Mungkin mereka menikah atas aturan keluarga tetapi tiada langsung istilah terpaksa. Selepas sehari bergelar isteri, Darren menghilangkan diri. Semua orang menganggap Darren meninggal dunia tetapi tidak pada Lilea. Dia yakin bahawa Darren masih hidup.
“Kalau aku jumpa dia, dua perkara saja aku nak buat. - Lilea
Darren Satra muncul di depan matanya tanpa dijangka. Namun, lelaki itu jauh berbeza. Tiada lagi Darren yang biasa sebaliknya Darren Satra yang mempunyai segala-galanya.
“Satra. Panggil saya, Satra.” - Darren Satra.
Darren Satra fikir dia gadis yang akan tunduk? Tidak! Lilea hanya minta dua perkara sahaja. Namun, Darren menolak. Lilea tekad untuk memaksa biarpun dia terpaksa menghuru-harakan hidup lelaki itu.
Muncul pula Salina, si gila yang mahukan Satra. Dia akan menghancurkan sesiapa saja yang muncul dalam hidup lelaki itu. Tapi untuk menghancurkan Lilea bukan mudah.
“Girlfriend awak yang mulakan dulu. Tengok ni….” Lilea tunjuk bibirnya. “Bibir saya pecah. Muka saya lebam. Girlfriend awak tak lebam apa-apa. Tak kan sebab saya tendang perut dia…” Lilea tersenyap. Terlepas cakap pula.
Dua tahun lalu, sesuatu berlaku menjadikan Darren sebagai Satra. Silapnya, dia mahu melupakan semuanya termasuk Lilea.
“Kalau bukan kerana kebetulan tu, awak tak akan cari saya, kan? Awak akan terus lupa yang ada seorang perempuan bodoh yang terus pikul status sebagai isteri.” - Lilea
Apa yang terjadi disebalik kehilangan Darren? Siapa Salina sebenarnya sehingga membuat Darren melindungi Lilea daripada gadis itu? Benarkah hanya itu sahaja cerita tentang mereka atau lebih daripada itu?
“Saya berani hidup sebab saya tiada sesiapa. Tapi sejak awak datang, saya takut, Lea. Saya takut.” - Darren.
awwww..lovenya buku ni. Dalam kalangan 170 novel TBR (maaf, saja je letak jumlah TBR ni, dengan harapan aku ni sedar diri supaya puasa buku), hati duk meronta-ronta nak baca buku ni, walaupun buku ni tersorok kat bahagian belakang rak. Gigih pergi cari dan hasilnya aku puas hati. hahaha .
Antara parameter yang menentukan sesuatu buku tu bagus ialah, orang putih cakap 'unputdownable'. Ya, aku duk ralit membaca dari pukul 8pm sampaikan tak sedar dah pukul 1 pagi. Itupun sebab adik aku nak tutup lampu untuk tidur dah. hahaha .
Kekuatan novel ni ialah part emosi yang disampaikan. Sebenarnya, daripada dulu, ni la kekuatan Ieya Sya. Emosi tu sampai ke hati. .
Selain tu, watak heroin yang bad ass gitu. Aku memang suka watak Lilea ni sebab dia ganas, hahhaa, dan tak lembik, mudah mengalah. .
Ceritanya, Lilea dan Satra ni dah kahwin 2 tahun lepas. Tapi mereka terpisah kerana Satra mengalami kemalangan jalan raya selepas mereka dinikahkan tu. Ibu bapa Satra meninggal di tempat kejadian, manakala Satra hilang. .
Punyalah Lilea menunggu Satra. Rupanya Satra masih hidup, tapi selama 2 tahun tu, Satra tak pernah kembali pada Lilea. Itu yang buatkan Lilea marah. .
Ada 2 perkara yang Lilea nak buat apabila dia jumpa Satra. Pertama, tampar Satra. And yes, masa pertama kali jumpa Satra kat hotel, dahlah ada Salina, Leon dan Harleen, Lilea beraninya pergi tampar Satra. hahaha .
Dan keduanya, paksa Satra untuk minta maaf dengan ibu bapa Lilea dan ceraikan Lilea. Tapi Satra ni degil, dia malas layan. Maka, dengan itu, Lilea ni pergi kacau Satra hari-hari. Dan mostly setiap hari yang dia pergi office Satra tu, dorang bukan gaduh mulut je, tapi habis semua barang dalam bilik tu, dicampakkan oleh Lilea. Memang degil Lilea ni. .
