Jump to ratings and reviews
Rate this book

Awanama Kosmos

Rate this book
Nasib malang seorang angkasawan wanita negara, Nora Yuhanis telah menjadi penyebab kepada tercetusnya evolusi makhluk 'Awanama' yang datangnya daripada luar kosmik lalu mengheret seluruh populasi bumi kembali ke zaman kuno yakni era tanpa teknologi dan dicemari pula bahan sisa radiasi berbahaya. Manusia yang terselamat daripada 'Letupan Besar' berkoloni samada di angkasaraya ataupun di dalam bunker yang tertanam jauh di dalam perut bumi.

Tujuh puluh tahun telah berlalu, cemaran radiasi semakin berkurangan. Mereka yang berada di angkasaraya dipanggil 'Koloni Skyblood' manakala bagi mereka yang berada di bunker digelar 'Koloni Knightblood'. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

311 pages, Paperback

First published October 1, 2021

5 people want to read

About the author

Hdin Hafizuddin

1 book3 followers
Mohamad Hafizuddin Mahmood atau nama pena Hdin Hafizuddin berasal dari Bukit Gambir, Johor. Penulis mendapat Pendidikan awal di SMK Bukit Gambir (BiGSS), Tangkak, Johor sebelum menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Geologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada waktu kini, sedang bertugas di Hulu Perak, Perak sebagai Ahli Geologis / Ahli Kaji Bumi di salah sebuah syarikat swasta. Penulis merupakan penulis pemula dan karya “Awanama Kosmos” ini merupakan karya pertamanya.
Penulis gemar menjelajah, mengembara serta menukilkan imaginasi saintifik dalam bentuk penulisan kreatif supaya dapat menanamkan minat kepada ilmu sains untuk kemaslahatan generasi akan datang. Dengan menulis itu jugalah, karya itu menjadi satu-satunya harta yang kekal ‘menghidup’ dan dapat dibaca selama beberapa generasi meskipun penulis itu sudah tiada lagi.

“Pandanglah ke angkasaraya dan lihatlah dengan mata hati. Manusia diibaratkan hanyalah sebutir pasir halus yang maha kecil daripada jutaan butiran pasir di sebuah pantai yang luas.”

Penulis boleh dihubungi melalui alamat e-mel hafizuddinmahmood@gmail.com. Penulis juga boleh dihubungi melalui laman facebook (www.facebook.com/hdinhafizuddin), laman sosial Twitter (www.twitter.com/hdinhafizuddin), laman sosial Instagram (www.instagram.com/wattpadhdinhafizuddin) dan juga laman sosial Wattpad (www.wattpad.com/hdinhafizuddin).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (14%)
4 stars
1 (14%)
3 stars
2 (28%)
2 stars
3 (42%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Sri Rahayu Yusop.
Author 24 books262 followers
December 4, 2021
Menulis novel saifai sebagai debut penerbitan adalah tindakan berani.

Pertama, saya mesti komen tentang kualiti fizikal buku ini. Buku ini ada 312 mukasurat & dicetak atas kertas 80 gram. Jadi, ia tebal & saya terpaksa kepakkan buku ini untuk membacanya. Buku ini, berderai terpisah. Spinenya terpisah dari kulit. Beberapa mukasurat tertanggal terus. Layout buku ini tidak sesuai untuk keselesaan mata pembaca. Rekaletak novel ini umpama karangan ditaip. Saya cadangkan penulis untuk menghubungi printer tentang kualiti fizikal buku ini.

Awanama Kosmos mempunyai cakupan cerita yang terlalu besar. Ia adalah tentang bagaimana penduduk Bumi terpisah kepada 2 puak, puak yang tinggal di bawah permukaan Bumi & puak yang tinggal di angkasa akibat Bumi terpaksa dibersihkan dengan ledakan bom nuklear untuk membasmi satu organisma buas dari angkasa lepas yang mengancam Bumi. Walaubagaimanapun, separuh novel ini menceritakan tentang perjalanan Nora Yuhanis menjadi angkasawan. NY berada dalam program angkasawan di ISS yang bertemu dengan organisma buas ini. Selepas itu, escalation berlaku dengan pantas sehingga ia hanya suatu penulisan secaea 'telling' seratus-peratus. Separuh novel ini adalah plotting untuk satu novel lain. Banyak bahagian dalam novel ini ditulis dalam bahasa Inggeris dan ia memerlukan semakan tatabahasa yang terperinci.

