Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mendakap Kesedihan dengan Al-Quran

Rate this book
‘Sabarlah, jangan menangis.’
Kita sering ungkapkan kata-kata ini kepada diri yang sedang bersedih. La tahzan, kata kita. Seakan-akan tangisan itu sesuatu yang negatif dan salah.
Benarkah kita dilarang untuk berasa sedih?

Andai kita rasa terbuang; Yusuf AS juga begitu.
Andai kita pernah melalui konflik berkeluarga; Yaakub AS juga begitu.
Andai kita pernah dikhianati teman; Lut AS juga begitu.

Kita menangis; Yaakub AS juga menangis, sehingga buta matanya.
Kita rasa hidup tidak lagi bermakna; Maryam AS juga pernah rasa begitu, sehingga terlahir kata-kata penyesalan dari bibirnya.

Sebenarnya, apakah respons al-Quran terhadap kesedihan yang kita bahkan para nabi rasai?

Imran Zaki menerusi buku ini membawakan perspektif al-Quran yang mendakap diri kita saat dirundung kesedihan. Al-Quran menganjurkan tata cara mengurusnya, serta membimbing tangan kita untuk move on dan melangkah ke hadapan.

225 pages, Paperback

First published October 1, 2021

48 people are currently reading
233 people want to read

About the author

Imran Zaki

5 books40 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
170 (69%)
4 stars
63 (25%)
3 stars
11 (4%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 48 reviews
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
June 16, 2022
Antara buku self healing terbaik. Sangat direkomendasikan untuk dibaca. Kupasan buku selaras dan bertepatan dengan tajuknya. Penulisan yang mudah difahami, penerangan yang mantap & jelas daripada penulis.

Kesedihan itu sesungguhnya lumrah manusiawi. Para Nabi juga diuji dengan bebanan yang berat tetapi masih mampu berdiri teguh dan bersabar. Siapa lagi yang patut kita jadikan ikutan teladan kalau bukan dari para nabi.

Setiap yang bersedih pasti lapang perasaannya apabila membaca Surah Yusuf - Atha' (seorang tabiin)

** 5/5 bintang
Profile Image for SORA.
183 reviews6 followers
January 17, 2023
Termasuk dalam senarai buku-buku kegemaran. InsyaAllah, akan datang akan diulang baca lagi. Sangat membantu dalam proses penyembuhan diri. Aku terbuai dengan ayat-ayat yang digunakan oleh penulis. Ringkas, padat dan sampai ke hati. Kena dengan konsep membaca untuk sembuh.
Profile Image for smlq.
24 reviews
March 5, 2022
apa yang aku suka tentang buku ni

1. explanation perkataan2 arab yang mudah untuk aku faham.

penulis buat aku lihat alquran dengan lebih detail dan menarik utk dibaca dan ditelaah. aku bukan pelajar barab jadi bila baca aku rasa wow dan belajar benda baru. buat aku sedar yang cara allah sampaikan ayat is poetic and beautiful.

2. cerita-cerita nabi atau behind the story (doa).

bila baca doa nabi atau ayat alquran tu kau akan rasa atau nampak apa yang diterjemahkan shj tapi bila penulis explain and cerita lebih detail why how who semua buatkan aku boleh imagine dan boleh relate balik dgn ayat tu. and this is reallyy sweet and warming.

3. cara penyampaian yang not too judging.

kbykn buku agama akan buat kau sentap tapi buku ni tak. dia lebih kepada memberi pengetahuan dan fakta, dengan reflection yang sopan dan baik. bila kau baca kau akan rasa tenang dan rasa diri disayangi agitu.

banyakk ilmu baru aku belajar yang aku tak pernah tahu sebelum ni dan yes banyak kali buku ni buat aku nangis. thank you imran zaki sebab lahirkan buku yang buat aku rasa ‘alive’ balik.
Profile Image for faryna syaza.
75 reviews13 followers
June 11, 2022
"Cerita-cerita dalam al-Quran adalah cerita yang manusiawi."

