Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau duduk dengan syaitan, sudah semestinya dia akan membawa aku ke neraka." Kemunculan Rayden Hidayat dalam hidupnya membawa satu makna. Lelaki berdarah kacukan cina itu dilahirkan daripada keluarga kongsi gelap. Dia tidak menyangka perwatakan Rayden yang agak dingin dan serius dapat membawanya keluar daripada dunia suaminya. Setahun perkahwinan Hana dan Ziat telah didirikan. Namun ia runtuh kerana nafsu duit. Ziat sanggup menjual isterinya kepada sesiapa sahaja yang membayarnya dengan wang tunai yang banyak. Sejak kehadiran Rayden sebagai pelanggan, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila setiap malam lelaki yang sama bakal menempah isterinya. "Saya takkan lari daripada sini. Syurga saya dibawah telapak kaki suami saya."-Hana.o "Itu bukan syurga tapi neraka. Just choose one, follow me or continue to satiate the devil's appetite."-Rayden Namun kehadiran Rayden dalam hidup Hana bukanlah satu maksud yang sia-sia. Dia datang dengan hajat tiga tahun yang lalu. Dia muncul sebagai memori pahit Hana yang sudah lama dilupakan. Siapa Rayden? Bagaimana aku boleh lupa tentang orang yang paling penting dalam hidup aku? "Ikut aku balik Hana!" -Rayden Hidayat "Aku suami kau yang sah Hana. Kalau kau lebih pilih bekas suami kau yang dah murtad, kau berdosa besar. Tiada ciuman syurga bagi kau Hana. Datang pada aku sekarang!" -Ziat Mana yang harus aku pilih? Dalam jagaan siapa yang lebih selamat untuk aku menetap?
☕️ Not my cup of tea. Macam serba tidak kena. BIG SPOILER ~
Hana kena sihir dengan mak kandung sendiri. Diminyak dagukan si Ziat. Kehilangan anak dengan Rayden. Hilang ingatan. Terpaksa turutkan arahan bodoh si Ziat untuk melayan banyak lelaki (jadi pelacur). Terpaksa gugurkan kandungan. Dah serupa robot dah. Mengikut saja arahan tanpa melawan. ✋🏻 Katanya tak boleh melawan cakap suami. Tapi suami suruh buat benda jahat. Tapi itu lah. At the end, back to point no 1. Dia kena sihir. Jadi dia tak dapat menilai mana baik dan buruk. Semuanya mungkin nampak sama.
Rayden tidak diterima oleh mak mertua dia. Mak dia anti betul dengan Rayden. Sepatutnya kita bagi contoh yang baik dekat mualaf. Ini tidak. And Rayden pula at first kiranya dia memang kenal Hana la kan masa Uncle Chong tempah Hana tu kan? Betul tak? Kenapa gaya macam tak kenal. Konfius mak.
I tell you. Puan Hajah punya level jahat dia ya Allah. Hanya Tuhan sajalah yang tahu. Tak sangka hanya disebabkan, Tuan Zamri tak layan dia macam mana Rayden layan Hana. Timbul perasaan dengki sampai sanggup sihir menyihir. Dia jugalah mastermind disebalik kegiatan Ziat yang lacurkan Hana. Sekarang ni nak tanya. Kenapa mak nak kena dengki dengan anak kandung. Itu bukan anak tiri atau anak pungut tau. Dasar otak senteng.
Puan Hajah la devil yang sebenar geng ‼️💢 Kedua devil ialah si Ziat & family. Ini family gila. Si bapak main judi & bapak ayam, mak peminta sedekah & anak bodoh piang.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Cerita yang fresh. Lari dari klise. Jalan cerita yang menarik. Cuma kurangnya layout yang bagi saya serabut. Ayat dalam perenggan ada yang tidak balance. Ada perenggan yang panjang. Ada tu perenggan sikit. Bab pun bercampur muka surat dengan bab yang lain. Nasib baiknya di sini sebab jalan cerita yang bergerak laju. Jadi tidaklah pembaca fokus akan keserabutan layout, perenggan dan bab itu!
Punca utama konflik dalam cerita ini adalah sifat cemburu. Kerana cemburu rumahtangga Rayden dan Hana hancur. Rayden yang setia. Rayden yang bertanggungjawab. Rayden juga seorang suami yang paling baik. Walau dia seorang mualaf, tetapi dia berusaha untuk menjadi muslim yang baik. Tetapi kerana hasad dengki, rumahtangganya runtuh. Bermula dari situ dia kembali menjadi murtad.