Bagi saya, novel ini boleh diperbaiki dengan membuang proses Nora Yuhanis jadi angkasawan ala-ala Dr Sheikh Muzafar. Penulis ambil semula bahan mukasurat 150 dan tulis 100000 patah perkataan untuk Awanama Kosmos yang sebenar.

Sekali lagi saya katakan, ini adalah percubaan yang berani. Novel pertama saya adalah spin off Hikayat Hang Tuah dengan jumlah 15000 patah perkataan. Awanama Kosmos adalah saifai post-apocalyptic + predecessor to space opera ala Dune, jadi jangan gusar Hdin! Saya pernah mengatakan get your first novel out of the way, and the second, better novel will happen dan saya rasa penulis telah berjaya melakukannya. Novel saya sampai sekarang pun tidak sempurna & mendapat kritikan & saya terus belajar walaupun tiada novel baru.

Terima kasih untuk naskhah giveaway ini.
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews7 followers
March 19, 2023
Maafkan saya kalau ulasan ni terkasar bahasa dan menyinggung perasaan pengarang.

Dari awal sehinggalah ke akhir buku, saya terasa seperti tengah membaca ringkasan dalam bentuk laporan. Kadang-kadang, rasa macam tengah baca skrip dokumentari pun ada. Sampai pertengahan novel saya harapkan separuh kedua novel ni laras bahasa sebegitu tak dikekalkan.

Tapi, aduhai!

Khusus untuk watak utama, Nora Yuhanis, saya langsung tak 'kenal' watak ni. Perwatakan Nora Yuhanis tak berjaya ditunjukkan dan diserlahkan. Kebanyakan babak yang melibatkan watak ni sekadar diberitahu. Dan kalau ada dialog pun, jumlahnya sangat minimum. Tak cukup nak membuatkan pembaca rasa dekat dan kenal dengan watak ni.

Watak-watak sampingan lain pun begini cara mereka disisipkan dala cerita. Sekadar diberitahu latar belakang mereka tanpa dapat pembaca selami sudut pandang mereka, memahami dengan dalam perwatakan mereka.

Paling saya geram, dekat m/s 275, tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba Nora Yuhanis dengan Daeng Mustakim ni bercinta? Lepas tu kahwin pula. Tak ada langsung bibit-bibit yang menunjukkan dua watak ni bercinta dan saling suka.

Kalau untuk plot pula, separuh pertama novel ni sangat hambar. Pada separuh kedua, barulah nampak bayang-bayang plot. Tapi, sayang sangat sebab pengarang bukan menceritakan apa yang jadi. Sebaliknya, pengarang hanya 'memberitahu' apa yang terjadi selepas makhluk tu sampai ke bumi dan kesan selepas sinaran radiasi.

Bercakap tentang makhluk ni ...
Aduh, tak banyak pun babak yang melibatkan makhluk ni! Sayang sungguh sebab ia sepatutnya jadi tumpuan utama cerita ni.

Juga saya geram sebab tiba-tiba bab 55 keluar watak baru, dahlah pakai sudut pandang pertama dengan rawaknya. Beberapa bab ke depan, tiba-tiba ada latar tempat baru pula, walhal watak Edrian (saya tukar ejaan nama watak ni) tak dikembangkan dengan baik lagi.

Mula saja baca bab 56, saya langkau terus cerita. Walhal dalam tu ada banyak pantun dan lenggok bahasa yang puitis! Tapi, saya dah tak tahan dengan laras bahasa pengarang. Maaf sangat-sangat.

Sebagai pembaca, saya tak begitu peduli fakta-fakta terperinci tentang latihan, pesawat, dsb dalam novel ni. Saya cuma nak baca cerita. Dan malangnya dalam novel ni terasa macam tak banyak cerita. Banyak muntahan fakta atau laporan kejadian.