Saudara Imran Zaki menceritakan bagaimana al-Quran memberi respons terhadap kesedihan-kesedihan yang para nabi pernah lalui. Para nabi juga manusia. Mereka juga pernah melalui detik-detik terendah dalam kehidupan. Tidak perlu pergi jauh untuk memetik sebuah contoh, Rasulullah SAW juga pernah melalui tahun kesedihan di mana baginda kehilangan isteri tercinta & bapa saudaranya. Kita sering kali mencari ruang di dalam manusia untuk memulihkan kesedihan, sedang kita terlupa bahawa al-Quran itu sentiasa ada di sisi kita dan tidak pernah meninggalkan kita. Tapi Allah SWT sendiri berfirman, memang itulah sifat manusiawi. Kita ini kuat berangan, pelupa dan lalai. Akhir sekali, saya akhiri reviu saya dengan satu persoalan untuk kita renungkan bersama-sama :


"Pernahkah kita mendakap al-Quran ketika kita berasa tidak punya apa-apa lagi?
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
August 30, 2025
Reading this and at the same time listening to Ustaz Azlan Shah NK lecture was a great combination :)

Buku ni penuh dengan tabbing sahaja. Padat dengan isi, syarah dan kebaikan yang saya dapat semasa membaca buku ini.

Finding comfort with Allah's world, the truest meaning that comes to my mind while I read this book. Imran Zaki membawa kita untuk menelusuri kisah disebalik penurunan ayat al-Quran, dan menariknya penulisan penulis membuka satu perspektif baru tentang tadabbur.

Kebanyakan masa penulis akan bercerita kisah Nabi terdahulu untuk menerangkan emosi dan kekuatan para Nabi bila berhadapan dengan musuh atau orang yang menyakiti mereka. It's somehow bring the strength of our prophet to me in so many ways, and teach me how to react with the sadness. We are not prophet, but the true meaning in becoming Muslim is to follow they path to meet Allah. Until the end of our breath, tugas kita untuk mencontohi akhlak dan peribadi nabi.

Perkara yang paling saya gemar semasa menyelak dari satu halaman, ke halaman yang lain, bila penulis mengupas the root of the the Arabic words in each ayat he explained. Saya kerap juga menghadiri kuliah atau mendengar podcast, dan setiap kali penceramah beri pencerahan the root of the Arabic words in Quran, rasa bersemangat, dan amazed tu lain macam. Kita jadi lebih nak tahu tentang ayat-ayat Allah dan belajar lebih lagi.

Membaca buku ini semasa titik terendah dalam hidup merupakan rahmat terbesar yang Allah berikan kepada saya. Terlalu banyak kebaikan yang boleh diambil.

Maka bacalah al-Quran dengan perlahan dan tenang. Hal ini kerana bacaan yang tergesa-gesa kerap sahaja membuatkan kita tidak memahami dengan baik, lalu tidak menghargainya.
Profile Image for cozyreading.
50 reviews11 followers
March 30, 2023
Baca buku ini kayak diliatin lagi bukti2 kalo Allah se sayang itu sama kita, juga sesuai sama judulnya… buku ini bahas tentang ‘kesedihan’ emosi2 negatif lah pokonya, menggunakan perspektif Al Qur’an. banyak di angkat kisah para Nabi yang menghadapi masa2 sulit dan kolerasinya dengan Al-Qur’an. dijelasin sampe kita faham bahwa kesedihan2 yang kita rasain saat ini tuh bukan berarti tanda lemahnya iman, karena para Nabi juga pernah sedih. dan Allah ngasih solusinya melalui Al-Qur’an. yang isinya tu kalo kita perhatiin bener2, ga cuman ditujukan untuk para Nabi, tapi bisa jadi juga relate di kita. MasyaaAllah🥹✨
November 15, 2021
Alhamdulillah, ambik masa jugak nak habiskan buku ni sebab time baca pun otak sedikit bingung dengan susunan buku ni. Mungkin sebab penulis baru jugak. Tapi alhamdulillah, banyak ikhtibar dan ilmu baru yang boleh kita dapat. Saya paling suka part tadabbur tiga surah tu. Lepas ni, inshaallah nak dengar surah Yusuf dengan pandangan baru. Terima kasih. :)
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
December 19, 2022
Menarik. Sebenarnya pembaca dalam fase mencari makna erti kehidupan dikala pembaca berhadapan dengan pelbagai ujian dunia. Beralih daripada menonton series kepada membaca buku merupakan coping mechanism pembaca untuk menguruskan pemikiran yang serabut.

Menariknya buku ini pada pembaca pabila pembaca dapat mengaitkan dan membayangkan suasana zaman kenabian dia Makkah, Thaif dan Madinah kerana pembaca baru pulang menunaikan umrah.

Kisah Dhuha - turunnya Surah Dhuha setelah berlakunya jurang masa yang agak panjang dalam penurunan wahyu. Rasulullah berada dalam keadaan sedih dan ketidakpastian. Surah ini menguatkan perasaan dan menyedarkan kita bahawa akrabnya Tuhan dengan diri kita. Ternyata kita manusia akan rasa resah, seperti hidup tanpa arah tujuan sekiranya tiada yang membimbing. Dikala membaca penerangan penulis berkaitan keresahan ini, ternyata perasaan tersebut sama seperti apa yang pembaca rasa pada ketika ini, rasa sedih, resah, bimbang, kecewa, kesunyian dan hanyut.