Suami baru Hana, Ziat bukanlah suami yang baik. Sanggup melacurkan Hana untuk mendapatkan kekayaan secara mudah. Dan peliknya disini bila Hana tidak pernah membantah dan baginya segala arahan sang suami perlu dituruti sebagai jaminannya ke syurga. Pelik bukan? Di sini saya dah rasa something wrong dengan Hana dan juga Ziat. Begitu juga Puan Hajah, ibu Hana yang begitu percayakan Ziat yang berlagak alim itu. Bagi Puan Hajah, Hana itu yang bersalah dan jahat dimatanya.
Pertemuan semula Rayden dan Hana membuatkan Rayden mula berdendam. Namun yang menjadi tanda tanya kenapa Hana tidak pernah ingat suami sebaik Rayden? Dia cuba untuk mengingat tetapi sukar dan memori itu tidak pernah ada. Kerana dendam, Rayden cuba merampas Hana semula dan dia mahu Hana turut rasa bagaimana deritanya hidup bila ditinggalkan. Kerana terlalu mahukan Hana semula, Rayden sanggup mengelak dari bertemu Uncle Chong dan mengelak untuk membuat aktiviti kongsi gelap mereka.
Lalu apa kesudahan Hana dan Rayden? Of course ending yang baik² tentang mereka berdua. Walau Rayden cuba bersikap dingin tetapi Rayden tetap Rayden. Meletakkan Hana di tempat teratas. Menyanyangi Hana selayaknya sebagai seorang isteri dan paling utama dia sangat teliti menjaga maruah isterinya agar tidak tercalar lagi sebagaimana Ziat lakukan dahulu.
Plot twist. Ingatkan Ziat tu dah sejahat umat. Tetapi rupanya ada lagi manusia yang sangat kejam. Semuanya kerana sifat cemburu. Benarlah, Islam itu menyuruh umatnya bersederhana. Walau ikatan suami isteri itu sah di sisi islam, janganlah menunjukkan kasih sayang itu secara keterlaluan di depan orang. Kelak ianya akan menjadi hasad pada mata² yang melihatnya.
Nasib baik saya beli ebook je harga rm10.Kalau beli novel,mahal jugak harganya.Ada yg jual sampai rm60.Cerita ni agak meleret.Rasa macam tak boleh terima nasib Hana macam tu.
Akibat cemburu dengan kebahagiaan org lain, manusia tanpa segan silu mensyirikkan Allah.
Rayden terpisah dengan Hana angkara keluarga. Hana berkahwin dengan Ziat juga kerana keluarga. Dan kerana keluarga juga la maruah Hana bagai tiada nilainya. Tapi sekali terikat dengan Rayden, selamanya terikat.
Tahniah buat penulis, idea menarik. Namun, kesalahan-kesalahan teknikal merencatkan pembacaan. Kesalahan seperti frasa 'segelas cawan', 'seutas benang' membuatkan bacaan saya tergendala. Juga logikal pada certain scene, buatkan saya terpaksa berhenti dan double confirm balik scene yang berkaitan.
Diharapkan ada penambahbaikan untuk karya seterusnya. Again, your idea is interesting, congratssss🥳🥳🥳
This entire review has been hidden because of spoilers.
Rayden Hidayat - Rayden? for me, he's traffic light. Kejap red flag, kejap green flag hoho. Kadang manja mengalahkan kucing parsi but ada some part yang mulutnya memang lepas sungguh tak ada tapis-tapis dah sampaikan kadang-kadang ayat dia tu buatkan Hana makan dalam. Hana tu sudahlah trauma dengan kehidupannya dengan Ziat. Then Rayden pula memang pantang betul kalau Hana cakap sesuatu yang boleh buatkan dia berang. Mungkin Rayden ada anger issues. Tapii, kagum dengan kesetiaan Rayden. Tak kisah la Hana sudah disentuh dengan puluhan lelaki pun, Rayden still inginkan Hana sebagai suri hatinya. Dia sudi terima Hana walaupun sometimes layanan Rayden agak dingin ugh. • Nur Hana - To be honest, she's the real victim in this story. Sudahlah dibenci ibu kandung, then jadi mangsa sihir si ibu and also si suami, Ziat pula tegar 'melepaskan' dia ke lelaki lain. Keluarga tahu tapi mereka butakan mata. Tak ada siapa yang nak bela nasib Hana. Mula-mula geram juga bila Hana ni asyik ikut sahaja telunjuk suaminya, tak reti melawan ke, ikut saja cakap suami buta-buta. Ziat pulak asyik guilt trip Hana kata syurga di bawah telapak kaki dia. Eh lah, sudah la dibuatnya Hana tu money machine dia tapi layan Hana tak ubah seperti kucing kurap. Sumpah, kalau diberi peluang tampar si Ziat ni, memang jalan dah dia ni. Straight to hell. But bila kebenaran terbongkar, i wish i could give Hana thousands hugs hahaha...Bukan salah Hana dirinya jadi begitu. Kerana cemburu buta si ibu, hidup Hana menjadi taruhan. • Puan Hajah - The roots of all this mess Meh nak describe Puan Hajah in 3 words
