Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Bachelor

The Bachelor #1 : My Domineering Husband

Rate this book
Tujuh tahun mereka terpisah dan selama tempoh itu, Ghazril tidak pernah lelah mencari. Nadiene hilang tanpa dapat dikesan di mana jejaknya. Selepas tujuh tahun, Nadiene kembali ketika datuk kesayangannya pergi dijemput ilahi. Mereka bertemu kembali tetapi kenapa Nadiene sudah tidak seperti Nadiene yang dikenali tujuh tahun dahulu?
“It’s been a long time…” – Megat Ghazril
“It’s you?”- Nadiene Ameena
“Is this how you greet me after seven years?”- Megat Ghazril
Walaupun hati Nadiene sudah berubah tetapi cinta dia tetap sama. Dan dia akan gunakan walau apa cara sekalipun untuk memiliki hati Nadiene semula. Bukan hanya hati tetapi seluruh jiwa dan raga Nadiene juga. Pengkhianatan yang dilakukan oleh keluarga Nadiene telah membuka ruang kepada Ghazril untuk mengambil kesempatan. Di saat itulah dia hulurkan tangan untuk membantu sehingga membuatkan Nadiene berada di jalan buntu.
“Now tell me, who am I to you.” – Megat Ghazril
“My husband.” – Nadiene Ameena
“So, what should a husband do?” – Megat Ghazril
“Protect and take good care of his wife.” - Nadiene Ameena
“Is that all?” – Megat Ghazril
“No…” – Nadiene Ameena
Mereka bertekad untuk membina semula cinta yang hampir rebah. Tapi mampukah cinta mereka terus menjamin bahagia apabila ada kebenaran yang tiba-tiba diungkap dan tersingkap?
“You rasa kenapa dia beria nak tolong you?” – Puan Sri Latifah
“Because he loves me.” – Nadiene Ameena
“Love? You’re so naïve, Nadiene. I feel sorry for you. But people always say, better to get hurt by the truth than comforted with a lie.” – Puan Sri Latifah
Kebenaran memang menyakitkan. Tapi mampukah kebenaran memporak-perandakan dua hati yang saling mencintai? Tetapi di sebalik itu ada satu lagi kebenaran yang lebih perit untuk Nadiene terima apabila orang yang paling disayangi dan dipercayai punca segala malapetaka. Akan berdiamkah Ghazril atau terus mempertahankan apa yang sepatutnya menjadi milik dia?
Nadiene Ameena… She’s my one and only mine!
❤❤❤
Prolog I
“SIR, Tan Sri Syed Basheer has just passed away!”
Ghazril yang sedang leka meneliti dokumen di atas meja segera angkat kepala. “Say it again?” arahnya dengan muka yang tidak beriak. Wajah kalut Lin Jin dipandang tidak berkelip.
“Tan Sri Syed Basheer has passed away,” Lin Jin mengulang kata-katanya tadi.
Sebaik yakin dengan apa yang didengarinya, Ghazril terus sandarkan tubuhnya ke dinding kerusi. Wajah lelaki yang sudah menginjak usia hampir tujuh puluh lima tahun itu tiba-tiba terbayang di ruang mata. Tetapi bukan hanya wajah lelaki itu sahaja yang terlayar di kepala tetapi wajah cucu perempuan kepada lelaki itu juga turut bermain-main di minda.
“Did she come back?” Setelah lama berdiam, dia bersuara semula. Pembantu kanan merangkap pengawal peribadinya itu dipandang dengan riak yang masih seperti tadi. Beku, kaku dan tanpa perasaan.
Mengerti siapa gerangan ‘she’ yang ditanyakan, kepala diangguk. “Yes, sir. She’s just arrived from abroad,” balasnya pendek.
Kening dijungkit. “Abroad? Where?” soalnya ingin tahu. Selama tujuh tahun dia menjejak gadis itu tetapi gagal. Dan selama tujuh tahun itu jugalah gadis itu hilang tanpa dapat dikesan. Dan hari ini dia dikhabarkan gadis itu sebenarnya memang berada di luar negara?
“Japan.”
Jepun? Jadi maknanya selama ini gadis itu bersembunyi di negara matahari terbit tersebut? Patutlah dia gagal menjejak kerana sangkanya gadis itu melarikan diri ke negara Eropah. Terkejut dengan maklumat tersebut, Ghazril kembali mendiamkan diri sambil dagunya diusap-usap perlahan.
Lin Jin turut diam dan menanti soalan atau arahan dari majikannya itu seterusnya.
“Any details about the funeral?” Ghazril mengalihkan butir bicara mereka sedang minda masih lagi ligat memikirkan sesuatu.
“The funeral will be held at Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara tomorrow morning around eight, sir.”
“Call Isa and ask him to go with me tomorrow,” arahnya.
“Alright sir,” Lin Jin mengangguk.
“Inform Lisa to cancel all my appointments for tomorrow,” arahnya lagi. “And please arrange someone to keep an eye on her. I want to know her every move,” tegasnya pula.
“Okay sir,” akur Lin Jin dan terus beredar.
Sebaik Lin Jin hilang dari pandangan dan daun pintu biliknya ditutup, Ghazril bingkas bangun. Langkah dihayun menuju ke dinding kaca biliknya dan dia terus berdiri di situ sambil mata liar merenung langit yang sedikit mendung ketika itu.
It’s been seven years Nadiene! And after seven years, we’ll meet again. Bisiknya dengan mata mencerlung memandang langit dan senyum sinis terukir di bibir.
Walau pertemuan itu sangat dia harapkan tetapi gembirakah dia? Atau dia sebenarnya sedang mencari peluang untuk membalas semula segala kesakitan dan kekecewaan yang dilaluinya selama ini?
❤❤❤
Prolog II
“Tak mungkin!” keras Nadiene bersuara. Tan Sri Johan, peguam peribadi datuknya itu dipandang dengan dahi berkerut-kerut. “Nadiene tak percaya Tok Abi serahkan semua share syarikat dan harta yang ad...