Surah Al-kauthar - Surah yang terlalu indah dan mampu mengubah duka menjadi senyum panjang. Dengar pun dah senyum sorang - sorang :) Kisahnya dimana Rasulullah baru kehilangan anaknya tetapi Allah turunkan surah ini memberi sokongan dan dokongan emosi dan kasih sayang kepada Baginda. Keluarda adalah safe space kita. Pembaca sebenarnya mengharapkan sokongan dan dokongan daripada keluarga di saat ini namun hubungan pembaca dan keluarga bukanlah terlalu rapat. Meluahkan perasaan dengan ahli keluarga bukanlah sesuatu yang norma untuk pembaca. Entah, sudah cuba, tapi hasilnya seperti yang tidak diharapkan. Jawapan yang mencederakan hati pembaca. Mungkin pembaca dibesarkan dengan cara begitu. Tiada siapa yang pembaca salahkan. Cuma hanya belajar untuk memahami mengapa reaksi sedemikian terjadi.

Surah Yusuf - diturunkan ketika Rasulullah melalui tahun yang cukup sukar. Ia digelar sebagai ám al-huzn = tahun kesedihan. Kematian Siti Khadijah, Abu Talib, penghijrahan Baginda ke Thaif namun tidak diterima oleh penduduk Thaif. Pembaca mampu membayangkan suasana ketika ini dan ia lebih dekat kerana pembaca mampu berimaginasi rumah baginda di Makkah, Thaif dan Madinah. Rasa sebak, hiba dan sedih hadir dalam diri pembaca. Sekiranya ia terjadi kepada pembaca, sudah tentu pembaca tidak sekuat Rasulullah.

Secara keseluruhan, karya ini membuatkan pembaca berfikir dari sudut yang berbeza. Tidak salah untuk rasa sedih dan gelisah, namun sebagai hamba, pembaca perlu sedar yang kita sentiasa ada Allah bersama kita, yang memberi comfort pada kita dan yang bantu mengeluarkan diri kita daripada dunia gelap ini.

Terima kasih penulis.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
November 18, 2023
Rating sebenar : 5.0/5.0


Kupasan dan ibrah-ibrah yang boleh didapati di dalam beberapa surah di dalam Al-Quran. Penyusunan ayat yang mudah difahami dan tidak bosan. Overall saya suka buku ini.
Profile Image for Sharifah Nurshahira.
12 reviews3 followers
December 12, 2021
"Memindahkan gunung yang kukuh daripada tempatnya itu lebih ringan daripada memindahkan jiwa tatkala ia beralih."

Pertama kali aku nak cakap aku suka gaya penulis yang santai dan tersusun baik. Bila baca pun terasa damai.

Setiap ayat al Quran yang diketengahkan penulis menceritakan maksud, asbab ayat itu diturun kepada nabi lalu menunjukkan contoh cerita seseorang yang sedang menghadapi kesedihan atau ketika kita diuji. Ayat ayat Al Quran yang diturunkan Allah dapat digunakan oleh kita untuk memujuk hati yang gundah gelana.

Kita manusia punyai pelbagai perasaan.
Setiap emosi kita boleh diraikan. Tidak mengapa jika kita hendak marah, sedih, kecewa, luahkan sahaja tapi jika kita berbalik kepada Allah kita akan luahkan dengan cara yang betul. Allah tahu kita manusia perlukan cara untuk melaluinya lalu Allah kurniakan kita sebuah Al Quran sebagai panduan hidup kita sebagai seorang manusia.

Penulis banyak berkongsi kisah Nabi Musa, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf. Betapa hebat dan dasyatnya dugaan yang ditempuhi oleh mereka. Salah satu dari kisah yang aku baca ini aku dapat yang tidak mengapa kita mengambil masa yang lama untuk bangkit asalkan kita tidak putus asa. Untuk kuat, kita memerlukan masa. Kesedihan itu bukan perkara yang negatif. Berdamai dengan takdir juga dapat membuang rasa sedih gelisah. Ketahuilah yang Allah tu sentiasa ada dengan kita.