Tapi bak kata Satra, makin Lilea degil, Satra pun makin degil. Makin Lilea tak nak mengalah, Satra pun takkan mengalah. .
Makin menambahkan drama dorang ni, bila watak Salina ni menggila. Dia pukul Lilea sampai lebam muka Lilea, tapi Lilea pun bukannya lembik, dia pergi tendang perut Salina lepas tu dia berjaya lolos daripada bodyguard Salina. Salina siap upah orang culik Lilea lagi. Disebabkan Salina la, Satra dan Lilea ni tinggal serumah, walaupun punyalah dorang bertekak. .
Tapi, betul ke Salina yang jahat dalam cerita ni? .
Aku suka bila mereka cuba menyelesaikan misteri tu. Dengan aku sekali berdebar especially part Serra terdengar perbualan phone dalam toilet tu. .
By the way, aku suka baca novel ni sebab aku dah nampak macam kdrama dan lakorn. hahaha..Part dorang gaduh tu, dah macam dalam lakorn. Intense gila. Dan part sweet tu, dah macam kdrama jugak. hahah .
Dan aku suka jugak part Serra dan Leon. Dan Haura dan Nord. Kalau ada buku pasal Serra dan Leon kan best.
Buku kalini overall ok, cuma kurang umph sikit drpd karya Ieya Sya yg lain. 🤔 Tp apapun, mungkin lebih kepada preferences. Btw, aku tak suka cover yg ada muka org, hahahah, tp sbb buku author ni aku tutup jelah mata aku, and aku siap tampal sticker 😂😂 No hate to the one yg buat the cover, it just my own problem 😌
Cerita ni sbnrnya buat aku terhibur jugak dgn scene FL dan ML. Aduyai, bila part diorang gaduh2 tu aku takleh brain, serious kelakar. 🤣 Awal2 tu aku boleh terima lagi, tp bila lama-lama tu stress juga aku. So, bagi aku cerita jadi a bit draggy sebab dua watak utama ni. Diorang sangatlah ‘childish’ in my opinion. Hahahah. Dan sekali lagi, mungkin ada orang suka scene yg push and pull ni, tp aku takleh, sbb aku mmg tak suka complicated things gitu, hahahah. Can they just be honest dgn diri diorang. Haish, gue gerammm 😤
Tp yg menarik cerita ni, aku rasa mcm tgh tgk drama chinese, sbb ada second couple and third couple. Walaupun scene dorang dlm buku ni tak byk, tp aku suka the dynamic of their relationship tu. So comel 🫰🏻Nak cerita diorang lagi panjang jgk 🤧 Bila scene dorang je aku cam lega sekejap drpd geram tgk ML dan FL. 👀 Cerita sis Ieya Sya bila je takda plot twist kan, tp plot twist kalini dpt teka jgk la. 🤭 Overall, still buku yang best untuk dibaca 🫶🏻 #emptycanvashida
F suka persahabatan antara Lea, Serra and Haira. Tak sangka pulak pasangan masing² sama jugak, Satra, Leon and Nord.
Tergelak² F baca kisah diaorang ni.
Lea ditinggalkan selama 2 tahun selepas kahwin dengan Satra. Di sangka Satra telag meninggal rupa²nya masih hidup.
Matlamat Lea bila berjumpa Satra 1. Lempang muka 2. Jumpa parents Lea minta maaf 3. Cerai
Betul² la Lea kotakan kata² dia. Jumpa je Satra terus dia lempang. Sejak hari itu hidup Satra tidak tenang. Ada jela Lea buat hal mengamuk kat office Satra.
Kadang² F rasa diaorang berdua ni childish bila bergaduh but in the same time F rasa comel 😄
Geram ya amat bila baca kisah Lilea dan Satra. Perkara pertama yang Lilea nak buat kalau dia jumpa balik dengan Satra amatlah saya sokong. Rasakan.
Bergaduh pun ada masa macam budak-budak ada masa macam orang dewasa gaduh la kan. Susah nak jinakkan si Lilea ni. Tapi akhirnya bila dapat tahu apa jadi pada Satra, terus Lilea jadi lembut hati. Orang gila ramai dalam kisah ni. Terutama sekali Salina. Adoi la, apa kena la dengan dia tu.