588 pages, Paperback

First published September 1, 2021

8 people are currently reading
159 people want to read

About the author

Ameera Ameer

24 books115 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
60 (37%)
4 stars
57 (36%)
3 stars
28 (17%)
2 stars
12 (7%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
March 17, 2022
[BOOK 46]

The Bachelor: My Domineering Husband by Ameera Ameer.
.

Okay, katanya ni buku pertama untuk The Bachelor Series. So, let's wait for Hun and Nasriq.
.

Okay, to be honest, aku sebenarnya, cam ada love hate relationship dengan buku AA ni. hahaha..sebab ada bukunya yang aku love giler contohnya, Andai Aku Gapai Syurga, dan ada bukunya yang biasa-biasa je. So, bila baca buku AA ni, aku sebenarnya berteka teki, am i gonna love this book or not?
.

Buku ni sebenarnya santai dan cliche je sebenarnya. So, kalau beli buku ni sebab overhype ke ataupun expecting more dramas/actions/conflicts ke apa ke, you might be dissappointed.
.

Ceritanya, Nadiene dan Ghazril pernah bercinta 7 tahun lepas sebelum Ghazril ke luar negara menyambung pelajaran. Lepas 7 tahun, Nadiene tak dijumpai. Dan Ghazril mula mengembangkan bisnes nya sehingga jadi kaya raya.
.

Masa kematian atuk Nadiene, Nadiene memunculkan dirinya. Rupanya, selama ni, Nadiene menyorok kat Jepun. Dan bila masa pembacaan wasiat, rupanya syarikat arwah ayah Nadiene yang sebelum ni diuruskan oleh atuknya, telah diserahkan kepada pakcik nya. So, Nadiene tak dapat apa-apa.
.

Masa ni la, Ghazril muncul. Menawarkan perlindungan sekaligus pertolongan untuk mendapatkan semula hak Nadiene. Syaratnya, kena kahwin dengan Ghazril la. hahah
.

So, Ghazril ni, depan orang lain, dia cam sejuk beku, menakutkan. Tapi dengan Nadiene, especially lepas kahwin, Ghazril suka mengusik Nadiene, suka ketawa. Tapi, Ghazril ni sangat dominan dan tegas. Dia akan buat apa sahaja untuk pastikan keselamatan Nadiene.
.

Bagi aku, konfliknya tak berat sangat. Buku ni lebih kepada hubungan Ghazril dan Nadiene kot.
.

Dan buku ni banyak menggunakan Bahasa Inggeris. Aku jenis layan je la, cuma maybe ada sesetengah yang tak suka kot, tapi tak kisahlah kan. hahaha
.

By the way, apa maksud domineering ni? Aku ni tak pandai sangat BI ni. hahaha. Bila google, cam tak best je maksudnya. Entahlah.
.

