Pada tahun 2099, dunia sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus-ratus juta mayat yang bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya?
Ketika inilah wujudnya penjejak kubur. Mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban dan membawa mayat itu pulang. Mercka perlu pergi ke medan perang demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung.
Azrahel, seorang penduduk bandar Kersani, merupakan penjejak kubur yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun. Dia diupah olch seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel mengejutkannya. Sejak itu, segala-galanya berubah.
Apakah yang ditemui oleh Azrahel? Apakah nasib bandar Kersani selepas itu?
[Sinopsis] Tahun 2099, peperangan berpanjangan berlaku menyebabkan wujudnya satu pekerjaan dipanggil penjejak kubur. Azrahel seorang penjejak kubur, diupah seorang bangsawan untuk untuk membawa pulang mayat suaminya dari medan perang. Selama pengalaman 10 tahun dalam kerjaya nya, ini lah kali pertama Azrahel bertemu mayat yang boleh hidup kembali. Apakah misteri disebalik mayat ini?
[Review] World building sangat meluas & breath-taking rasa macam tengok high class film! Sci-fi ideas senjata tu bagi kita biasa tapi other techs macam kereta, pembantu AI & bangunan memang wow!
Pacing plot dia okay just nice setiap bab memang ada isi & tak meleret. Cuma dari segi emotion kurang sikit sebab takde masa nak rasa attach/grieving pun sebab bam bam bam plot all the way. Plot sangat padat ya so kalau nak baca one sitting tu memang takrasa lama pun tahu tahu dah kat half book 🤣 nak kata betapa menarik plot dia, buku ni 500pages tapi taklenguh tangan pun sebab duk fokus baca nak tahu apa jadi 😮💨
Penggunaan nama character menarik macam Raqib & Atid cuma a bit confusing sebab nama AI & manusia lebih kurang & penjelasan dia cuma ‘manusia hologram’ so kita konfius manusia sebenar dalam bentuk hologram atau AI dalam bentuk hologram. Maybe boleh buat pengenalan watak (lukisan) kat every bab so boleh kenal character along the way without spoiler 🤣
[Rekomendasi] Stop what you’re doing & baca buku ni SEKARANG. Enjoyable untuk semua cuma beginners maybe kena take it slow untuk faham politik cerita. Peminat cerita cerita sci-fi will loveeeee this book. In my opinion, untuk yang dah baca & nak visualize boleh tengok: 1. Elysium describe the floating city 3. The 100 Season 7 & 8 describe how the ‘main plot’ technology works 5. Ready Player One describe Mayaloka
Tak pasti kenapa digelar penjejak kubur dan bukannya penjejak jenazah. Sebab tugasnya bukan mencari kubur pun, tapi mencari dan bawa pulang mayat.
Mungkin mengandungi spoiler.
Sejujurnya, tak sampai separuh buku dah mula hilang minat nak teruskan baca. Dahlah tebal. Tapi gagahkan diri juga sebab tak nak tertanya-tanya tentang penamatnya atau terpaksa baca dari awal semula di kemudian hari. Dan akhirnya berakhir juga. Itu jelah boleh dikatakan tentang pengakhiran buku ini.
Tak berapa gemar dengan watak-watak dalam buku ini. Hampir kesemua watak bersikap tidak matang dan kebudak-budakan. Dalam setiap perbualan watak-wataknya cenderung untuk buat perangai dengan bercakap menjerit-jerit, membentak-bentak, perli-memperli dan merajuk. Termasuklah dengan AInya sekali. AI yang tak berapa nak I jugalah. Pembantu maya telefon pintar sekarang pun reti bercakap dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Tetapi AI dalam buku ini yang hidup berpuluh tahun di masa hadapan bercakap campur Bahasa Inggeris pula. Yang menguruskan papan tanda IKEA pun lebih mahir dalam menterjemah. Entahlah. Mungkin di masa hadapan nanti, intelek AI sudah makin merosot dan kualiti menterjemahnya juga semakin teruk. Watak utamanya, Azrahel pula khususnya betul-betul memberatkan lagi pembacaan. Ada cubaan nak tunjuk kekentalan dan sifat kemanusiaannya, tapi lebih menampakkan dia sebagai seorang yang lalai, lemah dan pengecut. Bagi aku, Juliana merupakan watak yang lebih kuat.
Ada sekali-sekala cuba nak selitkan sedikit unsur islamik dalam cerita. Mungkin nak beritahu di masa hadapan manusia masih ingatkan Allah. Tapi sealim-alim watak pun berat juga nak sebut nama Allah. Seterusnya, semakin lama semakin jelas terlalu banyak selitan-selitan fakta dan maklumat yang mahu dimasukkan dalam cerita tetapi tanpa sokongan yang kuat. Contoh lain adalah sepertimana dikatakan AI pernah memberontak tetapi tak ditekankan kesan dari kejadian itu. Ada juga disebut tentang seorang watak merupakan sebagai pasifis, tetapi watak yang sama itu juga aktif dan mengetuai sebuah misi. Semakin lama pembinaan dunia dalam buku ini semakin longgar. Mungkin sebab terlalu bercita-cita tinggi mahu menayangkan nama-nama senjata-senjata canggih sampai terabai hakikat yang ada lebih banyak perlu diambil kira dalam membina dunia futuristik selain daripada mencipta teknologi-teknologi baru. Dan apa cerita dengan bom EMP tu? Sebab watak-wataknya memakai implan, tak ada kerisauan langsung ke kemungkinan sekiranya menggunakan bom EMP akan menerima akibatnya juga? Lebih-lebih lagi ada juga yang memakai implan di mata. Tapi punya tak sabar-sabar kalau boleh nak gunakan bom EMP je kerjanya. Kumpulan kongsi gelap bekerjasama untuk tamatkan perang? Motif yang lemah didedahkan. Tak berapa meyakinkan sebab sewaktu huru-hara dan kacau-bilau lagi senang kumpulan kongsi gelap ambil kesempatan. Dan ada juga seseorang menghidapi skizofrenia dan mempunyai ruang masa menjadi waras tetapi tak berapa jelas situasi sakitnya itu. Mungkin penyakit yang lebih sesuai adalah Alzheimer's.