Lepas baca yang ni terus sambung pada ebook Menemukanmu. Tentang pasangan lagi satu iaitu Leon dan Serra.
Suka betul lah dengan friendship mereka ni. Bergosip tak tengok orang belakang dah. 😍😍
takmo ceritakan apa dalam novel ni, boleh tak? nak simpan kemas-kemas aje dalam hati. tapi, kena share jugalah. sebab novel karya penulis Ieya Sya ni dah macam kafein. ketagih!
tajuk - BI. takpe. penulis biasa akan ada sebab tersendiri. akak hormat yang itu. cover sweet. tapi... jangan ingat dua watak utama dalam cerita ni sweet macam dalam gambar. ganas. asyik nak bergaduh, bertekak, lawan mulut. dan paling tak menahan suka sangat merosakkan harta benda.
semua bersebab. lilea ni baik pada awalnya. tapi sebaik selepas bernikah, mak ayah mentua dia kemalangan hingga meragut nyawa dan suaminya, darren, hilang!
haa... boleh korang hadap? tambah teruk bila dia tahu suaminya hidup tapi darren langsung tak mencari dia. dua tahun beb... dua tahun!
haa... tu yang bila jumpa balik lilea ni jadi ganas. pantang jumpa, dia orang punya bergaduh... yang baca ni pun naik seram. serius! korang bayangkanlah dalam pada dok punahkan barang, korang jadi mangsa kena baling. dalam pada dok pukul, menggigit, salah sasaran kena kat korang. nak? tu belum tempik, sindir... apalah nak jadi dengan lilea dan darren satra nih.
tapi macam biasa, hasil penulisan penulis memang tangkap jiwa. pembaca dikepung dan diletak dalam satu kubah tanpa ada satu pun jalan keluar. segala emosi yang ada dalam kubah tu akan terkena pada pembaca. yang nyata bukanlah kisah suami isteri yang lovey dovey. lebih pada kisah suami isteri yang terpaksa harung cabaran pada pihak masing-masing dan bila bersua, mereka harus sama-sama bangkit dan lawan.
dan akak sangat suka bukan saja ikatan kekeluargaan yang erat, juga ikatan persahabatan yang tak peduli susah senang. sentiasa ada untuk diri masing-masing. haira dan serra, bukan sentiasa ada di belakang lilea, tapi mereka berdua ada di sisi. sama-sama jadi benteng untuk satu sama lain. tak kisah apa jua keadaan, apa jua cara mereka hadapi.
tak lupa pada leon dan nord. mereka berdualah sahabat terbaik satra walaupun kata bekerja untuk satra. baik, sama hadap. buruk, sama tentang.
lupa pula. apa sekali pun keadaan, sederhana itu sangat penting. tak kisahlah apa-apa pun. kalau tak, itulah yang mampu rosakkan diri, minda dan jiwa.
pokok dan pangkal yang berbuah ranum, berdaun cantik, berakar teguh... semua adalah hasil cinta yang utuh. tempat simpan rasa itu - dalam hati.
Macam mana rasanya hidup bila bernikah tapi tiba2 suami hilang? Tak sempat merasai manisnya perkahwinan, diri ditinggalkan terkapai2 tanpa khabar berita. Jika meninggal, boleh dilihat batu nisannya .
Noralilea atau Lea hidupnya diuji bila nikah je, suaminya hilang tanpa khabar berita. Kedua ibu bapa mertuanya disahkan meninggal dunia dalam kemalangan. Tapi suaminya hilang dr radar. Dia menjalani kehidupan sebagai seorang isteri bukan dlm erti yg sebenar. Dicemuh dan dihina menjadi hiasan dlm hidupnya .
Darren Satra. Bukan pintanya utk menghilangkan diri. Ada puncanya dia mendiamkan diri dan tidak mencari isterinya, Lea. Dari Darren dia bertukar men jadi Satra. Dia ingin lupakan kehidupan seorang Darren, kerana terlalu perit utk diingati .
2 tahun berpisah. Akhirnya Allah menemukan mereka. Pertama kali berjumpa, Lea menghadiahkan Satra sebuah penampar. Dan bermula di situ dia menghantui kehidupan Satra, utk mencaritahu disebalik kisah 2 tahun, dan ingin menuntu penceraian .