Oh ya, macam yang aku cakap tadi, buku ni cliche je. Dengan watak orang kaya bagai. Hurm, aku terfikir, kalaulah in real life, Ghazril ni tak handsome, tak kaya, adakah perangai dominan dan tegasnya tu, perempuan akan suka? hahahha...kadang-kadang, dunia memang tak adil. Yang handsome dan cantik dapat layanan lebih. Yang potato, pandang je la.
.
Profile Image for CrystalGrey.
143 reviews15 followers
November 18, 2021
it take me to stay wake until 4.30 erly morning to done this good book. Love walaupun buku cam klise cerita anak2 org kaya.. tp kali ni anak-anak org kaya jatuh cinta dengan anak orang kaya jugak.. hero yang bz mengejar cinta tetapi masih dlm landasan menguruskan syarikat.

Ghazril yang penasaran dengan ghaib nyer cinta hati nyer Nadiene, cinta pertama tidak mungkin dilupakan.. kehilangan Nadiene ke bumi Japun diluar kotak pemikiran Ghazril.

ok cukup.. lain baca sendiri

Persahabatan Gharil ..Hun dan Nasriq .. syok sgt.. suke.. hope penulis buat sambungan THE BACHELOR tuk HUn dan Nasriq ok
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
December 21, 2022
 ❗❗ FOR MATURE READERS ONLY ❗❗ 


This book is cliché but I don't mind reading it.

This is the first time I read a book with very minor English grammatical errors, and I cannot express how happy I am with it.

I love how the main characters are mature, they are willingly to communicate although it took them quite a long time for the to finally do so. The MMC, Ghaz, his domineering side is tolerable. He's such a loyal guy with good looks and packaged with wealth. Dayum, such a guy to die for. HAHA.

I'm actually impressed at how this book is not merely focused on romance, but also the build up of the conflict - the battle over the will, the company's takeover, the friendship between the men - kudos to the author!

It's just some of the rated parts were a tad bit exaggerated though, lol. But at least they were only briefly described. Can't imagine how it would be if they were elaborated further ( >︹<)
Profile Image for Amal Lee.
279 reviews33 followers
January 14, 2024
No offence, cerita ni macam I baca cerita typical dekat watpadd bila i need some light reading. takpun bila I scroll tt & nampak ada account share ebook pastu I pun terpengaruh beli then baca pstu huhu. Dan, macam tak caya ini penulis yang sama yang tulis cerita yang aku suka 😂.

Asalnya nak bagi 2⭐️ sebab agak hambar tapi disebabkan bahasa yang sedap dibaca dapatlah 3⭐️.
Profile Image for yaenareads.
51 reviews1 follower
March 23, 2022
Weh lega gila dah habis hahhaha😭 penatnya aku😭 macam menyeksa diri untuk habiskan cerita ni. Ada banyak jugak part aku skip🌚

Ameera/Myra Ameer as an author of 24 books?! Impressive gila😭

Sebelum novel ni, aku pernah baca karya AA yang lain. Iaitu Demi Kamu, Anna Balqis. And I fall in love dengan cerita tu, watak dia. Bagi aku sangat best. Lepas habis novel DKAB tu, jujur aku memang cari penulis Ameera Ameer ni. Aku nak baca lagi karya dia yang seterusnya.

Tapi tak sangka aku pilih MDH sebagai bacaan kedua daripada AA. Jujur, kecewa dengan karya ni. Plot cerita, bukan style aku. Aku jujur, cerita ni teramatlah klise. Bukan sikit, tapi the whole story tauu and I can predict what will happened.

Aku tak suka perangai Nadine. Entahlahh tak masuk dengan style aku😭😭😭 Ghaz? Terlampau perfect. Ada ke lelaki macam ni hahaha🤧. Terlampau perfect pun tak syok. Tak adventure oghang kata ha gitu. Memandai je aku ni😌

And paling membosankan pasal rampas-rampas harta. Huaaaa memang tak suka lahh cerita harta² megah holding niii😭 macam drama melayu pukul 7 petang tu tau😭😭😭

Lagi satu, aku tak dapat apa-apa pun daripada cerit ni. Means, moral story ke kan aaa takde. Yang ada aku speaking aja baca cerita ni HAHAHAH. Takkk, bukan bitter ke apaa. Tapi setakat borak kosong dengan kawan, kau speaking 😔🤘🏻 tapi kita husnuzon, orang berpelajaran tinggi kan. Memang bercakap pun kena guna english. Takpe takpe, faham fahamm 👍🏻

Yeahhh aku taknak habiskan sebenarnya, tapi aku habiskan juga sebab aku rasa nak lepaskan dia askskskks.

