marriage of convenience. Mirza kahwin dengan Dea sebab nak ada orang jagakan maknya yang dah uzur. hubungan diorang bukan typical suami-isteri tapi more to majikan-pekerja
i suka dynamic Mirza x Dea, both matured. walaupun the main reason perkahwinan tu sebab mak (dan nak sakitkan hati ex-tunang; annoying) he actually walked the talk. instead of giving up, he tried to figure out and fight untuk perbaiki hubungan dan jadikan rumahtangga tu berfungsi
Dea, walaupun sepanjang perkahwinan tak pernah dilayan macam isteri sepenuhnya, dia tetap hormat dan santuni Mirza. and paling luvvv waktu rumahtangga kena kacau dengan orang ketiga☠️ Dea jenis tak cepat gelabah, tenang and still insisted on trusting her husband
story ni fast paced, konflik pun tak terlalu berat, cuma kalau part yearning tu panjang sikit maybe lagi mantoppp HAHAHA
Pertama sekali, terima kasih kepada penulis untuk free ebook ini. Semoga dimurahkan rezeki dan ilham untuk terus menulis. .
Untuk seorang penulis baru, this is good enough. .
Mirza dan Dea bersatu dalam ikatan suami isteri demi menjaga ibu Mirza yang sakit. Mirza masa tu, terpaksa menerima tawaran kerja di Australia. Pada masa yang sama, ibunya menderita melawan penyakit. So, dia bawa ibunya bersama. Di sana, dia rasa susah untuk menjaga ibunya yang makin merosot kesihatannya. So, dia melamar Dea, warga Malaysia yang baru habis belajar, untuk menjadi isterinya. Dan Dea setuju. .
Selepas berkahwin, selama setahun, memang mereka berdua hanya fokuskan kepada ibunya. sehinggalah akhirnya ibunya meninggal. .
Selepas tu, hubungan Mirza dan Dea semakin awkward. Sebelum mereka akhirnya memberi peluang kepada rumah tangga mereka. Ada je langau, tapi berjaya ditepis. .
Aku suka ebook ni. Ceritanya best dan emosinya sampai. Aku boleh rasa sedihnya, boleh rasa awkward jugak hubungan dorang ni. Dan paling penting, aku suka karakter Mirza dan Dea ni. Mereka berdua ni matang. Nampak yang masing-masing berusaha untuk memberi. .
Dan bila langau muncul pun, Mirza tegas je menolak. Dea pulak, walaupun terganggu emosinya, dia masih mempercayai suaminya. .
Kita suka dengan watak Dea, walaupun dilayan serupa maid tapi tetap ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Paling kita suka dia tak cepat melatah bila ada langau datang nak buat hal🌚
Mirza watak dia ni mula-mula sumpah rasa nak hempuk kecik besar kecik besar je kita baca eeee. Tapi kita suka tengok Mirza yang jenis ego takmau ambil tahu padahal dalam hati dah ada rasa cemburu, sayang dekat Dea ><
Paling suka bila Mirza cuba untuk jayakan rumahtangga dorang pastu ajak dating lah roadtrip lah kiyowooooo. Dr Luth! Kawan yang sangat baik untuk Dea n Mirza bsjsbshshsh single tak tu 🙈
Kita memang dah fall in love dengan gaya penulisan kak emmiyya sejak baca ebook denting rindu nanti ada rezeki kita lamar sahmura cinta pulak🤍
Aku suka pergerakan plot cerita ni. Permulaan yang menceritakan tentang Mirza yang mengajak Dea untuk berkahwin kerana mahukan seorang penjaga yang boleh menjaga kebajikan emaknya yang sakit.
Watak Mirza yang tak memaksa dan rasional dalam membuat keputusan manakala watak Dea pula seorang yang polos dan taat kepada suami walaupun pernikahan mereka ini bukan kerana cinta.
Cumanya hubungan Dea dan Mirza ni bagi aku terlalu awkward. Sampaikan aku yang baca ni pun rasa ada jurang walaupun mereka berdua ini dah cuba untuk mengenal hati budi antara satu sama.
Apa-apa pun, kalau ebook ini diterbitkan menjadi novel atau ebook versi panjang, semoga penulis dapat mengurangkan bahagian yang canggung itu.
🖇 Terimakasih cik penulis untuk ebook percuma ini. Tengahari semalam claim, tengahari juga dapat. Tak sangka cepat betul penghantaran file. Saya memang tak ada perancangan nak baca ebook ni sebenarnya tapi entah kenapa lunch semalam terdetik nak tengok layout. Sekali TER-baca. Haha.
Sinopsis: Mengisahkan tentang Mirza yang secara tiba-tiba melamar Dea yang merupakan nurse emaknya. Emaknya Mirza menghidap penyakit kronik. Memandangkan dia pula anak tunggal. Dia patah bahu. Jadi, idea untuk berkahwin semata-mata hanya untuk mempunyai isteri yang boleh menjaga emaknya itu timbul. Kebetulan dia perlu ke Australia dan ingin membawa emaknya. Jadi idea tersebut membuak buak di benak Mirza sehingga dia tidak fikir panjang untuk melamar Dea.
Bagi Dea, Mirza hanya majikannya sahaja. Tidak lebih dari itu. Namun,lamaran tersebut menjadi kenyataan kerana emak Mirza menyuarakan hasrat yang sama.
Jalan cerita boleh dipredict. Konflik juga bukanlah konflik yang terlalu berat. Klise? Ya. Tapi masih boleh diterima sebab saya dapat rasa sesuatu dalam ebook ini iaitu emosi setiap watak. Terutamanya :-
Kehilangan
🧷 Saya boleh relate sangat dengan emosi yang dihadapi oleh Mirza & Dea sewaktu kehilangan orang yang tersayang. Hati terasa kosong dan terasa seolah olah orang tersebut masih ada. Lebih-lebih lagi bila kita selalu ada dengan orang itu 24/7. Pasti akan terasa. Waktu Mirza & Dea layan perasaan tengok hujan turun. Mereka berdua tahu itu merupakan momen kesukaan emak mereka. Sedih tau T.T
Kesalahan
🧷 Akhirnya Mirza sedar juga dari kelekaan. Itupun setelah setahun berlalu. Langkah yang diambilnya untuk betulkan keadaan itu satu tindakan yang bijak. Dia tidak membabi buta membuat keputusan yang akan memakan dirinya sendiri. Suka dengan cara dia berfikir semula tindak tanduknya itu. Mirza tak malu akui kesalahannya terhadap Dea. So gentleman!
Konsisten
🧷 Dea masih mampu mengalas tugas sebagai seorang isteri dengan baik dan konsisten meskipun layanan Mirza bukanlah layanan sebagai seorang isteri dalam kata sebenar. Orang lain belum tentu dapat buat. Sebab perempuan kalau kena ignore sikit je pun dah overthinking. Taktahu macam mana Dea handle emosi dia. Salute. Hati kau keras dik haha.
Kegatalan
🧷 Hajeera such a stupid toxic. Best ke jadi langau dalam hubungan orang? Mohon dijauhkan la dari orang macamni. Buat sakit hati je. Dan Hajeera. Ketidaksanggupan kau nak jaga mak Mirza tu bukti kau memang orang yang selfish. Paling tak boleh brain bila kau cakap kalau kau tahu jangka hayat emak Mirza setahun. Kau sanggup jaga. See. Apa dalam otak pun taktahu. Hm