah dia buat camtu.
Pada pandangan aku, kekuatan novel Sebenarnya Ilusi adalah keboleh penulis menulis satu cerita yang sangat realistik. Cara penulis garap struggle yang dihadapi Orked (depresi) dan Seth (PTSD) rasa betul-betul menyentuh hati aku sebagai pembaca.
Setiap watak yang ditulis rasa cukup hidup. Seth yang sentiasa menyalahkan diri sendiri. Orked yang sentiasa cuba buat semua benda sendiri supaya tak menyusahkan orang lain. Kedua-dua watak ni… diorang boleh je nampak yang the other bersikap kejam dengan diri sendiri. Tau je bagi nasihat untuk orang tu pulih. Tapi lain pulak bila benda tu berkait dengan diri sendiri. Intrusive thoughts yang ada dalam otak diorang tu somehow kuat sangat sampai diorang sendiri penat dan bergaduh dengan diri sendiri.
Aku juga suka cara penulis menulis watak-watak sampingan yang jadi tunjang dan kekuatan kedua watak utama ni. Chai yang tak pernah jemu dan tak pernah kisah untuk bend over backwards tolong Seth. Geng-geng Sethiakawan yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi Seth. Umi dan Mukmin yang cuba membantu sebaik yang diorang mampu untuk Orked dapat teruskan PhD nya. Ibu bapa dan adik beradik Orked yang cuba tolong Orked pulih dari kemurungan.
Setiap watak tu ditulis dengan realistik. Masing-masing ada kelemahan masing-masing tapi masih juga ada kebaikan yang tersendiri. Aku suka bila penulis bawakan persoalan kadang-kadang tanpa kita sedar kita dah sakitkan orang yang paling kita sayang walaupun kita ingat kita cuba nak melindungi diorang. Contoh yang kita boleh lihat adalah apabila ayah Seth berpindah ke London sebab dia taknak Seth terus-terus kena panic attack. Dan Seth yang cuba keluar dari hidup Orked sebab taknak Orked rasa terbeban dan bersalah dengan apa yang jadi. Sedangkan kalau diorang berterus terang dan try to work on it, no one has to get hurt more than they already are.
Jalan cerita pun tak terlalu meleret. Nampak yang penulis memang ada buat kajian terperinci mengenai topik yang ditulis.
Overall, aku sangat puas hati dapat baca novel Sebenarnya Ilusi. Aku rekomen!
I have to admit the earlier pages buat I ingat tema dia coming of age. Thank god its not because at this point I dont think I can read any more such books😂 nasib baik I carry on sebab prolog dia.
And yes this book sangat informative pasal mental health and struggles seorang adult. Some part of it hits too close to home.
Hutang yang menimbun membuatkan Orked terpaksa mengerahkan kudratnya untuk mencari rezeki demi kelansungan hidup & lunaskan hutang. Hidupnya 24 jam hanya kerja kerja & kerja.
Dan Seth -- sejak kejadian hitam ketika dia masih kecil itu. Dia mengalami PTSD. Hidupnya seperti dalam sangkar kerana dia bergelut dengan deting yang sering menganggu kehidupannya. Dan kedua-dua mereka ini bertemu sesama mereka--tapi dalam keadaan yang tidak logik ~ Apa akan terjadi seterusnya?
Perasaan masa baca Sebenarnya Ilusi ni bercampur baur. Semua perasaan tu bila bergabung jadi unknown feeling. Masalah hidup Seth & Orked ni complicated. Tapi apa yang kita suka pasal both of them ialah sikit pun mereka tidak meletakkan 'sakit' itu sebagai salah satu cara untuk mereka buat perkara yang memudaratkan diri & bodoh.
Malah, kalau kita lihat. Kedua-dua watak cuba sedaya upaya mereka untuk melangkah memulihkan diri mereka dan menjadi lebih baik. Terutama Seth yang siap try and error lagi untuk cari penawar buat diri dia.
Awal cerita memang sedikit slow. Baru nak warm up kan. Tapi lama kelamaan, jalan cerita makin best. Tak sedar tangan laju selak muka surat seterusnya. Lagi-lagi part penemuan antara Orked & Seth. Topik yang dibawa penulis sangat berat. Hal-hal berkaitan dengan masalah kesihatan mental. Dan kita boleh cakap. Nampak penulis tahu apa yang dia tulis. Kita tahu penulis buat research. Bukan cerita mental illness sendiri suka hati self diagnos.
Dalam SI. Kita rasa watak-watak yang ada 'hidup'. Saling melengkapi. Especially manusia-manusia yang ada disisi Seth & Orked. Seronok tengok friendship dieorang. Bila kita tahu kawan tengah menghadapi kesukaran hidup.
Bukan dengan cara kita tinggalkan dia terlalu lama untuk bagi dia space. Tapi tetaplah disampingnya untuk jadi pendengar setia & bantu overcome masalah kawan. Tapi ada juga few person yang annoying dalam cerita SI ni. Tapi itulah rencah kehidupan. Bukan semua orang tu boleh dijangka perangainya.