BTW AKU SANGAT MARAH KEPADA ORANG YANG TIDAK BERKATA JUJUR DALAM REVIU YA DAN KEPADA YANG MENGHASUT AKU BACA CERITA SPICY, MU TUNGGU USTAZ DATANG. HA TIBEH.

⚠️TW :
-Cliché plot story
-Spicy
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
July 31, 2024
Cliche. Sudah semestinya. Dah kata kan kisah ni santai and rileks.

Kisah percintaan di mana Ghazril ini seorang businessman yang berjaya. Sudah tentu duit pun banyak. Nadiene, si gadis manis yang baru pulang dari Jepun. Balik pun sebab ada pembacaan wasiat setelah datuknya meninggal dunia. Family belah Nadiene ni tamakkan harta dan sangat bencikan Nadiene.

Sebenarnya Ghazril memang dah lama cintakan Nadiene. Apa yang dia nak mesti dia dapat. Dominan sangat dengan Nadiene ni. Apa sahaja dia akan buat untuk menolong Nadiene dapatkan hak yang sepatutnya. Dalam masa yang sama sangat2 sayangkan Nadiene.

Walaupun Nadiene ni dah lama tinggal di Jepun, langsung tak ada pengaruh Jepun dalam diri dia. Pada saya watak nya biasa sangat. Saya sangat suka dengan friendship Ghaz, Hun dan Nash.

Overall sedap untuk di baca.

Profile Image for shaafiiqah.
14 reviews3 followers
May 20, 2022
5/5⭐

I'm truly falling in love with this book🤩nak suami macam megat ghazril kalau tak aku taknak kahwin😭🦋
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
October 20, 2022
Yes it's a cliche plot..Tapi novel ni buat aku dapat habiskan pembacaan dlm masa yg singkat..Konfliknya tak berat dan note that novel ni sesuai utk pembaca matang ya..
Profile Image for Bay.
264 reviews4 followers
July 19, 2023
typical drama melayu vibe…
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
August 20, 2023
Rate: 3⭐️

First of all, i do think this book should have ‘pembaca matang’ label 🏷️🤔 Hmm, tak taulah kalau saya aje rasa gitu. 👀

Overall, this book was ok. Jalan cerita yang ok2 aje, for me sesuai for light reading. Sbb konflik tak berapa berat. Btw, ni cerita org2 kayangan, so you can imagine la kan kehidupan dorg. 🫢 Tak byk nak comment, sbb idk why i can’t get attached dgn karakter either FL or ML. Tp mungkin sbb ni more on personal preference. 🫣 Btw, saya suka relationship between Ghaz, Hun dan Nasriq. 🫰🏻

Nanti kita try baca yg Hun pulak, bukunya dah ada cuma moodnya tak sampai lg nak baca 🙊 #emptycanvashida
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
October 11, 2021
Dapat laki macam Ghazril ni, domineering pun tak pa dah. On ja! Setia, kaya, kacak, sayang gila kat Nadiene, apa ja yang dia tak bagi dan tak buat kat Nadiene tu. Haishh, beruntung Nadiene. Nadiene je yang dok was² dengan Ghazril punya kebaikan ni. Tak menyesal beli buku ni, ada juga mood berubah ceria lepas baca ni.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
October 9, 2021
Love it! Very sweet story from writer :)
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
March 21, 2022
Love the story cuma konflik die kayangan sgt…cite psl golongan kayo2..pengambil alihan syarikat la ape..rebut kuasa and harta…

Tp being me…aq lg sibuk layan part romance la…awww….bygkan mamat beku yg tak berperasaan…sejenis semua kene ikot flow die je…dominan man…blh jadi selemah2nye dgn love of his life…alolooo….sweetnye….
Character tuan ghaz sgt2 la melting…

For me its a light reading..i enjoy it…i hope ade la sambungan cerita utk han..alaa…cian han kiciwa..xtau kenapa aq ni slalu ade 2nd lead sindrom…😘
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
February 2, 2022
FULL STAR FOR THIS NOVEL 🌟♥️

Omgggg! Im madly in love with Ghaz 😍 although cerita macam abit cliche but i boleh terima. I sukaaaa! Jalan cerita pun smooth sahaja and conflict pun tak berat sangat. I love the way Ghaz layan Nadiene, domineering is accepted 🙌💯 Cant wait untuk sambungan dua hero lagii.

