Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
TENGKU ELYANA.

Dia, Cinderella berdarah.
Cinderella yang penuh dengan noda, tidak seperti dongeng Cinderella. Dibelit rasa berdosa dan kisah silam, Elyana merasakan bahagia bukan miliknya.
Tapi dengan kemunculan seseorang...

“Let’s have a bet. Be my lover,” - DEAN

Elyana tergemap. Lelaki itu tak bercanda! Tapi Elyana juga takkan mampu nafikan yang Dean semakin mendapat tempat di dalam hatinya!

DEAN.

Dia, Mr. Cinderella.
Cinderella versi lelaki yang tak pernah diiktiraf ahli keluarganya, jauh sekali merasa kasih sayang. Tapi dengan adanya wanita itu...

“I pun bersyukur you ada dengan I, untuk I,” - ELYANA

Sumpah, hati Dean berbunga mekar! Pertaruhan tersebut tak lagi bermakna apa-apa kerana seluruh jiwa lelakinya sudah dimiliki Elyana!

Bahagia yang selama ini dicari kedua-dua Cinderella mula menampakkan sinar. Tetapi bilamana kisah lama dan dosa silam datang menghantui, juga rahsia dan pembohongan mula terbongkar, apa yang akan terjadi?

Apabila Cinderella berdarah dan Mr. Cinderella bertemu, akan adakah pengakhiran bahagia menanti mereka?

579 pages, Paperback

First published September 1, 2021

1 person is currently reading
191 people want to read

About the author

Syu Ariani

19 books224 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
60 (54%)
4 stars
41 (37%)
3 stars
8 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,050 reviews200 followers
September 28, 2022
Compared to Ursula and Anastasia, kisah Mr and Miss Cinderella lebih ke arah light read!

F suka baca kisah Dean and El. Masing² ada dark side tapi dua² menerima dengan baik.

Tanpa El sedari, Dean dari dulu tahu kisah hitam El. Bila Dean proposed, alaaa main tarik² tali pulak diaorang berdua ni.

Ada je la.. padahal² dua² dah berserabut kusut bila "berpisah".
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
October 24, 2021
Akhirnya Twisted Princess Series menemui penamatnya dalam Cinderella
.

Tengku Elyana pernah muncul dalam novel2 twisted princess series sebelum ini dan dalam Cinderella memaparkan kisahnya bersama jejaka sweet talker tapi darker, Dean atau Muhammad Aizuddin
.

Novel ini cross over dengan novel Ursula. Which dalam Ursula membabitkan kisah Hadi-Asyfa dan dalam Cinderella kisah El-Dean. Kebanyakkan plot mereka sama cuma berbeza dari sisi watak2 utama. Aku sarankan agar korang baca dulu ikut turutan barula nampak jalan cerita lagi tersusun dan korang tak lupa plot2 penting dalam setiap novel
.

Seperti yang dinyatakan oleh syu ariani sendiri, novel Cinderella ni kombinasi genre daripada beberapa novel2 beliau sebelum ni. Dan benar. Genre Cinderella kombinasi 100HMC+Anatasia+Ursula yang mana melibatkan kisah cinta manis bergula antara Dean dan El serta part ganas2 mereka
.

Cinderella ni fokus lebih kepada hubungan yang tercipta antara El-Dean berbanding part aksi. Masih ada scene aksi cuma tidak setanding Anastasia dan Ursula. Bagi aku novel ni benar2 jadi pelengkap kepada Twisted Princess Series dan aku sangat puas dengan kisah2 mereka
.

Dalam novel ni korang disajikan dengan perangai Dean yang nampak ganas tapi mulut bergula. Korang akan nampak sisi penyesalan seorang Elyana atas kesilapan2 lampaunya, bagaimana dia cuba hukum diri dia sendiri .Korang akan bagaimana setiap watak2 dalam twisted princess series melaksanakan watak2 mereka sebagai pelengkap. Thumbs up syu. Well done
.

Aku tak tau nak cakap macam mana, tapi sesungguhnya aku sangat2 berpuas hati dgn Cinderella. Serasanya tak sabar menantikan series ke 2 which more darker
.

Tahniah syu ariani atas kesemua kelahiran Twisted Princess Series ini
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
September 25, 2022
4.5

1. Dekat dedikasi, author kata buku ni tak banyak aksi berbanding siri princess yang lain. Tapi aku suka babak aksinya (aku baca macam katak. Sebab ni buku pertama siri princess yg aku baca)😂😂

2. Aku suka chemistry Dean dan El. Cute.

3. Plot twist pasal El tu kan.... aku dah boleh agak masa el kena culik dan Botak sengaja buat sentuhan seksual pada kaki El tu. Yeah, aku menang!😆

4. Walaupun ini siri terakhir, aku tak terkapai² bila cameo dari novel Anastasia dan Ursula. So tak pening. Boleh baca stand alone tapi, itulah.... dan terbaca spoiler Ursula pula 😂

5. Aku suka kualiti buku. Layout pun kemas.

6. Cerpen bonus tu best😍

Cuma....