Respon ayat Al Quran apabila Nabi bersedih juga memberi kekuatan kepada mereka. Malah kita juga dapat membacanya untuk merawat jiwa. Nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

3 surah yang dikongsikan seperti Surah ad-Dhuha, al Kauthar, Yusuf juga memberi nafas nafas baru untuk kehidupan manusiawi kita. Terlalu banyak pengajaran yang kita terlepas pandang padahal Allah sudah mengirimkan hadiah kepada kita melalui ayat ayatNya.

Aku suka buku ni dan membuatkan aku perlu lebih lagi tadabbur surah surah dengan lebih banyak. Terima kasih penulis!!!!!!!!
Profile Image for niksyafirull.
9 reviews10 followers
January 2, 2022
Kita sering beranggapan bahawa kesedihan adalah satu perkara yang negatif, seseorang yang menangis selalu dikatakan orang yang layu dan lemah imanya,

sedangkan ia adalah sikap manusiawi, emosi itu diciptakan bersama kita dan semua manusia akan ada waktu ia bersedih lantaran ujian dan dugaan yang dihadapinya.

Kita sering menilai sesuatu pada neraca yang salah, Islam bukan melarang untuk kita bersedih, tetapi islam mengajar kita bagaimana cara kita menghadapi sesuatu perkara yang membuat kita bersedih.

Di dalam buku ini ada satu bab yang menceritakan, bagaimana sudut pandang Al-Qur’an terhadap kesedihan.

Apabila kita membaca al-quran, kita akan menjumpai banyak kisah-kisah daripada keluarga Nabi-nabi yang walaupun seorang rasul tetapi Allah ﷻ menceritakan mereka juga memiliki sifat sedih.

وَتَوَلَّىٰ عَنْهُمْ وَقَالَ يَٰٓأَسَفَىٰ عَلَىٰ يُوسُفَ وَٱبْيَضَّتْ عَيْنَاهُ مِنَ ٱلْحُزْنِ فَهُوَ كَظِيمٌ

“Dan bapa mereka iaitu Nabi Yaakub pun berpaling daripada mereka kerana berita yang mengharukan itu sambil berkata, “Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf”.
Dan putihlah dua belah matanya disebabkan menangis, dukacitanya kerana dia orang yang memendamkan marahnya dalam hati.

(Surah Yusuf: 84)

Apabila kita menghayati setiap kalimah atau perkataan yang Allah ﷻ gunakan di dalam al-quran, kita akan dapati Allah ﷻ lah yang maha mengetahui setiap isi hati manusia, apabila Allah ﷻ sendiri meraikan perasaan Yaakub AS.

Dan kita juga akan mula sedar yang Keluarga para nabi, bukanlah keluarga yang tiada perselisihan.

Akan tetapi para nabi menunjukkan bahawa pengurusan segala ketidaksempurnaan dengan cara terbaik itulah model keluarga terbaik.

-Nik Syafirul Nik Jeffri
Profile Image for Izzah Ridzuan.
17 reviews
January 5, 2022
Seronok baca buku ni. Banyak pengajaran yang dapat di ambil terutamanya di bahagian tadabbur surah. Sebenarnya kesedihan ini bukanlah sesuatu yang patut dianggap sebagai satu musibah kerana ia menunjukkan bahawa kita masih punya perasaan. Kita hanya manusia biasa yang lemah, menangislah dan bergantung haraplah kepada Allah SWT. In Sha Allah, kesedihan itu akan bertukar menjadi sesuatu yang indah. Seperti mana Nabi Yusuf AS yang ditimpa ujian demi ujian yang pada akhirnya, membawanya ke suatu tempat yang mulia.
Profile Image for Najihah Yusoff.
19 reviews1 follower
June 4, 2023
Pada pendapat aku, boleh dikatakan, ini merupakan salah satu buku ‘healing’ yang menjadi trend beberapa tahun kebelakangan. Sebab mengapa timbulnya trend healing ni, pada pendapat aku disebabkan ramai manusia pada hari ini melalui fasa hidup yang sukar, menyebabkan mereka mencari-cari jalan keluar atau cara melegaan kesakitan jiwa yang mereka hadapi. Jadi, selain daripada berehat duduk di kerusi di tepi pantai dengan secawan kopi atau teh, bagi para pembaca yang ingin mendapatkan healing melalui aktiviti kegemaran mereka, pastinya buku-buku sebegini menjadi pilihan.

Setiap manusia yang Allah ciptakan pasti memerlukan rawatan kepada kesakitan-kesakitan yang mereka hadapi. Apabila kita melalui sesuatu rawatan, apa yang kita harapkan daripada rawatan tersebut adalah kesembuhan. Kalau sakit-sakit fizikal mungkin lebih mudah untuk kita jelaskan dan ungkap, tetapi kesakitan jiwa amat sukar untuk digambarkan. Namun, ia tetap memerlukan rawatan.