Kita rasa kita dah jumpa antara salah satu bacaan terbaik untuk tahun 2024. Teruskan berkarya akak. 💗✨
✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿ Jalan hidup Orked takmudah bila dia terpaksa bekerja 3-4 kerja sehari demi melunaskan hutangnya. Seth yg mengalami PTSD kerana kisah silamnya bergelut tiap hari untuk keluar dari penjara Deting.
Mereka bertemu dlm cara paling tidak masuk akal namun pertemuan itulah yg membawa mereka ke fasa seterusnya, pulih.
✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿ Slice of life standard kita raised to another whole new level! 📈 takleh move on 🥲✋🏻
Intro quite slow for me tapi bila ML FL jumpa, baru rasa story tu set sail smoothly then dari situ author mula main dgn perasaan kita, insert emoji — 🤣😭😤🥹🥲
Takde specific label yg kita boleh bagi kat buku ni bcs SI check all of the boxes! Presentation mental health nice & no info-dumping, friendship yg menyentuh hati sumpha kita adore & respect, lawak dia smooth weh takcringe, terhibur! And harusla nangis pun banyak jugak!! Paling penting, realiti novel ni takrasa macam novel tau. (Betul ke ni bukan based on real life sesiapa? 👀) Slice of life dia memang hidup & sampai eee suka! 😭🫶🏻
Mesej yg kita rasa quite terpukul is that sekuat mana pun kita, belajar minta & terima pertolongan orang lain bila susah. Sentiasa percaya masih ada yg sayang kita, dunia ni bukan untuk kita harung sorang. ❤️🩹
Congrats author! Eventho SI ni self-pub tapi takrasa gitu pun! Memang nampak betul study untuk tulis SI ni. Kita sanggup junjung sepanduk buat demo support buku ni jadi drama TV! 😤✋🏻
Perasaan saya waktu baca cerita ni naik turun. Kadang-kadang bosan sebab penggunaan bahasa tu kinda skema, tapi faham je—kalau bukan kita nak memartabatkan Bahasa Melayu, siapa lagi, kan? Itu je yang buat saya macam turn off sikit, yang lain okey dah. Cuma, saya teruja untuk terus dan habiskan pembacaan jugak sebab penulis takdelah memanjang dari awal buku sampai habis buku tulis ayat skema je. Ada banyak jugak part yang penulis pakai ayat pasar je, dengan selitan gurauan santai.
Rasanya dah lama sangat saya tak baca gaya penulisan yang macam ni buat saya lupa antara tujuan lain kita baca novel adalah untuk tambahkan kosa kata, di samping nak tingkatkan ilmu pengetahuan. Penulis ada guna beberapa istilah yang saya kena take noted dan saved dalam kepala saya sebagai kosa kata baharu. Suka, suka!
Bab storyline memang best. Di samping belajar pasal mental health, terhibur jugak dengan kisah Orked-Seth, kawan-kawan Seth, and so on. Suka jugak baca macam mana Orked survive dengan masalah duit, dengan nak handle hal family lagi. Sementara Seth pulak survive dengan Deting dan hal berkaitan taekwando. Saya rasa dari situlah pembaca makin kenal siapa Orked dan Seth sebenarnya. Also, boleh faham macam mana life orang yang ada masalah kesihatan mental ni.
Kudos to penulis!
Part epilog setakat ni epilog yang paling enjoy pernah saya baca. Bagi saya, dari first chapter sampailah epilog, semuanya make sense. Bukanlah satu cerita yang dikarang untuk puaskan hati pembaca semata-mata. Kira realistik jugalah ceritanya. Best, best!
Status: menunggu karya seterusnya dari pihak penulis, hehe.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aku suka semuanya mengenai novel ini! Dari awal sehingga ke akhirnya, semua tertulis indah sekali.
Latar belakang watak-watak utama diceritakan dengan terang. Kemudiannya, pembaca disajikan dengan perkembangan watak berkenaan dengan sangat baik. Semua watak sampingan ditulis dengan mantap, setiap satu daripadanya membawa 'spark' yang tersendiri dalam kisah ini.
PTSD dan depresi - perihal mengenai kedua-dua penyakit ini dijelaskan dalam bentuk cerita yang sungguh jelas dan mengesankan.
Ada banyak babak yang begitu menyentuh perasaan sehingga aku menangis teresak-esak. Antaranya, slow talk antara Orked dan ayahnya, perkhabaran duka tentang Seth serta dugaan yang dihadapi oleh watak utama - banyak. Sebanyak itulah jua tumpahnya air mataku.
Perkembangan watak - AWESOME! Setiap dugaan dan struggle mereka ditunjukkan dengan mendalam, benar-benar mencuit emosi duka dalam jiwa aku. Dan bagaimana mereka berusaha mengatasi masalah menuju ke penghujung cerita - sangat membuka jiwa dan minda.
Pada akhirnya, aku sungguh-sungguh mencintai kisah Seth dan Orkid, yang berjuang hebat melawan diri sendiri serta usaha untuk berdamai dengan takdir. Walau sukar, pasti ada jalannya. Pasti ada hikmah.