Naratif agak membosankan. Mungkin lepas ni boleh cuba pendekkan dan padatkan naratif✌
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
December 30, 2022
Cinderella, Syu Ariani 💙

Mr. Cinderella, dikenali sebagai seorang lelaki yang tak diiktiraf oleh keluarganya. Apatah lagi kasih sayang keluarga. Dipukul, dicaci maki, disepak terajang ibarat makanan hariannya. Sampai bila dia mampu bertahan? Apa yang dia dapat sekiranya dia bertahan, adakah dia berharap pada akhirnya semua akan baik-baik sahaja? Dialah, Dean.

Cinderella Berdarah, kejadian yang sudah lama tetap menghantui dirinya. Setiap malam dia tak tenang memikirkan perkara itu. Walaupun orang sekelilingnya sudah bahagia, kenapa dia tidak? Dia berasa dirinya sangat malang, bahkan dalam percintaan juga. Maka, dia menghukum dirinya sendiri. Apa yang dia lakukan? Dialah, Tengku Elyana.

.・。.・゜✭・.・✫・゜・。.

Dean,
𝘋𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘶𝘯𝘤𝘢 𝘐 𝘨𝘢𝘨𝘢𝘭 𝘮𝘪𝘭𝘪𝘬𝘪 𝘩𝘢𝘵𝘪 𝘺𝘰𝘶. 𝘐 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘢 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯.

💙

Elyana,
𝘋𝘦𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘱𝘶𝘳𝘯𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢. 𝘋𝘪𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘱𝘶𝘳𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘴𝘢𝘺𝘢. 𝘗𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘫𝘶𝘨𝘢, 𝘩𝘦’𝘴 𝘢 𝘮𝘢𝘯 𝘸𝘰𝘳𝘵𝘩 𝘧𝘪𝘨𝘩𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘧𝘰𝘳.

.・。.・゜✭・.・✫・゜・。.

Finally, tamat Twisted Tales: Princess Series ❤️‍🔥 Kali ni zu rasa bertenang je bila baca Cinderella 🤣 mungkin last buku for this series, kak syu buat fluff fluff je.

TAPI! Semestinya ada angst/conflict tapi bagi zu light saja 🤌🏻 Kalau you guys dah baca semua buku dari Anastasia > Ursula > Belle, korang akan rasa buku Cinderella ni comel je 🥹 ke zu je yang rasa macam tu?

In general, dalam buku ni menunjukkan tentang Tengku Elyana punya POV. Ibarat macam kejadian yang berlaku dalam buku series lain, tapi in this book kita tengah baca apa yang Elyana fikir. Haaa faham tak? 🤣

Sejujurnya dari zu lepas baca kesemua buku Princess Series ni, a big YES recommendation from me ❤️‍🔥 Tolong lah baca! Okay now zu teruja nak baca Queen series pula 👑

.・。.・゜✭・.・✫・゜・。.

𝒩𝑒𝓋𝑒𝓇 𝑜𝓃𝒸𝑒 𝒽𝒶𝒹 𝐼 𝓉𝒽𝑜𝓊𝑔𝒽𝓉 𝓈𝑜𝓂𝑒𝑜𝓃𝑒 𝓌𝑜𝓊𝓁𝒹 𝓁𝑜𝓋𝑒 𝓂𝑒 𝓉𝒽𝒾𝓈 𝓂𝓊𝒸𝒽,
𝒟𝑒𝒶𝓃
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
April 22, 2024
Full starrrrr!!! Sebab I really-really love the ml and fl punya character. Tersangatlah natural macam character Hadi. Basically cerita Cinderella ni sebahagian dari kisah dalam Anastasia so better baca Anastasia dulu and for side Dean, better baca Ursula. So barulah seronok nak baca Cinderella ni. Sebab plot mostly berhubungkait dengan dua cerita atas tu. So Cinderella ni just macam another pov of ml and fl bila diorang ada scene dalam dua buku tu.

Tengku Elyana ni macam awaken character. Dia banyak rasa menyesal and nak berubah, datanglah si Dean ni, mulanya nak buat deal bercinta padahal dia dah suka Tengku El lama. But that deal sebenarnya menuju ke arah yang baik. Niat Dean sebab nak dekatkan jodoh je tapi terpaksa guna cara gitu sebab Tengku El ni dia start untuk jadi kejam dengan diri sendiri. Manis Dean ni bukan dari mulut je tapi dari segi adab pun. Lurve bila dia terasa ke marah ke he will let Tengku El know first macam "not now, i'm feeling mad right now" so Tengku El takdelah nak jolok-jolok sarang tebuan. Bila dah cool down, he willingly cari Tengku El balik untuk discuss. Sungguh lurve sebab tak semua character macamni, selalunya nak diam je alih kena provoke, nak melenting pulak. Tengku El pulak pandai communicate.