Satu-satunya ubat kepada kesembuhan jiwa adalah Al-Quran. Itulah yang buku ini mahu ceritakan. Tidak dinafikan bagi mereka yang sememangnya disahkan mengidap masalah mental memerlukan rawatan secara klinikal dengan berjumpa dengan doktor dan mengambil ubat-ubatan. Namun, sebagai manusia yang beriman dan menyedari bahawa setiap sesuatu kejadian berlaku kerana izin Tuhan, kita tidak boleh menafikan jiwa manusia ini memerlukan rawatan rohani.

Buku ni menyelitkan kisah-kisah para Nabi yang menghadapi situasi yang sukar yang ketika itu tidak dapat dijelaskan melalui ujikaji saintifik. Tetapi keadaan yang digambarkan di dalam Al-Quran seolah-olah sama seperti keadaan-keadaan pesakit mental pada hari ini yang kini lebih mudah untuk dikenalpasti dengan perkembangan teknologi dan kajian yang mendalam. Kesudahannya tidak habis di situ tetapi penulis mahu pembaca tahu bahawa Al-Quran menyediakan terapi untuk itu.

Sesungguhnya kisah-kisah teladan yang diceritakan di dalam Al-Quran bukanlah kisah sejarah semata-mata yang perlu diambil sebagai sekadar satu pengetahuan, tetapi pengajaran yang tersurat dan tersirat daripada kisah tersebut, itulah yang membantu kita menjalani kehidupan ini dengan lebih baik dengan berpandukan pada Al-Quran sendiri, panduan hidup yang paling utama. Ayat-ayat Al-Quran yang sememangnya sangat healing dan very soothing turut diselitkan untuk pembaca lebih jelas bagaimana Al-Quran ini dikatakan penawar bagi hati yang galau. Petikan surah-surah pendek yang sudah sering kita baca turut disertakan untuk menunjukkan keadaan-keadaan berbeza yang dihadapi kita manusia sebenarnya ada cara yang boleh kita contohi dan aplikasikan dalam hidup.

Senang kata, walau apa sahaja aktiviti healing yang cuba kita lakukan untuk menenangkan hati dan perasaan, tidak ada yang mampu menandingi healing yang Al-Quran telah sediakan sejal 1400 tahun dahulu. Jadi, jika hati kita ditimpa rasa sedih, gelisah, tak tenteram, risau, kecewa, sakit hati, pilu dan sebagainya, pelajarilah Al-Quran dan bacalah ia berserta terjemahannya. Mungkin kita tidak mampu mempelajari setiap inci apa yang Al-Quran mahu sampaikan, tapi memahami maksudnya sebenarnya sudah memadai untuk melegakan rasa gundah di dalam jiwa. Kalau itu sahaja sudah cukup, apatah lagi kalau kita berjaya mempelajari apa sebenarnya yang terkandung di sebalik setiap ayat yang diturunkan, pasti hati kita bertambah tenang.

Sangat recommended untuk hati-hati galau di luar sana. Ingat, healing yang sebenar adalah apabila kita kembali bercerita kepada Yang Maha Kuasa. Walau berpuluh cara healing yang wujud di dunia, takkan mampu menandingi healing yang Allah sediakan melalui Al-Quran.
Profile Image for AsyiQin ShahRan.
14 reviews1 follower
September 19, 2023
Antara bahan bacaan yang terbaik yang pernah saya baca.

Selama ni kita memahami peristiwa2 yang dialami para nabi, tanpa meletakkan diri kita dalam situasi nabi nabi pilihan ketika mereka di uji.

Penceritaan yang santai dan mudah difahami membuatkan kita mula "rasa" perasaan yang dialami oleh mereka. Membuka "insight" pembaca berkenaan emosi yang kita juga alami seperti mereka
Profile Image for Nur Fariha.
48 reviews3 followers
December 28, 2022
Justify your feelings. Bila kita rasa sedih, kita kena akui kita sedih. 'Mendakap Kesedihan dengan Al-Quran' membawa pembaca menyelusuri kisah-kisah nabi ketika para nabi sedang bersedih. Dan, bagaimana Al-Quran boleh menjadi ubat kepada kesedihan tersebut.