You know what? To be honest, I read this book at 12am to 2am today. Who went to sleep while sobbing? Yes, me. I guess the writing, the plot and the overall story really touched me as I'm at my lowest.
As a postgraduate student myself, I really can relate and understand the struggle of Orked's journey. But she is really strong to face it. On the other hand, Seth's journey also really woke me up. This book really good in giving us the awareness of mental health and how people surrounding us can help the patients
But, thank you to the author. The ending is such an amazing one. There's always a rainbow after the rain ❤️
Tajuk : SEBENARNYA ILUSI Penulis : Paksa Tulis Ketebalan : 582 muka surat
Cerita ini mengangkat tema KESIHATAN MENTAL dan SEMANGAT SETIAKAWAN yang menjadi kekuatan kepada kisah Muhammad Seth Azman dan Orked Abdul Razak. Seth yang berjuang dengan masalah Post-Traumatic Syndrome Disorder (PTSD) kerana kisah lampau dan Orked dengan masalah Depression disebabkan bebanan hidup yang cuba ditanggung sendirian.
Jalan cerita yang realistik dan hampir dekat dengan kisah kehidupan sebenar yang kita lalui menjadikan cerita ini mudah diterima dan boleh saya katakan bagi pembaca tegar buku fiksyen, buku ini ‘WAJIB’ ada dalam mini perpustakaan anda.
Kedua-dua watak utama sentiasa berusaha untuk keluar dari masalah mental yang dihadapi sehingga takdir menemukan mereka berdua dalam keadaan yang tidak disangka dan saling bergantungan antara satu sama lain.
Dua bahagian yang saya sangat sukakan dalam cerita ini. Pertama, melihat macam mana akrabnya watak Chai yang sentiasa ada disisi Seth dalam apa keadaan sekali pun. Chai boleh dikatakan seperti bayang kepada Seth, penulis menggambarkan sikap Chai seorang kawan yang bertanggungjawab, penyayang dan ‘ganas’ kerana paling banyak rosakkan barang dekat restoran.
Bahagian kedua yang menyentuh hati ialah perbualan antara Ayah Orked dan Orked ketika di KFC. Penulis Berjaya menggambarkan perasan seorang ayah yang sedih bila anak kesayangan menanggung beban hidup berseorangan. “Bila hang belakangkan kami, hang sorok-sorok, hang tanggung susah sorang-sorang, hang buat kami rasa diri kami ni yang tak guna!” Dialog ni berjaya meruntun emosi saya.
Setiap kesakitan yang Seth dan Orked alami kita yang baca boleh rasa ‘sakit’ tu sehingga boleh fahami keadaan mereka yang sedang berjuang menghadapi masalah mental. Bahagia Seth dan Orked pula semasa berada dalam dunia mereka sangat indah, setiap kejadian diceritakan dengan sempurna, ketika Seth berusaha memaksa Orked untuk aktiviti riadah, penulis ada masukkan fakta berkaitan dengan kelebihan berlari.
Tahniah untuk Paksa Tulis kerana berjaya hasilkan satu karya yang sangat-sangat indah. Selain kisah cinta ada banyak perkara yang penulis ketengahkan. Apa kesudahan kisah Seth dan Orked? Berjaya atau tidak mereka keluar dari masalah yang dihadapi atau selamanya kekal dengan mereka? Dapatkan naskah Sebenarnya Ilusi di https://shope.ee/1VS7qyyaDt .
My first impression masa pegang buku ni is, 'berat buku ni' (Bukunya memang berat ye kawan kawan. Tebal dan berat) because im the kind of people yang naturally will avoid buku yang tebal tebal. But, one of my friend recommended buku ni and coming from her, kalau dia kata best maksudnya memang best. So kita pun lets gooooo.
My first thought lepas habis baca buku ni is, 'berat sungguh'. Hahahahahha. Those peeps yang dah baca will know why. Hahahaha.
I was aware from early on buku ni memang bawak isu mental health, depression and PTSD so I was prepared. It still caught me off guard when reading through Orked's first breakdown. Relatable dia takleh bawak bincang. Her feeling despite doing everything cant be explained through words no matter how hard you try. Its just impossible. PTSD. Well, Im not new to depression, but PTSD is a new frontier for me. I have never had experience with PTSD, not to myself, not to anyone close to me. Flipping through Seth's is a new experience.
Halfway through, I remember saying to myself this is too real to be fictional. Some of this or maybe the whole story might just be someone's reality. Macam this is wayyy to much work to just be a work of research and all. Somewhere in the story mesti ada someone's truth, someone's real life story. That is how good the detailing, research, the writing effort yang penulis ni bagi. Saya belum kenal penulis masa first time saya baca buku ni, and my thought always goes, Orked ni sebenarnya penulis ke. She has to be cause this is too real.
Story wise, I like the plot twist masa penulis reveal the real Seth yang Orked kenal. I also like that walaupun buku ni tebal ceritanya agak slow paced tapi tak meleret tak sia sia la kau nak baca panjang panjang. Gitu. And I always love cerita fictional yang mundane like this one. Dia siap cerita si Orked tertido berbental lengan atas meja dengan air liur bagai. Hahahahaha. Tahniah bergunung buat penulis. All the more reason I thought that this is a true story instead of just fictional.
