2112. Tahun yang kini dikatakan tahun berlakunya kiamat, selepas ramalan kaum Maya yang mengatakan kiamat akan berlaku pada 2012 tidak menjadi kenyataan.
Halim hanya anak muda biasa yang gemar cara lama, seperti menaiki skateboard ketika semua orang sudah menaiki hoverboard atau kereta terbang. Pada hari sahabat baiknya, Bob, digigit anjing liar, kehidupan mereka berdua turut berubah. Halim terjebak dengan satu masalah besar semasa mengunjungi META untuk membuat aduan tentang gigitan anjing liar itu. Tiba-tiba dia berada di tengah-tengah sebuah konflik, antara golongan baru dan golongan lama. Antara kepercayaan kepada Tuhan dan sains, serta antara dendam dan kemaafan.
Bapa angkatnya pernah memberitahu Halim, dia seorang yang istimewa. Tapi Halim sendiri tak tahu kenapa, sehinggalah dia terpaksa berdepan dengan Presiden Ku Dayta, dan dendam silamnya.
I don't know what actually this story wanna tell. There's no up and down. no curiosity makes me wanna read continuously. and a slight of unnecessary information makes me bored when reading this book. also, the ending is confusing
"Setiap perjuangan perlukan pengorbanan. Seorang pengecut takkan faham maksud pengorbanan."
Halimunan, sebuah novel bergenre fiksyen sains/misteri, mengisahkan seorang remaja bernama Halim yang hidupnya normal seperti yang lain. Namun dirinya tersepit dalam sebuah konflik yang mampu mengancam rakyat Malayonesia bahkan seantero Bumi. Pada zaman di mana hak dan batil umpama tiada garis pemisah, kebenaran juga semakin kabur.
Novel ini bertemakan kerakusan manusia yang mampu mengancam kemaslahatan sejagat. Melalui perspektif Halim, pembaca akan menelusuri sebuah konspirasi yang bergentayangan secara diam dalam kehingaran pembangunan Malayonesia, sebuah negara futuristik hasil gabungan tiga negara ASEAN. Semuanya bermula daripada insiden yang dialami rakannya Bob membawa kepada pertemuan mantan Perdana Menteri Hadari Putra yang mempunyai sejarah bersama Presiden Ku Dayta dengan konspirasinya yang mula terbongkar. Sepanjang usaha Halim dalam merungkai misteri, pembaca dapat mendalami binaan dunia Malayonesia melalui sejarah dan teknologi yang distruktur dengan baik walaupun penyampaiannya agak terburu-buru. Selain itu, hujah-hujah yang menyentuh perihal agama, politik dan sains melalui naratifnya begitu informatif serta membuka minda. Namun, kekurangan ketara pada novel ini pada susunan serta tempo plot yang perlu diperbaiki. Cara bagaimana plot utama dan sampingan yang tidak disimpul rapi lalu meninggalkan beberapa persoalan penting tergantung begitu sahaja mengakibatkan novel ini tidak mampu mencapai potensi sebenarnya walaupun mempunyai premis menarik bagi peminat fiksyen sains. Antara tema lain dalam novel ini ialah kepentingan kasih sayang dan keruntuhan pegangan agama.
Secara keseluruhannya, novel ini untuk mereka yang merasakan sekecil-kecil tindakan tidak mampu memicu kepada perkara besar. Semoga resensi ini menjadi pembakar semangat untuk penulis supaya tetap terus belajar sambil berkarya bagi memeriahkan lagi genre fiksyen spekulatif Malaysia.
