Jump to ratings and reviews
Rate this book

aA+bB

Rate this book
Cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:

1. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
2. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun kemudian...

Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?

Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?


Cerita ‘cinta’ antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...


Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz


Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Gurindam Jiwa: Schubert’s Serenade, Hlovate kembali mengasah penanya dengan trademark: gaya bahasa basah dan santai.

495 pages, Paperback

First published January 1, 2008

266 people are currently reading
4248 people want to read

About the author

Hlovate

17 books1,382 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2,292 (67%)
4 stars
745 (22%)
3 stars
242 (7%)
2 stars
60 (1%)
1 star
42 (1%)
Displaying 1 - 30 of 233 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
November 26, 2019
Update : 26/11/2019
Buku yang hampir lunyai juga sebab selalu diulang baca. Rindu H!

Ps: Baca review lama buat aku ketawa sendiri. How time flies, Rina. Dah nak masuk sedekad eh?

Full review: 10/08/2009

Aku kenal Hlovate ni dekat 1 blog… di situ aku menjelajahi her blog pula. Terlalu misteri penulis ni. Yang aku tau, dia still study... yang lain-lain no idea! hik3 lalala5 Setelah novel ni publish, aku tak tunggu lama. Cari kat Jemari Seni tersangatlah senang. Order je dah dapat. Tajuk ni sangat comel kan? Macam cerita dia juga.

Cerita tentang Addin yang baru saja menamatkan pelajarannya. Dia dijodohkan dengan lelaki pilihan keluarga. Wooo… masa mula-mula baca aku tak bajet pun si Benz tu yang akan jadi husband Addin sebab, dia sudah ada Aie.

Benz Aliff – Lelaki yang bajet macho la… hahaha Actually, he was Addin’s crush tau masa sekolah. Tapi ada la pula scene yang membuatkan Addin tawar hati dan terus merajuk tak mahu kawan dah dengan si Benz.

Addin & Benz memang tak boleh bertemu. Asyik nak bertegang urat je masing-masing. Tapi bila dah berkahwin… lain pula yang jadinya. Masing-masing tak boleh menipu. Ada rasa yang mula menular di hati masing-masing. So sweet masa diorang ni dah berbaik-baik, I mean when they’re falling in love hik3 lalala5

Kadang-kadang bila baca cerita ni tak terasa Addin tu doktor sebab gayanya yang sangat sempoi. Aku suka dengan tema kekeluargaan yang sangat rapat dalam cerita ni. Suka dengan gaya penulisan yang tak terlalu berbunga. Hlovate punya 'rasa' yang tersendiri. Dan aku rasa selepas kemunculan Hlovate, barulah aku bertemu dengan novel-novel lain yang juga menggunakan gaya seperti Hlovate ni. Ada masanya aku rasa Hlovate ni kan macam penulis indie la, mungkin saja sebab ke'misteri'an Hate + Love = Hlovate yang tak pernah di'reveal' di mana-mana hik3 lalala5
Profile Image for Amal Lee.
276 reviews34 followers
May 13, 2023
Reread 2023.

Let me represent you my first book boyfriend, Benz Alif Sulaiman aka Benji. 😳

'You bawak lari hati I waktu kat kolej sampai I jadi heartless, Lepas tu you buat lagi sekali masa dekat Leiden dulu.macam pencuri hati kelas satu'.
'Cold gaze, warm smile, Darth Vader's essence. Took me a while to decipher. Made me smile, anyway.'
Fuh.. yaalah, samalah Benji you bawak lari hati I dari I umur 16tahun🤣

Lepas aku dah habis baca Tunas terus ajak Abah (sumber kewanganku) pegi Popular sebab nak cari kesinambungan kisah Addin & Benz! Perasaan aku semasa membaca sewaktu umur 16tahun sehinggalah sekarang masih sama, tak ada yang berubah. Haishh sebab itu aku malas nak buka baca semula novel ni, blushing semedang.
Profile Image for Ummu Auni.
663 reviews
September 5, 2011
Oh bukan saya beli tetapi dipinjam dari koleksi adik. Sebetulnya saya tidak teruja dengan Hlovate selama ini. Tulisan Schubert's Serenade di dalam Gurindam Jiwa agak tidak kena dengan jiwa saya, sekaligus sedikit mematikan niat saya untuk membaca buku tulisannya.

Jalan ceritanya menarik. Manis sekali pernikahan Benz dan Addin, manisnya bercinta selepas berkahwin. Manisnya bila semuanya jadi halal. Barangkali pembaca spesis saya (kaum Hawa) manakan tidak, terbuai-buai membaca buku ini.

