- Rasa Yang Hilang - Kisah Kita Biasa - Bukan Pilihan - Untuk Mereka Di Sana - Jihad - Yasmeen - Jihad Abadi - Hati Pulang Ke Gagang - Assalamualaikum, Abang - Aku dan Dia - Dinding Kaca - Kita Jaga Kita - 3 Tahun Terindah - Heart From Heaven - Tak Sempurna Buatmu - Kanda Untuk Dinda - Andai Sudah Takdir - The Guardian - Anemone - Sukma Seorang Lelaki - Terbang - Jelita - Belum Terlewat - Hati Piatu 2021 - Hati Kamilin - Aku dan Dia
Semua kisah dalam buku ni sumpah best. Macam2 perisa ada. Mostly from my favourite authors. Yang penulis saya tak pernah baca pun hebat jugak. Semua cerita ada isi bertepatan lah dengan tajuk ilham dari Palestin.
pertama sekali, akak nak ucapkan tahniah buat penyelaras projek, The Gossiper Project dan penerbit Prolog Media hingga terhasilnya naskhah Antologi Cerpen Ilham Palestin. kutipan untung bersih bagi setiap pembelian buku telah disalurkan kepada tabung Palestin. tahniah buat semua barisan penulis hebat yang terlibat. anda semua terbaik!
25 orang penulis disatukan dengan 26 jumlah karya yang setiap satu ada sisi cerita sendiri. ada kasih sayang, ada pergolakan, ada isu fizikal dan mental, ada gembira, ada duka... pelbagai emosi. semuanya berdasarkan cerita realiti semasa, kisah hidup masyarakat yang disampaikan untuk renungan pembaca.
ya. isu palestin sememangnya ramai sudah tahu. pergolakan dan sengsara yang dunia sana tempuh. betapa sukarnya mereka. betapa payah mereka mahu mempertahankan tanah air yang sedikit demi sedikit dirampas dan dijajah. tapi, dari manakah datang semangat juang mereka mahu mempertahankan agama dan tanah air?
dan menarik untuk 26 kisah ini, taklah semua tertumpu pada kisah di sana. tapi semangat juang rakyat palestin itu yang diserap masuk dalam setiap cerita. betapa kita di sini, walaupun ada sengketa, walaupun ada sengsara tetap takkan sama dengan mereka di sana.
sungguhpun begitu, jihad manusia sebenarnya sangat besar. hayatilah cerita yang disampaikan dan kemudian pandanglah keliling.
betapa
kasih sayang dan keikhlasan itu sangat penting. bila kasih sayang diganti dengan kekejaman, dan keikhlasan itu digantikan dengan tamak, akan datanglah huru hara yang akan merosakkan segala. persoalannya, sampai bila?
Banyak rasa yg aku dapat masa baca 26 kisah dalam ni sampai aku xtaw nak pilih mana satu sebab... SEMUA BEST! 🤣 Tp biar aku bgtaw 5 cerita yg buat aku terusik.
1. Terbang - Shamien Basit. Zahara & Haqq. Comel gila korang ni pun 😍 Dia mcm ada vibe Hlovate + Nirrosette dengan good family relationship, bahasa yg diorg guna, semua kt cerita ni aku suka !
2. Aku & Dia - Weeda Airiza. Kalau kau seorang mental illness patient (bukan cuma depression & anxiety, tp SEMUA JENIS mental illness yg wujud kt dunia ni) yg makin teruk keadaannya & yg tengah dlm prosess healing, this one's for you & i, for us. We have our own fights with our demons inside & inshaaAllah we can do even better than the stigmas.
3. Bukan Pilihan - Farah Husain. Kisah pertama yg buat aku sebak sbb aku dah rasa apa yg main character tu rasa masa dia tulis surat utk mak dia.
4.Tak Sempurna Buatmu - Rina Farizq 5. Jelita - Shiroe Sherry. Ok, 2 kisah ni ada vibe drama melayu yang kita biasa tgk & memangg berlaku IRL. Yang beza bila ada element supportive dari orang yang BUKAN PARENTS diorang. Aku be like "what the hell?"
So my fav character berpindah daripada MC kepada Paklong Suri, Ayah mertua Jelita & that guy yang berjaya jentik semangat Jelita utk fight back. That guy is the PLOT TWIST! Part mesin basuh tu alahai 😂 selama diorg x pernah basuh baju ke? Nak juga tunggu wife / menantu buat? Perempuan bukan orang gaji.
#aku belum pernah baca karya most penulis dalam antologi ni kecuali sis Farah Husain, Anna Lee & Lily Haslina Nasir 🙏😂😅