Seorang pembunuh upahan (Kontraktor) bernama Jelita telah melaksanakan misi pembunuhannya yang terakhir. Mengikut peraturan Kelab Pembunuh, Jelita boleh bersara dan berhijrah keluar dari Kota. Namun begitu, Ketua Kelab Pembunuh mempunyai rancangan lain untuk Jelita. Jelita diberikan tawaran untuk menggantikan tempat Puan Dahlia sebagai Ketua Kelab Pembunuh. Jelita pada mulanya menolak, namun Puan Dahlia memberitahunya sesuatu yang tak disangka tentang masa silamnya. Jelita dalam dilema. Pada masa yang sama, Jelita didatangi Anita, watak ciptaan seorang penulis bernama A. Zafon. Anita mengupah Jelita untuk membunuh Penciptanya (A. Zafon). Bersama Anita, Jelita melalui beberapa situasi yang surreal hingga Jelita mula meragui kewujudan dirinya sendiri.
Pertama sekali, aku nak ucapkan tahniah kepada pereka kulit buku ini. Cantik kulit buku bersulamkan warna lembut si merah jambu. Tidak dinafikan kulit buku ini yang menjadikan aku tertarik untuk membelek buku ini di BBW, dan membelinya selepas membaca sinopsis yang berjaya juga menarik minatku.
Buku ini boleh dikategorikan dalam genre fantasi thriller. Membawa kisah Jelita, seorang Kontraktor Kelab Pembunuh Kota, satu kelab elit pembunuh upahan di Kota. Jika kontraktor berjaya mengumpul 100 mata hasil pembunuhan yang dilakukan, mereka akan ditawarkan untuk kekal sebagai kontraktor atau meninggalkan kelab. Semestinya, Jelita memilih untuk meninggalkan kelab namun ada masalah lain untuk dirinya.
Datang pula Anita (watak dalam sebuah buku) yang mahu membantu Jelita menyelesaikan masalah itu dengan syarat Jelita harus menghapuskan Penciptanya (penulis buku).
Aku suka akan premis buku ini iaitu apabila kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya dalam hati, semua perkara akan jadi lebih mudah ✨
Jalan cerita bagiku agak menarik cuma ada beberapa ketika, aku merasakan plot cerita bagaikan tidak bersambung atau aku yang sukar untuk memahami. Tetiba aku macam hilang arah 😅 Watak yang ada tidak banyak jadi mudah untuk mengingati semua watak dan hubung kait antara mereka. Watak yang aku rasa paling misteri adalah Encik Putih dan Alep Housman.
Buku ini untuk pembaca matang dan secara keseluruhan, buku ini tidak begitu berjaya menambat hatiku. Mungkin juga aku bukan target reader buku ini. Barangkali lebih sesuai untuk pembaca yang lebih muda. Aku pun tidak pasti 😌
"Jelita, di Kota ini, tiada satu pun yang mustahil, fantasi adalah nyata, kejahatan adalah subjektif, kebaikan tidak semestinya dibalas gula-gula syurga."
Kisah kembara Jelita untuk keluar dari Kota (yang aku bayangkan sebuah distopia) dan hidup bebas tanpa terikat dengan Kelab Pembunuh Kota ini cuma medium penulis untuk bawa pembaca ke cerita yang lebih utama; tentang A. Zafon dan Alep H.
Atau cuma aku yang rasa begitu (ya aku ada emotional attachment dengan Alep H.) Kalau pembaca yang mengikuti karya-karya penulis, pasti akan perasan penulis selalu selitkan sedikit watak-watak dari buku beliau sebelum ni, cuma untuk Jelita memang jelas ia tentang Alep Housman.
POV mungkin berbeza untuk pembaca yang tak pernah mengikuti karya penulis sebelum ni. Tak baca karya sebelum pun tak mengapa sebab novel-novelnya semua standalone termasuk Jelita. Cuma kalau baca anda akan nampak kaitannya. Begitulah.
Tulis panjang-panjang ni sebenarnya cuma nak cakap, lagi suka bahagian Anita-A. Zafon-Alep H. berbanding bahagian Kelab Pembunuh-Puan Dahlia-Encik Putih.