Okay i gave it like 3.5/4 sbb actually i rarely read sci fi or fantasy book bfr and rasa mcm gempak gila baca buku ni , like cerita abt masa hadapan , and all the creative ideas dlm ni , and i really love how dia selitkan elemen" islam and agama dlm cerita yg agak mengejutkan tahun 2112 , ada org yg masih tak tau agama tu apa?? Betullah ibarat ayat dlm buku ni ckp " semakin maju dan penuh dengan maklumat dan pengetahuan pada zaman itu , semakin jahil manusia pada zaman itu" . It was really open my mind to think more abt the future , kita hidup mmg tak boleh nk bergantung pada ramalan dan percaya hanya pada takdir Allah
Okay story its just abt Halim yg dikatakan sbg budak 'istimewa' , which is i dont actually know what is the istimewa abt ? , and cerita nya pada tahun 2112 yg dimana kehidupan penuh dgn teknologi tetapi seperti apa yg sy cakap tadi , manusia semakin jahil , agama tak tau , penjara pon tak tau? , yes. Dan kisah bermula apabila satu hari kawin Halim iaitu Bob kene gigitan oleh anjing liar , jadi Halim cuba report ke META utk tangkap anjing tu. Dan menyebabkan dia terjumpa pulak dgn Hadari putra yg dikatakan sbg perdana menteri tahun 2062 kebelakang?? Dan Halim agak terkejut kerana dia jugak tidak tahu apa itu perdana menteri?? Yg dia tahu pada tahun 2112 mereka hanya gunakan presiden sahaja . Cerita nye tidaklah begitu banyak plot twist tapi every chapter menyebabkan rasa nk continue baca disebabkan tak taulah AHAHA . Ending agak terlalu cepat dan tergesa bagi saya , dan saya jugak sebenarnya tertanya tanya lagi tentang ending , apa jadi pada org" sekeliling halim spt Zurvan? Bob? Atau presiden ku dayta itu sendiri? Huhu harap ada buku kedua lah yg dpt jawab semua persoalan ini.. semua dlm buku ni bermain antara sains , islam , tuhan yah..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tahun 2112. 100 tahun selepas ramalan kaum Maya akan berlakunya kiamat. Tapi tak berlaku juga. 100 tahun juga sudah banyak berubah. Nusantara menjadi satu negara iaitu Malayonesia. Sistem beraja hapus serta-merta. Tiada lagi upacara keagamaan, tiada lagi yang menyebut nama Tuhan, tiada lagi solat. Dunia seakan semakin hampir ke akhir nyawa. Zurvan saja yang solat itu pun tak tahu sebab orang dulu buat.
Halim dan Bib digigit oleh seekor anjing bernama Leo VI dan Leo X (lupalah Leo apa sebenarnya). Akibat dari gigitan itu, mereka berdua jadi halimunan secara tiba-tiba. Bob dikehendaki kerana ni anak kepada Moe. Halim pun berjanji akan selamatkan Bob dari pegawai kerajaan yang terdiri daripada manusia dan android. Tiada lagi Perdana Menteri, kini bertukar kepada Presiden. Presiden Ku Dayta.
Halim ke Bahagian Manusia dan secara tak sengaja telah mengembalikan Perdana Menteri yang telah lama tidur. 50 tahun tidurnya sejak dari tahun 2062. Sejak Hadari Putra bangun, tak semena-mena mereka berdua diburu oleh Busdesrat kerajaan. Ke mana saja mereka pergi, Bundesrat ada di mana-mana kecuali di satu kedai milik Zurvan iaitu Kryokaryos (sebuah kedai yang menjual jam). Pelik juga tempat tu kedai tapi Bundesrat tak pergi pun tengok.
Perjalanan kisah novel ni perlahan. Dah separuh jalan pun, aku masih tak tahu hala tuju novel ni. Asyik ke kedai Pak Cik Zurvan je. Jalan cerita, seperti yang aku cakap tadi. Watak Halim agak terlalu bijak dikala usia remaja. Boleh masuk pejabat kerajaan sesuka hati. Ada ala-ala kisah Hollow Man lakonan Kevin Bacon. Plot twist menarik. Cuma endingnya alahai, gitu je semua mati. Dunia dah canggih tapi...
Apa pun, aku ucapkan tahniah kepada penerbit dan penulis terbitkan novel yang baik. Cetakan pertama tahun 2021.
Permulaan cerita memang sangat menarik. Saya tertarik sebab imaginasi penulis yang menggambarkan kehidupan dan teknologi yang futuristik (makanan dihasilkan dari pencetak 3D, kenderaan terbang). Cuma selain dari keterujaan dengan dunia yg penulis cipta, jalan cerita sangat haru-biru. Pelbagai persoalan yang penulis bangkitkan tapi tidak dikupas dan dijelaskan dengan rapi hingga ke akhir cerita.
Idea asal sangat menarik, namun gaya penulisan agak membosankan. Ada ketikanya saya terus tuju kepada dialog sahaja kerana naratif yang agak panjang berjela.
Saya berasa agak kecewa.. sebab ini adalah buku pertama dalam Bahasa Melayu yang saya baca setelah sekian lama. Mungkin buku ini bukan untuk saya..
Not my usual genre but the idea and the story is very interesting 😆 I love how the author explain how important is the time. Love how ada terjemahan ayat Al- Quran dalam buku ni. Honestly I never thought this book is quite spiritual I say? From the title I thought this is about someone who can become invisible (which is true) but never thought it would have a religion element in here. But I learned many things here so I decided to give 4 ⭐.
Suka dengan gaya bahasa yang digunakan. Teratur sahaja. Naratifnya pula penuh dengan informasi, bukan sekadar kata-kata kosong. Aku tertarik dengan konsep masa dan ramalan dalam buku ni. Cuma ada beberapa plot yang tak berapa diterangkan. Dan pengakhirannya agak rushing bagi aku.