Pembinaan dunia Mayaloka pula memberi aku banyak tanda tanya. Walaupun ia mengingatkan aku sedikit-sebanyak kepada realiti simulasi seperti yang dipaparkan dalam siri Black Mirror, episod San Junipero. Tak berapa pasti macam mana dunia Mayaloka berfungsi. Jadi, manusia boleh muat naik kesedaran? Dan AI pula boleh berlegar-legar dalam dunia itu dan berkomunikasi dengan AI lain? Apa yang menghairankan aku apabila AI polis dengan mudah mendapatkan maklumat daripada AI lain. Kiranya dalam dunia ini AI bukan hak milik peribadi agaknya. Rasa macam tak selamat je penggunaan AI sekiranya senang-senang je mendedahkan maklumat macam tu. Terlalu banyak membangkitkan tanda tanya, menyebabkan pembinaan dunia Mayaloka tidak terasa kukuh bagi aku.
Membaca buku ini buat aku terpaksa periksa banyak perkara yang aku rasa berlawanan dengan fakta-fakta yang aku pernah baca dan tonton dalam cerita cereka sains. Dan itu membuatkan aku lagi berat cuba nak teruskan baca buku ini. Tapi memandangkan dah habis, mungkin lepas ini aku patut cuba teruskan membaca buku bergenre cereka sains lain pula, terutama sekali koleksi SF Masterworks yang dah lama berhabuk terkumpul kat rak.
Jujur pada mulanya aku hanya tertarik dgn kulit buku 🤭
Tapi tak sangka buku ni padu weh! -Writing tak kaku (bhs santai tp tak terlalu pasar) -Nice pacing (buat kau nak turn over next page cepat) -Action packed (esp Bahagian 4. Fuh penat 😮💨) -World building 📈📈📈 -Politics 💯
Aku suka watak Azrahel tu sendiri. Penulis tak jadikan dia seorg yg sempurna. Dia ada kelemahan dia & di sinilah watak lain main peranan. Semua ada character development. Penulis pun pandai tukar layar, flashback sikit apa yg berlaku sblm ni supaya watak2 ni ada background story dia
Sense of humour pun on point. Azrahel ni sinis orgnya (klu tgk igs aku ada ckp dia mcm Jace Herondale 🤣). Tp aku rasa lagi kelakar bila AI (artifical intelligence) pun ada emosi. Lagi2 si Noor tu. Sibuk je dia nak cemburu. Amboi~
Disebabkan ni sai fai x fantasi, korang boleh anggap tengah baca Marvel. Azrahel ni bertubuh manusia dan dibantu oleh “Jarvis” iaitu Noor. Kemudian atas sebab2 tertentu, dia dipasangkan implan menjadikan dia manusia + robot. Sebijik lah Iron Man aku rasa
Oh ye, aku terbaca satu resensi dekat GR & aku setujulah dgn pendapat dia tentang penamaan watak. As time goes by, ada banyak sangat watak yg diperkenalkan. Bukan manusia je, Al sekali. Jadi bagi aku, penamaan watak dlm cerita ni mcm takde standardisation. Cthnya, namakan AI dgn nama klasik sahaja atau guna kod nombor ke. Noor tu sesuai dah sbb nama gadget pun berunsurkan Melayu klasik. Tapi nama Atid tu mcm tiba-tiba dari nama Malaikat. Tak konsisten. Utk nama watak manusia, aku takde masalah sbb nampak dunia ni berbilang bangsa, walaupun tak disebut secara langsung oleh penulis. Apapun, benda ni tak kacau plot pun. So negligible
Akhir sekali. Ni cadangan kepada penulis.. mungkin boleh tambah peta?
Sedap dibaca, sangat rekomen utk korang baca jugak! 🥰
Premis dan plot yang menarik. Cuma perkembangan watak boleh dibaiki lagi. Sejujurnya, saya hampir DNF baca buku ni. Tapi sebab kulit muka yang terlalu lawa, jadi saya habiskan juga bacaan.
1. Penulis berjaya menghidupkan suasana siberpunk melalui pemerian suasana yang terperinci. 2. Debaran dan saspens yang berkesan. Setiap kemelut luaran penulis berjaya lunaskan tanpa membiarkan pembaca terasa 'gantung'. 3. Keserasian antara watak sangat hidup. Dialog-dialog yang digunakan sangat berkesan (natural) dan tidak janggal. 4. Watak utama yang yang agak kaku. Secara kasarnya, rasa macam tengok Captain Marvel yakni agak mirip tunggul kayu yang tidak terselam perasaannya. Apabila emosi watak utama sukar untuk dijiwai, aku tak kisah apa jadi dengan dia.. "lantaklah kaulah nak kena bala apa.." 5. Genre fiksyen sains ini tentang idea. Tak kisahlah elemen sains apa. Yang penting impak idea itu perlu jelas. Bukan sekadar timbunan peristiwa demi peristiwa. 6. Bahasa - ini tak penting sangat sebab masalah aku sendiri, bukan kelemahan penulis. Tapi aku nak juga masukkan sini sebab nak genapkan takat enam. Hahaha.... Aku sukar sikit nak hadap buku yang ada masukkan perkataan bahasa Inggeris ni. Lagipun, Laras ayat dalam bahagian pemerian terasa sangat moden bagi aku. . Timbang tara, memandangkan ini novel sulung penulis, aku sudah menjangkakan kelemahan akan ada. Penulis ada potensi untuk menghasilkan karya yang bermutu sebab premis dan plot dalam novel sulung pun dah sebaik ini. . Jadi.. sama-sama kita nantikan air tangan penulis pada masa akan datang.