Congratulations author ♥️♥️♥️
Profile Image for Iqa.
144 reviews4 followers
February 13, 2022
Had a high expectation when I saw the reviews on social media. The girl needs to grow up and understand that the world does not revolve around her 💁🏻‍♀️ Guy pula simping like the end of the world 🤭 Took a lot of breaks in between nak habiskan this book 😅 Maybe it’s just me kut.. kurang kasih sayang la katakan 🙂
Profile Image for Ju Muharam.
72 reviews1 follower
January 25, 2022
Siapa the next available bachelor AA?
Hun atau Nasriq? 💕💕💕
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
March 24, 2024
Siapa yang nak bergula-gula with light conflict boleh lah baca, action pun sikit je. Typical buku cinta-cinta lepastu terpisah lepastu jumpa balik lepastu amik hati usik sana sini lepastu happy ending hehe
Profile Image for enranyx.
4 reviews1 follower
July 2, 2025
Too many english words kat tengah novel. If I want to read English novel, I would have bought an English novel. Grammar error tu ada tapi I rasa writer guna banyak sangat complicated words. English is simple. Tak payah guna complicated words sangat. Contoh, instead of “I didn’t say anything.” You could have use “Nothing.” Nampak x? Simplified your words, dear writer.

Sumpah I was so frustrated with the part yg Gazril perang dingin dengan Nadiene and he gave in way too quickly. Kata domineering bagai but bro you are just a simp and tbh Nadiene is pmo so badly I swear I was about to slap her. Dah lah laki tu tengah tolong kau lepastu kau buat perangai pulak. Hello? A thank you would be nice? 🙄

Tajuk buku ni memang jauh dari apa yg jadi sebenarnya. Ghazril? Domineering? Jauh sekali. He is childish. Not dominant. Ok so your friend dah terjatuh cinta dengan ur wife without intention, instead of warning and arguing with him, you should have cakap dengan dia elok elok and settle this with bros before hoes code. Ghazril sumpah turn off sia.

Cara writer tulis unravel scene of the conflict is boring. I baca then i mcm “lah? Cam tu je?”. Serious weh. I wish the confrontation scene between Ghazril and pak cik Nadiene could be more tense. Ni mcm suam suam kuku je dik. Lepastu kenapa ek nowadays novel cara heroine and hero jatuh cinta cepat sangat? And tbh scenes dalam buku ni langsung x bagi i butterflies. It was meh. I read better novels than this.

Banyak sangat karakter sampai x tau nak tengahkan yg mana. Nasriq is a good friend, dia jenis neutral yang abang abang yg selalu redakan kemarahan adik adik dia. Hun pulak baran boleh tahan tapi i rasa Hun je yg paling realistik dalam novel ni.

And boleh x i want to talk about Ghaz being sex addict? Every day nak fuck isteri je. Kau kenapa bang? Orite x orite? Anyway, i paling x suka waktu Nadiene bgtau dia yg they are not using protection so dia takut lah mengandung then Ghaz literally say “kalau mengandung x pe lah dah ketentuan Allah”. Um sir????? Wdym ketentuan Allah? Kau yg x pakai stokin, salahkan takdir pulerkkk. Sial lh jantan cam ni.

I kind of thought Khayrin is the villain. Such a waste of potential sbb I rasa dia boleh buat more damage weh. And also, Syasya… gurl. Pick a team. Kau sokong Ghaz ke kau sokong kawan baik kau, Nadiene? Daun lalang lah ko ni.

It started so strong but then sampai page 300/588 , i dah start rasa boring. So yeah 2/5.

Kalau nak lagi detailed, can check my TikTok @hatiygkacau
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nur Syazwana.
72 reviews
August 30, 2025
firstly, untuk good review...saya akan cakap yang plot cerita ini sangat teratur dan tidak berterabur jadi saya sebagai pembaca dapat habiskan baca buku ini dalam masa 4 hari. character development untuk Nadiene sangat bagus menunjukkan kepercayaan dia kepada Ghazril semakin bertambah.

untuk bad review, buku ini ada 4 typos😅 2 daripada itu typo nama and literally awal2 dah ada typo so tak seronokla nak baca. almost turn off nak baca..lepastu extra character macam Zaheer tu cuma ada satu perenggan je untuk ending dia when dia ada banyak scene awal2 tu. Saya faham yang dia bukan watak utama, tapi since the author dah include banyak scene dia awal2 so maybe dia should have more scene masa dia jatuh? (sorry if i yap so much)

but also the plot of this novel kan ada like revenge plot, tapi rasa tak puas hati revenge tu berhenti macam tu je..😅maybe its okay, since Nadiene dan Ghazril dah bahagia and ada anak..but I really want to know who is Nasriq punya crush tho.