Asalnya, saya nak bagi satu bintang. Tapi, mengenangkan banyak pengetahuan baru saya dapat dalam novel ni dan juga usaha pengarang, saya naikkan jadi dua.

Kepada pengarang, tolong asah lagi kemahiran mengarang dan cuba teknik penceritaan yang lain pula lepas ni. Ikutkan genre saja, saya memang nak sokong karya-karya awak. Tapi, kalau laras bahasa awak kekal macam ni. Hurm ...
19 reviews3 followers
February 10, 2023
Aku mula diperkenalkan kepada penulis ini atau Hdin Hafizuddin oleh Wattpad. Tajuk-tajuk novel dia agak edgy dan bertumpu pada sci-fi sahaja, khususnya berkaitan angkasaraya. Kulit muka depan buku-buku dia pun nampak cantik dan berwarna-warni, direkabentuk dengan baik nampaknya. Disebabkan itu, ditambah gaya bahasa yang pada aku agak di upper end (jika Sasterawan Negara aku bagi sepuluh dari sepuluh bintang, penulis ini aku bagi lapan bintang sebab banyak juga kosa kata yang aku tak pernah dengar), maka aku cuba-cuba baca dahulu buku pertama yang dijualnya secara swaterbit, iaitu berjudul Awanama Kosmos. Aku jenis tak suka buku fizikal, mujur ada e-book, dan harga dia pula jatuh kepada RM6 lebih saja, maka aku pun belilah kat Google Play Book.

Jujurnya, bahasa penulis seperti dijangka, bagus. Buku ini seperti telah disunting terlebih dahulu dengan penuh hati-hati. Cuma ada sedikit sahaja kesalahan tatabahasa dan ejaan, mungkin terlepas agaknya.

Keseluruhannya, aku rasa membaca novel ini seperti membaca laporan. Tepatnya, laporan analisa senario. Tahukah korang apa itu analisa senario? Katakanlah korang kerja di US Department of Defense. Kerajaan cadangkan satu senario bagaimana jika US diserang makhluk asing? Jadi korang selaku ahli jabatan kena fikir bagaimana jika peristiwa itu benar-benar berlaku dan apa yang US sekarang ada dalam kantung sumbernya untuk menangani isu-isu yang berbangkit dan mempertahankan US dari peristiwa atau senario itu. Analisa senario ini biasanya dilakukan oleh jabatan kerajaan macam US DoD itulah, atau syarikat terutama syarikat insurans dan bank-bank. Bank-bank selalunya analisa senario krisis kewangan dan krisis ekonomi. Pengarah movie pun sebenarnya buat analisa senario sebelum membina jalan cerita atau storyboard, supaya movie itu nampak realistik dan tak adalah nanti penonton rasa nak tampar pengarah sebab jalan cerita mengarut macam movie Kung Fury.

Hah, panjang lebar pula aku membebel, dah macam tulis blog pula. Ya, berbalik pada Awanama Kosmos tadi, novel ini macam laporan analisa senario. Laras bahasa penulis pula memang betul-betul macam tulis report, kadangkala macam baca tulisan laporan dalam surat khabar pun ada, kadangkala macam baca tulisan dalam karangan bahasa Melayu zaman sekolah menengah dulu pun ada. Aku tergelak juga baca, sebab tak macam baca novel. Latar dalam novel ini juga lebih diberi penekanan berbanding watak utamanya Nora Yuhanis. Pendek kata, pembaca akan dapati latar cerita, iaitu apa yang berlaku di sekeliling Nora lebih berwatak berperangai bersikap berbanding Nora Yuhanis sendiri. Sepatutnya Nora jadi watak, tapi dia hanya jadi latar pula, dah terbalik. Ini ciri analisa senario bukan novel bro. Novel memfokus pada watak dan emosi. Bukan aku kata Hdin tak ada mention benda ni, dia ada mention tapi dia tak fokus kepada benda ni, which is pada aku tunjang utama sebuah novel. Aku fikir untuk kebaikan penulis, cuba belajar menggunakan laras tidak rasmi berbanding laras laporan untuk lebih dekat dengan pembaca.