Sejujurnya, walaupun plot cerita ini menarik, tetapi hampir kepada penghujung, ia menjadi agak hambar, terutamanya watak Addin berkecamuk dengan perasaan (Ya, bukan mudah Addin untuk menerima kehilangan kandungannya), tetapi seolah-olah plotnya bertukar arah. Dan sejujurnya, saya kira Hlovate ini lulusan universiti luar negara, mungkin kerana saya biasa membaca buku yang bahasanya santun, jadi saya tidak berapa suka dengan nada Inggeris yang berbasa basi. Mungkin itu agaknya bahasa bualan di kalangan pelajar Malaysia di sana, cuma saya rasa terkadang seolah membaca novel bahasa rojak.

Saya fikir Hlovate ini seorang penulis perempuan, mengambil jurusan perubatan di negara Eropah. Itu tekaan saya, kerana watak Addin seperti tinggi juga egonya, dan watak Benz digambarkan lembut dan sanggup bersabar (realitinya ramai lelaki yang rasa diri lebih dari isteri), Hehe. Jangan marah yer kaum Adam
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
December 1, 2014
1.12.2014

Kenapa ya? Setiap kali melewati naskah ini, pasti ada dada yang sebak?.....

Q: Hebat sangatkah Hlovate?
Agung sangatkah kisah Addin + Benz?

A: Tidak
Tidak

TAPI...

Jujur... inilah satu-satunya naskah yang mampu mengairmatakan aku tanpa sedar.


22.6.2013

1st novel from Hlovate sebagai koleksi (agak ketinggalan keretapi sebenarnya). Dan akhirnya aku tahu kenapa Hlovate amat gah dikalangan pembaca tegar novel-novel Melayu.

Walaupun, aku ni memang 'old school' tapi aA+aB memang betul-betul memikat. Teringat ayat-ayat poyo masa bergelar student suatu ketika dulu. Walaupun penceritaan watak-watak dalam aA+bB amatlah relaks dan santai, tapi banyak elemen yang mampu menyentuh. Jiwa dan rasa Benz dan Addin terasa dekat dengan pembaca. Penggunaan prosa kata yang segar mungkin kelebihan Hlovate.

Cuma (bagiku) penulis belum betul2 mantap ketika menganjak ke penceritaan alam dewasa. Kesedihan dan kemurungan Addin selepas keguguran kurang menyentuh rasa dan kadang-kadang dirasakan agak berlebihan. Sesuatu yang boleh diperbaiki seiring dengan pengalaman dan perjalanan usia.

Sesungguhnya, next projek ialah meneroka semua nukilan Hlovate.......dah jatuh cinta sebenarnya.....

Profile Image for Hazi.
108 reviews5 followers
December 15, 2023
I could absolutely see why this is a cult classic. It's one of those stories, where it focuses more towards characters development, for both of the main characters, Addin and Benz, two long time high school 'enemies' with humongous ego, that was forced to be together through an arranged marriage. Along their marriage life, there are a lot of hurdles and differences they have to bear with, and eventually overcome, mainly, the ones that involved with their individual innermost feeling. — It touches on the in depth level of one's feelings, emotions, and the factors surrounding it all over. Yes, it's a story of self growth, whether it's about finding and improving one own self, as well the connection of ourselves with god. At the same time, reminding ourselves that we merely are just regular human beings.

It actually is quite a comfy and a page turner read. The language use and writing was just santai. Yet at the same time and along time, you can really clearly see such big improvement of every single details were, whether it's about Addin and Benz, or the relationship itself. It wasn't being rubbed directly onto your face, but you absolutely could see or 'feel' the differences through time, and it's was just nice.

The entire plot was simple, but it surely was an entire roller coaster ride, from the connection between plots, as well as rhe conflicts that rises. The contrast of plots from one another was so big, I wasn't expecting to have changes of very high level of emotions jumping from one another real fast. From anger, extremely mushy sweetness, and something heartwrenching and heartbreaking, to an in depth self heal.

This is a bit personal, but what Addin went through, her struggles with emotion, and how she bottles up her emotions and suppressing her innermost feelings, it's just . . . personal to myself. I genuinely appreciate the way how it was written in the story, the lines and dialogus, as well as the nasihat that came with it, I'm just, thankful for it, simply soothes my heart.