"Di Kota ini, tiada satu pun yang mustahil, fantasi adalah nyata, kejahatan adalah subjektif, kebaikan tidak semestinya dibalas gula-gula syurga"
p/s: Kena buat nota peta minda untuk Sahidzan Universe supaya tak pening.
Kish tentang Jelita yang dah berjaya kumpul 100 mata hasil kerja-kerja pembunuhan. Dia bercadang nak cuci tangan dan tinggalkan Kota. Tapi Pun Dahlia tak bagi dan tawarkan Jelita untuk jadi Ketua menggantikan tempat Dahlia. Jelita mati-mati taknak terima tawaran tu. Dia nak mulakan hidup baru lah kononnya.
Dalam masa yang sama, Dahlia berjumpa dengan Anita. Anita ialah watak dalam novel Nokturnal hasil tulisan A. Zafon. Sebab Jelita dah biasa bunuh orang, Anita minta Jelita tolong bunuh A. Zafon sebab Anita rasa ANita akan mati dalam novel sequel Nokturnal yang akan A. Zafon tulis.
Jelita ni macam hesitate lah nak tolong Anita ni. Anita ni macam mengjengkelkan jugak lah. Nak tak nak, sebab ANita selalu ganggu (read: paksa) Jelita, dia pun jadi berminat nak dapat tahu mengenai Anita ni.
Jelita pergi kedai buku untuk cari novel Nokturnal tu. Di kedai buku tu, dia kenal Zahim yang kerja kat kedai buku tu. Zahim ni macam simping kat Jelita ni lah. Sanggup dia tolong dapatkan buku Nokturnal tu dari kawan dia. (Novel Nokturnal tu dah sold out kat kedai dia). AKu suka watak Zahim ni. Kelakar bodoh-bodoh gitu. Rupanya keluarga Zahim ni berkaitan dengan hidup lama Jelita.
Sebab Jelita menolak tawaran jadi Ketua, dia diburu oleh Kontraktor (Pembunuh Upahan) lain untuk dibunuh. Dalam usaha dia nak larikan diri tu, dia jumpa semula orang-orang yang dia kenal di Kamar Merah dulu. Dan juga Alep Housman. (Alep Housman dari novel Sepuloh Nama)
Haa dah la, apa jadi leps tu, kena baca sendiri lah. Aku malas nak spoil semua.
Aku rasa ending dia macam terlalu tiba-tiba. Aku kena baca beberapa kali kat certain parts untuk faham. Sejujurnya aku suka idea penulis ni. Seggama minda. Tapi apa guna seggama kalau tak ada hasil kan? Tapi tulaj, macam aku kata tadi, aku macam stuck dan tak faham juga kat beberapa part.
Nasib baik ckat chapter terakhir tu penulis explain semua apa yang terjadi. Wlaupun tak sepenuhnya faham, tapi ok la. Atleast aku tahu apa jadi pada Jelita dan Alep Housman.
Aku macam nak suka novel ni, tapi entah la. Macam susah je. Macam ada benda yang menghalang. Kalau aku buat list senarai novel Sahidzan yang aku suka, maybe novel ni berada di kedudukan kedua terakhir. Novel terakhir masih lagi Balachi. Haha
"Di Kota ini, tiada satu pun yang mustahil, fantasi adalah nyata, kejahatan adalah subjektif, kebaikan tidak semestinya dibalas gula-gula syurga"
Beli buku ni semasa PBAKL 2022, dua tahun kemudian baru habis baca. Tapi agak sesuailah timing-nya tu sebab sebelum baca buku ni, saya sudah habis baca buku Sepuloh Nama yang ada kaitan rapat (rapat bukan sebarang rapat, memang one of the major plot juga). So, sesiapa yang berniat mau baca buku ni, sila lah baca Sepuloh Nama dulu ya. Memang tersengih-sengih sejalah sis sepanjang baca buku ni, selain ikut terkesima dan terpempan dengan gaya penulisan penulis ni sendiri yang ada seja bikin kita 🤡🤯.