Love juga certain scene where they control themselve not to fall even more but eventually did. Never knew such love exist even ni baca dari novel je but I do still believe there is such love out there.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
October 17, 2021
"Instead of paying attention to how we would feel inside, why would they bother about materials and wealth?"

"Sebab itu yang boleh dilihat dengan mata kasar. Tak ada sesiapa yang boleh nampak perasaan..."

Itu Hakikat.
-
Tidak terlalu berlebihan kalau aku cakap, aku dapatkan Cinderella sebab Dean.

Kalau pernah baca Ursula sememangnya watak Dean & Elyana sudah diketengahkan oleh penulis. Aku kira watak Elyana tu aku dah boleh agak bagaimana acuannya tapi watak Dean ni keluarnya sipi-sipi dan misteri.

Ada scene-scene tertentu yang membuatkan rasa ingin tahu tentang Dean tu membuak-buak. Kenapa nampak seperti ada yang tak kena dengan Dean.

Jadi, sudah tentu kemunculan Cinderella dengan falsafah yang berbeza, sisi dunia gelap ni, aku nanti-nantikan.

Aku suka dengan beberapa bab awal yang diketengahkan sebagai jalan pintas untuk mengingatkan semula scene-scene penting yang pernah ada dalam Ursula, menyebabkan Cinderella ni bergerak seiring dengan timeline Ursula & Belle. Antara kekuatan Cinderella, apabila setiap peristiwa yang dicipta bagaikan menyokong atau melengkapkan apa yang berlaku dalam Anastasia, Ursula & Belle dengan lebih terperinci.

Mengetengahkan tema berdamai dengan masa lalu melalui watak Elyana yang bergelut untuk memaafi diri namun dikekang dosa semalam sehingga membiarkan diri dilihat tidak berdaya manakala Dean terus berpura-pura menggalas gelaran pewaris Tan Sri Hashim walaupun pada hakikatnya, dia menjadi mangsa disebabkan 'kepercayaannya' sendiri, dan dia berusaha untuk bangkit demi dirinya sendiri. Aku jadi lebih tertarik dengan Cinderella sebab penulisan yang seimbang dan turut fokus kepada Dean.

Gabungan watak Elyana & Dean pada aku saling menyempurnakan, Dean yang bersahaja, tapi dalam masa yang sama, terserlah sikap pemalu & setianya. Elyana yang reserved tapi tahu serba serbi apa yang dia mahukan. Bonding dari Asyfa, Hadi, Aina juga antara yang aku raikan.

Sambung...⤵️

https://www.instagram.com/p/CU2UnJtBk...
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
November 1, 2021
Best! Tak sangka sis boleh suka plak kat watak Elyana tu. Dulu masa baca series lain, dia watak sampingan je, so tak lekat sangat di hati. Ni bila dah jadi watak utama, baru terasa suka dengan Elyana. 😅 Best lar, tak menyesal beli. 👍
Profile Image for addreads.
280 reviews25 followers
February 7, 2023
Dalam Cinderella watak dia perempuan yg kena dera kan. Tapi yg ni twist which kita ada 2 Cinderella. 'Cinderella Berdarah' & 'Mr. Cinderella'. Kenapa El digelar begitu? Sebab hidup El tak macam kisah dongeng yg kita tau. El rasa bahagia tu mustahil untuk dia. But, munculnya Dean dia tak dapat denied apa hati dia nak. As for Dean si Mr. Cinderella dia memang tak pernah merasa kasih sayang dari keluarga. Memang sedih life dia. Tapi hadirnya El merubah semua.. 🤭

"𝐁𝐮𝐭, 𝐢𝐟 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐩𝐩𝐞𝐧𝐬 𝐭𝐨 𝐲𝐨𝐮, 𝐈 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐢'𝐥𝐥 𝐠𝐨 𝐜𝐫𝐚𝐳𝐲. 𝐈 𝐦𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐛𝐞 𝐞𝐯𝐞𝐧 𝐬𝐜𝐚𝐫𝐢𝐞𝐫 𝐚𝐧𝐝 𝐡𝐚𝐫𝐬𝐡𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐡𝐚𝐭."

Ish hot betul Dean ni. Kita yg berdegup degup tau💓

"𝐋𝐞𝐭'𝐬 𝐡𝐚𝐯𝐞 𝐚 𝐛𝐞𝐭. 𝐁𝐞 𝐦𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞𝐫."

Itu dialog first Dean dekat El? pelik kan. Sepanjang bet tu berlangsung rasa-rasa bahagia ke dorang? Apa reason Dean create bet tu? Apa yg jadi kat El & Dean? Apa kisah lama dan rahsia itu?🫢uishh curious kan
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
Tamat perjalanan twisted tales princess series😭 Satu kepuasan sangat bila dh habis. Ad happy for each book punya 'Tamat'. Ni tak suka kalau baca series, dia rasa attached tau! Talking bout storyline? Nice & smooth. Not too heavy. Senang nak faham. Actually not heavy for Ad sebab buku 3 keatas tu lagi gegar otak. Tapi buku ni tidak ye so memang tenang baca tu.