Cemburu Mulut laser Sihir
Selalunya ibu-ibu di luar sana happy bila anak diorang dilayan bak puteri lepas kahwin tapi Puan Hajah ni special. Dia cemburu. Pelik tapi benar. Rasa nak saje ku siku Puan Hajah ni. Dia punya marah lain macam. Mulut tu MasyaAllah memang mintak kena seligi. Pastu not to mention, cemburu Puan Hajah bukan ni level biasa-biasa, dia level sampai sanggup sihir anak sendiri and bagi minyak dagu. Pastu meroyan tak tentu pasal bila kena cerai dengan Tuan Zamri. Actually, bukan nak jadi jahat but Puan Hajah deserves it. Semua benda ni jadi berpunca dari dia. Memang padan la dia duk hospital mental. Cemburu punya pasal, hidup Hana dan Rayden hancur. Nama sahaja Hajah tapi perangai MasyaAllah syaitan pun keliru sama ada ni manusia atau kaum kerabatnya. Mulut laser betul, habis semua orang jadi mangsa makianya.
Words cannot describe how much I want to slap Puan Hajah. Real. • Ziat and His Family Berapi satu badan bila baca part Ziat and family. Rasa macam nak saja tembus dalam buku lepas tu ketuk kepala masing-masing. Itu la hidup sudah berpaksikan dosa dan maksiat. Sanggup buat apa sahaja demi duit. But Alhamdulillah in the end, Ziat sedar kesalahan dia and together with his mom, they became a better person. • No wonder tajuk buku Dalam Jagaan Devil sebab yang devil tu Puan Hajah uhuks bukan Rayden. • Orang Islam yang sudah dididik agar dadanya sentiasa dipenuhi ilma agama pun boleh berubah malah orang yang baru memeluk Islam adakalanya lebih baik berbanding orang yang sejak lahir agamanya Islam. Hasat dengki dan cemburu boleh membuatkan manusia buta dan lalai. ☆ kudos to Cik Zalikha hehe
next : aku bukan malaikat pulak
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sebagai pengemar romance , boleh dikatakan novel cik zalikha bagi kejutan dekat aku sebab memang straightforward dia punya devil.
Even aku macam terkejut dengan si ehem ehem tapi aku macam tak sangka non muslim lebih berkemanusiaan berbanding orang Islam sendiri.
Rayden.. Hidayat.. sedap nama dia. aku sebenarnya kesian dengan dia sebab dia jadi mangsa. Walaupun Hana pun mangsa tapi bagi aku Rayden paling teruk kena sebab dia mualaf, tambah pula kena uji. Memang goyah iman dia. Dia suami sweet dan penyayang and Hana isteri yang baik.
BRAVO DARREN 👏🏻👏🏻
Kesian juga aku bila tengok cara Puan Hajah herdik Darren and Rayden sebab diorang mualaf je. macam bangang pun ada .
aku happy jugalah dengan apa yang berlaku. Dia macam pelik au asal semua manusia dalam buku ini jealous sangat tapi bila fikirkan semula, orang zaman sekarang ini pasal basikal pun gaduh.
Apa-apa pun, korang boleh grab ebook kalau nak baca ini sebab aku tak rasa semua pembaca boleh okay dengan konsep cik zalikha ini. Unik tapi menarik gitu.
Disebabkan dengki, sanggup mensyirikkan tuhan. Cerita ni first-first sangat confusing like apebende ni, dia ni siapa? Hana tu pulak macam terlalu bodoh sebab benda yang berlanggaran dengan syarak pun dia ikut jugak dengan alasan kene ikut kata suami. Malasla nak review HAHHAHA tapi sebenarnya conflict dia tak terlalu berat cuma setan giler perangai mak dia sanggup sihir anak sendiri sebab jeles macam WTF 😒. Pastu suruh lelaki lain gunakan Hana pulak, dah Hana ni jadi pelacur. For me, bende ni agak sensitif sebab entahla pelacur kot, kesian Hana. Takpela selamat ending semua terbongkar and mostly berubah jadi baik. Haa bagus Puan Hajah masuk hospital sakit jiwa
This entire review has been hidden because of spoilers.
kesian dengan hana ni. Mak dia pun disebabkan cemburu,sanggup buat macam tu dekat anak sendiri??💔 Minyak pengasih?? jadikan pelacur?? semua ni?? AGHH BOLEH STRESS TAU BACA, RASA GERAM AND NAK MARAH. ANNOYED 😩
Yang leo ni pun satu, menyemak aje, orang tak nak dekat dia, tapi sibuk terhegeh hegeh jugak🙄
Mood korang akan naik turun baca buku ni. Perasaan emosi bercampur² tapi yang sure perasaan geram and annoyed confirm lebih banyak 🤣
This entire review has been hidden because of spoilers.