Selesai baca sebuah lagi novel Mahakarya bawah @thepatriotsasia
5/5 ⭐ untuk Azrahel : Si Penjejak Kubur oleh @maercaestro
Pertama sekali, saya suka kulit buku ini sebab warna pink! Heheh.
Sungguh saya sangat kagum dengan binaan semesta novel ini. Penulis berjaya membuat saya membayangkan dengan jelas latar tempat dan suasana pada masa depan. Gambaran kereta terbang, manusia robotik dan suasana bandar futuristik bermain-main dalam kepala sepanjang menelusuri perjalanan Si Penjejak Kubur, Azrahel. Serius ada part sis macam blur sebab susah nak bayangkan teknologi futuristik yang tak pernah nampak depan mata. Siapa tahu game Cyberpunk 2077 mungkin boleh faham latar tempat dalam buku ni.
Pertama kali dengar istilah penjejak kubur. Pada mulanya saya fikir ohh, kerja dia macam penggali kubur kot. Sebenarnya bukan. Tugas Azrahel ni sangat rumit dan berbahaya sebab dia perlu ke medan perang untuk membawa pulang mayat yang terkorban di sana. Penulis menggambarkan dengan terperinci tahun 2099 di mana teknologi ketika itu sangat maju dan membangun dengan pesat. Jadi banyak kematian disebabkan oleh perang yang berpanjangan.
Apa yang menarik, konflik bermula apabila Azrahel diupah untuk mencari suami seorang wanita korporat yang terkorban di medan perang. Dari situ dia mula mengetahui perebutan kuasa antara badan korporat dengan geng-geng kongsi gelap. Ibaratnya pertarungan antara geng kayangan dengan rakyat marhaen lah. Konflik mereka ni sangat gempak dengan plot twist di sana sini. Memang tak jangka!
Jalan cerita yang menarik. Rasa nak tahu karya ini mengenai apakah? Penceritaan yang sedikit menarik, mengenai dunia Mayaloka, Q-bit, alatan perang, kisah dunia masa depan, bandar-bandar dan namanya. Semua itu best dan membuatkan aku kagum. Dunia fantasy kan. Indah untuk di bayangkan.
Tetapi emosi dan details nya sangat kurang. Tiada hubungan di antara penulis dengan watak yang di cipta. I don’t feel that connection. Watak dan perwatakan nya kabur dan ada yang jelas. Ketara sangat. Watak utama yang hilang. Apa yang nak diceritakan ini? Hilang gap masa dan peristiwa ; dekat sini lepas pembunuhan Victor, kejadian pembunuhan Raqib.. takkan lah lepas Azrahel bangun dari Mayaloka, tak terus pergi jumpa Raqib kot.. tulis lah sedikit secne mereka berdua.. tuptup Raqib kena bunuh.. tak logik buat akal fikiran aku.
Pandangan aku lah,
Sepatutnya dan lebih baik setelah diorang bunuh Victor tu.. penceritaan perlu ditamatkan. Dan kisah seterusnya di sambung di buku kedua nya sebab nya..
1) Plot twist yang hebat.. Kebenaran tentang Juliana. 2) Tentang teknologi Maya-Atma.
Over tak kalau aku cakap cerita ni 'mind-blowing?' 😆😆😆😆😆
Aku sejenis yang kurang membaca genre sai-fai ala-ala cyberpunk begini, sebab aku akan jadi cepat bosan dan mengantuk. Haha. Tapi cerita ni, rasa menarik pula di hati.
Jalan cerita yang jelas dan tersusun alurnya, tak mengelirukan serta menarik. Aku juga suka dengan semua nama watak yang ada dalam buku ini. Rare. Penulis sangat kreatif dan bijak.
1. terlalu banyak cerita dalam sebuah buku. aku rasa patut baca 2 kali(atau mungkin lebih) untuk ingat dan boleh bercerita kembali jalan cerita. 2. karakter2 dalam novel ni jugak aku rasa banyak sangat 🤣 tak tahu lah aku ni jenis cepat pelupa ataupun memang banyak. serius, aku kena selak belakang2 lagi untuk dapatkan reaction "ohhh..haa dia ni,"
overall, BEST!!! bagi seorang yang jarang membaca genre science fiction, aku boleh katakan novel ni sangat menarik untuk dibaca. cuma banyak jugak lah scene2 aku tak boleh imagine sebab imaginasi buku ni amatlah tinggi ye 😂 aku harap one day buku ni boleh diadaptasi jadi movie. so aku boleh faham dan relate semua scene2 gempak dalam ni. meskipun inilah novel paling tebal aku pernah baca, xrasa bosan pun. dah sampai tengah, aik tahu2 dah habis. bacalah guys! recommended!!
Aku jarang nak suka buku sci-fi action action begini. Tapi yang ni terkecuali. Mungkin sebab gabungan nama-nama tradisional dalam novel ni menarik perhatian aku. Nama tempat, nama senjata, watak, rasa seronok baca nama-nama tu. Aku tak peduli sangat pasal plot, aku sibuk hanyut dalam pengembaraan Azrahel. Syiok pulak imagine latar tempat yang ada. Satu hal lagi biasanya aku tak suka novel yang banyak watak. Tapi yang ini okaylah, diorang tak keluar serentak. So ada masa untuk aku hafal semua. Pendek kata, nais. Aku suka novel ni.
Berlatar masa 2099 ketika dunia terus berperang, Azrahel penjejak kubur telah ditugaskan membawa balik mayat seorang askar dari medan perang. Semuanya baik sehingga lah Azrahel sedar yang mayat itu hidup.
Misi seterusnya, ialah untuk Azrahel mencari jawapan kepada persoalan tentang mayat hidup.
"mayat mana boleh hidup balik" -Tok Hadi.
Plot cerita yang menarik.. Banyak aksi... Setiap senjata juga diceritakan dengan menarik..