While I do love the entire premise, the earlier part of the story do seem a bit too lengthy in relation to that one conflict itself, which is their ego. Yes, the improvement of their relationship was absolutely prominent and quite nice to see, but I myself found it a bit frustrating at some point where their argument, and their internal ego issues feels a bit too repeatitive with minimal improvement (static). Only up until the 'reveal' itself (pg. 300+) that everything started to change bit by bit, and I think it was way too far into the story (more than half of the story). What I mean is that, there are a lot more change of passage in their life and relationship, as well much serious conflicts that came later on the story, I personally do wish that those things was explored or explained even more as the story progression did felt a bit rushed sikit by the end compared to the more-than first half. BUT at the same time, I think the plot progression of the latter part was already enough on its own.

Finally, this is totally a me issue, maybe because I was expecting something bigger / had way too high expectations on some of the issues in the story, for instance, sigek benda yang polah saya macam taken aback sikit is their Jusco issue berpanjangan for years, tapi the explanation of 'why' ended up cenonet jak, ya polah I kejut. The same goes with the 'lie' Benz created, I thought he must've had his own planning at the very least on what to do if Addin found out about everything, eh sikda apa apa juak haha. Well I guess it's quite realistic, aligned with our real life human behaviour, polah dolok, later fikir. Camya lah haha.

Oh, I feel obligated to mention this, tapi I literally bergoleng goleng over how cute those love lessons was aih.

Overall it's such a moving tale through and through, and it will surely gave you all of the over-the-top feelings all at the same time. Yes, read Hlovate's Tunas first before this. And yes, do read this great piece.
Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
July 11, 2022
Baca masa lepas sekolah, in 2009 or 2012 kalau tak silap. Pinjam dr kawan.

Sblm ni, penulis plg best aku baca ialah Nurul Syahida, apart from the other famous Alaf 21 novelist mcm Sharifah Abu Salem, Norhayati Berahim and such. Bila baca this pieces....pergh luar alam ni.

A cliche story, kisah kahwin paksa. Tp sbnrnya kisah Benji & Addin dah lama bermula sejak zaman sekolah. Rasanya novel ni keluar dulu sblm novel Tunas. So pembaca akan tertanya2 their history sbb dlm buku ni hanya ada sedikit saja kisah silam mereka.

Kudos to Hlovate sbb dia antara penulis yg pecahkan tradisi novel Melayu yg banyak babak2 cinta yg tak sesuai utk dibaca remaja. Pembinaan watak Addin dan Benji sgt best, the issue is simple yet penuh pengajaran.

Sbnrnya ada attempt dr novelist lain utk cuba mengambil resepi cerita yg sama. A cool girl meet cool guys, with their cool conversation and stories. But believe me, anyone can rip off the same storyline but never will make the same Addin & Benji characters. Semua peminat Hlovate i believe have put them in a special place in their heart.

To hlovate, its 2022 and i still miss to read your writing.



Profile Image for SORA.
183 reviews7 followers
February 17, 2020
Saya sanggup skip buat sementara kisah Mags 7 sebab nak teruskan pembacaan kisah Addin dan Benz. Hlovate, awak berjaya buat saya tenggelam dalam emosi Addin dan juga emosi Benz. Dulu masa kali pertama baca tak rasa menjiwai sangat pun. Serius. Mungkin apa yang Hlovate catatkan di halaman belakang tentang 'membesar' dengan usia menjadi dewasa itu tepat. Baca masa usia 18 tahun dengan baca masa usia 28 tahun akan memberi kefahaman dan tafsiran yang berbeza.

..

Buku ni saya akui walaupun penuh dengan pengaratan, pengoksidaan dan gula pekat tapi pada bab-bab akhir, Hlovate sentuh juga tentang turn to Allah. Saya rasa membaca beberapa babak akhir itu paling memberi kesan kepada diri saya. Kena tepat dengan situasi saya sekarang.
Thank Allah I found you.

..

MS : 465
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
November 20, 2025
Hlovate! Ya Tuhan, buku awak ni kan! Buat saya sengih macam orang tak betul.

Hlovate selalu guna bahasa orang cool, bila baca macam rasa diawang-awangan gituuuu.

Addin doktor, Benz engineer and both study dekat luar negara so I expect both of them tu matang. Tak berperangai buruk, barulah logik orang belajar jauh² perangai macam diaorang dua tu. Addin yang tak menanti prince charming dan Benz yang setia pada kekasih.

Memanglah dua² matang, tapi sama² ego. Tak nak kalah lah memasing, aku rasa nak luku je kepala.