I have 2 takeaways. Satu, sekuat mana pun kita, belajar minta & terima pertolongan orang lain bila susah. Second, dugaan hidup ni, tanda Allah sayang, dan Dia cuma nak bergurau je dengan kita.
Kepada semua SOL die hard fan, silalah baca buku ni.
Cerita yang sangat menarik. Memang sedap dan seronok dibaca.
Cuma saya terpaksa tolak satu bintang atas sebab prinsip dan pemahaman saya tentang ikhtilat. Banyak babak dalam novel ni yang buat saya syubhah tentang batas ikhtilat.
Okey, sejujurnya Kirah ada ups and downs masa baca cerita ni. Pada awalnya rasa susah nak masuk dengan ceritanya. Mungkin disebabkan layout yang terlampau padat dan jalan cerita yang sangat panjang membuatkan ada masa rasa nak berhenti aja sekerat jalan.
Tapi Kirah uturn semula. Ada sesuatu tentang buku ni yang buatkan kita rasa sayang kalau tak teruskan. Bila baca punya baca ... ya. Tak dinafikan ada something dalam buku ni yang 'kick' kita punya spirit untuk mendalami maksud sebenar intipatinya.
Ceritanya sangat berat. Mengenai masalah kesihatan mental bukan seorang tapi kedua-dua watak utama itu sendiri.
Seth. Lelaki yang struggle dengan penyakit post-traumatic stress disorder (PTSD) yang boleh dikatakan sangat teruk. Dengar bunyi yang triggering, bam!
Dia blackout.
Panik menguasai diri, bam! Dia pengsan lagi.
Terlampau banyak pantang larang, ada beribu sebab untuk dia give up dengan keadaan tapi tidak ....
Dia tetap berjuang melawan kabus hitam yang membelenggu diri.
Orked. Gadis yang hidupnya dirundung ujian tak henti-henti. Nampak ceria, okey saja pada luarannya tapi dia punya mental sudah koyak tahap infiniti.
Hutang, pengajian yang masih tertangguh, buat bermacam-macam kerja untuk tampung kos sara hidup...
Penat? Ya, sampai satu tahap dia rasa nak tekan suis hidup kepada mati.
Sampailah satu kejadian yang menemukan dia dan Seth membakar sisa-sisa semangat yang masih bergayutan dalam sanubari. Tapi sayangnya ...
Mereka hidup dalam ilusi.
Overall, masa Kak Aini cakap ramai tak boleh habiskan buku ni, Kirah tertanya-tanya juga. Apa puncanya ya? Dan sekarang baru Kirah faham kenapa. Buku ni SANGAT HEAVY. Baik daripada segi gaya penulisan dan of course tentang plotnya sekali. Plot cerita ni bukan main-main. Ceritanya serius, tentang mental health seseorang.
Dan Kirah suka how Kak Aini masukkan detil-detil yang sangat penting tentang kondisi mental as awareness dekat kita sebagai pembaca. Kirah belajar banyak benda daripada buku ni. Seriously, memang worth reading.
Kirah suka Kak Aini ketengahkan point, 'mereka' yang ada kurang daripada segi kesihatan mental ni, tak give up dengan kehidupan sewenang-wenangnya. Ujian bukan kaleng-kaleng tapi mereka did their best untuk bangkit dan lawan kabus hitam tu.
Everyone has their own struggle. Ya, betul. Tapi kita yang kena lawan struggle tu sampai lumat. Kalau kita tak lawan, kabus hitam tu akan sentiasa jadi ilusi yang mengikat kita pada titik yang sama sepanjang masa.
Terima kasih banyak Kak Aini sebab potraykan cerita yang bagi Kirah sangat bagus untuk spread awareness tentang mental health based on pengalaman Kak Aini sendiri. Semoga Kak Aini terus berjuang sepertimana Seth dan Orked juga. Stay strong, kakak!
Untuk yang kurang sikit bagi Kirah tentang buku ni adalah tentang ketebalannya. Mungkin ada beberapa part yang boleh dicut supaya tak meleret, naratifnya juga agak descriptive yang leads to pengulangan. Layout pun sebenarnya main peranan sebab SI ni terlampau padat, membuatkan kita macam heavy sikit nak baca.
Tapi to be honest, it was a good book. Serius, berbaloi baca. Thank you again, kak. Kirah tunggu buku baru akak lagi.
1. Buku ni cerita tentang dua watak, Orked & Seth. Semasa umur 5 tahun, Seth hampir diculik oleh sindiket pemerdagangan manusia dan dia nampak orang yang selamatkan dia mati depan mata. Sejak dari peristiwa tu Seth menghidap PTSD.
2. Orked pulak banyak sangat masalah. Disebabkan pengajian PHD dia yang tertangguh, dia banyak hutang yang perlu dilangsaikan. Jadi Orked ni dia buat 5 kerja sekaligus. Sebab terlampau penat dan stress Orked tak sedar dia ada depression.