Basically, this book kita dapat tau POV from El. Macam previous book ada certain terjadi so ni on side apa El fikir gitu. Eh faham ke?😂Kita boleh tengok how seseorang tu menyesal sampai tahap hukum diri sendiri sebab dosa lalu😔Do i recommend this? SANGAT RECOMMEND! the feelings roller coaster naik turun tu😍 Jap last nak cakap Dean COMEL GILA🙈 terkejut kita bila tau side dia disini😉 ish benci. Simp kat Dean pulak lah🤭

Thank you kak Syu sebab create buku yg sangat menarik, tertarik, pecah otak ni😚Lastly, Ad akhiri dengan fav words Ad okie..

"𝐈 𝐧𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐮𝐠𝐡𝐭 𝐈 𝐜𝐨𝐮𝐥𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐦𝐮𝐜𝐡. 𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐨𝐧𝐜𝐞 𝐡𝐚𝐝 𝐈 𝐭𝐡𝐨𝐮𝐠𝐡𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐰𝐨𝐮𝐥𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐭𝐨𝐨 𝐦𝐮𝐜𝐡."
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
July 18, 2024
Cinderella by Syu Ariani

4.5/5 ⭐️

*lap peluh* fuhhh, sebulan juga nak habiskan buku yang terakhir dalam Princess Series. sejujurnya, banyak berlaku dalam hidup saya selama saya membaca Cinderella, sebab tu sampai sebulan baru habis 🤣

Kisah yang terakhir ni, betullah KakSyu kata, Dean memang tak banyak berlawan. kesian member, dalam Ursula berlawan, takkan dalam kisah sendiri pun berlawan kan. tapi... ha nak tahu tapi tu kenapa, sila baca :p

Elyana, Cinderella berdarah yang masih dikejar dengan kisah silamnya. selepas apa yang terjadi, tidurnya tidak pernah lena. dipertemukan pula dengan lelaki annoying, Dean. (my first reaction of Elyana POV jumpa Dean : 🙄) El walaupun dihimpit dengan kasih sayang dari ayah & kakaknya, dia tetap rasa tak tenang atas apa yang dia lakukan. masa baca Anastasia dulu pun, saya memang tak minat El ni, rasa nak hempuk awal-awal tu. tapi baca POV dia.. 🥹 saya nak hug El kuat-kuat.

Dean, Mr Cinderella yang tidak mendapat kasih sayang. Dia yang kehilangan kasih sayang. Tan Sri Hashim sibuk mendesak dia untuk kahwin dengan El, Dean yang penat mendengat desakan Tan Sri, bertaruh dengan El untuk menjadi kekasihnya. Fake dating trope! ugh! 😍 tapi sekejap je lah, sebab... Dean memang dah dup dap dup dap lamaaaa dah 🤣 bila masing-masing dah saling menyukai, wahhh bukan main! sweet dia sampai diabetes kiter 😔 Dean bila dengar sesuatu terjadi pada El, dia immediately RUN to her. dia tak fikir dah keadaan dia, asalkan dia nampak El tak ada apa-apa. sangatttt a loser trapped in a hot body vibe 😍🤣

Buku yang terakhir ni lebih berkaitan dengan Anastasia (pengakhiran) & Ursula (pertengahan) berbanding Belle. Saya sebagai seorang yang dah baca Anastasia & Ursula pada 2022 (tolongggg jangan cari review saya 😭) saya tak dapat nak catch up siapa ni siapa 🤣 (this is a me problem ok) Plot kalini, tak adalah Wow sangat, tak ada twist sangat tapi ia cukup untuk membuktikan mereka deserves a second chance, gituu. cuma sakit hati sikit sebab KENAPA PART KAHWIN SIKIT EEE!
Author 6 books27 followers
July 2, 2022
Kisah Cinderella berdarah dan Mr Cinderella. Terus terang masa baca Anastasia memang tak suka langsung dengan Elyana. Rasa dia palsu dan plastik. Dalam Ursula pula, dia jadi watak pembantu yang mampu menarik minat aku untuk tahu kisah hidup dia dan Dean.

Tak dinafikan kisah dia dan Dean tidak kurang hebatnya. Serius, dalam banyak-banyak hero Syu Ariani yang dah dibaca, telatah Dean ni paling comel walaupun kisah hidupnya menyedihkan.

Cuma rasa sedikit terganggu dengan kisah Ursula dalam ni. Mungkin sebab dah tahu alur cerita Ursula kot😂

Apa-apapun best!
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
295 reviews15 followers
May 11, 2025
Reread 11/5/25

4.5⭐
Waktu mula2 baca Cinderella dulu, aku tak berapa suka, mungkin sebab buku-buku sebelumnya lebih banyak aksi. Jadi bila sampai dekat buku ni rse macam tak meet my expectation at that time.

Tetapi kali ni, aku lebih enjoy bila baca and sangat2 in love dengan Dean dan El 🩵
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
December 14, 2021
Twisted tales terakhir oleh penulis.