Again, getting older made me love hero yang cool, yang sabar, yang supportive and Benz ada semua tu. And Addin! Ah, she remind me one of my cousin yang study dekat UK ambik medic sebab dia sempoi gila, macam bukan doktor. Memang sama, slumber tak hingat!

Bila orang tak pernah bercinta, haru gitulah jadinya 😂

Suka bab akhir, dari tersenyum terus rasa sedih. Memanglah, hidup tak sentiasa macam dalam novel. Semuanya bahagia tanpa ujian, tapi dalam surah Al-Mulk ayat kedua pun dah tercatat. Hayatilah ia dalam², dan baca lah setiap hari.

Addin always remind me of agama, dari awal baca sampai ke akhirnya. Nama Addin tu beri makna pada saya, yang hidup beragama.

Signature lagu untuk buku ni, Kiss Me-Sixpence None The Richer. Asyik berulang dekat telinga je lagu ni time baca buku aA+bB.

4.8 💫
Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
March 7, 2013
Hlovate....nama yang sering diperkatakan dalam dunia penulisan tetapi hanya a few saja yang bertuah mengenali siapa pemilik nama yang hebat ini.

aB + bB is a superb story, a hate and love story between Nur Addin Shah + Benz Aliff Sulaiman and Didi + Benji.

A lot of people told me what a superb man Benji is and couldn't agreed more.

Nothing more to say,will wait to finish my aA + bB later.
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
290 reviews15 followers
April 3, 2023
Reread 2023.
Ladies & Gentleman, the OG of enemies to lovers🤌🏻✨✨✨✨

"You bawak lari hati I waktu kat kolej sampai I jd heartless, mcm pencuri hati kelas satu" 😩

What should I do to get my Benz Alif Sulaiman?? 😭❤️❤️
Profile Image for sooa.
60 reviews4 followers
May 4, 2025
personal rating; 4.8/5

Kisah tentang Addin dan Benz yang berkahwin atas aturan keluarga mereka. Secara teknikalnya, Addin ‘dipaksa’ abangnya untuk terima Benz yang merupakan musuhnya sejak zaman sekolah menengah lagi. Kejadian ‘memori hitam’ di Jusco 8 tahun dulu punca Addin cukup alergi dengan seorang Benz Alif sehinggalah mereka bertemu kembali.

Addin Shah aka Didi dan Benz Alif aka Benji; dua manusia kepala ‘konkrit’ ni berjaya cipta pelbagai memori masam manis dalam perhubungan mereka selepas kahwin. Even diorang tak serasi satu sama lain, dinamik diorang tu best. Addin, dia junjung ego dia melangit sekalipun, dia tetap besi yang senang cair dengan ayat manis Benji. Seketul Benji yang tak senang kalah dengan ego Addin, tetap mencuba 1001 usaha nak cairkan si Head Girl kesayangan.

Weh kenapa la aku baru baca buku nii sedapnyaa😭🫶🏻 You tell me now mana nak carik seketul Benz Alif yang penyabar, supportive, hot husband material ni kat dunia yang nyata penuh pancaroba yinihh😔🤏🏻 Benji ni punya romantik memang boleh bikin longgar skru lutut nyah. Mamat ni apa je dia buat tak attractive jsdhskjahs kecuali part apa yang dia buat kat Addin tuu eish geram ekk rasa nak hempuk gak sekali dua mamat ni. Sesuai la sama keras kepala dengan Addin yang jenis junjung ego ni haha tapi dimaafkan sebab seketul Didi ni comei lotey eyy geram tau dia ni cool sempoi habis tak padan dengan doktor bekeng semedang hshs.

Aku suka this kind of story sebab even plot dia cliche tapi the growth of the storyline is nice. Paling suka character development Addin dan Benz sangat top notch. Cerita ni manisnya sederhana tapi cukup dan tak cringe. Comel, sedih pun ada. Its giving Sandal Bunga-Bunga vibes tapi yang ni emotional sikit🥹 I just love how Addin and Benz relationship works so well. Cara diorang berdamai, setiap kali conversations diorang pun so many random talks and humour, buatkan cerita ni jadi tak bosan langsung. Paling suka nickname diorang benji-didi tuu ish comel betulss hskdjshs. Diorang ni actually memang dah saling sayang satu sama lain tapi memasing punya ego taknak mengaku tu eyy rasa nak lagakan aje dedua hahah tapiii part confession diorang tuu argh i kenott. OH ME WHENNNN😔🤲🏻

Sejujurnya buku ni bagi aku sangat fast pace walaupun ceritanya slow burn. Mulanya ingatkan cerita ni romance yang santai atau light reading, tapi rupanya tidak. A lil bit angsty but takda la pedih mana tapi part main conflict dan hujung hujung tu main emosi sikit la.