3. Orked mula kenal Seth bila one day Seth jadi penumpang masa Orked kerja buat Grab. They only started to become close after one incident. Tapi sebenarnya Orked tak sedar yang relationship diorang tu sebenarnya ilusi. Kalau nak tahu apa jadi sebenarnya silalah baca buku ni.
4. My thoughts on this book? best gila. I cannot put down. Bila aku baca penulis describe kejadian culik tu buat aku berdebar2 & hyperventilating skali. And the struggle yang Orked & Seth kena hadap sepanjang cerita tu aku boleh rasa sampai tak tahu berapa kali asyik dok teary eyes je 😭
5. Bila baca buku ni secara tak langsung banyak info yang aku dapat berkaitan mental illness, PHD, business, and even Taekwondo! Sampai buat aku rasa nak sambung belajar Taekwondo balik 😂
6. Satu benda yang aku belajar dari buku ni jangan simpan sorang2 bila kita ada masalah atau bergelut dengan perasaan sendiri. You have to open up and surround yourself with the people who love you. Don't push people away.
7. I absolutely love the ending! Orked & Seth deserved that lepas semua yang berlaku. Terima kasih penulis sebab tak buat sad ending. Kalau tak aku dah baling buku ni kat dinding 😂
Pertama kali baca muka surat pertama, saya triggered sampai saya tutup balik buku ni. Maybe sebab masa tu, saya dan Orked, ada rasa yang sama. Lama saya biar SI tak bersentuh atas rak.
After a while, baru cari balik kekuatan untuk baca.
Sebenarnya Ilusi- kisah dua jiwa yang bertarung untuk sembuh dari mental health issues yang dia orang alami.
Seth-si tinggi lampai yang ada PTSD sebab trauma bila hampir diculik masa kecil. Tgk dari luaran, hidup dia macam dah perfecto! Ada duit. Ada ramai orang sayang - family, kawan2.
Orked - pejuang topi bulat yang tgh berusaha untuk habiskan pengajian. Tapi Orked ada anxiety dan depression. N, adding more to her problems, dia terpaksa tanggung hutang beratus ribu sebab tak boleh nak siapkan phd dlm masa yang ditetapkan.
Bila Seth cuba untuk keluar dari 'comfort zone', masa ni diaorang crossed each other's path.
Kita suka buku ni. Cukup rasa. Ada part buat kita gelak, ada part buat kita menangis. Ada part buat kita melopong. Ada part buat hati kita rasa direnyuk-renyuk. Nak habiskan naskah ni memang ambil masa. Sebab setiap scene tu diceritakan secara details.
Kita suka bila author detailkan macam mana POV orang yang suffer from mental health issues ni. Seth dengan PTSD, Orked dengan MDD. Dalam ni, baru kita tahu, ohhh, kalau orang ada PTSD tu dia macam ni eh... Nampak mcm author memang gali habis buat research untuk tulis SI.
Who ever suka genre slice of life, run bestihhh. Pergi beli buku ni. Berbaloi sangat!
Berbaloi sebenarnya baca novel ini.. Walaupun membawakan topik yang sangat berat namun penulis berjaya menyelitkan babak-babak kelakar dengan bersahaja tanpa dipaksa.. Sesaat kau sedih dan sesaat kemudian kau bergelak ketawa dengan keletah watak dalam novel ini.. Sejujurnya novel ini memang unik..
Kisah Seth yang berusaha untuk melawan sakit PTSD, selepas peristiwa tragik itu. Dia sering menyalahkan diri sendiri (kalaulah aku dengar cakap mama, kalaulah aku dengar cakap kakak, kalaulah...)
Kisah Orked yang depresi, ditamatkan daripada pengajian PHD. Terpaksa menanggung hutang belajar dan tiada pekerjaan tetap. Orked menyara hidup dengan melakukan macam-macam kerja seperti jual nasi lemak, jadi tutor, bekerja part time di cafe dan jadi pemandu Grab.
Apa yang saya suka dengan kisah ini.
1)Watak-wataknya, terutama Orked. Seorang yang bekerja keras, berdikari dan tidak mudah putus asa. Orked yang tegas, juga baik hati boleh dirasakan sepanjang cerita ini.
2) Kesukaran dan kesusahan menjadi inti keseluruhan cerita. Struggle setiap orang tak sama. Ringkasnya, cerita ini dari satu arah, saya faham struggle Seth. Satu arah lagi, saya faham cerita Orked. Mereka bertemu, awalnya secara ilusi sebelum berakhir dengan realiti.
3) Setiakawan antara Seth,Chai,Aline dan Yusof. Setiakawan antara Orked,Umi dan Mukmin. Pak Razak (bapa Orked) yang memberikan sokongan tanpa belah bagi kepada anaknya.
4) Dialog-dialog yang dilontarkan dalam novel ini rasa begitu hidup.
Kisah Seth dan Orked, sebuah cerita yang penuh dengan cabaran. Sokongan orang di sekeliling sama ada keluarga, kawan dan masyarakat perlu untuk membantu mereka meneruskan hidup dan melawan fikiran-fikiran negatif yang sering muncul. Selain itu, cerita ini turut memaparkan konflik kekeluargaan yang sering terjadi, antara harapan ibu bapa dan cita-cita si anak. Apakah pilihan yang ada? Pilihan siapa perlu diutamakan?