Fakta-fakta dalam novel ini nampak seperti sudah diselidik penuh penulis. Contohnya, bom nuklear kobalt. Aku ingat kobalt ini hanya digunakan di hospital, rupanya boleh dibuat bom juga. Bila aku buat fact-check, memang betul! Ia boleh digunakan sebagai doomsday device, memang menakutkan. Ada banyak pengetahuan baru berkenaan kehidupan di angkasaraya. Hdin amat rinci dalam menerangkan serba-serbi berkenaan proses penyaringan calon angkasawan, bagaimana roket dilancarkan, bagaimana kapal pengangkut menghantar angkasawan ke orbit dan ISS, semua diterangkan penuh rinci. Aku fikir mustahil semua ini boleh ditulis tanpa usaha keras contohnya dengan menemubual angkasawan sebenar, atau buat penyelidikan yang banyak di internet dan perpustakaan. Aku nampak usaha keras penulis di sini, penulis nampaknya melaburkan banyak masa. Boleh dikatakan novel begini aku tidak akan buang atau derma ke perpustakaan, sebab ada ilmu yang tersimpan dalamnya. Sayang kalau dikeluarkan dari simpanan sendiri. Namun disebabkan ia laporan analisa senario berbanding sebuah novel, tidak keterlaluan jika aku katakan ia boleh digunakan kerajaan sebagai rujukan untuk buat analisa senario serupa jika Malaysia diserang makhluk asing.

Ada satu dua perkara yang aku musykil. Pertama, aku rasa macam ada pertentangan penyebab-akibat (cause-and-effect) dalam novel ini. Jika Malaysia sudah bersedia dengan segala kapal pengangkut untuk mengangkut rakyat Malaysia ke angkasa bersekali dengan spesimen tanaman dan semua kelengkapan untuk hidup di angkasaraya, maka mestilah penyelidikan mikro-graviti yang asas atau basic dah sepatutnya ditamatkan. Maksud aku, bila kita sudah maju dalam selok-belok hidup di angkasa, penyelidikan asas begini sudah jadi redundant, kuno dan kita harus menumpu pada penyelidikan perkara yang lebih ke hadapan, yang belum diteroka sebelum kita berjaya survive di angkasa. Persoalannya, mengapa Nora Yuhanis dihantar untuk melakukan penyelidikan basic lagi, seperti penyelidikan bakteria yang pernah dilakukan Dr. Sheikh Muszaphar bertahun dahulu? Jika Malaysia sudah ada stesen angkasa sendiri, mengapa Nora dihantar berasingan ke ISS semata-mata untuk lakukan penyelidikan itu? Itu sahaja, dan aku harap Hdin dapat menerang lanjut.

Lagi satu perkara aku musykil. Bagaimana negara kuasa besar boleh memutus memusnahkan bumi kerana alien tu sudah tak ada cara lain untuk dibunuh? Aku persoalkan etika. Sanggupkah semua manusia setuju agar bumi dimusnahkan? Bukan setakat bumi, malah semua tumbuh-tumbuhan dan haiwan! Tak rasa bersalah pada Tuhankah? Aku yakin yang atheis pun sekurangnya akan rasa cara ini kurang etika. Aku rasa sebelum diorang memutus, pasti ada satu dua negara yang tak agree (biasanya China dan Rusia lah kan?), dan sebelum diorang musnahkan bumi demi bunuh alien, mesti diorang akan berperang nuklear terlebih dahulu dengan negara-negara yang tidak bersetuju ini. Entahlah. Aku fikir logik lagi begitu. Kalau senario alien dalam novel ini ditukarkan dengan perkara lain yang boleh buat post-apocalyptic condition dan manusia terpaksa lari ke bawah tanah atau angkasa pun aku fikir tak akan mengubah jalan ceritanya malah kalau boleh ditukarkan kepada senario yang lebih logik, aku rasa novel ini akan lebih kuat logiknya.