Jalan cerita yang disusun meski kadang macam bingung bingung, diatur kemas ikut pengembangan ceritanya. Though cannot deny, by the far end of the story ada rasa macam rushing sikit penutup dia. But as a fellow reader yang memang sudah kena exposed dengan cara penulisan dia, sis terima dan setuju dengan pegakhiran dia huks.
Overall, best. Sila lah baca jika kamu suka dengan genre fantasi-kontemporari-thriller.
Ok, seperti apa yg ada seorang review ni kata yg cerita ni saling berkait rapat, aku rasa buku ni mmg tk sesuai utk org yg tk familiar dgn pengarang Sahidzan Salleh. Seperti diri aku sendiri 😭
Aku mmg suka setting dia sgt. Pembunuhan, kontrak, main action² gitu, mmg favourite aku. Disebabkan sinopsis dia ttg Jelita sebagai seorang pembunuh nilah sbbnya aku beli buku ni.
Tpi bila dh muncul konsep fantasi-realiti gitu, ha, dah mula dah garu kepala. Aku rasa jalan cerita dia mmg best. Character Jelita aku mmg bgi 10/10 sbb dia badass gilerrr. Dan mestilah Hagishi tkkan dilupa 🙏 jasamu dikenang ya Hagishi.
Ending dia mcm...tk taulah, rasa mcm penulis dh malas sgt nk tulis. So rasa mcm anti klimatik sikit
Yay.
This entire review has been hidden because of spoilers.
agak kecewa bila dapat tahu yang Jelita takkan jumpa dengan ibunya semula. kalau Sahidzan sambung cerita ni sebagai cerita thriller iaitu Jelita lari dari Kontraktok-kontraktor Kelab yang memburunya dan terus bersembunyi tanpa perlu menuruti kehendak Anita untuk bunuh penciptanya seterusnya meneruskan rancangan untuk menggulingkan Jimi tanpa ada gangguan bilik khayalan A. Zafon, aku rasa plot cerita takdalah terhuyung-hayang sampai aku pun tak pasti Jelita ni wujud sebagai watak novel A. Zafon atau dia wujud sebagai penduduk Kota.
anyway suka betul Sahizan dengan watak Alep Housman dari novel Sepuloh Nama. adakah dia nak buat novel-novelnya saling berkait atau multiverse?
This entire review has been hidden because of spoilers.
cerita ni bagi aku best.penuh dengan aksi.tapi jadi pening sebab jalan cerita dia macam tak jelas bagi aku.rupa-rupanya,orang kata buku ni berkait dengan karya penulis yang sebelum ni walaupun jelita itu sifatnya stand alone.
aku ragu2 nak bagi rating berapa tapi dsbbkan novel ni mmpu buatkan aku tergesa gesa nak tamatkan ia,aku bagi 4 laaa..
kekurangan novel ni hanyalah plot cerita yang memeningkan (ataupun hanya aku yang tak faham) haha
tapi penulis pandai 'pujuk' pembaca melalui muka2 terakhir novel 😂naseb baik aq tak call fixi mintak refund haha
Sejujurnya aku hampir mencarut dengan endingnya. Tapi tak. Nasib aku baik sebab dah pernah baca karya penulis yang sebelum ini, semuanya berlaku dalam dunia yang sama. Kehadiran tragedi dan watak yang satu tu membawa aku ke novel penulis yang sebelum ini. Penulis bijak bermain dengan minda pembaca. Bikin speechless.
Aku macam orang lain juga, beli sebab cover buku cantik. Pink. Butterfly. Gun. Mungkin Colt? Mula-mula, menarik. Bila tengah-tengah, emosi campur-campur. Keliru. Sedih juga mungkin. Bila sampai ending, rasa keliru makin banyak. Jelita jumpa ibu dia ke? Dan soalan-soalan seterusnya. Aku tak faham mungkin konsep buku ni. Overall aku bagi 3.5/5
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ending dia tergesa², tak kemas, tak padu mcm penulisan sebelum² ni. Ceritanya mcm tak cukup tempoh inkubasi. Sesiapa nak start baca novel ni, digalakkan baca Sepuloh Nama dulu.
Kalau ikut dia punya berselirat, memang pening tapi Sha fokus pada watak Jelita tu je.. Bila fokus dekat Jelita, memang bestlah sebenarnya cerita ini..