Bertemakan konflik kekeluargaan, konflik masa silam dan konflik masalah hidup yang menjerumus kepada kesihatan mental. Novel ini merupakan novel sulung daripada penulis yang aku baca.
Mengisahkan Seth dan Orked, 2 watak utama yang memainkan peranan besar dalam Sebenarnya Ilusi. Bergelut dengan masalah dan ujian hidup masing-masing. Seth dengan bebanan kisah lampau dan iltizam beliau melawan Deting dan episod PTSD-nya. Manakala, Orked dengan bebanan dalam menggapai segulung PHD.
Secara peribadi, kekuatan novel ini pada kritikan-kritikan sosial terutamanya terhadap ibu bapa yang meletak penanda aras dalam hidup anak-anak. Watak-watak utama dan sampingan yang membentuk semangat setiakawan halatuju penceritaan novel ini.
Ia sebuah permulaan yang baik untuk penulis swaterbit bagi menerbitkan novel ini. Tidak dinafikan, kekurangan pada bab-bab yang tak seimbang diantara satu bab dengan bab yang lain. Dan, ada beberapa situasi yang huraiannya agak melewah.
Namun, ia permulaan yang baik kerana novel ini tidak sedikitpun menimbulkan rasa bosan ketika membaca. Kudos kepada penulis. Selamat maju jaya dalam menerbitkan karya-karya baharu yang menggugah minda masyarakat terutamanya isu-isu sosial dan kesihatan mental terutamanya.
Sangat digalakkan untuk dibaca oleh pelbagai lapisan umur 🤝
A short review: a book about a man struggling with PTSD and a woman with MDD & anxiety. Apa yang menarik pasal buku ni, penulis sendiri hidap depression & dari buku ni, dia cerita pasal panic attack, delusi, breathing exercise, & ECT. Tbh, buku ni sedih, sebab realitinya seolah2 mereka sekadar bermain dengan delusi sendiri. The plot is nice, the characters made me feel ungrateful, but I enjoy reading this book even though it gives me heartbreak 💔. Satu kata-kata paling motivasi dari buku ni, walaupun dorang ditimpa ujian is, "relakslah, Allah tengah bergurau dengan kita. " I seriously love this book.
Genre: Slice of life, mental health & sikit je romance #tags: Taekwondo, PHD, hutang, pensyarah & business TW: MDD, PTSD, anxiety & suicide attempt _
Kembara bersama Orked dan Seth kali ini sememangnya suatu pengembaraan yang panjang, berat, penuh liku dan ada jatuh bangunnya. Namun, tetap ada manis di penghujungnya.
Rasa kecil diri ini berbanding si Orked. Rasa lemahnya diri ini berbanding si Seth. Ujian yang mereka hadapi sangat besar. Yang sorang tu MDD, yang sorang lagi tu PTSD. Yang sorang tu melawan susahnya hidup, yang sorang lagi tu melawan diri sendiri. Perghh.
Situasi pertemuan mereka yang tidak terjangkau akal. Antara realiti atau fantasi? Dipertemukan untuk saling membantu. Seth bantu Orked. Dan dalam masa yang sama, Orked bantu Seth. Indah sekali pertemuan mereka. Masing-masing ada masalah sendiri, tapi ini tidak menghalang mereka untuk terus membantu antara satu sama lain.
“Allah sedang bergurau dengan kita, Seth. Sweet kan DIA… Kau tak suka? Senyumlah sikit…”
Antara ayat yang berjaya membuka mata saya dan membuat saya tersedar. Ujian hidup yang sering kita rasakan seperti hukuman yang menimpa diri kita. Tidak. Itu bukan hukuman, itu ujian, itu tandanya Allah sedang bergurau dengan kita. Senyum dan hadapi dengan tenang. Baiklah 😊
Setiap watak yang ada juga saling melengkapi dan HIDUP. Paling suka dengan persahabatan antara Seth dan Sethiakawan. Dah macam adik-beradik. Gaduh, gurau benda biasa sampaikan nak business pun sama-sama.
Sebenarnya Ilusi ni jelas membuktikan bahawa setiap daripada kita perlukan support system yang baik. Support system ni boleh jadi kawan, keluarga ataupun pasangan. Tak kira siapa pun mereka, hargailah kehadiran mereka yang sentiasa ada untuk kita. Dan kita sendiri pun perlu jadi support system yang baik kepada yang memerlukan.
Apa yang saya suka tentang cerita ni bila mana kita dapat relate dengan apa yang mereka tengah rasa dan hadapi. Selalu salahkan diri, taknak susahkan orang, nak buat semua benda sendiri, nak lindungi org yg kita sayang tapi tanpa sedar kita dh sakitkan dia. Pernah rasakan semua tu? Itulah yang apa dihadapi oleh watak2 dalam naskhah ni.
Macam mana mereka nak keluar daripada all the intrusive thoughts, macam mana mereka nak overcome the trauma, mcm mana nak handle semua benda yang dtg serentak and so on... pheww.