Empat bintang untuk bahasa, empat bintang untuk kandungan dan usaha keras, maka empat bintang keseluruhan aku berikan.
Profile Image for Izzah Berhan.
91 reviews5 followers
January 27, 2023
Novel ini berkisahkan secara am nya mengenai PERJALANAN seseorang menjadi angkasawan kedua negara seterusnya setelah tiba di atas sana terjadi satu malapetaka iaitu kehadiran AWANAMA KOSMOS yg mengubah kehidupan dunia manusia di bumi. Malapetaka tersebut menyebabkan kehidupan manusia berkoloni di bumi dan di angkasa dan kemudian sedikit kehidupan mereka setelah ketiadaan makhluk durjana tersebut. Jujur kata, perjalanan kisah ini yg sebenar hanya bermula pada muka surat 151. Muka surat awal sebelum tu sesuai untuk pelajar sekolah tapi untuk pembaca dewasa agak tidak menyenangkan namun tetap banyak pengetahuan dapat di ambil tentang ilmu angkawasan. Namun, memandangkan mmg penulis fokus kepada pelajar sekolah maka tidak mengapa. Kisah yang menarik pula hanya bermula pada muka surat 292, namun itu juga boleh di jangka pengakhiranna tapi epilog nya buat saya meremang! Saya menantikan sambungan kalau ada! Kecewa juga dgn kisah AWANAMA KOSMOS, sbb saya mengharapkan penulis menulis lebih lagi tentang AWANAMA KOSMOS itu sendiri. Apa pun satu pembacaan yang tidak merugikan. Terima kasih.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for shifa hanani.
98 reviews3 followers
April 22, 2024
Bagi saya, novel ini sebenarnya membunyai banyak potensi.Dari segi idea berkenaan makhluk awanama kosmos yang memakan apa saja benda di sekelilingnya, idea itu sangat bagus. Cuma, bagi saya, garapan penulis masih kurang mantap. Apapun, tahniah! Percubaan yang mantap untuk novel pertama penulis.

Mungkin lebih baik jika dalam novel ini, proses Nora untuk menjadi angkasawan dapat diminimumkan agar plot berkenaan makhluk misteri ini dapat dibanyakkan.Saya ada banyak persoalan mengenai makhluk ini, dari galaksi manakah asalnya? Apakah bentuk asal makhluk ini sebelum bermutasi dengan bakteria dari Bumi? Apakah sifatnya selain memakan benda di sekelilingnya? Oleh itu, wajar saya katakan novel ini sebenarnya ada potensi untuk menjadi bestseller jika pembaca dapat merungkai persoalan mengenai makhluk ini dengan lebih banyak.

Dari segi lontaran fakta, itu tidak dapat dinafikan lagi. Saya suka dengan usaha penulis yang mendedahkan banyak perkara mengenai astrofizik yang saya tak pernah baca sebelum ini. Cuma, laras bahasa penulis boleh diperbaiki supaya pembaca tidak merasa bosan ketika menelaah fakta yang terkandung dalam novel ini.

Akhir sekali, pada beberapa bab terakhir, ada menceritakan mengenai koloni Skyblood dan koloni Knightblood dan ada sedikit snippet berkenaan Aedrian, Bidara Kasih dan Pasak. Saya berpendapat kisah mereka ini boleh diketengahkan dalam novel kedua penulis. Tentu menarik. Untuk Awanama Kosmos ini biarlah berakhir sehingga perkahwinan antara Nora dan Daeng sahaja ataupun memadai sehingga pendaratan koloni Skyblood ke bumi.

Mungkin penulis boleh menggarap novel kedua berkenaan kerjasama antara koloni Skyblood yang mendarat ke Bumi dan koloni Knightblood yang sudah membina kerajaan di Bumi?

Apapun, tahniah atas novel pertama penulis! Saya menantikan karya seterusnya!
Profile Image for Farhanah Atiqah.
Author 1 book8 followers
October 31, 2022
Banyak pengetahuan baru yang saya dapat semasa membaca novel ini. Pasti banyak penyelidikan yang tuan penulis telah lakukan semasa menulisnya.

Dari segi plot, saya rasa terlalu banyak penekanan pada proses Nora Yuhanis menjadi angkasawan. Perlukan lebih cerita untuk karakter yang sedia ada.

Akhir kata, syabas dan tahniah atas penghasilan karya yang sangat berani ini. Teruskan menulis!
Displaying 1 - 6 of 6 reviews