Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Kumpulan Cerpen Pendoa Yang Ikhlas menghimpunkan 16 buah cerpen yang mengemukakan tema dan persoalan masyarakat setempat. Cerpen Pendoa Yang Ikhlas telah dipilih oleh Radio Televisyen Malaysia (RTm) untuk diadaptasi kepada telefilem pada Oktober 2019.

229 pages, Paperback

First published January 1, 2005

20 people want to read

About the author

Azizi Abdullah

57 books117 followers
Dicedok dari Ujana Ilmu

AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (53%)
4 stars
5 (38%)
3 stars
1 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for hans.
1,150 reviews152 followers
February 20, 2020
Kumpulan cerpen yang bagus. Gambaran sisi kehidupan masyarakat berlatar kampung dan keluarga, kerjaya perguruan dan konflik sekitar. Variasi ideanya menarik walau ada beberapa cerpen dalam point ceritera yang sama tapi naratifnya dipelbagai dan dikembangkan berbeza jadi setiapnya bagi aku kepuasan membaca yang berlainan. Suka dengan hampir semua watak-watak pada cerpen-- karakter dan peribadinya diperinci jelas, kelemahan/ kekurangan sebagai manusia, keberanian dan sifat manusiawi yang menjadi tulang pada garapan keseluruhan cerita. Ada hal-hal terungkap dan tersirat, mainan metafora yang buat aku kagum dengan laras bahasa penulis. Kisah berlegar takdir, ajal, rezeki, erti kasih dan sayang, tawakal dan ikhlas. Ia penuh moral dan teladan, realis dan cukup rencah emosinya.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,534 reviews41 followers
January 25, 2023
Beberapa kisah telah saya baca versi panjangnya dalam novel novel Hj AhA yang lain seperti Seorang Tua di Kaki Gunung, Ayahanda dan..... Satu lagi saya lupa tajuknya. Kisah seladang naik minyak laki bini itu juga pernah saya baca, mungkin dalam buku kompilasi cerpen yang lain.

Beberapa cerpen dalam kompilasi Pendoa yang Ikhlas ini, amat tinggi tahap tragis-nya. Amaran lembut, bersedia secara mental jika anda seorang yang berjiwa sensitif atau yang mudah terbayang-bayang episod meruntan jiwa. Contohnya cerita Tersungkap dan Mohd Dhuha. Ngilu dan pilu.
Profile Image for Iza B. Aziz.
220 reviews28 followers
July 28, 2024
16 buah cerpen dalam Pendoa yang Ikhlas pada pendapat saya mempunyai persamaan cerita dan mesej. Ia mungkin diambil dari sisi pandang pengarang sebagai seorang anak lelaki dan guru sekolah. Antara cerpen yang menjadi kegemaran saya ialah;

* 𝙍𝙤𝙠𝙤𝙠 𝘿𝙖𝙪𝙣 𝘾𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖 𝙏𝙚𝙢𝙗𝙖𝙠𝙖𝙪
* 𝘾𝙚𝙣𝙜𝙖𝙡 𝘽𝙖𝙩𝙪
* 𝙋𝙖𝙠𝙪 𝙋𝙖𝙮𝙪𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙣 𝙇𝙞𝙢𝙖𝙪 𝙈𝙖𝙣𝙙𝙖𝙧𝙞𝙣
* 𝙎𝙚𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙎𝙚𝙢𝙗𝙞𝙡𝙖𝙣𝙜
* 𝙎𝙖𝙠𝙞𝙣𝙖𝙝

Allahyarham Azizi Haji. Abdullah banyak bermain dinamik dengan sikap manusia yang angkuh, tiada pertimbangan dan terburu-buru. Namun ada beberapa cerpen pula sengaja dicipta situasi yang mendesak, supaya saya juga tidak dapat diberi pertimbangan.
_____________________
Susunan cerpen yang ditulis dari tahun 1974 hingga tahun 1996 banyak memberi nostalgia pada saya. Kisah keluarga di kampung, masuk hutan dan perubahan sosial selepas mengalami pembangunan modenisasi.

Bila dapat membaca hasil karya pengarang lama, saya dapat meneliti perubahan masyarakat dulu dan kini. Beruntung sebenarnya kita yang hidup di zaman ini. Melimpah-ruah dengan pendedahan ilmu keibubapaan, kesihatan mental dan moraliti secara langsung.

Pun begitu...kita masih manusia yang sama cuma ada sedikit pengetahuan yang dipergunakan.
_____________________
331 reviews15 followers
September 24, 2021
Tiga cerpen yang paling saya suka dalam kumpulan cerpen ini - Pendoa Yang Ikhlas, Mencari Diri dan Mohd Dhuha. Naratif cerpen semuanya jelas tergambar dengan laras bahasa yang sungguh menyentuh hati.
Profile Image for Miyuke.
190 reviews2 followers
August 4, 2025
Sebahagian cerpen yang diketangahkan dalam naskah ini telah saya baca dalam versi yang digabungkan sebagai novel dalam judul Seorang Tua Di Kaki Gunung, Ayahanda serta Memoir Seorang Guru.

Saya juga merasakan cerpen-cerpen lain di dalam naskah ini merupakan petikan kepada novel-novel beliau yang lain (belum saya baca).

Penulis gemar mengetengahkan kisah yang berkait dengan kekeluargaan, isi hati seorang bapa juga seorang guru yang jahil.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
November 20, 2023
Ada 2 cerpen tu ada dalam salah satu bab dalam novel Memoir Seorang Guru.

Dalam 16 buah cerpen, saya paling suka cerpen Rokok Daun Celepa Tembakau, Pendoa yang Ikhlas, Sakinah & Mencari Diri.

Cerpen Mencari Diri sangatlah dekat dengan hidup saya. Ada kerinduan yang tersimpul di sini, tapi pada masa yang sama, mula memahami emosi sebenar seseorang yang 'hilang'.

Rokok Daun Celepa Tembakau kisah yang sangat unik dan ia juga sangat dekat di hati. Mungkin kerana kisahnya mengenai pencinta buku, latar tempat pula di Universiti Pulau Pinang (sekarang nama USM). Sangat suka hubungan rapat di antara si anak dengan si ayah, yang kedua-duanya pencinta buku.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.