Banyak pengajaran yang kita dapat. Serius. Sangat berpuas hati dengan karya ni. Even though ada some part yang saya rasa agak lewah. Huhu. Walaupun lewah, tapi jalan cerita tetap kemas. Overall, saya still rasa novel ni agak berat utk emosi saya. So kalau nak baca, make sure anda dalam keadaan yang tenang dan bersedia hehe.
Tertarik untuk baca buku ni bila tahu buku ni menceritakan mengenai watak yang menghidap PTSD dan ceritakan mengenai mental health issue. Enjoy baca buku ni, siap ada playlist lagi. Nasib baik happy ending. Kadang-kadang, orang yang lalu perjalanan yang sama macam kita je yang boleh faham dan bertolenrasi dengan kita. Semoga Kak Aini terus tulis lebih banyak buku macam ni.
Selesai pembacaan buku sebanyak 480 muka surat ni (kalau guna font biasa, rasanya boleh mencapai 600 muka surat). Expect tinggi tau untuk buku ni sebab buku ni sangat popular, tapi sadly it didn’t reach my expectation. Taknak komen lebih btw. Tapi daripada buku ni, I learned a lot about panic attack, depression, and PhD journey.
"Hidup aku ni beban kepada orang. Kerana aku, banyak orang susah." —Seth
"Kita ni manusia Seth, serba kekurangan. Selagi mana kita hidup atas muka bumi ni, selagi tu kita tak boleh lari daripada bergantung kepada orang lain." —Orked
Kala ditimpa pelbagai bentuk ujian, ilusi dan khayalan menjadi penawar bagi meneruskan kehidupan.
Muhammad Seth, seorang pejuang PTSD sejak berusia 5 tahun, tekad mahu melawan penyakit yang menyelubungi diri dengan sukan taekwando. Kehidupan sehariannya tidak seperti orang lain, hanya bersenggang di dalam bilik kerana takut akan persekitaran yang bingit yang boleh mengakibatkan dia pengsan secara tiba2. Hanya dengan sukan taekwando, Seth boleh melarikan diri dari penjara PTSD.
Orked Abdul Razak, seorang pejuang MDD (major depressive disorder) hanya mahu menghabiskan pengajian PHDnya yang sudah lama terbengkalai akibat beban yang ditanggung saban hari. Jual nasi lemak, kerja part-time kafe, bawa Grab, pensyarah sambilan, semua Orked usahakan demi melangsaikan hutangnya dengan pihak universiti. Orked lelah.
Sebagai mukadimah, isu kesihatan mental yang dipersembahkan amat berat serta menyayat hati. Baru sahaja berusia 5 tahun, Seth sudah menyaksikan pembunuhan yang kejam. Orked si bunga, wanita yang sepatutnya lembut, mengalahkan sang lelaki dengan bekerja hampir 21 jam sehari. Lebihan 3 jam itu sahaja Orked melelapkan mata.
Plot cerita selepas itu agak sukar diterangkan kerana terdapat unsur “magical realism” yang rumit. Secara kasarnya, pertemuan Seth dan Orked adalah secara roh-jasad. Hanya Orked seorang sahaja yang boleh melihat keberadaan Seth. Daripada situ, Seth menyelamatkan nyawa Orked yang hampir sahaja dia mahu menamatkan riwayat hidup.
Terdapat beberapa babak sampingan yang tidak diceritakan dengan baik. (mungkin saya seorang je yang perasan) Contohnya, tiada angin tiada ribut, tiba2 sahaja watak mengajak untuk solat terawih. Sejak bila mereka masuk dalam bulan ramadan? Agak kekok disitu.
Namun begitu, tidaklah mengganggu pembacaan kerana bahasa yang digunakan mudah. Ada suka, ada duka, ada jenaka, ada malapetaka. Cukup rasa.
Banyak pengajaran yang boleh diambil oleh segenap masyarakat dalam kisah Seth-Orked. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membesarkan anak2 mereka. Sahabat juga menjadi kunci jatuh bangun kita.
Dan yang paling penting, kesihatan mental dan fizikal amat dititikberatkan dalam buku ini. Seperti Seth yang menasihati Orked, buku ini turut menasihati pembaca untuk meneruskan kehidupan yang penuh duka.
Amaran cetus ⚠️ : Kecelaruan kesihatan mental, depresi, pascatrauma, perasaan ingin membunuh diri, trauma
Mengisahkan tentang Orked, seorang gadis yang sangkut dalam pengajian PHDnya dan Seth yang struggle dalam memastikan beliau dapat mewakili Malaysia untuk SEA dalam kategori taekwondo. Dan mereka berjumpa dalam keadaan yang tidak disangka.
Aku masih ingat lagi yang aku kata buku ni lewah tapi best. Sebab permulaan buku ni bagi aku sedikit perlahan tapi terperinci. Namun, korang akan tak senang duduk untuk habiskan cerita sebab nak tahu kisah seterusnya.