Addin dan Benz punya character development sangat top notch, which is pengalaman pahit yang mereka lalui tu cukup mendewasakan mereka untuk menjadi versi yang lebih baik. Tbh this is my first time baca karya Hlovate dan sekarang aku faham kenapa penulisannya disukai ramai orang🤍
Profile Image for Mslvoe.
2,038 reviews196 followers
May 22, 2023
Thank you Hlovate for the wonderful story! 💜

Thanks Allah I found you.

Benz Alif 💜 Addin Shah
Benji 💜 Didi

I truly enjoyed your love-hate relationship. 💕
Profile Image for Limau Nipis.
665 reviews25 followers
December 31, 2012
Sejujurnya, ini adalah karya Hlovate yang pertama saya baca, walaupun novel ini merupakan novel tahun 2008 dan sudah cetakan keberapa kali.

Hlovate berkarya dengan bahasa basah dan santai, sesuai dengan remaja. Slanga-slanga yang agak selamba seperti yang dituturkan Addin, "Tarappappa" (Tak ada apa-apa) atau "Hailaaaa" (Alahai) menyebabkan saya tersenyum. Sudah lama tidak mendengar ayat-ayat remaja sebegitu.

Premis kisah yang biasa-biasa, kisah kahwin paksa, bercinta selepas kahwin, tetapi diluarbiasakan dengan pengolahannya. Banyak babak tidak terlalu meleret, dan kisahnya pantas. Malahan, hari pernikahan Addin & Benz diceritakan secara flash back, hanya selepas mereka berkahwin. Menyebabkan kita tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku sehingga Addin tidak begitu menyukai Benz.

Permulaan kisah membawa saya mengingati bumi Eropah, di mana Addin belajar (Edinburgh, Scotland) dan Holland. Lalu kisah ini disambung di bumi Malaysia, apabila Addin mula bekerja sebagai doktor. Benz pula, walaupun tidak disukai Addin, rapat dengan abang kembar Addin, Kurt.

Rancak membaca kisah Addin & Benz, yang merupakan musuh azali semenjak dari sekolah menengah. Addin, seorang Head Girl, dan Benz seorang gangster. Lalu apabila Addin dipaksa kahwin dengan Benz, terasa lucu pula melihatkan ketidakmatangan Addin dalam menangani situasi, tetapi Benz pula yang digambarkan sebagai seorang yang mempunyai kematangan.

Antara dialog santai yang dilukiskan oleh Hlovate:
Ketika adegan Benz memberikan Addin tulip kayu,

Tulip kayu di tangan kiri disentuhnya dengan hujung jari.
"Nak try tak?"
Addin ketawa. "Kalau tulip ni bercakap, I campak keluar tingkap la."
Kening Benz terangkat tinggi. "Kenapa?"
"Tulip berhantu la kalau dia bercakap sendiri."
Addin angkat kening double-jerk.

Benz, walaupun seorang yang dikenali nakal di musim persekolahan, bertukar menjadi seorang yang tegas dan pendiam. Benz, dengan wataknya itu, nampak super cool, tetapi seorang yang takutkan kucing.
Addin pula, seorang yang sentiasa tegas dan tidak suka mengalah, sukar memaafkan seseorang. Sesuailah apabila kedua-duanya bertemu lalu disatukan. Novel ini menafsirkan kematangan untuk mereka berdua.

Lalu, walaupun kisahnya mempunyai plot yang agak klise, rentak penulisan Hlovate membuatkan kita sentiasa ternanti-nanti apakah yang akan berlaku terhadap Addin & Benz. Hlovate tidak meleret kepada kisah-kisah seperti di hari nikah Addin & Benz, ataupun kisah yang berlaku di sebalik kejadian Addin membenci Benz.
Rentak novel ini pantas, dan usai saya menghabiskan mukasurat terakhir, saya tersenyum.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
November 27, 2021
Judul buku: aA + bB
Penulis: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni

Ulasan:

Kisah cinta hate + love relationship. Addin Shah, ada sejarah yang membuatkan dia membenci Benz. Kebencian sehingga menafikan yang dia kenal Benz. Benz, kawan baik abang kembar Addin. Yang tahu perasaan Benz pada adiknya. Tetapi kerana kebencian Addin yang tak pernah surut membuatkan dia sebagai abang kembar tersepit.