Salina, gadis psiko yg sering membuntuti kehidupan Satra. Dia memusnahkan sesiapa yg berani mendekati Satra. Kerana budi Tuan Saleem, atuk Salina terhadapnya, Satra layan sikap 'gila' Salina. Budi apa yg ditabur Tuan Saleem hinggakan Satra mengikuti saja perangai gila Salina?
Harleen, pembantu Leon. Dia meminati Satra dalam diam. Dia cukup pakej sebagai wanita. Cantik, menarik, seksi. Namun ada yg terselindung dlm diri Harleen. Siapa sebenar Harleen? .
Di awal cerita, ku rasakan cerita agak slow. Tp ditengah2, ku mula menemui titik cerita yg membuat aku tak mampu nk tutup buku. Aku nak cari siapa Salina. Aku nak tahu apa yg berlaku pada Darren sebelum Satra muncul. Aku nak tahu apa yg Harleen rahsiakan .
Aku terhibur dengan keletah sahabat2 Lea dan Satra. Dari stranger, menjadi pasangan .
Tahniah ieya untuk kelahiran UH ni. Semoga dpt melahirkan 'anak2' yg mampu menarik pembaca
(BUKU 6 | 2022) 4.8/5⭐️ Satu perkara yang saya suka dengan penulisan cik penulis, cerita-ceritanya tersusun dan tak meleret. Permulaan yang tidak lambat dan boleh tarik minat untuk terus membaca dengan persoalan yang ditimbulkan. Setiap misteri dileraikan dengan baik dengan jawapan yang jelas. Saya suka juga karakter dalam novel ni even yang villain. Setakat yang saya dah baca, belum ada karya penulis yang saya tak berpuas hati.
Saya tak sangka ada plot twist sgakagakaga, apa pun suka dengan penulisan penulis ni sebab tak pernah bosan😭🤍 Suka dengan semua character yang ada dalam novel ni. Walaupun hero dengan heroin ni macam anjing&kucing tetap best and tak draggy bila baca👍🏻 Teruskan berkarya💗💗
UH menceritakan tentang Lilea yang ditinggalkan suami selama 2 tahun. Mulanya dia sangkakan yang suami dia, Darren Satra (nama hot macam orangnya 😭❤️) meninggal dunia tapi pada satu hari, dia dapat tahu yang Satra belum meninggal dunia. Masih hidup. Pertemuan pertama selepas dua tahun, pipi Satra terima tamparan daripada Lilea. Itu janji Lilea jika dia bertemu Satra semula.
"Kalau aku jumpa dia, dua perkara saja aku nak buat. Pertama sekali aku nak tampar dia, Serra. Aku nak tampar dia!"
Kali kedua bertemu, hati Lilea seperti dipijak-pijak dengan reaksinya.
"Apa awak nak?"
Dua tahun menjerut rasa, itu soalan pertama yang keluar dari mulut Satra buatnya. Tiada rasa bersalah, peduli dan kekal dengan muka tak berperasaan. Lilea enggan mengalah dalam menginginkan kemahuannya dipatuhi oleh Satra. Lilea berdegil, Satra berdegil. Lilea enggan berganjak, Satra turut enggan melangkah. Sehingga satu masa rahsia terburai, sanggupkah Lilea memaksa dan wajarkah Satra melepaskan?
"Aku tak boleh lupakan dia, Leon."
-------- Aku rasa everyone should grab this book. Intense giler!! Tapi intense yang seronok. First 100 page dah bagi banyak emosi. Sedih, marah, gembira, rasa nak pukul orang. My fav part of this book will always be part Satra dan Lilea bergaduh. Rasa puas tengok diorang gaduh cam- "gaduhlah lagi, gaduhlah". Rasa cam nak encourage diorang untuk gaduh sebab comel giler!! 😭
First time aku baca cerita ada banyak langau yang menakutkan tapi at the same time terhibur. Few part give me rasa untuk tendang angin, few part give me rasa cam nak gelak puas-puas dengan perangai Satra dan Lilea and few part give me rasa yang cam nak bunuh langau-langau yang ada. Sesetengah buku beri sedikit rasa ketidakselesaan untuk baca jika ada watak sampingan but dalam UH, watak Leon, Serra, Haira dan Nord ni sangat tak mengganggu pembacaan sebab level sengal, senget diorang lebih kurang Satra dan Lilea je 🤣 Part klimaks- 😭😭😭
Goodjob kak ieya @ieyasya untuk UH. Love sangat!! ❤
This entire review has been hidden because of spoilers.