Aku gembira bila penulis menuliskan background story tentang 2 watak utama ini dengan hampir sempurna. Dan aku suka juga cara penulis menulis watak sampingan yang menjadi support system kepada Seth, Chai dan geng Sethiakawan tu. Tak dilupakan juga watak sampingan yang rapat dengan Orked - Umi, Mukmin yang senantiasa memberi sokongan moral kepada Orked untuk habiskan pengajian PHDnya.
Tak dinafikan, apa yang dialami oleh Seth dan Orked bukan mudah, terutamanya bila terpaksa menghadapi masalah kesihatan mental. Isu PTSD, kemurungan ditulis dengan baik oleh penulis. Heads up, nanti korang akan berkenalan dengan Denting tau.
Sejujurnya, aku baca novel ini ketika di fasa kemurungan. Dan segala nasihat, ayat-ayat dalam novel ini, semuanya kena. Ada satu scene yang aku akan teringat setiap kali memandang novel ni - scene Orked beri nasihat pada Seth tapi diri sendiri terumbang-ambing. Auch. Pengakhiran cerita, Orked and Seth deserve that life.
Ini adalah novel swaterbit dan penulis mengambil masa yang lama untuk siapkan novel ini. It makes me wonder, cerita ini memang kisah benar ke? Sebab rasa real. Ya, aku rasa Seth dan Orked tu wujud dalam kehidupan nyata.
Sesiapa suka baca novel slice of life, yang berkaitan dengan isu kesihatan mental, korang akan suka novel ini. Percayalah, tak akan rugi punya. It's such an underrated book. Tahniah penulis dan looking forward untuk baca karya penulis untuk genre ini lagi.
Buku ni berkisarkan 2 individu yg berbeza ujian hidup tapi mengalami kesan tekanan jiwa yg sama. 2 individu yg tidak pernah kenal secara terus berjumpa dalam keadaan yg berbeza tapi berada dalam pancaindera yg sama.
Bercampur baur perasaan bila baca buku ni. Emosi turun naik, berdebar-debar, senyum sendiri, sedih sendiri semua ada. Cuma satu yg betul betul terkesan ialah apabila Tuhan kehendaki, ia boleh berlaku walau tidak kena pada aqal dan logik kita. Kerana dimensi makhluk itu bukan semata pada jasadnya, tapi juga pada rohnya. Baca buku ini teringat benar pesan Imam Ghazali dalam kitabnya Ayyuhal Walad, 'yang perlu dijaga sebaiknya ialah roh kerana itu tuan sebenar diri kita, bila roh terjaga maka jasadnya terjaga'
Buku ini juga cukup membuka mata diri ini tentang bagaimana penyakit mental ini berlaku, sejujurnya masih mencari apa sebenarnya sakit ini dan Alhamdulillah tuhan izin difahamkan melalui karya ini.
Antara yg lain banyak sgt pengajaran yg kita boleh ambil. Lagi lagi buat diri yg baru menjadi ibu, kita perlu sentiasa beringat benar itu anak yg kita kandung, lahir dan besarkan tapi dia juga ialah individu berbeza yg berhak buat keputusan sendiri atas dirinya, yg berhak menentukan baik buruk sendiri. Juga betapa pentingnya seni komunikasi verbal, jgn sesekali fikir diamnya kita menyelesaikan masalah. Hadapilah ketidakselesaan demi maslahat semua.
Juga satu yg bebenar dekat dgn diri ialah watak Orked yg mula semula pengajiannya dari awal setelah tumpas dari kajian bertahun-tahun. Bangkit semula menggapai apa yg telah dimulakan. Terima kasih Orked kau beri semangat untuk aku mula semula pengajian!
Rekomendasi? 100%! Dah lama tak baca novel sesedap begini yg mencabar aqli dan naqli. Tahniah penulisss!
Muhammad Seth hampir diculik oleh sindiket menjual organ kanak-kanak semasa kecil. Penyelamatnya mati dipukul oleh penculik. Walaupun peristiwa itu berlaku 22 tahun lepas, Seth mengalami post-trauma yang menjejaskan hidupnya. Dia merasakan yang kematian penyelamatnya dulu dan perpisahan ibu bapanya sebagai punca permasalahan hidupnya.
Orked pula berjuang mendapatkan phd. Melakukan pelbagai kerja dalam satu masa bagi menampung kehidupan dan komitmen disebabkan dia tidak dapat menamatkan pengajian seperti yang ditetapkan hingga terpaksa merahsiakan masalah dari ibu bapanya di kampung.
Mereka dipertemukan dalam grab yang dipandu Orked. Dan dari situ hubungan mereka mula berputik. Nampak klise tapi bagi aku topik depresi yang dialami Orked betul-betul memberi kesan. Ditambah pula cerita ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Beberapa kali juga aku lap air mata ni. Apa yang aku boleh katakan walaupun kita di kelilingi keluarga dan sahabat, namun jangan ambil mudah depresi dan kesihatan mental. Sila dapatkan rawatan dari pakar! Terima kasih penulis kerana menghadiahkan naskhah realis ini sempena giveaway di X. Semoga impian penulis untuk melihat karya ini di kaca tv tercapai. 4 ⭐️