Corak penulisan santai, bersahaja. Tidak terikat dengan kehendak undang-undang bahasa. Percampuran bahasa Inggeris mengikut cara hidup watak yang kedua-duanya adalah pelajar lulusan luar negara. Seorang jurutera, seorang doktor.

Kerana persahabatan keluarga mereka, dan rasa hati sendiri, Benz menerima cadangan orang tua untuk menjadikan Addin suri. Tetapi, Addin menolak dengan benci sehinggalah abang kembar kesayangannya meminta dalam keadaan yang tragik.

Perkahwinan jika tanpa cinta sudah membebankan perasaan, apatah lagi dengan kebencian. Sikap penyabar dan memahami Benz membuatkan rumah tangga mereka kekal walaupun dalam kejauhan perasaan.

Penulisan bergerak dengan babak dan dialog santai. Ada waktunya lucu bila Benz sentiasa cuba mencari peluang mendekati Addin. Jika bukan sebagai pasangan, sebagai kawan. Sabar betul watak Benz. Sayang yang tak boleh disukat dengan masa.

Konflik yang ditimbulkan juga konflik biasa cerita cinta atau cerita kahwin tanpa cinta (sama ada dari sebelah pihak atau kedua-duanya). Tetapi, cara pembawakan cerita itu yang berbeza. Bahasanya juga berbeza.

Satu yang jelas adalah penonjolan sikap Addin sebagai watak utama wanita. Karakter yang dibina oleh penulis kepada watak ini yang membezakan dengan watak novel cinta yang lain. Watak ini tidak lemah. Watak ini walaupun perkahwinannya boleh dikira sebagai kahwin kerana terpaksa, tetapi sebab penerimaannya kukuh. Dan, sebelum menerima, pendiriannya sangat utuh. Penerimaan kerana terlalu sayang dan percaya kepada abang kembar.

Malah, karakter Addin yang keras kepala, ego dan memang keras pendirian itu ada bahagian lembut dan terlihat bijak. Boleh berkompromi bila ia melibatkan ibu bapa dan maruah seorang suami walaupun suami itu tidak dilayan sebagai suami ketika mereka tinggal berdua. Karakter ini juga kuat terlihat sebagai karakter yang sukar bila berdepan bab cinta. Walau hati dah menerima, tapi perlakuan kaku nak tunjuk sayang. Pandai dalam pelajaran, tapi bab cinta memang dianggap subjek luar alam yang dia 'angkat tangan'. Mengalah. Mengaku tak tahu cinta tu nak ditunjuk macam mana?

Dia gadis lurus. Keras hati. Keras kepala. Nak suruh tukar jadi perempuan pencinta ... memang derita.

Memang watak ini wujud di dunia nyata. Pada saya, cara penulis naikkan konflik yang satu ini, yang membelenggu diri Addin, berjaya. Kita boleh rasa betapa sukarnya Addin melawan kelemahan dirinya yang satu ini. Susah.

Mujur watak Benz, dicipta bertentangan. Walaupun ada persamaan dari segi egomaniac, tapi Benz mampu menjadi lelaki yang tiptop dalam perkara hati dan peribadi.

Profile Image for Lina Khairunisa.
82 reviews15 followers
February 10, 2013
Buku ni aku pinjam dari cousin aku. Ya Allah, masa memula tengok tajuk, aku dah bising, natang apa aA + bB ni. Rupanya simbolik nama hero dan heroin. Huruf kecik melambangkan ketidakmatangan mereka, huruf besar melambangkan kedewasaan mereka. Addin dan Benz Aliff Sulaiman (ceh, ingat je nama penuh hero), kisah cinta yang cliche tapi seronok. Dorang dua ni ada kes masa zaman sekolah, yang menyebabkan Addin sangat benci tahap hardcore dekat Benz. Tapi, Addin taktau yang Benz tu berniat baik. Hanya abang Addin je tahu. Tup tap tup tap, dorang kena kahwin selepas di-set up oleh abangnya. Bila dah digelar suami isteri 'terpaksa' (tapi si isteri je terpaksa, yang si suami memang nak si isteri), memang taklah tidur sekatil sebilik. Tapi, sejak adik Benz datang dan tidur rumah dorang, dorang mula berbaik dan jeng jeng jeng, si Addin mula jatuh cinta dengan Benz. Bila dah berbaik tu, alhamdulillah. Tapi, adalah ujian sikit-sikit. Cumanya, aku sangat suka kat Benz sebab dia sangat romantik dan takyah tipulah kan, aku memang nak suami se'perfect' Benz Aliff Sulaiman! 5 bintang kuberi pada buku ini! :D
Profile Image for cheryna27.
68 reviews28 followers
May 26, 2011
This book is definitely MY type! Selalunya I tak akan teruja sangat nak beli buku cerita Bahasa Melayu. Reason? I just don't like cliches dan plot yang boleh diagak:)