Alhamdulillah, tamat sudah membaca karya terbaru penulis. Puas! itulah yang dapat saya gambarkan tentang naskah ini. Jujur pada saya, jika ini ialah kisah realiti, sungguh berat kisah hidup Dean dan Elyana. Seorang lahir di atas dulang emas namun kesilapan diri membuat hidup sendiri terseksa, dan seorang lagi 'dikutip' tapi dilayan seperti anak buang.

Sedihnya kisah hidup seorang elyana yang dihantui kesilapan dan kisah silam sendiri. Menghukum diri sendiri kerana rasa bersalah (nak tahu kena baca Anastasia dahulu). Dean pula, walaupun dia mendapat kurang kasih sayang, tapi dia tak jemu-jemu tunjuk kasih dan kesah dia pada Elyana. Boleh dikatakan, untuk Twisted tales kali ini agak ringan, bak kata penulis Cinderella kurang babak pergaduhan dan aksinya berbanding twisted tales yang lain, dan lebih manis. Memang manis pun! Tak sangka Dean se'sweet' itu. Bila dah start baca tu, memang tak sabar-sabar nak tahu macam mana penulis akhiri kisah ini. Dan, nasib baik penulis akhirinya dengan 'happy ending'.. hihu

Syabas, penulis!
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
July 30, 2022
𝑪𝒊𝒏𝒅𝒆𝒓𝒆𝒍𝒍𝒂
"𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑪𝒊𝒏𝒅𝒆𝒓𝒆𝒍𝒍𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒅𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒔𝒆𝒑𝒆𝒓𝒕𝒊 𝒂𝒌𝒖, 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒅𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂?"
5🌟

Kekasih. Pertaruhan yang dilakukan demi kebaikan masing-masing. Semakin lama hubungan ini, terjentik rasa indah dan saling berpaut antara satu sama lain. Perjalanan diiringi onak duri, namun kemanisan menanti buat dua insan bergelar Cinderella versi mereka.

Dihantui dosa silam, sesali keputusan dahulu yang akhirnya memakan diri sendiri. Entah, wanita seperti dia layakkah untuk merasai bahagia setelah setiap memori lama berlayar semula dalam kotak fikiran. Dihukum atau menghukum, khilafnya dia mengganggu setiap detik langkah. Satu cabaran sang jaka, diterima dan mengubah keseluruhan perspektif kehidupannya.
𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑬𝒍𝒚𝒂𝒏𝒂

"𝑱𝒖𝒔𝒕 𝒕𝒂𝒌𝒆 𝒄𝒂𝒓𝒆 𝒐𝒇 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒃𝒂𝒄𝒌, 𝑴𝒓. 𝑪𝒊𝒏𝒅𝒆𝒓𝒆𝒍𝒍𝒂."

Mungkin, jejaka seperti dia idaman kalbu di luar sana. Meskipun begitu, terselit lembaran pahit yang disimpan rapi olehnya. Misteri dan sikap prihatin tersendiri ditonjolkan kala wanita kesayangan ditimpa kemelut. Tetapi dia, menyedari hakikat insan seperti dia tidak patut berazam untuk melindungi sedangkan masih ada rantai besi yang memasungkan diri.
𝑴𝒖𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅 𝑨𝒊𝒛𝒖𝒅𝒅𝒊𝒏

"𝒀𝒐𝒖 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒕𝒖𝒕 𝒘𝒂𝒕𝒄𝒉 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒃𝒂𝒄𝒌, 𝒘𝒐𝒎𝒂𝒏."

Pada aku, kisah Cinderella versi Kak Syu memang cukup rencahnya. Serius, aku suka di mana Dean dan Elyana masing-masing cuba mempertahankan hubungan mereka. Biarpun badai menimpa, rasa yang bermukim dia hati, tingkah laku dalam menjaga belahan jiwa telah membuktikan segalanya. Mencintai dan dicintai.

Hematnya, Cinderella yang aku kenali bertemu sama dengan putera raja biarpun berlainan taraf. Dean dan Elyana pula sama kerana pernah digelar dengan panggilan hikayat bahari itu kerana nasib melanda susuk mereka. Namun, bagaimana jikalau dua insan ini bersatu, adakah seindah ceritera dongeng yang sering dilayarkan di kaca televisyen? Bekali perit luka harus dilalui demi menggapai impian setinggi fantasi.

Mustahil, semestinya tidak. Kerana ini arus sang jejaka dan perawan, Cinderella dan Mr. Cinderella. Menoktahkan segala bahtera luka, moga yang tersisa hanyalah aman damai dalam merestukan hubungan dua manusia. Permulaan baharu dalam mencapai definisi bahagia yang sebenar-benarnya.