Siapa yang gemarkan sebuah kisah yang penuh politik dan aksi, Novel ni ditulis untuk anda.
Bonus point untuk cover cantik... Elokk je duduk kat rak tu.. Sejuk mata memandang 😍😂
Soalan Helmi membuat aku mengharapkan ada sambungan dari buku Azrahel : Si Penjejak Kubur ini.
Suatu karya yang amat memuaskan hati seorang pembaca dari segi world building, watak-watak yang annoying dan plot cerita ini. Aku suka bila baca buku yang totally unexpected like kita tak boleh teka apa yang akan jadi. Ini akan buat kita nak baca sampailah habis.
Ada beberapa perkara yang aku nak sentuh dalam buku ini :
1. Watak-watak
▶️ Azrahel - Dari seorang yang pentingkan diri dan hidup demi sesuap nasi hingga menjadi seorang yang empati dengan orang sekeliling. Aku suka macam mana penulis menceritakan melalui naratif Azrahel dimana aku pun turut merasa dan terkesan dengan semua yang berlaku terhadap Azrahel. Sehingga dia boleh berubah sedemikian rupa. Perubahannya tidak terlalu drastik, berperingkat dan memberi kesan kepada jalan cerita ini.
▶️ Juliana, Rizman, Raymond, Victor - Antara watak-watak yang menyakitkan hati 🤣 geram, meluat pun ada tapi watak-watak ini buat aku lagi nak baca buku ini. Antaranya persoalan siapakah Juliana itu. Apa kaitan dengan Victor? Rizman dalang kepada segala-galanya ka?
▶️ Raqib, Nair, Tok Keramat, Helmi, Tinie - Watak-watak yang aku anggap biasa tapi menambah penyeri dalam buku ini.
Memang terdapat banyak sangat watak-watak dalam buku ini. Tapi semua watak ini, tak buat aku lost dan confius sebaliknya watak-watak dalam buku ini menghidupkan buku ini dan malah aku ingat pula kebanyakan watak-watak tersebut. Selalu bila banyak sangat watak aku akan pening, tapi penulis berjaya menarik aku untuk memahami lagi watak-watak ini.
2. World building
Antara yang terbaik sebab berjaya menarik perhatian aku, seorang yang tak berminat dengan AI, cyberpun, dystopian future gitu. Tapi cara penulisan dalam buku ini tidak meleret dan sistem-sistem dalam dunia novel ini pun tidak diberi sekaligus, so it's really nice to reading while understanding the world building. Penulis juga berjaya membuat aku baca setiap patah perkataan dalam buku ini even action scene. Kudos untuk penulis 👏
3. Plot Novel
Sangat-sangat lain dari jangkaan aku. Scene yang berbeza-beza membuat aku tak bosan membaca. Yang aku tahu macam-macam jadi dekat Azrahel sejak dia ambil job tu sampailah rahsia yang lagi besar dibongkarkan oleh Azrahel. Perjuangan yang dibayar dengan nyawa.
Actually buku ini sangat brutal, maksud aku macam mana hilangnya rasa empati ditelan oleh arus kemodenan teknologi, so emosi yang digambarkan sangat berkait dengan zaman itu. Memang menarik buku ini, bagi aku untuk membaca buku ini kena berfikiran terbuka, satu karya yang lain dari lain.
4. Special mention : AI
Aku suka sangat cara Al manusia ini dipotretkan dalam buku ini. Macam mana penciptaan Al tak lari dari tujuan asalnya dan apa yang akan berlaku kalau hukum itu ditentang.
Tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan satu karya yang sangat unik dan mudah dibaca. Tahniah juga kepada penerbitan Mahakarya kerana menerbitkan satu lagi karya kegemaran saya selepas Puteri Bunian Bulan. 👏
Start : 28/12/2021 End : 2/1/2022
Rating : 5 ⭐
This entire review has been hidden because of spoilers.
"Mungkin ada benda yang kau perlu biarkan sebagai rahsia. Kalau kau mula bongkar, aku takut buruk akibatnya nanti."
Azrahel: Si Penjejak Kubur, sebuah novel fiksyen sains/misteri, mengisahkan Azrahel yang tugasnya untuk membawa pulang mayat atas permintaan kliennya di dunia di mana peperangan telah meragut 95% dan sepertinya tidak berpenghujung. Walaupun sudah 10 tahun menjadi Penjejak Kubur di bandar Kersani, tugasnya kali ini bukanlah seperti yang disangkakan. Malah, kali ini dia terlibat dalam merungkai sebuah konspirasi yang tidak berperikemanusiaan.
Novel ini terus membawa pembaca ke plot utamanya yang kompleks dan setiap pengakhiran babnya buatkan pembaca teruja untuk menyingkap misteri sekitar individu yang harus dikutipnya. Walaupun novel ini tebal, tetapi sejujurnya tempo penceritaan dan garapan plotnya pantas serta tersusun kemas. Boleh dikatakan tiada unsur lewah yang boleh mencacatkan momentum novel ini. Tambahan pula, penulis bijak merangka babak aksi dengan baik dan tempohnya tidaklah hingga terasa meleret. Pada masa yang sama, cara penulis menyampaikan bagaimana binaan dunia yang begitu kaya dalam novel ini selari dengan di mana Azrahel berada merupakan cara yang ideal kerana terasa tiada lambakan info yang boleh buatkan pembaca penat menghadaminya. Sejujurnya, tiada kekurangan yang jelas untuk novel ini, jika adapun mungkin pada penamatnya yang sepatutnya dipanjangkan sedikit kerana dirasakan sedikit terburu-buru dan pendedahan lebih mendalam mengenai Mayaloka. Antara perihal yang disentuh ialah isu integriti dalam kalangan penguatkuasa dan kesan masa silam dalam membentuk peribadi individu.