I'm this type of a person who reads a book from back to front. Kenapa? Sebab I suka explore benda-benda yang jadi di tengah-tengah...buat prediction lepas tu tengok sama ada prediction tu kena atau tidak. Dengan buku ni, memang ada part yang boleh diagak...tapi bukan semua:)

And...yang paling best pasal Hlovate, dia buat study dulu. Or kita dari generasi yang sama (cuz your music & book preferences are almost the same like mine). Or maybe when the writer is a blogger, she/he will know what the readers are going to expect:)

Good Job Hlovate. You made an Malay love story a Hell-of-Fun:)
Profile Image for soyennreads.
13 reviews1 follower
April 20, 2022
Solid 5⭐
Manith2 je cerita ni hehehe
Benz + didi ♥️👍😌🥰
Profile Image for btrsyaaiman.
78 reviews8 followers
July 29, 2023
Giving this a 5 stars because it’s Hlovate’s book.
The drama, the angst and romance. Damn! Benz and Addin really do be making me single in 1001 languages. This is a re-read as i’ve read this when i was in form 1. The nostalgia of reading Hlovate’s works just kicked me and bam! Here i am, planning to binge all of her/his works. And of course, i’m starting with Tunas and aA+Bb. The OG! Obviously. Haha.

To be honest, i cringe a bit. But then, i found myself immerse with their love story. How egomaniac both of them are really do be making me anxious haha. Benz dengan Dora and his alter-ego. Addin dengan diri dia yang won’t accept her feelings. Ahh man. They sure fit with each other. There’s time where i felt annoying with Addin. And time where i blame Benz. In the end, i’m glad they resolve the problems and live happily ever after :’)

edit: after some thoughts, 3 stars.
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
March 19, 2023
"Nanti apabila you jatuh cinta bagi tau I. I teringin nak tengok macam mana cinta cairkan besi."

"Angau!"

Okay comel cerita ni, memang banyak salah faham. Dua-dua ego.

Aku suka dialog-dialog bersahaja & hubungan Didi - Benz macam bestfriend.
Profile Image for N.S.Y.
100 reviews3 followers
July 24, 2025
Bila sangka A+B tak boleh bersama, tapi takdir yang kuat membawa mereka untuk bersama..

Dimana A dipksa menerima B yg disenarai hitam kan dalam hidupnya dari zaman sekolah lagi tapi kerna syg akan kembarnya, dia terima jua..

Pelbagai cerita yg membawa mereka utk bhgia d hari depan..
Profile Image for Hn.ssss.
56 reviews1 follower
May 26, 2023
aA + bB - Hlovate

Rate : 5/5 ⭐️

⚠️RE-READ - LAST READ 2019⚠️

“Hi, I’m Shah.”

“Shah? Shah who? Shah Jehan? Shah Rukh Khan? Addin Shah?” Eh! Tu nama aku…haru.


💫 Bila Head Girl dan Ex-taiko sekolah duduk sebumbung agak-agak perang dunia ketiga meletus tak? Atau tiba-tiba turun salji ais batu?


💫Lain ceritanya bila dah duduk sekali. Bak kata Addin “𝐬𝐨 𝐮𝐧𝐥𝐢𝐧𝐤𝐞 𝐭𝐲𝐩𝐢𝐜𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐠𝐮𝐲𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭.“


💫Dah duduk sekali ni, mula laa segala macam jenis bunga berputik. Yang dah berputik sejak dulu makin segar bila terkena baja. Tapi kadang-kadang, bila tersalah langkah dalam membaja boleh mati pokok.


💫Salah Benz bila tersilap perancangan. Khilaf Addin lambat memahami. Tapi tabik Addin 🫡 semarah-marah dia, segeram-geram dia, tau lagi dia batas sebagai seorang isteri. Mana mungkin dia tinggikan suara pada insan bergelar suami walaupun hati sendiri dah berkecai jadi abu.


💫Susah bila dua dua ego. Sorang kepala batu sorang kepala ferum. Hm.
Tapi seego-ego Addin tu dapat jugak dicairkan.