To be very honest, I masih marah lagi dengan buku ni especially to Puan Hajah. I tak pernah expect akan ada seorang ibu yang cemburukan anak sendiri dan sanggup rosakkan perkahwinan anak dia. And the worst thing is, dia sanggup suruh Ziat (Hana's second husband selepas Rayden) untuk bagi minyak pengasih dekat Hana supaya Hana ikut cakap Ziat dan minta cerai dekat Rayden, lepastu Puan Hajah ni jugalah yang minta Ziat untuk jual Hana jadi pelacur. You bayangkan lah eh, seorang ibu yang melahirkan anak tu, and dia juga yg merosakkan anak dia sendiri. The logic? Maybe wujud lah ye, sebab sekarang ni keluarga sendiri boleh membunuh.
Sumpah kasihan dengan nasib Hana. Tetapi dia beruntung sebab Rayden berkahwin dengan dia semula dan akhirnya satu persatu rahsia terbongkar terutama tentang sihir Puan Hajah, kemalangan yang berlaku tiga tahun lepas dan kandungan Hana. On the other side, Rayden ni datang dalam keluarga kongsi gelap (mafia gitu lerrr..), tapi konflik tak banyak melibatkan keluarga Rayden, cuma si Leo (perempuan yang hampir dikahwinkan dgn Rayden) tu je jadi penyibuk. Nasib baik Rayden ni jenis, "kau buat hal, kau tanggung sendiri". Si Leo ni sanggup rogol Rayden sewaktu Rayden tak sedar kerana dibagi ubat tidur (kira rogol lah kan..). Cinta dan hati rayden ni memang selamanya untuk Hana. Walaupun ada banyak lelaki dah sentuh Hana, dia langsung tak pandang jijik dekat Hana ni, malah dia sanggup buat apa sahaja supaya Hana tak lari/minta cerai lagi dekat dia.
Baca novel ni, memang mood you akan turun naik but most of the time, you akan rasa nak baling je buku tu atas katil, nak2 lagi bila sampai bab Puan Hajah yang tak habis-habis dengan mulut puaka dia tu. Kalau dia ni memang wujud, rasa nak bagi penampar je, serious. Cemburu yang berlebihan hanya kerana Tuan Zamri (bapa Hana) tak pernah layan dia layaknya sebagai seorang isteri. Pendek kata, puan hajah ni walaupun dah tua, dia masih nak berkasih sayang (tak perlu tanyalah apa dia kan..you sendiri tahu lah apa). Tapi Tuan Zamri bukan saja2 tau pentingkan kerja, dia buat semua tu utk belikan puan hajah banglo (sesuai lah dgn permintaan makcik tua tu dulu2). At last, tuan zamri terpaksa ceraikan puan hajah sebab dia terlalu kecewa dgn sikap isteri dia. Kasihan juga lah. Side character dalam novel ni tak banyak, so you tak pening baca. Kalau nak tahu penyudahan cerita, you beli, baca and nilai sendiri.
Overall, I okay dengan jalan cerita yg nak disampaikan oleh penulis. Banyak juga pengajaran cerita ni kalau you betul2 hadam dia kan. And I can't blame you if you rasa novel ni macam tak logik, but this sort of things really happen tho. Sihir dah macam permainan manusia dah sekarang ni. Jadi hati2 lah, jaga solat dan sebagainya, semoga kita semua tak terkena dengan benda2 sihir ni semua. And sesiapa yang ada niat nak buat tu, tolonglah sedar. Allah Maha Melihat. Nanti tak pasal2 jadi gila mcm puan hajah. You tak akan jumpa kebahagiaan yang you nak kalau you rosakkan hidup orang lain.
Last but not least, novel ni ada banyak typo tetapi tak menjejaskan pembacaan pun. Cuma kalau boleh, penulis bezakan lah flashback dan current situation (maybe dari segi font etc.) sebab macam tiber2 je kan, nak2 lagi bila dua2 keadaan tu berada dalam page yang sama.. but that's okay lah, janji masih boleh faham. Sapa yang belum baca tu, kena teliti dan fokus betul2 supaya korang tak pening. Thank you.