"𝑫𝒆𝒂𝒏, 𝒄𝒆𝒑𝒂𝒕𝒍𝒂𝒉."
"𝑩𝒊𝒍𝒂 𝒎𝒂𝒔𝒂 𝑰 𝒑𝒆𝒓𝒈𝒊 𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒚𝒐𝒖?"
"𝑫𝒆𝒂𝒏!"
"𝑴𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒕𝒂𝒌 𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂? 𝑰'𝒎 𝒉𝒆𝒓𝒆, 𝑫𝒆𝒂𝒏."
"𝑫𝒆𝒂𝒓, 𝒚𝒐𝒖 𝒐𝒌𝒆𝒚?"
Profile Image for Izzatimare.
78 reviews1 follower
January 13, 2025
3.8 ⭐

Boleh pulak saya start baca twisted princess series ni yg buku yg last? 😆
Sejujurnya saya beli sebab Anastasia & Cinderella memang dah out of stock dekat pasaran. Semuanya pre-loved

Kisah tentang El, Tengku Elyana yang menghukum dirinya sendiri atas perbuatan membunuh mak tirinya kerana merasakan mamanya hanya mengambil kesempatan ke atas papanya - Tengku Iskandar. Tapi tindakannya itu membuatkan El menyesal seumur hidup. Dia merasakan badannya yg separuh lumpuh tu adalah hukuman yg setimpal untuknya.

Pertemuan El dengan Dean di suatu majlis membuatkan Dean buat satu bet dengan El. Bet mereka hanya untuk lihat sama ada bapa tiri Dean akan melayan Dean dengan baik atau tidak lepas dorang couple.

Pada saya, plot dia okay la. Cerita berkembang dengan baik tanpa rasa bosan kat situ. Biasalah kalau dah cerita orang-orang kaya ni, tipulah kalau takde unsur khianat, gaduh & networking. Semua pakej mesti ada ya. Hahaha.

Penulis cuba selitkan unsur Cinderella dalam versi cerita moden. Cuma saya tak rasa El takdela Cinderella pun. Dia tak didera, malah, kakak dia, Aina, sayang gila kot dengan El. Yang sama hanyalah dia ada emak & kakak tiri. Watak El dalam cerita ni bukan la lemah lembut mana, ada sisi gelap dia yang saya rasa kadang2 tu kelakar sebab dia punya gangster tu semua lelaki dibelasahnya. In a way, saya lagi suka watak perempuan licik. Dia tak perlukan kekuatan pun. Tapi akal dia yg tajam tu yg mempersonakan. Gituu.

Yang betul Cinderella dalam cerita ni ialah Dean, sebab ayah tiri dia memang kaki pukul. Dah tua bangka pun masih kena pukul lagi. Dan Dean sendiri tak clarify kenapa. Kita tau kenapa Dean biarkan dirinya dipukul berdasarkan assumption El.

Cerita ni boleh dibaca stand alone. Cuma mungkin ada beberapa part yg macam tak diterangkan dengan lebih panjang sebab ada kesinambungan drpd novel2 lain dalam siri ni contoh Syaf dr Ursula & Aina dr Anastasia. Jadi kalau macam saya yang tak baca cerita2 awal ni, jadi banyak soalan pulak 😅

Okay, saya kena baca pulak lagi 3 buku dalam siri ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for jj.
59 reviews1 follower
January 2, 2023
“And when something happens to your loved ones, you’d hope you’re the one to protect and save them”- Dean
.
ok let’s be honest, saya excited nak baca Cinderella sebab dia dikira sambungan lepas Anastasia which is buku yang buat saya terfall sangat dengan both ml & fl dan mengharapkan Aina dengan Arhan ada cameo dalam Cinderella TAPI! the fact that Elyana dan Dean punya aura tu pun very strong sampai terlupa terus Aina dengan Arhan 😂

ok let’s start with Tengku El, our Cinderella berdarah. Saya sukaaa sangatt El dalam ni sebab apa? sebab dia terlampau slay! Dia mampu untuk bersemuka dengan penjahat-penjahat durjana tu 😤 Tapi bila part dia teringatkan dosa silam dia tu, auto saya sedih :’( tambah pula El sendiri susah untuk maafkan diri dia sendiri, disebabkan tu dia terpaksa meneruskan hidup dengan satu kekurangan.

ok untuk watak Dean, our Mr Cinderella memang secukup rasa 🤌🏼 dark tapi sweet 🤌🏼 protective 🤌🏼 baik 🤌🏼 haih segalanya dia la 🫵🏼 boleh tak nak claim Dean ni seorang yang manja jugak 🤭 itu kot yang specialnya Dean ni sebab bila berdepan musuh kemainn ganas tapi bila dengan El dia boleh jadi ais yang mencair 😂. suka suka suka ✨
..
Plot twist memang gempak, scene aksi walaupun sikit tapi tetap letopss, jalan cerita senang je faham walaupun ada scene Asyfa dan Hadi tapi kisah El dengan Dean tak terganggu pun for me. Banyak pengajaran juga yang saya dapat from kisah both ml fl sendiri 🙆🏻‍♀️

Overall, puas sangat dapat habiskan princess series dengan bacaan Cinderella yang terakhir! tbh lepas baca Cinderella terus *zuppps letak Cinderella as my top 2 in princess series* Tak sangka Cinderella hanya watak sampingan dalam Anastasia dapat mempunyai kisahnya yang tersendiri yang mampu buat saya rasa sangat happy with the ending 🌚 issa recommended guys go read it! i give it 5 ⭐️ 😘
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
July 28, 2023
[BOOK 103]

Cinderella by Syu Ariani.
.