Secara keseluruhannya, novel debut ini boleh dikatakan hampir sempurna. Dari watak yang hidup, binaan dunia yang kaya dan plot yang menarik, setiap satunya diatur dengan baik sehinggakan novel yang tebal ini dapat dihabiskan dengan cepat. Menjadikan novel ini sebagai salah satu bacaan terbaik untuk 2023.
Hampir DNF tapi masih ada keinginan untuk teruskan, jalan cerita yang panjang dan membetuk rasa ingin tahu hingga ke pengakhiran. InsyaAllah will finish this by the end of this month. :) nanti bila dah habis baca saya akan sambung ulas di sini. another 200 pages to finish it.
OK habis juga bacaan saya. Secara umumnya, saya rasa agak susah nak habiskan baca buku ni sebab: 1. Terlalu tebal. Banyak cerita yang dimasukkan tetapi tidak diterangkan secara jelas (sekadar ada). 2. Banyak sangat watak. Dan watak-watak tak dikembangkan dengan lebih mendalam terutamanya dari sudut emosi dan perwatakan. (sekadar surface). 3. Sebenarnay saya tak minat cerita science fiction, tapi entah kenapa bila tengok buku ni rasa nak baca (mungkin sebab sinopsis dan kulit buku yang menarik).
Apa apa pun, satu usaha yang bagus untuk penulis yang mampu menghasilkan karya sebegini. Punya idea yang menarik (mungkin boleh dikembangkan lagi dengan lebih details untuk menarik hati pembaca).
Wow. Cerita yang penuh berimaginasi serta time setting yang cyberpunk dan futuristik. Ada juga menyelitkan isu isu budaya dan adat. Adat tradisional seperti hukum adat pemerintahan dan sebagainya. Konflik dan perbalahan antara kongsi gelap, kerajaan, korporat serta lain lain akan berterusan walaupun telah mencapai kemajuan dari segi infrastruktur.
Tahniah kepada penulis dengan imaginasi yang tinggi serta idea yang wow untuk segala perkembangan cerita 👌. Hebat penulis ini. Konflik demi konflik untuk menjumpai ketua dalang dalam setiap permasalahan. Kalau ada rezeki lebih, berharap cerita ini akan di anime kan secara bermusim 🔥. Tahniah penulis
Kudos buat tuan penulis, Abu Huzaifah Bidin kerana telah menghasilkan sebuah mahakarya.
Ulasan aku di bawah ini mungkin sedikit berbeza, tetapi secara asasnya ia merupakan pengalaman dan pengajaran yang aku dapat bawa keluar dari buku ini. Buku ini bagi aku personally, mempunyai mesej yang sangat baik jika para pembaca cuba memahami mesej yang tersirat, di samping membaca layar kisah yang tersurat.
Berikut adalah resensi yang telah aku kongsikan di laman IG aku sebelum ini:
----------------------------------------------------------------------------- 𝟮𝟬𝟵𝟵. Cuba kau kira berapa umur kau waktu tu?
AZRAHEL: SI PENJEJAK KUBUR | Abu Huzaifah Bidin 5 💫
Pada 1/4 buku, tangan aku sudah mula menulis, '𝘈𝘻𝘳𝘢𝘩𝘦𝘭 𝘤𝘶𝘮𝘢 𝘈𝘻𝘳𝘢𝘩𝘦𝘭. 𝘚𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘯𝘫𝘦𝘫𝘢𝘬 𝘬𝘶𝘣𝘶𝘳 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘸𝘢 𝘱𝘶𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘦𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨.'
Pada 3/4 terakhir, aku tulis lagi. '𝘉𝘶𝘬𝘢𝘯, 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘈𝘻𝘳𝘢𝘩𝘦𝘭 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘱𝘦𝘯𝘫𝘦𝘫𝘢𝘬 𝘬𝘶𝘣𝘶𝘳.'
Di sini aku katakan;
1. Keteguhan Azrahel adalah kunci yang akan bawa kau sampai babak akhir. Dan keteguhan engkau untuk baca sehingga—Tamat—juga adalah kunci yang mendorong Azrahel untuk terus teguh. Terus hidup. Terus berjuang.
2. Buku ni, buku yang menghenyak emosi aku seperti sehelai kertas yang diremuk seribu. Buku ini juga yang buat aku sesekali berhenti dan merenung akan hakikat kehidupan—sekarang & masa depan.
3. Aku marah, aku geram. Aku sedih dan takut. Buku ni bagi aku adalah gambaran realiti masa hadapan. Mungkin aku tak sempat, tapi ia mungkin realiti anak, cucu kita kelak.
4. Pernah dengar meta? Metaverse? Familiar, aight? Azrahel akan bawa kau ke dalam dunia itu. Dunia meta. Kau nak experience/faham macam mana Mark Zuckerberg cuba realitikan dunia meta? Kau bacalah buku ni. Buku ini boleh beri kau gambaran.
5. Metaverse is awasome. But it is awesome in a way that scares me. Rasa ini complex & complicated. Tapi akhirnya, manusia perlu beradaptasi. Sedarlah kita sedang berada di fasa peralihan evolusi. Slow and gradual.Dunia barat sudah lama merancang.
Bukan teori konspirasi, cuma refleksi dalam sebuah resensi.
**Tips baca buku ni: Ambillah masa walau berapa lama pun yang kau perlukan untuk habiskan buku ini. 505 muka surat! Goodluck dan kirim salam saya dekat Azrahel & Tinie!
Banyak ceritanya. Banyak watak dan plot. Kadang2 baca sampai tertido. Tak pasti sebab buku ni bosan atau memang mengantuk sangat. Ceritanya lain daripada lain... lain konsep daripada buku yang pernah saya baca. Ala ala dystopia . imaginasi yang mendalam.
