Tak ada perempuan sanggup melihat si suami mengulit perempuan lain.
Tak ada perempuan yang mampu untuk terus tabah.
Selamat pengantin baru, suamiku.
Sakit, bukan?
Nadya sedar dia hanya lah isteri yang dikahwini kerana permintaan keluarga. Maka, Nadya hanya mampu redha bila Fareth buat keputusan untuk menikahi Arina.
"Awak kena lepaskan saya. Demi kebahagiaan rumah tangga awak dan Arina. Saya janji saya tak akan kacau rumah tangga awak dan Arina lepas ini." - NADYA.
I should've stopped reading as soon as I saw the intro but did I do that? NOPE.
This book for sure tested my patience the entire time. I was fuming with anger because of the ML. Such a red flag! He's greedy, selfish, and a total idiot!
I hope nobody would ever go through this kind of experience because no one deserves to feel the way FL did.
Good job author for bringing out the emotion in me!
Mula² baca tu cuak jugalah bila awal² lagi dah dihidangkan dgn kisah poligami. Ohh goshhh.. Memang berdebar² nak2 bila si Arina tu seakan² conquer si Fareth. Si Fareth ni tahulah cinta gila kat Arina. Tapi jgn lah dok hurung Arina sampai lupa yg awak tu ada bini lg satu oit. Inilah masalah poligami. Lelaki ambil mudah. Yg merananya adalah wanita.
Dan kerana rasa tidak dilayan dgn seadilnya, Nadya mengambil keputusan utk cerai. Ya lah orang tak sayang, untuk apa mengharap cinta yg tidak kunjung pasti! Dan bila Nadya mengutarakan ttg cerai, ha tahu pula si Fareth ni gelabah beruk! Mulalah nak naik hantu sana sini. Tapi satu yg saya sgt puji ttg si Fareth ini adalah dari segi layanan. Walau tiada perasaan cinta pada mulanya, Nadya tetap dilayan sebaik²nya. Cuma tulah, dari segi perhatian dirinya seakan terbuai dgn rasa cinta yg amat dalam terhadap Arina.
Mukhlis. Yg ini satu hal. Alololo comel lah awak. Mcm perempuan sangat part kepoci tu. Selalu dlm novel, watak² mcm ni hanya utk perempuan. Tapi Mukhlis ni bila jd batu api dan sengaja 'mencuit' isteri² si Fareth, mulalah si Fareth ni tak senang duduk. Aduhh makcik² bawang sgt si Mukhlis sorang ni. Huhu
Apa yang pasti hal poligami ini tidak boleh dipandang ringan oleh kaum lelaki. Walau baik mana sekalipun si suami, pasti ada yg terlepas pandang dan juga akhirnya akan berlaku ketidak adilan. Untuk memuaskan hati semua pihak adalah sukar. Pasti akan ada yg kecewa walau luarannya kita nampak baik² shj. Ermmm.
Thumbs up pada writter. Walau poligami tak adalah sampai saya rasa nk bunuh watak² yg terlibat. Best, saya suka👍. Yang pasti rasa sangat teruja utk tahu apa seterusnya, next, next dan nextttt. Huhu berdebar² betul utk tahu kisah selanjutnya!
Sebenarnya, aku baca buku ni, tanpa baca blurb. So, tak tahu la ni cerita pasal apa. .
Permulaan cerita pun dah buat aku teruja nak habiskan. Nadya yang tabah menyaksikan Fareth, suaminya melafazkan akad nikah terhadap wanita lain. .
Rupanya, Fareth dan Nadya berkahwin atas pilihan keluarga. Selama 2 tahun, mereka menjalankan tanggungjawab masing-masing seadanya. Sehinggalah Fareth mengusulkan mahu mengahwini wanita yang dicintainya, Arina. .
Kehidupan semasa bermadu, mereka bertiga tinggal serumah termasuk bersama mak Fareth. Macam biasa la, Nadya ni baik, tapi bertempat. Ada masa, dia sound je Arina tu. Arina tu, tipikal second wife, perampas. Dalam rumah pun nak pakai kasut. Kekwat betul. .
Fareth banyak melebihkan Arina. Sehinggalah Arina buat hal sehingga timbulnya gosip skandal. Pada masa yang sama, Nadya minta dilepaskan. Haaa..masa ni, barulah Fareth sedar, yang dia nak Nadya jugak. .
Lepas tu, Nadya pregnant. Apa kesudahan kisah poligami ni? .
Jujurnya, cerita ni biasa je. Topik poligami yang diceritakan pun, cliche je. Tapi aku suka, mainan emosinya. Cuma tu la, aku terfikir, kalau Arina tak buat perangai, adakah endingnya akan berubah?
Kisah yang menyentuh tentang isu poligami (memang mengundang kecederaan jiwa ni). Penulis highlight kan tentang keadilan suami dalam berpoligami. Sibuk nak menambah bini tapi tentang keadilan dan tanggungjawab diabaikan. Aku suka pengakhiran kisah ni, ML dah trauma nk berbini lagi 😆 Cukuplah setia pada yang satu..