"Okay, let's see what the future holds for us. Bila Cinderella jumpa dengan Mr Cinderella ... kita tengok apa yang jadi."
.

Iya. Apabila Mr Cinderella jumpa dengan Cinderella Berdarah, maka tamatlah sudah Princess Series ni. (haha, tapi kan, boleh pulak aku tak baca buku yang ke-3. suka la buat perangai camni. Sokay, next time la.)
.

Dalam buku pertama: Anastasia, Tengku Elyana pernah melakukan satu kesalahan yang sampai sekarang, dia sendiri masih belum mampu memaafkan dirinya sendiri. Dan akibatnya, dia lumpuh.
.

Dean pulak ialah anak tiri yang tidak diinginkan, selalu menjadi mangsa keganasan ayah tirinya. Dan Dean merupakan kawan baik kepada Asyfa (watak utama buku Ursula)
.

Bila mereka berdua bertemu, masing-masing saling melengkapi. Mereka bahagia bersama, despite of ramai manusia yang inginkan mereka semua mati.
.

Namun, kerana satu rahsia yang selama ini Elyana pendamkan, Dean mulai menjauh dan merajuk. Elyana pun rasa bersalah dan tidak memujuk. Haihh
.

Overall, ceritanya light action, more romance gitu. Menghayati watak Dean ni, mengingatkan aku pada hero Rehan Makhtar yang fragile, yang memerlukan heroinnya untuk menenangkan. Ya, gitulah watak Dean ni. Elyana pulak lebih strong character nya. Dan mereka sepadan dan saling melengkapi.
.

Oh ya, ada bonus cerpen Kasut Tumit dan Cinta. Best jugak.
.

hahaha. aku ni kan sejenis suka overthinking Dalam cerpen tu, ada kasut cinderella warna biru. Dalam novel Cinderella tu pun, ada kasut sama. Aku ni sampaikan fikir, eh ada kena mengena ke dorang ni semua. Tapi takde pon. hhahahha. Suka watak heronya yang tenang. Cool. Tapi sekali terrrbabas, haaa. sangat gentleman minta maaf, dan segalanya terbongkar. Dan happy ending.
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
December 31, 2021
Novel ni one of buku yang aku sangat tunggu-tunggu kan. Walaupun kita dah tahu kisah El dengan Dean daripada novel sebelum-sebelum ni, there is still elements of surprise and plot twist. We all know yang Elle is a Cinderella, yang berdarah. And Dean? He' a Mr. Cinderella. Aku tak expect kisah hidup Dean ni like this. That's why terasa wow centuuu. Tan Sri Hisyam is a cruel person. Rasa nak mengamuk je dengan diaa. But then sebabkan dialah Dean kenal Asyfa. And finally kita tahu how they met. Cute je. And disebabkan Tan Sri Hisyam jugalah Dean berani buat pertaruhan dengan El.

Kalau nak describe hero dalam series ni satu-satu, aku rasa Dean la yang paling sweet paling terasa macam player. Hampir Tengku Hadi nak jatuh daripada tempat pertama. Dengan Asy pun Dean ni dah sweet habis, caring habis, dengan El lagilah! Masa mula-mula dia ngorat El, comel je wehhhh kenot lah ceni.

As kaksyu pernah mention, memang novel akhir ni kurang action scene and more to romance tapi tak bermaksud babak aksi tu kurang menyengat because it is! Lagi-lagi bila seseorang daripada dosa lalu El muncul membuat huru-hara. Manakan dengan rahsia yang El simpan lagi. Fuhh, berdebar-debar kita. Campur jugak action scenes yang dari buku sebelum-sebelum ni dengan perspektif berbeza, boom! Love it.

Aku suka dengan ending novel ni. Sekaligus pun an end to the whole series. Cameo watak-watak dalam novel sebelum especially Asyfa dengan dia punya nasihat memang kasi padu novel ni. And the whole timeline. Aku rasa wow gila. The effort kaksyu put in this novel walaupun takde dalam rancangan asal
Profile Image for fs.bacabuku.
25 reviews
February 28, 2022
Membaca kisah Elyana yang belajar memaafkan kesilapan masa lalu buat aku tersentuh hati :( Banyak yang kak Syu dedahkan POV Elyana dalam C. Betapa beratnya beban yang Elyana tanggung dalam memaafkan diri sendiri. Tidur malam yang tidak pernah lena kerana dihantui dengan dosa lalu. Mampukah dia mengecapi bahagia? Elyana sendiri ragu-ragu tentang itu.