Sebenarnya agak sukar untuk saya menulis ulasan ini sebab banyak faktor yang saya perlu fikir sebelum menulis ulasan ini. Pertama, istilah ‘penjejak kubur’ itu tidak terlalu tepat dengan skop pekerjaan tersebut tetapi mungkin ia berkait dengan apa yang berlaku di akhir cerita ini. Disebabkan buku ini adalah dalam genre fiksi sains (dan mungkin juga ‘dystopia’), saya agak menekankan bahagian ‘world-building’ dalam cerita ini. Pendek kata, saya berpuas hati dengan teknologi, suasana serta misteri dalam cerita ini. Saya juga berpuas hati dengan plot serta penulisan cerita ini yang mampu menarik minat saya untuk terus membaca terutamanya pada pertengahan hingga akhir novel ini. Sejujurnya, saya tidak begitu tertarik dengan watak-watak dalam cerita pada umumnya kecuali Azrahel dan mungkin juga Raqib. Daripada segi pembacaan, pembacaan saya agak perlahan tapi saya berminat dengan perjalanan menyelesaikan misteri dan konflik dalam cerita ini. Akhir sekali, melalui buku ini, saya berfikir apakah yang akan seseorang lakukan jika dia mempunyai wang dan kuasa? Sampai ke tahap apakah seseorang itu mahu korbankan demi wang dan kuasa?
Suka pergerakan cerita ini.. Watak Azrahel tu pun not bad.. Ada perubahan tak statik.. Paling tak sangka, dalang dia tu.. Memang pembacaan yang ohsem..
Novel AZRAHEL : SI PENJEJAK KUBUR. Bilangan Halaman: 505 Halaman. Mula Dibaca : Sabtu, 18 / 01 / 2025. Tamat Dibaca : Rabu, 29 / 01 / 2025.
Sebuah karya sains fiksyen selalunya tidak lari dari membawa gambaran keadaan dunia yang dilanda perang tanpa henti. Begitu juga yang dibawa dalam novel Azrahel : Si Penjejak Kubur. Tapi itu cuma salah satu dari cebisan yang sarat dengan mesej di dalamnya.
Bandar Kersani digambarkan sebagai sebuah metropolitan canggih dengan berdirinya banyak bangunan mewah, hologram gergasi memancar di sana sini mempromosikan jenama perniagaan masing-masing dan jalan raya yang lengang kerana manusia sudah memandu kenderaan yang meluncur di udara yang digelar ViCar.
Aku tertarik dengan konsep Q-Bit, iaitu sejenis jam pelbagai fungsi seperti membuat panggilan dan melakukan transaksi kewangan digital. Q-Lens pula selain berfungsi sebagai panduan navigasi tetapi digunakan juga untuk menonton filem. Terasa dekat dengan teknologi hari ini yang meluncur deras seperti tidak berdaya kita mengikut arusnya. Lihat saja betapa pesat revolusi teknologi telefon bimbit. Hari ini, apa saja yang tidak boleh dibuat dengan telefon pintar? Kita boleh membayar bil utiliti, memesan makanan tengahari, menonton filem mahu pun siaran sukan secara langsung.
Tetapi pembangunan moden ada sisi gelapnya.
Terselit di celah-celah kemegahan bandar ini, moraliti dan akhlak manusia sedang tenat. Keterdesakan manusia mendorong mereka membuat apa saja demi mengisi perut tanpa mempedulikan mana halal dan mana haram. Melihat orang mabuk sambil berjoget di tempat awam seperti sebuah pemandangan yang biasa. Dari yang aku faham, penduduk bandar ini bukan saja hancur akhlak tetapi taraf intelek juga membimbangkan.
Beberapa kali penulis menggambarkan premis tinggal dijadikan tempat berhibur. Mereka bekerja cari duit untuk berseronok. Tidak nampak sepanjang novel ini, penulis menyebut tentang keadaan sekolah, universiti apatah lagi institusi madrasah. Bandar punya besar tetapi mana perpustakaan mega? Adakah perang tanpa henti punca kehancuran ketamadunan ini atau zaman di mana A.I mula dikomersialkan besar-besaran?
Garis masa dalam novel ini digambarkan sebagai zaman di mana penggunaan teknologi Android ditarik balik demi membiayai keperluan perang. Jika A.I yang digambarkan pada garis masa ini muncul dalam bentuk hologram, maka A.I yang sama juga pernah digunakan dalam Android humanoid yang mempunyai bentuk fizikal. Bukanlah aku nak mencarut tapi dari teori ini aku terfikir satu lagi keruntuhan akhlak yang merisaukan.
Sub-plot watak Noor yang mula memiliki kesedaran penuh dan menyimpan rasa cinta terhadap Azrahel kerana lelaki itu berbeza dengan kebiasaan lelaki lain yang sudah rosak akhlaknya. Noor pernah memberitahu dirinya dijadikan objek pemuas nafsu lelaki berhidung belang, mungkinkah itu sewaktu zaman Android dijadikan barang dagangan?
Sedangkan dalam realiti hari ini pun, industri pelacuran sudah mula menggantikan 'ayam' dengan patung yang dibina untuk memenuhi imaginasi jijik manusia. Adakah andai benar manusia hari ini akan berhadapan dengan zaman Android humanoid fleksibel melakukan bermacam tugasan, nafsu jijik manusia akan dilampiaskan terhadap Android?
Jijik, sungguh jijik.
Tambah menggambarkan betapa teruknya sistem masyarakat pada waktu itu, pasar gelap tumbuh segar di tengah-tengah bandar yang dikendalikan kongsi gelap. Penyangak-penyangak ini pernah menguasai ekonomi Kersani sebelum dihambat keluar oleh syarikat-syarikat korporat. Bagi aku, korporat seperti Permata lagi busuk dari kongsi gelap. Permata juga punca mengapa perang masih berlanjutan walau negara lawan sudah menghulurkan salam perdamaian.
Tiada perang, tiadalah bisnes. Perangai Permata saling tak tumpah macam Amerika Syarikat. Tangan Permata kotor dengan lautan darah warga Kersani yang diperdaya atas slogan mempertahankan negara. Mereka yang patriotik seperti Skuad Jentayu hanya bidak catur kepada Permata dalam misi mencapai kegilaannya terhadap duit dan kuasa.