Novel Ieya Sya sentiasa jadi pilihan dan best untuk dibaca. Penulis pandai letakkan rasa curiosity yang tinggi dekat pembaca. Suka watak Lilea yang berani dan sedih betul baca kisah hidup Satra🤧
Alaaaa Salina dan Harleen, hm? Menganggu betul! Hahaha bagusnya, terus bagi penampar ya Lea, terbaik.
Maaf! Suka pulak dengan cara Lilea ni menghuru-harakan hidup Satra. Main-main eh dia orang ni, fuh xD tapi ngam! Hahaa OK saya ship Leon dengan Serra! Nice, awal² dah tau dan mudah je la umum dia memang isteri Satra, tak pening kepala. Salina ni perempuan gila bayang oi.
Dahsyat betul, gaduh sungguh, kelakar pun ada, macam² feeling ada. Drama sangat ahh gitulah. Aduhai. Bab kubur, menangis terus. Rugi dan bertuah dapat mertua yang penyayang.
Ala ala Satra memang ada perasaan kt Leen tu ke :( bencilah macam ni. Yelah, normal la kan lelaki, hm! Sisi lain, ada ura three cp (leon & serra, Nord & Haira) suka!
Tarik tali aje, ehem gaduh tu elok² sikit :)
Leon Ni kan memang nak kena sekeh. Comel pun ada, cepat2la berterus terang.
Alamak aih, ada something, hmmm Harleen... Ah sudah, bahaya yg sebenar :)) guess what? Semuanya kerana cinta.
Banyak sangat scene sweet, kelakar pun ada. Masing-masing bahagia 💖
Dun wanna say much, It was just superb, sgt kemas and unexpected plot twist. Only 1 thing, si lea ni knp la stubborn n kasar sgt eh.. geram je sgn si Lea ni.
If two people are meant to be together, eventually they'll find their way back❤️
Lilea - "The reason why we can't let go of someone is because deep inside we still hope."
Satra - "Fearful for the first time in your life of something you can't walk away from, and that scares the hell out of you."
Lilea x Satra - "If love finds you again. Don’t let grief, hatred and fear hold you back. Love is a risk, there are no guarantees. But, in the end, it is always, always worth it."
Orang dewasa bergaduh macam budak2. Memang aku tak boleh masuk la cerita ni. Puas paksa diri habiskan novel ni. Nama2 watak dalam novel ni pelik2 sikit. Semua watak dalam novel mix ke? Hmmm musykil aku.
Lilea..memang slayyyy! Terkekek2 ketawa baca kerenah dia. Kena gantung tak bertali dgn suami? Dia jumpa balik laki tu lepas 2 tahun, takdenye dia nak nangis, marah, maki ke apa. Tapi dia kenakan laki tu cukup2!
Dia bukan nak mintak apa2, dia cuma nak lelaki tu jumpa mak ayah dia dan mintak maaf. Lepas tu ceraikan dia. Itu je. Tapi bila lelaki tu kerek sangat, macam Lilea pulak yg bersalah, memang cukup2 dia kenakan mamat tu sebab nak pancing kemarahan suaminya.
Sepanjang baca asyik tersengih, pastu kejap2 dupdap dupdap, pastu mengekek, TAK BOLEH STOP BACA. Dialog yg sangat santai, real dan kelakar. Reaksi, respon dan ayat Lilea ni bila berdepan dgn Satra mmg unexpected. Buat aku tersengih2 je baca.
Gaduh, lari2, kejar2, gaduh balik. Di sebalik kelakar2 gelak2 tu, rupanya ada kisah tragis si sebalik kehilangan Satra. Ingatkan takde konflik berat, rupanya perit juga kita yg membaca ni.
Overall satu pembacaan yg buat ku tersenyum puas. Masuk rak koleksi favourite dan bakal diulang baca.
apa yang aku perasan author ni suka wujudkan watak yang obses dengan hero.setakat 3 novel yang aku dah bacalah.selalu ada dia, coffee sara dan novel ni