Sejak kenal Dean,Elyana mula rasa bahagia.
Tapi mampu ke hubungan yang pada awalnya dirancang atas pertaruhan,akan berakhir dengan cinta?

Itu kena baca!

Dean ni sweet betul. Sesuai sangat dengan Elyana.

Sweet,sweet jugak.
Tapi aku dapat satu pengajaran dalam cerita ni.

Betapa pentingnya memaafkan diri dengan kesilapan masa lalu untuk meraih bahagia.
Sebesar mana pun dosa yang kita pernah buat,yakinlah bahawa Allah SWT Maha Pengampun. Mohon taubat bersungguh-sungguh padaNya. Menghukum diri takkan pernah buat kita tenang malah perkara tu akan buat kita sentiasa salahkan diri sendiri dan kita akan terperuk dengan masa lalu.
Belajar untuk memaafkan diri itu lebih baik. Yang dah berlalu kita ambil pengajaran untuk tak ulanginya lagi.

*Bonus cerpen
Kisah Ayana-Ajwad ni comelnyaa😭❤suka betul dengan dua ketul ni.

Terima kasih kakSyu atas penulisan yang tak pernah berhenti buat saya enjoy semasa membaca karya akak❤
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
January 6, 2024
My thoughts?

1. It's like you're reading Ursula over again, but from Elyana's and Dean's points of view. Dalam buku ni, yang twistednya Dean pulak Mr Cinderella. Both of them lah Cinderella senang cerita.

2. Sumpah aku memang suka watak El dalam buku ni. Dia sangat awesome okay! Scene dia settlekan Botak bawak AJNIN, scene dia halang Tan Sri Hashim cederakan Dean twice, scene dia cari Dean macam orang gila pastu propose on the spot! Haha I like her

3. Dean dalam Cinderella memang lain gila dengan dalam Ursula. Kalau dalam Ursula nampak pesen macam cold but care, action speaks louder than words kind of man tapi dalam Cinderella dia boleh jadi macam kucing manja pulak dengan El adoii 😂😂

4. Aku stress dekat2 nak ending tu kemain susah nak mengaku perasaan masing2. Masing2 dok tunggu sapa nak start dulu haihh. Nasib baik El start dulu kalau tak sampai ke sudah tak habis cerita ni 😂

5. Overall aku enjoy baca cerita ni. Dapat tahu sisi lain seketul Dean. Nampak cool je sebelah Asyfa dalam Ursula tapi rupanya pandai flirting dengan El 😆 Tapi bila protect mode dia on, tak jadi kucing dah. Jadi ghimau terus 😂

Personal rating:
🩷🩷🩷🩷/5
Profile Image for zala.
33 reviews3 followers
April 6, 2022
Yes habis sudah baca semua twisted tale princess seriess. Semuaa series best best . And ya action thriller is a must in this series. aint complain about it tho . My review about all this series and mcm susah nak jumpa penamat AHHAHAH bukan apa, lepas satu , satu masalah datang, dah settel masalah tu masalah lain datang . Haa tu sebab susah betul nak habis 😹 Tapi tak pe tu yg buat tak bosan tuu . Dekat cinderalla ni plot twist dia tak ada banyak sangat mcm series yang lainn tapi still bestt. Looking forward for the next queen series pula hihi
Profile Image for Nani.
44 reviews1 follower
October 8, 2023
07 october 2023
my last pricess series
Gigih nak habiskan cinderella berdarah dan pembunuh ni.
cerita ni tak banyak aksi macam ursula dan Belle, lebih kepada sisi hidup elyana dan rahsia yang disimpan kerana rasa bersalah.
Dean, oh my dear memang pelindung elyana, the way he talk and act how sweet. marah marah Dean pun he still protect the cinderella.
but dean juga ada cerita berdarah dia sendiri, oh please get rid the tan sri hashim.
if u miss hadi and asy dont worry ada je dua ketul tu dalam cerita ni.
go and read this book ok.
19 reviews
May 13, 2022
Kisah Tengku El dan Dean pula! Cerita ni I slow sikit baca tak tahu kenapa mungkin sebab I ulang Ursula banyak kali kot and this story sama time frame dengan Ursula so macam eh itu dan ini?

Sejarah Dean dengan El dua dua kesian, menyayat hati. Dean la I paling simpati sekali bila dia cerita kisah dia. Haih Dean, youre strong!
75 reviews16 followers
July 8, 2023
Besttt

Tapi aku xingt knp aku stop baca dgn jangka yg amat lama
Ingt bosan tp bila baca semula best je 🤷

Cerita ni fokus hanya pd El dan Dean,
Xde konflik melainkan pemikiran dan kehidupan msg2
Lebih kpd penutup cerita untuk kseinambungan novel2 sebelum ni


p/s:Cerpen tu knp manis sgt 😍
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
February 23, 2023
Second novel from this author yang aku dapat rasakan chemistry antara ML and FL.i like dean so much! Tapi aku rasa ada yang kurang dalam story ni
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.