“𝐓𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐥𝐞𝐛𝐮𝐫 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐦𝐮𝐢. 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐩𝐞𝐣𝐚𝐥 𝐤𝐞 𝐜𝐞𝐜𝐚𝐢𝐫.“ - 𝐁𝐞𝐧𝐳

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Heh! Rindu nokkk dengan dua ekoq ni 👆🏻haihhh. Berdekah aku baca satu-satu muka surat 😂 usaha melambat-lambatkan pembacaan berhasil la jugak walaupun 3 hari jaaa 😆 so cute mehhh ya Allah rindu! Boleh lupa ada novel ni dalam almari 😅 typical me - serabut 😂
12 reviews
February 4, 2010
cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? - Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan: perjalanan bersama masa perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar. semua orang membesar: tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:
a. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun selepas itu...

Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera ,yang bukan pilihan hatinya?

Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung.?

Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, sling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?-Benz

Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Gurindam Jiwa: Schubert's Serenade. Hlovate kembali mengasah penanya dengan trademark: gaya bahasa basah dan santai.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Lamaaaa`~~~ sangat dah baca buku ini. Sengalnya watak Addin dan selambanya watak Benz Alif buat aku tertarik pada novel ini. Permulaan dari pertemuan Addin dengan seseorang di Belanda. ~mula2 tak dapat relate sangat tapi akhirnya dapat agak siapa orang tu.

Penggunaan bahasa 'alien' yang Addin guna untuk Benz Alif buatkan aku terkenang zaman belajar sekolah menengah dulu2. Rindunya kat subjek kimia! (dulu favourite subjek aku ialah kimia, selain sejarah)

Mereka bertengkar bila bertemu sebab si Benz ni sangat jahat mulut waktu sekolah dulu sampai Addin susah nak lupa apa kata-kata penghinaan Benz. Tapi akhirnya diorang kahwin gak (nasib ada abang dia tolong masuk campur, kalau tak rasanya tak kemana).

~Sweet

Endingnya baru ada pengajaran yang Hlovate masukkan utk pasangan yang belum punyai anak. Belum ada rezeki yang Tuhan kurniakan mungkin ada hikmah yang Allah nak tunjuk. Mereka tingkatkan amal supaya mampu pikul semua tanggungjawab sebagai ibubapa.
Profile Image for CekMoNSter.
309 reviews
May 4, 2011
Dalam buku, saya dapat menyelami kehidupan addin dan benji setelah graduate...Seorang jadi doktor, seorang lagi IR.. Banyak coincidences yang boleh dikatakan agak mustahil untuk berlaku, berlaku kat sini..
Tapi, bak kata orang, dunia fiksyen memang macam ni...Yang pelik tu la orang nak baca..Banyak pengajaran yang saya dapat bila baca novel ni. Penulisan Hlovate yang sememangnya bernas dan menusuk kalbu, terutama part bile didi dan benji kehilangan sesuatu..sgt menyedihkan... tetapi apa yang boleh dipelajari dari buku ini adalah kita kena sentiasa mantapkan ilmu di dada..Berusaha jadi suami atau isteri yang terbaik, walaupun dah kahwin, belajar tak akan berhenti di situ sahaja...

Sangat best!!
MAgs Seven~
Profile Image for Najla.
3 reviews1 follower
October 4, 2011
I don't really read Malay novels but I got interested in reading this book after I saw it at my aunt's house. I borrowed from her. IT'S AMAZING! Sweet, cute, just perfect. Romantic, and there's sad part, too. This is the kind of book I love. It's hilarious! I love the joke, I always smile when read this book.I've read 5 Tahun 5 Bulan, also good, just perfect for my taste :) Hlovate is amazing.
Profile Image for Fiqa Najwa.
66 reviews
March 17, 2023
HUAAAAAA MANA NAK CARI BENZ NI WEHHHH 🦋🥺😭😭😭
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
December 23, 2010
Luv it!! Loved all Hlovate's novels.. Suka ngan bahasa dia yang bersahaja.. Selalu rasa cam kita 'ada' dalam novel dia..

"Ada ke makhluk Allah cam Benz Alif Sulaiman di dunia ini?" ;)
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
July 17, 2016
Kisah cintanya hampir biasa-biasa macam buku-buku kisah cinta remaja yang lain.
Namun saya suka dengan pengakhirannya yang mengajak pembaca melihat hikmah di sebalik sebuah ujian.
Displaying 1 - 30 of 233 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.