Wilayah Bumantara yang dianggap sebagai lagenda pula dibina jauh di atas langit, mengingatkan aku dengan filem Elysium. Jika di Kersani, warga kota terpaksa berhadapan dengan sistem masyarakat yang semakin rosak ditambah pula dengan hujan asid yang sentiasa membasahi bandar. Lain pula ceritanya di Bumantara yang hanya menempatkan golongan bangsawan. Digambarkan sebagai sebuah wilayah utopia yang membawa makna apa itu kemajuan hidup yang sebenar. Menghirup udara segar dan pandangan menghijau yang menyejukkan mata.
Adat dunia, yang di atas sentiasa mempunyai akses dengan segala jenis kemewahan penuh tipu daya. Masakan tidak, manusia punyai banyak wang untuk dihanguskan demi untuk hidup bermewah-mewah dan membiayai dana perang sebaliknya manusia yang sama juga tidak mampu memberi makan kepada orang yang kelaparan. Sedangkan dua golongan ini hidup di alam yang sama, pelik bukan?
Apabila yang sedang lapar itu terpaksa mencuri demi sekeping roti, laju saja penguatkuasa menjalankan tugas tetapi tiada siapa yang mahu bertindak terhadap mereka yang menjadi punca berlakunya bermacam jenis kerosakan dan kezaliman. Bagi aku, politikus ke, payung kuning ke, mereka semua sama saja. Sia-sia saja gelaran atau apa saja status jika tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Penulis juga tidak segan-segan menyindir pihak penguatkuasa yang dikotori dengan najis korupsi. Rasuah adalah najis yang berupaya meruntuhkan sesebuah tamadun. Watak Faizal adalah gambaran imej penguatkuasa yang tiada maruah kerana menggunakan pangkat untuk membolot laba dunia demi kepentingan peribadi.
Prosedur siasatan juga tidak adil kerana rakyat marhaen boleh diseret begitu saja untuk disoal siasat kononnya berpotensi sebagai suspek utama sedangkan layanan yang berbeza diberikan kepada golongan korporat. Jenayah berlaku dalam rumah mereka tetapi pihak berkuasa perlu menunggu kelulusan dari pihak atasan untuk meneruskan siasatan. Sekali lagi, adat dunia. Undang-undang memihak kepada mereka yang berpangkat dan berduit. Dengan pengaruh dan duit, undang-undang boleh dibeli semudah membeli keropok di kedai runcit.
Aku tidak pasti bagaimana asal-usul teknologi implan dalam garis masa novel ini. Boleh jadi pada mulanya ia dibangunkan untuk memudahkan kehidupan seharian mereka yang kurang upaya tetapi lama-kelamaan, implan menjadikan manusia hilang kemanusiaannya. Ibarat manusia separuh robot seperti Juliana, kononnya mahu mengejar kesempurnaan tanpa dia sedar manusia itu sifatnya memang tidak akan sempurna.
Seluruh dunia seperti menyanjung tinggi penggunaan implan ini hinggakan fenomena sukan pun boleh berubah. Masyarakat yang biasanya gemar menonton perlawanan bola sepak sudahnya menukar selera mereka yang mahukan hiburan yang lebih ekstrem. Jika dulu, manusia bertaruh pasukan mana yang akan menang, kini manusia 'membakar' duit untuk bertaruh terhadap petarung-petarung handalan mereka.
Pertandingan BioTempur semakin digilai, malah menjadi pemandangan yang biasa melihat restoran mamak dipenuhi warga kota yang menonton pertarungan ini di kaca televisyen. Arena BioTempur pula dibina seolah-olah pertarungan Gladiator dalam Colosseum. Tidak cukup pertarungan sesama manusia, letak sekali haiwan buas.
Selain BioTempur, sebenarnya banyak lagi konsep menarik yang tidak dikembangkan seperti penggunaan sut tempur ala-ala Metal Hero atau Kamen Rider. Kelebihan implan pun kurang kreativiti dan biasanya sama saja walau berbeza pengguna. Contohnya, perisai tenaga yang dipancarkan dari lengan implan dan berlari pantas dengan kaki implan. Aku agak kecewa sikit dengan bahagian ini.
Mungkin aku boleh anggap mesej utama novel ini adalah kesan penyakit cintakan dunia dan takut mati. Juliana yang begitu gilakan kemewahan dunia sanggup membuang semua kemanusiaannya dan menjerumuskan diri ke jurang yang gelap lagi dalam. Tubuh badan diganti dengan besi dan melakukan apa saja kerja demi mencapai ambisi gilanya termasuk menyeksa dan membunuh.
Lagi parah, sikap cinta dunia mendorong Juliana menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar, iaitu bercita-cita menghidupkan rakan-rakan yang sudah mati. Keterdesakan hidup membuka banyak persimpangan jalan. Ada yang semakin gilakan dunia, ada yang sekadar mahu cari makan untuk teruskan hidup.
Pertempuran akhir mungkin sebagai simbolik apakah nasib yang akan menimpa mereka yang terpedaya dengan dunia dan apakah itu makna memikul sebuah harapan.
Suasana perang yang menguntungkan Permata juga membuka peluang kerja yang baru, iaitu sebagai penjejak mayat di medan perang. Risikonya besar tetapi upahnya lumayan. Dari sini juga Azrahel terjebak dalam sebuah konspirasi besar yang mampu menjahanamkan lagi kehidupan manusia yang sudah semakin punah.