"Allah SWT tidak meninggalkan kita"
Profile Image for Wan Asma Wan Omar.
82 reviews
August 28, 2023
Kisah2 di dalam al quran banyak memberi pengajaran untuk kita walaupun kita dalam keadaan bersedih,duka lara,ada 'ubatnya' yang Allah titipkan pada hamba2Nya di dalam kita suci itu.Urusan kita untuk mengambil iktibar dan meminjam kekuatan yang Allah berikan kepada nabi2 terdahulu,supaya kita juga dapat hadapi setiap dugaan dan cabaran yg mendatang.
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
January 2, 2025
Buku ini berkonsepkan Al-Quran merupakan penyembuh dalam mengharungi kehidupan. Premis penulis ialah kesedihan adalah fitrah manusia. Walaupun kesedihan dilihat sebagai sesuatu yang negatif, ia sebenarnya boleh menjadi jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Profile Image for ndhsur.
4 reviews
January 12, 2023
The moment I touch the book I kinda felt like something inside me being shaken. Its not a big shake it felt like a small one. Its like vibrating at a low frequency. After reading it, I felt extremely light its as if the weight that Ive felt for the longest time has been removed, like a bird finally has been set free of its wing.

All these time Ive been dealing with sadness from an angle without involving the aspect of religion and I know its wrong. I know that Im missing a piece I just dont know what is that missing piece. After reading this book I finally found it. That missing piece that Ive felt for the longest time. My understanding of how to deal with sadness is finally complete.

Im forever grateful to Imran Zaki for helping me find that missing piece and also to my friend who introduced me the book.
Profile Image for Alusmitai.
17 reviews1 follower
January 14, 2022
Buku yang mampu menyentuh hati dengan ayat-ayat Al-Quran. Kisah-kisah bagaimana para nabi diuji, dan berada dalam kesedihan yang mendalam dikupas dengan baik. Taddabur surah Ad-Duha, Al-Kauthar, dan Yusof sangat menyentuh hati.
Selepas ni kalau baca ketiga-tiga surah ni mesti mengalir air mata😭
Profile Image for Hasliza Rajab.
172 reviews8 followers
July 6, 2024
"Ehh takyah la nangis, kau kan kuat".

Antara frasa yang akan diungkapkan oleh sahabat/teman kita sekiranya kita menghadapi suatu musibah atau ujian. Dalam menghadapi kesukaran, kesulitan dan kesedihan, ayat inilah yang biasanya digunakan oleh melegakan hati kita.

Hakikatnya, kita adalah manusia. Dan bila namanya manusia, kita adalah makhluk yang mempunyai perasaan. Tak kisah perasaan positif atau negatif, kita adalah diri yang memilikinya.

Apa yang disebarkan kini adalah seolah-olah kita perlu membuang perasaan-perasaan negatif yang ada dalam diri. Kita tak perlukannya. Namun, perasaan negatif itulah yang membantu kita menyeimbangkan dan menghargai hidup dari pelbagai aspek. Kita bukan hanya kenal gembira, tapi kita juga kenal sedih. Kita bukan hanya kenal tenang, kita juga mengenal marah.

"Iman dan emosi bergerak seiring".

Ya, kedua-duanya perlu seiring. Sebab itu, datangnya al-Quran yang memberi kita panduan untuk kita menguruskan emosi-emosi tersebut berpandukan wahyu.

Kupasan yang diberikan oleh penulis amat jelas, sangat baik dari segi penerangan tentang penggunaan sesuatu perkataan dalam bahasa Arab dan kenapa al-Quran menggunakan perkataan itu, tidak yang lain.

Di peghujung buku ini, penulis mengetengahkan 3 surah yang boleh menjadi pemujuk hati kita iaitu surah ad-Dhuha, al-Kauthar dan surah Yusuf.

Surah ad-Dhuha adalah surah yang paling dekat dengan saya. Surah kegemaran sejak di bangku persekolahan lagi, surah yang sentiasa diulang-ulang tika diri dihimpit kesulitan atau kesedihan.
Antara isi rangkuman utama surah ini ialah :

1. Hidup kita diselang-selikan dengan saat gembira dan duka.
2. Optimis itu perlu kerana Allah sentiasa ada untuk kita.
3. Buatlah kebaikan dan berikan yang terbaik untuk orang sekeliling.

Nota : Baca buku Mendakap Kesedihan Dengan al-Quran, kemudian diikuti dengan buku beliau iaitu Berdamai Dengan Ketidakpastian.
Profile Image for Fatin Rahman.
29 reviews2 followers
July 21, 2022
Terpujuk. Satu perkataan yang cukup untuk menggambarkan naskhah agung ini. Naskhah ini secara asasnya menjemput kita untuk mengurus emosi dan perasaan terutamanya kesedihan, gusar, gunda gulana dengan mengambil ibrah dari intipati Al-Quran.

