Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kabus Cinta

Rate this book
Pertama kali Imran melihat wajah gadis itu, ada suatu rasa yang muncul dalam hatinya membuatkan dia benar-benar ingin mengenali gadis itu.
“Jeff, siapa nama staf baru kau tadi?” – Imran
“Wow! Kenapa tiba-tiba tanya pasal staf baru aku pula ni? Berminat ke?” – Jeffri
“Kau ni, tanya nama staf pun tak boleh? Kedekut! Macamlah aku nak pikat dia!” – Imran
Hubungan Suraya dengan Tengku Zafri sudah lama terjalin, malah sudah banyak kali lelaki itu melamar Suraya. Namun sering kali luahan hati lelaki itu dibiarkan sepi oleh Suraya tanpa memberi alasan yang kukuh. Tengku Zafri makin buntu apabila dia sentiasa digesa oleh orang tuanya menerima gadis lain.
“Kalaulah saya mampu terima cinta Tengku Zafri, saya dah lama terima dia dan kami mungkin dah kahwin, tapi saya memang tak mampu untuk terima dia walaupun saya sayangkan dia.” – Suraya
Melihat keakraban dan layanan mesra Tan Sri Jamaluddin terhadap Suraya membuatkan hati Imran gelisah dan panasaran. Apatah lagi apabila dia juga mendapat tahu Suraya juga ada hubungan dengan Tengku Zafri. Makinlah Imran tak senang hati.
Perkhabaran tentang pertunangan Tengku Zafri dengan Ariya telah membuka ruang untuk Imran melamar Suraya kerana dia tidak sanggup membiarkan Suraya menjadi milik lelaki lain.
“Sue! tolong terima saya dalam hidup awak. Saya janji akan jaga awak, akan mencintai awak sepenuh hati saya. Percayalah. Saya pun tak tahu kenapa saya begitu inginkan awak. Saya mahukan awak dalam hidup saya.” – Imran.
Berjayakah Imran mendapatkan Suraya apabila ada rahsia lama tersimpan mula terungkap kembali?

Paperback

First published January 1, 2022

7 people want to read

About the author

Azieana

20 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (33%)
4 stars
3 (33%)
3 stars
1 (11%)
2 stars
1 (11%)
1 star
1 (11%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Mazila.
106 reviews14 followers
February 8, 2022
Novel ni merupakan karya pertama penulis yg aku baca. Sebuah mini novel untuk bacaan yang ringan, konflik pun tak berat tp best.

Imran dan Suraya ni jumpa ditempat kerja. So Imran ni kira tertarik la dgn Suraya waktu pertama kali jumpa tu. So dia cuba la nak try Suraya yg dikatakan masih single tu. Tup tup Imran tahu pasal Suraya dgn Tan Sri. So dia cuba selidik sendiri dgn Suraya sbb terdesak nak tau apa hubungan Suraya dgn Tan Sri itu.

Dalam masa yg sama, Suraya ni jugak diminati oleh Tengku Zafri. Tp sbb mak Suraya tak suka Suraya ada hubungan dgn Tengku Zafri jd dia pun menolak walau dia sgt selesa dgn Tengku Zafri. Tetiba jugak mak Suraya call bagitahu yg ada org masuk meminang jd mak dia terima tanpa persetujuan dia terlebih dahulu.

Suraya pelik, dalam duk menolak Tengku Zafri, mak dia boleh pulak terima pinangan org lain sedangkan Suraya dah lama berkawan dgn Tengku Zafri. Apa yg mak Suraya sembunyikan? Siapa yg pinang Suraya ni, Imran ke Tan Sri?

Satu lagi pandai betul penulis nak kelirukan aku sbg pembaca tp aku dah agak dari awal. Apa yg ada pada nama, dan apa yg aku teka tu betul la.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
October 3, 2021
[eBOOK 143]

Kabus Cinta by Azieana.
.

Buku ni best, walaupun nipis je.
.

Imran dan Suraya. Pertemuan kali pertama mereka, menimbulkan rasa cinta pandang pertama dalam hati Imran.
.

So, dia cuba untuk mendekati Suraya, tapi Suraya ni malu-malu pulak. Lagipun, Suraya ada Tengku Zafri yang selama ini cintakan dia, tapi tak direstui oleh mak Suraya.
.

Lagipun, Imran pernah nampak Suraya rapat dengan seorang Tan Sri ni.
.

So, Imran terus masuk meminang dan pinangannya diterima.
.

Kenapa pinangan Tengku Zafri ditolak? Kenapa Imran diterima? Dan siapa pulak Tan Sri tu?
.

Aku sebenarnya dah boleh agak siapa Suraya dan Imran ni. hahaha..nice plot anyway. Manis je ceritanya. Tambah-tambah, Jefri ngan Imran ni suka buat lawak double meaning.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.