Dalam misi mengelakkan Maya-Atma dari disalah guna, Azrahel menyelam jauh ke Mayaloka. Konsep Mayaloka seperti penggunaan Internet dan MetaVerse yang pernah digunakan untuk bermain permainan video dan jadi tempat melepak bagi para penggodam sebelum ia diambil alih oleh A.I Ulung. Kemudiannya, Mayaloka ibarat metropolitan maya bagi warga A.I sebagai tempat mereka menyimpan memori, memproses data dan sebagainya. Di sini juga Azrahel dibantu A.I Ulung yang dikatakan 'tidak mesra' dengan manusia. Tolong pun ada makna kerana apa yang dicari Azrahel itu mengancam kedudukan A.I Ulung sebagai penguasa Mayaloka. Di sini juga banyak kebenaran yang terdedah.
Sebenarnya A.I Ulung bukanlah sepenuhnya A.I yang dikatakan sudah mencapai kesedaran penuh sebaliknya sebahagian dirinya adalah dari otak manusia yang telah didigitasi melalui teknologi Maya-Atma. Cuma identiti sebahagian diri manusia pada A.I Ulung tidak didedahkan. Adakah manusia misteri itu adalah Profesor Mahani?
Teknologi memang banyak memudahkan kehidupan manusia tetapi jika tiada garis panduan, apa jaminannya manusia takkan melanggar batas? Asas teknologi Maya-Atma yang pada mulanya dibangunkan untuk membersihkan udara beracun kemudiannya diidamkan oleh korporat yang mahu memonopoli perang. Sentiasa wujud golongan manusia yang sentiasa mengambil kesempatan dalam apa saja situasi, tidak kurang juga yang membina kesenangan duniawi atas keringat dan darah rakyatnya sendiri.
Aku suka pembangunan dan karakteristik watak utama. Azrahel bukan hero yang 'overpower' sebaliknya dia juga hanya manusia biasa yang berasa lelah dan berdepan risiko kecederaan. Kelebihan utamanya bukan terletak pada kekuatan fizikal mahu pun senjata canggih tetapi pada kelicikannya yang berkali-kali berjaya memperdaya musuh. Konsep pistol Lela dan Rentaka yang mengambil nama sempena senjata alam Melayu yang boleh digabungkan itu unik, cuma agak pelik apabila tembakan laser pemusnah yang dihasilkan tidak memberi apa-apa impak kepada pengguna. Aku tak perasan pula jika Azrahel pernah tercampak ke belakang selepas melepaskan tembakan berkuasa besar.
Penulisan adegan pertarungan semuanya sekadar secukup rasa, tidak meleret-leret. Kalau panjang sangat pun jadi bosan pula nanti.
Semesta fiksyen yang dibina oleh penulis sebenarnya bukan semata-mata hiburan kosong sebaliknya ia suatu gambaran yang perlu kita renungkan. Mungkin juga kita perlu risaukan. Apa akan jadi apabila manusia terlalu bergantung dengan teknologi?
Very fast-paced but in a good way. Storyline amazing. Kejap geram, kejap blushing, kejap sedih. Cukup rasa cerita ni. Waiting for more from this author!
Jujur,pembacaan kali ini sungguh menarik sebab jarang sungguh saya membaca bahan bacaan yang bergenre sebegini. Buku ini lebih menjurus kepada 'sci-fi' sebenarnya. Buku ini mengajar saya tentang kehidupan dari semua segi aspek. Jadi memang berbaloilah pembacaan pada kali ini. Watak-watak di dalam buku ini juga sangat relatable dan fun. Keseluruhannya, buku ini amat menarik dan sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan buat generasi ini.
nota: Pembacaan ini memakan sedikit masa kerana saya sedang sibuk menyiapkan diri buat ukkm pada bulan hadapan hahahaha.
truthfully I'd say i rate it 4.8(?) cus it's good though absolutely there will be much room to improve.
as someone who didn't read genres other than romance for over half a decade, I'd say this book is life-changing. picking it up the first time makes me doubt if i would drop it halfway but thankfully i made it to the end which is worthy as my first cyberpunk in years actually made me fell in love.
character wise azrahel is very close to my heart. his passion, his changes of view, his humane sides and so on. i love his friendship in this book as it creates the impact of wholesome though the time and setting clearly is chaotic. his fight scenes are absolutely great as it doesn't feel rushed nor it seems draggy. author is great at making the pace bearable yet suspenseful.
juliana is such a memorable character as well, how she went from the younger and adventurous girl to sophisticated and fearless woman shows how passion can changes an individual. everything about her is an open book yet mysterious as she can be easily read yet keeps so much between herself. the twist abt her is so satisfying and it never came to mind at all.
the world buildup in this book is written nicely as though i find it hard to imagine sometimes, i agree that the descriptions are very helpful and simple. it feels nice and refreshing to actually read other genres than what i usually go for so i HIGHLY RECOMMEND THIS.
though i do think that the characters are a lot to take in and it requires me quite some energy to comprehend which is which. i do admit there's some confusion here and there while reading but it doesn't affect much cus it doesn't mess with azrahel or the main stuffs.
plus the similarity in characters' names can also be frustrating for me such as how i keep on forgetting which is vince and which is vincent. this occurrence often made me skim through the parts cus i cant seem to process it lol but hey i finished it? but, hopefully the author can try to refrain using these uncanny names together in the future, mayhaps?
overall, it's good and hopefully there will be more life-changing books that actually shifts me away from getting addicted to romance book!!
Suka dengan latar dunia yang dibina penulis, aku boleh bayang - ada vibe Blade Runner + Black Mirror + Ejen Ali. Watak memang ramai, tapi mungkin cara penulis memasukkan watak tu ke setiap babak sangat smooth, aku jadi tak terkeliru. Cuma kurang puas dengan watak utama. Penulis macam menahan kehebatan watak tu. Dan watak tu asyik tak faham je.
Pertama kali baca buku yang bertemakan cyberpunk, best!! Aku suka stail penulisan Abu Huzaifah Bidin. Aku nak tunggu buku ke 2 dia pula. Tak tau lagi bila nak keluar. Tapi kalau dah keluar aku nak beli dan baca. Penulisan dia sedap dibaca 💯