Bermulanya perbincangan dalam buku ini dengan mengajak kita mengubah cara pandang kita pada kitabullah. 'Cara pandang kita pada Alquran menentukan cara kita menjalani kehidupan'.

Ditambah pula dengan penegasan setiap yang dititipkan pada kita dalam kitab suci semuanya dirancang dan dipilih dengan tepat oleh Allah ; yang hanya betul betul penting dan yang kita perlu tahu sahaja.

Hidangan kisah para Anbiya' yamg dikupaskan dalam naskhah hebat ini benar-benar memujuk hati yang sedang lara, atau hati yang sedang kosong sekosong pandangan.

Cubalah memahami dan amati setiap isi naskhah ini, moga dengan izin Dia, hati yg kosong tadi terisi semula dengan sinar pergantungan dan pengharapan pada As-Salam; Tuhan Yang Maha Mensejahterakan.

Rekomendasi? 10000!
Profile Image for Hanis Zulkefley.
19 reviews
March 7, 2023
Buku yg hadir tepat pada diri yang sedang patah sepatahnya, mengutip kembali semangat yang hancur berkecai, kesedihan yang kadang kala hadir secara tiba2 apabila tkenang perkara lepas. Pada permulaan novel, penulis menghuraikan bagaimana Al Quran mukjizat agung, stiap bait ayat2 Allah, apabila kita tadabur, mengkaji setiap makna ayatnya, ianya sangat memberi makna yg besar sebagai panduan utk kite hadapi dunia yg mencabar dengan pelbagai masalah diri yg berlaku.

Penulis juga menghuraikan berkaitan kecederaan emosi apa kaitannya dengan tahan keimanan seseorang. Masalah yg kite hadapi msti kite cari akar kepada masalahnya utk diselesaikan.

Penulis juga menghuraikan kisah Nabi Yusof AS, kisah Musa dan Firaun dan bagaimana Al Quran buat Nabi Muhammad bersedih dan setiap bait kata2 yg penulis gunakan betul2 masuk dalam jiwa, dalam minda, buatkan kite berfikir.

Buku terbaik utk manusia yg hadapi kesedihan, cara utk move on sebetulnya menggunakan ayat ayat Allah seolah2 bila baca buku ini, ia beri kite semangat baru.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
July 13, 2022
Saya tak tahu saya expect apa daripada buku ini. Sebetulnya beli buku ini kerana suka pada tajuknya dan kulit buku dia yang cantik. Dah beli beberapa bulan tapi tiba2 rasa nak baca walaupun takde rasa sedih atau dalam masalah. Saja tergerak hati nak baca.

Tapi masyallah, memang tak menyesal baca dan sangat2 rekemen pada orang lain. Kenapa?

1. Menceritakan kesedihan pada sudut pandang agama Islam
2. Belajar move on daripada kesedihan dengan AQ
3. Menceritakan tentang keajaiban doa yang disebut dalam AQ
4. Tadabbur 3 surah
5. Menjelaskan makna di sebalik kalimah arab yang digunakan dalam AQ
6. Tulisan yang santai dan tenang tapi terkesan di dalam jiwa

Dan ada banyak lagi yang boleh menambahkan ilmu kita sebagai manusia yang dalam kesedihan mahupun tidak. Buku ini untuk semua orang. Bukan kerana semua orang ada fasa kesedihan tapi kerana buku ini menyentuh isi kandungan kalamuallah.

Tahniah dan terima kasih kepada penulis kerana berjaya melahirkan buku ini.
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
February 3, 2023
Beli buku 3hari sebelum pelancaran buku baru penulis.
Alhamdulillah, saya menikmati karyanya. Bahasa yang digunakan mudah difahami. Penulis juga kerap mengingatkan saya bahawa beban emosi setiap individu berbeza dan perlunya kita bersikap adil dalam melihat sesuatu isu.
Isu keluarga yang menjadi pembuka cerita benar-benar mengikat saya untuk meneruskan pembacaan hingga ke hujung. Kisah Nabi Yunus, Nabi Musa dan lain-lain benar-benar mendidik saya untuk merenung al-quran dan bukan sekadar baca.
Saya juga suka bila penulis kaitkan topik psikologi dan linguistik sebagai penerangan buat kita yang di luar bidang.
Boleh masuk list buku ulang baca nih! Banyak gems berharga. Tq penulis dan Iman 🤗
Profile Image for Norzaymah Al-Rashid.
2 reviews
January 7, 2022
Bacaan terbaik 5⭐

This book is truely a gem 💞
Sangat menjawab persoalan kepada masalah dalaman(mental). Seolah-olah tengah mendengar nasihat yang betul² diperlukan. Seolah-oleh jumpa jarum yang hilang dalam jerami.