overall, novel ini bagus..takde plot macam wattpad vibe and have more to novel vibe. good job for publishing this novel
5 reviews
January 27, 2022
This is my opinion so don't hate btw hahahaha..well I actually expect more than this but this book is currently so so lah for me..maybe I should lower my expectation hahahaha..apa apa pun.. storyline macam biasa disebut penulis agak cliché 💅

And senang di cakap drama TV3 gitu..sebab bila heroin keluar tanpa hero disisi mesti ada something unexpected akan terjadi..like everytime..and tertolak sikit gitu terseliuh HAHAHAHHAA apa apa pun..not my type sgt sbb mostly pasal duit..duit and duit..aku dah baca sampai habis pun masih bingung sejarah keluarga Pak cik pakcik heroin..

Lepastu senang cakap slow burn lah..kalau siapa yg tk suka slow burn ni hurmm..faham fahamlah..but ni opinion aku..so kalau nk try..silakan..for me is so so..
This entire review has been hidden because of spoilers.
54 reviews
December 19, 2021
not just a gold edition. this is a "gold standard". 5 🌟not enuff.. i gv all stars in d sky😁

Ghaz... mmg win la. such a loyal & loving but super dominant. Looking & waiting for his love for 7 years... With Diniey, his characters chabged 360 degrees 😜
Nadiene aka Diniey... sgt degil and keras hati budak ni.. rasa nk cubit2 dia😂😂😂 Ghaz so sabar layan kerenah Diniey.
overall, love this story so much. tq AA for this lovely piece. 😘
24 reviews1 follower
October 20, 2021
Novel ni best gila. Ingatkan bila beli nak jual baliklah konon seperti biasa. Tiba2 lepas habis baca rasa sayang lak. Aura si hero ni lain macam.

Mybe sesetengah orang anggap novel ni cliche sebab fasal orang2 kaya tapi pada aku, aku suka gila novel2 orang kaya. Tak kahwin lagi kan.leh berangan. Hahaha.

Tahniah penulis!!! Saya tunggu siri seterusnya.
15 reviews
October 21, 2021
Okay, I found a gem with this book. If tak nampak satu vid recommending this bopk, tak tahu kot abt the existence of this book. The male character mmg dominant. With interesting plot yang buatkan I tak letak buku ni and keep on reading, mmg a big plus for the writer. The other characters juga interesting and makes me wonder will there ever be a book for them
Profile Image for Hasmidah.
129 reviews7 followers
October 26, 2021
Kenapa 4 bintang sebab takde bahagian dalam novel ni yang boleh menyebakkan aku hehe. Bila baca novel ni terasa macam baca novel mills and boon le pula. Best tak rugi beli. Gaya penulisan yang dewasa takde ayat-ayat yang kebudak-budakkan (aku menyampah kalau ayat budak tak matang).
Harapnya ada kisah si Hun pula.
Profile Image for Atiqah.
10 reviews1 follower
January 9, 2022
Novel ni tak adala best sgt2. Tapi cukup rempah semua. Penulisan yang bagus. Ada pedas2 sikit. Hihi. bukan lucah. mungkin tak semua orang akan dapat terima. Cumanya as a muslim kan, sy x expect drg akan hug2 semua tu before marriage. hehe.

Apapn good job author. Btw ini buku pertama beliau yg saya baca. Good job. Keep up the good workk sis.👏👍
3 reviews
Read
February 11, 2022
Jalan cerita dah best, skng dah suku baca tapi rasa nak kasi review awal sbb turn off betullah bila terlalu banyak penggunaan Bahasa Inggeris dalam perbualan harian.. erghhh.. sikit2 xpelah tapi dah mcm baca novel english pulokkk. Nasib grammatical error x banyak.. sbb x habis baca lagi, aku xley kasi bintang lagi.. tgu dah habis baca dulu lah
17 reviews1 follower
March 14, 2022
Sangat menarik wataknya. Watak hero yang dominan, jalan cerita yang pantas berjaya membuatkan pembaca teruja untuk meneruskan pembacaan. Juga cara olahan penceritaan yang bagus dan berani oleh penulisnya. Tahniah. Saya amat suka jalan ceritanya.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
June 5, 2022
3.5 ⭐

I can handle overall Megah Holding plot, but i failed on the romance parts. It's too intimate and repetitive to be honest. Too cliche and mostly predictable. However, love the 'kembali to fitrah' part, it's somehow necessary to the stories. If not i would've rate less.
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.