Setiap mukasurat ada saja point yg memberi kesan 🥺

Fav point : berdamai dengan takdir, mengakui kesalahan dan bukan menyalahkan, cara pandang terhadap alquran ,hikmah kisah dalam alquran dipilih utk kekal sehingga kiamat, tadabbur surah yang jelas dan mudah difahami.

Sesuai utk semua sbb manusia memang tak lepas dari ujian. Buku ni banyak membantu 😭

Bacalah buku ni guys, highly recommended.
Profile Image for Syazwina Johari.
76 reviews10 followers
September 5, 2022
Tidak cukup aksara untuk meluahkan rasa syukur atas berpeluang untuk membaca buku ini.

Dibesarkan dalam keadaan dimana menangis itu suatu perkara yang dikeji, bersedih itu dikatakan menentang takdir Ilahi, namun buku ini membuka mata dan hati akan apa erti menjadi manusiawi berpandukan kisah-kisah para nabi.

Cukuplah berkata
“Janganlah menangis bukan boleh selesaikan masalahpun.”

Menangislah dan adukan kepada Yang Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.

Jika kalian seringkali dihimpit kesedihan buku ini untuk anda. Jika kalian rasa kesedihan itu tanda lemah dan tiada iman, buku ini juga untuk anda.
Profile Image for Zmasturah.
4 reviews1 follower
January 24, 2023
Overall buku ni membawa kita menelusuri kisah² kesedihan para nabi dari dalam quran dan bagaimana mereka menghadapinya. Boleh juga dimasukkan sebagai check list buku tadabbur yang perlu dimiliki oleh mereka yang sedang belajar tadabbur dengan lebih santai, sepertimana buku² dari tulisan Ustaz Syaari Abd Rahman. Antara kisah yang dibawakan adalah kisah Nabi Musa, Nabi Yaakub & Yusuf, Nabi Yunus serta Nabi Muhammad saw. Membawa juga tadabbur dari 3 surah ; ad dhuha, al kautsar & yusuf. Boleh tambah koleksi bacaan yang mendamaikan serta santai bagi yang mahu 🫰🏻
Profile Image for Hani Mustafa.
25 reviews2 followers
March 14, 2023
Penulisan mudah difahami, alhamdulillah banyak ilmu baru yang saya dapat dari buku ini.

Menjadi seorang Nabi bukan asbab untuk mereka tidak boleh bersedih, kerana Nabi juga seorang manusia. Fitrah manusia untuk bersedih dan menangis apabila diuji dengan ujian yang berat. Namun, mereka dipujuk dengan ayat² dari Allah, membuatkan mereka kembali kuat untuk meneruskan perjuangan mereka.

Kisah mereka juga sebenarnya boleh dikaitkan dalam kehidupan kita sendiri, bagaimana untuk menghadapi kesedihan kita itu sendiri.

Penjelasan tentang kalimah² dari ayat Al-Quran juga jelas dan mudah difahami.
Profile Image for Nani S.
6 reviews
April 3, 2024
Buku 'healing' untuk jiwa-jiwa yang bersedih. Ajar kita untuk kembali rasa bertuhan. Mengambil ibrah kisah² Nabi Yusuf AS, Nabi Yaaqub AS, Nabi Yunus AS, Nabi Musa AS dan Nabi Muhammad SAW.

Refleksi diri; baca Al-Quran dengan maksudnya, solat jangan gopoh-gapah, solat kena khusyuk; ingat Tuhan- kita ini hamba.

Meraikan kesedihan, menangis itu manusiawi, mengurus fikiran dan perasaan mengikut acuan Al-Quran, berdamai dengan takdir.

Tadabbur surah Ad-Dhuha, Al-Kauthar dan Yusuf.
Jika bersedih, baca atau dengar surah Yusuf.
Profile Image for Hermiyouni.
16 reviews
May 28, 2022
Seronok membaca karyanya, cuma terkadang sedikit terkeliru dengan susunan penceritaan yang ingin disampaikan didalam kisah tersebut. Seperti contoh, ketika sedang menghuraikan ayat didalam satu surah, penulis sekejap melompat ke surah yang lain pula yang membuatkan saya sedikit terkeliru dan bercampur. Tetapi, karyanya sangat menarik dan banyak input yang saya dapat perolehi. Terima kasih penulis kerana menyajikan saya dengan cara yangsepatutnya untuk berdepan dan mengawal kesedihan ini.
Displaying 1 - 30 of 48 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.